Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Gerakan Melapangkan Agama
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Gerakan Melapangkan Agama
Setelah kita lihat kesan buruk menyempitkan agama yang menyebabkan penganut sesuatu agama itu menjadi ego seterusnya menjadi pelampau agama, seharusnya kita kena mencari jalan ke arah kesedaran untuk melapangkan kembali agama agar manusia dapat hidup aman damai.
Semua para Rasul bertindak untuk melapangkan agama di zaman mereka. Agama Allah asalnya lapang dan luas kerana ia hanya mengikut fitrah. Sedangkan Allah cipta alam semesta ini punyalah lapang, takkanlah Allah nak buat satu agama yang sempit untuk manusia?
Agama Allah bukan terikat pada budaya atau adat setempat terutama adat atau budaya seseorang Rasul yang ingin dicontohi. Janganlah kerana nak mencontohi akhlak mulia seorang Rasul berbangsa Arab, maka Islam disempitkan dengan adat dan budaya orang Arab. Itu sudah menyalahi matlamat Allah membangkitkan seseorang Rasul untuk menjadikan agamaNya itu lapang dan luas.
Belajar lapangkan dada dan luaskan pemikiran agar mudah kita membeza baik-buruk sesuatu perkara. Dengan itu, kita akan lebih tenang dalam beragama selagi kita hidup untuk berbuat kebaikan. Segala yang ditetapkan dalam Al Quran, itulah yang Allah tetapkan. Dan sudah pasti Rasul yang menyampaikan Al Quran itu akan menetapkan sesuatu perkara selaras dengan apa yang digariskan dalam Al Quran. Tidak mungkin Rasul itu menokok tambah ketetapan menjadikan ajaran itu sesempit adat dan budaya bangsa Arab. Kalau itulah perbuatan Rasulullah, apa bezanya baginda dengan kaum Nasrani dahulu yang sempitkan agama mereka ikut budaya masyarakat dari Nasara (tempat kelahiran Nabi Isa)?
Selain yang ditetapkan dalam Al Quran, ia adalah perkara cabang atau ranting yang manusia tidak terikat hendak guna pendapat sesiapa pun selagi ia sesuai dengan Al Quran dan mendatangkan manfaat. Perumpamaan Al Quran adalah sebagai pembeza apa itu baik dan apa itu buruk. Nak buat baik, Al Quran tidak tetapkan sebab caranya luas. Pandai-pandaikan guna akal untuk ikut cara mana yang sesuai dan mudah mencapai matlamat yang Allah tetapkan. Jadi, jangan sempitkan cara yang Allah sendiri tidak sempitkan.
Bila agama berjaya dilapangkan agar kembali kepada agama Allah yang asal, apakah akan wujud puak-puak pelampau agama? Yang suka melampau-lampau dalam beragama ini hanya orang yang suka menunjuk-nunjuk kononnya mereka itulah kaum yang dikasihi Allah. Padahal penyakit riak dan menunjuk-nunjuk itulah yang paling dibenci oleh Allah.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Gerakan Melapangkan Agama
Benar Juang. Dalam pemikiran orang yang menjadikan agama islam itu terasa sempit, asal sahaja ada adat dan budaya dari tanah arab itu, itulah yang islam. budaya dari barat yang tidak bertentangan dengan al-quran itu kononnya bukan islam. betapa sempitnya pemikiran mereka yang tidak menggunakan akal dalam agama. kalau asyik ikut cakap tok guru tanpa mahu memikirkan sama ada kata-kata itu selari atau tidak dengan al-quran, sampai bila pun mereka akan teraba-raba dalam kegelapan dan kesempitan yang mereka sendiri ada-adakan dalam agama.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3394
Registration date: 2008-04-07
Re: Gerakan Melapangkan Agama
Allah nak tunjuk kepada kita hasil beragama tidak menggunakan akal. Asal agama adalah lapang, tetapi bila tidak menggunakan akal, maka lahirlah ajaran-ajaran yang menyempitkan agama. Pemikiran penganutnya dibelenggu dengan hukum-hakam yang tidak ditetapkan oleh Allah.
Kalau rumah, mereka nak rumah yang besar dan luas. Tetapi bila beragama, mereka lebih suka memilih agama yang sempit. Bukankah pelik?
Macam manalah mati nanti, kubur mereka tak jadi sempit kerana menyempit-nyempitkan agama.
Begitulah jadinya bila mata hati sudah tidak mampu menilai baik buruk sesuatu perkara. Main pakai turut ajaran tok guru mereka membuta-tuli.
Kalau rumah, mereka nak rumah yang besar dan luas. Tetapi bila beragama, mereka lebih suka memilih agama yang sempit. Bukankah pelik?
Macam manalah mati nanti, kubur mereka tak jadi sempit kerana menyempit-nyempitkan agama.
Begitulah jadinya bila mata hati sudah tidak mampu menilai baik buruk sesuatu perkara. Main pakai turut ajaran tok guru mereka membuta-tuli.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Gerakan Melapangkan Agama
Dengan melapangkan agama, kita mampu meramaikan saudara dan mengurangkan musuh. Tetapi jika agama disempit-sempitkan, makin ramailah manusia lain yang disangkakan musuh. Walhal perasaan bangga diri menyempitkan agama itulah musuh yang sebenar.
Apakah mereka tidak memikirkan, kesan buruk menyempitkan agama itu Allah timpakan kepada mereka yang berbangga diri menyempitkan agama itu kembali? Mereka sibuk kutuk Barat sebagai musuh (kerana berbangga diri kononnya merekalah Islam), tetapi Allah tetap datangkan kekalahan kepada kaum yang menyempitkan agama Allah itu juga, bukan pada Barat yang dimusuhi itu.
Bawa-bawalah belajar merendah diri untuk mencari apa erti agama yang sebenarnya jika mahu melihat perubahan nasib umat Islam sekarang.
Allah tidak mengubah nasib sesuatu golongan, melainkan mereka mengubahnya sendiri. Allah bukannya hamba kepada mereka, sepatutnya merekalah kena belajar merendah diri sebagai hamba kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Menguasai lagi Maha Perkasa.

Apakah mereka tidak memikirkan, kesan buruk menyempitkan agama itu Allah timpakan kepada mereka yang berbangga diri menyempitkan agama itu kembali? Mereka sibuk kutuk Barat sebagai musuh (kerana berbangga diri kononnya merekalah Islam), tetapi Allah tetap datangkan kekalahan kepada kaum yang menyempitkan agama Allah itu juga, bukan pada Barat yang dimusuhi itu.
Bawa-bawalah belajar merendah diri untuk mencari apa erti agama yang sebenarnya jika mahu melihat perubahan nasib umat Islam sekarang.
Allah tidak mengubah nasib sesuatu golongan, melainkan mereka mengubahnya sendiri. Allah bukannya hamba kepada mereka, sepatutnya merekalah kena belajar merendah diri sebagai hamba kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Menguasai lagi Maha Perkasa.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» Apa Beza "Cara Hidup Islam" & "Agama Islam"
» Islam: Agama atau Cara Hidup?
» wujudkah toleransi agama?
» Semua agama terasa betul, siapa yg salah?
» Perbincangan ttg agama
» Islam: Agama atau Cara Hidup?
» wujudkah toleransi agama?
» Semua agama terasa betul, siapa yg salah?
» Perbincangan ttg agama
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum