Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Beragama Tanpa Matlamat
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Beragama Tanpa Matlamat
Ada manusia yang beragama tanpa matlamat. Mereka tidak tahu apa tujuan mereka beragama Islam. Mereka tidak tahu apa matlamat mereka disuruh solat, puasa, zakat dan haji. Bagi mereka, asal buat maka sudah layaklah mereka dapat gelaran Islam tanpa memikirkan apakah yang mereka buat itu mencapai matlamat yang digariskan dalam Al Quran atau tidak.
Beragama tanpa mengetahui matlamat samalah seperti seseorang yang memandu kereta yang tidak tahu ke mana destinasi yang hendak ditujui. Maka orang tersebut akan sesat dalam perjalanan. Begitulah manusia yang sekadar mengaku bergama Islam tetapi tidak tahu apa matlamat segala suruhan atau larangan yang mereka lakukan selama ini.
Dalam memandu kereta, asalkan kita berjaya sampai ke destinasi dengan selamat, maka betullah cara perjalanan kita itu. Tetapi jika sebaliknya, itu menunjukkan ada yang tidak betul. Bila kita tahu ada yang tidak betul, maka kita kena muhasabah untuk mencari di mana punca yang menyebabkan ia jadi tidak betul. Bila tahu puncanya, barulah boleh diperbaiki kelemahan yang ada.
Macam itulah dalam melaksanakan suruhan dalam agama. Kita kena fahami apa matlamatnya seperti yang Al Quran tetapkan dan kemudian fikirkan apakah kita telah berjaya sampai ke matlamat tersebut dengan selamat? Jika tidak mencapai matlamat, maka sia-sia sahaja apa yang dilakukan atas nama ajaran Islam.
Bila kita renung perihal nasib umat Islam sekarang yang harapkan ramai tetapi berkeadaan lemah, ketinggalan dalam sains dan teknologi serta sering berpecah-belah, kita nampak punca utamanya kerana ramai orang Islam beragama tanpa tahu apa matlamatnya. Perasaan berada di zon selesa (dilahirkan dari keturunan Islam) melalaikan kebanyakan orang Islam sehingga mereka beragama main pakai turut dan acuh tidak acuh. Akibatnya tanpa disedari, bangsa-bangsa lain yang dahulunya lemah dan ketinggalan telah mendahului umat Islam biarpun mereka sedikit bilangannya.
Apakah perasaan bangga diri yang ada akan terus melalaikan umat Islam sehingga mereka tidak nampak apa ajaran Al Quran yang sebenarnya? Al Quran bukannya pada zahir tulisan Arabnya. Jika pada tulisan Arabnya, sudah pasti orang Arab pun tidak akan berpecah-belah sesama mereka. Tetapi Al Quran perlu difikirkan, dipenuhi di dalam dada seterusnya barulah terpancar kebenarannya.
Al Quran hanya menunjukkan apa matlamat sesuatu suruhan dan larangan, dan terpulanglah kepada manusia nak guna cara yang sesuai dengan fitrah bagi mencapai matlamat tersebut.
Perumpamaannya, tujuan berjalan adalah untuk mengubah kedudukan kita dari satu tempat ke tempat yang lain. Bila kita berjaya mengubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain, maka telah capailah maksud berjalan itu.
Cara nak berjalan adalah menggunakan kaki bagi orang yang sempurna sifat kakinya. Boleh juga nak berjalan guna tangan, tetapi sudah menyusahkan kerana tidak sesuai dengan fitrah manusia normal.
Macam itulah dalam beragama. Fikirkan apa matlamat kita melakukan sesuatu suruhan agama. Dari situ cara apakah cara yang paling terbaik dan sesuai dengan fitrah kejadian kita agar agama itu tidak menyusahkan. Bukannya main pakai buat membuta-tuli ajaran nenek moyang kemudian berbangga diri kononnya lebih Islam daripada orang lain. Sia-sia sahaja hidup jika mati nanti dalam keadaan berbangga diri.
Jika sesuatu suruhan dalam Al Quran itu tidak ada perinciannya, jangan jadi macam kaum Yahudi terdahulu yang terkena sindrom lembu betina sehingga terpaksa meminta-minta apa perinciannya. Asalkan matlamat suruhan Al Quran itu dicapai, maka kita sudah sempurnakan ajaran Al Quran. Tetapi ramai umat Islam sibuk berbalah-balah dalam perihal yang tidak diperincikan dalam Al Quran atas alasan mereka itulah ASWJ dan orang lain tak betul!

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Re: Beragama Tanpa Matlamat
so apa matlamat kamu?

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26
Re: Beragama Tanpa Matlamat
Memperlihatkan agama yang jauh dari penyakit bangga diri. Barulah selamat jiwa dan raga.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Re: Beragama Tanpa Matlamat
Apabila kita memahami matlamat hidup di dunia ini untuk belajar melawan penyakit bangga diri agar tidak sesat seperti iblis, kita akan nampak betapa mudahnya ajaran Al Quran yang sebenarnya. Setiap apa yang Allah perintahkan dan apa yang Allah larang, semuanya agar manusia itu hidup tidak dibelenggu penyakit bangga diri.
Penyakit bangga diri merosakkan jiwa dan menyebabkan sesuatu masyarakat mudah berpecah-belah. Bila masyarakat itu membuang masa hanya untuk berpecah-belah, maka, bila masa sesebuah negara nak capai kemajuan dalam bidang ilmu kerana ilmu tidak akan masuk dalam hati yang berbangga diri. Itulah sunnah yang telah Allah tetapkan. Kalau ilmu tak maju, macam mana nak perkuatkan ekonomi dan teknologi?
Jadi ajaran Al Quran asasnya bermula mengajak manusia lawan penyakit bangga diri masing-masing. Bila penyakit bangga diri dapat dilawan, penyakit hasad dengki, iri hati, dendam kesumat dan kebencian dapat dihapuskan.
Setelah semua penyakit itu dihapuskan, hati akan lapang dan mudah nak dapat ilmu. Ilham akan datang berjela-jela dan mencurah-curah kerana kenikmatan yang Allah berikan setiap kali sesuatu jiwa memahami sesuatu kebenaran (dapat mengenal beza sesuatu perkara). Bertambah nikmat lagi bila semua itu dicapai menggunakan keupayaan sendiri.
Kalau kita membeli sesuatu produk, kita tidak rasa nikmat berbanding orang yang mencipta produk tersebut. Sekadar membeli sahaja, kepakaran tidak akan berkembang. Usaha atas keupayaan diri sendiri itu yang lebih besar nikmatnya.
Bila masyarakat banyak ilmu dan pandai mencipta, mereka mudah menjual teknologi mereka kepada negara lain. Lebih-lebih lagi jika teknologi itu suatu yang unik yang tidak dipunyai oleh negara-negara lain dan mempunyai harga yang tinggi kerana memiliki manfaat yang besar (contohnya produk-produk IT).
Bila ilmu tinggi, teknologi tinggi, maka ekonomi pun jadi tinggi sebab pengaliran wang akan tertumpu pada negara tersebut. Inilah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dalam menonjolkan keupayaan masyarakat mereka yang berbilang kaum dan bangsa. Mereka tidak berpecah-belah kerana berbeza mazhab Kristian. Tidak pula mereka jadikan perbezaan cara pegangan agama untuk berbalah-balah dalam politik.
Tapi renungkan tahap mentaliti kebanyakan orang Melayu kita. Biarpun mengaku Islam, tetapi tidak pun mencerminkan jiwa Islam yang sebenar. Sekadar megah atas anutan "Islam" sahaja kerana menurut amalan nenek moyang. Apa bezanya orang yang menurut ajaran nenek moyang itu dengan kaum engkar terdahulu? Dengan bangsa Cina yang asalnya pendatang pun orang Melayu ketinggalan akibat generasi mudanya ramai mengabaikan pelajaran.
Melihat kesan buruk ajaran agama yang sekadar menternak perasaan bangga diri dan penyakit-penyakit hati yang lain, maka orang yang takut kepada Allah akan meninggalkan ajaran tersebut demi memelihara jiwa dari tergolong dalam golongan iblis.
Manusia yang beragama bermatlamatkan untuk menjauhkan diri dari penyakit bangga diri itulah orang Islam yang sebenar. Mereka menjaga hati mereka daripada penyakit yang menyebabkan jiwa jadi tak selamat dengan jauh menonjolkan simbol kemegahan kononnya mereka itulah sahaja Islam dan kaum lain yang tak guna simbol itu dianggap kafir.
Golongan beriman hidup tanpa mewujudkan tembok perkauman sebaliknya mereka menyatukan manusia dengan perasaan kasih-sayang tanpa penyakit dalam jiwa.

Similar topics» Alat GPS Melacak keberadaan mobil tanpa diketahui Pengemudi
» Bangsa tanpa bahasa?
» Dunia tanpa serangga ...bagaimana ?
» Perumpamaan Sebatang Pokok
» Shadowind's vectorart
» Bangsa tanpa bahasa?
» Dunia tanpa serangga ...bagaimana ?
» Perumpamaan Sebatang Pokok
» Shadowind's vectorart
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum