Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Hasad Dengki Peruntuh Bangsa
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Hasad Dengki Peruntuh Bangsa
Hasad dengki adalah musuh utama yang harus manusia lawan. Oleh kerana ia terletak dalam hati masing-masing, maka tiada siapa boleh membantu manusia itu untuk melawan hasad dengki, melainkan dirinya sendiri.
Hasad dengki adalah perosak perpaduan dan kemajuan. Sesuatu kaum tidak akan bersatu-padu dan maju jika hasad dengki mereka semakin membakar. Mereka akan berusaha untuk jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain bagi memuaskan hawa nafsu sendiri. Mereka tidak boleh bersepakat untuk membuat tindakan bersama bagi memajukan sesama mereka. Bila mereka lihat ada saudaranya yang dilebihkan kurniaan daripada Allah kerana kerja kerasnya, golongan pendengki itu berusaha menjatuhkannya.
Kejayaan kaum Cina di negara kita hanya disebabkan keupayaan mereka melawan hasad dengki dalam diri mereka masing-masing. Sehingga mereka boleh berganding bahu memperjuangkan legasi kaum mereka yang asalnya pendatang. Begitulah yang mereka pelajari dari kejayaan kaum Yahudi di Israel sana. Asal keturunan bani Israel itu juga adalah pendatang di Palestin, tetapi kerana ketika itu orang yang mengaku Islam di sana kuat mendengki sesama sendiri (malah sehingga ke hari ini), mudah keturunan bani Israel sana menguasai sebahagian tanah yang kini menjadi negara mereka.
Oleh itu patutkah kita salahkan mereka atas usaha kuat mereka melawan penyakit hasad dengki? Sepatutnya kita belajar daripada mereka macam mana mereka boleh berjaya. Satu perkara yang memalukan orang Islam hari ini, mereka ada Al Quran yang ajar bagaimana cara melawan hasad dengki, tetapi sesama mereka saling berdengki. Kemudian melihat kejayaan kaum lain pun mereka dengki. Betapa kotornya hati mereka. Macam manalah Allah nak tolong orang Islam hari ini sebab apa yang Allah ajar dalam Al Quran tidak mahu mereka ikut?
Di sinilah pentingnya kita belajar kenal diri sehingga kita mampu melawan hasad dengki sebelum penyakit itu merosakkan jiwa kita sendiri, kerana yang nampak dalam hati kita adalah kita sendiri. Manusia yang mati bersama penyakit hasad dengki tetap akan masuk neraka biarpun mereka mengaku Islam. Jika mereka menganggap dengan akuan Islam mereka sudah cukup mengharapkan syurga biarpun hati penuh kedengkian, sudah pasti tidak adil bagi iblis yang mendengki tetapi masuk neraka. Jadi atas Keadilan Allah, samada manusia itu mengaku Islam atau tidak, asalkan mereka mati dalam keadaan berhasad dengki, pasti mereka akan masuk neraka. Melainkan mereka yang berjuang ke arah melawan penyakit hati, maka tiada keraguan dan ketakutan kepada mereka untuk menemui mati.
Bila kita faham bahawa hasad dengki ini musuh utama, maka kita akan faham seluruh ajaran Al Quran. Kenapa kita disuruh bersolat yang matlamatnya agar kita mencegah kemungkaran? Sebab hanya orang yang berhasad dengki sahaja suka buat kerja-kerja mungkar. Kemudian kita akan nampak apa matlamat berpuasa agar bertakwa, sebab hanya orang yang takut kepada Allah sahaja akan takut nak simpan hasad dengki sebab mereka percaya Allah nampak apa yang tersembunyi dalam dada mereka.
Begitulah juga dengan ibadat-ibadat lain yang tercatat dalam Al Quran yang sudah pasti ke arah melawan hasad dengki. Namun bila sesuatu generasi itu sudah tidak tahu apa matlamat mereka beragama, maka mereka main pakai turut sahaja ajaran bapa-bapa mereka dan dalam masa yang sama mereka berhasad dengki sesama sendiri.
Bila Allah uji mereka dengan membangkitkan seseorang Rasul yang menyampaikan ayat-ayat Allah tanpa mengharapkan upah, itu pun mereka nak mendengki. Bukannya Rasul itu minta duit, pangkat dan harta-benda daripada mereka pun, cuma hanya nak tolong bezakan apa itu benar dan apa itu bathil. Begitulah keadaan sesuatu kaum bila hasad dengki mereka sudah tidak boleh dikawal lagi.
Akan tiba suatu masa nanti, kaum yang hasad dengki tidak boleh dipadam lagi akan didatangkan azab banjir besar kerana api dengki yang sudah marak terbakar hanya boleh dipadam dengan air sahaja. Itulah sunnah alam kepada kaum yang mendengki sesama sendiri.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5307
Registration date: 2008-08-26
Re: Hasad Dengki Peruntuh Bangsa
Apabila Allah bangkitkan pemberi peringatan tentang bahayanya hasad dengki yang menjadi musuh kehidupan, dan peringatan itu tidak diendahkan kerana mereka taksub dengan ajaran bapa-bapa mereka, seumpama mereka membiarkan api-api menyala-nyala.
Api semasa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan.
Jika api hasad dengki tidak dipadamkan, pasti kesan buruk akan kembali kepada kaum itu sendiri. Dan Al Quran mencatatkan bahawa semua kerosakan yang berlaku di muka bumi ini akibat tangan-tangan manusia itu sendiri.
Peperangan, perbalahan, hasut-menghasut, dan segala yang berpunca dari hasad dengki tidak mengenal mangsa. Ketika manusia sudah bertindak menurut nafsu, bukan lagi berlandaskan rasional.
Ramai yang tidak nampak kesan buruk hasad dengki ini jika tidak dikawal dan dihapuskan. Atas kesedaran itulah orang-orang yang nampak bahaya hasad dengki ini akan menyampaikan peringatan agar manusia beragama bukan setakat main pakai buat membuta-tuli sesuatu ajaran nenek moyang, tetapi memikirkan manfaat dan kesannya kepada mencegah penyakit hasad dengki itu.
Bukan mudah seseorang manusia yang sudah diterapkan dengan ajaran nenek moyang mereka sejak kecil untuk mengubah pegangannya kerana mereka tidak nampak bahaya hasad dengki itu dan kenapa perlu ia dilawan. Tanpa mereka sedari, ajaran bapa-bapa mereka itulah yang menggalakkan manusia berhasad dengki.
Namun apakah hendak tunggu sudah jadi peperangan sesama sendiri baru hendak insaf? Apakah sudah terhantuk baru nak tergadah?

Similar topics» Kepiting yang dengki
» Jihad Melawan Hasad Dengki
» Kenapa Orang KDM Ramai Kahwin Bangsa Cina?
» Etnik Paling Sedikit
» Andai Orang Melayu Bersatu
» Jihad Melawan Hasad Dengki
» Kenapa Orang KDM Ramai Kahwin Bangsa Cina?
» Etnik Paling Sedikit
» Andai Orang Melayu Bersatu
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum