Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

Admin

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Membina Umat Islam berpemikiran saintis

View previous topic View next topic Go down

Membina Umat Islam berpemikiran saintis

Post by Adli on Sat Aug 08, 2009 5:32 pm

Jika kita fikirkan, untuk belajar kenal bumi pun memerlukan ramai saintis, apakah untuk belajar pasal Allah, Pencipta alam semesta ini tidak memerlukan manusia berfikir seperti saintis?

Oleh kerana itu, sepatutnya manusia kena berpemikiran seperti saintis untuk belajar kenal Allah. Oleh kerana ada manusia berfikiran saintis itulah kita dapat tahu bahawa bumi ini bulat. Kerana ada manusia berfikiran saintis itulah kita dapat tahu bahawa bumi mengelilingi matahari dan bumi itu sendiri berputar pada paksinya.

Jadi, untuk kenal kenal Allah, Pemilik bumi ini, maka secara logiknya, manusia kena juga berfikiran saintis. Kena terima kebenaran berdasarkan bukti yang nyata, logik ada hukum yang jelas, bukannya mana turut kata-kata atas nama imam-imam terdahulu.

Lemahnya umat Islam sekarang kerana nak belajar pasal Allah, mereka sudah tidak berfikir macam saintis, tetapi mereka lebih suka menurut sahaja apa yang disuapkan oelh ajaran terdahulu seolah-olah ilmu pasal Allah itu sendiri adalah terhad. Jika Allah pun mereka tidak mahu fikirkan secara logik, jangan harapkan mereka nak kaji alam semesta ini yang turut memerlukan logik. Itulah puncanya umat Islam sekarang ketinggalan jauh dalam bidang sains dan teknologi.

Perbetulkan cara kita belajar agama yang sebelum ini sekadar terima sesuatu ajaran kerana beranggapan ustaz yang mengajar itu semestinya betul kepada belajar agama dengan menerima sesuatu ajaran yang terbukti benar yang disokong dengan bukti yang nyata tanpa mengira aliran atau puak. Konsep inilah yang digunapakai oleh para saintis untuk membuktikan kebenaran sesuatu teori yang difikirkan oleh seseorang saintis tidak kira saintis itu keturunan apa sekali pun.

Kalau kita renung dengan mendalam, para saintis itu lebih suci hati mereka kerana sanggup menerima teori-teori yang benar tidak kira keturunan apa sekali pun. Tetapi konsep ini tidak berlaku dalam umat Islam yang berpuak-puak bila berbeza aliran ajaran yang ditaksubi.

Kita lihat, dengan melahirkan ramai saintis itulah sesuatu bangsa itu akan jadi kuat kerana mereka berpegang pada bukti yang kuat, bukan bersandarkan atas nama perawi atau pengumpul riwayat. Sebab itu teori daya graviti yang ditemui oleh Newton itu dibukti benar bukan kerana nama para sahabat Newton yang meriwayatkan teori itu, tetapi sebab teori itu memang boleh dibuktikan benar dan wujud.

Malangnya, konsep pembuktian kebenaran itu sudah tidak ada dalam umat Islam sehingga mereka melihat kebenaran berdasarkan nama-nama orang terdahulu. Bagi mereka, jika datang riwayat hadis yang didengar oleh seseorang sahabat Rasulullah, terus mereka percaya semua itu benar tanpa mereka menguji kebenarannya terlebih dahulu.

Itulah puncanya umat Islam mendapat kedudukan yang lemah gara-gara berpegang pada ajaran yang lemah. Logiklah, ajaran yang lemah, maka hasilnya umat jadi lemah. Tetapi ajaran yang kukuh dan disokong dengan bukti hukum alam, sudah pasti kukuh seperti mana Allah kukuhkan alam semesta ini.

Al Quran adalah ajaran yang kukuh berbanding riwayat hadis. Tetapi umat Islam ramai yang tidak yakin pada Al Quran mereka sendiri berbanding riwayat hadis. Itu yang kita rasa hairan, orang yang mengaku Islam sendiri tidak percaya kepada kekuatan Al Quran.

Orang Eropah, biarpun mereka dilihat kafir oleh umat Islam sekarang, tetapi kerana mereka lebih banyak berpegang pada bukti yang kukuh, jiwa mereka jadi kuat berbanding umat Islam. Sebab itulah mereka mudah-mudah sahaja menewaskan umat Islam.

Tetapi apakah umat Islam sanggup akui kesilapan mereka sendiri gara-gara terlalu taksub pada ajaran yang lemah yang banyak terkandung dalam riwayat-riwayat hadis itu yang menjadikan jiwa mereka lemah?

Terpulanglah. Kalau umat Islam nak kembali bangkit bersaing dengan bangsa lain, kenalah mereka berpegang pada ajaran yang ada bukti yang kuat, bukannya ajaran yang bersandarkan atas nama manusia.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Membina Umat Islam berpemikiran saintis

Post by semut api on Thu Aug 13, 2009 5:44 pm

so bagaimana incik puan kenal Allah? boleh cerita skit? mr green

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Membina Umat Islam berpemikiran saintis

Post by Adli on Fri Aug 14, 2009 3:55 am

- Allah adalah Tuhan Yang mencipta segala yang wujud di alam semesta ini.
- Wujud segala ciptaan-ciptaanNya itu berdasarkan ilmuNya.
- IlmuNya adalah hukum yang menetapkan segala yang telah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi. Cthnya, tahun lepas kita tidak terfikir akan terjadinya penularan H1N1 macam keaadaan sekarang. Bila telah terjadi, barulah manusia belajar ilmu baru daripada Allah. Barulah manusia kenal hukum yang menetapkan terjadinya kes H1N1 yang boleh membunuh ramai manusia. Daripada kes H1N1 ini, kita dapat mengetahui bahawa ilmu Allah itu luas. Manusia kena ada sifat suka berfikir dan belajar. Kalau tidak, manusia akan ketinggalan.

Maka kita nampak Allah itu bukan lagi hanya "tugu" yang disembah secara ritual, sebaliknya "sumber ilmu" atau "sumber cahaya". Seperti matahari yang tidak henti-henti memancarkan cahayanya, seperti itulah Allah pancarkan ilmuNya tanpa-tanpa henti-henti.

Seperti matahari, bukan sahaja berguna untuk menerangi bumi, tetapi cahayanya mempunyai tenaga yang boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk menggerakkan fungsi kehidupan manusia di zaman moden ini. Seperti itulah cahaya Allah (ilmuNya), ia boleh ditukarkan menjadi tenaga (semangat) untuk menggerakkan kehidupan dalam diri manusia itu.

Dengan kata lain, bila manusia itu mula kenal Allah, pasti dia akan dapat semangat baru. Semangat Perjuangan Harmoni.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Membina Umat Islam berpemikiran saintis

Post by semut api on Fri Aug 14, 2009 11:29 am

itu semua org tahu incik puan adli, nothing special, itu hanya ceritanya saja. cuba jelaskan yg ni pulak

AQ: dimana kamu berhadap disitulah Wajah Allah mr green

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Membina Umat Islam berpemikiran saintis

Post by Juang on Fri Aug 14, 2009 4:56 pm

semut api wrote:itu semua org tahu incik puan adli, nothing special, itu hanya ceritanya saja. cuba jelaskan yg ni pulak

AQ: dimana kamu berhadap disitulah Wajah Allah mr green

Kalau semua orang tahu pasal tu, sudah pasti semua orang akan sentiasa belajar mengimprove diri. Bila mengimprove diri, maka semua orang akan hidup jauh dari berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Tetapi apa realitinya begitu. Jangan pikir diri itu sahaja dah tahu, ramai lain orang lain belum tahu.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Membina Umat Islam berpemikiran saintis

Post by Zahabur on Sat Aug 15, 2009 2:44 am

Dari AbuDawud, diriwayatkan oleh Abu Malik; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila
bangun pagi, bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya kami berada di waktu pagi bersama
Tuhan seru sekalian alam. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kebaikan hari ini
keterbukaannya, kemudahannya, cahayanya, keberkatanmya dan petunjuknya; dan
perlindungan dari keaiban yang datang dengan nya dan sesudahnya.” Pada petang
hari serupa juga.

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1566
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Membina Umat Islam berpemikiran saintis

Post by Adli on Sat Aug 15, 2009 1:58 pm

Sebaik-baik cahaya adalah cahaya yang membolehkan seseorang manusia nampak penyakit-penyakit dalam hatinya sendiri... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Membina Umat Islam berpemikiran saintis

Post by Zahabur on Fri Aug 21, 2009 1:31 am

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta
saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh
yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu
yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik
yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi
kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang
terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran
bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir
disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif
dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf
yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut
sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak
mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan
semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati
untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam
majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang
dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara
tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai
perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut
satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang
berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa
bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk
di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang
sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain
dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru
diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan
yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan
kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1566
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Membina Umat Islam berpemikiran saintis

Post by Juang on Fri Aug 21, 2009 11:59 am

Fungsi zikir agar pemikiran kita fokus kepada Allah. Oleh kerana yang mencipta otak kita ini adalah Allah, secara logiknya bila kita ajak otak kita berfikir pasal Allah, pasti segala urat saraf dalam otak akan berkembang.

Zikir bukan sekadar pada lisan, tetapi memerlukan ketenangan jiwa dan pemfokusan minda. Itulah zikir yang menjadikan seseorang manusia itu memiliki kebijaksanaan seperti yang dimiliki oleh para Nabi dan Rasul. Kebijaksanaan sebeginilah yang diidam-idamkan oleh orang yang beriman.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum