Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Golongan Yang Menyempitkan Agama

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by Juang on Fri Sep 18, 2009 8:41 am

2.113. Orang-orang Yahudi berkata, "Orang-orang Nasrani tiada sesuatu", dan orang-orang Nasrani berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu"; dan mereka membaca al-Kitab. Demikian juga orang-orang yang tidak mengetahui berkata, serupa dengan ucapan mereka. Allah akan menghakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan.

Di zaman sekarang kita jumpa, orang Syiah mengatakan orang ASWJ tidak betul. Dan orang ASWJ pula kata orang Syiah tidak betul. Padahal sesama mereka ada Al Quran.

Dalam alam politik Melayu pun macam itu juga perangai mereka. Saling salah-menyalah antara satu sama lain. Sehingga hidup ini seolah-olah untuk berbalah-balah sahaja untuk mempertahankan puak masing-masing.

Kalau kita fikirkan, yang menyebab sesuatu agama jadi terpecah bila mereka wujudkan kelompok mengikut satu pendapat atau aliran seseorang hamba Allah terdahulu. Mereka tidak terbuka menerima perbezaan pendapat sehingga ajaran agama itu disempit-sempitkan.

Sedangkan Allah suruh manusia mendengar sesuatu dengan teliti, kemudian pilih yang terbaik tanpa melihat dari segi puak atau golongan mana pendapat itu datang. Barulah manusia hidup tanpa perpecahan.

Memperbanyakkan pendapat dalam beragama meluaskan pemikiran. Dan janganlah kerana sempitkan agama pada satu sudut, maka sudut yang lain ditolak mentah-mentah. Umpamanya dalam memandang sesuatu objek, kita ada 360 darjah. Takkanlah kerana kita guna 1 darjah sudut pandangan untuk kata kita Islamik, maka yang 359 darjah itu dianggap tidak Islamik?

Kaum yang menyempitkan agama tidak akan mendapat manfaat sedikit pun dari sisi Allah. Malah kecelakaanlah yang akan menimpa mereka kerana suatu hari nanti sesama mereka akan berpecah-belah bila agama itu semakin disempit-sempitkan (setiap puak itu berbangga diri dengan apa yang mereka ada).

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by semut api on Wed Sep 23, 2009 11:46 am

siapa dia yg menyempitkan agama & apa yg disempitkan?
siapa dia yg meluaskan agama & apa yg diluaskan? cerita skit

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by Adli on Wed Sep 23, 2009 12:49 pm

semut api wrote:siapa dia yg menyempitkan agama

Orang yang menjadikan agama untuk bermegah-megahan kononnya mereka sahaja kekasih Allah. Itulah orang yang menyekutukan Allah.

apa yg disempitkan?

Cara-cara dalam melaksanakan perintah Allah yang asalnya lapang, telah disempitkan mengikut sesuatu budaya atau bahasa sesuatu kaum sahaja. Sedangkan perintah Allah itu sesuatu dengan fitrah manusia yang berbilang bangsa. Dan Allah Maha Adil kepada semua keturunan manusia.

siapa dia yg meluaskan agama

Orang yang merendah diri dan menjadikan agama untuk berbuat kebaikan dan melihat semua manusia sama rata. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dan orang itu sanggup belajar dengan manusia lain yang dikurniakan kelebihan dan tidak menjadikan perbezaan untuk bermusuh-musuhan.

apa yg diluaskan?

Cara-cara dalam beragama agar kebaikan dan pencegahan kemungkaran dapat dilakukan dengan mudah. Barulah perintah Allah mudah dicapai matlamatnya.

Umpamanya, untuk mengelakkan zina, perkahwinan adalah jalannya. Maka mereka akan berusaha memudahkan perkahwinan agar jalan ke arah penzinaan dapat tutup.

Tetapi jika mereka sendiri menyusahkan perkahwinan sehingga menyebabkan anak-anak muda mereka lebih suka berzina, bukankah itu datang daripada perbuatan mereka yang menyempit-nyempitkan agama itu?

Begitulah contoh Allah datangkan balasan buruk kepada golongan yang sempitkan agama Allah...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by semut api on Thu Sep 24, 2009 8:49 am

Adli wrote:
semut api wrote:siapa dia yg menyempitkan agama

Orang yang menjadikan agama untuk bermegah-megahan kononnya mereka sahaja kekasih Allah. Itulah orang yang menyekutukan Allah.


tolong specifickan siapa dia?

adli wrote:
apa yg disempitkan?

Cara-cara dalam melaksanakan perintah Allah yang asalnya lapang, telah disempitkan mengikut sesuatu budaya atau bahasa sesuatu kaum sahaja. Sedangkan perintah Allah itu sesuatu dengan fitrah manusia yang berbilang bangsa. Dan Allah Maha Adil kepada semua keturunan manusia.

tolong specifickan perintah apa & yg mana?

adli wrote:
siapa dia yg meluaskan agama

Orang yang merendah diri dan menjadikan agama untuk berbuat kebaikan dan melihat semua manusia sama rata. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dan orang itu sanggup belajar dengan manusia lain yang dikurniakan kelebihan dan tidak menjadikan perbezaan untuk bermusuh-musuhan.

siapa dia yg merendahkan diri itu tolong specifickan?

adli wrote:
apa yg diluaskan?

Cara-cara dalam beragama agar kebaikan dan pencegahan kemungkaran dapat dilakukan dengan mudah. Barulah perintah Allah mudah dicapai matlamatnya.

Umpamanya, untuk mengelakkan zina, perkahwinan adalah jalannya. Maka mereka akan berusaha memudahkan perkahwinan agar jalan ke arah penzinaan dapat tutup.

Tetapi jika mereka sendiri menyusahkan perkahwinan sehingga menyebabkan anak-anak muda mereka lebih suka berzina, bukankah itu datang daripada perbuatan mereka yang menyempit-nyempitkan agama itu?

Begitulah contoh Allah datangkan balasan buruk kepada golongan yang sempitkan agama Allah...

apa dia cara2 dlm agama yg dimudahkan & tolong specifickan dgn detail sikit?

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by Adli on Thu Sep 24, 2009 11:27 am

semut api wrote:tolong specifickan siapa dia?

Itu urusan Allah. Dialah Hakim yang seadil-adilnya.

Tugas manusia adalah untuk memberitahu wujudnya dua golongan tersebut.

Siapa yang menyempitkan agama, merekalah yang terasa kesan kesempitan dan kepanasannya. Serahkan kepada Allah untuk menentukan siapa mereka.

tolong specifickan perintah apa & yg mana?

Satu contoh adalah solat. Al Quran tidak menetapkan perincian caranya, ada manusia menetapkan caranya sehingga beranggapan cara mereka sahaja dikira solat yang sah (kononnya ikut cara yang mereka dakwa solat Nabi).

Walhal nilai solat itu perlu dilihat sejauh mana ia mencapai matlamat yang Al Quran gariskan iaitu mencegah kemungkaran. Bukankah mencegah kemungkaran itu lebih tinggi nilai daripada memastikan caranya sama macam Nabi atau tidak?

Akibat terlalu taksub nak sempitkan cara solat, mereka berpecah-belah kepada pelbagai golongan. Mereka tidak akui keislaman golongan lain yang tidak bersolat seperti cara mereka walaupun golongan lain itu lebih dahulu mencapai matlamat mencegah kemungkaran.

Walhal tiada ayat Al Quran menetapkan "tidak sah solat seseorang manusia itu jika tidak sama seperti Nabi".

siapa dia yg merendahkan diri itu tolong specifickan?


Orang yang mendengar ucapan, dan memilih yang terbaik tanpa mengira puak. Oleh kerana mereka mengambil yang terbaik sahaja dalam hidup ini, logiklah mereka jadi umat yang terbaik. Dan segala yang baik itu datangnya daripada Allah.

Siapa individu itu? Hanya Allah dan tuan punya diri yang tahu.
Tugas kita adalah untuk mendengar dan memilih yang terbaik untuk hidup kita, bukannya menghukum orang.

Hanya orang yang menyekutukan Allah (perasan dirinya tuhan) sahaja yang suka menghukum orang, kononnya individu-individu yang tidak ikut cakap mereka itu tidak layak masuk syurga. Bila masa pula Allah bagi kunci syurga kepada seseorang manusia untuk dia menentukan siapa yang layak?

apa dia cara2 dlm agama yg dimudahkan & tolong specifickan dgn detail sikit?


Contohnya, melapangkan cara-cara solat (ikut apa yang Al Quran tetapkan) agar matlamat mencegah kemungkaran itulah yang perlu diutamakan, bukannya caranya macam Nabi atau tidak.

Cuba renungkan, takkan nak cegah kemungkaran kena baca dalam sebutan Arab? Dalam bahasa lain tidak mampu mencegah kemungkaran ke?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by semut api on Thu Sep 24, 2009 12:49 pm

Adli wrote:
semut api wrote:tolong specifickan siapa dia?

Itu urusan Allah. Dialah Hakim yang seadil-adilnya.

Tugas manusia adalah untuk memberitahu wujudnya dua golongan tersebut.

Siapa yang menyempitkan agama, merekalah yang terasa kesan kesempitan dan kepanasannya. Serahkan kepada Allah untuk menentukan siapa mereka.

pejabat agamakah? ulama2kah? ustaz2kah? begitukah maksud kamu?

adli wrote:
tolong specifickan perintah apa & yg mana?

Satu contoh adalah solat. Al Quran tidak menetapkan perincian caranya, ada manusia menetapkan caranya sehingga beranggapan cara mereka sahaja dikira solat yang sah (kononnya ikut cara yang mereka dakwa solat Nabi).

Walhal nilai solat itu perlu dilihat sejauh mana ia mencapai matlamat yang Al Quran gariskan iaitu mencegah kemungkaran. Bukankah mencegah kemungkaran itu lebih tinggi nilai daripada memastikan caranya sama macam Nabi atau tidak?

Akibat terlalu taksub nak sempitkan cara solat, mereka berpecah-belah kepada pelbagai golongan. Mereka tidak akui keislaman golongan lain yang tidak bersolat seperti cara mereka walaupun golongan lain itu lebih dahulu mencapai matlamat mencegah kemungkaran.

Walhal tiada ayat Al Quran menetapkan "tidak sah solat seseorang manusia itu jika tidak sama seperti Nabi".

kenapa hanya solat? maknanya solat yg berbillion manusia buat tu salah & pak turut??? itukah maksud kamu & solat yg betul adalah dgn membaca & belajar???? begitu maksud kamu???

adli wrote:
siapa dia yg merendahkan diri itu tolong specifickan?


Orang yang mendengar ucapan, dan memilih yang terbaik tanpa mengira puak. Oleh kerana mereka mengambil yang terbaik sahaja dalam hidup ini, logiklah mereka jadi umat yang terbaik. Dan segala yang baik itu datangnya daripada Allah.

Siapa individu itu? Hanya Allah dan tuan punya diri yang tahu.
Tugas kita adalah untuk mendengar dan memilih yang terbaik untuk hidup kita, bukannya menghukum orang.

Hanya orang yang menyekutukan Allah (perasan dirinya tuhan) sahaja yang suka menghukum orang, kononnya individu-individu yang tidak ikut cakap mereka itu tidak layak masuk syurga. Bila masa pula Allah bagi kunci syurga kepada seseorang manusia untuk dia menentukan siapa yang layak?

siapa yg perasan dia tu tuhan ???? siapa siapa siapa siapa siapa ????? tlg kabarkan supaya senang aku nak minta 10 juta utk bayar hutang

adli wrote:
apa dia cara2 dlm agama yg dimudahkan & tolong specifickan dgn detail sikit?


Contohnya, melapangkan cara-cara solat (ikut apa yang Al Quran tetapkan) agar matlamat mencegah kemungkaran itulah yang perlu diutamakan, bukannya caranya macam Nabi atau tidak.

Cuba renungkan, takkan nak cegah kemungkaran kena baca dalam sebutan Arab? Dalam bahasa lain tidak mampu mencegah kemungkaran ke?

maknanya solat yg kamu buat tulah yg terbaik ya, dengan hanya membaca & membaca & mambaca tanpa diketahui apa maksud yg dibaca eh????? bagus bagus bagus bagus bagus bagus bagus bagus bagus bagus solat kamu

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by Adli on Thu Sep 24, 2009 9:41 pm

semut api wrote:pejabat agamakah? ulama2kah? ustaz2kah? begitukah maksud kamu?

Camne nak dispesifikkan sebab bermegah-megahan itu adalah perasaan yang tersembunyi dalam dada.

Yang nampak apa yang tersembunyi dalam dada manusia itu adalah Allah dan tuan punya diri. So buat apa tanya pada aku pula?

kenapa hanya solat? maknanya solat yg berbillion manusia buat tu salah & pak turut??? itukah maksud kamu & solat yg betul adalah dgn membaca & belajar???? begitu maksud kamu???

Kan dah disebutkan pada perintah solat itu wujud contoh penyempitan. Malah pada perintah solat, Al Quran ada peringatkan pasal "kecelakaan orang yang bersolat". Maka solat itu bukan sekadar main buat sahaja. Kenalah fikir capai atau tidak matlamat yang Al Quran gariskan.

Salahnya jika mereka buat tanpa tahu apa sebabnya. Salahnya jika mereka menetapkan tanpa bukti dari sisi Allah. Salahnya jika mereka sempitkan apa yang mereka buat itu sahaja dikira solat, dan yang orang lain buat seperti Al Quran sebut tidak dianggap solat. Salahnya jika jadikan perbezaan cara solat itu untuk berpuak-puak. Walhal makhluk Allah lain yang berbeza cara solatnya boleh pula hidup berharmoni. Nampak sangat makhluk Allah yang lain itu lagi mulia daripada orang yang tidak boleh berlapang dada dengan perbezaan cara solat.

siapa yg perasan dia tu tuhan ???? siapa siapa siapa siapa siapa ????? tlg kabarkan supaya senang aku nak minta 10 juta utk bayar hutang

Perasan itu tersembunyi di dalam dada manusia. Jadi tiada gunanya bertanya siapa orang di sini....

maknanya solat yg kamu buat tulah yg terbaik ya, dengan hanya membaca & membaca & mambaca tanpa diketahui apa maksud yg dibaca eh????? bagus bagus bagus bagus bagus bagus bagus bagus bagus bagus solat kamu

Terbaik untuk diri aku. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Allah. Dan kerana aku membaca dalam bahasa yang aku fahami, maka mudahlah aku memahami maksudnya.

Dengan solat aku ini, dapat aku melawan penyakit-penyakit hati untuk hidup memikirkan kesatuan manusia.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by semut api on Sat Sep 26, 2009 3:08 pm

kesatuan manusia?????????????????? kesatuan dgn kamu yg bersolat sambil membaca buku gitu???????????? lagikan gigi dgn lidah lagi tergigit, inikan pula bebillion manusia yg aku tahu tak sorang pun bersolat macam kamu mekkkkk

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by Adli on Sun Sep 27, 2009 12:32 am

semut api wrote:kesatuan manusia?????????????????? kesatuan dgn kamu yg bersolat sambil membaca buku gitu???????????? lagikan gigi dgn lidah lagi tergigit, inikan pula bebillion manusia yg aku tahu tak sorang pun bersolat macam kamu mekkkkk

Cara solat itu hak masing-masing (sebab itu Al Quran tidak tetapkan caranya). Manusia itukan unik. Jadi, apa nak dihairankan cara solat pun ada keunikannya.

Sebab itu dalam Al Quran tidak pun bawa kisah setiap para Rasul yang dibangkitkan mempunyai solat yang sama sahaja caranya. Malah Al Quran tidak sebut pun bagaimana cara solat setiap para Nabi dan Rasul itu. Nampak sangat Allah bukan pentingkan kesamaan cara, tetapi yang pentingnya adalah apa jua cara yang dilakukan, biarlah ada manfaat, bukan main buat membuta-tuli tak tahu apa hikmah di sebalik gerakan yang mereka ada-adakan itu.

Orang yang tidak boleh lapangkan fikiran sahaja yang nampak agama Allah itu sempit...


Last edited by Adli on Mon Oct 05, 2009 5:27 am; edited 1 time in total

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by tolokminda on Fri Oct 02, 2009 1:06 pm

Islam adalah cara hidup, bukan agama. Dalam Islam tidak ada amalan bersifat ritual. Amalan-amalan ritual adalah ciptaan manusia yang cenderung kepada agama saja. Mereka mencipta ritual untuk kononnya berkomunikasi dengan Tuhan atau untuk menunjukkan manifestasi kesyukuran mereka kepada-Nya. Manusia beragama mencipta berbagai-bagai amalan ritual dalam kelompok masing-masing dan mendakwa amalan merekalah yang paling betul dan diterima Tuhan. Tapi betul ke?

Bila kita periksa Al-Quran, kita akan dapati Tuhan tidak mengajar kita melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat ritualistik tetapi Dia mengajar kita supaya melakukan perkara-perkara yang realistik.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2046
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by semut api on Fri Oct 02, 2009 7:18 pm

sebenar2 DIRInya ISLAM tu apa dia , apa dia apa dia apa dia apa dia ???????

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by tolokminda on Fri Oct 02, 2009 11:06 pm

semut api wrote:sebenar2 DIRInya ISLAM tu apa dia , apa dia apa dia apa dia apa dia ???????


Kita akan menjadi insan Islam apabila kita mengamalkan cara hidup yang selaras dengan fitrah kejadian yang telah ditentukan oleh Tuhan kepada kita. Sebagai khalifah, tugas kita adalah untuk memakmurkan dunia dengan mengerjakan perkara-perkara yang membawa kebaikan dan faedah kepada diri sendiri, orang lain dan alam ini secara keseluruhan. Kita diamanahkan untuk memanisfestasikan dan merealisasikan sifat-sifat Tuhan yang banyak disebut berulang-ulang kali di dalam Quran seperti maha kaya, maha bijaksana, maha mengasihi, maha pemurah, maha adil dan sebagainya. Begitulah diri Islam yang sebenarnya.

Diri yang suka menghukum, yang menolak untuk berfikir, yang kurang rasional bukanlah diri yang bersifat Islam. Begitulah juga kalau berkecenderungan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyekutukan Tuhan dengan pelbagai amalan ritual yang jelas telah pun dilarang Tuhan melalui Kitab-Kitab-Nya.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2046
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by Masterji on Sat Oct 03, 2009 6:38 am

aku duk baring tido, tiba tiba kepala aku teringat aku belum solat..jadi bolehlah aku nak solat sambil baring?? atau sambil aku makan?? sbb kepala otak aku dan akal aku pikir ini je cara aku leh cepat nak solat.. akal aku pikir macam tu.. jadi boleh la ye??

Masterji
Siswa-Siswi

Number of posts: 5
Reputation: 0
Credits: 965
Registration date: 2009-10-03

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by Masterji on Sat Oct 03, 2009 6:45 am

Adli wrote:Yang nampak apa yang tersembunyi dalam dada manusia itu adalah Allah dan tuan punya diri. So buat apa tanya pada aku pula?


Sbb aku sendiri pun rasa ko tau... jenis suka menghukum macam ko ni tentu tahuu.. ko kan suka menghukumm..

Kan dah disebutkan pada perintah solat itu wujud contoh penyempitan. Malah pada perintah solat, Al Quran ada peringatkan pasal "kecelakaan orang yang bersolat". Maka solat itu bukan sekadar main buat sahaja. Kenalah fikir capai atau tidak matlamat yang Al Quran gariskan.

Salahnya jika mereka buat tanpa tahu apa sebabnya. Salahnya jika mereka menetapkan tanpa bukti dari sisi Allah. Salahnya jika mereka sempitkan apa yang mereka buat itu sahaja dikira solat, dan yang orang lain buat seperti Al Quran sebut tidak dianggap solat. Salahnya jika jadikan perbezaan cara solat itu untuk berpuak-puak. Walhal makhluk Allah lain yang berbeza cara solatnya boleh pula hidup berharmoni. Nampak sangat makhluk Allah yang lain itu lagi mulia daripada orang yang tidak boleh berlapang dada dengan perbezaan cara solat.


Oleh kerana aku taknak menyempitkan kepala otak aku ni, aku nak solat sambil makan lah.. aku rasa aku tak tergolong dalam golongan celaka sebab aku tidak menyempitkan solat tu sendiri... lagipun cara Quran ajar adalah suruh bersolat sahaja ikut keselesaan.. ini aku selesa maka aku leh solat masa aku makan ataupun main PS2.. Ko takleh anggap aku ni salah sbb bagi aku aku dah anggap ini solat walaupun tidak bagi ko.. sebab ini keselesaan aku..aku ada buktiii.. Quran kata bersolatlah kamu.. so aku bersolat la ni...


Perasan itu tersembunyi di dalam dada manusia. Jadi tiada gunanya bertanya siapa orang di sini....


Aku rasa ada gunanya bertanya di sini.. persepsi ko anti hadis dengan kami yang terima hadis lain. habaq skitt..

[quote]Terbaik untuk diri aku. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Allah. Dan kerana aku membaca dalam bahasa yang aku fahami, maka mudahlah aku memahami maksudnya.Dengan solat aku ini, dapat aku melawan penyakit-penyakit hati untuk hidup memikirkan kesatuan manusia./quote]

Ko jadi imam ko baca lah kuat kuat macam tu... Baca dalam bahasa tamil pun leh kalo die india ye..kahkahakah!!ehh.. bila fahaman anti hadis ni nak masuk ke ceramah ceramah?? takkan berani dalam ni je kot???

Masterji
Siswa-Siswi

Number of posts: 5
Reputation: 0
Credits: 965
Registration date: 2009-10-03

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by semut api on Sat Oct 03, 2009 9:45 am

tolokminda wrote:
semut api wrote:sebenar2 DIRInya ISLAM tu apa dia , apa dia apa dia apa dia apa dia ???????


Kita akan menjadi insan Islam apabila kita mengamalkan cara hidup yang selaras dengan fitrah kejadian yang telah ditentukan oleh Tuhan kepada kita. Sebagai khalifah, tugas kita adalah untuk memakmurkan dunia dengan mengerjakan perkara-perkara yang membawa kebaikan dan faedah kepada diri sendiri, orang lain dan alam ini secara keseluruhan. Kita diamanahkan untuk memanisfestasikan dan merealisasikan sifat-sifat Tuhan yang banyak disebut berulang-ulang kali di dalam Quran seperti maha kaya, maha bijaksana, maha mengasihi, maha pemurah, maha adil dan sebagainya. Begitulah diri Islam yang sebenarnya.

Diri yang suka menghukum, yang menolak untuk berfikir, yang kurang rasional bukanlah diri yang bersifat Islam. Begitulah juga kalau berkecenderungan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyekutukan Tuhan dengan pelbagai amalan ritual yang jelas telah pun dilarang Tuhan melalui Kitab-Kitab-Nya.

tak der manusia pun yg tak berfikir, ooo merealisasikan sifat Tuhan pulak, abih ko ingat sifat tuhan tu sama macam sifat manusia la, maha kaya maha bijaksana dgn akalnya ??? jauh panggang dari api, apa yg ko faham menyengutukan tuhan tu??? apa maksudnya , boleh cerita skit

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by antihadisitukafir on Sat Oct 03, 2009 11:25 am

puak anti hadis ni tak nak pegang pd Hadis sbb kata hadis itu palsu dan
berjilidjilid banyak dan dikumpul oleh manusia biasa spt Bukhari dan
Muslim.....
tapi Al Quran pun di buku oleh para sahabat setelah Rasulullah wafat......

patututnya mereka guna akal je dan dapatkan Al-Quran direct dr Allah
sebab mereka tak percaya dgn ulama (sahabat nabi) dan takpercaya dpat
ilmu dgn berguru...

Betulkan Adli, bayau dan pejuang?

antihadisitukafir
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 981
Registration date: 2009-10-03

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by tolokminda on Sun Oct 04, 2009 2:30 am

semut api wrote:
tolokminda wrote:
semut api wrote:sebenar2 DIRInya ISLAM tu apa dia , apa dia apa dia apa dia apa dia ???????


Kita akan menjadi insan Islam apabila kita mengamalkan cara hidup yang selaras dengan fitrah kejadian yang telah ditentukan oleh Tuhan kepada kita. Sebagai khalifah, tugas kita adalah untuk memakmurkan dunia dengan mengerjakan perkara-perkara yang membawa kebaikan dan faedah kepada diri sendiri, orang lain dan alam ini secara keseluruhan. Kita diamanahkan untuk memanisfestasikan dan merealisasikan sifat-sifat Tuhan yang banyak disebut berulang-ulang kali di dalam Quran seperti maha kaya, maha bijaksana, maha mengasihi, maha pemurah, maha adil dan sebagainya. Begitulah diri Islam yang sebenarnya.

Diri yang suka menghukum, yang menolak untuk berfikir, yang kurang rasional bukanlah diri yang bersifat Islam. Begitulah juga kalau berkecenderungan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyekutukan Tuhan dengan pelbagai amalan ritual yang jelas telah pun dilarang Tuhan melalui Kitab-Kitab-Nya.

tak der manusia pun yg tak berfikir, ooo merealisasikan sifat Tuhan pulak, abih ko ingat sifat tuhan tu sama macam sifat manusia la, maha kaya maha bijaksana dgn akalnya ??? jauh panggang dari api, apa yg ko faham menyengutukan tuhan tu??? apa maksudnya , boleh cerita skit


Sudah tentulah kita tak akan mampu mencapai kesempurnaan sifat Tuhan. Kalau Tuhan maha kaya, kita boleh kaya tapi tentulah sekadar kaya secara perbandingannya dengan manusia lain saja, bukan dengan Tuhan. Sama halnya kalau kita bijaksana, tentulah atas dasar perbandingan dengan manusia lain juga. Begitu juga kalau kita bersifat kasihan, pemurah, adil dan sebagainya.

Kita tidak boleh bandingkan sifat kita dengan sifat Tuhan yang maha sempurna. Adalah mustahil untuk kita dapat mencapai kesempurnaan sifat sebagaimana Tuhan. Tetapi Tuhan memberitahu kita bagaimanakah sifat-sifat sempurna yang Dia miliki. Pernahkan terfikir mengapa Dia menyatakan sifat-sifat berkenaan berulang-ulang kepada kita melalui Al-Quran? Adakah Tuhan mahu menunjuk-nunjukkan betapa hebatnya Dia sebagai Tuhan?

Sudah tentu tidak. Tidak ada sebab Tuhan perlu bersikap seperti itu kepada makhluk ciptaan-Nya sendiri.

Jadi apa sebenarnya mesej Tuhan? Mesejnya adalah jelas. Supaya kita memanifestasikan dan merealisasikan sifat-sifat seumpama itu (di atas kemampuan istimewa yang dianugerahkan kepada kita sebagai seorang manusia) di sepanjang perjalanan hidup kita sebagai khalifah-Nya di atas mukabumi ini. Jika kita dapat memahami, menghayati dan mempraktikkan sifat-sifat berkenaan, nescaya sesiapa saja dan apa saja yang berada dalam tanggungjawab kita atau yang berurusan dengan kita akan mendapat faedah, keamanan dan kemakmuran. Dan dengan itu tujuan hidup kita sebagai seorang khalifah yang menjadi wakil untuk menabur bakti atas nama Tuhan di dunia ini akan dapat dicapai.

Kalau tuan sudi fikirkan mengenai apa yang saya katakan, ia sebenarnya satu konsep yang mudah. Kata orang, common sense saja.

Menyekutukan Tuhan? Secara mudahnya adalah apabila kita mengadakan perantara (misalnya berhala, kaabah atau apa saja tangibles) apabila berurusan dengan Tuhan. Ataupun kita mengatakan Tuhan mempunyai anak (Isa dalam kristian) atau pasangan/partner (Muhamad dalam "Islam") sehingga jika tanpa "anak"-Nya atau "pasangan"-Nya peranan Tuhan menjadi tidak atau kurang sempurna.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2046
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by Adli on Mon Oct 05, 2009 5:23 am

Ya, Sifat-sifat Allah itu perlu kita praktikkan dalam diri kita sebagai perbandingan antara sesama manusia, bukannya hendak setara dengan Allah.

Mana-mana manusia yang paling bijaksana, paling penyayang, paling pemurah, paling kaya (berakhlak mulia), dan pinjaman Sifat-sifat Tuhan yang lain, maka itulah manusia yang terbaik. Jika kita dapat sedarkan ramai manusia memilih yang terbaik (mencontohi Sifat-sifat Allah), maka sudah pasti umat manusia akan lebih gemilang lagi.

Tetapi jika manusia itu meniru sifat-sifat syaitan yang pemalas, suka menunjuk-nunjuk biarpun bodoh, suka bermegah-megah biarpun papa, suka berbuat kerosakan dll, bukankah itu hanya mengundang kecelakaan dan malang?.. Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by Adli on Mon Oct 05, 2009 5:34 am

tolokminda wrote:Islam adalah cara hidup, bukan agama. Dalam Islam tidak ada amalan bersifat ritual. Amalan-amalan ritual adalah ciptaan manusia yang cenderung kepada agama saja. Mereka mencipta ritual untuk kononnya berkomunikasi dengan Tuhan atau untuk menunjukkan manifestasi kesyukuran mereka kepada-Nya. Manusia beragama mencipta berbagai-bagai amalan ritual dalam kelompok masing-masing dan mendakwa amalan merekalah yang paling betul dan diterima Tuhan. Tapi betul ke?

Bila kita periksa Al-Quran, kita akan dapati Tuhan tidak mengajar kita melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat ritualistik tetapi Dia mengajar kita supaya melakukan perkara-perkara yang realistik.

Semua itu banyak berpunca sikap suka menunjuk-nunjuk dalam beragama kononnya mereka itulah puak yang beriman. Walhal iman terletak dalam dada, dan tidak perlulah dipertontonkan pada masyarakat. Asalkan Allah nampak keimanan kita, cukuplah. Itu pun yang pentingnya sebab yang menilai amalan kita baik atau buruk adalah Allah, bukannya masyarakat.

Malangnya ada manusia yang suka menonjol-nonjolkan "keimanan" seolah-olah mereka sahaja kekasih Allah, mula menjadikan agama Allah itu satu kesempitan. Kononnya mengikut cara mereka sahaja diiktiraf sebagai benar, dan yang selainnya mereka hukum tidak betul. Macamlah pula mereka itu tuhan selain Allah.

Itu yang menyebabkan bila kita periksa semula dengan Kitab Allah, banyak ajaran yang mereka tetapkan itu bercanggah dengan Kitab Allah tersebut.

Akhirnya, tanpa mereka sedari, mereka sudah melakukan banyak perkara yang bercanggah dengan Al Kitab dan menyamai amalan-amalan kaum kafir terdahulu. Itulah yang bahayanya jika beragama main pakai turut membuta-tuli.

Kita kena ada perasaan berdikari dalam beragama iaitu dengan bergantung kepada kebenaran yang ditetapkan oleh Allah (yang ada bukti), bukannya perkara yang diada-adakan oleh manusia (sesuatu yang tiada bukti ikut hukum alam dan sunnah).

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Golongan Yang Menyempitkan Agama

Post by tolokminda on Wed Oct 07, 2009 4:43 pm

Adli wrote:
Kita kena ada perasaan berdikari dalam beragama iaitu dengan bergantung kepada kebenaran yang ditetapkan oleh Allah (yang ada bukti), bukannya perkara yang diada-adakan oleh manusia (sesuatu yang tiada bukti ikut hukum alam dan sunnah).


Saya amat setuju. Jika dalam perkara lain pun kita kena berdikari untuk memperoleh kejayaan, dalam hal agama pun kita kena berdikari. Tuhan dan nyatakan dengan jelas bahawa setiap jiwa akan dipertanggungjawabkan ke atas dirinya saja. Jadi wajarlah kita berfikir dalam-dalam terlebih dulu sebelum menerima sesuatu yang disandarkan atas nama Tuhan atau rasul-Nya atau kitab-Nya kerana Tuhan dah ingatkan bahawa syaitan akan sentiasa cuba menyesatkan kita dengan cara yang licik.

tolokminda
Doktor Falsafah

Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2046
Registration date: 2009-10-02

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum