Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3489) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Lembu Punya Susu...
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3 • Share •
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Lembu Punya Susu...
Lembu punya susu, sapi dapat nama. Bábi punya selsema, manusia dapat kesannya.
Mungkin itulah pepatah baru yang boleh diguna-pakai dalam keadaan sekarang. Sehingga kini, dilaporkan telah 9 orang rakyat Malaysia terkorban gara-gara selsema bábi.
Apakah wabak yang menular serata dunia ini sekadar sia-sia atau pun ada peringatan jelas daripada Tuhan? Sesungguhnya, Allah tidak melakukan sesuatu secara sia-sia. Bagi orang yang berakal, semua yang terjadi yang berlaku di sekelilingnya, pasti difikirkan apa isyarat yang Tuhan ingin sampaikan. Sebab hanya yang guna akal sahaja yang akan dapat petunjuk.
Allah bukan melihat seseorang itu solatnya persis gerakannya seperti Nabi untuk mendapat petunjuk, tetapi hanya orang yang berfikir sahaja akan mudah dapat petunjuk. Sebab orang yang berfikir, mereka ada keinginan untuk belajar. Sedangkan si pemalas berfikir, mereka malas nak belajar. Bagi mereka, hidup ini cukuplah sekadar apa yang telah disuapkan oleh ajaran nenek moyang mereka. Tidak terbuka pintu hati mereka nak meneroka ilmu Allah yang luas tanpa sempadan.
Kembali kepada cerita selsema bábi ini, pengajaran yang boleh kita ambil adalah betapa Rasulullah yang diilhamkan Al Quran itu seorang yang berfikiran jauh. Baginda telah melihat kesan buruk jika tabiat makan daging bábi tidak dikawal.
Maka diharamkan orang beriman memakan bábi supaya penternakan bábi tidak berkembang. Binatang yang kotor kepada kehidupan manusia, bila dipelihara dengan banyaknya, pasti kekotoran itu terpalit kepada manusia juga. Jadi, oleh kerana pemeliharaan bábi ini berkembang kerana tabiat makan dagingnya, maka diharamkan pemakanan daging ini agar kurang bábi diternak secara kormesil (bila permintaan kurang, pengeluaran pasti kurang).
Banyaknya penternakan bábi ini menunjukkan kegagalan kita umat Islam untuk memperlihatkan keindahan Al Quran sehingga peringatan tentang haramnya daging bábi itu tidak diacuh oleh kaum lain yang tidak mendapat kesedaran lagi. Jika umat Islam dapat perlihatkan keindahan Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah, pasti ramai bangsa lain boleh terima nasihat Al Quran pasal larangan makan daging bábi itu.
Kita lihat, kesan buruk selsema bábi ini bukan hanya kepada manusia yang makan bábi, yang tak makan bábi pun kena. Jadi, jika kita setakat mengaku sahaja Islam, tetapi tidak ada rasa nak perbetulkan agama kita agar nasihat Al Quran itu dapat diterima ramai, maka apakah kita rasa selamat bahawa selsema bábi itu tidak akan kena pada kita pula?
Bangkitlah umat Islam untuk perindahkan Islam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah. Kalau bukan kita yang mengaku Islam ini nak tolong Rasulullah, siapa lagi nak diharapkan? Takkan Islam itu sekadar dilaungkan di tepi jalan sahaja. Tiada cara lainkah untuk perlihatkan Islam yang lebih dinamik sesuai dengan perkembangan teknologi semasa?
Bayangkan, jika Allah nak hancurkan kita umat Islam dengan selsema bábi itu gara-gara lalai memperindahkan Islam sedangkan kita mengaku beriman pada Al Quran, apakah kita mampu menghalang janji Allah itu?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Lembu Punya Susu...
Salaam,
Terima kasih perkongsian ilmunya.... seperti yang kita maklum Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia, maka apakah penciptaan babi itu sesuatu yang sia-sia... bagaimana dengan penyakit yang lain yang jugak berpunca dari haiwan seperti selsema burung, panyakit kuku atau yang dikaitkan dengan lembu dsbnya... apakah jugak binatang tersebut perlu dimusnahkan ?
Sekadar terfikir.....

Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1166
Registration date: 2009-07-01
Re: Lembu Punya Susu...
Kita kena lihat penularan penyakit itu sebab apa. Jika puncanya kerana bilangan ternakan terlalu besar, kenapa tidak dikecilkan? Bukan bermakna disuruh bunuh semua binatang itu, tetapi kawal ia dari segi pembiakannya.
Macam kita nak kawal denggi, kita kawal dari segi tempat pembiakannya. Macam tu jugalah dengan penyakit disebabkan makhluk-makhluk Allah yang lain jika bilangan binatang itu terlalu banyak boleh mengancam nyawa manusia sendiri.
Allah buat alam semesta ini secara seimbang. Tetapi jika manusia sendiri merosakkan keseimbangan sistem yang telah Allah aturkan pada alam ini, bukankah kesannya akan balik kepada manusia kembali?
Jika kita bandingkan penyakit yang berpunca dari binatang lain, ia tidak seteruk yang berpunca daripada babi. Dulu kita pernah dikejutkan dengan kes JE. Tetapi berapa ramai manusia ambil peringatan?
Kalau JE itu, yang terkesan itu kepada pengusaha ternakan babi itu, tetapi selsema babi itu, orang yang tidak berkaitan pun kena.
Lihat bagaimana cara Allah kawal pembiakan manusia. Allah hanya musnahkan manusia yang membawa penyakit hati sahaja. Manusia yang tidak menggunakan akal yang hidup hanya nak berpecah-belah sesama sendiri. Allah tidak musnahkan semua keturunan manusia, sebaliknya Dia tinggalkan generasi yang soleh.
Dari situ kita belajar bagaimana nak kawal pembiakan binatang lain yang berpenyakit sebab kita adalah khalifah.

dalam semua kitab pun tertera kata tak boleh makan babi .. tak ada tuhan kata sedikit kebaikan pun dalam memakan babi tak seperti pengharaman arak dan judi . secara biologis babi amat serupa dgn manusia . sepatutnya kita memberi penghormatan kepada babi bukan memakannya . manusia pun tuhan tak bagi makan . dalam quran dua benda ni lah tuhan larang sama sekali makan . aku rasa ubat h1n1 tu ada pada babi .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Lembu Punya Susu...
Kalau macam tu, orang yang memakan babi samalah seperti kanibal? Satu perspektif pemikiran yang menarik.
Dalam situasi masyarakat Melayu, babi dilihat sebagai binatang yang menjijikan. Sehingga bulu babi pun dianggap najis.
Dalam situasi masyarakat Melayu, babi dilihat sebagai binatang yang menjijikan. Sehingga bulu babi pun dianggap najis.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Lembu Punya Susu...
ya juang .. banyak pengalaman kita pun yg kita benci tu la teman kita . pengubat duka lara kita .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Lembu Punya Susu...
Daripada kisah babi itu, kita nampak sedangkan nabi Muhammad pun tidak berupaya nak sedarkan manusia supaya jangan makan daging babi, apalah daya upaya kita nak sedarkan sesuatu kaum supaya jangan beragama main pakai turut apa yang disuapkan.
Kalau mereka boleh berhati-hati dalam mencari makanan yang halal, kenapa mereka tidak boleh berhati-hati daripada menerima sesuatu ajaran?
Tetapi selalunya, bila diajak berhati-hati menerima sesuatu ajaran, itulah yang menyebabkan seseorang manusia itu panas hati.
Kalau mereka boleh berhati-hati dalam mencari makanan yang halal, kenapa mereka tidak boleh berhati-hati daripada menerima sesuatu ajaran?
Tetapi selalunya, bila diajak berhati-hati menerima sesuatu ajaran, itulah yang menyebabkan seseorang manusia itu panas hati.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Lembu Punya Susu...
itulah kelalain kita .. kita belajar quran hanya nak cari hukum sahaja . sekarang apa hujah kita kalau ubat hin1 tu ialah dari babi .. hukum apa lagi kita nak buat ..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Lembu Punya Susu...
Maka terpaksa juga manusia guna akan untuk membuat pertimbangan yang waras untuk mencari solusinya.
Kebetulan pula hari ini saya dapat email yang disampaikan pasal doa untuk memohon dijauhkan dari penyakit berjangkit. Dikatakan doa itu dari Ibnu Ahmad At-Tarmizi. Dalam terjemahan doa itu disebut;
"Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itulah Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan anak-anak mereka (Hasan dan Husain)."
Kenapa dalam berdoa kepada Allah, perlu diseru nama-nama manusia lain yang kononnya tanpa nama mereka, doa kita tidak diperkenankan?
Terfikir pula, dalam kegawatan manusia risaukan selsema babi pun ada syaitan ambil kesempatan nak pesongkan manusia agar menyeru selain daripada Allah.
22:62. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan bahawa apa yang mereka seru, selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.
Kebetulan pula hari ini saya dapat email yang disampaikan pasal doa untuk memohon dijauhkan dari penyakit berjangkit. Dikatakan doa itu dari Ibnu Ahmad At-Tarmizi. Dalam terjemahan doa itu disebut;
"Ada bagiku lima dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit. Mereka itulah Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan anak-anak mereka (Hasan dan Husain)."
Kenapa dalam berdoa kepada Allah, perlu diseru nama-nama manusia lain yang kononnya tanpa nama mereka, doa kita tidak diperkenankan?
Terfikir pula, dalam kegawatan manusia risaukan selsema babi pun ada syaitan ambil kesempatan nak pesongkan manusia agar menyeru selain daripada Allah.
22:62. Itu adalah kerana Allah, Dia Yang Benar (Hak), dan bahawa apa yang mereka seru, selain daripada Dia, itulah yang palsu; dan sesungguhnya Allah, Dia Yang Tinggi, Yang Besar.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Lembu Punya Susu...
mungkin madsud mereka pada kepandain / kepintaran mereka ini dalam menyelesaikan masalah ... lalu di bikin doa .. maklumlah riwayat

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Lembu Punya Susu...
Allah Maha Mendengar segala isi hati. Kenapa pula mengharapkan seseorang bikin sejenis doa untuk permintaan tertentu? Bayangkan, nak berdoa pun kena harapkan dari seseorang untuk buatkan doa, macam mana agaknya mereka nak buat ubat H1N1 itu guna keupayaan sendiri? Tidak mustahil mereka hanya berharap kaum yang mereka kata kafir itu tolong buatkan ubat.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Lembu Punya Susu...
mati katak jer la .. nak buat macamana kita masi dok jerit tepi jalan .. universiti kita makin tak cemerlang

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Lembu Punya Susu...
Nak kata dengan menjerit tepi jalan boleh jadi cemerlang, mutu bolasepak kita tak pun cemerlang biarpun ada yang menjerit di stadium.
Tapi nak buat macam mana, bila kita cakap solat itu belajar, mereka marah bila kita peringatkan macam tu. Mungkin bila ramai dah mati kena selsema babi tu nanti barulah tak ramai menjerit di tepi jalan lagi kot dan mula nak belajar. Biasalah manusia, dah kena azab baru nak menyesal.

Tapi nak buat macam mana, bila kita cakap solat itu belajar, mereka marah bila kita peringatkan macam tu. Mungkin bila ramai dah mati kena selsema babi tu nanti barulah tak ramai menjerit di tepi jalan lagi kot dan mula nak belajar. Biasalah manusia, dah kena azab baru nak menyesal.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Lembu Punya Susu...
demo dah terpengaruh dengan istilah SOLAT , macam istilah ALLAH .. demo hanya nampak kebesaran tu hanya pada nama . nama allah lah yg mereka perjuangkan . kalau tak ada nama ALLAh tak ada lah tuhan . kenapa kita tak nak kata kaabah tu pusat segala ilmu .. permulaan nabi membaca dalam ertikata menyembah .permulaan solat ..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Lembu Punya Susu...
Kaabah didirikan sebagai universiti pertama manusia untuk mengembalikan manusia kepada hidup rajin belajar. Hidup berkiblatkan ilmu.
Manusia ni lemah sahaja. Dengan selsema babi pun kita boleh mati. Itu belum lagi sebab denggi dan chikugunya.
Terjadinya penyakit-penyakit itu untuk mendorong manusia belajar. Kalau manusia hidup bersenang-lenang, mereka malas nak belajar. Maka masa dihabiskan untuk berteriak di tepi jalan sahaja.
"Kesenangan telah melalaikan kamu..."
Manusia ni lemah sahaja. Dengan selsema babi pun kita boleh mati. Itu belum lagi sebab denggi dan chikugunya.
Terjadinya penyakit-penyakit itu untuk mendorong manusia belajar. Kalau manusia hidup bersenang-lenang, mereka malas nak belajar. Maka masa dihabiskan untuk berteriak di tepi jalan sahaja.
"Kesenangan telah melalaikan kamu..."

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Lembu Punya Susu...
kesusahan sudah datang .. apa tindakan kita sekarang . apakah seruan al quran kalau kita dalaburung dari burung .. m situasi ini . adakah ayat melarang memakan babi itu tidak membenarkan kita memakan nya sekiranya ubat nya nanti dari babi . vaksin ular dari ular ..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Lembu Punya Susu...
Sudah pasti vaksin adalah sesuatu yang dihalalkan kerana manusia terpaksa memakannya kerana dalam darurat. Tanpa berkeadaan darurat, manusia tidak suka-suka nak makan vaksin.
Sedangkan daging babi itu dihalalkan memakannya dalam keadaan terpaksa. Lagi pun tempoh darurat selalunya tidak panjang. Yang menjadi kesalahannya, dalam tempoh tak darurat pun nak makan perkara yang dilarang.
Sedangkan daging babi itu dihalalkan memakannya dalam keadaan terpaksa. Lagi pun tempoh darurat selalunya tidak panjang. Yang menjadi kesalahannya, dalam tempoh tak darurat pun nak makan perkara yang dilarang.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Lembu Punya Susu...
ya macam doa babi tur termakhbul jer ..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18
Re: Lembu Punya Susu...
Jika manusia dizalimi, doanya dimakbulkan, kalau binatang dizalimi (yang tak patut dimakan, tetapi manusia makan juga), maka tidak mustahil Allah perkenankan doa-doa mereka itu. Tambahan pula binatang tiada penyakit-penyakit hati macam manusia, lagi-lagilah doa mereka cepat dimakbulkan.
Adakah manusia memahami perasaan babi itu yang tidak mahu mereka diperlakukan sedemikian rupa? Apa perasaan manusia jika diri mereka dijadikan ternakan dan disembelih macam babi itu?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14
Re: Lembu Punya Susu...
slipar wrote:mungkin madsud mereka pada kepandain / kepintaran mereka ini dalam menyelesaikan masalah ... lalu di bikin doa .. maklumlah riwayat
| | |
| 2. | ![]() "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; |
AQ sendiri suruh berdoa, macammana kamu solat ni selipar? mesti baca eh solat dgn buku komik je ni
AQ: tidakkah kamu berfikir? dlm fatihah lagi dll banyak menyatakan memohon, mintaklah dll, itukan doa & bukannya direka2 oleh riwayat, org dulu2. kesian kat kau selipar

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2514
Registration date: 2009-04-26
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Similar topics» AGAR-AGAR PUDING SUSU BUAH-BUAHAN.....enak....
» Kau tetap aku punya dan takkan bersama orang lain sampai bila-bila!!!!
» Forum Sabah Forex
» kisah pedagang dengan istri 4
» Kumpulan Resep Minuman
» Kau tetap aku punya dan takkan bersama orang lain sampai bila-bila!!!!
» Forum Sabah Forex
» kisah pedagang dengan istri 4
» Kumpulan Resep Minuman
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum