Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Kesedihan Rasulullah

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by semut api on Thu Aug 06, 2009 9:41 am

sedihnya Rasulullah SAW bila ada umatnya yg kata feel juga lakuan solat tu bukan tunggang tunggik yg saintis sendiripun akui kebaikanya mr green

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by Juang on Thu Aug 06, 2009 10:02 am

Masalahnya, gerakan mereka katakan "itulah solat" tidak ditetapkan dalam Al Quran sebegitu rupa.

Tentulah Rasulullah lebih sedih bila lihat kesan menganggap solat itu gerakan menyembah secara ritual itu menyebabkan umat Islam sekarang jadi lemah dan berpecah-belah. Malah dengan orang Israel yang sedikit pun umat Islam kalah gara-gara lemah dalam bidang sains dan penciptaan teknologi.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by slipar on Thu Aug 06, 2009 10:17 am

sedihnya Rasulullah SAW bila ada umatnya yg kata feel juga lakuan solat tu bukan tunggang tunggik yg saintis sendiripun akui kebaikanya


mana kau tau rasulullah tu sedih .. fitnah la banyak2 kat nabi ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by semut api on Thu Aug 06, 2009 2:09 pm

slipar wrote:
sedihnya Rasulullah SAW bila ada umatnya yg kata feel juga lakuan solat tu bukan tunggang tunggik yg saintis sendiripun akui kebaikanya


mana kau tau rasulullah tu sedih .. fitnah la banyak2 kat nabi ..

Nabi SAW masa nak wafat pun, masih menyebut ummati, ummati, tak der dlm AQ eh so tak validlah cerita tu agaknya utk kamu incik selipar

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by Juang on Thu Aug 06, 2009 2:37 pm

Kalo Rasulullah concern pasal umat, tetapi kenapa ada yang mengaku ikut ajaran Rasulullah buat tak kisah aje umatnya lemah gara-gara ketinggalan dalam bab ilmu dan berfikir.

Bila diajak berfikir macam mana nak bangkitkan umat macam Rasulullah buat, mereka bantah.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by Zahabur on Sat Aug 15, 2009 3:47 am

Tahap intelek tidak semesti mampu dinilai sepenuhnya oleh sistem perperiksaan formal
Ada yang cemerlang perperiksaan formal mempunyai tahap intelek yang rendah
Ada pula yang gagal perperiksaan formal sebaliknya

Tahap intelek atau daya berfikir secara kreatif dan kritis sangat penting
Aplikasi daripada hasil pemikiran itu pula jauh lebih penting
Tidak guna berfikir sepenuh usaha jika tiada tindakan susulan dibuat
"Walk the Talk" - Jalankan Percakapan
Fikir dan buat.
Bukan fikir dan terus berfikir
Buat dan baru berfikir
Satu tindakan yang boleh jadi merugikan.

Natijah pastilah menyedihkan dan tidak bersifat boleh diundur
Kepedihan hasil ' buat baru fikir' memang perit
Perlu ia dijadikan iktibar agar tidak terjerat dilaluan yang sama.
Selagi nafas masih ada
Selagi itu manusia boleh berubah dan mesti berubah
Berubah kearah lebih baik.

Kesediaan berhijrah itu sentiasa wujud.
Sedar tanpa tindakan yang sesuai juga sentiasa berlaku.

Kerana itu manusia yang sengaja berbuat salah walaupun sedar
Diibaratkan lebih hina berbanding haiwan ternakan.

Fikir dan buat.....
Bangkitlah segera
Bangun daripada lena!!

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1671
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by slipar on Sat Aug 15, 2009 12:49 pm

tuan jahabur .. lama tak nampak , bersuluk ka , bersolek .

yg tak payah pikir ialah lupa
yg tak payah buat ialah dosa

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by Adli on Sat Aug 15, 2009 2:47 pm

Sebaik-baik solek, adalah solekan pada hati. Hati yang disolek, terpancarlah akhlak yang mulia biarpun rupanya sederhana zahirnya.

Bagi yang mencari keredhaan Allah, maka hati itulah yang disoleknya. Tetapi bagi yang mencari kemegahan di mata masyarakat, maka lahiriah itulah yang disoleknya... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by semut api on Mon Aug 17, 2009 1:21 pm

akal yg sihat tiada didalamnya selainNYA mr green

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by Juang on Mon Aug 17, 2009 1:42 pm

Setiap yang difikirkan oleh orang beriman semuanya untuk mendapat keredhaanNya. Sudah pasti Allah meredhai sesuatu yang benar, bukan yang dusta yang diada-adakan.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by Zahabur on Fri Aug 21, 2009 2:28 am

Sejarah telah membuktikan bahawa suatu masa dahulu, umat Islam adalah umat yang sangat dihormati kerana ilmu pengetahuan yang mereka miliki. Nama-nama seperti Ibn Sina, Ibn Rush, Al Khawarizmi, Al Biruni adalah di antara tokoh-tokoh yang tidak asing lagi samada di dunia Timur ataupun Barat. Penghormatan yang diterima ini adalah melalui pencapaian mereka di bidang sains dan teknologi serta pegangan yang kukuh terhadap Al Quran dan Hadis.

Sungguhpun umat Islam telah menunjukkan kehebatan yang tiada tandingnya pada masa lampau, tetapi kini suasana yang wujud adalah jauh berbeza. Umat Islam sekarang tidak lagi menguasai bidang sains dan teknologi, sebaliknya ilmu tersebut telah berpindah dan dikuasai oleh masyarakat Barat dan Timur Jauh. Apa yang lebih malang lagi ialah bilamana umat Islam itu sendiri sudah hilang identiti Islamnya dan tidak lagi dihormati.

Oleh itu peranan akal yang telah dianugerahkan ini sangatlah besar. Ianya bukan sahaja dapat digunakan untuk kepentingan mencari ilmu tetapi juga untuk "melihat" kebenaran. Dengan sebab itulah Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menggunakan akal demi untuk mencari kebenaran. Di dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang diakhiri dengan Allah bertanya kepada manusia seperti, "Tidakkah kamu menggunakan akal" dan "Tidakkah kamu memikirkan".

Islam telah menetapkan bahawa setiap perkara itu adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Nabi s.a.w dan tidak terkecuali juga ilmu sains dan teknologi. Oleh itu ilmu sains dan teknologi yang diterima oleh Islam adalah ilmu yang dipimpin dan disuluh oleh Nur Ilahi, kerana hanya dengan itu ilmu tersebut tidak akan bersifat menindas dan menganiaya makhluk lain.

Ilmu sains dan teknologi tanpa Islam adalah seperti sebilah pedang di tangan seorang yang mabuk, atau cahaya api di tangan seorang pencuri yang memungkin dia mencuri barang-barang yang terbaik. Atas sebab inilah pemisahan antara Islam dengan sains dan teknologi hanya akan membawa kepada kemusnahan kerana mereka yang menguasai ilmu tanpa pimpinan agama akan dipimpin oleh nafsu haloba.

Oleh itu peranan agama adalah sangat penting dalam memastikan segala ilmu termasuk sains dan teknologi tidak disalahgunakan untuk kepentingan individu ataupun golongan tertentu. Senario dunia masakini juga seolah-olah menuntut umat Islam untuk kembali untuk menguasai ilmu sains dan teknologi sebagai saluran untuk mencapai kemajuan dan pemodenan.

Oleh itu, tanggungjawab-tanggungjawab ini perlulah disempurnakan dengan sebaik-baiknya, kerana Islam bukanlah hanya sekadar slogan untuk dilaungkan tetapi menuntut supaya dilaksanakan. Agama tanpa sokongan sains dan teknologi akan mudah pincang dan meletakkan umatnya dalam keadaan serba lemah dan kekurangan. Oleh itu umat Islam perlulah menjadikan dirinya seorang Muslim yang berilmu dan bertaqwa.

Gabungan ilmu, iman dan taqwa serta akhlak yang mulia adalah faktor yang utama untuk memungkinkan Islam kembali diterima sebagai agama yang universal dan progresif.

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1671
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Kesedihan Rasulullah

Post by Juang on Fri Aug 21, 2009 8:54 am

Apa yang Zahabur bawakan itu adalah antara huraian wahyu pertama Al Quran;

96:1. Bacalah dengan nama Tuhan-mu yang mencipta,

Ayat di atas boleh juga difahami sebagai "Tuhan dan alam semesta tidak boleh dipisahkan".

Jadi sekadar kita beragama dengan menolak belajar pasal alam, ia tidak mampu menjadikan pengikut agama itu sebagai manusia yang sebenar. Begitu juga jika sekadar belajar pasal alam dan menolak kewujudan Tuhan, ia juga tidak mampu menjadikan manusia itu sebagai manusia yang merendah diri dan jauh dari penyakit hati.

Kita kena belajar kedua-duanya sekali (mengenal Allah dan mengenal ciptaanNya), barulah kita akan kenal siapa diri kita yang sebenarnya (iaitu menjadi manusia yang merendah diri).

Membaca adalah keadaan pembelajaran yang paling efektif. Ini kerana semasa membaca, kita perlukan fokus untuk memahami apa yang ingin dipelajari. Membaca merangsang daya fikir manusia. Sebab itulah kenapa Kitab yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad dipanggil "Bacaan".

Rahsia kekuatan sesuatu bangsa ada di sebalik sikap suka membaca. Masalahnya macam mana nak galakkan sesuatu bangsa itu suka membaca.


Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum