Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Hidup Berdusta, Jantung Tertekan
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Hidup Berdusta, Jantung Tertekan
69:44. Sekiranya dia mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,
69:45. Tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan,
69:46. Kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya,
69:47. Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.
Ayat di atas memberi pengajaran kepada kita, jika hidup secara berdusta dan mengada-adakan perkara atas nama Allah, pasti seseorang itu akan mendapat kesan buruk, iaitu urat jantungnya akan tertekan.
Memang kita boleh merasakan sendiri, bila kita suka menipu, rasa berdebar-debar atau takut akan terasa di dalam dada. Jadi, tujuan kita beragama Islam untuk menjauhi ajaran-ajaran dusta kerana ia hanya akan menyebabkan urat jantung kita merana.
Siapa boleh melindungi kita bila Allah datangkan kesakitan pada urat jantung kita? Kalau boleh, biarlah mati dalam ketenangan (jantung berhenti dengan perlahan-lahan) bukan dalam keadaan urat jantung terputus (sama ada tersumbat oleh lemak/kolestrol).
Di sinilah hikmah kita berpuasa supaya membersihkan tubuh badan kita daripada lemak-lemak tepu yang boleh menyeksa jantung kita mengepam darah yang terlalu pekat dengan kolestrol.
Dari segi rohaninya pula, puasa untuk melatih diri melawan penyakit hati seperti berbangga diri, membenci, hasad dengki dan penyakit-penyakit rohani yang lain yang semuanya menyebabkan jantung tertekan.
Orang yang berpuasa sekadar nak cukupkan rukun, sudah pasti tidak mendapat apa-apa nilai pun untuk kebaikan jasmani dan rohani selain untuk menahan lapar dan dahaga sedangkan rohaninya tetap berbangga diri kononnya dirinya Islam dan kaum lain kafir. Alangkah ruginya mereka membuat kerja yang sia-sia seperti itu kerana hakikatnya mereka setara dengan iblis.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14
Re: Hidup Berdusta, Jantung Tertekan
Sedih, Marah Punca Sakit Jantung
Umum mengetahui, emosi terbentuk di dalam otak manakala perasaan terbit dari dalam hati, atau sebenarnya organ dalaman iaitu jantung.
Namun begitu, bagaimana pula dengan emosi negatif? Apabila anda terlalu sedih atau marah sehingga ’sakit hati’, adakah keadaan emosi tersebut benar-benar menyebabkan kesakitan pada jantung anda?
Bagi mengetahui kesan tersebut, dua kajian dijalankan baru-baru ini bagi menyokong teori bahawa apa yang difikirkan otak benar-benar mampu mencederakan jantung anda.
Kajian pertama terbitan Journal of the American College of Cardiology (JACC) mendapati, wanita yang menghidap simptom kemurungan menghadapi risiko lebih tinggi diserang penyakit jantung. Wanita yang disahkan murung secara klinikal pula dua kali ganda berkemungkinan meninggal dunia akibat jantung terhenti.
Para penyelidik menyimpulkan bahawa kemurungan mempunyai impak psikologi secara terus menerus terhadap jantung kerana ia terpaksa berfungsi lebih kuat apabila berdepan tekanan.
Kajian turut mendapati, wanita murung lebih cenderung merokok, mengalami tekanan darah yang tinggi dan menghidap diabetes.
Ubat anti murung yang digunakan oleh ramai pesakit wanita juga dikaitkan dengan masalah jantung dan kematian secara tiba-tiba terutama di kalangan remaja.
Satu lagi kajian pula mendapati, mood seseorang itu mempengaruhi tekanan ke atas jantung dan bukan sebaliknya.
Kertas kajian yang disediakan oleh penyelidik University College London pula menemui, lelaki yang mudah meradang dan panas baran besar kemungkinan diserang penyakit koronari berbanding mereka yang tidak bersikap demikian.
Kajian pertama menemui golongan yang didorong semangat bekerja, kompetitif dan obses dengan ‘deadline’, kurang potensi mengalami penyakit jantung.
Dalam kata lain, pekerja yang terlalu bercita-cita tinggi dan ‘terlebih’ rajin kurang risiko diserang sakit jantung berbanding golongan yang menyimpan dendam, marah dan menentang secara berselindung.
Kajian kedua menemui beberapa teori mengenai emosi marah yang diterjemahkan dalam bentuk serangan jantung fizikal. Ini kerana, golongan panas baran mengalami kesukaran tidur, kurang mengambil ubat, tabiat pemakanan teruk, tidak bersenam, kuat merokok dan lebih gemuk.
Golongan panas baran ini pada mulanya langsung tidak menghadapi risiko, tetapi akhirnya mengalami 19 peratus kemungkinan lebih tinggi diserang penyakit jantung koronari.
Kedua-dua kajian tersebut turut menemui stereotaip jantina iaitu, wanita ’sakit’ jantung akibat menanggung kesedihan manakala lelaki ’sakit’ jantung dengan kemarahan.
Walaupun begitu, dua kajian bersetuju bahawa lelaki dan wanita mengetahui punca penyakit jantung seperti diet salah, kurang bersenam dan sukar tidur.
Sehubungan itu, adalah penting lelaki atau wanita tidak membiarkan diri tenggelam dalam emosi kerana boleh merosakkan mental dan organ dalaman yang paling penting iaitu jantung.
Ditulis oleh:
Diyana Rose Kamalludeen
Dipetik dari:
http://www.utusan.com.my/

Siapakah manusia yang gagah?
Berhubung dengan ini satu riwayat hadis tertulis," Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya. Sebaliknya yang gagah ialah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya."
Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada Allah sedang berjalan menuju ke syurga.
Sahabat nabi yang bernama Abu Dardak pernah menyoal nabi, " Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga."
Nabi menjawab, " Janganlah engkau marah!"
(diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani dan Ibn Abid Dunya ).
Apa yang sedang berlaku di dalam diri anda ketika anda sedang marah?
Mengikut pendapat para pengkaji, orang-orang tua yang sering marah-marah mempunyai risiko tiga kali ganda menghidap sakit jantung berbanding rakan-rakan mereka yang lain.
Selain itu, pengeluaran hormon stress akan meningkatkan keperluan jantung terhadap oksigen dan menyebabkab darah tercenderung ( khususnya platlet ) untuk membeku menyebabkan ianya berisiko.
Para saintis dari Universiti John Hopkins di Baltimore, Maryland, pula mendapati lelaki yang panas baran lebih mudah diserang sakit jantung walaupun mereka datang dari keluarga yang tidak pernah menghidap penyakit ini.
Mengikut jurnal Psychomatic Medicine, perasaan marah boleh merangsang pengeluaran protein tertentu yang dikenali sebagai inflammatory proteins. Protein ini menyebabkan pembuluh darah ( arteri ) menjadi keras dan proses ini boleh menyebabkan kejadian strok dan sakit jantung berlaku.
Mengikut Professor Madya Edward Suarez dari Pusat Perubatan Universiti Duke di North Carolina, Protein Interleukin ( IL-6 ) didapati lebih tinggi di kalangan lelaki yang menghidap kesugulan dan panas baran. Kadar interleukin yang tinggi akan memudahkan fatty acid berkumpul di dalam arteri dan menyebabkan arteriosklerosis seterusnya sakit jantung.
Justeru itu, sama-samalah kita hindari perasaan marah dan banyakkan beristighfar. Untuk mencapai kecemerlangan di dalam kehidupan perasaan marah perlu dibendung dan dikawal agar diri ini tidak terbabas dari landasan kebenaran dan kebaikan.
Sumber: Dr. Danial Zainal Abidin.

Similar topics» Tips Gaya Hidup Sihat
» Usaha Menyeluruh Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat: Najib
» realiti hidup sendiri
» kenangan hidup susah
» panduan cara hidup RASULULLAH SAW...
» Usaha Menyeluruh Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat: Najib
» realiti hidup sendiri
» kenangan hidup susah
» panduan cara hidup RASULULLAH SAW...
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum