Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Islam, agama untuk mencintai Allah

View previous topic View next topic Go down

Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by Juang on Tue Jul 28, 2009 8:59 am

Cinta adalah perkara terpenting dalam kehidupan manusia. Tanpa cinta, hidup manusia terasa sepi dan kosong. Cinta yang teragung adalah cinta kepada Allah. Semua makhluk Allah mencintai Tuhannya. Namun hanya makhluk yang engkar sahaja tidak mencintai Tuhannya sendiri.

Diturunkan Kitab-kitab Allah bertujuan untuk menyedarkan manusia berkenaan mencintai Allah. Kitab Allah mengajar manusia mengenal siapa itu Tuhan yang Mencipta alam semesta ini. Selepas mengenal Allah, barulah akan terbit cinta kepadaNya.

Cinta tidak boleh dipaksa. Sebab itulah Islam bukan agama paksaan. Cinta terbit dengan keikhlasan untuk berjuang keranaNya. Kerana itulah kita dengar kisah para Rasul terdahulu sanggup mengambil risiko dalam berjuang menegakkan kebenaran. Mana mungkin seorang manusia sanggup berkorban pada jalan yang tidak dijanjikan kemewahan harta dan wang ringgit jika tanpa perasaan cinta mendalam kepada Tuhannya?

Apabila agama dimasukkan unsur cinta ini, barulah agama itu jadi indah. Ini kerana cinta itu indah. Memisahkan agama dengan cinta, menyebabkan agama jadi kaku, kosong, sepi dan hilang serinya. Inilah punca sesuatu agama jadi terpesong dari jalan yang lurus, apabila cinta terhadap Allah dipisahkan dari agama.

Bagaimana cinta kepada Allah boleh dicabut dari sesuatu ajaran agama?
Apabila agama itu diajar secara berguru dan meninggalkan pedoman orang terdahulu.

Jika kita fikirkan, sedangkan untuk mencintai sesama manusia pun tiada berguru, apakah logik untuk bercinta dengan Allah kena ada tok guru? Kita belajar bercinta dengan manusia dengan cara mengambil pedoman kisah orang sebelum kita yang melalui kisah cinta. Ada kisah cinta yang bahagia, ada yang menemui jalan duka. Malah banyak juga kisah cinta yang tak kesampaian. Dan sudah pasti semua manusia inginkan cinta yang bahagia.

Begitulah kita belajar agama dengan mengambil pengajaran dari kisah perjuangan cinta orang terdahulu kepada Tuhan. Al Quran adalah kitab yang membawa pedoman kisah perjuangan cinta para Rasul dan golongan beriman terdahulu yang mendapat nikmat. Ia bukannya kitab yang ajar ritual agama sekadar dibuat kerana nak cukupkan rukun. Dalam bercinta sesama manusia pun tiada rukun yang dijadikan ritual, apa lagi nak mencintai Allah. Itulah sebabnya solat ritual yang diajar secara berguru itu tidak wujud dalam Al Quran.

Untuk mengenali Allah, setiap manusia kena belajar kenali diri. Kenal segala unsur-unsur yang Allah masukkan dalam diri. Kenal apa itu akal, kenal apa itu nafsu, apa itu niat dan apa itu penyakit-penyakit hati. Bila manusia kenal perasaan dalam dirinya sendiri, barulah dia mampu mengambil mana yang baik dan meninggalkan mana yang buruk.

Oleh kerana perkara dalaman diri itu tidak mungkin boleh dilihat oleh manusia lain, sebab itulah tiada guru yang layak mengajar seseorang manusia melainkan Tuhannya sendiri. Manusia perlu ada rasa yakin kepada Allah yang mengajar mereka dengan perantaraan akal mereka sendiri. Kerana itulah Al Quran suruh manusia berfikir dan menggunakan akal. Bukannya main buat mengikut nafsu.

Setelah manusia itu kenal siapa dirinya dan apa matlamat dirinya diciptakan sebagai manusia, maka mudahlah manusia ingin memandu arah hidupnya sendiri. Seumpama seseorang yang sudah pandai menggunakan stereng keretanya, maka mudahlah untuk memandu keretanya itu ke arah yang ingin ditujui.

Ketika itu, manusia itersebut akan bijak menjauhi keburukan dan membuang perkara yang sia-sia dalam hidupnya. Manusia itu akan tahu dengan sendiri mengurus hidupnya ke jalan yang diredhai. Maka lahirlah jiwa yang berdikari dalam hidup, bukannya jiwa yang lemah yang mengharap disuap oleh tok guru macam tiada akal hendak berfikir.

Di sini kita nampak, punca kenapa umat Islam sekarang jadi umat yang lemah adalah kerana agama diajar secara berguru. Mereka main pakai buat apa yang diajar oleh tok guru mereka tanpa berfikir apa erti semua yang disuapkan itu. Akibatnya mereka tidak belajar kenal diri seterusnya tidak mengenal siapa Penciptanya. Mereka lebih takut kepada kata-kata tok guru mereka berbanding ayat-ayat Allah. Sampai satu tahap, bila diseru kembali kepada Al Quran pun mereka jadi tidak yakin. Akhirnya masuklah mereka dalam golongan yang kafir seperti kaum-kaum terdahulu yang beragama secara menurut ahli-ahli kitab mereka.

Ada yang berkata, lebih selamat belajar agama secara berguru dengan mencari guru yang mursyid. Masalahnya, semua tok guru mengaku mereka benar. Mana ada tok guru nak mengaku mereka mengajar ajaran sesat? Malah, berapa ramai yang tertipu dengan ajaran sesat gara-gara menyangka tok guru yang mereka taksubi itu mengajar ajaran yang benar.

Kerana itulah, pentingnya kita menjauhi beragama secara berguru dengan menurut seseorang manusia yang mendakwa mereka tok guru, kerana risiko kepada kesesatan itu adalah tinggi. Dan bila kita rujuk Al Quran, para Rasul semuanya beragama dengan berguru dengan Allah. Tidak pernah kita dengar Rasulullah ada tok guru di kalangan ahli-ahli kitab. Para Rasul beragama dengan mendengar ucapan dan memilih yang terbaik sebagai tanda mereka adalah manusia yang berakal.

Umat Islam akan kembali mantap jiwanya jika kembali mengikut sunnah para Rasul terdahulu yang beragama secara berdikari. Bila kita berdikari, rasa pergantungan kepada Allah jadi kuat. Malah dalam kubur nanti pun kita akan berdikari. Jika kenapa semasa hidup itu tidak melakukan persediaan?

Mantapkanlah jiwa dengan mencintai Allah. Tiada tok guru yang layak mengajar cara-cara untuk mencintai Allah. Setiap jiwa kena belajar dengan sendiri dengan melihat bagaimana Allah mencipta diri kita sendiri tanpa perantaraan mana-mana manusia. Biarpun kita diciptakan dari benih ibubapa kita, tetapi bukan mereka yang mencipta kita. Jadi apakah ada tok guru yang layak mengajar kita mencintai Allah sedangkan mereka tiada bersama Allah semasa mencipta kita?

Allah lagi memahami siapa diri kita. Dia lebih Mengetahui kelebihan dan kekurangan diri kita. Sedangkan orang lain hanya kenal kita dari segi zahir sahaja dan mereka bukan sentiasa hidup bersama kita (melainkan anak isteri kita) untuk memahami hati kita. Malah ada yang suami-isteri pun tidak saling faham-memahami bila kedua-duanya tidak mencintai Allah. Apa lagi tok guru yang tidak sempat nak perhatikan semua anak muridnya yang ramai.

Jadi, kembalilah berguru dengan Allah. Allah sahaja yang layak mengajar kita bagaimana untuk menempuh kehidupan di dunia ini dengan sebaik mungkin, sebab secara logiknya, sudah pasti Allah cipta kita untuk menjadi manusia yang berbuat baik. Hanya syaitan sahaja mengajak ke arah kejahatan.

Bila kita berguru dengan Allah, maka kita mudah kenal siapa Allah. Bila mudah kenal Allah, mudahlah kita mencintaiNya. Tanda-tanda manusia itu kenal dan mencintai Allah, mereka suka berbuat kebaikan tanpa mengharapkan upah. Mereka melakukan sesuatu atas dasar nikmat kepuasan yang Allah janjikan bila berjaya menolong orang lain. Dan janji Allah itu adalah benar.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by Juang on Fri Aug 21, 2009 9:12 am

Untuk belajar mencintai Allah, kita hanya perlu jadi seperti diri kita sendiri. Jangan nak berlakon depan masyarakat nak tunjuk diri itu Islamik. Kita kena ada sifat jujur pada diri sendiri. Macam mana diri kita, itulah yang kita hadapkan kepada Allah.

Dia yang mencipta kita sama ada daripada keturunan apa sekali pun. Jadi jangan malu nak jadi Islam pada diri kita sendiri. Contohi Rasulullah yang seorang Arab, baginda tidak malu untuk jadi Islam berdasar keturunannya itu (biarpun pada waktu itu keturunan Arab dilihat kaum yang ummiy berbanding kaum Yahudi dan Nasrani yang ada Kitab masing-masing). Jadi sebagai orang Melayu, kenapa perlu malu nak jadi Islam atas keMelayuan kita?

Agama Islam yang sebenar bukannya sesempit mengikut sesuatu budaya atau adat sesuatu masyarakat. Islam adalah agama yang universal. Asalkan matlamatnya menuju kepada Allah redhai (menjadi insan yang merendah diri), maka kita akan beragama pada jalan yang diredhai tidak kiralah cara pemakaian kita macam orang Arab atau tidak, tidak kiralah kita fasih berbahasa Arab atau tidak dan tidak kira parti yang kita sokong itu berunsur Arab atau tidak.

Tetapi mereka yang menjadikan agama untuk berbangga diri kononnya mereka lebih mulia daripada orang lain, jangan haraplah mereka akan dapat mencintai Allah kerana Allah tidak menyukai orang yang sombong dan berbangga diri.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by semut api on Wed Sep 23, 2009 11:58 am

so sedalam mana cinta kamu pada Allah & kenalkah kamu dgn Allah dgn sebenar2 pengenalan?

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by Juang on Fri Sep 25, 2009 7:59 am

Sedalam mana pengetahuan yang Allah berikan setakat ini sehingga takut untuk menyimpan penyakit hati dan menjauhi agama yang sempit untuk kembali kepada agama yang lapang.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by semut api on Sat Sep 26, 2009 2:39 pm

Juang wrote:Sedalam mana pengetahuan yang Allah berikan setakat ini sehingga takut untuk menyimpan penyakit hati dan menjauhi agama yang sempit untuk kembali kepada agama yang lapang.


adakah kamu telah mengenal Allah dgn sebenar2 kenal??????

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by Adli on Sat Sep 26, 2009 11:21 pm

Bagi orang beriman mengenal Allah bermakna takut berhasad dengki atau menyimpan kekotoran hati. Iaitu rasa yakin bahawa Allah melihat apa yang tersembunyi dalam dada, apalagi yang nyata.

Apabila hati mencapai tahap perkenalan tersebut, maka manusia itu akan berjuang dengan sukarela demi Tuhannya biarpun terpaksa melalui jalan yang sukar. Macam orang sedang dilamun cinta.

Sebab itu para Rasul sanggup diejek masyarakatnya semata-mata cintakan kebenaran (cintakan Allah)... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by semut api on Fri Oct 02, 2009 7:23 pm

tak jawap soalan pun, out of spec

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by antihadisitukafir on Sat Oct 03, 2009 4:07 pm

kalau AL Quran itu tidak perlu penerangan dr Nabi s.a.w kan lebih bagus
diturunkan sekaligus melalui Jibril terus siap dengan terjemahan dan
berbentuk sebuah kitab, ada bahasa Melayu ,Cina dsb. Fikirkan dgn akal kamu......

antihadisitukafir
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 981
Registration date: 2009-10-03

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by slipar on Sat Oct 03, 2009 5:42 pm

kalau AL Quran itu tidak perlu penerangan dr Nabi s.a.w kan lebih bagus
diturunkan sekaligus melalui Jibril terus siap dengan terjemahan dan
berbentuk sebuah kitab, ada bahasa Melayu ,Cina dsb. Fikirkan dgn akal kamu......


sebab tu kita tak boleh main percaya jer . sebelum nabi muhammad pun dah turun banyak nabi . tak ada pun kecoh nak makan ikan kena sembelih sebab quran tak ajar macam tu .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by antihadisitukafir on Mon Oct 05, 2009 10:11 pm

bodohnya engkau ni rupanya.... mana ada orang sembelih ikan.....dalam bab ini pun engkau bodoh tapi nak lawan dgn Nabi Muhammad.

Agaknya engkau ni insaf bila dapat bala besar dr Allah....aku doakan engkau dapat bala besar sbb aku kesihan dgn engkau semoga dgn itu engkau taubat nasuha

antihadisitukafir
Siswa-Siswi

Number of posts: 22
Reputation: 0
Credits: 981
Registration date: 2009-10-03

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by slipar on Mon Oct 05, 2009 11:00 pm

memang sah kau bukan pengikut nabi muhammad kaki doa bala kat orang .biasalah orang bodoh

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by Juang on Tue Oct 06, 2009 7:46 am

Al Quran sendiri sudah ada penerangan Nabi Muhammad. Hanya orang gelap hati sahaja anggap Al Quran itu tidak terang.

Orang kafir sahaja perlukan penerangan Nabi Muhammad sebab mereka malas berfikir. Itu pun mereka tetap kafir biarpun baginda jelaskan macam mana sekali pun.

Orang bijak, takkanlah nak kena suap dari A sampai Z? Jika Rasulullah bagi A, orang bijak akan berusaha sendiri untuk mencari B sampai Z.

Macam orang Barat, cukuplah Al Quran sebut yang jin dan manusia boleh tembusi langit. Maka mereka guna api dan tanah (unsur jin dan manusia) untuk mencipta kenderaan ke sana.

Tetapi orang Arabi, disebabkan riwayat hadis takde cara-cara mencipta kenderaan ke langit, sampai sekarang mereka tak mampu buat. Sengal ke apa otak mereka itu? Semuanya nak kena suap dengan riwayat hadis.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by Juang on Tue Oct 06, 2009 7:54 am

Perumpamaan Al Quran seperti mentol yang bercahaya.

Bila sesuatu itu telah bercahaya, maka itu sudah terang dan jelas. Kenapa mentol yang menyala itu perlu disuluh dengan lampu suluh lagi?

Begitulah dengan Al Quran. Oleh kerana ia sudah bercahaya, kenapa mereka kata perlukan penjelasan riwayat hadis lagi? Seolah-olah anggapan mereka, jika tanpa riwayat hadis, Al Quran itu gelap. Mereka sudah rendahkan taraf Al Quran berbanding riwayat hadis.

Apakah mereka tidak menggunakan akal?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by Juang on Tue Oct 06, 2009 7:58 am

Kalau kita lihat cara berhujah golongan taksub riwayat hadis itu, seolah-olah tahap pemikiran mereka rendah. Mereka tidak mampu bawakan perumpamaan untuk menyokong kenapa perlunya riwayat hadis itu, melainkan kerana bapa-bapa mereka suruh berbuat begitu.

Tidakkah mereka mampu berhujah dengan secara intelektual? Sedap juga nak bertukar-tukar pendapat.

Jika datang berhujah hanya bawa perasaan "aku sahaja betul", orang lain pun boleh berperasaan macam itu. So, sampai bila tak jumpa kesudahannya.

Sepatutnya nak buktikan kebenaran, bawa hujah yang ada sokongan yang kuat daripada Allah. Barulah kebenaran itu kukuh.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by semut api on Tue Oct 06, 2009 2:16 pm

slipar wrote:memang sah kau bukan pengikut nabi muhammad kaki doa bala kat orang .biasalah orang bodoh


ni pengikut firaun ker ni??? buat apa ikut AQ yg Nabi tu bawak kalu Nabi pun hang tak percaya, ko hina dia lagi

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by Adli on Tue Oct 06, 2009 9:19 pm

Kalau sudah ikut Al Quran yang Nabi Muhammad sampaikan, itukan sudah percaya kepada baginda? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by slipar on Tue Oct 06, 2009 10:42 pm

ni pengikut firaun ker ni??? buat apa ikut AQ yg Nabi tu bawak kalu Nabi pun hang tak percaya, ko hina dia lag


dah kantoi ker .. barang hang kecik kot

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Islam, agama untuk mencintai Allah

Post by semut api on Wed Oct 07, 2009 12:30 pm

slipar wrote:
ni pengikut firaun ker ni??? buat apa ikut AQ yg Nabi tu bawak kalu Nabi pun hang tak percaya, ko hina dia lag


dah kantoi ker .. barang hang kecik kot

buat apa kantoi, barang kecik hang tu yg kantoi kerana tak nampak

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2615
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum