Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Jangan Tinggalkan Belajar (Solat)

Page 5 of 5 Previous  1, 2, 3, 4, 5

View previous topic View next topic Go down

Re: Jangan Tinggalkan Belajar (Solat)

Post by semut api on Thu Aug 20, 2009 9:39 am

Juang wrote:Kalau betul redho, jangan nak kutuk Israel, US atau apa bangsa yang menjajah umat Islam. Sebagai tanda redho dijajah itu kerana pemalas belajar.

Smile

cuba fikir, kalu kita redha hidup dlm miskin tak mestinya kita meriba tangan saja mr green
penjajahan akal perlu difikirkan sebaik2nya mr green

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Jangan Tinggalkan Belajar (Solat)

Post by Juang on Thu Aug 20, 2009 10:02 am

Tahu pun. Sebab itu kita ajak berubah. Berubah itulah tanda kita redho kepada Allah. Sebab Allah suruh belajar. Takkan tak redho Allah suruh belajar?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Jangan Tinggalkan Belajar (Solat)

Post by Zahabur on Fri Aug 21, 2009 3:46 am

Para ulama mengatakan bahawa jin itu jisim yang hidup lagi ghaib. Tetapi adalah harus bagi kita mengatakan bahawa jisim-jisim hidup yang seni-seni, yang baharu sahaja ditemui melalui mikroskop dan dinamakan microbes itu, jin… Oleh itu, dengan adanya penemuan- penemuan sains yang baharu, kita kaum Muslimin mestilah menyemak semula dan memperbetulkan pentafsiran- pentafsiran secara tradisional. Amatlah luhurnya al-Quran untuk menjadi bertentangan dengan sains moden.

Di dalam percubaan untuk memperlihatkan bahawa Islam itu agama “saintifik”, maka ada setengah-setengah orang Islam moden yang cuba mengesan daripada ayat- ayat Quran apa yang dinamakan “mukjizat ilmiah” Quran. Ada pula yang cuba membuktikan kebenaran- kebenaran agama, seperti wujudnyaAllah, dengan “sains tulen” (exact sciences). Ada pula yang cuba mentafsirkan Adam a.s. sebagai manusia dalam peringkat belum mumayiz, atau dengan berpandukan sesuatu hipotesis atau teori di dalam antropologi moden.
Ada yang cuba memahami kosmologi al-Quran dengan berdasarkan fakta-fakta dari ilmu astronomi moden, lalu keterangan al-Quran tentang langit dan penghuni-penghuni langit difahamnya secara zahir semata-mata, iaitu berhubung dengan langit alam syahadah ini. Keterangan al-Quran tentang tujuh lapis atau tujuh petala langit itu hendak difahamnya secara zahir semata-mata, iaitu berhubung dengan lapisan-lapisan udara angkasa, seperti troposphere, stratosphere dan sebagainya. Di dalam menghuraikan peristiwa Israk Mikraj Nabi SAW, peristiwa pembedahan dada Nabi SAW, perjalanan baginda dari Masjid al- Haram ke Masjid al-Aqsa dengan menaiki Buraq juga hendak difaham secara zahir berpandukan sains moden.


Peristiwa Mikraj secara khususnya dikaitkan dengan penerbangan ke angkasa lepas pada zaman moden ini, kerana lapisan-lapisan langit yang dilalui Nabi SAW itu tidak difahami sebagai langit hakikat atau dalam hubungan dengan martabat-martabat wujud (maratibu al-Wujud), tetapi difahami sebagai langit alam syahadah ini. Oleh yang demikian, perkara-perkara seperti adanya lapisan langit yang dijadikan daripada gelombang yang berlapis-lapis (mawjun makfuf), daripada jenis batu marmar yang putih, daripada jenis besi, daripada jenis tembaga yang kuning, daripada jenis perak, daripada jenis emas dan daripada jenis batu permata yaqut yang merah amatlah membingungkan pentafsir secara saintisme itu, sehingga ia berkecenderungan mengatakan ini semua hanya daripada tokok tambah ulama sahaja, atau berasal daripada dongeng jua.

Aliran saintisme ini ialah suatu aliran yang sia-sia. Ia tidak berjaya untuk menambahkan keimanan seseorang Islam terhadap agamanya dan di samping iu, seperti yang dinyatakan oleh Wilfred Cantwell Smith di dalam bukunya, Islam In Modem History (Princeton: Princeton University Press, 1957), ia tidak pula berjaya untuk memikat hati orang-orang Barat kepada Islam dengan sikapnya yang apologetik itu. Ia tidak berjaya untuk memerangi fahaman kebendaan (materialisme), malahan ia mengemukakan fahaman kebendaan di dalam bentuk waham.

Al-Quran dan Hadis tidaklah bertujuan untuk mengajar manusia tentang sains, walaupun di dalamnya terdapat prinsip segala ilmu dan terdapat pula perkara-perkara yang pada lapisan maknanya yang zahir, dibenarkan oleh fakta-fakta sains. Tujuan utama al-Quran dan Hadis ialah untuk menjadi hidayat (huda) bagi orang-orang yang bertakwa. Walaupun al-Quran dan Hadis menyentuh perkara-perkara yang di dalam alam syahadah ini untuk tujuan ibadat dan muamalat dan mengajar akhlak dan hukum-hakam, namun ia mengajak pula manusia melihat kesan-kesan (athar) rahmat Allah dan hakikat-hakikat di sebalik segala perkara yang di dalam alam syahadah ini. Ia hendak membawa manusia mentahkikkan kebenaran yang lebih tinggi daripada kebenaran-kebenaran faktual (factual truths) yang diajar di dalam sains-sains fizik dan juga sains-sains kemasyarakatan.

Jika kita tafsirkan Quran dan Hadis mengikut aliran saintisme maka bermakna kita menggunakan ilmu yang menduduki taraf yang amat rendah dari kacamata tradisional, untuk menjadi hakim ke atas al-Quran dan Hadis yang berpokok kepada wahyu dan Nur Nubuwah. Orang yang mengambil sains moden, sama ada sains fizik mahupun sains kemasyarakatan, untuk menjadi hakim atas al- Quran dan Hadis, adalah ibarat orang yang mengangkat budak kundang untuk menjadi hakim ke atas raja atau atas Tuan Kadi.

Tidak syak lagi, pentafsiran terhadap al-Quran, Hadis dan Sirah, atau terhadap agamanya seluruhnya dengan berdasarkan sains moden yang lahir dalam acuan materialisme dan bersifat penyebar materialisme ini, akan membawa lambat launnya kepada materialisme. Lebih- lebih lagi, sekiranya mufassir itu jahil tentang hakikat agama dan hakikat sains moden dan mengelirukan pula di antara fakta-fakta sains dengan hipotesis dan teori sains.


Kadangkala, terdapat beberapa fakta sains yang seolah-olah bercanggah dengan beberapa maklumat yang terkandung di dalam al-Quran. Contohnya di dalam al- Quran, bumi ini dikatakan terhampar, seolah-olah Quran mengajar bahawa bumi ini mendatar, padahal menurut fakta sains, bumi ini bulat. Perlulah diketahui, bahawa fakta sains itu adalah hasil kajian secara objektif. Apa yang dinyatakan oleh al-Quran itu bukanlah fakta secara objektif yang tidak dapat disaksikan oleh semua manusia tetapi hanya maklumat yang dapat diperhatikan oleh semua manusia yang bermata celik di bumi ini, sama ada mereka itu ahli sains atau tidak. Demikian pula, matahari, di dalam Quran dikatakan berlari (tajri) atau beredar menurut ketetapannya (limustaqarri l-laha) atau sampai ke tempat ia menetap; padahal ahli-ahli sains mengatakan matahari itu tidak berlari atau beredar..
Tujuan al-Quran menarik perhatian manusia kepada objek-objek dalam alam syahadah ini bukanlah untuk mengajar sains tetapi untuk mengatakan kepada manu- sia bahawa perkara-perkara yang di dalam alam syahadab ini merupakan simbol atau ayat-ayat yang melambangkan pelbagai hakikat yang berada pada martabat- martabat Wujud yang lebih tinggi dan simbol-simbol ini, jika difahami betul-betul, akan membawa insan mengenal Af’al Allah, Asma-Nya, Sifat-sifat-Nya dan akhir sekali, Zat-Nya Yang Maha Qudus.
Alam syahadah ini seluruhnya adalah ibarat bayang-bayang (zill) kepada hakikat-hakikat yang berada pada alam-alam yang lebih tinggi itu. Al-Quran mengajak manusia bertafakur dalam keadaan zikir, atas simbol-simbol itu, untuk sampai kepada perkara-perkara yang disimbolkan atau akhirnya untuk mengenal Allah Tabaraka wa Taala dengan sebenar-benar pengenalan.

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1671
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Jangan Tinggalkan Belajar (Solat)

Post by Juang on Fri Aug 21, 2009 8:40 am

Sebaik-baik cara memahami Al Quran adalah dengan mengambil kedua-dua unsur tradisional dan unsur moden. Jangan menolak yang tradisional semata-mata nak ambil yang moden, dan jangan menolak yang moden semata-mata taksub pada yang tradisional. Setiap cara ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Sebab itulah Al Quran suruh kita mendengar semua pendapat dan memilih yang terbaik. Justifikasi apa itu yang terbaik ada dalam diri kita sendiri. Orang yang tidak belajar kenal diri, mereka tidak tahu apa yang terbaik untuk dirinya sehingga hidup menurut orang membuta-tuli. Jika mereka nak jadi Islamik, mereka meniru budaya Arab membuta-tuli. Jika mereka nak jadi maju, mereka meniru budaya Barat membuta-tuli.

Tapi orang yang berfikir, mereka hanya mengambil segala yang ada nilai atau isi yang baik.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 5 of 5 Previous  1, 2, 3, 4, 5

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum