Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3489) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 38 of 42 • Share •
Page 38 of 42 •
1 ... 20 ... 37, 38, 39, 40, 41, 42 
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Salam,
Takkanlah kita nak kata Al Quran yang suruh tinggalkan amalan sujud kepada sesuatu objek itu ajaran yang membuta-tuli? Logikkah Nabi suruh beramal macam orang musyrik terdahulu beramal yang perlukan arah-arah khusus?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
SAYA BETOL-BETOL TERTARIK DENGAN
PERSOALAN SOLAT ADALAH BELAJAR.
"Sesunguhnya solat itu adalah satu
ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya " ayat 103 :
Surah An-Nisa'.
OOps, saya tahu anda nak tanya, dalam ayat ini tak ada pun bagitahu macam mana nak solat berapa kalisehari? SEBAB ITU LAH ADANYA RASUL. Rasul mengajar kita. Kalau tiadanya rasul,maka adalah yang bersolat berdiri, ada yang baring, dan ada yang dalam hati sahaja. dan merujuk kepada al Quran yang mewajibkan solat pada masa2 tertentu (maknanya telah ditetapkan masanya). Jadi kalu mengikut encik2, yang mengatakan
belajar itu adalah solat, adakah anda hanya belajar ada masa2 tertentu? ada jadualnya kah? Bukankah proses pembelajaran itu tidak kira masa? maka adakah setiap masa itu adalah masa2 tertentu? jadi adakah boleh diterima yang belajar itu solat?

sepet- Siswa-Siswi
- Number of posts: 7
Reputation: 0
Credits: 575
Registration date: 2010-07-20
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Juang wrote:Salam,
Takkanlah kita nak kata Al Quran yang suruh tinggalkan amalan sujud kepada sesuatu objek itu ajaran yang membuta-tuli? Logikkah Nabi suruh beramal macam orang musyrik terdahulu beramal yang perlukan arah-arah khusus?
siapa pula kata sekarang kita sujud kepada objek?
kita tak disuruh menyembah batu hitam, tetapi kita disuruh menyembah Allah. “kita solat menyembah pada Allah, dan Allah mahu kita lakukannya pada arah Kaabah”. kan jauh bezanya dengan “kita menyembah batu hitam yg terselit di penjuru kaabah”? kalau kita sesat di hutan di waktu malam tanpa boleh menganggar arah benam terbit matahari, maka kita sembah Allah pada mana2 arah jua tidak mengapa. kalau betul kita menyembah batu hitam, kenapa dalam keadaan sesat begitu kita tak ambik batu hitam yang mirip batu aswad kat dalam hutan, letak kat depan lepas tu sembah sahaja? even dalam kehidupan sehari-hari, kalu betol umat islam sembah batu hitam, kenapa perlu susah2 mengadap kaabah? Buat sahaja batu aswad byk2 lalu sembahlah. INGATLAH, BATU HITAM ITU ADALAH DAN HANYALAH BATU HTAM. kita menciumnya kerana kita ingin mendapat pahala mengikut perlakuan nabi. itu sahaja semata mata.
Dalam Sahih Bukhari, Pilgrimage, no.667:
Umar melihat Muhammad mencium batu hitam, dia berkata ketika mencium batu hitam tsb: Aku tahu kau hanya batu, tidak membuat celaka atau membuat untung. Aku tidak akan menciummu jika tidak kulihat rasul Allah melakukannya.
DAN JANGAN LUPA KIBLAT KITA PERNAH DI BAITUL MAQDIS. maka kita sembah apa? sembah masjid? dan kalu diktakdirkan Tuhan kiblat bukan di kaabah dan bukan juga di baitul maqdis, tetapi Tuhan tetapkan di Gurun sahara, maka adakah anda ingin katakan kita menyembah pasir pula? Jgn bertanya kenapa kita nak menyembah sesuatu yang tiada Tuhan di situ. sebenarnya sembah di mana pun tidak mengapa, TETAPI TUHAN SURUH KITA MENGHALA KAABAH, maka itulah yg kita patuh.

sepet- Siswa-Siswi
- Number of posts: 7
Reputation: 0
Credits: 575
Registration date: 2010-07-20
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Salam,
Rasul itu bukannya seorang. Sejak Nabi-nabi terdahulu sudah diangkat sebagai Rasul-rasul Allah. Tetapi tiada dalam Al Quran menceritakan tugas Rasul itu adalah untuk menetapkan cara-cara bersolat bagi kaumnya. Carilah kisah sejak Nabi Idris sampailah ke Nabi penutup, tidak pernah mereka tetapkan cara-cara bersolat bagi kaumnya. Hanya orang musyrik yang tetapkan amalan mereka kena sama sahaja. Ada yang sujud kepada matahari, ada yang sujud kepada bulan, ada yang sujud kepada binaan-binaan manusia.
Jadi takkanlah kita tidak boleh membezakan apa yang benar-benar disampaikan oleh Nabi dan apa yang diada-adakan atas nama seseorang Nabi? Jangan jadi macam orang Nasrani terdahulu. Akibat taksub kepada pembesar agama mereka, bila dibawakan riwayat yang mengatakan Al Masih itu putera Allah pun ramai di kalangan mereka boleh percaya. Tak logik seorang Nabi nak mengangkat dirinya sendiri sebagai anak Tuhan.
Kita hidup di zaman yang bukan bersama dengan Nabi terdahulu. Semua orang berpotensi nak menipu mengatakan sesuatu amalan itu Nabi yang buat sebab kita semua tidak boleh tanya kepada Nabi tersebut. Tetapi dengan membuat perbandingan sifat-sifat para Nabi yang disebut dalam Al Quran yang konsisten sahaja ciri-ciri mereka, pasti kita boleh kenal apakah amalan sebenar seorang Nabi dan apakah amalan yang diada-adakan atas nama Nabi terdahulu.
Jangan jadi bodoh macam orang Nasrani terdahulu kena tipu hidup-hidup.

Tidakkah encik juang tahu kalau mengikut kitab2 agama lain, amalan solat yang encik2 kata ‘tungging menungging’ itu sebenarnya telah lama dilakukan nabi2 lain?
Nabi Isa bersujud:
Matius 26:39 Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
Markus 14:35 Ia maju sedikit, merebahkan diri ke tanah dan berdoa supaya, sekiranya mungkin, saat itu lalu dari pada-Nya
Nabi Ibrahim bersujud:
Kejadian 17:3 Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya.....
Nabi Lot bersujud:
Kejadian 19:1 Kedua malaikat itu tiba di Sodom pada waktu petang. Lot sedang duduk di pintu gerbang Sodom dan ketika melihat mereka, bangunlah ia menyongsong mereka, lalu sujud dengan mukanya sampai ke tanah,
Nabi Ezra(Uzair) bersujud:
Ezra 10:1 Sementara Ezra berdoa dan mengaku dosa, sambil menangis dengan bersujud di depan rumah Allah, berhimpunlah kepadanya jemaah orang Israel yang sangat besar jumlahnya, laki-laki, perempuan dan anak-anak. Orang-orang itu menangis keras-keras.
Nabi Yosua bersujud:
Yosua 5:14 Lalu sujudlah Yosua dengan mukanya ke tanah, menyembah dan berkata kepadanya: ”Apakah yang akan dikatakan tuanku kepada hambanya ini?
Nabi Daud bersujud:
Mazmur 95:6 Masuklah, marilah kita sujud menyembah, berlutut di hadapan Tuhan yang menjadikan kita.
Nabi Musa bersujud
Keluaran 34:8 Segeralah Musa berlutut ke tanah, lalu sujud menyembah
Nabi Harun bersujud
Bilangan 20:6 Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka.
Kata-kata sujud, muka ke tanah, berlutut persis turun ketika sujud dan duduk antara dua sujud, anda tak familiar ke en juang? lainlah kalu anda nak suruh saya lampirkan bukti "Nabi Yosua dengan mukanya ke tanah seperti yang dilakukan oleh orang islam umat muhammad (walaupun muhammad belum lahir ketika ini)", baru nak percaya? memang tak dapat lah macam tu~~

sepet wrote:
siapa pula kata sekarang kita sujud kepada objek?
kita tak disuruh menyembah batu hitam, tetapi kita disuruh menyembah Allah. “kita solat menyembah pada Allah, dan Allah mahu kita lakukannya pada arah Kaabah”. kan jauh bezanya dengan “kita menyembah batu hitam yg terselit di penjuru kaabah”?
Salam,
Bawakan bukti ayat Al Quran mana mengatakan Allah suruh kita sembah kepadaNya dengan cara sujud ke arah bangunan batu yang dipanggil Kaabah itu?
Ayat yang ada perkataan "kaabah" (5:95 dan 5:97) dalam Al Quran tidak pernah mengaitkan pun dengan penyembahan. Ayat tersebut berkaitan pasal memburu binatang. Jadi, macam mana kaabah itu boleh dimaksudkan bangunan batu? Apa kena mengenanya bangunan batu itu dengan pemburuan binatang di merata dunia?
Jika Nabi Adam buktikan dirinya menyembah Tuhan dengan rajin belajar dan menjauhi laranganNya, macam mana boleh sampai ke Nabi penutup, cara menyembah Tuhan jadi lain? Apakah amalan Nabi Adam, Nabi Ibrahim dan para Nabi lain tidak cukup sempurna tanpa Al Quran menceritakan mereka menjadikan sesuatu objek sebagai tumpuan ritual mereka?
kalau kita sesat di hutan di waktu malam tanpa boleh menganggar arah benam terbit matahari, maka kita sembah Allah pada mana2 arah jua tidak mengapa. kalau betul kita menyembah batu hitam, kenapa dalam keadaan sesat begitu kita tak ambik batu hitam yang mirip batu aswad kat dalam hutan, letak kat depan lepas tu sembah sahaja? even dalam kehidupan sehari-hari, kalu betol umat islam sembah batu hitam, kenapa perlu susah2 mengadap kaabah? Buat sahaja batu aswad byk2 lalu sembahlah. INGATLAH, BATU HITAM ITU ADALAH DAN HANYALAH BATU HTAM. kita menciumnya kerana kita ingin mendapat pahala mengikut perlakuan nabi. itu sahaja semata mata.
Bangunan yang dipanggil "kaabah" itu pun dibuat daripada batu juga. Bukannya batu yang dinamakan hajar aswad itu semata-mata.
Dalam Sahih Bukhari, Pilgrimage, no.667:
Umar melihat Muhammad mencium batu hitam, dia berkata ketika mencium batu hitam tsb: Aku tahu kau hanya batu, tidak membuat celaka atau membuat untung. Aku tidak akan menciummu jika tidak kulihat rasul Allah melakukannya.
Tidak pernah dalam Al Quran menceritakan seseorang Nabi mencium sesuatu batu tertentu sebagai ibadat kepada Allah. Jika kita sayang isteri, kita akan cium isteri. Jika kita sayang anak, kita akan cium anak. Takkanlah sayangkan Tuhan sendiri, pergi cium sesuatu batu? Tak masuk akal betul.
DAN JANGAN LUPA KIBLAT KITA PERNAH DI BAITUL MAQDIS.
Tiada pula dalam Al QUran mengkhabarkan, dalam Taurat atau Injil atau Zabur ada ketetapan menjadikan baitul maqdis sebagai kiblat. Jadi siapa yang mengada-adakan ketetapan itu?
maka kita sembah apa? sembah masjid? dan kalu diktakdirkan Tuhan kiblat bukan di kaabah dan bukan juga di baitul maqdis, tetapi Tuhan tetapkan di Gurun sahara, maka adakah anda ingin katakan kita menyembah pasir pula? Jgn bertanya kenapa kita nak menyembah sesuatu yang tiada Tuhan di situ. sebenarnya sembah di mana pun tidak mengapa, TETAPI TUHAN SURUH KITA MENGHALA KAABAH, maka itulah yg kita patuh.
Masalahnya sejak Nabi Adam tak pernah Al Quran sebut Allah pernah tetapkan kiblat ke arah apa jua bangunan. Jadi bila ada manusia mengada-adakan apa yang Al Quran tak pernah tetapkan, patutkah kita percaya kepada para pendusta itu?
Bukankah yang tetapkan kena sujud kepada matahari itu pun tidak ada diperintahkan oleh Allah? Jadi patutkah yang tetapkan kena sujud kepada binaan atau bangunan manusia itu boleh kita anggap ia perintah Allah?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
sepet wrote:Tidakkah encik juang tahu kalau mengikut kitab2 agama lain, amalan solat yang encik2 kata ‘tungging menungging’ itu sebenarnya telah lama dilakukan nabi2 lain?
Nabi Isa bersujud:
Matius 26:39 Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
Markus 14:35 Ia maju sedikit, merebahkan diri ke tanah dan berdoa supaya, sekiranya mungkin, saat itu lalu dari pada-Nya
Nabi Ibrahim bersujud:
Kejadian 17:3 Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya.....
Nabi Lot bersujud:
Kejadian 19:1 Kedua malaikat itu tiba di Sodom pada waktu petang. Lot sedang duduk di pintu gerbang Sodom dan ketika melihat mereka, bangunlah ia menyongsong mereka, lalu sujud dengan mukanya sampai ke tanah,
Nabi Ezra(Uzair) bersujud:
Ezra 10:1 Sementara Ezra berdoa dan mengaku dosa, sambil menangis dengan bersujud di depan rumah Allah, berhimpunlah kepadanya jemaah orang Israel yang sangat besar jumlahnya, laki-laki, perempuan dan anak-anak. Orang-orang itu menangis keras-keras.
Nabi Yosua bersujud:
Yosua 5:14 Lalu sujudlah Yosua dengan mukanya ke tanah, menyembah dan berkata kepadanya: ”Apakah yang akan dikatakan tuanku kepada hambanya ini?
Nabi Daud bersujud:
Mazmur 95:6 Masuklah, marilah kita sujud menyembah, berlutut di hadapan Tuhan yang menjadikan kita.
Nabi Musa bersujud
Keluaran 34:8 Segeralah Musa berlutut ke tanah, lalu sujud menyembah
Nabi Harun bersujud
Bilangan 20:6 Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka.
Kata-kata sujud, muka ke tanah, berlutut persis turun ketika sujud dan duduk antara dua sujud, anda tak familiar ke en juang? lainlah kalu anda nak suruh saya lampirkan bukti "Nabi Yosua dengan mukanya ke tanah seperti yang dilakukan oleh orang islam umat muhammad (walaupun muhammad belum lahir ketika ini)", baru nak percaya? memang tak dapat lah macam tu~~
![]()
Salam,
Dalam Al Quran, perbuatan bersujud bukan sahaja dilakukan oleh manusia dan para Nabi sahaja, makhluk-makhluk lain pun bersujud juga. Kalau makhluk lain tak bersujud kepada Allah, pastilah hancur alam semesta ini kerana tak mahu patuh kepada Allah.
13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.
16:48. Tidakkah mereka merenungkan segala sesuatu yang Allah menciptakan yang menebarkan bayangnya ke kanan dan ke kiri, bersujud kepada Allah dengan merendah diri?
Ayat 16:48 dengan jelas menunjukkan cara bersujud kepada Allah iaitu dengan merendah diri.
Jadi macam mana boleh wujud amalan meletakkan kepala ke tanah untuk dikatakan itu adalah sujud? Al Quran terang-terang kata "sujud kepada Allah dengan merendah diri". Jadilah orang yang merendah diri. Semakin berisi, semakin tunduk.
Lainlah dalam ayat 16:48 mengatakan "bersujud kepada Allah dengan meletakkan kepala ke tanah menghala ke kaabah", masuk akal juga kita buat macam itu. Ini tidak, Al Quran sudah jelaskan cara bersujud kepada Allah iaitu dengan menjadi seorang yang merendah diri.
Susah sangat ke nak jadi orang yang merendah diri? Hanya orang yang bongkak dan angkuh sahaja susah nak merendah diri. Sebab itu bila Allah suruh iblis merendah diri kepada Adam, iblis tak mahu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
YANG PERTAMA, ANDA MASIH TIDAK MENJAWAB HUJAH SAYA. Apa pandangan anda terhadap ritual2 solat yang telah dilakukan oleh nabi2 sebelum Muhammad? Sujud ke tanah, berlutut dan sebagainya? Kalau tadi anda mengatakan tidak ada nabi yang mengamalkan ritual solat seperti kita, sekarang saya telah tunjukkan ada. Setelah itu, anda
berpindah pula pada ayat ini-
Saya lihat ayat ini ingin menerangkan tentang kepatuhan makhluk2 pada ketetapan Allah. Seperti juga manusia sepatutnya patuh pada hudud yang digariskan dalam al-Quran kerana itu ketetapan Allah. (Juang, anda sokong hudud tak?), dan bukan merujuk sujud dalam ibadat solat.
Tafsir dari sumber alternatif
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang. (Ar-Ra’d, ayat 15)
Tetapi, SEKADAR
MENJAWAB PERSOLAN DARI PERSPEKTIF JUANG, saya respon juga.
Saya tanya anda, fizikal saya adakah serupa dengan fizikal Jibrail? Dan fizikal Jibrail adakah serupa dengan fizikal matahari? saya manusia, Jibrail malaikat, dan matahari bintang. Jadi adakah logik anda MENGAGAK sujudnya ketiga-tiga makhluk ini dengan cara yang sama? Mungkin ada yg sama, tetapi TIDAK SEMESTINYA SEMUANYA SAMA. Sudah fiziknya pun berbeza. Ada yang berjirim ada yang tidak. ada seni, ada yang tampak. Ada yang bulat, ada yang panjang. Telah termaktub dalam sejarah (dan telah saya buktikan dengan hujah sebelum ini) yang manusia cara sujudnya adalah menyembah kepala ke tanah. Secara literal juga sujud manusia adalah begitu. DAN YANG PALING PENTING Rasulullah sendiri mengajar kita sujud dalam solat dengan cara begitu. Satu perkara yang perlu anda ambil perhatian; adakah ayat ini menerangkan tentang perintah menunaikan solat? Sujud bukannya solat, sujud adalah sebahagian daripada solat. Tangan adalah sebahagian daripada saya.
Adakah tangan itu adalah saya?
Lantas kenapa anda bertegas yang ayat ini adalah merujuk kepada solat? Solat adalah kewajipan.
"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya " ayat 103 : Surah An-Nisa'
Di dalam solat itu ada sujud. Bukan sahaja ada sujud, ada juga rukuk, qiyam dan sebagainya. Kenapa tiba-tiba anda terus menyamakan ayat semua makhluk sujud itu dengan solat yang dilakukan oleh manusia? Adakah logik kegesaan anda ini? Dan kenapa kita lakukan perkara2 dalam solat? kerana Rasulullah melakukannya begitu
Dan anda tiba2 melompat ke persoalan sembah batu pula? Dalam byk2 thread yang saya pergi, soalan ini lagi yang ditanya? Abu muadz dan pn zulia dah berikan dalil. Tapi saya ulang lagi, yang kita sembah bukan batu Kaabah atau Aswad, tetapi Allah. “kita solat menyembah pada Allah, dan Allah mahu kita lakukannya ke arah Kaabah”. kan jauh maknanya dengan ayat “kita solat menyembah batu hitam yg terselit di penjuru kaabah” ataupun “Kita solat menyembah Kaabah?”
Tentang ayat ini,
Maksud anda, apabila anda merendah diri, maka dengan cara itu anda juga bersujud? Begitu?
Pemahaman anda adalah kerana linguistik anda sendiri yang longgar. Saya menyanyi dengan gembira. Adakah bermakna “Saya bergembira, maka dengan cara itu saya juga bernyanyi”? ataupun sebenarnya maksud ayat itu adalah “saya menyanyi, dalam keadaan saya sedang bergembira?”-maknanya ada dua perbuatan bersambil; menyanyi dan bergembira
Pemahaman anda pada tafsir itu adalah pada ayat yang pertama. Apabila merendah diri sahaja, maka itu adalah sujud. sedangkan tafsir ayat itu lebih kepada maksud kedua. Sambil anda bersujud, anda juga merendah diri. Ada dua perbuatan yang dilakukan secara bersambil.
Tafsir dari sumber alternatif;
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredhar (berpindah-pindah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?(An-Nahl, ayat 48)
p/s-saya telah mencari tafsir alternatif dari beberapa sumber. kenapa tidak terjumpa versi Juang?
berpindah pula pada ayat ini-
Juang wrote:
13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.
Saya lihat ayat ini ingin menerangkan tentang kepatuhan makhluk2 pada ketetapan Allah. Seperti juga manusia sepatutnya patuh pada hudud yang digariskan dalam al-Quran kerana itu ketetapan Allah. (Juang, anda sokong hudud tak?), dan bukan merujuk sujud dalam ibadat solat.
Tafsir dari sumber alternatif
Dan kepada Allah jualah sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang. (Ar-Ra’d, ayat 15)
Tetapi, SEKADAR
MENJAWAB PERSOLAN DARI PERSPEKTIF JUANG, saya respon juga.
Saya tanya anda, fizikal saya adakah serupa dengan fizikal Jibrail? Dan fizikal Jibrail adakah serupa dengan fizikal matahari? saya manusia, Jibrail malaikat, dan matahari bintang. Jadi adakah logik anda MENGAGAK sujudnya ketiga-tiga makhluk ini dengan cara yang sama? Mungkin ada yg sama, tetapi TIDAK SEMESTINYA SEMUANYA SAMA. Sudah fiziknya pun berbeza. Ada yang berjirim ada yang tidak. ada seni, ada yang tampak. Ada yang bulat, ada yang panjang. Telah termaktub dalam sejarah (dan telah saya buktikan dengan hujah sebelum ini) yang manusia cara sujudnya adalah menyembah kepala ke tanah. Secara literal juga sujud manusia adalah begitu. DAN YANG PALING PENTING Rasulullah sendiri mengajar kita sujud dalam solat dengan cara begitu. Satu perkara yang perlu anda ambil perhatian; adakah ayat ini menerangkan tentang perintah menunaikan solat? Sujud bukannya solat, sujud adalah sebahagian daripada solat. Tangan adalah sebahagian daripada saya.
Adakah tangan itu adalah saya?
Lantas kenapa anda bertegas yang ayat ini adalah merujuk kepada solat? Solat adalah kewajipan.
"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya " ayat 103 : Surah An-Nisa'
Di dalam solat itu ada sujud. Bukan sahaja ada sujud, ada juga rukuk, qiyam dan sebagainya. Kenapa tiba-tiba anda terus menyamakan ayat semua makhluk sujud itu dengan solat yang dilakukan oleh manusia? Adakah logik kegesaan anda ini? Dan kenapa kita lakukan perkara2 dalam solat? kerana Rasulullah melakukannya begitu
Dan anda tiba2 melompat ke persoalan sembah batu pula? Dalam byk2 thread yang saya pergi, soalan ini lagi yang ditanya? Abu muadz dan pn zulia dah berikan dalil. Tapi saya ulang lagi, yang kita sembah bukan batu Kaabah atau Aswad, tetapi Allah. “kita solat menyembah pada Allah, dan Allah mahu kita lakukannya ke arah Kaabah”. kan jauh maknanya dengan ayat “kita solat menyembah batu hitam yg terselit di penjuru kaabah” ataupun “Kita solat menyembah Kaabah?”
Tentang ayat ini,
Juang wrote:
16:48. Tidakkah mereka merenungkan segala sesuatu yang Allah menciptakan yang menebarkan bayangnya ke kanan dan ke kiri, bersujud kepada Allah dengan merendah diri?
Ayat 16:48 dengan jelas menunjukkan cara bersujud kepada Allah iaitu dengan merendah diri.
Jadi macam mana boleh wujud amalan meletakkan kepala ke tanah untuk dikatakan itu adalah sujud? Al Quran terang-terang kata "sujud kepada Allah dengan merendah diri". Jadilah orang yang merendah diri. Semakin berisi, semakin tunduk.
Maksud anda, apabila anda merendah diri, maka dengan cara itu anda juga bersujud? Begitu?
Pemahaman anda adalah kerana linguistik anda sendiri yang longgar. Saya menyanyi dengan gembira. Adakah bermakna “Saya bergembira, maka dengan cara itu saya juga bernyanyi”? ataupun sebenarnya maksud ayat itu adalah “saya menyanyi, dalam keadaan saya sedang bergembira?”-maknanya ada dua perbuatan bersambil; menyanyi dan bergembira
Pemahaman anda pada tafsir itu adalah pada ayat yang pertama. Apabila merendah diri sahaja, maka itu adalah sujud. sedangkan tafsir ayat itu lebih kepada maksud kedua. Sambil anda bersujud, anda juga merendah diri. Ada dua perbuatan yang dilakukan secara bersambil.
Tafsir dari sumber alternatif;
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredhar (berpindah-pindah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?(An-Nahl, ayat 48)
p/s-saya telah mencari tafsir alternatif dari beberapa sumber. kenapa tidak terjumpa versi Juang?

sepet- Siswa-Siswi
- Number of posts: 7
Reputation: 0
Credits: 575
Registration date: 2010-07-20
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
sepet wrote:YANG PERTAMA, ANDA MASIH TIDAK MENJAWAB HUJAH SAYA. Apa pandangan anda terhadap ritual2 solat yang telah dilakukan oleh nabi2 sebelum Muhammad? Sujud ke tanah, berlutut dan sebagainya?
Salam,
Kalau saudara gagal kemukakan ayat Al Quran yang menunjukkan Allah memerintahkan Nabi Muhammad bersujud dengan letakkan kepala ke tanah mengadap bangunan batu, macam mana saya nak jawab hujah saudara?
Kita kalau nak katakan sesuatu perkara itu diperintahkan oleh Allah, tunjukkanlah ayat-ayat Al Qurannya dahulu sebab pegangan utama kita adalah Al Quran.
Kalau tadi anda mengatakan tidak ada nabi yang mengamalkan ritual solat seperti kita, sekarang saya telah tunjukkan ada.
Mari kita teliti ayat-ayat yang saudara kemukakan itu, dan apakah mereka buat amalan itu ketika solat ritual?
Nabi Isa bersujud:
Matius 26:39 Maka Ia maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki."
Jelas ayat di atas pun kata "bersujud", bukannya mengatakan Nabi Isa bersujud dengan meletakkan kepalanya ke tanah mengadap bangunan batu.
Markus 14:35 Ia maju sedikit, merebahkan diri ke tanah dan berdoa supaya, sekiranya mungkin, saat itu lalu dari pada-Nya
"Merebahkan diri ke tanah", bukannya "meletakkan kepala ke tanah". Bila pokok rebah ke tanah, sudah pastilah dengan batang-batang pokok itu rebah ke tanah. Jadi ikut ayat ini, sudah pastilah dalam keadaan berbaring, bukannya menonggeng.
Nabi Ibrahim bersujud:
Kejadian 17:3 Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya.....
Ayat ini pun hanya sebut "bersujud" bukannya "bersujud dengan meletakkan kepala ke tanah".
Nabi Daud bersujud:
Mazmur 95:6 Masuklah, marilah kita sujud menyembah, berlutut di hadapan Tuhan yang menjadikan kita.
Nabi Musa bersujud
Keluaran 34:8 Segeralah Musa berlutut ke tanah, lalu sujud menyembah.
Nabi Harun bersujud
Bilangan 20:6 Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka.
Ayat-ayat ini pun tak kata bersujud semestinya letakkan kepala ke tanah.
Nabi Ezra(Uzair) bersujud:
Ezra 10:1 Sementara Ezra berdoa dan mengaku dosa, sambil menangis dengan bersujud di depan rumah Allah, berhimpunlah kepadanya jemaah orang Israel yang sangat besar jumlahnya, laki-laki, perempuan dan anak-anak. Orang-orang itu menangis keras-keras.
Yang ini pun tidak menspesifikkan bersujud itu semestinya letakkan kepala ke tanah.
Nabi Lot bersujud:
Kejadian 19:1 Kedua malaikat itu tiba di Sodom pada waktu petang. Lot sedang duduk di pintu gerbang Sodom dan ketika melihat mereka, bangunlah ia menyongsong mereka, lalu sujud dengan mukanya sampai ke tanah,
Nabi Yosua bersujud:
Yosua 5:14 Lalu sujudlah Yosua dengan mukanya ke tanah, menyembah dan berkata kepadanya: ”Apakah yang akan dikatakan tuanku kepada hambanya ini?
Hanya ayat-ayat ini kata "bersujud dengan letak muka ke tanah".
Daripada ayat-ayat yang dibawa, tidak pun menunjukkan secara spesifik, bersujud itu semestinya meletakkan kepala ke tanah dalam keadaan menonggeng. Ada yang berbaring. Ada yang menangis. Ada yang maju ke hadapan. Jadi, macam mana boleh buat kesimpulan bahawa sujud itu semestinya dengan meletakkan kepala ke tanah sedangkan ayat-ayat yang mereka bawakan pun memberi maksud sujud yang pelbagai?
Kemudian daripada ayat-ayat yang dibawa juga tak pula mengatakan mereka melakukan perbuatan itu dalam solat. Tiada perkataan solat pun dalam ayat-ayat yang dibawa. Malah ikut Al Quran, solat bukannya amalan penyembahan ritual, sebalik amalan untuk mencegah kekejian dan kemungkaran dan untuk mendapat pertolongan Tuhan.
Macam mana daripada ayat-ayat tersebut, mereka boleh buat ketetapan "dalam solat, kena buat sujud dengan meletakkan kepala ke tanah"? Walhal ikut Al Quran, bersujud itu tidak semestinya dalam solat dan tidak semestinya meletakkan kepala ke tanah?
Jadi hujah-hujah yang dibawa masih lagi lemah dan boleh dicabar. Sesuatu yang benar dari sisi Allah, pastilah kuat dan tidak boleh dicabar. Seperti mengatakan bumi adalah berbentuk bulat. Ia adalah benar dari sisi Allah yang Mencipta bumi. Maka tiada siapa boleh cabar untuk mengatakan bumi berbentuk empat segi.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
sepet wrote:Juang wrote:
13:15. Kepada Allah sujud segala yang di langit dan bumi, dengan rela atau membenci, seperti juga bayang-bayang mereka pada waktu pagi dan petang.
Saya lihat ayat ini ingin menerangkan tentang kepatuhan makhluk2 pada ketetapan Allah. Seperti juga manusia sepatutnya patuh pada hudud yang digariskan dalam al-Quran kerana itu ketetapan Allah. (Juang, anda sokong hudud tak?), dan bukan merujuk sujud dalam ibadat solat.
Tafsir dari sumber
alternatif
Dan kepada Allah jualah
sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi tunduk menurut, samada
dengan sukarela atau dengan terpaksa dan (demikian juga) bayang-bayang
mereka pada waktu pagi dan petang. (Ar-Ra’d, ayat 15)
Masalahnya dalam Al Quran tidak pula ada ayat membezakan sujud (patuh) pada ketetapan Allah dan apa sujud untuk amalan ritual. Kenapa kita nak pandai-pandai buat ketetapan sendiri untuk membezakan apa yang Al Quran tidak bezakan?
Lainlah saudara dapat bawakan Al Quran lain mengatakan terdapat dua jenis sujud iaitu sujud pada ketetapan Allah dan sujud amalan ritual, logiklah kita buatkan perbezaan.
Ini Al Quran bagitahu kita perihal sujud yang umum tanpa spesifikkan sujud untuk amalan ritual atau tidak, jadi kenalah berlaku jujur pada Al Quran yang ia tidak membeza-bezakan erti sujud itu.
Saya tanya anda, fizikal saya adakah serupa dengan fizikal Jibrail? Dan fizikal Jibrail adakah serupa dengan fizikal matahari? saya manusia, Jibrail malaikat, dan matahari bintang. Jadi adakah logik anda MENGAGAK sujudnya ketiga-tiga makhluk ini dengan cara yang sama? Mungkin ada yg sama, tetapi TIDAK SEMESTINYA SEMUANYA SAMA. Sudah fiziknya pun berbeza. Ada yang berjirim ada yang tidak. ada seni, ada yang tampak. Ada yang bulat, ada yang panjang. Telah termaktub dalam sejarah (dan telah saya buktikan dengan hujah sebelum ini) yang manusia cara sujudnya adalah menyembah kepala ke tanah. Secara literal juga sujud manusia adalah begitu.
Makhluk Allah bukannya setakat manusia, malaikat dan matahari. Kalau saudara nak buat perbandingan dengan makhluk lain, carilah makhluk yang hampir serupa dengan fizikal manusia seperti monyet, beruk, kera atau orang utan. Apakah makhluk-makhluk ini secara semulajadinya meletakkan kepala mereka ke tanah mengadap sesuatu objek. Apakah mereka tidak pernah bersujud kepada Tuhan sedangkan Al Quran kata semua makhluk bersujud kepadaNya?
Jadi makhluk-makhluk yang hampir bentuk fizikalnya dengan manusia pun tak pernah buat amalan letakkan kepala ke tanah atas nama sujud kepada Allah, patutkah manusia yang tahap akalnya lagi tinggi mengada-adakan amalan yang tak masuk akal itu?
DAN YANG PALING PENTING Rasulullah sendiri mengajar kita sujud dalam solat dengan cara begitu. Satu perkara yang perlu anda ambil perhatian; adakah ayat ini menerangkan tentang perintah menunaikan solat? Sujud bukannya solat, sujud adalah sebahagian daripada solat. Tangan adalah sebahagian daripada saya.
Adakah tangan itu adalah saya?
Cuba cari ayat Al Quran yang menyebutkan pasal solat. Tiada pun ditetapkan dengan meletakkan kepala ke tanah sebagai sebahagian daripada perbuatan solat.
Malah jika kita fikirkan, matlamat solat untuk mencegah kekejian dan kemungkaran serta untuk mendapat pertolongan Allah, apa kaitannya perbuatan meletakkan kepala ke tanah untuk cegah kekejian dan kemungkaran?
Nak cegah kekejian dan kemungkaran adalah dengan menggunakan masa untuk perkara-perkara berfaedah seperti pengajaran surah Al Ashr. Tiada kaitan pun dengan pergerakan ritual tubuh badan mengadap sesuatu objek.
Lantas kenapa anda bertegas yang ayat ini adalah merujuk kepada solat? Solat adalah kewajipan.
"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya " ayat 103 : Surah An-Nisa'
Di dalam solat itu ada sujud. Bukan sahaja ada sujud, ada juga rukuk, qiyam dan sebagainya. Kenapa tiba-tiba anda terus menyamakan ayat semua makhluk sujud itu dengan solat yang dilakukan oleh manusia? Adakah logik kegesaan anda ini? Dan kenapa kita lakukan perkara2 dalam solat? kerana Rasulullah melakukannya begitu
Saudara bawakan ayat pasal solat ada waktu tertentu. Apa kaitannya ayat itu untuk mengatakan sujud dalam solat berlainan dengan sujud semua makhluk? Saya tak nampak relevannya ayat itu untuk mengatakan sujud semua makhluk berbeza dengan sujud dalam solat saudara itu?
24:41. Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Kalau sebelum ini saya bawakan ayat yang memberitahu kita bahawa sujud pun dilakukan oleh makhluk-makhluk lain, in pula ayat yang memberitahu solat juga dilakukan oleh makhluk-makhluk lain.
Jadi, macam mana daripada sujud yang dilakukan oleh makhluk lain, saudara tidak mengaitkan ia sebagai perkara dalam solat mereka, tetapi sujud saudara kena dibuat dalam solat. Nampaknya saudara mengada-adakan apa yang Allah tidak perintahkan.
Di sinilah kita nampak logik kenapa dalam Al Quran tiada ketetapan melakukan cara-cara solat diwahyukan kepada Nabi. Mereka terpaksa guna kitab riwayat atas alasan ia adalah penjelas Al Quran.
Dan anda tiba2 melompat ke persoalan sembah batu pula? Dalam byk2 thread yang saya pergi, soalan ini lagi yang ditanya? Abu muadz dan pn zulia dah berikan dalil. Tapi saya ulang lagi, yang kita sembah bukan batu Kaabah atau Aswad, tetapi Allah. “kita solat menyembah pada Allah, dan Allah mahu kita lakukannya ke arah Kaabah”. kan jauh maknanya dengan ayat “kita solat menyembah batu hitam yg terselit di penjuru kaabah” ataupun “Kita solat menyembah Kaabah?”
Jika saudara sembah Allah, pastilah saudara boleh buktikan ayat-ayat Allah perintahkan kita beritual mengadap Kaabah (bangunan batu itu).
Tetapi jika saudara guna riwayat manusia terdahulu, bukankah itu menunjukkan saudara sembah atau patuh kepada manusia-manusia terdahulu itu?
Saya tak kata saudara sembah bangunan batu, tetapi tidak mustahil saudara lebih takutkan kepada manusia-manusia yang suruh beritual mengadap bangunan batu itu berbanding Allah Yang Mencipta saudara dan tak pernah suruh buat amalan tersebut.
Maksud anda, apabila anda merendah diri, maka dengan cara itu anda juga bersujud? Begitu?
Ya. Ini kerana iblis dilaknati Allah kerana angkuh dan bongkak merasakan kejadiaannya daripada api lebih baik daripada tanah. Jadi, kalau kita tak mahu tiru iblis, kenalah lawan sifat angkuh dan bongkak dengan sifat merendah diri. Barulah logik dan ada perkaitan di antara kisah Adam dan iblis itu dengan amalan hidup kita.
Cuba saudara fikir, apa kaitannya amalan meletakkan kepala ke tanah mengadap sesuatu bangunan ke arah melawan penyakit angkuh dan bongkak? Iblis yang asalnya malaikat yang selalu bertasbih memuji Allah pun boleh gagal melawan penyakit angkuh dan bongkak, apakah dengan meletakkan kepala ke tanah mengadap sesuatu objek itu kita jadi orang yang merendah diri?
Tidakkah saudara memikirkan segala amalan tradisi saudara itu dengan perkaitan kisah Adam dan iblis yang diceritakan berulang-ulang dalam Al Quran?
Sesuatu yang diulang-ulang banyak kali, pastilah mengandungi maklumat penting untuk kita fahami agar dapat peringatan.
Pemahaman anda adalah kerana linguistik anda sendiri yang longgar. Saya menyanyi dengan gembira. Adakah bermakna “Saya bergembira, maka dengan cara itu saya juga bernyanyi”? ataupun sebenarnya maksud ayat itu adalah “saya menyanyi, dalam keadaan saya sedang bergembira?”-maknanya ada dua perbuatan bersambil; menyanyi dan bergembira
Ini kerana saudara sudah tahu menyanyi itu perbuatan lain dan gembira itu lain. Sebab itu saudara boleh membezakan di antara menyanyi dan bergembira.
Tetapi jika kita reset kepercayaan tradisi kita dan melihat perkataan "sujud", dan bila Al Quran sebut sujud dengan merendah diri, maka secara semulajadi pun kita boleh faham bahawa sujud itu bererti merendah diri.
Dalam merendah diri itu, barulah berbeza-beza caranya mengikut keadaan. Contohnya sebagai pemain bolasepak, jika dia seorang yang merendah diri, dia tidak membolot untuk menjaringkan gol. Dia akan beri rakan pasukannya sama kerana matlamatnya adalah untuk menang tanpa mengira pemain mana yang menjaringkan gol.
Pemahaman anda pada tafsir itu adalah pada ayat yang pertama. Apabila merendah diri sahaja, maka itu adalah sujud. sedangkan tafsir ayat itu lebih kepada maksud kedua. Sambil anda bersujud, anda juga merendah diri. Ada dua perbuatan yang dilakukan secara bersambil.
Saudara nampak sujud itu satu perbuatan lain kerana kepercayaan tradisi saudara telah mendidik saudara bahawa sujud adalah meletakkan kepala ke tanah. Itu yang menyebabkan saudara nampak sujud dan merendah diri itu berbeza. Sedangkan saya telah meresetkan kepala saya daripada kepercayaan tradisi, sebaliknya dengan mengambil nilai-nilai dalam Al Quran sebagai panduan pemahaman saya.
Tafsir dari sumber alternatif;
Tidakkah mereka melihat dan memikirkan segala yang telah dijadikan oleh Allah, yang beredhar (berpindah-pindah) bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri (pada pagi dan petang), dengan keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah, sedang mereka merendah diri?(An-Nahl, ayat 48)
p/s-saya telah mencari tafsir alternatif dari beberapa sumber. kenapa tidak terjumpa versi Juang?
Kalau kita buat perbandingan dengan tulisan Arabnya, ayat 16:48 mengandungi sebutan "sujud" (sujjadalillah). Terjemahan yang saudara bawakan tidak sebut pun perkataan sujud itu, tetapi diterjemahkan sebagai "keadaan tunduk menurut peraturan dan kehendak Allah".
Masih lagi sujud itu bukannya amalan meletakkan kepala ke tanah. Dengan kita memathui peraturan Allah di langit dan bumi pun sudah mencapai maksud sujud.
Mungkin saudara tidak sedar terjemahan yang saudara sendiri pegang itu tidak menspesifikkan sujud adalah amalan meletakkan kepala ke tanah.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
jangan pura-pura tidak tahu. Bukahkah anda telah belajar apa itu solat. Anda nak tinggalkan agama anda. Dan menjadi orang suruhan kepada musuh-musuh Allah itu.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Juang wrote:
Masalahnya dalam Al Quran tidak pula ada ayat membezakan sujud (patuh) pada ketetapan Allah dan apa sujud untuk amalan ritual. Kenapa kita nak pandai-pandai buat ketetapan sendiri untuk membezakan apa yang Al Quran tidak bezakan?
Lainlah saudara dapat bawakan Al Quran lain mengatakan terdapat dua jenis sujud iaitu sujud pada ketetapan Allah dan sujud amalan ritual, logiklah kita buatkan perbezaan.
Juang wrote:
Ini kerana saudara sudah tahu menyanyi itu perbuatan lain dan gembira itu lain. Sebab itu saudara boleh membezakan di antara menyanyi dan bergembira.
Tetapi jika kita reset kepercayaan tradisi kita dan melihat perkataan
"sujud", dan bila Al Quran sebut sujud dengan merendah diri, maka
secara semulajadi pun kita boleh faham bahawa sujud itu bererti merendah diri.
contohnya mudah Juang. dear dalam bahasa Inggeris ada dua makna. 1. Sayang. 2. Mahal. Contoh kedua. Katok dalam loghat terengganu membawa dua maksud. 1. Katak. 2. Pukul. Kalau ayat nya “This is so dear my dear’, takkan Juang nak tanya pada orang yang berkata itu “the first dear is for what and the later is for what?”. Samalah kalau orang terengganu kata, “ada katok!! Tolong katok katok tu!” anda pasti dapat bezakan kan?
sebenarnya anda bukan mereset kepercayaan tradisi. anda tidak bermula pun lagi untuk mengenali 'amalan tradisi ini'. anda TAK KENAL PUN. bagaimana anda nak reset kalu belum kenal? anda sendiri yang tidak tahu cabang makna sujud dalam bahasa Arab, jangan nak salahkan saya pula.
Juang wrote:
Makhluk Allah bukannya setakat manusia, malaikat dan matahari. Kalau saudara nak buat perbandingan dengan makhluk lain, carilah makhluk yang hampir serupa dengan fizikal manusia seperti monyet, beruk, kera atau orang utan. Apakah makhluk-makhluk ini secara semulajadinya meletakkan kepala mereka ke tanah mengadap sesuatu objek. Apakah mereka tidak pernah bersujud kepada Tuhan sedangkan Al Quran kata semua makhluk bersujud kepadaNya?
Jadi makhluk-makhluk yang hampir bentuk fizikalnya dengan manusia pun tak pernah buat amalan letakkan kepala ke tanah atas nama sujud kepada Allah, patutkah manusia yang tahap akalnya lagi tinggi mengada-adakan amalan yang tak masuk akal itu?
makhluk yang hampir sama dengan manusia itu kira manusia kah Juang? hampir sama bukan bererti sama. Jadi memanglah amalannya tak sama. Anda sendiri yang tunjukkan, MASING2 ADA SOLAT DAN TASBIH MASING2.
Juang wrote:
24:41. Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah:
kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan burung dengan
mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui solat dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
Jadi, macam mana daripada sujud yang dilakukan oleh makhluk lain, saudara tidak mengaitkan ia sebagai perkara dalam solat mereka, tetapi sujud saudara kena dibuat dalam solat. Nampaknya saudara mengada-adakan apa yang Allah tidak perintahkan.
masing-masing ada solat dan tasbihnya. kan itu dah jelas menunjukkan sifat MASING-MASING? maknanya setiap satu makhluk itu ada caranya. dan saya telah tulis sebelum ini, MUNGKIN ADA YANG SAMA, TETAPI TIDAK SEMESTINYA SEMUANYA SAMA.
kalau anda mempersoalkan solat dengan sujud sembah lantai tak sama untuk setiap makhluk, maka anda kata solat itu salah. jadi saya tanya anda, solat anda adalah merendah diri. JADI TOLONG TUNJUKKAN BAGAIMANA GORILA MERENDAH DIRI AKA SOLAT? saya fahamlah kalau anda merendah diri bagaimana sebab anda manusia.dah menjadi habit gorila menepuk2 dada sesama jantan untuk menetapkan kawasan dan pasangan. bila ada yang lebih dominan, yang kalah akan berundur. berundur sebab kalah itu kira merendah diri atau bagaimana? ADAKAH
MERENDAH DIRI ANDA ITU SAMA DENGAN BERUNDURNYA GORILA KERANA KALAH? JADI SOLAT MENGAJAR KITA UNTUK KALAH? BEGITU?
TOLONG TUNJUKKAN BAGAIMANA SINGA MERENDAH DIRI SESAMA SINGA? singa jantan kadangkala makan anak singa. itu merendah diri? ohh..sekarang saya teringat! ada satu masa singa merendah diri, ketika berkongsi makanan. tetapi itupun kalau ada singa yang terusik bahagian bangkai yang sedang dimamah singa lain, gaduh jadinya. JADI MERENDAH DIRI SINGA SEMASA MAKAN ITU ADALAH SOLAT? cuma itu? apa signifikan berkongsi makanan ini dengan hubungan manusia dan Tuhan? berkongsi makanan solat, tetapi makan anak tidak apa? begitu?
kesian singa, saya bukan nak mengata singa. kita faham dia binatang, tidak dikurniai akal tetapi ada otak dan naluri. point saya memang secara logik akal pun kita tahu kita tak boleh menyamakan sesama makhluk. itu sahaja.
Juang wrote:
Cuba cari ayat Al Quran yang menyebutkan pasal solat. Tiada pun ditetapkan dengan meletakkan kepala ke tanah sebagai sebahagian daripada perbuatan solat.
sebab tu perlunya nabi.
Juang wrote:
Malah jika kita fikirkan, matlamat solat untuk mencegah kekejian dan
kemungkaran serta untuk mendapat pertolongan Allah, apa kaitannya perbuatan meletakkan kepala ke tanah untuk cegah kekejian dan kemungkaran?
Solat itu adalah amalan UNTUK mencegah kekejian dan kemungkaran? Baik saya bersetuju. Bukan itu sahaja, solat juga UNTUK mendapat pahala, untuk mendekatkan diri kepada allah dan sebagainya. TETAPI ITU TUJUAN SOLAT LAH JUANG. BUKAN CARANYA. Caranya bagaimana? Sedangkan
al-Quran sendiri terangkan solat itu kewajipan yang tertentu waktunya. Takkan nak suruh ulang kali keempat? Lantas bagaimana caranya? Itu titik persoalannya. Bila waktu-waktu tertentunya? Apa rukunnya dan caranya? sebab itulah datangnya Rasul.
"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya " ayat 103 : Surah An-Nisa'
Juang wrote:
Saya tak kata saudara sembah bangunan batu, tetapi tidak mustahil saudara lebih takutkan kepada manusia-manusia yang suruh beritual mengadap bangunan batu itu berbanding Allah Yang Mencipta saudara dan tak pernah suruh buat amalan tersebut.
oh, TIDAK MUSTAHIL SAYA LEBIH TAKUTKAN MANUSIA2 BERITUAL? sekarang anda menghukum saya pada suatu kemungkinan? anda menuduh saya begitu? maknanya anda merendah2kan saya? jadi adakah anda dikira merendah diri sekarang ini? adakah solat anda terbatal sekarang? ataupun merendah diri bagi anda sama dengan merendah rendahkan diri orang lain? solat anda yg mana?
Juang wrote:
Ya. Ini kerana iblis dilaknati Allah kerana angkuh dan bongkak merasakan
kejadiaannya daripada api lebih baik daripada tanah. Jadi, kalau kita tak mahu tiru iblis, kenalah lawan sifat angkuh dan bongkak dengan sifat merendah diri. Barulah logik dan ada perkaitan di antara kisah Adam dan iblis itu dengan amalan hidup kita.
Juang wrote:
Cuba saudara fikir, apa kaitannya amalan meletakkan kepala ke tanah mengadap sesuatu bangunan ke arah melawan penyakit angkuh dan bongkak? Iblis yang asalnya malaikat yang selalu bertasbih memuji Allah pun boleh gagal melawan penyakit angkuh dan bongkak, apakah dengan meletakkan kepala ke tanah mengadap sesuatu objek itu kita jadi orang yang merendah diri?
sebab anda cuma fikir "kalau aku letak kepala atas lantai (lantai lebih
tepat dari tanah), macammana boleh menyumbang kepada rendah diri. sebab tu anda tak jumpa2. cuba fikir, bila Qiyam, anda memandang lantai. segan dengan makhluk pencipta. bila rukuk dan sujud, kita merendah diri, menundukkan kepala malah menekuk kepala ke lantai ntuk memuji2 kepada Tuhan. (cari sendiri makna bacaan ketika ruku dan sujud). tahiyat akhir, kita terduduk seperti hamba yang tidak bermaya. FALSAFAH SOLAT BUKAN HANYA NAK MERENDAH DIRI PADA MANUSIA. kita ingin menjadi hamba yang malu pada Tuhan. Menangis ketika solat kerana rasa tidak layak bertemu Tuhan kerana banyak rahmatnya yang kita kufuri. Menangis kerana rasa tidak layak bertemu Tuhan dalam keadaan diri berlumur dosa. KALAU DENGAN TUHAN PUN BELUM MAMPU MERENDAH DIRI, INIKAN PULA DENGAN MANUSIA? dan solat, bukan SEMATA-MATA berkisar tentang sujud. byk lagi perlakuannya. dan solat itu ada fadilat nya dan hikmahnya.
saya tanya anda, pada zaman dahulu orang tertanya apa kaitannya Rasul minum air kira-kira setengah jam sebelum makan dan kira2 setengah jam pula stelah makan. pada masa itu semua bertanya apa kaitannya? fadilatnya cuma terserlah dlm era moden. sesuatu yang kita tidak tahu tidak semestinya sesuatu yang buruk. kerana itu kalu tidak tahu bertanyalah. baru tak sesat jalan.
Juang wrote:
Tidakkah saudara memikirkan segala amalan tradisi saudara itu dengan perkaitan kisah Adam dan iblis yang diceritakan berulang-ulang dalam Al Quran? Sesuatu yang diulang-ulang banyak kali, pastilah mengandungi maklumat penting untuk kita fahami agar dapat peringatan.
Juang wrote:
mana lebih banyak? pasal adam iblis atau pasal Allah suruh patuh
dan ikut Rasulullah? fikirlah sendiri

Last edited by sepet on Wed Jul 21, 2010 10:11 pm; edited 1 time in total

sepet- Siswa-Siswi
- Number of posts: 7
Reputation: 0
Credits: 575
Registration date: 2010-07-20
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Kalau saya terus membidas dan Juang terus bertanya, “tunjukkan di mana dalam al-Quran?” memang tak akan habis.
1.
Beginilah Juang, Juang sibuk mengatakan dalam Quran tak katapun suruh letak kepala di tanah (mungkin perlu dirubah tanah kepada lantai, haha), jadi saya simpulkan Juang cuma
buat apa yang termaktub dalam Quran. Begitu? Quran wajibkan solat pada waktu2
tertentu. TOLONG BAGI SAYA DI DALAM QURAN MANA WAKTUNYA? BAGI SAYA MANA
CARANYA?
2.
JUANG, solat itu apa pada anda sebenarnya? Baru saya terbaca anda bertegas SOLAT ITU BELAJAR. Sekarang solat itu MERENDAH DIRI? Adakah solat itu pelbagai bagi anda? Jadi kalau saya belajar tetapi saya bongkak, saya ini solat atau tidak? kalau saya merendah
diri tetapi malas belajar, bagaimana pula? KAN BANYAK PERTIKAIANNYA ITU?
3.
Untuk sesetengah perkara, Juang suruh kita berfikir sendiri. Tetapi apabila sampai sahaja bab sujud, jawapn Juang Cuma “tak ada pun dalam Quran?” seolah-olah untuk bab sujud
ini sahaja Juang tak mahu berfikir? Apakah pemahaman islam pada Juang sekejap2 berfikir, sekejap2 tak payah? Rujuk ayat tanpa nombor di bawah di mana Quran suruh kita berfikir untuk mencari di mana cara solat kita.
4.
Juang, hudud potong tangan kalau mencuri, sebat kalau berzina, rejam sampai mati kalau berzina lepas kahwin (termaktub syarat2 nya). Semuanya termaktub dalam al-Quran. Anda
sokong atau tidak perkara ini? Tentu anda sokong kan? Jadi bila saya menangkap orang berzina dengan saksi dan saya ingin mendakwanya, saya katakan dia melakukan kemungkaran. ADAKAH PADA KETIKA ITU JUANG NAK KATA SAYA INI PERASAN BAIK DARI ORANG LAIN? SAYA INI BONGKAK DAN TIDAK MERENDAH DIRI LAGI? Jadi bagaimana? Saya mematuhi apa yang Quran maktubkan, tetapi mengikut fahaman Juang, mematuhi al-Quran kadang2 akan membuatkan kita TIDAK SOLAT? (kerana tidak merendah diri?) itu bagaimana?
** ini bukan untuk menunjukkan al-Quran itu tidak jelas. Quran itu sudah lengkap dan jelas
sebenarnya. Bila dikatakan solat itu ada waktu2 tertentu, dikatakan juga supaya kita merujuk/mengikut/patuh/tidak ingkar pada Rasul. Disuruh juga tanya kepada nabi. Maknanya kalau rasul lakukan solat pada waktu2 yg tertentu, dan cara2 tertentu, maka kita wajib ikutinya. Subhanallah, al_Quran tidak perlu memanjang lebar menceritakan satu-satu huraian Solat. Sebab BAGI YANG BERFIKIR, AKAN DAPAT BERFIKIR dan ketemu cara solat yang Allah tuntut pada ama rasulullah.
Kalau semunya hendak diterangkan dalam Quran, cara solat dari A-Z, jenis2 puasa dari A-Z, cara beristinjak dari A-Z, dan macam2 lagi, bukankah al_Quran akan menjadi sungguh tebal? Yang setebal inipun SUDAH ADA YANG TAK PAHAM DAN TERPESONG, dan ada juga yang tak terbaca, ADA PULA YG BACA SEPARUH-PARUH, inikan pula kalau sungguh tebal. Bukankah ada hikmahnya sesetengah perkara diserahkan pada Rasul untuk
ditunjukkan caranya?
p/s- saya betul2 ingin tahu Juang sokong hudud atau tak?

Barra bin Azib ra. berkata,
"Saya salat bersama Rasulullah saw.
menghadap ke Baitulmakdis selama 16 (enam belas) bulan sampai turun ayat 144 surat Al Baqarah: "
Firman Allah: ( maksudnya )
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
( 2:144; tafsir ar-rahman )
"Saya salat bersama Rasulullah saw.
menghadap ke Baitulmakdis selama 16 (enam belas) bulan sampai turun ayat 144 surat Al Baqarah: "
- Code:
Sahih Bukhari : Kitab Iman : No : 39
Sahih Muslim : Kitab Mesjid-mesjid dan Tempat-tempat Salat : No : 818
Sunan Tirmizi : Kitab Salat : No : 312
Sunan Nasai : Kitab Salat : No : 485
Sunan Ibnu Majah : Kitab Iqamah Salat dan Sunah-sunahnya : No : 1000
Musnad Ahmad : Kitab Riwayat Penduduk Kufah : No : 17958
Firman Allah: ( maksudnya )
Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.
( 2:144; tafsir ar-rahman )

gaara- Siswa-Siswi
- Number of posts: 30
Location: pattani......
Reputation: 0
Credits: 602
Registration date: 2010-07-19
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Kasihan orang seperti juang, makin mengaji semakin bingung dengan ilmu sendiri. Cuma sikap yang tak baiknya, bila kalah berhujah senang saja nak keluar dari masalah - 'ayat mana dan surah mana dalam AlQuran yang sebut perkara tu'- Dia buat kitab suci AlQuran macam nota kuliah.

PenjunjungEhsan- Pensyarah
- Number of posts: 678
Age: 30
State:
Reputation: 0
Credits: 1348
Registration date: 2010-05-12
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
contohnya mudah Juang. dear dalam bahasa Inggeris ada dua makna. 1. Sayang. 2. Mahal. Contoh kedua. Katok dalam loghat terengganu membawa dua maksud. 1. Katak. 2. Pukul. Kalau ayat nya “This is so dear my dear’, takkan Juang nak tanya pada orang yang berkata itu “the first dear is for what and the later is for what?”. Samalah kalau orang terengganu kata, “ada katok!! Tolong katok katok tu!” anda pasti dapat bezakan kan?
sebenarnya anda bukan mereset kepercayaan tradisi. anda tidak bermula pun lagi untuk mengenali 'amalan tradisi ini'. anda TAK KENAL PUN. bagaimana anda nak reset kalu belum kenal? anda sendiri yang tidak tahu cabang makna sujud dalam bahasa Arab, jangan nak salahkan saya pula.
Salam,
Masalahnya saudara masih tak berjaya buktikan ayat Al Quran mana menetapkan sujud semestinya meletakkan kepala ke tanah. Malah ayat-ayat kitab lain yang saudara bawakan pun tak menetapkan sujud adalah semata-mata perbuatan meletakkan kepala ke tanah.
Malah apabila kita melihat ayat-ayat Al Quran tentang erti sujud yang sesuai dengan semua makhluk Allah, tidak menunjukkan sujud itu perbuatan meletakkan kepala ke tanah. Berapa banyak makhluk Allah ada kepala, tetapi tidak pula mereka meletakkan kepala ke tanah. Tidakkah bukti-bukti di sekeliling kita lebih kuat daripada kepercayaan tradisi?
Konsep saya mencari kebenaran adalah dengan menggunakan bukti-bukti di sekeliling kita, bukannya guna nama-nama orang terdahulu untuk menetapkan sesuatu perbuatan. Bukankah dalam Al Quran menceritakan orang-orang musyrik beramal berdasarkan apa yang nenek-moyang mereka lakukan?
Saudara masih gagal buktikan ayat-ayat Al Quran membezakan sujud seluruh makhluk dan sujud ibadat. Macamlah makhluk-makhluk lain tak beribadat kepada Tuhan.
makhluk yang hampir sama dengan manusia itu kira manusia kah Juang? hampir sama bukan bererti sama. Jadi memanglah amalannya tak sama. Anda sendiri yang tunjukkan, MASING2 ADA SOLAT DAN TASBIH MASING2.
Bukankah saya kata "hampir sama"? Bukannya saya kata "sama macam manusia". Bila hampir sama, pastilah perbuatannya pun hampir sama.
Contohnya orang utan ada mulut dan manusia pun ada mulut. Maka cara makan orang utan hampir sama dengan manusia iaitu menggunakan tangan dan membawa makanan itu ke mulut. Kalau bab makan pun kita boleh nampak Allah tetapkan cara makan manusia hampir sama dengan orang utan itu, tak logik bab ibadat boleh berbeza jauh. Tidakkah saudara terfikir itu semua?
Sebab itulah jangan salahkan saya jika saudara tak dapat kemukakan bukti-bukti baik dalam Al Quran mahupun tanda-tanda di sekeliling kita.
Saya tak berpegang pada kepercayaan-kepercayaan yang lemah dan mudah dipatahkan. Sebab kalau kita lihat ciri-ciri kepercayaan orang kafir terdahulu, kepercayaan mereka lemah dan mudah para Rasul terdahulu patahkan.
masing-masing ada solat dan tasbihnya. kan itu dah jelas menunjukkan sifat MASING-MASING? maknanya setiap satu makhluk itu ada caranya. dan saya telah tulis sebelum ini, MUNGKIN ADA YANG SAMA, TETAPI TIDAK SEMESTINYA SEMUANYA SAMA.
Orang utan dan manusia pun ada cara makan masing-masing. Orang utan tak tahu masakkan makanan, tetapi manusia tahu. Walaupun ada perbezaan, tetapi sekurang-kurangnya kita nampak persamaannya ketika makanan itu di bawa ke mulut, kerana fizikal hampir sama. Kalau kita nampak semulajadinya orang utan buat amalan letak kepala ke tanah juga pada masa-masa tertentu, logik juga sujud manusia hampir sama begitu.
Malah kalau kita lihat budak-budak kecil pun tak tergamak buat amalan letak kepala ke tanah, melainkan mak-bapak mereka yang ajar. Itu menunjukkan amalan letak kepala ke tanah bukannya fitrah, melainkan diada-adakan sahaja.
Sesuatu yang fitrah, tak perlukan mak-bapak yang ajar. Contohnya bagaimana nak dapat zuriat, secara semulajadi manusia akan tahu cara-caranya.
30:30. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Agama yang tegak; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
Allah cipta manusia menurut fitrah. Jika manusia dari kecil tak memerlukan amalan meletakkan kepala ke tanah, sampai ke besar manusia tak perlukan perbuatan itu. Tetapi jika dari kecil kita perlukan makan dan berfikir, sampai ke mati kita perlukan makan dan berfikir.
Manusia boleh mengada-adakan amalan mengikut kepercayaan tradisi masing-masing, tetapi mereka tidak boleh tipu fitrah yang telah Allah tetapkan pada manusia itu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
kalau anda mempersoalkan
solat dengan sujud sembah lantai tak sama untuk setiap makhluk, maka
anda kata solat itu salah. jadi saya tanya anda, solat anda adalah
merendah diri. JADI TOLONG TUNJUKKAN BAGAIMANA GORILA MERENDAH DIRI
AKA SOLAT? saya fahamlah kalau anda merendah diri bagaimana sebab anda
manusia.dah menjadi habit gorila menepuk2 dada sesama jantan untuk
menetapkan kawasan dan pasangan. bila ada yang lebih dominan, yang kalah
akan berundur. berundur sebab kalah itu kira merendah diri atau
bagaimana? ADAKAH
MERENDAH DIRI ANDA ITU SAMA DENGAN BERUNDURNYA
GORILA KERANA KALAH? JADI SOLAT MENGAJAR KITA UNTUK KALAH? BEGITU?
TOLONG TUNJUKKAN BAGAIMANA
SINGA MERENDAH DIRI SESAMA SINGA? singa jantan kadangkala makan anak
singa. itu merendah diri? ohh..sekarang saya teringat! ada satu masa
singa merendah diri, ketika berkongsi makanan. tetapi itupun kalau ada
singa yang terusik bahagian bangkai yang sedang dimamah singa lain,
gaduh jadinya. JADI MERENDAH DIRI SINGA SEMASA MAKAN ITU ADALAH SOLAT?
cuma itu? apa signifikan berkongsi makanan ini dengan hubungan manusia
dan Tuhan? berkongsi makanan solat, tetapi makan anak tidak apa? begitu?
Saudara bertanya pasal solat macam orang yang tak pernah baca Al Quran sahaja. Mari kita sama-sama perhatikan ayat-ayat Al Quran yang memberi petunjuk pasal solat.
2.153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
29.45. Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab dan tegakkanlah shalat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar. Dan sesungguhnya peringatan Allah adalah lebih besar. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
Tujuan solat sebagai penolong kita. Solat juga bertujuan mencegah diri dari keji dan mungkar.
Apa jua yang makhluk-makhluk Allah lakukan untuk dapat pertolongan Tuhan baik dalam mencari rezeki, ilmu, dan nikmat-nikmat lain, itu termasuk dalam solat.
Semua manusia diberikan 24jam sehari. Tolak dengan 8 jam untuk tidur, jika 16 jam lagi digunakan untuk membuat sesuatu yang pasti mendapat pertolongan Tuhan, bila masa manusia itu nak pergi buat jahat?
Jadi solat semua makhluk Allah termasuk gorilla adalah dengan membuat sesuatu yang memungkinkan pertolongan Tuhan sampai. Umpamanya jika mereka nak zuriat, mereka buat ikut cara yang Allah tetapkan mereka dapat zuriat. Jika mereka nak makan, mereka kena keluar mencari rezeki. Dengan kata lain, solat itu adalah aktiviti mencari (berusaha) mencari kurnia-kurnia Allah.
Sebab itulah kita tidak nampak gorilla menonggeng pada arah objek-objek tertentu walaupun gorilla mampu mencegah diri daripada kekejian dan kemungkaran. Kita tak nampak gorilla berpuak-puak dan berperang sesama sendiri kerana berebut kasih Tuhan seperti manusia-manusia.
Ironinya manusia yang lagi bijak daripada gorilla boleh menurut membuta-tuli kepercayaan tradisi sesuatu kaum untuk perasan dengan amalan tradisi mereka itu, merekalah puak yang Allah sayang, puak yang dijamin syurga, undi puak mereka layak masuk syurga dan macam-macam hukum mereka ada-adakan.
Solat adalah proses kita menggunakan masa secara bermanfaat untuk mencari kurnia-kurnia Allah. Dan masa mencari kurnia-kurnia Allah itu, kita sujud dengan merendah diri. Kita tidak tamak dalam mencari rezeki. Sebab itulah walaupun singa boleh makan daging manusia, tetapi mereka tahu merendah diri kepada manusia dengan tidak mengganggu kehidupan manusia. Manusia sahaja suka mengganggu kehidupan makhluk-makhluk Allah yang lain. Nampak tak bagaimana makhluk-makhluk lain bersolat dan bersujud? Hanya golongan buta hati sahaja tak nampak.
Amalan yang Allah tetapkan kepada makhluk-makhlukNya tidak memerlukan kepercayaan tradisi. Guna sahaja petunjuk-petunjuk di sekeliling kita, boleh dapat jawapannya. Amalan orang musyrik terdahulu sahaja yang perlukan suapan daripada nenek moyang mereka. Sebab itulah bila Rasul mereka tanya, mereka kata "sebab kami nampak bapa-bapa kami melakukannya". Itu yang mereka terpaksa kumpul kitab riwayat orang terdahulu mereka kononnya nampak Nabi buat itu dan ini. Mereka gagal gunakan petunjuk-petunjuk Allah di sekeliling mereka.
kesian singa, saya bukan nak
mengata singa. kita faham dia binatang, tidak dikurniai akal tetapi ada
otak dan naluri. point saya memang secara logik akal pun kita tahu kita
tak boleh menyamakan sesama makhluk. itu sahaja.
Bukan sahaja singa tak tergamak meletakkan kepalanya ke tanah, jika kita bandingkan dengan budak-budak kecil yang suci hatinya pun tak buat amalan itu secara fitrahnya.
Di situ sahaja kita sudah nampak logik yang amalan tradisi itu bukan daripada Allah, tetapi diada-adakan oleh manusia sahaja.
sebab tu perlunya nabi.
Tiada pula ayat Al Quran menetapkan "untuk tahu cara-cara solat, kumpullah riwayat seseorang Nabi".
Al Quran hanya sebut tujuan dan faedah-faedah solat. Terpulanglah kita nak fikirkannya.
Bayangkan daripada Nabi-nabi selepas Adam, tidak diceritakan mereka kumpulkan riwayat-riwayat Nabi-nabi sebelum mereka untuk tahu cara bersolat, macam mana ada manusia boleh mengada-adakan proses yang tidak disebutkan dalam Al Quran itu?
Samalah macam tidak pernah sebelum Nabi Isa, ada Nabi-nabi mengaku diri mereka putera Allah, macam mana kita boleh percaya Nabi Isa itu putera Allah? Mereka mengada-adakan sahaja.
Betapa lemahnya kepercayaan tradisi dan apa yang mereka ada-adakan itu. Sebab itulah mereka gagal kemukakan Al Quran sebagai bukti.
Solat itu adalah amalan UNTUK mencegah kekejian dan kemungkaran? Baik saya bersetuju. Bukan itu sahaja, solat juga UNTUK mendapat pahala, untuk mendekatkan diri kepada allah dan sebagainya. TETAPI ITU TUJUAN SOLAT LAH JUANG. BUKAN CARANYA. Caranya bagaimana? Sedangkan
al-Quran sendiri terangkan solat itu kewajipan yang tertentu waktunya. Takkan nak suruh ulang kali keempat? Lantas bagaimana caranya? Itu titik persoalannya. Bila waktu-waktu tertentunya? Apa rukunnya dan caranya? sebab itulah datangnya Rasul.
"Sesunguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya " ayat 103 : Surah An-Nisa'
2:148. Karena itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.
11:115. Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
2:110. Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.
Bukan solat sahaja dapat pahala. Apa sahaja kebaikan yang kita buat pun dapat pahala.
Bila kita mencari ilmu (salah satu aktiviti solat), sudah pasti kita dekat dengan Allah sebab ilmu datang daripada Allah. Orang yang mudah dapat ilmu itulah tanda orang itu dekat dengan sumber ilmu (Allah).
Apa kaitannya mengadap batu dan meletakkan kepala ke tanah untuk dekat diri dengan Allah? Apakah batu itu perantara kita dengan Allah? Kalau dekatkan diri dengan ilmu itu, logik jugalah dikatakan dekat dengan Allah, sebab semua ilmu dan kebenaran itu datang daripada Allah.
Bila kita mudah capai buah-buahan, itu tandanya kita dekat dengan sumber buah itu keluar (pokok). Kalau kita mengadap batu, buah tidak datang bergolek kepada kita. Begitulah bila kita mudah capai ilmu, itu tandanya kita dekat dengan sumber ilmu (Allah). Kalau kita mengadap batu, ilmu tidak akan datang bergolek kepada kita.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
oh, TIDAK MUSTAHIL SAYA
LEBIH TAKUTKAN MANUSIA2 BERITUAL? sekarang anda menghukum saya pada
suatu kemungkinan? anda menuduh saya begitu? maknanya anda merendah2kan
saya? jadi adakah anda dikira merendah diri sekarang ini? adakah solat
anda terbatal sekarang? ataupun merendah diri bagi anda sama dengan
merendah rendahkan diri orang lain? solat anda yg mana?
Bila saya kata tidak mustahil, itu belum lagi saya menghukum atau menuduh saudara. Sebab memang realitinya manusia ada kemungkinan lebih takutkan manusia-manusia yang menyuruh buat amalan ritual itu daripada takutkan Allah berdasarkan kisah kaum-kaum kafir terdahulu.
Macam juga saya kata, "tidak mustahil petang ini akan hujan", bukannya bermakna saya pasti menetapkan hujan akan turun.
Lainlah saya kata "saudara memang takutkan manusia", barulah logik saya menjatuhkan hukum pada saudara. Takkan semudah itu saudara gagal nak fikirkan?
ebab anda cuma fikir "kalau
aku letak kepala atas lantai (lantai lebih
tepat dari tanah),
macammana boleh menyumbang kepada rendah diri. sebab tu anda tak jumpa2.
cuba fikir, bila Qiyam, anda memandang lantai. segan dengan makhluk
pencipta. bila rukuk dan sujud, kita merendah diri, menundukkan kepala
malah menekuk kepala ke lantai ntuk memuji2 kepada Tuhan. (cari sendiri
makna bacaan ketika ruku dan sujud). tahiyat akhir, kita terduduk
seperti hamba yang tidak bermaya. FALSAFAH SOLAT BUKAN HANYA NAK
MERENDAH DIRI PADA MANUSIA. kita ingin menjadi hamba yang malu pada
Tuhan. Menangis ketika solat kerana rasa tidak layak bertemu Tuhan
kerana banyak rahmatnya yang kita kufuri. Menangis kerana rasa tidak
layak bertemu Tuhan dalam keadaan diri berlumur dosa. KALAU DENGAN TUHAN
PUN BELUM MAMPU MERENDAH DIRI, INIKAN PULA DENGAN MANUSIA? dan solat,
bukan SEMATA-MATA berkisar tentang sujud. byk lagi perlakuannya. dan
solat itu ada fadilat nya dan hikmahnya.
Saya sudah menjawab pasal erti solat berdasarkan ayat-ayat Al Quran. Entah bila masa pula saya kata solat=merendah diri. Kalau dalam bersolat, logiklah merendah diri (sujud).
Mencari ilmu (bersolat) pasti sukar jika dalam hati ada penyakit bongkak (tidak bersujud).
saya tanya anda, pada zaman
dahulu orang tertanya apa kaitannya Rasul minum air kira-kira setengah
jam sebelum makan dan kira2 setengah jam pula stelah makan. pada masa
itu semua bertanya apa kaitannya? fadilatnya cuma terserlah dlm era
moden. sesuatu yang kita tidak tahu tidak semestinya sesuatu yang buruk.
kerana itu kalu tidak tahu bertanyalah. baru tak sesat jalan.
Sesuatu yang bermanfaat, tidak kiralah Rasul yang buat ke, orang biasa yang buat ke, semua dapat pahala sebab Allah bagi pahala pada setiap perbuatan baik.
Tetapi bila ada manusia kata Rasul buat amalan yang tidak bermanfaat yang menyebabkan sesuatu kaum jadi lemah, malas dan bodoh, takkanlah kita percaya itu suruhan Allah dan Rasul?
Kalau orang kata Rasul suruh membaca dan belajar. Saya percaya sebab memang sifat seorang Rasul itu menyuruh ke arah kebaikan. Tetapi jika ada orang kata Rasul suruh meletakkan kepala mengadap matahari, takkan saya nak percaya sebab bukankah itu amalan kaum-kaum musyrik terdahulu?
Seseorang Rasul takkan suruh perbuatan yang tak masuk akal dan tiada faedahnya. Akhlak Rasul tak seburuk itu.
Satu lagi, kalau sesuatu perbuatan itu bermanfaat dan ada kesan baiknya, tak payah guna nama Rasul terdahulu pun perbuatan itu memang baik. Sebab sesuatu yang baik itu datangnya daripada Allah. Rasul hanya jelaskan dan sampaikan kepada manusia sahaja.
Jadi, lihat dahulu kesan sesuatu perbuatan sama ada ia baik atau tidak ada apa-apa kesan. Macam membaca dan belajar, jelas kita nampak kesan baiknya. Tetapi kalau mengadap matahari 10 kali sehari, apa manfaatnya?
Tidakkah otak mereka boleh buat penilaian yang waras?
mana lebih banyak? pasal
adam iblis atau pasal Allah suruh patuh
dan ikut Rasulullah? fikirlah
sendiri
Yang sampaikan kisah Adam dan iblis pun daripada Allah dan Rasul juga, bukannya tuhan lain. Kenapa Allah dan Rasul ulangkan kisah itu banyak kali?
Belajar daripada asas. Asas manusia yang diamanahkan sebagai khalifah bermula daripada kisah Adam dan iblis. Kalau kisah asas itu pun mereka gagal nak faham, patutlah mereka susah nak nampak erti solat dan sujud yang lebih logik daripada kepercayaan tradisi mereka itu.
Kalau hukum 1+1=2 pun tak faham-faham, macam manalah mereka nak faham hukum kamiran dan pembezaan. Begitulah perumpamaannya bagi orang-orang yang mahu memikirkan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
Salam,
Jika kita fikirkan, manusia jadi berpuak-puak dan berpecah-belah apabila mereka dihasut dengan kepercayaan tradisi mereka. Andaikata semua anak-anak kecil tidak kira bangsa, warna kulit atau bahasa dikumpulkan bersama, mereka pasti boleh hidup riang tanpa mengenal perbezaan rupa. Itulah fitrah manusia.
Jika manusia boleh kembali kepada fitrah kejadiannya itu tanpa taksub dengan kepercayaan tradisi masing-masing, pasti dunia ini akan aman dan tenteram seperti zaman kanak-kanak dahulu.
Fitrah anak-anak kecil, mereka tidak buat pun amalan mengadap matahari 2 kali sehari sebab itu bukannya suruhan Allah. Siapakah yang menyuruh buat amalan sujud kepada matahari itu setelah mereka dewasa?

Tidak ada sesiapun saudara anda, atau ustaz anda yang mengajar macam tu. Anda lupakah. Atau anda diajar oleh musuh-musuh Islam itu. Anda jadi begini selepas anda berlawan hujah dengan orang kristian. Mungkin anda terpengaruh dengan hujah akal mereka. Atau anda menang dalam hujah anda pada zahirnya, tetapi mereka berjaya mengeluarkan anda dari kepercayaan agama anda. Sebab itu selalulah bersama jemaah. Kerana serigala akan menyambar biri-biri yang terkeluar dari kumpulannya. Sembahyanglah dengan kusyuk kerana anda pasti mendapat kembali penglihatan sebagaimana orang islam melihatnya. Beribadatlah bersungguh-sungguh seolah-olah kita nampak Allah.
Zulia- Profesor Madya
- Number of posts: 1529
Age: 31
State:
Reputation: 3
Credits: 2404
Registration date: 2009-12-23
Page 38 of 42 •
1 ... 20 ... 37, 38, 39, 40, 41, 42 
Similar topics» Benarkah Nabi Muhammad suruh sujud ke Kaabah?
» 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
» faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
» Seni Mempertahankan diri KDM, adakah?
» Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani
» 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
» faedah tiru cara Rasulullah makan dan minum?
» Seni Mempertahankan diri KDM, adakah?
» Langkah-langkah Memperkasa Benteng Diri Ataupun Menguatkan Rohani
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 38 of 42
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum