Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Perumpamaan Sebatang Pokok

View previous topic View next topic Go down

Perumpamaan Sebatang Pokok

Post by Juang on Tue Sep 01, 2009 1:38 pm



6:99. Dia yang menurunkan dari langit, air; dan dengannya Kami mengeluarkan tunas segala tumbuh-tumbuhan, dan kemudian Kami mengeluarkan daun-daun hijau, dan mengeluarkan daripadanya biji-bijian yang bersusun rapat, dan keluar daripada pohon palma, daripada seludangnya, kurma-kurma bertandan lebat yang boleh dicapai, dan kebun-kebun (jannah) anggur, dan zaitun, dan delima, yang serupa sesamanya dan tidak mutasyabihat (serupa) sesamanya. Perhatikanlah pada buah-buahnya apabila mereka berbuah, dan masak. Sesungguhnya pada semua ini adalah ayat-ayat bagi kaum yang mempercayai.

Jika renungkan struktur pokok dan memikirkan kejadian diri kita sendiri, banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam belajar mengenal diri. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah memikirkan perumpamaannya sahaja.

Al Quran umpama air yang menghidupkan jiwa yang disiraminya. Tunas-tunas umpama cita-cita atau niat dalam jiwa. Manusia yang hidup jiwanya adalah manusia yang bercita-cita tinggi.

Pokok membesar menjulang ke langit untuk berlumba-lumba mendapat cahaya matahari. Maka cita-cita atau niat kita perlu menjulang ke atas untuk mendapat cahaya hidayah (kebenaran).

Seperti cahaya matahari yang berguna untuk membezakan benang hitam dengan benang putih, maka cahaya Allah itu berguna untuk membezakan apa itu benar dan apa itu dusta.

Akar pokok pula berfungsi untuk menyerap air yang mengandungi material-material untuk mengukuhkan batang pokok untuk menjulang tinggi. Dari segi rohani, akar itu umpama pancaindera manusia untuk menyerap segala material (bahan maklumat @ bukti-bukti yang nyata) untuk mengukuhkan akidah agar semakin tinggi darjat kita di sisi Allah (semakin mudah dapat cahaya Allah @ semakin mudah membezakan baik-buruk sesuatu perkara).

Kemudian, buah-buahan yang terhasil oleh pokok yang sudah cukup matang umpama buah fikiran yang terhasil oleh manusia yang sudah matang akal-fikirannya. Semakin manusia itu banyak menyumbang idea yang berguna untuk kehidupan di dunia, semakin tinggilah nilai manusia itu di sisi Allah. Macam kita juga, jika kita diberi pilihan antara pokok yang banyak menghasilkan buah yang enak dan segar dimakan dan pokok yang layu dan tiada buah, pokok mana yang kita pilih?

Manusia yang jiwanya mati sehingga tidak menyumbang idea berguna kepada masyarakat seumpama pokok yang mati atau tunggul sahaja. Pokok sebegini sifatnya hanya layak dijadikan kayu api. Sebab itulah orang kafir yang hidupnya bukan nak buat kebajikan dan tiada idea bermanfaat untuk masyarakat, hanya layak dijadikan bahan bakar di neraka kelak.

Banyak kita boleh belajar untuk mengenali diri dengan melihat perumpamaan Allah ciptakan makhluk-makhluk dia di sekeliling kita. Begitulah Allah mengajar manusia yang yakin kepadaNya bahawa Dia boleh mengajar manusia.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Perumpamaan Sebatang Pokok

Post by Juang on Wed Sep 02, 2009 8:24 am

Cuba kita fikirkan, tunas-tunas pokok yang kecil itupun boleh berdikari untuk membesar. Ia tidak perlu mengenal siapa ibu bapanya atau tok gurunya untuk membesar mengikut fitrah kejadian dirinya. Andaikata kita ada tunas kelapa dan kita tanam di kebun yang dikelilingi pokok mangga, tunas kelapa itu tetap akan menjadi kelapa. Tidak pula ia akan meniru untuk menjadi pokok mangga.

Tetapi keadaan ini tidak berlaku kepada manusia yang beragama secara menurut. Mereka membesar mengikut corak masyarakat. Bukan ikut apa yang Allah corakkan dalam dirinya sendiri. Jika mereka membesar dalam masyarakat yang mengaku Islam dengan cara meniru budaya Arab, maka mereka pun membesar dengan meniru cara orang Arab. Mereka tidak mampu menjadi diri mereka sendiri yang Islam. Betapa lemahnya mereka berbanding tunas-tunas pokok itu.

Bayangkan tunas pokok pun boleh membesar dengan sempurna tanpa kenal rupa "rasul" pokok itu dan tanpa ada tok guru bagi pokok itu, betapa lemahnya jiwa manusia yang kata nak kenal Allah kena kenal rupa Rasul yang telah wafat itu malah kena ada tok guru dalam beragama. Apakah mereka tidak yakin kepada Allah yang lebih dekat dari urat leher mereka?

Tunas pokok itu hidup hanya bertawakal pada Allah yang menurunkan hujan dan memancarkan sinar matahari kepadanya. Cukup keperluan fitrah untuk ia hidup, maka pokok itu akan membesar dan menghasilkan buah-buah enak di makan.

Malangnya ada manusia yang hidup tidak bertawakal kepada Allah. Mereka menyerahkan jiwa mereka pada alim ulamak untuk jadi Islam. Sedangkan petunjuk Allah terpancar serata alam, bukan pada seseorang ulamak sahaja. Akibatnya mereka hidup seperti sebatang pokok yang layu dan tidak menghasilkan apa-apa buah yang berguna untuk kehidupan lain.

Kalau kita buat perbandingan di antara umat Islam sekarang dengan bangsa Eropah, mereka dilihat seperti sebuah kebun yang subur menghijau dan menghasilkan pelbagai jenis buah-buah yang bermanfaat untuk kehidupan di muka bumi. Sedangkan umat Islam sekadar dilihat seperti kebun-kebun yang kontang yang sekadar membiakkan lalang dan duri serta tunggul-tunggul kayu. Malah di merata "kebun" itu sering terbakar (dengan perbalahan sesama sendiri di kalangan umat Islam).

Jadi, patutkah umat Islam berbangga diri dengan gelaran umat terbaik? Bawa-bawalah bertaubat dari penyakit berbangga diri itu kerana itulah kesesatan yang nyata.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Perumpamaan Sebatang Pokok

Post by Juang on Sat Sep 12, 2009 10:22 am

Rasulullah seumpama pokok yang menghasilkan 6666 buah-buahan (ayat-ayat Quran) yang segar untuk kegunaan kehidupan zaman baginda dan zaman akan datang.

Manusia yang beragama sekadar menurut itu pula seumpama sebatang tunggul yang tidak mengeluarkan buah dan tidak memberi apa-apa manfaat.

Setiap buah yang Rasulullah hasilkan itu, menumbuhkan pokok-pokok baru yang mengeluarkan buah-buah yang lebat (idea-idea baru oleh orang terkemudian yang mendapat sumber inspirasi daripada Al Quran yang baginda keluarkan). Bayangkan berapa banyak ganjaran Allah kurniakan kepada manusia yang sebegitu akhlaknya?

Tapi jika jadi tunggul, bagaimana nak keluarkan buah dan menumbuhkan pokok-pokok baru? Macam itulah orang yang pemalas berfikir yang tiada buah fikiran yang segar untuk membantu masyarakatnya, hanya seperti tunggul sahaja.

Layakkah orang yang hidup seperti tunggul itu perasan mereka adalah pengikut Rasulullah?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum