Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 934 registered users
The newest registered user is bebolos08

Our users have posted a total of 57749 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Meruntuh Keegoan atas nama Agama

View previous topic View next topic Go down

Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Juang on Tue Sep 08, 2009 8:13 am

Oleh kerana punca kesesatan iblis hanya kerana ego atau bangga diri yang menyebabkan dia dihukum sesat dan kerana dihukum sesat itu dia dengki dan mendendami Adam, maka kita akan nampak apa itu agama Islam yang sebenarnya.

Islam adalah agama yang meruntuh tembok keegoan yang dibina atas nama syariat Rasul-rasul terdahulu. Hakikatnya, dibangkitkan seseorang Rasul di tengah-tengah sesuatu kaum adalah untuk meruntuhkan tembok keegoan yang dibina oleh kaum yang menurut ajaran bapa-bapa mereka. Namun selalu terjadi, pengikut ajaran Rasul itu mula mengubah ajaran asal sehingga agama dijadikan kemegahan untuk berbangga diri.

Dahulunya, kaum Yahudi berbangga diri kononnya dengan ikut syariat Nabi Musa, mereka lebih mulia dari kaum-kaum yang lain. Mereka menokok-tambah ajaran Nabi Musa (Taurat) sehingga agama yang asalnya lapang, menjadi sempit dengan ciri-ciri keyahudian, bukan ikut fitrah manusia yang berbilang bangsa.

Kemudian muncul pula kaum Nasrani yang mengikut syariat Nabi Isa yang turut berbangga diri dengan anutan mereka. Mereka kata kaum Yahudi tak betul, dan kaum Yahudi kata mereka tak betul. Agama Allah yang asalnya satu kerana ikut fitrah, telah berubah kepada agama yang menurut nafsu alim ulamak mereka. Kitab Injil mula diubah dan ditokok tambah dengan ajaran baru atas nama syariat Nabi Isa. Kemudian mereka kata, tiada Rasul lagi akan dibangkitkan selepas Nabi Isa supaya mereka boleh berbangga diri kononnya cara beragama mereka itulah yang Islam dan agama yang akhir.

Kini muncul pula kaum Arabi yang mengikuti syariat Nabi Muhammad yang turut berbangga diri dengan anutan mereka. Mereka kata kaum Yahudi, Nasrani dan segala anutan lain semuanya tak betul kerana mereka menganut syariat Nabi yang terakhir. Mereka menyembunyikan kebenaran dengan mengatakan selepas Nabi Muhammad, tidak akan ada Rasul lagi.

Ajaran Al Quran yang asalnya telah dilapangkan agar tembok keegoan agama terdahulu diruntuhkan, kembali disempitkan atas nama "sunnah Nabi" sehingga Islam itu hanya dilihat pada unsur-unsur kearaban. Yang baik dari Barat atau tempat lain, mereka kat itu sekular. Betapa kotor dan busuk hatinya mereka itu.

Mereka mula lalai peringatan Allah pasal iblis dihukum sesat hanya kerana penyakit ego yang merasakan dirinya lebih baik daripada Adam.

Atas kesedaran ini, sepatutnya kita kembali kepada Al Quran iaitu ajaran yang melapangkan agama dan meruntuhkan tembok keegoan atas nama kepercayaan. Apa guna sibuk berbalah-balah pasal tidak ikut "sunnah Nabi" jika agama disempit-sempitkan untuk berbangga diri? Bukankah bangga diri untuk bermegah-megahan atas nama Islam itu kesesatan yang nyata?

Perasaan bangga diri atas anutan ini selalu terjadi kepada generasi terkemudian yang beragama secara menurut sehingga mereka tidak tahu apa tujuaan Allah bangkit seseorang Rasul dan apa tujuan agama Islam yang sebenarnya. Mereka hanya sibuk memastikan cara agama mereka kena sebijik macam Nabi yang mereka ikut. Mereka tidak fikir lagi apakah matlamat yang Allah tetapkan dalam Al Quran telah sempurna atau tidak.

Umpamanya dalam hal solat. Bagi mereka cara solat kena sebijik macam Nabi sehingga riwayat hadis dianggap sumber kedua agama. Kena ada rukun-rukun tertentu. Kalau tidak cukup rukun yang bapa-bapa mereka tetapkan, solat itu tidak sah. Mereka tidak fikir, apakah solat yang mereka buat selama ini mencapai matlamat yang digariskan oleh Allah iaitu untuk mencegah kemungkaran. Akibatnya, dalam mereka bersolat, mereka tidak takut nak menyimpan perasaan bangga diri, hasad dengki, mengumpat keji, memfitnah sana-sini yang menyebabkan masyarakat mereka berpecah-belah sendiri.

Sesatlah kaum yang menjadikan agama untuk bermegah-megahan dan berbangga diri kerana iblis dihukum sesat bukannya kerana solatnya tidak cukup waktu atau tidak cukup rukun, tetapi hanya kerana berbangga diri.

Alangkah sia-sianya manusia itu beragama kerana terlalu menekankan kepada sesuatu yang titik bengik (cara solat kena ikut "Sunnah") mereka berbangga diri kononnya mereka lebih mulia dari kaum lain yang mereka lihat tak solat macam mereka, walhal kaum itu lebih baik dalam mencegah kemungkaran dan penyakit-penyakit hati.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5300
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Admin on Tue Sep 08, 2009 8:40 pm

Jelas, sifat bangga diri itu telah mengalir pula kepada kaum yang bermegah-megah dalam agama. Islam tidak mengajar erti keegoan seumpama ini. Al-quran sudah diturunkan sebagai panduan dan petunjuk kepada kita ke arah jalan yang paling lurus. Sifat-sifat ini tidak pernah diajar oleh para rasul. Namun kerana adanya para rasul yang diturunkan kepada tiap-tiap kaum itu, mereka menunjukkan sifat sombong kepada kaum yang lain. Untuk meruntuhkan keegoan atas nama agama, kita seharusnya mengamalkan ajaran-ajaran yang terkandung dalam al-quran yang jelas tidak pernah mengajar sifat-sifat ini. Kita perlu sedar, kesombongan, kemegahan dan sifat bangga diri ini sebenarnya merupakan sifat-sifat syaitan. selagi sifat-sifat ini tidak dikikis dalam jiwa kita selagi itulah rasa bangga diri itu tidak akan hilang. Apakah kesudahan bagi mereka yang menyombongkan diri ini? Allah berfirman;

46:20. Pada hari apabila orang-orang yang tidak percaya dikemukakan ke Api: "Kamu telah menghilangkan benda-benda kamu yang baik dalam kehidupan dunia kamu, dan kamu bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini, kamu dibalas dengan azab yang hina kerana kamu menyombongkan diri di bumi tanpa patut, dan kerana kamu berbuat kefasiqan.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3387
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Adli on Wed Sep 09, 2009 5:03 am

Benar tu bayau. Al Quran bolehlah kita katakan Kitab yang mengajar manusia macam mana nak lawan penyakit bangga diri masing-masing. Orang yang jadikan agama untuk bermegah-megah, menunjuk-nunjuk atau riak, mereka akan menokok-tambah ajaran selain Al Quran.

Tahukah mereka, mengapa Allah luaskan cara bersolat (tidak ditetapkan dalam Al Quran) adalah agar manusia tidak jadikan solat untuk menunjuk-nunjuk sehingga kononnya dengan cara solat sebegitu, mereka sahajalah Islam atau ikut "sunnah Nabi"?

Sesatlah orang yang menjadikan agama untuk berbangga diri seperti mana sesatnya iblis hanya kerana penyakit yang sama.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3088
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Juang on Thu Sep 10, 2009 9:16 am

Apabila Allah bangkitkan seseorang Rasul untuk meruntuhkan tembok keegoan atas nama agama agar manusia kembali bersatu-padu, dan orang yang tidak percaya menentangnya, itu menunjukkan betapa tinggi dan tebalnya tembok bangga diri yang ada dalam hati manusia yang engkar itu.

Mereka tidak mahu membantu agama Allah agar yang benar dijelaskan, dan yang dusta dihapuskan, tetapi kerana ego mereka mahu agama jadi sesuatu yang bengkok.

Kenangilah nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kaum terdahulu sehingga mereka boleh bersatu apabila agama dilapangkan. Ketika itu, manusia bantu-membantu memadam api permusuhan dan kebencian sesama mereka.

Mereka mula sedar erti agama yang benar. Mereka bantu membantu orang yang ingin menyatukan semua bangsa kerana tanggungjawab menyatukan bangsa bukan terletak pada tanggungjawab seorang Rasul sahaja, malah semua manusia.

Setiap manusia kena ada kesedaran nak runtuhkan tembok bangga diri masing-masing. Jika kita melihat kaum lain tidak betul, mereka pun melihat kita tidak betul. Kalau asyik melihat kaum lain sahaja tak betul, bila masa kita nak memperbetulkan kaum kita sendiri?

Di sinilah pentingnya meruntuhkan tembok keegoan tersebut kerana manusia tidak akan sanggup mengaku kesalahan kaumnya sendiri selagi penyakit bangga diri ini masih wujud.

Amat rugilah orang-orang yang mempersia-siakan masa dengan tidak mengambil jalan yang menyatukan seluruh bangsa seperti jalan yang para Rasul terdahulu lalui setelah datang orang yang menyeru mereka kepada kesatuan. Ini kerana apabila sampai tempoh waktu tersebut dan mereka masih terus mempertahankan keegoan anutan mereka masing-masing, percayalah apa yang mereka lakukan kepada Rasul mereka akan dibalasi pada kaum mereka sendiri.

Akan datang azab perpecahan di kalangan mereka sendiri sehingga mereka tiada jalan keluar lagi dari keangkuhan mereka terhadap orang-orang yang menyeru kepada kesatuan itu.

Pernahkah Allah membiarkan kaum yang berbangga diri yang menolak seruan Rasul-rasul mereka hidup bebas dan aman?

Ingatlah, jika kita menanam kebencian kepada kaum lain, mereka pun boleh melakukan perkara yang sama. Apabila kesabaran dan rasional mula dicabut dalam jiwa manusia, ketika itulah berlakukan peperangan yang tidak terjangka dan tidak terfikir oleh mereka.

Ketika manusia berperang di Bosnia dan di Ambun, pernahkah sebelum itu mereka terfikir mereka akan disembelih sedemikian rupa? Namun apabila cukup tempoh waktu yang Allah berikan kepada mereka agar kembali berubah dan mereka mencuaikan peringatan Allah itu, ingatlah Allah tidak pernah cuai terhadap apa yang manusia lakukan. Setiap perbuatan pasti ada balasannya.

Ketika itu anak-anak akan menjadi yatim bila ibu bapa mereka mati akibat bunuh-membunuh. Ketika itu bergelimpang nyawa-nyawa manusia semata-mata nak menegakkan keegoan mereka masing-masing.

Tidak adakah di kalangan mereka yang sudi membantu agama Allah untuk menyedarkan perihal meruntuhkan tembok keegoan atas nama agama ini?

Setiap saat yang berlalu ada balasannya di masa kemudian. Masa yang berlalu dengan membantu agama Allah, maka balasan baik yang akan mereka dapat. Tetapi setiap saat yang berlalu untuk menegakkan tembok keegoan, maka ingatlah, azab Allah itu amat terperi sakitnya.

Telah sampai peringatan Allah yang jelas bagi manusia yang ingin yang merendah diri agar tunduk sama-sama kepada perintah Allah sahaja, bukan apa yang mereka sekutukan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5300
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by semut api on Thu Sep 10, 2009 4:08 pm

dalamNya tiada keEgoan dapat hidup kecuali keEgoanNya

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2613
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Juang on Fri Sep 11, 2009 7:59 am

Hanya Allah yang layak berbangga diri sebab Dia yang teratas dari sekalian yang ada di antara langit dan bumi. Namun, Kasih-sayang Allah lagi luas berbanding orang yang berpenyakit bangga diri itu.

Orang yang berpenyakit bangga diri dengan anutan agamanya, mereka memusuhi manusia yang tidak seanutan dengannya. Tetapi Allah melihat manusia dengan Kasih-sayang tidak kira manusia itu beriman atau tidak.

Dan kerana Kasih-sayang itu, Dia bangkitkan para Rasul untuk memberi peringatan bahawa sesiapa yang kafir akan dapat balasan atas kekafiran mereka sendiri. Bukan balasan itu atas sebab Allah tidak Sayang mereka, tetapi sebab apa yang mereka lakukan terhadap diri mereka sendiri.

Contohnya, ibubapa menasihati anaknya jangan merempit dan bawa motor laju-laju. Tetapi sebab si anak itu nak tunjuk ego kononnya dirinya hebat di jalanraya, maka bila ditimpa kemalangan, maka balasan itu kerana perbuatan dirinya sendiri. Bukan ibubapanya tidak sayang, sebab ibubapa itu telah pun menasihati. Lainlah ibubapa itu tak nasihat anaknya, barulah menunjukkan ibubapa itu tak sayang anak.

Begitulah perumpamaannya bagi orang-orang yang berfikir.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5300
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Juang on Fri Sep 11, 2009 10:15 am

Penyakit bangga diri atau ego menyebabkan hati menjadi buta untuk menilai dan membezakan sesuatu. Sering terjadi kepada kaum yang perasan anutannya lebih baik daripada kaum lain menilai menurut nafsu mereka. Biarpun kaum mereka ditimpa bermacam-macam kekalahan, mereka masih tidak dapat menerima kekalahan dan kelemahan kaum mereka. Mereka tidak mahu muhasabah diri kenapa Allah menangkan kaum lain berbanding mereka.

Bangga diri menyebabkan manusia itu hanya tahu mengutuk apa yang mereka nilai buruk di mata mereka terhadap kaum lain. Walhal apa yang mereka kutuk itu juga berlaku dalam kaum mereka sendiri.

Bangga diri menyebabkan manusia itu tidak tunduk kepada kebijaksanaan. Bila melihat ada manusia yang dikurniakan kebijaksanaan berbanding mereka, masih lagi mereka kata kaum yang bijak itu hina berbanding mereka. Samalah perangai mereka seperti iblis yang tidak sanggup mengakui Adam lebih bijak daripadanya kerana Adam mengetahui lebih banyak perkara yang para malaikat pun tidak tahu.

Dahulu ketika perang Salib antara kaum muslimin dengan kaum Kristian, kaum muslimin dimenangkan ke atas kaum Kristian kerana ketika itu penyakit bangga diri ada dalam hati kaum Kristian itu yang memandang hina kaum muslimin. Pada mereka Rasul hanyalah Nabi Isa dan tiada lagi Rasul selepas Nabi Isa. Macam mereka itu pula jadi tuhan untuk menetapkan apa yang Tuhan tidak tetapkan.

Namun setelah kekalahan demi kekalahan, mereka mula belajar merendah diri dengan golongan muslimin. Mereka sanggup belajar ilmu-ilmu yang ada pada orang Islam pada waktu itu yang Allah lebihkan kerana orang Islam pada waktu rajin belajar dan mengkaji.

Setelah zaman berlalu, apabila generasi yang mengaku Islam mula berbangga diri dengan anutannya dan mula menyempitkan agama, bermulalah keruntuhan empayar Islam. Bangga diri menyebabkan mereka malas mengkaji alam ini dan menganggap hidup hanya kena buat ibadat yang mereka kata kena ikut seperti "sunnah Nabi". Kalau cara yang mereka tokok-tambah itu tidak sama macam Nabi, mereka kata itu bukan Islam. Mereka hanya sibuk memikirkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada jiwa, sebaliknya hanya untuk meninggikan keegoan mereka sahaja.

Semakin lama generasi yang lahir daripada keturunan Islam semakin tinggi egonya. Mereka mula berbalah-balah sesama sendiri atas alasan satu puak dilihat tidak Islamik kerana mereka lihat Islam itu secara sempit (kononnya ikut sunnah Nabi), bukannya mereka melapangkan agama ikut fitrah yang Allah tetapkan. Seolah-olah pada mereka ikut "sunnah Nabi" itulah penentu sah atau tidak sah keIslaman, bukannya ikut apa yang Allah tetapkan secara fitrah dan mudah.

Seperti yang terjadi pada kaum terdahulu, bangga diri mereka dengan ajaran bapa-bapa mereka bukannya membuatkan mereka mendapat rahmat Allah, sebaliknya mendapat bala. Bukan sahaja bala dari segi bencana alam, malah peperangan sesama Islam dan dijajah itu juga bala Allah kepada kaum yang berbangga diri itu.

Sesatlah kaum yang menjadikan agama untuk menunjukkan-nunjuk (riak) kerana iblis dihukum sesat oleh Allah bukannya kerana cara solatnya tidak sama macam satu cara yang disempit-sempitkan atau solatnya tidak cukup waktu, tetapi hanya kerana penyakit bangga diri. Penyakit bangga diri itu mendorong dia untuk dengki kepada Adam seterusnya mendendami untuk menyesatkan anak-cucu Adam.

Oleh kerana iblis sesat kerana bangga diri, sepatutnya manusia yang berakal kena berhati-hati dengan segala bisikan bangga diri itu kerana hanya menyebabkan manusia akan lupa diri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5300
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Juang on Fri Sep 11, 2009 12:03 pm

Ganjaran Meruntuhkan KEEGOAN

Oleh kerana punca kerosakan dan pertumpahan darah yang dilakukan manusia adalah kerana EGO dan EGO ini tinggi dalam diri seseorang lelaki yang tidak kenal bahaya EGO ini, maka Allah kurniakan ganjaran yang besar kepada mereka jika berjaya menundukkan EGO masing-masing.

Antara balasannya adalah:

56:35. Sesungguhnya Kami menumbuhkan mereka, dengan penumbuhan,

56:36. Dan Kami membuatkan mereka anak-anak dara yang tidak tercemar,

56:37. Penuh cinta, sebaya,

Sesungguhnya yang menumbuhkan perasaan cinta dalam diri seseorang manusia itu adalah Allah. Bila sampai waktu perasaan itu tumbuh, manusia tidak mampu menghalangnya.

Ganjaran untuk para lelaki yang meruntuhkan tembok ego dalam dirinya (ahli-ahli syurga), Allah akan menyediakan mereka anak-anak dara yang tidak tercemar (menjaga maruah diri) yang memiliki cinta yang mendalam dan yang sebaya wajahnya.

Atas kuasa Allah untuk menumbuhkan perasaan cinta seorang wanita itu kepada mana-mana lelaki yang Allah Kehendaki. Mungkin ada lelaki menganggap dengan menunjukkan ego, mereka akan dilihat hebat di mata wanita, tetapi di sisi Allah, lelaki yang meruntuhkan egonya itulah yang Allah akan kurniakan seramai mana anak-anak dara yang Dia Kehendaki.

Apabila seseorang lelaki meruntuhkan segala tembok egonya, maka hatinya akan tenang dan jiwanya akan kembali ke alam keremajaan. Wajahnya akan sentiasa muda kesan jiwa yang tenang setelah berjuang melawan segala penyakit-penyakit hati.

Penyakit bangga diri menyebabkan jiwa manusia tertekan seterusnya mempercepatkan penuaan pada wajah. Belajar merendah diri akan mengembalikan manusia itu kepada kemudaan diri.

Sudah pasti anak gadis yang akan dikahwinkan dengan mereka juga memiliki jiwa yang suci sesuai tarafnya sebagai ahli syurga. Wanita yang suci hatinya sudah pasti sesuai untuk lelaki yang suci hatinya juga.

Begitulah balasan daripada Allah kepada manusia yang mengawal hatinya daripada segala penyakit yang berpunca oleh perasaan bangga diri.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5300
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Juang on Fri Sep 11, 2009 3:19 pm

Bila kita renungkan, tembok bangga diri atas nama agama inilah yang sukar diruntuhkan. Sebab itulah Al Quran bawa kisah kaum-kaum terdahulu yang berbangga dengan ajaran bapa-bapa dan nenek moyang yang membantah seruan para Rasul mereka sehingga ditimpa bala. Ini menunjukkan Allah amat membenci bangga diri atas nama anutan kerana kesannya membawa kepada pertumpahan darah (lari daripada matlamat manusia diciptakan).

Apabila manusia sanggup memikul amanah Allah sebagai khalifah (pengganti) agar tidak melakukan pertumpahan darah seperti makhluk yang digantinya (makhluk sebelum penciptaan manusia), mereka sebenarnya sudah berjanji kepada Allah untuk menjadi manusia yang merendah diri. Apakah tega manusia itu mengkhianati janji?

Semua manusia dilahirkan suci dari penyakit bangga diri. Sebab itulah masa zaman kanak-kanak dahulu, mata hati kita damai. Kita boleh berkawan dan bermain bersama-sama dengan semua kaum atau agama tanpa rasa permusuhan.

Namun apabila kita diterapkan dengan anutan yang mengkafirkan sesuatu kaum yang tidak sama ajaran bapa-bapa dengan kita, mulalah mata hati kita tertutup dengan bangga diri. Mula hendak bermusuhan atas nama agama.

Kemudian ada yang kononnya nak bermegah kononnya lebih Islam daripada orang lain menyempitkan agama Allah yang asalnya lapang dengan membuat ajaran kononnya kena ikut "sunnah Nabi" sehingga bila Nabi itu berbangsa Arab, maka yang berunsur Arab itulah dikatakan Islam. Mereka tidak sedar, perangai mereka itu sama seperti kaum Nasrani terdahulu yang menganggap apa sahaja yang berunsur Nasara (tempat kelahiran Nabi Isa) itulah Islam.

Ajaran menyempitkan agama itulah yang ditentang oleh para Rasul kerana kesan buruknya hanya menyebabkan penyakit bangga diri yang merosakkan jiwa. Bila berbangga diri, mereka akan berperang sesama manusia untuk menegakkan anutan masing-masing atas alasan kononnya mereka sahaja Islam.

Orang kafir yang diperangi oleh Rasulullah bukan orang Yahudi dan Nasrani, tetapi orang yang berpenyakit hati yang anggap anutan mereka sahaja benar dan menunjukkan kedengkian kepada orang beriman. Namun kerana ada manusia terlalu ekstrim nak perjuangkan Islam, mereka membunuh manusia yang tidak seanutan dengan mereka atas rasa bangga diri. Sebenarnya mereka bukannya membunuh kerana Allah, tetapi kerana penyakit bangga diri mereka.

Sesatlah manusia yang mati dalam keadaan penyakit bangga diri.

Tiada siapa yang mampu meruntuhkan penyakit bangga dirinya melainkan dirinya sendiri. Manusia boleh bantu-membantu sesama manusia untuk belajar menundukkan bangga diri masing-masing, tetapi kita tiada kuasa untuk menundukkan bangga diri orang lain.

Sesiapa yang berserah diri untuk belajar menundukkan bangga dirinya sendiri, itulah golongan yang muslim. Sedangkan sesiapa yang tidak sanggup menundukkan bangga dirinya, maka kelak dimasukkan dalam golongan iblis.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5300
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Juang on Fri Sep 11, 2009 3:46 pm

Tidak Takut Dihina Masyarakat

Mengimbas kisah para Rasul terdahulu, mereka tidak takut diejek dan dihina oleh kaumnya semata-mata untuk mengajak manusia meruntuhkan tembok bangga diri masing-masing.

Sebenarnya, apabila seseorang manusia itu dikutuk, dihina dan diburuk-burukkan oleh kebanyakan manusia, Allah akan mencuci jiwanya sedangkan manusia yang mengumpat-keji itu akan kotor jiwanya. Yang mengutuk semakin berbangga diri dan yang dihina itu semakin merendah diri apabila dia tahu bahawa bangga diri itulah musuh yang perlu dilawan.

Manusia yang berbangga diri, mereka akan rasa hina bila dikutuk oleh manusia, tetapi mereka rasa seronok bila mengutuk orang lain. Mereka tidak takut kepada Allah yang melihat apa yang tersembunyi dan apa yang dipaparkan.

Bersabarlah dan maafkanlah orang yang mengutuk-keji itu kerana balasan untuk orang yang berbangga diri adalah Jahannam. Hidup mereka akan dimasukkan ke dalam Api. Sebab itulah mereka suka mengutuk untuk melepaskan kepanasan dalam dirinya.

Setiap manusia akan diuji. Sesiapa yang berusaha memerangi penyakit bangga diri untuk tidak bersangka buruk sesama manusia, itulah manusia yang berjaya.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5300
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Juang on Fri Sep 11, 2009 4:37 pm

Melakukan Di luar Kebiasaan Masyarakat

Dalam masyarakat yang berbangga diri, apabila ada seseorang manusia yang melakukan sesuatu diluar kebiasaan amalan mereka, pasti manusia itu akan dicaci dan diumpat keji. Begitulah cara para Rasul disucikan dari dosa kerana segala umpat keji masyarakat terhadap dirinya hanya menjadikan dirinya lebih dekat kepada Allah selagi dia bersabar.

Para Rasul akan melalui jalan yang bertentangan dengan amalan nenek moyang kaumnya sendiri sehingga mereka dipandang hina oleh masyarakat. Sedangkan mereka itulah orang yang Allah kurniakan banyak ilmu sehingga mudah membezakan sesuatu perkara sedangkan orang yang mengumpat-keji itu terus tenggelam dalam penyakit egonya.

Manusia akan lalai apabila terus bersenang-senangan dengan kebiasaan amalan mereka. Syaitan (bangga diri) akan membisikkan ke dalam hati mereka sehingga terdorong untuk melakukan kemungkaran hati yang mereka tidak sedari. Mereka tidak sedar dosa mengumpat keji, mengutuk dan memfitnah kerana mereka rasa diri mereka mulia dan Allah mengizinkan mereka melakukan dosa-dosa itu semua.

Sebab itulah para Nabi dan Rasul tidak beragama mengikut kebiasaan masyarakat kerana beragama cara begitu menyebabkan hati jadi buta akibat berbangga diri. Jangan takut pada label dan kutukan masyarakat. Takutilah Allah sahaja kerana apabila Allah timpakan sesuatu kutukan, tiada siapa boleh membantu manusia itu daripada azabNya.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5300
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Meruntuh Keegoan atas nama Agama

Post by Juang on Fri Sep 11, 2009 4:48 pm

Cara Meruntuhkan Keegoan

"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda." (Az-Zumar (39): Ayat 18).

Manusia yang egonya tinggi, bila dinasihati mereka akan marah. Bila diajak berfikir, mereka menolaknya sedangkan untuk tahu membezakan baik atau buruk memerlukan manusia berfikir untuk membuat perbandingan. Namun apabila proses untuk membuat perbandingan itu telah ditolak, macam mana hati hendak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk?

Berlapang dada mendengar ucapan dan memilih apa yang paling baik itulah cara yang sesuai untuk melawan penyakit bangga diri. Carilah kebenaran bukan mengikut kaum tetapi melihat sejauh mana ia menghampiri bukti-bukti yang membenarkan ia.

Bangga diri menyebabkan jiwa manusia jadi sempit dan kehidupan jadi susah. Allah telah turunkan agama yang lapang, tetapi atas rasa ingin bermegah-megah atas nama Islam, mereka sempitkan Islam mengikut sesuatu ajaran. Mereka bukan melihat perintah Allah dalam Al Quran itu pada matlamatnya, sebaliknya pada caranya. Sebab itu mereka kata sesuatu perintah Allah itu kena mengikut cara-cara tertentu yang mereka kata "sunnah Nabi, yang berbangsa Arab". Kalau tidak tertonjol ciri kearabannya, maka perintah Allah itu tidak sah biarpun matlamat yang Allah tetapkan telah pun dicapai.

Begitulah kesan buruk keegoan yang menyebabkan manusia main pakai buat sahaja ajaran nenek moyang mereka tanpa memikirkan sejauh mana matlamat yang Allah gariskan telah pun dicapai. Kerana itu bila kita renungkan, kebanyakan mereka dalam bersolat yang mereka kata macam Nabi, tetapi mereka tidak takut untuk mengumpat keji. Seolah-olah Allah memberi lesen besar kepada mereka untuk melakukan kemungkaran.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5300
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum