Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3 • Share •
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
2.110. Dan lakukanlah solat, dan berikanlah zakat, dan apa sahaja kebaikan yang kamu mendahulukan untuk jiwa kamu, kamu akan mendapatinya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah melihat apa yang kamu buat.
Solat, zakat dan apa sahaja kebaikan adalah untuk membersihkan jiwa daripada kekotoran. Kekotoran jiwa adalah perasaan bangga diri, hasad dengki, iri hati, dendam, khianat yang menjerumus seseorang manusia masuk ke dalam Api permusuhan yang merosakkan kedamaian.
Solat adalah hubungan kita dengan Allah. Contohnya dalam belajar, kita berhubung dengan Allah sebab ilmu itu datangnya daripada Allah. Kemudian zakat pula adalah hubungan kita dengan sesama manusia (masyarakat) untuk menyampaikan (berkongsi) sebahagian kurniaan Allah kepada kita.
Zakat bukannya terbatas sekadar mengeluarkan duit. Sebaliknya zakat yang paling penting adalah menyampaikan ilmuNya agar orang lain boleh berdikari untuk hidup. Itulah kebaikan jangka masa panjang. Dan sesuai dengan surah "Demi masa", di mana orang yang untung adalah orang yang sampaikan kebenaran dan kesabaran.
Melahirkan masyarakat yang berilmu lebih memberi manfaat besar dari sekadar mengagihkan kekayaan material untuk makan dan minum sahaja. Sebaiknya kemurahan material digunakan untuk membangunkan pusat pengajian ilmu dan kemudahan untuk masyarakat berR&D.
Kita sudah nampak bagaimana kepentingan teknologi (ilmu mencipta sesuatu produk) menjadi satu penentu aras kejayaan sesebuah negara, bangsa atau agama. Kejayaan ini sudah tentunya datang dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan berterusan. Nak menjadi seorang yang bersungguh-sungguh dan istiqomah itulah yang susahnya.
Maka sebab itulah kita kena tahu apa tujuan agama yang menggariskan panduan atau pedoman untuk menjadi manusia yang berjaya, bukannya manusia yang lemah dan tertindas akibat kebodohan sendiri akibat lalai melawan penyakit-penyakit hati.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
apa maksud LAKUKAN solat & bagaimana perlakuan solat tersebut? tlg cerita skit 

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Lakukan = kerjakan atau laksanakan.
Apabila sesuatu perkara itu telah mencapai tujuannya, maka ia dikatakan telah dikerjakan atau dilaksanakan.
Solat bertujuan mencegah perbuatan keji dan mungkar. Bagaimana perlakuan solat, samalah bagaimana perlakuan untuk mencegah kekejian dan kemungkaran. Fikir-fikirkanlah yang terbaik untuk diri masing-masing.
Jika semua manusia berkesedaran untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar bermula dalam diri masing-masing, akan wujud lagikah kekejian dan kemungkaran?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Adli wrote:Lakukan = kerjakan atau laksanakan.

BAGAIMANA SOLAT TERSEBUT DILAKSANAKAN, itulah persoalannya???????????? adakah dgn berpeluk tubuh sambil meniarap membaca buku2 yg dikatakan melaksanakan solat tersebut????????????

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
semut api wrote:BAGAIMANA SOLAT TERSEBUT DILAKSANAKAN, itulah persoalannya???????????? adakah dgn berpeluk tubuh sambil meniarap membaca buku2 yg dikatakan melaksanakan solat tersebut????????????
Apabila Allah sendiri tidak tetapkan caranya, jadi terpulanglah nak buat macam mana pun asalkan matlamat solat untuk menjadi orang yang bijak membezakan baik-buruk agar mencegah kemungkaran itu terlaksana.
Orang yang suka berfikir panjang untuk menilai kesan segala perbuatannya, dia akan takut untuk berbuat kejahatan apabila pemikiran yang jauhnya itu nampak akibat buruk di masa hadapan (sebab Allah akan membalas setiap perbuatan biarpun sebesar zarah).
Nak melatih diri agar suka berfikir panjang, memerlukan manusia itu buat sesuatu yang mencerdaskan minda. Minda tidak terikat dengan keadaan kedudukan badan sama ada hendak berdiri, duduk, berbaring atau menirap. Tetap minda boleh berfungsi dengan waras.
Namun kalau nak membaca buku yang memerlukan daya fikir yang tinggi, kalau dibuat dalam keadaan berbaring, nanti mudah terlelap. Jadi membacalah dalam keadaan duduk supaya selesa untuk berfikir.
Semua itu boleh difikirkan caranya dengan mudah bila kita tahu fitrah kejadian diri kita sendiri. Antara berdiri, duduk atau berbaring, dalam keadaan duduklah yang paling selesa untuk belajar dan mengulangkaji. Tetapi kalau ada yang tahan berdiri lama untuk belajar, bolehlah belajar dalam keadaan berdiri (mungkin zaman sekolah dahulu selalu kena suruh berdiri atas kerusi gara-gara tak siap kerja rumah...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Sebelum ini saya pun selalu tertanya-tanya tentang persoalan solat dan zakat. Mengapa solat dan zakat tidak diterangkan secara terperinci oleh Tuhan sedangkan kedua-duanya disifatkan sebagai tiang agama. Mengapa ada ketidakpastian tentang jumlah waktu solat? Kenapa solat kena mengadap kaabah? Kenapa solat mesti dalam bahasa Arab? Dsbnya...
Hari ini saya dah bebas dari semua persoalan tu. Kalau orang tanya saya kenapa tak solat saya akan diam saja.Bagi saya yang penting adalah "solat" saya tak melibatkan perbuatan menyekutukan Tuhan samada dengan bangunan batu empat segi di Arab Saudi atau pun dengan bahasa rakyat negara berkenaan. Saya juga tak perlu terikat dengan jadual waktu tertentu untuk mengingati Tuhan.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
apa dia sebenar2nya diri solat bagi kamu? yg mana satu kamu katakan solat kamu tersebut? yg mana yg mana yg mana yg mana????????
membaca buku juga ker? mengingati Allah??????? apa yg diingat tentang Allah tersebut ???? yg manakah Allah yg diingat tu?????
membaca buku juga ker? mengingati Allah??????? apa yg diingat tentang Allah tersebut ???? yg manakah Allah yg diingat tu?????

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
semut api wrote:apa dia sebenar2nya diri solat bagi kamu? yg mana satu kamu katakan solat kamu tersebut? yg mana yg mana yg mana yg mana????????
membaca buku juga ker? mengingati Allah??????? apa yg diingat tentang Allah tersebut ???? yg manakah Allah yg diingat tu?????
Apa saja perkara yang kita rancang dan lakukan di dalam kehidupan seharian perlu kita sifatkan
sebagai solat. Apabila semua yang kita lakukan adalah solat, maka kita
tidak akan ada masa untuk melakukan perkara-perkara jahat, keji, tidak
bermoral dan sebagainya. Takkan nak buat benda tak senonoh untuk
ditunjukkan kepada Tuhan, kan?

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
tolokminda wrote:semut api wrote:apa dia sebenar2nya diri solat bagi kamu? yg mana satu kamu katakan solat kamu tersebut? yg mana yg mana yg mana yg mana????????
membaca buku juga ker? mengingati Allah??????? apa yg diingat tentang Allah tersebut ???? yg manakah Allah yg diingat tu?????
Apa saja perkara yang kita rancang dan lakukan di dalam kehidupan seharian perlu kita sifatkan
sebagai solat. Apabila semua yang kita lakukan adalah solat, maka kita
tidak akan ada masa untuk melakukan perkara-perkara jahat, keji, tidak
bermoral dan sebagainya. Takkan nak buat benda tak senonoh untuk
ditunjukkan kepada Tuhan, kan?
kencing pun solat jugak ker??? adakah berangan-angan yg aku ni kaya akan menjadikan kamu kaya yg sebenarnya tanpa melakukan pekerjaan yg akan mengayakan kamu??? itu angan2 mat jening namanya

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
puak anti hadis ni tak nak pegang pd Hadis sbb kata hadis itu palsu dan
berjilidjilid banyak dan dikumpul oleh manusia biasa spt Bukhari dan
Muslim.....
tapi Al Quran pun di buku oleh para sahabat setelah Rasulullah wafat......
patututnya mereka guna akal je dan dapatkan Al-Quran direct dr Allah
sebab mereka tak percaya dgn ulama (sahabat nabi) dan takpercaya dpat
ilmu dgn berguru...
Betulkan Adli, bayau dan pejuang?

antihadisitukafir- Siswa-Siswi
- Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 986
Registration date: 2009-10-03
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
semut api wrote:tolokminda wrote:semut api wrote:apa dia sebenar2nya diri solat bagi kamu? yg mana satu kamu katakan solat kamu tersebut? yg mana yg mana yg mana yg mana????????
membaca buku juga ker? mengingati Allah??????? apa yg diingat tentang Allah tersebut ???? yg manakah Allah yg diingat tu?????
Apa saja perkara yang kita rancang dan lakukan di dalam kehidupan seharian perlu kita sifatkan
sebagai solat. Apabila semua yang kita lakukan adalah solat, maka kita
tidak akan ada masa untuk melakukan perkara-perkara jahat, keji, tidak
bermoral dan sebagainya. Takkan nak buat benda tak senonoh untuk
ditunjukkan kepada Tuhan, kan?
kencing pun solat jugak ker??? adakah berangan-angan yg aku ni kaya akan menjadikan kamu kaya yg sebenarnya tanpa melakukan pekerjaan yg akan mengayakan kamu??? itu angan2 mat jening namanya
Sudah tentu. Kencing pun satu bentuk 'solat' yang kita tak boleh ambil ringan. Kalau suka tahan kencing nanti kita boleh dapat penyakit, misalnya batu karang. Angan-angan? Kalau angan-angan tu bukan 'solat; namanya. Tu membuang masa. Tuhan kata solat akan membawa kita kepada kejayaan dan mengelakkan diri kita dari melakukan perkara buruk dan tak berfaedah.

tolokminda- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1072
Reputation: 0
Credits: 2051
Registration date: 2009-10-02
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Solat tidak terbatas caranya. Jika orang nak buat jahat pun tidak terbatas dengan cara, rukun atau bahasa, apakah patut solat yang mampu mencegah kejahatan itu disempitkan pada sesuatu cara, rukun atau bahasa?
Hanya orang hilang kewarasan sahaja melakukan sesuatu yang menyempitkan agama Allah...
Hanya orang hilang kewarasan sahaja melakukan sesuatu yang menyempitkan agama Allah...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Adli wrote:Hanya orang hilang kewarasan sahaja melakukan sesuatu yang menyempitkan agama Allah...
tidakkah kamu terfikir yg kamu telah menyempitkan agama kerana AQ sudah menjelaskan bahawa setiap ilmu itu ada rujukannya terutama dlm hal2 peribadatan dll??

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Rujukannya sudah pasti pada Allah juga. Takkanlah pada selain Allah? Bukankah daripada Allah juga ilmu itu datang?
Jadi, kembalilah kepada Allah, Pencipta semesta alam.

Jadi, kembalilah kepada Allah, Pencipta semesta alam.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Juang wrote:Rujukannya sudah pasti pada Allah juga. Takkanlah pada selain Allah? Bukankah daripada Allah juga ilmu itu datang?
Jadi, kembalilah kepada Allah, Pencipta semesta alam.
macam mana ko kembali pada Allah??? yg rujuk pada ahlinya tu bukan kembali pada Allah ker?

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Kembali kepada apa yang Allah tetapkan pada alam ini dan mengikut fitrah kejadian manusia.
Ahli yang tahu pasal diri kita adalah diri kita sendiri.

Ahli yang tahu pasal diri kita adalah diri kita sendiri.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Juang wrote:Kembali kepada apa yang Allah tetapkan pada alam ini dan mengikut fitrah kejadian manusia.
Ahli yang tahu pasal diri kita adalah diri kita sendiri.
tidakkah ko tahu yg manusia itu didalangi oleh nafsu, syahwat, akal, syaitan dll dlll dll , manusia biasanya suka yg senang saja , yg disukai oleh nafsunya saja incik

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2620
Registration date: 2009-04-26
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Oleh kerana semua manusia ada nafsu (keinginan hati), maka perlulah guna akal untuk mengawal nafsu itu.
Syaitan membisik kepada hati agar api nafsu semakin membakar, sedangkan akal itulah pengawal agar api nafsu itu membakar mengikut kesesuaian penggunaannya (kena pada tempatnya).
Bayangkanlah manusia yang tidak menggunakan akal dalam kehidupannya, sudah pasti hanya ikut kehendak hawa nafsunya sahaja seterusnya membawa kerosakan diri.
Allah Maha Bijaksana. Tempat kebijaksanaan bagi manusia adalah pada akalnya, bukan pada nafsunya. Maka dengan menjadi seseorang yang bijaksana (berhikmah) itulah tanda-tanda manusia itu telah kembali kepada Tuhannya.
Sebab itu dalam Al Quran, diceritakan para Nabi dan Rasul di kalangan manusia yang bijaksana sedangkan orang kafir yang kuat membantah itu di kalangan manusia yang bodoh.
Di sini kita nampak, jarak manusia dengan Allah bergantung kepada tahap kebijaksanaannya. Semakin bijak, semakin dekat kepada Allah. Semakin bodoh mengalahkan binatang ternak, semakin manusia itu tidak nampak Tuhannya sendiri...

tidakkah ko tahu yg manusia itu didalangi oleh nafsu, syahwat, akal, syaitan dll dlll dll ,kecuali periwayat2 hadis , manusia biasanya suka yg senang saja , yg disukai oleh nafsunya saja .

othman- Sarjana
- Number of posts: 467
Reputation: 0
Credits: 1431
Registration date: 2009-10-07
Re: Lakukan solat, tunaikan zakat dan buat baik
Mungkin bagi mereka itu, periwayat hadis itu bukan manusia yang ada nafsu, syahwat, akal, syaitan dll. Tu yang mereka suruh turut membuta-tuli... 

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3095
Registration date: 2008-04-14
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Similar topics» Puasa Yasa Pakemitan (Puasa yg Baik dan Benar)
» UNISEL akan buat PJJ Ijazah Sains Makmal Perubatan..
» Allah Mengajak Manusia Berbuat Baik
» Simpanan untuk tunaikan haji/umrah
» Muslim: Sembahyang atau Solat?
» UNISEL akan buat PJJ Ijazah Sains Makmal Perubatan..
» Allah Mengajak Manusia Berbuat Baik
» Simpanan untuk tunaikan haji/umrah
» Muslim: Sembahyang atau Solat?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum