Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Page 39 of 42 Previous  1 ... 21 ... 38, 39, 40, 41, 42  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by sepet on Thu Jul 22, 2010 6:38 pm

saya semakin bosan berdebat dengan anda juang. yang dibalas cuma sama. "mana di dalam Quran". bidasan saya secara retorik dibalas dengan soalan yg sama setiap kali.

Juang wrote:
1.Masalahnya saudara masih tak berjaya buktikan ayat Al Quran mana menetapkan sujud semestinya meletakkan kepala ke tanah. Malah ayat-ayat kitab lain yang saudara bawakan pun tak menetapkan sujud adalah semata-mata perbuatan meletakkan kepala ke tanah.

Tiada pula ayat Al Quran menetapkan "untuk tahu cara-cara solat, kumpullah riwayat seseorang Nabi".


Juang wrote:
2. Malah apabila kita melihat ayat-ayat Al Quran tentang erti sujud yang sesuai dengan semua makhluk Allah, tidak menunjukkan sujud itu perbuatan meletakkan kepala ke tanah. Berapa banyak makhluk Allah ada kepala, tetapi tidak pula mereka meletakkan kepala ke tanah. Tidakkah bukti-bukti di sekeliling kita lebih kuat daripada kepercayaan tradisi?



Juang wrote:
3.Bayangkan daripada Nabi-nabi selepas Adam, tidak diceritakan mereka kumpulkan riwayat-riwayat Nabi-nabi sebelum mereka untuk tahu cara bersolat, macam mana ada manusia boleh mengada-adakan proses yang tidak disebutkan dalam Al Quran itu?


1. sebab tu saya dah kata itu perlunya nabi. dalam al-Quran memang la tak kata, 'kumpullah riwayat nabi kalu nak tahu cara solat'. tapi kan dah diterangkan 'SOLAT ITU WAJIB, ADA WAKTU TERTENTU'. dan Tuhan kata kena patuh dan ikut cara nabi. jadi, untuk tahu cara solat ikutlah nabi. Juang pernah tengok nabi solat? tak pernah? siapa pernah? kita semua tak pernah. tapi para sahabat pernah. habis tu takkan Juang nak suruh sahabat turunkan cara solat dari mulut ke mulut kepada generasi2 akan datang? nanti byk tokok tmbah oleh generasi2 baru pula. dalam ilmu sejarah juga sumber tertier itu paling tak boleh dipercayai. sebab tu mereka catat. tp bila mereka catat Juang taknak terima pula. hmm.. berikan saya caranya Juang. (perkara ni dah diterang empat kali kot, tapi dibalas sama "mana ayat dalam Quran")

2. telah saya jawab dengan analogi dear dan katok.

3. sebab mereka PON IKOT CARA YANG NABI MEREKA TUNJUKKAN. samalah macam kita.

Juang wrote:
4.Bila hampir sama, pastilah perbuatannya pun hampir sama.
Contohnya orang utan ada mulut dan manusia pun ada mulut. Maka cara makan orang utan hampir sama dengan manusia iaitu menggunakan tangan dan membawa makanan itu ke mulut. Kalau bab makan pun kita boleh nampak Allah tetapkan cara makan manusia hampir sama dengan orang utan itu, tak logik bab ibadat boleh berbeza jauh. Tidakkah saudara terfikir itu semua?

Sesuatu yang fitrah, tak perlukan mak-bapak yang ajar. Contohnya bagaimana nak dapat zuriat, secara semulajadi manusia akan tahu cara-caranya.


4. Hal ini agak kelajar Juang. ular ada mata, manusia ada mata. tapi ular melihat melalui infra merah, kita tidak. ikan paus sama macam ikan lain, tapi paus mamalia, ikan lain reptilia? orang utan ada tangan badan dan kaki macam manusia, tetapi mereka tak berpakaian? hai.. banyak lagi ni! seolah2nya Juang ambil CUMA SALAH SATU PERSAMAAN (iaitu cara makan?) antara manusia dan haiwan daripada segala macam perbezaan, terus hukum solat patutnya hampir sama juga. TERLUPAKAH JUANG perbezaan paling besar adalah MANUSIA ADA AKAL, HAIWAN TIADA? terlupakah Juang? jadi Juang nak suruh mereka solat dalam bahasa arab jugakah? umat Muhammad ikutlah cara Muhammad solat. DAN SIAPA UMAT MUHAMMAD SEBENARNYA JUANG? jawab sendiri.

Solat itu kewajipan. hendak makan, hendak buat seks itu naluri. bernafas itu naluri dan refleks. Memanglah benda2 naluri dan fitrah mak bapak takyah ajar. Solat itu refleks ke? dah nama kewajipan. siap ada waktu2 tertentu kata Tuhan. kita refleks ke pergi solat Juangggg?


Juang wrote:
5.Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Agama yang tegak; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,

Allah cipta manusia menurut fitrah. Jika manusia dari kecil tak memerlukan amalan meletakkan kepala ke tanah, sampai ke besar manusia tak perlukan perbuatan itu. Tetapi jika dari kecil kita perlukan makan dan berfikir, sampai ke mati kita perlukan makan dan berfikir.


5. tolonglah Juang. takkan benda ini pun nak dipersoal? fitrah manusia memang tak boleh diubah. manusia nak makan, itu fitrah. jadi mereka bekerja-itu bukan fitrah. manusia ingin seks, itu fitrah, jadi mereka berkahwin-bukan fitrah. manusia tahu adanya Tuhan-fitrah. tetapi bagaimana manusia menemui Tuhan perlukan pelajaran dan ilmu, perlu belajar cara2 amalan yg-solat, puasa dan sebagainya-itu kite kena cari dan usahakan utk dptkan ilmu.

sepet
Siswa-Siswi

Number of posts: 7
Reputation: 0
Credits: 676
Registration date: 2010-07-20

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by sepet on Thu Jul 22, 2010 6:50 pm

Juang wrote:
1.
Mencari ilmu (bersolat) pasti sukar jika dalam hati ada penyakit bongkak (tidak bersujud).

Tetapi bila ada manusia kata Rasul buat amalan yang tidak bermanfaat yang menyebabkan sesuatu kaum jadi lemah, malas dan bodoh, takkanlah kita percaya itu suruhan Allah dan Rasul?


1.
Tengok la dokumentari atau sekurang-kurangnya baca fadilat solat yang dilakukan oleh seorang pensyarah Cina bukan Islam. banyak fadilat perubatan dan psikologinya. Kalau dah tak tahu, memang la kata tak ada faedah. impatient

bagi yang tak pernah rasa bestnya solat, rindu nak solat, dan rasa sedih bila bersolat dan berdoa, anda layak ke kata solat tu bodoh? ramai je yg saya kenal BERSOLAT tak bodoh, malah jadi manusia PANDAI, BERJAYA DLM KERJAYA, dan BAIK BUDI PEKERTI? malah mereka ini pun tak prejudis, bukan hny sesama muslim, malah juga pada kaum lain? apa komen anda?

Juang wrote:
2.
Yang sampaikan kisah Adam dan iblis pun daripada Allah dan Rasul juga, bukannya tuhan lain. Kenapa Allah dan Rasul ulangkan kisah itu banyak kali?

Belajar daripada asas. Asas manusia yang diamanahkan sebagai khalifah bermula daripada kisah Adam dan iblis. Kalau kisah asas itu pun mereka gagal nak faham, patutlah mereka susah nak nampak erti solat dan sujud yang lebih logik daripada kepercayaan tradisi mereka itu.

Kalau hukum 1+1=2 pun tak faham-faham, macam manalah mereka nak faham hukum kamiran dan pembezaan. Begitulah perumpamaannya bagi orang-orang yang mahu memikirkan.


2.
Haha, dari autoriti mana anda boleh katakan kisah adam dan bilis itu asas agama? saya tak nafikan kepentingan kisah itu. ya, kisah itu penuh pengajaran. tapi saya tny mana lagi byk diulang antara kisah itu dan tuntutan utk patuh pada Rasul. anda suka logik kan? baiklah, begini. kalau ikut logik, benda yang PALING BYK DIULANG dan PALING BYK DIINGATKAN tentulah lebih penting. Smile

sepet
Siswa-Siswi

Number of posts: 7
Reputation: 0
Credits: 676
Registration date: 2010-07-20

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by sepet on Thu Jul 22, 2010 6:55 pm

pusing punya pusing, soalan saya masih tak terjawab. tolong jawab Juang. saya dah ringkaskan soalannya, dan dah kurangkan pun kepada 2.

1.
Juang sibuk mengatakan dalam Quran tak katapun suruh letak kepala di tanah (mungkin perlu dirubah tanah kepada lantai, haha), jadi saya simpulkan Juang cuma
buat apa yang termaktub dalam Quran. Begitu? Quran wajibkan solat pada waktu2
tertentu. TOLONG BAGI SAYA DI DALAM QURAN MANA WAKTUNYA? BAGI SAYA MANA
CARANYA?

2.
Juang, hudud potong tangan kalau mencuri, sebat kalau berzina, rejam sampai mati kalau berzina lepas kahwin (termaktub syarat2 nya). Semuanya termaktub dalam al-Quran. Anda sokong atau tidak perkara ini? Tentu anda sokong kan?, ada dalam Quran tuuuu


** ini bukan untuk menunjukkan al-Quran itu tidak jelas. Quran itu sudah lengkap dan jelas sebenarnya. Bila dikatakan solat itu ada waktu2 tertentu, dikatakan juga supaya kita merujuk/mengikut/patuh/tidak ingkar pada Rasul. Disuruh juga tanya kepada nabi. Maknanya kalau rasul lakukan solat pada waktu2 yg tertentu, dan cara2 tertentu, maka kita wajib ikutinya. Subhanallah, al_Quran tidak perlu memanjang lebar menceritakan satu-satu huraian Solat. Sebab BAGI YANG BERFIKIR, AKAN DAPAT BERFIKIR dan ketemu cara solat yang Allah tuntut pada ama rasulullah.


Kalau semunya hendak diterangkan dalam Quran, cara solat dari A-Z, jenis2 puasa dari A-Z, cara beristinjak dari A-Z, dan macam2 lagi, bukankah al_Quran akan menjadi sungguh tebal? Yang setebal inipun SUDAH ADA YANG TAK PAHAM DAN TERPESONG, dan ada juga yang tak terbaca, ADA PULA YG BACA SEPARUH-PARUH, inikan pula kalau sungguh tebal. Bukankah ada hikmahnya sesetengah perkara diserahkan pada Rasul untuk ditunjukkan caranya?


sepet
Siswa-Siswi

Number of posts: 7
Reputation: 0
Credits: 676
Registration date: 2010-07-20

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by sepet on Thu Jul 22, 2010 6:58 pm

Juang wrote:
1.
Saudara bertanya pasal solat macam orang yang tak pernah baca Al Quran sahaja. Mari kita sama-sama perhatikan ayat-ayat Al Quran yang memberi petunjuk pasal solat.

[color=green]2.153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

29.45. Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab dan tegakkanlah shalat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar. Dan sesungguhnya peringatan Allah adalah lebih besar. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Apa jua yang makhluk-makhluk Allah lakukan untuk dapat pertolongan Tuhan baik dalam mencari rezeki, ilmu, dan nikmat-nikmat lain, itu termasuk dalam solat.


1. dalam ayat-ayat itu dikatakan ORANG-ORANG BERIMAN. ORANG2 BERSABAR. orang utan orang ek? (in case kalau Juang tak tahu, orang utan tu binatang walaupun ada perkataan 'orang')

dan saya rasa dah jelaskan, cegah keji dan mungkar, dapatkan pertolongan Tuhan, SEMUANYA APA YANG KITA BOLEH DAPAT DARI SOLAT. bukan CARA MENGERJAKANNYA. saya dah malas nak terang lagi.


Juang wrote:
2.
Jadi solat semua makhluk Allah termasuk gorilla adalah dengan membuat sesuatu yang memungkinkan pertolongan Tuhan sampai. Umpamanya jika mereka nak zuriat, mereka buat ikut cara yang Allah tetapkan mereka dapat zuriat. Jika mereka nak makan, mereka kena keluar mencari rezeki. Dengan kata lain, solat itu adalah aktiviti mencari (berusaha) mencari kurnia-kurnia Allah.


2.
Pulakkkk.. aritu kata belajar, semalam kata rendah diri. ari ni kata aktiviti mencari kurnia-kurnia Allah? hmm..

Juang wrote:
3.
Sebab itulah kita tidak nampak gorilla menonggeng pada arah objek-objek tertentu walaupun gorilla mampu mencegah diri daripada kekejian dan kemungkaran. Kita tak nampak gorilla berpuak-puak dan berperang sesama sendiri kerana berebut kasih Tuhan seperti manusia-manusia.


3. saya pernah tanya tapi tak dijawab, TUNJUKKAN SATU HADITH YANG SURUH BERPECAH BELAH? kalau tiada, kenapa berlakunya perpecahan ini hendak dijatuhhukum pada hadith?


Juang wrote:
4.
Solat adalah proses kita menggunakan masa secara bermanfaat untuk mencari kurnia-kurnia Allah. Dan masa mencari kurnia-kurnia Allah itu, kita sujud dengan merendah diri. Kita tidak tamak dalam mencari rezeki. Sebab itulah walaupun singa boleh makan daging manusia, tetapi mereka tahu merendah diri kepada manusia dengan tidak mengganggu kehidupan manusia. Manusia sahaja suka mengganggu kehidupan makhluk-makhluk Allah yang lain. Nampak tak bagaimana makhluk-makhluk lain bersolat dan bersujud? Hanya golongan buta hati sahaja tak nampak.


4. saya baru tengok video singa makan manusia. Smile)

Juang wrote:
5.
Bukan sahaja singa tak tergamak meletakkan kepalanya ke tanah, jika kita bandingkan dengan budak-budak kecil yang suci hatinya pun tak buat amalan itu secara fitrahnya.

Di situ sahaja kita sudah nampak logik yang amalan tradisi itu bukan daripada Allah, tetapi diada-adakan oleh manusia sahaja.


5. dah saya jelaskan hal fitrah ni di atas

Juang wrote:
6.
Bukan solat sahaja dapat pahala. Apa sahaja kebaikan yang kita buat pun dapat pahala.

Bila kita mencari ilmu (salah satu aktiviti solat), sudah pasti kita dekat dengan Allah sebab ilmu datang daripada Allah. Orang yang mudah dapat ilmu itulah tanda orang itu dekat dengan sumber ilmu (Allah).


6. ada saya kata solat SATU-SATUNYA CARA DPAT PAHALA? dah salah baca, jgn nak salahkan pada saya. nak dpt pahala yang sunat pun boleh dapt pahala. tapi kalau yg wajib ditinggalkan hukumnya dosa. (CARI BALIK AYAT QURAN YG SAYA DAH POST TENTANG KEWAJIPAN SOLAT)


sepet
Siswa-Siswi

Number of posts: 7
Reputation: 0
Credits: 676
Registration date: 2010-07-20

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by gaara on Sat Jul 24, 2010 12:10 am

agak2 nya mcm mana la juang sujud yek....

cina masuk islam dan india masuk islam kt malaysia nie bleh ajar juang cr nk sujud....

gaara
Siswa-Siswi

Number of posts: 30
Location: pattani......
Reputation: 0
Credits: 703
Registration date: 2010-07-19

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by PenjunjungEhsan on Sat Jul 24, 2010 9:48 am

Salam,

Jelas dan padat apa yang saudara sepet utarakan dekat forum ni dan bila baca terus bertambah keimanan dan terasa ingin terus melaksanakan solat walau dalam apa jua keadaan. Say doakan agar juang bertaubat dan menerima kembali akidah Islam sebenar. Bukan senang nak mendapat nikmat Iman. Jangan dengan mudah saja kita mencampaknya dan mengambil kefasikan sebagai pedoman hidup. Sedarlah juang, awak dulu pun solat dan sewajibnya bersolatlah. Baca blog aididsafar tu memang menyesatkan dan bila baca cara dia membidas ayat AlQuran, seolah-olah dia tu keluar daripada Islam. harap-harap aididsafar pun bertaubat. Oya Gaara, kalau dekat tempat saya orang kadazan, murut, rungus atau lundayeh masuk Islam, terus diajarkan berwudhu dan bersolat. JAKIM terus mendidik mereka sehingga ada sudah bergelar Imam. Alhamdullillah.

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1449
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by Juang on Sun Dec 05, 2010 12:17 pm

Salam,

sepet wrote:
1. dalam ayat-ayat itu dikatakan ORANG-ORANG BERIMAN. ORANG2 BERSABAR. orang utan orang ek? (in case kalau Juang tak tahu, orang utan tu binatang walaupun ada perkataan 'orang')

dan saya rasa dah jelaskan, cegah keji dan mungkar, dapatkan pertolongan Tuhan, SEMUANYA APA YANG KITA BOLEH DAPAT DARI SOLAT. bukan CARA MENGERJAKANNYA. saya dah malas nak terang lagi.

Kalau caranya tak betul, macam mana nak dapat? Sedangkan nak dapat oksigen masuk dalam tubuh-badan pun kena guna cara yang logik yang Allah ajar iaitu dengan menyedut nafas guna paru-paru.

Begitulah dengan solat. Kalau caranya tak logik ke arah mencegah kekejian dan mendapat pertolongan Tuhan, macam mana nak dapat balasan itu semua?

2.
Pulakkkk.. aritu kata belajar, semalam kata rendah diri. ari ni kata aktiviti mencari kurnia-kurnia Allah? hmm..

Bukankah ilmu yang didapati ketika belajar itu pun sebahagian kurniaan Tuhan? Cuba fikir luas-luas?


3. saya pernah tanya tapi tak dijawab, TUNJUKKAN SATU HADITH YANG SURUH BERPECAH BELAH? kalau tiada, kenapa berlakunya perpecahan ini hendak dijatuhhukum pada hadith?

Yang suruh berpecah-belah tidak semestinya dalam riwayat hadis, ia juga pada amalan sesuatu kaum. Kaum A suruh sujud ke arah matahari dan mengatakan kaum yang tak beritual macam mereka adalah salah. Kaum B suruh sujud ke arah bulan dan mengatakan yang tidak beritual macam mereka adalah salah. Kaum C suruh sujud ke arah patung dan mengatakan yang tidak beritual macam mereka adalah salah. Kaum D suruh sujud ke arah batu dan mengatakan yang tak beritual macam mereka adalah salah. Bukankah itu satu perpecahan?

Malah kita selalu dengar puak-puak ritualis itu berbunuh-bunuhan sesama sendiri sampai mengebom rumah ibadat kaum yang berlainan kepercayaan dengan mereka. Bukankah itu satu perpecahan yang nyata?

Sekurang-kurangnya penggemar arak lebih mulia sifatnya kerana kita tak pernah dengar, kerana perbezaan brand arak yang diminum menyebabkan manusia berpuak-puak kemudian berperang sesama sendiri. Tetapi selalu kita dengar, kerana perbezaan amalan ritual, sesama manusia berperang sesama sendiri.

4. saya baru tengok video singa makan manusia. Smile)

Tetepi singa tidak tamak membaham semua manusia. Sebab itulah manusia tidak pupus disebabkan singa sedangkan singa pupus disebabkan gangguan oleh manusia.


5. dah saya jelaskan hal fitrah ni di atas

Begitu juga dengan saya, saya sudah jelaskan kenapa saya tidak tergamak bersujud ke arah sesuatu objek itu sebab secara fitrahnya manusia tidak diajar sujud kepada mana-mana objek. Mak-bapak bayi itulah yang mencorakkan mereka menjadi penyembah matahari, bulan, patung ataupun batu.


6. ada saya kata solat SATU-SATUNYA CARA DPAT PAHALA? dah salah baca, jgn nak salahkan pada saya. nak dpt pahala yang sunat pun boleh dapt pahala. tapi kalau yg wajib ditinggalkan hukumnya dosa. (CARI BALIK AYAT QURAN YG SAYA DAH POST TENTANG KEWAJIPAN SOLAT)

Bila masa pula saya salahkan saudara dengan mengatakan saudara hanya tetapkan hanya bahawa hanya solat sahaja dapat pahala? Saya hanya mengatakan bukan pada solat sahaja dapat pahala supaya kita perluaskan amalan. Cubalah bawa bertenang sikit bila berbincang.

Kalau nak kawal kesabaran pun tak mampu, beriman apa kebendanya macam itu?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by Zulia on Sat Jan 08, 2011 9:24 am

Perintah mengerjakan solat sudah jelas
terdapat dalam al-Quran dan sunnah.
Dalam al-Quran disebut bahawa solat
berupaya mencegah seorang itu daripada
melakukan kejahatan dan kemungkaran.
Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan keji dan mungkar; dan
sesungguhnya mengingati Allah adalah
lebih besar (faedahnya dan kesannya )”.
(Surah al-’Ankabut ayat 45) Ini
disebabkan dengan bersolat hati kita
sentiasa mengingati Allah s.w.t.
Mereka yang sentiasa mengingati Allah
akan menjauhi kejahatan dan maksiat.
Hanya mereka yang lupa kepada Allah dan
ajarannya saja akan melakukan sesuatu
yang dilarang Allah.
Sekiranya masih melakukan maksiat, itu
tandanya solat masih belum sempurna dan
mungkin ditolak Allah.
Seorang Muslim hendaklah sentiasa
berusaha memperbaiki amalan solatnya
supaya penuh khusyuk.
Allah berfirman yang bermaksud:
“ Sesungguhnya berjaya orang yang
beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam
solatnya; dan mereka yang menjauhkan diri
dari perbuatan dan perkataan yang sia-
sia ”. (Surah al- Mukminun ayat 1-3)

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by Juang on Sat Jan 08, 2011 11:03 am

Salam,

Oleh kerana solat berupaya mencegah perbuatan keji dan mungkar, maka solat itu sendiri tidak boleh dipengaruhi unsur-unsur keji seperti menetapkan sesuatu objek sebagai hala mengadap Allah. Begitu juga dalam bersolat, kita tidak boleh menurut membuta-tuli apa yang diada-adakan oleh ulamak dan meninggalkan apa yang Allah tetapkan.

Oleh kerana solat yang khusyuk dapat menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia, maka kita sepatutnya mengadap ilmu ketika bersolat, bukannya mengadap batu. Mengadap ilmu dapat menyumbangkan banyak manfaat kepada tamadun manusia, sedangkan mengadap batu tidak menyumbang apa-apa manfaat dan membazir masa sahaja.

Cuba renungkan, siapakah yang menyumbangkan banyak manfaat dengan mencipta pelbagai teknologi untuk kesenangan manusia? Yang mengadap ilmu ke yang mengadap batu? Sedikit sekali mereka memikirkan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by Zulia on Sun Jan 09, 2011 6:37 pm

Manusia adalah ciptaan tuhan, anda ingat bayi boleh berjalan kerana dia sendiri berfikir nak berjalan. Allah telah tetapkan manusia berjalan dengan kakinya. Kalau Allah tetapkan manusia berjalan dengan tangan, maka semua manusia akan berjalan dengan tangan dan semua manusia akan melakukannya sebagaimana mereka berjalan sekarang. Penggunaan akal anda yang melampaui agama Allah menyebabkan anda tidak mengenal kuasa Allah. Allah berkuasa mengubah cara anda berjalan untuk membuktikan Dia maha berkuasa. Kalau anda berani anda boleh memohon Allah buktikannya dan kemudian anda fikirlah dengan otak anda cara berjalan selain yang telah Allah tetapkan utk anda.

Zulia
Profesor Madya

Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2505
Registration date: 2009-12-23

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by silatgayung on Sun Jan 09, 2011 8:19 pm

Jejak999 wrote:Puak2 'akai', hampa kata cara hampa solat sama ngan belajar kan??

Jadinya, ramailah orang2 yang solat mengikut cara hampa....orang merompak pun solat....sebab mereka belajaq merompak...bukankah itu belajaq??? sebab solat mengikut pandangan hampa kan belajq????



kah kah kah kah....

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 989
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by silatgayung on Sun Jan 09, 2011 8:20 pm

semut api wrote:
Juang wrote:Sebab itulah orang yang berakal, mereka mencari erti solat yang sebenar. Rupa-rupanya ada dalam Al Quran yang jelas menceritakannya.

Smile

ya tuan, solat sebenar adalah belajar dgn membaca buku kan, itulah apa yg tuan khabarkan, err baca buku tentang seks, komik pun dikira solat juga ke atau macammana tu tuan, kurang pahang sikit



hahahaha

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 989
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by silatgayung on Sun Jan 09, 2011 8:21 pm

radhi27 wrote:Hai kata baca Quran...

Kamu semua ni adalah dari kelompok kenal diri/kaji diri..kan.....
Kaji punya kaji...akhirnya Muhammad ada dalam diri....
Kenal punya kenal, akhirnya mengaku Muhammad.

Itu yang susah nak mengaku kebesaran dan keagungan Nabi Muhammad, sebab Muhammad dah ada dalam diri.

Jadinya tak akan ada pertemuan antara kita.



btl2.. mereka memang cam tu.. da datuk doktor almarhum profesor haji rashad khalifa pun mengaku rasul....

kn4... kah kah kah

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 989
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by Juang on Sun Jan 09, 2011 8:37 pm

Zulia wrote:Manusia adalah ciptaan tuhan, anda ingat bayi boleh berjalan kerana dia sendiri berfikir nak berjalan. Allah telah tetapkan manusia berjalan dengan kakinya. Kalau Allah tetapkan manusia berjalan dengan tangan, maka semua manusia akan berjalan dengan tangan dan semua manusia akan melakukannya sebagaimana mereka berjalan sekarang. Penggunaan akal anda yang melampaui agama Allah menyebabkan anda tidak mengenal kuasa Allah. Allah berkuasa mengubah cara anda berjalan untuk membuktikan Dia maha berkuasa. Kalau anda berani anda boleh memohon Allah buktikannya dan kemudian anda fikirlah dengan otak anda cara berjalan selain yang telah Allah tetapkan utk anda.

Salam,

Allah sebaik-baik Pencipta. Kenapa pencipta kereta tidak membuatkan kereta bergerak guna pintu, sebaliknya menggunakan tayar? Sudah pasti ada sebab yang munasabah mengapa tayar digunakan untuk membolehkan kereta bergerak dengan lancar. Macam itulah kenapa Allah buat manusia berjalan guna kaki, bukannya tangan.

Jika pencipta kereta pun tahu membezakan di antara pintu dengan tayar yang mana satu lebih sesuai untuk kereta bergerak, takkanlah Allah tidak tahu memilih anggota badan mana yang lebih baik untuk digunakan ketika berjalan?

Saudari ni bercakap macam orang tak tahu menilai sahaja. Saudari ingat Tuhan itu tidak tahu menilai macam saudari juga ke? Jika manusia pun boleh menilai di antara ilmu dengan batu, ilmulah lebih bermanfaat, begitulah Tuhan Pemilik sekelian ilmu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by silatgayung on Sun Jan 09, 2011 9:39 pm

Tahniah kepada saudara semut api, sepet, penjunjung ehsan, radhi27, zulia....

hujah saudara/i betul2 mantap.... golongan yang tolak hadis ni meronta ronta untuk melepaskan diri...

seperti biasa banyak hujah2 "kita" yang tidak mampu dijawab oleh golongan yang tolak hadis ni berdasarkan Al-quran...


semuanya hanya logik akal seolah olah akal mereka lebih hebat dari Al-quran....


Last edited by silatgayung on Mon Jan 10, 2011 9:02 pm; edited 1 time in total

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 989
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by Juang on Sun Jan 09, 2011 9:45 pm

Salam,

Ya tahniah kepada mereka-mereka yang gagal mengemukakan bukti ayat-ayat Allah sehingga terpaksa menipu menokok tambah perkataan SUNNAH. Taula "ahli sunnah wal jamaah", tapi janganlah menipu sampai tahap macam itu.

Walaupun nak menipu itu mudah, tapi tidak semua orang mudah-mudah ditipu. Ingat prinsip tersebut...

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by PenjunjungEhsan on Thu Jan 13, 2011 11:55 am

Zulia wrote:Manusia adalah ciptaan tuhan, anda ingat bayi boleh berjalan kerana dia sendiri berfikir nak berjalan. Allah telah tetapkan manusia berjalan dengan kakinya. Kalau Allah tetapkan manusia berjalan dengan tangan, maka semua manusia akan berjalan dengan tangan dan semua manusia akan melakukannya sebagaimana mereka berjalan sekarang. Penggunaan akal anda yang melampaui agama Allah menyebabkan anda tidak mengenal kuasa Allah. Allah berkuasa mengubah cara anda berjalan untuk membuktikan Dia maha berkuasa. Kalau anda berani anda boleh memohon Allah buktikannya dan kemudian anda fikirlah dengan otak anda cara berjalan selain yang telah Allah tetapkan utk anda.


Tapi kalau Juang kena sakit kaki 'Gout', balik berkaki empat juga jawabnya. Very Happy

PenjunjungEhsan
Pensyarah

Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1449
Registration date: 2010-05-12

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by Juang on Fri Jan 14, 2011 6:59 am

PenjunjungEhsan wrote:
Tapi kalau Juang kena sakit kaki 'Gout', balik berkaki empat juga jawabnya. Very Happy

Salam,

Itukah ayat yang saudara nak bawakan di hadapan Allah kelak apabila ditanya apakah bukti kamu perlu beritual mengadap batu?

Kesian kalau itulah jawapan yang termampu saudara kemukakan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by silatgayung on Sun Jan 16, 2011 7:36 pm

Itukah ayat yang saudara nak bawakan di hadapan Allah kelak apabila ditanya apakah bukti kamu perlu beritual mengadap batu?



betul2 selamat kot jika bawa ayat terjemahan warisan orientalis yahudi.....

laughing

silatgayung
Tutor

Number of posts: 443
State:
Reputation: 0
Credits: 989
Registration date: 2010-12-09

Back to top Go down

Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?

Post by Juang on Mon Jan 17, 2011 4:36 am

Salam,

Dalam memilih terjemahan Al Quran, kita bukan lihat pada label "ulamak agama" atau "orientalis", tetapi pada mutu terjemahannya. Jika terjemahan itu menokok-tambah perkataan "SUNNAH" walhal pada ayat bahasa asalnya tiada, maka sudah pasti itulah terjemahan SYAITAN.

Bukankah syaitan itu kuat berdusta? Dan selamatkah kalau kita ikut syaitan di kalangan jin dan manusia itu? Sendiri mau ingatlah...

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 39 of 42 Previous  1 ... 21 ... 38, 39, 40, 41, 42  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum