Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Lembu Punya Susu...

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Go down

Re: Lembu Punya Susu...

Post by Juang on Tue Aug 18, 2009 8:32 am

Mengurangkan populasi manusia

Apakah wabak selsema babi ini bertujuan untuk mengurangkan populasi manusia? Jika peningkatan jumlah manusia membebankan bumi, tidak mustahil kedatangan wabak ini sebagai jalan untuk menyelamat bumi dari menanggung beban yang berat kerana pertambahan populasi manusia.

Manusia mungkin tidak sedar, ekosistem akan berubah bila populasi mereka bertambah. Dengan aktiviti mengaut keuntungan yang memusnahkan hidupan-hidupan lain, pasti perbuatan-perbuatan ini mendatangkan akibat kepada manusia balik. Bila orang yang berpenyakit hati lebih ramai yang mulia hati, pasti hanya kerosakan sahaja yang berlaku di muka bumi.

Jadi, antara langkah pengawalan aktiviti manusia, maka Allah datangkan wabak selsema babi agar cepat sikit bilangan manusia dikurangkan. Macam rumah kita diserang serangga perosak, pasti kita ambil langkah pengawalan untuk mengurangkan populasi serangga perosak itu.

Melainkan manusia kembali hidup dengan aman damai dan jauh daripada perpecahan yang berpunca dari penyakit-penyakit hati, maka sudah pasti Allah akan melindungi kehidupan manusia dan bumi tidak terseksa lagi.

Kalau kita fikirkan, kebelakangan ini bukan sahaja kita mendengar kisah virus yang pelik-pelik malah banyak bencana yang berlaku. Semua itu pasti ada peringatan berguna kepada manusia untuk memikirkan kembali apakah matlamat asal mereka diciptakan.

Apakah manusia diciptakan untuk berbalah-balah pasal berbeza kepercayaan atau agama? Kalau Allah nak cipta manusia satu umat, sudah lama Dia tetapkan manusia hanya ada satu kepercayaan sahaja. Tetapi kenapa Dia cipta manusia berbeza-beza kepercayaan? Sedangkan Allah sendiri tidak menghadkan manusia berbeza kepercayaan dan pendapat, apakah patut manusia perasan agamanya sahaja yang benar dan menghukum orang lain kafir kerana berbeza amalan nenek moyang?

Kebenaran bukan ikut amalan nenek moyang, tetapi berdasarkan bukti-bukti yang nyata yang selari dengan apa yang Allah tetapkan pada alam ini (hukum alam). Selagi kita sendiri tidak pasti di mana bukti yang menunjukkan amalan nenek moyang kita benar, jangan nak merasa bangga diri konon diri itu lebih Islam daripada orang lain.

Hiduplah secara berharmoni dengan semua keturunan manusia. Mereka bukannya ada kuasa nak menentukan mereka dilahirkan dari keturunan mana. Semua itu atas kuasa Allah. Jadi dari keturunan mana manusia itu dilahirkan, hakikatnya mereka asalnya suci. Manusia jadi kotor bila penyakit-penyakit hati tidak dilawan tidak kiralah dia berketurunan Islam, Yahudi, Nasrani, Majusi atau Sabiin.

Oleh itu, sebelum Allah mengurangkan populasi manusia kepada jumlah yang terlalu sedikit bila ramai manusia dikorbankan, berubahlah memperbetulkan akidah dan agama kita supaya perbezaan kepercayaan bukan lagi dijadikan alasan untuk berpecah-belah.

Kalau kita sendiri marah bila dikatakan kafir, macam itulah perasaan bangsa-bangsa lain rasa bila umat Islam sekarang melabelkan mereka kafir. Ingatlah, yang layak menentukan manusia mana yang benar dan mana yang sesat adalah Allah.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Lembu Punya Susu...

Post by Juang on Tue Aug 18, 2009 8:51 am

Manusia bersifat lalai.

Manusia bersikap acuh tak acuh biarpun mendengar berita sudah 64 orang di negaranya mati kerana selsema babi. Figure itu dirasakan masih kecil berbanding total rakyat negara tersebut. Selagi tiada kematian berlaku kepada ibubapa, adik-beradik atau saudara terdekatnya, mereka rasakan penderitaan yang ditanggung oleh orang lain yang kehilangan orang tersayang itu masih jauh daripada diri mereka atau tidak akan mengenai mereka.

Seperti kisah kaum Firaun ketika zaman Nabi Musa dahulu. Biarpun dilanda macam-macam bencana, semua itu tidak mampu menyedarkan mereka. Biarpun Firaun terpaksa memohon kepada Nabi Musa agar ditarik balik bencana-bencana yang didatangkan itu, tetapi semua itu bukan menjadikan mereka insaf, sebaliknya terus memerangi Rasul mereka.

Hakikatnya mereka bukannya beriman kepada Allah, Penguasa alam semesta ini. Sebab itulah mereka tidak takut menyimpan penyakit-penyakit hati seolah-olah Allah tidak nampak apa yang ada dalam hati mereka. Dengan kata lain, mereka tidak kenal siapa Allah yang sebenarnya.

Orang yang kenal siapa Allah itu, pasti mereka takut nak simpan penyakit-penyakit hati biarpun penyakit hati itu tidak mampu dilihat oleh manusia lain. Itulah erti keimanan yang tinggi terhadap Allah.

Tiada cara lain nak lawan penyakit-penyakit hati melainkan manusia itu kena belajar mengenal dirinya sendiri. Jangan melihat keburukan orang, tetapi cermin diri sendiri.

Sebab itu kita ajak umat Islam supaya jangan memandang bangsa lain kafir dan hina, tetapi cermin diri kita sendiri. Tetapi biasalah, bila kita ajak sesuatu yang terkena pada batang hidung sendiri, ramai yang tak suka, melenting dan marah.

Macam itulah bila Allah bangkitkan para Rasul terdahulu, ramai masyarakat mereka yang marah dan sampai tahap ingin membunuh para Nabi dan Rasul mereka.

Ingatlah, sama ada kita mahu berubah atau tidak, kita tidak boleh lari daripada azab Allah. Mungkin hari ini kita boleh mengelak, tetapi apakah hari esok kita boleh mengelak lagi?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Lembu Punya Susu...

Post by Juang on Thu Aug 20, 2009 8:37 am

Semalam dilaporkan tiada kematian disebabkan selsema babi di Malaysia. Kalau kita lihat pattern, jumlah kematian itu bermula dari sedikit kemudian meningkat sampai satu tahap 9 orang mati dalam satu hari kemudian menurun kembali kepada 0. Apakah selepas ini akan meningkat kembali seperti satu gelombang turun naik?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Lembu Punya Susu...

Post by Adli on Sat Aug 22, 2009 5:27 pm

Berpuasa baik untuk menjaga kesihatan badan. Mungkin kedatangan bulan Ramadhan mampu mengurangkan kematian disebabkan H1N1, tambahan pula jumlah kematian semakin susut sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah.

Allah tidak berlaku zalim kepada manusia.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum