Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Perumpamaan 2 sahabat

View previous topic View next topic Go down

Perumpamaan 2 sahabat

Post by Adli on Tue Sep 22, 2009 8:46 pm

Mari kita fikirkan situasi ini.

Ada dua orang sahabat (namakan "A" dan "B"). Di kawasan tempat tinggal mereka, ada sebuah rumah besar dan indah. Di antara kedua-dua orang sahabat itu, si A telah pergi masuk ke dalam rumah tersebut untuk mengetahui keadaan sebenar isi kandungan rumah besar tersebut. Manakala si B pula hanya mendengar cerita-cerita orang perihal isi kandungan rumah tersebut. Tidak pernah dia cuba memasuki rumah itu sendiri biarpun tuan rumah tersebut tidak pernah menghalang dia memasukinya.

Si B telah ditakut-takutkan oleh manusia lain supaya jangan masuk rumah itu sendirian melainkan dengan mendengar cerita-cerita orang yang dikatakan kononnya arif perihal isi kandungan sahaja. Teruslah si B hidup dengan sekadar sangkaan dan mendengar cerita-cerita orang perihal isi kandungan rumah besar tersebut sehingga dia tidak mengenali siapa tuan empunya rumah tersebut (sebab hanya memerhati daripada luar sahaja).

Kalau kita renungkan, jika si A dan B berhujah perihal isi kandungan rumah tersebut, hujah siapakah yang lebih kuat dan kukuh? Adakah hujah si A yang sudah memasuki rumah tersebut dan mengetahui gambaran sebenar isi kandungan rumah itu atau hujah si B yang sekadar mendengar cerita-cerita orang sedangkan dia penakut hendak masuk ke rumah itu dengan menggunakan kakinya sendiri (berdikari)?

Perumpamaan di atas adalah gambaran perbezaan orang yang telah mengkaji isi kandungan Al Quran dengan orang yang tidak pernah mengkajinya melainkan hanya tumpang cerita orang lain pasal isi kandungan Al Quran atau melihat secara luaran sahaja (baca tulisan Arabnya tanpa memahami).

Rumah besar yang menjadi perumpamaan Al Quran itu dimiliki oleh Allah yang tidak pernah melarang sesiapa hendak memasuki rumah tersebut baik secara sendirian mahupun berteman. Allah akan melayani dengan baik sesiapa yang datang mengunjungi "rumah besar" itu untuk mengetahui isi kandungannya.

Malangnya ada manusia takut hendak masuk ke dalam "rumah" Allah itu sehingga sampai ke mati mereka duduk di luar untuk mendengar cerita-cerita orang lain pasal isi kandungan Al Quran. Akibatnya, mereka tidak kenal siapa sebenarnya Pemilik Al Quran itu dan beragama secara olok-olok kerana mereka tidak percaya yang Allah nampak segala penyakit hati mereka dan akan membalas apa yang mereka kerjakan itu. Disebabkan tidak takut menyimpan penyakit hati, mereka hidup berpecah-belah dan berpuak-puak kerana merasakan kononnya mereka sahaja Islam. Walhal untuk memasuki "rumah" Allah itu pun mereka tidak berani dan sekadar dengar cakap-cakap orang.

Jadi, bila berlaku pertembungan hujah antara orang yang sudah melihat sendiri isi kandungan Al Quran dengan orang yang tidak pernah melihatnya, sudah pasti hujah orang yang sudah melihat sendiri isi kandungan Al Quran itu lebih kuat dan kukuh seperti mana hujah si "A" terhadap si "B" dalam perumpamaan di atas.

Seperti mana si B, yang hanya melihat rumah besar itu setakat dinding luarnya, seperti itulah orang yang tidak mengkaji isi kandungan Al Quran hanya nampak tulisan Arab itu sahajalah Al Quran. Maka mereka bacanya tanpa memahami isi pengajarannya apatah lagi untuk mempraktikkan Al Quran dalam seluruh kehidupan mereka. Bila mereka tidak tahu isi kandungan Al Quran secara jelas, habis riwayat hadis yang bercanggah dengan Al Quran pun mereka sebat semata-mata kerana disahihkan oleh imam-imam tertentu. Seolah-olah mereka percaya yang imam itu ada kuasa selain Allah untuk menentukan kebenaran. Tergadailah akidah manusia yang tidak pernah mengkaji isi kandungan Al Quran itu.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by Adli on Thu Sep 24, 2009 9:22 am

Nabi Muhammad adalah contoh si A yang telah memasuki rumah besar itu dan telah diberi tunjuk ajar mengenai isi kandungan rumah tersebut oleh tuan rumah itu sendiri. Namun apabila disampaikan isi kandungan rumah tersebut, golongan seperti si B tidak mempercayai apa yang baginda sampaikan kerana bercanggah dengan ajaran bapa-bapa yang diterima oleh si B berkenaan isi kandungan rumah tersebut.

Sudah tentu, selagi orang seperti si B itu tidak masuk sendiri melihat isi kandungan rumah tersebut yang diajar oleh tuan rumah, apakah mereka akan melihat sama seperti yang si A lihat? Dan takkanlah tuan rumah itu hendak berdusta dengan mengajar sesuatu yang berbeza kepada setiap tetamu yang masuk ke rumah tersebut? Kerana kebenaran itu satu sahaja nilainya.

Di sini kita nampak, ada dua penyebab utama kenapa orang seperti si B takut nak masuk rumah besar tersebut.
1) Mereka tidak yakin tuan rumah itu akan mengajar mereka isi kandungan rumah tersebut.
2) Mereka telah ditakut-takutkan oleh syaitan-syaitan bahawa jika masuk rumah itu berseorangan diri, nanti akan jadi sesat. Seolah-olah mereka tidak nampak adanya tuan rumah yang menjaga rumah tersebut (bukannya rumah kosong tanpa penghuni).

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by Adli on Thu Sep 24, 2009 9:28 am

Katakan ada satu lagi watak (namakan sebagai "C"). Dia dikenali sebagai seorang yang kononnya berpengetahuan tentang isi kandungan rumah besar tersebut. Namun demi menjaga status dan kemegahan, maka dia mengubahsuai maklumat pasal isi kandungan rumah tersebut sehingga banyak kebenaran disembunyikan.

Orang seperti si B selalu merujuk dan bergantung harap kepada si C untuk mengetahui isi kandungan rumah tersebut. Akibat kebodohan si B, maka si C mempergunakannya untuk ditipu-daya tentang isi kandungan rumah tersebut agar si B terus menyembahnya (menurut membuta-tuli).

Dan untuk menjaga agar tipu-dayanya tidak terbongkar, maka C menakut-nakutkan B supaya jangan memasuki rumah tersebut. Cukuplah mendengar ajaran-ajaran si C sahaja. Sesiapa yang menyampaikan sesuatu yang bercanggah dengan C (biarpun tidak bercanggah dengan isi kandungan rumah besar tersebut), maka golongan seperti C akan menghukum mereka itu sesat. Itulah golongan syaitan seperti kisah ahli kitab atau ulamak kaum terdahulu yang menyembunyikan kebenaran dalam Kitab-kitab yang diamanahkan kepada mereka.

Tetapi insan seperti si A, kerana menyampaikan isi kandungan rumah besar itu secara jujur, maka dia tidak takut untuk menjemput si B melihat sendiri isi kandungan rumah itu sebab sudah pasti tuan rumah itu akan mengajar si B sama seperti yang diajar kepada si A. Ini kerana tuan rumah itu bukanlah penipu seperti si C. Malah tuan rumah itu sentiasa terbuka menerima tetamu untuk mengetahui isi kandungan rumahnya sendiri.

Adakah orang seperti si B akan terus ditipu oleh si C biarpun dia memiliki kaki dan mata sendiri untuk melihat isi kandungan rumah besar tersebut? Jika si A itu pendusta, sepatutnya si A itulah yang menghalang si B memasuki rumah tersebut. Tetapi kenapa golongan seperti si C itu yang menakut-nakutkan si B tersebut seolah-olah tuan rumah itu adalah hantu?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by Adli on Thu Sep 24, 2009 9:40 am

Oleh kerana golongan C itu mempunyai kepentingan masing-masing maka wujudlah macam-macam aliran C1, C2, C3 dll. Dan oleh kerana golongan B juga sekadar merujuk golongan C, maka wujudlah B1, B2, B3 dll. Pecahan B1 mendakwa mereka sahaja benar dan menghukum selain mereka adalah sesat. Pecahan B2 pun mendakwa sedemikian. Begitu juga pecahan yang lain-lain. Maka berlakulah perbalahan di kalangan mereka.

Mana-mana pecahan yang mempunyai sejarah perbalahan yang kuat, syaitan-syaitan menghasut api permusuhan sehingga berlaku pertumpahan darah. Ditambah pula golongan C terus menghasut ke arah permusuhan yang ketat sesama mereka demi menjaga kemegahan nama kononnya puak mereka sahaja Islam dan menakut-nakutkan golongan B daripada melihat sendiri isi kandungan rumah besar itu.

Bila berlaku perpecahan begitu, maka tuan rumah besar pun suruhlah si A nasihat mereka. Berkata A, "Apalah korang ni. Daripada sibuk-sibuk berbalah pasal isi kandungan rumah itu yang korang sendiri tidak pernah masuk, baik korang sendiri masuk untuk mengetahui gambaran sebenar isi rumah besar tersebut."

Tetapi golongan B itu ramai yang tidak percaya kerana mereka sudah diterap oleh golongan C bahawa nak tahu isi kandungan rumah besar itu kena dengar ucapan golongan C sahaja. Tak boleh tengok sendiri-sendiri.

Dan kerana takut tipu-daya mereka selama ini terbongkar, golongan C memusuhi A dan menunjukkan kedengkian yang kuat kepada A. Walhal apa yang A sampaikan bukannya suruh golongan B sembah kata-katanya, tetapi menjemput mereka semua melihat sendiri isi kandungan rumah tersebut, kerana tuan rumah itu hanyalah satu. Biar tuan rumah itu yang ajar isi kandungan rumahnya sendiri. Dia lagi mengetahui.

Dengan bersumberkan rujukan yang satu, sudah pasti jawapannya satu sahaja. Tetapi kalau bersumberkan C1, C2, C3 yang kuat berdusta itu, logiklah mereka akan berpecah-belah.

Begitulah sunnah yang Allah telah tetapkan. Bila wujud golongan seperti B yang sekadar menurut cakap orang seperti golongan C sehingga agama Allah yang asalnya satu menjadi bermacam-macam pecahan, maka Allah akan bangkitkan insan seperti A yang terlebih dahulu memasuki rumah besar tersebut untuk mengetahui sendiri isi kandungannya terus daripada tuan rumah yang satu dan amat pemurah memberi tunjuk ajar.

Apakah golongan B itu akan terus buta hati untuk menilai dan sanggup ditipu-daya oleh golongan C yang berkepentingan untuk menjaga kemegahan status mereka?

Walau macam mana golongan B dan C itu sombong kepada tuan rumah besar itu, suatu hari nanti mereka akan kembali juga kepada tuan rumah tersebut sebab asal A, B dan C itu dari rumah besar itu juga. Tetapi untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang sesat, maka tuan rumah itu membiarkan mereka menetap di luar rumah besar itu untuk satu tempoh waktu.

Dan kerana kasih sayang tuan rumah itu, dia sentiasa menyuluh lampu kepada A, B, C untuk menjemput mereka melihat isi kandungan rumah tersebut. Hanya golongan yang berkeyakinan diri seperti A sahaja akan menyahut jemputan tuan rumah itu. Sedangkan golongan penakut seperti B akan terus ditipu-daya oleh golongan C tersebut.

Jika ramai golongan B dapat disedarkan untuk menjadi golongan A, sudah pasti golongan C sukar menjalankan tipu-daya mereka kerana bilangan golongan A semakin bertambah. Dengan itu perpecahan boleh dibasmikan sebab golongan A hanya merujuk pada tuan rumah yang satu. Sudah pasti mereka akan bersatu dengan teguh, seperti teguhnya rumah besar itu.

Begitulah perumpamaan yang berlaku dalam dunia sekarang ini.

17.89. Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari (nya).

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by semut api on Thu Sep 24, 2009 10:57 am

kenapa sebenarnya terjadi perpecahan dlm segala percaturan hidup???? kenapa ???

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by Adli on Thu Sep 24, 2009 11:06 am

Apabila manusia tidak mahu tunduk kepada ketetapan Allah, tetapi lebih mementingkan hawa nafsu sendiri (kemegahan nama, pangkat, harta-benda etc), maka berlakulah perpecahan.

Tetapi jika semua manusia berkesedaran untuk mengagungkan Allah (tunduk pada hukum alam) semata-mata dalam kehidupan ini, maka sudah pasti semua manusia akan bersatu.

Contohnya apabila Nabi Sulaiman mengajak Ratu Balqis sama-sama mentauhidkan Allah, jika si Ratu hanya mementingkan jawatannya semata-mata dan kerajaannya sahaja, sudah pasti akan berlaku perpecahan. Tetapi kerana sanggup ia mengagungkan kerajaan Allah (yang dia tahu tiada kerajaan yang lebih hebat selain kerajaan Allah), maka datanglah si Ratu kepada Sulaiman.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by semut api on Thu Sep 24, 2009 12:57 pm

siapa dia & makhluk mana yg tidak tunduk pada DIA?????????????????? ada ke manusia & binatang melata yg begitu ???????????????????

so macam mana kamu mentauhidkan ALLAH mek??????????????ceritakan ceritakan

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by Adli on Thu Sep 24, 2009 9:53 pm

semut api wrote:siapa dia & makhluk mana yg tidak tunduk pada DIA?????????????????? ada ke manusia & binatang melata yg begitu ???????????????????

Dari kalangan jin dan manusia. Siapakah mereka, hanya Allah Yang Mengetahui.

so macam mana kamu mentauhidkan ALLAH mek??????????????ceritakan ceritakan

Berpegang pada sesuatu yang terbukti benar. Contoh dalam Al Quran, Allah suruh manusia menggunakan akal. Jadi, gunalah akal dalam kehidupan.

Dan terbukti, dengan menggunakan akal, maka kita dapat menjauhi ajaran yang menyempitkan agama dan meruntuh kepuakan atas nama agama untuk kembali kepada agama Allah yang satu... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by semut api on Sat Sep 26, 2009 2:54 pm

Adli wrote:
semut api wrote:siapa dia & makhluk mana yg tidak tunduk pada DIA?????????????????? ada ke manusia & binatang melata yg begitu ???????????????????

Dari kalangan jin dan manusia. Siapakah mereka, hanya Allah Yang Mengetahui.

so macam mana kamu mentauhidkan ALLAH mek??????????????ceritakan ceritakan

Berpegang pada sesuatu yang terbukti benar. Contoh dalam Al Quran, Allah suruh manusia menggunakan akal. Jadi, gunalah akal dalam kehidupan.

Dan terbukti, dengan menggunakan akal, maka kita dapat menjauhi ajaran yang menyempitkan agama dan meruntuh kepuakan atas nama agama untuk kembali kepada agama Allah yang satu...

siapa dia yg beragama tanpa menggunakan akal tersebut, siapa siapa siapa siapa siapa ?????????????????? apa dia agama Alah yg satu tu, tlg ceritakan

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by Adli on Sun Sep 27, 2009 12:01 am

semut api wrote:siapa dia yg beragama tanpa menggunakan akal tersebut, siapa siapa siapa siapa siapa ??????????????????


72:4. Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan,

72:5. Dan kami menyangkabahawa manusia dan jin tidak akan mengatakan dusta terhadap Allah.

Yang bodoh (sebab tak guna akal) dari kalangan jin dan manusia.

apa dia agama Alah yg satu tu, tlg ceritakan

30:30. Maka tegakkanlah wajah kamu kepada agama, seorang yang lurus - fitrah Allah yang dengannya memulakan manusia. Tidak ada pertukaran dalam ciptaan Allah. Itulah agama yang betul; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Agama yang mengikut fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia, selepas Adam diciptakan, Allah mengajarnya mengenal nama-nama. Nak bezakan sesuatu yang empunya nama, kena kenal sifat-sifatnya (melihat perbezaan sifat). Maka belajar itulah adalah agama Allah.

Bila malas belajar, otak jadi lemah dan manusia itu jadi bodoh. Mereka akan berdusta terhadap Allah. Seterusnya akan jadi penghuni Jahannam.


Dari kisah Adam, tidak pula Allah perintah Adam sujud kepada mana-mana
objek (makhluk) tertentu, sebaliknya para malaikat sahaja yang disuruh
bersujud kepada Adam.
..

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by semut api on Fri Oct 02, 2009 7:38 pm

Adli wrote:72:4. Yang bodoh di kalangan kami mengatakan terhadap Allah yang keterlaluan,


apa dia yg keterlaluan tu ??? apa dia apa dia????

adli wrote:Dari kisah Adam, tidak pula Allah perintah Adam sujud kepada mana-mana
objek (makhluk) tertentu, sebaliknya para malaikat sahaja yang disuruh
bersujud kepada Adam.
..

kenapa malaikat kena sujud pada Adam? kenapa kenapa kenapa kenapa kenapa kenapa???????????

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by antihadisitukafir on Sat Oct 03, 2009 11:31 am

puak anti hadis ni tak nak pegang pd Hadis sbb kata hadis itu palsu dan
berjilidjilid banyak dan dikumpul oleh manusia biasa spt Bukhari dan
Muslim.....
tapi Al Quran pun di buku oleh para sahabat setelah Rasulullah wafat......

patututnya mereka guna akal je dan dapatkan Al-Quran direct dr Allah
sebab mereka tak percaya dgn ulama (sahabat nabi) dan takpercaya dpat
ilmu dgn berguru...

Betulkan Adli, bayau dan pejuang?

antihadisitukafir
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 986
Registration date: 2009-10-03

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by Juang on Sat Oct 03, 2009 12:31 pm

Orang berakal, mereka memilih yang terbaik berdasar apa yang Allah tetapkan (ada bukti hukum dan sunnah alam). Bukannya tengok pada "riwayat hadis" terus percaya semua itu benar.

Macam riwayat Hang Tuah, takkanlah nak percaya membuta-tuli semuanya. Orang boleh guna nama orang terdahulu untuk menipu-daya.

So untuk selamatkan akidah agar tidak ditipu, lebih selamat berpegang ada yang ada bukti daripada Allah.

Bukankah menyekutukan Allah (beranggapan ada kuasa lain selainNya boleh buat ketetapan) itu ke Jahannam tempatnya?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by antihadisitukafir on Sat Oct 03, 2009 3:58 pm

Eengkau samakan para sahabat Nabi dgn Riwayat Hang tuah? Tak kan Nabi bersahabat dg para penipu pulak.

Takkanlah Nabi bersahabat dgn penipu yang membantu Al Quran itu sampai ke tangan kita, ada yg gugur syahid supaya Islam berkembang.

Mustahil Rasulullah itu bodoh spt anggapan engkau sehingga semua sahabatnya penipu dan bodoh sehingga hadis yg diriwayatkan oleh mereka ditolak?

Mustahil Allah lantik Muhammad sebagai rasul jika dia bodoh dan diturnkan Al-quran melalui baginda?

antihadisitukafir
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 986
Registration date: 2009-10-03

Back to top Go down

Re: Perumpamaan 2 sahabat

Post by antihadisitukafir on Sat Oct 03, 2009 4:04 pm

kalau AL Quran itu tidak perlu penerangan dr Nabi s.a.w kan lebih bagus diturunkan sekaligus melalui Jibril terus siap dengan terjemahan dan berbentuk sebuah kitab, ada bahasa Melayu ,Cina dsb. Fikirkan dgn akal kamu......

antihadisitukafir
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 986
Registration date: 2009-10-03

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum