Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Memperbetulkan Definasi HADIS
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 7 • Share •
Page 1 of 7 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 
Memperbetulkan Definasi HADIS
Setelah kita nampak punca kelemahan umat Islam sekarang gara-gara taksub pada riwayat hadis sehingga menganggap semua riwayat hadis itu adalah HADIS yang sebenar-benarnya, mari kita kembali kepada pangkal jalan iaitu Al Quran untuk memahami apakah erti HADIS yang sebenarnya. Semoga dengan kefahaman erti HADIS yang sebenarnya dapat menjauhkan kita daripada hidup secara lemah, malas berfikir dan berpecah-belah sesama manusia macam keadaan umat Islam sekarang.
Apa erti Islamnya manusia itu jika hidup secara lemah, pemalas kaji ilmu alam dan berpecah-belah? Takkanlah ajaran sebenar Al Quran mengeluarkan output seburuk itu? Oleh kerana itulah, untuk memperbetulkan keadaan, kita kena lihat maksud HADIS dari sumber utama ajaran Islam iaitu Al Quran. Jika sumber utama ini pun sudah dilanggari atau dicabuli, jangan haraplah nak capai keislaman macam Rasulullah dan golongan beriman dahulu capai.
Berikut adalah ayat Al Quran untuk kita fahami apakah erti hadis yang sebenarnya mengikut dalil Al Quran. Banyak manusia bagi definasi hadis, tetapi tidak mengikut dalil Al Quran pun. Sedangkan Al Quran itu pun sampaikan oleh Rasulullah, jadi sudah pastinya definasi HADIS itu kena ikut Al Quran bukan selainnya.
45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?
Apa itu HADIS atau apakah ciri-ciri sesuatu kata-kata itu layak dikatakan HADIS? Pemalsuan maksud HADIS tanpa mengikut apa yang Al Quran sampaikan, sudah pasti menyebabkan sesuatu ajaran itu lari daripada ajaran Al Quran.
Daripada maksud ayat Al Quran di atas, HADIS adalah ayat-ayat Allah. Ciri-ciri ayat Allah sudah pasti ianya BENAR. Dan ciri-ciri kata-kata yang BENAR itu sudah pasti selari dengan hukum Allah.
Contohnya nak membezakan di antara 1+1=2 dengan 1+1=3, yang mana satu pernyataan yang benar, sudah pasti kita perlu mengujinya dahulu. Apabila kita uji dengan mengira guna jari, kita dapati 1+1=2 selari dengan hukum alam, sedangkan tiada pengiraan guna jari boleh membenarkan 1+1=3.
Jadi, sesuatu kata-kata layak dikatakan BENAR apabila ia menepati hukum alam. Bermakna kata-kata itu datang apa yang Allah ilhamkan pada manusia itu sebab yang mencipta alam ini adalah Allah. Tiada bahagian di antara langit dan bumi telah dicipta oleh selain Allah.
Oleh itu, berdasarkan dalil aqli dan naqli, jelas menunjukkan HADIS yang sebenar-benarnya adalah ayat-ayat yang selari dengan hukum alam (ayat-ayat Allah). Hadis bukannya yang diucapkan oleh Nabi Muhammad seorang, malah semua orang yang bercakap mengikut hukum alam, hakikatnya semua itu datang daripada Allah. Sebab itulah Nabi Muhammad sendiri menerima khabar yang benar daripada kisah para Rasul terdahulu tanpa taksub pada seseorang Nabi sahaja. Allah-lah yang ilhamkan kepada manusia yang berfikir untuk bercakap selari dengan hukum alam.
Hikmah dengan memperbetulkan maksud HADIS mengikut Al Quran;
1) Manusia tidak jadi taksub ikut sesuatu riwayat yang didakwa daripada Rasulullah tanpa mengujinya terlebih dahulu selari dengan hukum alam atau tidak.
2) Menggalakkan manusia berfikir dan bercakap sesuatu yang benar (logik), bukan bercakap ikut kehendak hati semata-mata(ikut nafsu). Ini kerana hukum alam telah menetapkan, dengan cara berfikir sahaja manusia mampu bercakap dengan benar, sedangkan bercakap tanpa berfikir mengundang manusia ke lembah kesesatan.
3) Menjauhi kepuakan, sebab tiada lagi ahli-ahli kitab yang merasakan mereka sahaja layak bercakap pasal agama sehingga sanggup menghukum orang lain tidak Islamik dan sebagainya semata-mata tidak ikut ajaran mereka.
4) Menggalakkan manusia bergantung kepada Allah sebab nak dapat ilham yang benar memerlukan manusia itu jauh daripada menyekutukan Allah (menganggap ada manusia lain sama taraf dengan Tuhan sehingga boleh menghukum sesuatu tanpa bukti berupa hukum alam).
5) Melahirkan manusia yang berani kerana benar, bukannya spesis keldai liar yang takutkan singa.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
Dengan Mahunya Allah
Hadith dalam bahasa Arab yang bermaksud perkataan dalam bahasa melayu, speech/exposition/description dalam bahasa inggeris.
45:6. Ini adalah ayat-ayat Allah yang Kami membacakan kamu dengan benar; maka dengan hadis apakah, sesudah Allah dan ayat-ayat-Nya, yang mereka akan mempercayai?
Jika diterjemahkan hadis didalam ayat di atas, maka dengan perkataan apakah,...
Hadith Rasulullah = Perkataan Rasulullah = speech by Rasulullah.
Hadis mula dikumpul dari keturunan Nabi Muhammad saw pada 2 abad (200 tahun) selepas wafatnya Nabi Muhammad. Sistem pensahihan sesuatu hadis adalah dengan melihat kepada perawinya yang berketurunan Nabi Muhammad.
Disini bukanlah saya hendak mempertikaikan kesahihan sesuatu hadis, tetapi resikonya amatlah tinggi jika 200 tahun telah berlalu, barulah hendak dikumpulkan kembali perkataan-perkataan Beliau. Para penentang Islam pasti tidak melepaskan peluang untuk memalsukan hadisnya.
Allah yang Maha Mengetahui telah memberi petunjuk-Nya 1500 tahun yang lalu supaya kita berhati-hati dalam mempercayai sesuatu perkataan dengan merujuknya kembali kepada yang Satu, iaitu Allah. Dimana?
Surah yang ke-45, ayat yang ke-6 jelas menunjukkan Allah telah memperingatkan manusia, penganut Islam terutamanya, dalam perkataan manakah lagi yang hendak dipercayai setelah Allah menurunkan ayat-ayatNya.
Nabi Muhammad saw takkan bercakap sesuatu yang bercanggah dengan ayat-ayat Allah. Jika masih terdapat hadith-hadith yang bercanggah dengan Al-Quran, maka wajib bagi kita untuk menolaknya, tetapi jika masih terdapat hadith-hadith yang menyokong atau disokong dengan ayat-ayat Allah, maka ianya boleh diambil sebagai pelajaran.
Jadi, untuk mensahihkan sesuatu hadith, logiklah kiranya hadith itu dibandingkan dengan Kitab Allah terlebih dahulu sebelum mengambilnya sebagai pelajaran. Disini adalah menjadi kewajipan kita untuk berusaha mengembalikan Al-Quran sebagai sumber kehidupan yang telah ditinggalkan.
Sekian.

sr_rahmat- Siswa-Siswi
- Number of posts: 17
Reputation: 0
Credits: 1075
Registration date: 2009-07-01
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
Salaam,
Bagaimana status hadis yang disandarkan kepada nabi yang merupakan tambahan syariat yang sudah sedia ada dalam Al Quran.... sebagai contoh yang disebut "wuduk".... Allah dan RasulNya telah tetapkan hanya 4 anggota sahaja perlu dibasuh tetapi ajaran yang disandarkan kepada nabi sehingga 3 atau 4 anggota lagi yang perlu dibasuh.... apa tujuan tambahan tersebut ?
Bagaimana pulak yang langsung tidak disebut dalam Al Quran tetapi hadis yang disandarkan kepada nabi pulak ada menyebutnya sebagai contoh... turunnya Nabi Isa, Imam Mahdi atau Dajjal.... ?
Terima kasih.

Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1271
Registration date: 2009-07-01
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
sr_rahmat wrote:Disini bukanlah saya hendak mempertikaikan kesahihan sesuatu hadis, tetapi resikonya amatlah tinggi jika 200 tahun telah berlalu, barulah hendak dikumpulkan kembali perkataan-perkataan Beliau. Para penentang Islam pasti tidak melepaskan peluang untuk memalsukan hadisnya.
Saya setuju dengan pendapat saudara sr_rahmat. Bila kita minta berhati-hati dalam mempercayai riwayat hadis, bukannya kita tolak Rasulullah. Tetapi risiko mempercayai sesuatu kata-kata atas nama baginda tanpa dirujuk pada Al Quran terlebih dahulu boleh mengundang bahaya kepada akidah. Sebab kemungkinan kita berdusta atas nama Nabi adalah tinggi. Apatah lagi riwayat hadis itu digunakan sebagai ketetapan syariat yang ditokok tambah dari apa yang ditetapkan oleh Al Quran. Seolah-olah Al Quran itu tidak sempurna syariatnya dan memerlukan riwayat hadis untuk melengkapkan.
Jadi untuk selamat dari kerosakan akidah, adalah lebih baik kita perkuatkan pegangan terhadap Al Quran. Bila pegangan kita terhadap Al Quran sudah kuat, maka kita mudah menapis riwayat hadis yang tidak terjamin dipelihara oleh Allah.
Berkenaan riwayat hadis pasal turunnya Nabi Isa, Imam Mahdi atau Dajjal, adalah lebih baik kita anggap ianya cerita kiasan sahaja. Bukannya wajib diimani. Kalau kita fikir logik pun, apa erti diturunkan Nabi Isa untuk membetulkan umat manusia sekarang, sedangkan Allah sudah memberitahu yang nasib sesuatu kaum itu tidak akan diubah melainkan oleh kaum itu sendiri.
Nabi Isa adalah manusia untuk umat terdahulu. Baginda sudah berusaha mengubah nasib umat di zamannya. Kenapa pula Allah hendak bebankan baginda terhadap umat manusia zaman sekarang sedangkan tiada para Rasul terdahulu dibebankan seperti itu? Nak sedarkan umat sekarang, tanggungjawab manusia di zaman inilah sebab kita lagi memahami keadaan zaman ini berbanding manusia zaman dahulu.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
Salam,
Saya tertarik dengan soalan payau putih.Perlukah tambahan dlm. berwudhu'?
Dan kaitannya dengan QS5:6 dan QS5:3 dan adakah dipanggil bidaah-Sesuatu yg baru dlm. agama?Mana datangNya perihal2 hukum sunat?
Bgaiamana pula dengan QS17:110.
dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya[870] dan carilah jalan tengah di antara kedua itu."
Solat yg bagaimana yg. dimaksudkan di atas?

hkmail78- Siswa-Siswi
- Number of posts: 3
Reputation: 0
Credits: 1088
Registration date: 2009-06-03
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
QS 17:110
Bagaimana perintah Allah di dlm. ayat di atas membenarkan statement solat yg. sesuai dilakukan oleh kalian.Saya ingin dengar pendapat dr. kedua2 pihak.Yg pro AQ & yg pro Hadith? dlm menjelaskan persoalan di atas.Harap boleh berkongsi bersama,
asbab nuzul ayat di atas -Makkiyah @ Madaniyah.Dan adakah solat itu yg ditentukan waktunya-melibatkan persoalan kondisi(masa)?

17:110. Katakanlah, "Serulah Allah, atau serulah Yang Pemurah; apa sahaja yang kamu seru, bagi-Nya
nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang
demikian itu.
Bagi yang memahami definasi Solat adalah Belajar, ayat di atas membawa maksud untuk belajar, jangan terlalu berkeras dan memaksa sehingga tension (otak tertekan) dalam belajar atau jangan buat tak kisah pasal belajar sehingga jadi malas dan berotak lembab.
Belajarlah dengan jalan yang selasa untuk kita melakukannya (jalan pertengahan antara kedua-dua keadaan tersebut).
Oleh kerana belajar memerlukan waktu yang sesuai, sudah pasti ia terikat pada kondisi masa yang tertentu. Seperti ada ayat Al Quran menggalakkan kita bersolat (belajar) di tepi kedua siang (waktu awal pagi dan awal malam) kerana waktu tersebut manusia biasanya tidak kesibukan.
nama-nama yang paling baik." Dan janganlah kamu melantangkan dalam solat kamu, dan jangan juga mendiamkannya, tetapi carilah kamu satu jalan di antara yang
demikian itu.
Bagi yang memahami definasi Solat adalah Belajar, ayat di atas membawa maksud untuk belajar, jangan terlalu berkeras dan memaksa sehingga tension (otak tertekan) dalam belajar atau jangan buat tak kisah pasal belajar sehingga jadi malas dan berotak lembab.
Belajarlah dengan jalan yang selasa untuk kita melakukannya (jalan pertengahan antara kedua-dua keadaan tersebut).
Oleh kerana belajar memerlukan waktu yang sesuai, sudah pasti ia terikat pada kondisi masa yang tertentu. Seperti ada ayat Al Quran menggalakkan kita bersolat (belajar) di tepi kedua siang (waktu awal pagi dan awal malam) kerana waktu tersebut manusia biasanya tidak kesibukan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
fitrah hidup manusia pasti ada masa tertentu . macam makan , tidur ,rehat ada masa tertentu . solat jugak termasuk dalam fitrah . masa kita berhubung dgn tuhan iaitu solat juga di beri dalam quran .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
Kalau kita lihat perkataan dalam Al Quran, adanya menyebut perintah pasal makan (yang halal), minum (yang tidak memabukkan), kahwin (agar tidak berzina) dan pasal tidur (berehat). Ia adalah fitrah yang diperlukan dalam kehidupan manusia.
Namun kita tidak jumpa perintah belajar sedangkan belajar juga termasuk dalam perkara fitrah dalam kehidupan. Di sinilah kita nampak kenapa solat itulah belajar kerana tidak logik Al Quran yang banyak menekankan pasal berfikir itu, tiada perintah belajar. Tambahan lagi kita nampak kesan malas belajar akan menyebabkan seseorang umat jadi lemah.
Jadi, belajar itulah solat bagi orang yang mempercayai apa yang Allah datangkan. Dalam belajar, kita dituntut tunduk kepada hukum alam yang Allah cipta. Itu yang dimaksudkan dengan sujud atau ruku' itu. Sujud kepada Penetap hukum alam ini.
Tetapi ada tangan-tangan mengubah maksud ruku' dan sujud itu dengan membuat gerakan yang menyembah seperti kaum terdahulu menyembah patung-patung yang mereka anggap sebagai tuhan.
Apa erti buat gerakan yang dikatakan menyembah Tuhan, tetapi dalam hati engkar kepada hukum alam? Sudah pasti orang yang engkar kepada hukum alam akan mendapat kesan yang realistik iaitu jadi bangsa yang lemah dan berpecah-belah akibat malas belajar dan tahap pemikiran mereka jadi rendah sehingga berperangai macam budak-budak sahaja.
Namun kita tidak jumpa perintah belajar sedangkan belajar juga termasuk dalam perkara fitrah dalam kehidupan. Di sinilah kita nampak kenapa solat itulah belajar kerana tidak logik Al Quran yang banyak menekankan pasal berfikir itu, tiada perintah belajar. Tambahan lagi kita nampak kesan malas belajar akan menyebabkan seseorang umat jadi lemah.
Jadi, belajar itulah solat bagi orang yang mempercayai apa yang Allah datangkan. Dalam belajar, kita dituntut tunduk kepada hukum alam yang Allah cipta. Itu yang dimaksudkan dengan sujud atau ruku' itu. Sujud kepada Penetap hukum alam ini.
Tetapi ada tangan-tangan mengubah maksud ruku' dan sujud itu dengan membuat gerakan yang menyembah seperti kaum terdahulu menyembah patung-patung yang mereka anggap sebagai tuhan.
Apa erti buat gerakan yang dikatakan menyembah Tuhan, tetapi dalam hati engkar kepada hukum alam? Sudah pasti orang yang engkar kepada hukum alam akan mendapat kesan yang realistik iaitu jadi bangsa yang lemah dan berpecah-belah akibat malas belajar dan tahap pemikiran mereka jadi rendah sehingga berperangai macam budak-budak sahaja.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
hkmail78 wrote:QS 17:110
Bagaimana perintah Allah di dlm. ayat di atas membenarkan statement solat yg. sesuai dilakukan oleh kalian.Saya ingin dengar pendapat dr. kedua2 pihak.Yg pro AQ & yg pro Hadith? dlm menjelaskan persoalan di atas.Harap boleh berkongsi bersama,
asbab nuzul ayat di atas -Makkiyah @ Madaniyah.Dan adakah solat itu yg ditentukan waktunya-melibatkan persoalan kondisi(masa)?
Salaam,
Mungkin patut di buka topik khusus dalam persoalan ini... iaitu antara sholat ahli kalam dan pendokong yang dikatakan hadis nabi.... agar topik ini tidak bercampur aduk.
Hanya cadangan... terima kasih.

Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1271
Registration date: 2009-07-01
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
Saya telah menemui tulisan tentang doktrin sebenar anti hadis ini dan ingin berkongsi berkenannya dengan pembaca.. Saya rasa tentu tidak kena menceritakan tentang anti hadis tetapi gagal memberikan maklumat lengkap tentang fahaman mereka serta apa jawapan kepada tohmahan dan putar belit akal mereka tersebut.
20 Hujah Asas Golongan Anti Hadis dan Jawapannya.
Berikut disenaraikan 20 hujah asas (Primary Argument) yang dikemukakan oleh Golongan Anti Hadis untuk menolak hadis-hadis Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dari sisi syari’at Islam. Sekalipun kelihatan dalam laman-laman web mereka, terutamanya www.ropelist.com dan www.submission.org seolah-olah mereka memiliki banyak hujah dan alasan untuk menolak hadis, namun kesemua hujah-hujah tersebut hanyalah merupakan terbitan dari 20 kelompok hujah asas ini. Dengan terjawabnya atau lebih tepat tertolaknya 20 hujah asas ini maka tertolak juga puluhan hujah-hujah mereka yang lain.
Hujah Pertama:
Al-Qur’an adalah lengkap, terperinci lagi sempurna, maka kenapakah perlu dirujuk kepada hadis-hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Bukankah Allah Subhanahu waTa’ala telah berfirman di dalam al-Qur’an:
Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab (Al-Quran) ini. [al-An’aam 6 :38]
(Katakanlah) : Patutkah aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dia lah yang menurunkan kepada kamu kitab Al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu ? [al-An’aam 6 :114]
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman. [al-‘Araaf 7 :52]
Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya SATU-PERSATU. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya. [Hud 11:01]
Jawapan:
Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu waTa’ala apabila Dia menyatakan kesempurnaan, kelengkapan dan perincian kitab suci-Nya al-Qur’anul Karim, adalah merujuk kepada peranan yang dimiliki oleh al-Qur’an sebagai “kitab induk” yang telah mengusulkan pelbagai kaedah dan cara bagi umat manusia menerima dan mempraktikkan risalah Allah dalam kehidupan harian mereka sehingga ke Hari Akhirat.[1] Al-Qur’an adalah lengkap dan sempurna dalam konteks ia meletakkan asas-asas mentauhidkan Allah dan kaedah-kaedah menjanakan syari’at-Nya. Demikian juga, apabila dikatakan bahawa kitab al-Qur’an tidak meninggalkan atau terlupa apa-apa, ia bererti bahawa al-Qur’an tidak leka atau lengah dari menggariskan pelbagai kaedah serta prinsip penukilan hukum dan ajaran yang diperlukan umat untuk melaksanakan syari’at Allah yang indah ini dalam semua suasana dan keadaan.
Dalam suasana kelengkapan dan keterperincian inilah al-Qur’an meletakkan dasar serta prinsip yang jitu bahawa hadis serta sunnah Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam wajib dijadikan salah satu dari sumber syari’at yang ditaati, dirujuki dan dipegangi. Apabila hadis dan sunnah Rasulullah disisihkan, maka ia bererti menyisih sebahagian dari dasar dan prinsip penting yang digariskan oleh al-Qur’an; dan apabila hadis dan sunnah Rasulullah ditentang, ia bererti menentang sebahagian dari ajaran al-Qur’an itu sendiri.[2]
Adalah merupakan tindakan yang amat jahil apabila seseorang itu memahami ayat-ayat di atas secara zahir (face value) sehingga mereka berkata segala apa yang berkaitan dengan agama dan kehidupan di dunia ini telah diperincikan satu-persatu di dalam al-Qur’an. Jika inilah kefahaman mereka, maka penulis bertanya – jika pagi tadi kita bersarapan Mee Goreng dan ingin mengetahui hukumnya, bolehkah kita mencarinya di dalam al-Qur’an ? Pastinya kita tidak akan menemui keterangan tentang Mee Goreng. Maka apakah dengan itu Mee Goreng tersebut menjadi sesuatu yang halal, atau haram, atau sesuatu yang dilupai oleh al-Qur’an ?
Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31).[3] Inilah maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.
[1] Yusuf Qardhawi – Penghantar Kajian Islam: Studi Analistik Komprehensif tentang Pilar-pilar Substansial, Karakteristik, Tujuan dan Sumber Acuan Islam, ms 382.
[2] Lihat Ibnu Qayyim – I’lam al-Muwaqi’in, jld 2, ms 417.
[3] Lihat Quraish Shihab – Wawasan al-Qur’an: Tafsir Maudhu’i atas Pelbagai Persoalan Umat, ms 137-154. Amat dianjurkan menelaah buku ini bagi mengetahui pelbagai prinsip yang telah digariskan oleh al-Qur’an dalam pelbagai persoalan umat seperti pemakanan, pakaian, kerja dan sebagainya.

Jejak999- Siswa-Siswi
- Number of posts: 13
Reputation: 0
Credits: 1040
Registration date: 2009-08-02
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
Jejak999 wrote:

Apakah ini yang dinamakan soal sendiri jawab sediri... soalan di atas telahpun dijawab sendiri dengan berpandukan Al Quran, bererti tidak memerlukan riwayat hadis untuk menjelaskannya. Saya tidak menolak malah amat bersetujuh jwapan sendiri yang diberi seperti berikut;
Sebaliknya jika difahami ayat-ayat di atas sebagai yang menerangkan peranan al-Qur’an dalam meletakkan dasar serta prinsip syari’at dan kehidupan, pasti kita akan ketahui bahawa Mee Goreng tersebut adalah halal dan baik untuk dimakan, kerana al-Qur’an sedia menggariskan beberapa prinsip asas pemakanan, antaranya semua yang ada di mukabumi ini adalah halal untuk dimakan (Yunus 10:59) asalkan disembelih atas nama Allah (al-An’aam 6:121) atau dari sembelihan Ahli Kitab (al-Maidah 5:05) dan ia bukan bangkai atau daging khinzir (al-Maidah 5:03); dan bahawa umat Islam sangat dianjur makan (al-An’aam 6:142) asalkan mereka tidak berlebih-lebihan (al-A’raaf 7:31).[3] Inilah maksud dan cara sebenar mengguna-pakai ayat-ayat di atas yang menjadi asas perbincangan.
Cuma saya ingin tambahkan lagi dengan ayat2 Al Quran;
AQ 2:57. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan kamu, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada kamu; "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.
AQ 2:168. Wahai manusia, makanlah apa yang di bumi, yang halal dan baik, dan janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan; ia adalah musuh yang nyata bagi kamu.
Dan saya mahu mengulas sedikit berkenaan "cerita mee goreng" diatas, Allah telah menyatahkan makan rezeki yang baik lagi halal maka apa pun yang kita mahu sarapan sama mee gorengkah, nasi gorengkah atau mee supkah terserah kepada akal manusia itu.... yang penting ianya halal lagi baik.... Jika nak sarapan pun atau nak makan nak tanya Allah atau memerlukan Allah ajar.... maka apa guna akal yang Allah berikan itu.... takkan nak makan pun tidak boleh memikirkan dengan akal..... macam ini haiwan lagi baik.
Sekadar pandangan. Terima kasih.

Payau Putih- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1271
Registration date: 2009-07-01
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
Payau Putih wrote: Jika nak sarapan pun atau nak makan nak tanya Allah atau memerlukan Allah ajar.... maka apa guna akal yang Allah berikan itu.... takkan nak makan pun tidak boleh memikirkan dengan akal..... macam ini haiwan lagi baik.
Sekadar pandangan. Terima kasih.
Sebenarnya, bila kita berfikir dan mendapat petunjuk yang membolehkan kita mengenal mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, kita telah pun belajar dengan Allah. Tetapi ramai yang tidak sedar keadaan ini sebab mereka anggap Allah itu terlalu jauh dalam kehidupannya.
Sebab itulah, taktik syaitan nak jauhkan manusia daripada Allah adalah dengan melarang manusia itu daripada berfikir. Bila manusia takut berfikir, mereka akan mudah menurut sangkaan sahaja. Mereka tidak ikut ketetapan-ketetapan Allah (hukum alam) yang ada di alam semesta ini, tetapi mengikut kata hati mereka sahaja.
Sebab itulah, hidup ini kena selalu fikir masak-masak. Bukan main buat ikut rasa sahaja atau ikut. Jangan cepat percaya cakap orang melainkan ada bukti-bukti yang nyata.
Sedangkan para Rasul pun kena berdakwah dengan bawakan bukti-bukti yang nyata bagi membuktikan mereka berkata benar, apakah patut kita main percaya sahaja ajaran seseorang manusia itu tanpa melihat bukti-bukti yang nyata atas alasan orang itu berstatus ulamak atau tok guru?
Jangan gadaikan akidah untuk mengikut sesuatu yang kita tidak tahu. Semua yang kita buat akan dipertanggungjawabkan. Ketika di akhirat kelak, jangan nak salahkan orang lain sebab kita buat sesuatu itu ikut ajaran atas nama-nama orangt terdahulu. Belajar bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan sendiri.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
Juang wrote:Payau Putih wrote: Jika nak sarapan pun atau nak makan nak tanya Allah atau memerlukan Allah ajar.... maka apa guna akal yang Allah berikan itu.... takkan nak makan pun tidak boleh memikirkan dengan akal..... macam ini haiwan lagi baik.
Sekadar pandangan. Terima kasih.
Sebenarnya, bila kita berfikir dan mendapat petunjuk yang membolehkan kita mengenal mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, kita telah pun belajar dengan Allah. Tetapi ramai yang tidak sedar keadaan ini sebab mereka anggap Allah itu terlalu jauh dalam kehidupannya.
Sebab itulah, taktik syaitan nak jauhkan manusia daripada Allah adalah dengan melarang manusia itu daripada berfikir. Bila manusia takut berfikir, mereka akan mudah menurut sangkaan sahaja. Mereka tidak ikut ketetapan-ketetapan Allah (hukum alam) yang ada di alam semesta ini, tetapi mengikut kata hati mereka sahaja.
Sebab itulah, hidup ini kena selalu fikir masak-masak. Bukan main buat ikut rasa sahaja atau ikut. Jangan cepat percaya cakap orang melainkan ada bukti-bukti yang nyata.
Sedangkan para Rasul pun kena berdakwah dengan bawakan bukti-bukti yang nyata bagi membuktikan mereka berkata benar, apakah patut kita main percaya sahaja ajaran seseorang manusia itu tanpa melihat bukti-bukti yang nyata atas alasan orang itu berstatus ulamak atau tok guru?
Jangan gadaikan akidah untuk mengikut sesuatu yang kita tidak tahu. Semua yang kita buat akan dipertanggungjawabkan. Ketika di akhirat kelak, jangan nak salahkan orang lain sebab kita buat sesuatu itu ikut ajaran atas nama-nama orangt terdahulu. Belajar bertanggungjawab terhadap apa yang kita lakukan sendiri.
ya betul, org terdahulu itu terlalu b0doh & singkat ilmunya, macam keldai yg layak ditunggang saja kerana beragama tanpa memikir, solat berlaga bontot, tunggang tunggik macam org tak berakal lagaknya tapi ikutlah pencerahan agama dari tuan Juang yg tak payah lagi solah dgn cara lama tapi cukuplah sekadar membaca buku sahaja asalkan kita belajar kerana belajar itulah sebenar2 solah sepertimana yg disyarahkan oleh tuan juang, encik selipar dll ,
betapa berilmu & tingginya fikiran tuan juang kerana telah mencerahkan bab solah yg majoriti manusia tidak memahaminya walaupun sudah hidup berpuluh tahun tapi buta kerana ceteknya akal manusia2 tersebut, bravoo

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
nabi ibrahim dulu mengajar manusia di rumah allah , rumah ibadat .. kau ingat nabi ibrahim mengajar meneymbah ker .. kau bawak cerita pagan lepah tu hang nak jadi pangan ..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
slipar wrote:nabi ibrahim dulu mengajar manusia di rumah allah , rumah ibadat .. kau ingat nabi ibrahim mengajar meneymbah ker .. kau bawak cerita pagan lepah tu hang nak jadi pangan ..
bravooo, jom kita solat dgn BACA BUKU

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
baca buku tu badak tadika .. study la clah sikit , nak kelah lagi mengingati allah ..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
slipar wrote:baca buku tu badak tadika .. study la clah sikit , nak kelah lagi mengingati allah ..
buat apa ingat Allah? solahkan bukan tunggang tunggik? solat tu membaca aja kan kan tuan selipar

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
apa2 lah tuan semut ..

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18
Re: Memperbetulkan Definasi HADIS
semut api wrote:slipar wrote:baca buku tu badak tadika .. study la clah sikit , nak kelah lagi mengingati allah ..
buat apa ingat Allah? solahkan bukan tunggang tunggik? solat tu membaca aja kan kan tuan selipar
Betul2, saya sokong cik semut api.... satu jawapan yang bagus...Jadi, sila lah bidas balik wahai puak2 'solat'.....tolong kawan hampa tu...

Jejak999- Siswa-Siswi
- Number of posts: 13
Reputation: 0
Credits: 1040
Registration date: 2009-08-02
Page 1 of 7 • 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 
Similar topics» Memperbetulkan Definasi HADIS
» Hadis dua versi??
» Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??
» Persamaan Gospel & Riwayat Hadis
» Sejauh mana kepentingan riwayat hadis dalam Islam?
» Hadis dua versi??
» Flip-flop perintah solat dalam riwayat hadis israk mikraj??
» Persamaan Gospel & Riwayat Hadis
» Sejauh mana kepentingan riwayat hadis dalam Islam?
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 7
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum