Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Kitab Allah dan RasulNya
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Kitab Allah dan RasulNya
Kitab Allah dan RasulNya
Di zaman IT ini, kita boleh melihat perumpamaan hidup kita dengan lebih jelas lagi. Kita boleh nampak dengan mudah perkaitan Kitab Allah dengan RasulNya.
Kitab Allah adalah ilmu yang disampaikan kepada manusia. Manusia pertama yang menerima Kitab Allah itu adalah para Rasul. Kitab Allah mengandungi tatacara hidup (sistem) yang menjadi asas kehidupan manusia agar hidup di dunia mengikut landasan yang ditetapkan oleh Pencipta.
Perumpamaan Al Kitab (Al Quran, Injil, Zabur, Taurat etc) itu seperti sistem operasi (OS) bagi sesebuah komputer. Dan Rasul itu adalah seperti komputer pertama yang diuji untuk memastikan kesesuaian OS itu setiap kali dipertingkatkan (upgrade). Dan bila ujian itu berjaya, maka ia OS itu dipasang kepada komputer-komputer yang lain sesuai spesifikasinya. Bukan kuasa komputer itu untuk memasang OS kepada komputer yang lain, tetapi atas kuasa tuan punya OS itu.
Dalam kes Kitab Allah, maka atas kuasa Allah-lah, Dia memasang (memasukkan) Kitab itu dalam jiwa seseorang manusia. Sebab itu manusia tiada kuasa nak beri hidayah atau petunjuk kepada manusia yang lain. Atas kesanggupan tuan punya diri itulah nak terima petunjuk atau tidak. Jika dalam hati itu ada bangga diri (tidak mahu menerima petunjuk), apakah Allah akan install "OS" yang terbaik dalam jiwa manusia tersebut? Al Quran tidak diturunkan sebagai paksaan.
Bagi sesebuah komputer, apabila OS telah dipasang dengan sempurna, barulah boleh dipasang program atau aplikasi yang berlandaskan OS tersebut agar fungsi komputer itu dapat dipertingkatkan dengan optimum. Seperti itulah manusia yang telah dipasang Kitab, maka barulah Allah pasang ilmu-ilmu lain yang berlandaskan Kitab tersebut.
Contoh yang boleh kita lihat, setelah bangsa Eropah dipasang dengan pedoman Al Quran yang menyuruh manusia menggunakan akal dan rajin berfikir, maka Allah pasang ilmu-ilmu baru kepada mereka sehingga mereka mempunyai keupayaan yang optimum berbanding bangsa-bangsa lain. Mereka memiliki ilmu sains dan dari situ mereka memiliki ilmu mencipta teknologi sehingga mampu memudahkan mereka menguasai bumi.
Sesebuah komputer yang telah dipasang OS tertentu seperti Windows, ia hanya boleh support aplikasi yang berlandaskan Windows sahaja. Aplikasi yang dibina tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Windows tidak akan berfungsi dengan betul dalam komputer tersebut malah mungkin boleh menyebabkan komputer itu menjadi crash.
Seperti itulah, ajaran yang bukan berlandaskan Kitab Allah, ia pasti tidak akan dapat berfungsi dengan betul malah akan menyebabkan kaum yang menurut ajaran itu menjadi "crash" iaitu menjadi lemah dan berpecah-belah. Begitulah perumpamaan yang boleh kita nampak.
Contohnya yang boleh kita lihat dalam kehidupan umat Islam sekarang. Akibat menokok tambah ajaran yang tidak di"support" oleh Al Quran, kehidupan mereka jadi lemah dan berpecah-belah. Sudahlah dengan bangsa Israel yang sedikit bilangannya pun mereka boleh kalah dengan memalukan. Itu belum ditambah dengan cerita perpecahan sesama umat Islam akibat berebut kuasa atas nama "menegakkan negara Islam". Seburuk-buruk orang Kristian di mata umat Islam sekarang, tidak pula mereka jadikan alasan "menegakkan negara Kristian" untuk berpecah-belah sesama mereka biarpun agama mereka pun ada bermacam-macam mazhab.
Jadi, renung-renungkanlah di mana kedudukan umat Islam sekarang. Apakah masih rasa bangga diri dengan anutan ajaran nenek moyang yang tidak berlandaskan Al Quran? Al Quran bawa kisah iblis yang sesat akibat penyakit bangga diri biarpun umurnya dipanjangkan, tetapi ada orang Islam berbangga diri kononnya mereka itulah umat terbaik dan memandang hina bangsa-bangsa lain. Atas sebab inilah umat Islam sekarang ditempatkan pada kedudukan yang jauh ketinggalan berbanding bangsa-bangsa lain yang lebih sedikit kuantiti mereka. Jelaslah Allah melihat manusia pada kualitinya, bukan pada kuantitinya.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» cute Babies masha Allah
» PURANA, kitab apakah itu?
» 10 Sifat Mahmudah Yang Digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Arbain Fi Usuludin
» May Allah rub his nose in the dust, that person who..
» Allah Yang Mencipta
» PURANA, kitab apakah itu?
» 10 Sifat Mahmudah Yang Digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Arbain Fi Usuludin
» May Allah rub his nose in the dust, that person who..
» Allah Yang Mencipta
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum