Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Apabila Allah Perlihatkan...

View previous topic View next topic Go down

Apabila Allah Perlihatkan...

Post by Juang on Mon Jul 13, 2009 12:28 pm

Apabila Allah perlihatkan kaum yang tidak mentaati hukum alam akan menerima nasib malang di dunia, golongan yang taksub pada amalan nenek moyang membantah dengan nyata. Bagi mereka, biarlah umat mereka lemah dan berpecah-belah gara-gara malas belajar dan berfikir pasal hukum alam, asalkan ajaran bapa-bapa mereka dipertahankan dan jangan dipersoalkan kesan ajaran tersebut. Mereka bergembira atas kesengsaraan kaum mereka sendiri yang tertindas di sana-sini.

Macam mana ada manusia yang mengaku Islam, tetapi tergamak bergembira atas kesengsaraan orang lain? Nasib manusia (umat sendiri) tidak difikirkan, tetapi ajaran nenek moyang itu yang mereka pertahankan. Kenapa mereka tidak memikirkan di mana salah dan silap ajaran bapa-bapa mereka yang hasilnya setakat memalaskan umat mereka?

Di mana mereka letakkan mata dan telinga mereka, dan apakah mereka tidak mempunyai akal untuk membuat perbandingan kenapa ada bangsa lain yang dulunya berada dalam zaman gelap, tetapi Allah telah mengeluarkan mereka sehingga jadi bangsa yang bijak ilmu alam?

Kebiasaannya golongan sebegitu lebih mempertahankan puak daripada mempertahankan kebenaran. Walaupun jelas mereka berpegang sesuatu yang dusta dan tiada hukum alam sebagai bukti yang kesannya Allah sudah perlihat dengan nyata iaitu umat mereka jadi lemah dan berpecah-belah, tetapi demi mempertahankan perasaan bangga diri kononnya umat mereka umat terbaik, nasib kaum mereka yang menderita dengan ajaran sebegitu tidak dihiraukan. Begitulah sikap manusia yang bergembira dengan penderitaan orang lain.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Apabila Allah Perlihatkan...

Post by Admin on Mon Jul 13, 2009 12:47 pm

Allah sudah memperlihatkan keadaan umat islam sekarang ini (berpecah-belah, hidup berpuak-puak dan berbunuhan, lemah) namun mereka masih tidak sedar-sedar. Ada di kalangan mereka yang mungkin sudah nampak kebenaran (ajaran al-quran sahaja) dan sudah sedar betapa dustanya ajaran nenek moyang mereka. tapi disebabkan ketaksuban pada riwayat hadis dan tok guru serta begitu terasa 'sayang' jika meninggalkan ajaran nenek moyang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. mana tidaknya, segala persoalan2 agama mereka rujuk tok guru bukan al-quran. tidakkah mereka sedar bahawa al-quran itu memberi petunjuk pada jalan yang paling tegak?

17:9. Sesungguhnya al-Qur'an ini memberi petunjuk pada jalan yang paling tegak, dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang membuat kerja-kerja kebaikan bahawa bagi mereka upah yang besar,

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Apabila Allah Perlihatkan...

Post by Juang on Mon Jul 13, 2009 1:00 pm

Kadang-kadang kita naik hairan, mereka ambil sesuatu ajaran itu dalam keadaan berfikir atau tidak? Takkan mereka tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk?

Jika sesuatu ajaran setakat menghasilkan umat yang lemah dan malas kaji ilmu alam, takkan itu ajaran daripada Allah kepada RasulNya? Sedangkan Allah sendiri buat alam semesta ini mengikut hukum alam, bukannya magik atau sihir, macam mana mereka boleh ambil agama yang berunsur magik (tidak ikut hukum alam). Macam mana mereka boleh dipesongkan daripada ajaran yang lurus daripada para Rasul terdahulu?

Mereka nak tunggu petunjuk macam mana lagi untuk sedar? Nak tunggu bulan terbelah lagi baru nak sedar? Bukankah Allah sudah belah bumi sehingga menghasilkan ombak tsunami yang memusnahkan kawasan yang penduduknya sibuk berpecah-belah sesama sendiri? Tapi semua itu tidak dirasakan pelik atau ajaib, sebab Allah yang buat. Kalau manusia buat, baru nak rasa ajaib.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Apabila Allah Perlihatkan...

Post by Adli on Tue Jul 14, 2009 12:03 am

3:110. Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu mempercayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

Apakah ciri-ciri umat terbaik?
1) Menyuruh kepada perkara yang baik, seperti belajar ilmu alam agar mentaliti ditingkatkan sebab akhlak Rasulullah itu bijaksana, bukan beragama secara menurut dan b0doh.
2) Melarang yang mungkar iaitu menjauhi segala punca perpecahan ummah seperti taksub pada sesuatu puak dalam beragama, seolah-olah puak mereka sahaja Islamik.
3) Mempercayai Allah iaitu membuktikan dengan percaya kepada hukum alam. Sebab siapa lagi yang tetapkan hukum alam ini kalau bukan Allah?

Namun ciri-ciri umat terbaik ini sudah tiada dalam akhlak umat Islam sekarang sebab;
1) Mereka pemalas belajar ilmu alam atas alasan itu semua urusan dunia.
2) Mereka tidak kisah berperang sesama sendiri bunuh membunuh. Ada yang bergembira bila melihat nasib kaumnya derita asalkan ajaran nenek moyang dipertahankan.
3) Mereka sudah tidak tunduk pada hukum alam sebab lemah dalam ilmu alam. Dengan kata lain, mereka tidak tunduk kepada Allah lagi. Sebaliknya mereka lebih tunduk pada kata-kata ahli-ahli kitab mereka yang tiada hukum alam sebagai bukti yang nyata. Main pakai turut sahaja macam tiada otak untuk membezakan mana yang benar dan mana yang dusta.

Sekirannyalah ahli-ahli kitab itu tunduk kepada hukum alam Allah ini, sudah tentu ianya lebih baik bagi mereka. Sebab dengan tunduk kepada hukum alam, akal manusia akan meningkat.

Walaupun ada di antara ahli-ahli kitab itu yang beriman, tetapi kebanyakan mereka adalah fasiq kerana menjual agama demi mempertahankan status "keulamakan" mereka agar disanjung masyarakat. Tangan-tangan mereka itulah yang pernah menyesatkan kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu, dan kini umat Islam kebanyakannya telah mengikut jejak-jejak syaitan yang suka manusia sembah manusia (menurut membuta-tuli dalam beragama tanpa mengira ia selari dengan hukum alam ke tidak).

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Apabila Allah Perlihatkan...

Post by Adli on Tue Jul 14, 2009 12:19 am

3:111. Mereka sekali-kali tidak akan dapat membuat mudharat kepada kamu, selain dari gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan.

Ayat ini memang benar-benar terjadi di forum ini. Jika di forum yang mereka kawal, mereka akan padam tulisan-tulisan yang membongkar tipu-daya ajaran nenek moyang mereka atau mem"ban" forumer yang tidak sepuak dengan mereka. Tetapi di forum yang terbuka, mereka tidak mampu membuat mudarat kepada golongan beriman, kecuali dengan gangguan dan celaan sahaja. Mereka setakat mampu mengejek.

Tetapi Allah buktikan, ejekan mereka itu tidak mengurangkan pun ilham yang disampaikan kepada golongan yang tunduk kepada hukum alamNya. Sebaliknya setiap hari ada sahaja ilham yang Dia sampaikan untuk membongkar tipu-daya ahli-ahli kitab tersebut.

Dan telah terbukti, "peperangan" hujah di medan terbuka sebegini telah menyebabkan mereka berpaling lari ke belakang seperti keldai liar takutkan singa. Di alam siber pun Allah sudah kalahkan mereka. Apakah Allah akan tolong golongan berdusta itu di akhirat kelak?

Takkan Allah nak tolong orang yang tidak tolong menegakkan kebenaran? Banyak cantik muka mereka nak mengharap pertolongan Allah di akhirat kelak sedangkan ketika di dunia mereka bukannya nak tolong tegakkan kebenaran, sebaliknya mereka itulah yang banyak menyembunyikan kebenaran Kitab-kitab Allah. Mereka itulah yang suka mengambil selain hukum alam untuk dijadikan pegangan.

Pegangan yang dusta, sudah pasti pegangan yang lemah. Mereka seperti memegang angin sahaja. Hakikatnya agama mereka kosong. Sebab itulah bila berhujah, hati mereka lemah dan mudah berpaling ke belakang. Setiap kali kata-kata mereka dipatahkan, mereka bawakan emosi untuk mengejek-ejek sahaja. Itulah gangguan yang mampu mereka lakukan. Sebijik perangai kaum kafir terdahulu.

Dan Allah sudah buktikan, mereka tidak ditolong. Allah tidak kurniakan mereka ilham untuk mematahkan hujah, disebabkan selama ini mereka bukannya berfikir dalam beragama, tetapi main turut apa yang disogok oleh ahli-ahli kitab mereka terdahulu. Padahal Al Quran banyak sekali sebut pasal perangai buruk ahli-ahli kitab, tapi boleh pula mereka main percaya membuta-tuli kata-kata ahli-ahli kitab mereka.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Apabila Allah Perlihatkan...

Post by Adli on Tue Jul 14, 2009 12:36 am

3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu adalah kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikian itu adalah kerana mereka melakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.

Dan jelas umat mereka telah ditimpa kehinaan di merata dunia dengan cerita perpecahan dan perebutan kuasa sesama sendiri sampai bunuh-membunuh. Ada yang kalah dalam peperangan, tertindas mahupun disembelih seperti lembu atau kerbau yang dikorbankan.

Yang peliknya, biarpun nampak saudara-saudara mereka ditimpa kehinaan sedemikian rupa, bila diperingatkan dengan ayat-ayat Allah, mereka tak sedar-sedar diri. Sombong dengan Al Quran. Sombong dengan hukum alam. Patutlah dapat kehinaan sebegitu rupa. Di alam siber pun Allah sudah kalahkan mereka sehingga bertempiaran lari. Memalukan sungguh!

Kecuali mereka kembali berpegang pada tali Allah, iaitu ikatan perjanjian untuk tunduk kepada kebenaran yang selari dengan hukum alam. Sedangkan Allah cipta alam seluas ini pun ada logiknya dan ada hukum alamnya, macam mana ada manusia yang tidak berakal itu pergi beragama tak guna logik dan tidak selari dengan hukum alam?

Dan kembali kepada tali kasih-sayang sesama manusia untuk menjauhi kepuakan tetapi saling mengasihi semua manusia tidak kira bangsa dan agama. Itulah akhlak Rasulullah yang patut diikuti. Malangnya mereka sesama agama dan sesama yang solat diseragamkan pun tidak berkasih sayang. Mereka sibuk mengutuk dan mencela pemimpin sendiri sebab nak berebut kuasa.

Dan jelas beban kemurkaan Allah ditimpakan kepada mereka iaitu menjadi manusia yang b0doh dan kekurangan ilham serta ditimpa kemiskinan biarpun mereka anak watan tanahair mereka. Malu sungguh, penduduk pribumi lebih lemah dan miskin berbanding kaum pendatang. Bila diajak belajar ilmu alam dan tinggalkan amalan nenek moyang yang memudaratkan akal, mereka berbantah. Takde otak punya kaum!

Itu semua balasan kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah iaitu segala kata-kata yang selari dengan hukum alam, sebab yang mengilhamkan segala kata-kata yang benar dan selari dengan hukum alam itu adalah Allah. Tetapi sedikit sekali mereka memikirkan perkaitan ini. Bukan tidak pernah para Nabi terdahulu dibunuh oleh golongan taksub pada ahli-ahli kitab itu. Begitulah kotornya hati mereka akibat beragama tak guna akal.

Dan semua itu juga adalah balasan Allah kerana keengkaran mereka terhadap sesuatu yang selari dengan hukum alam dan mereka mencabuli Kitab terdahulu yang jelas selari dengan hukum alam juga. Mereka sembunyikan ajaran sebenar Kitab Allah dengan mengambil riwayat hadis yang tidak ada keselarian dengan Kitab dan hukum alam.

Mereka lebih tunduk kepada kata-kata tok guru mereka biarpun tidak ada bukti yang selari dengan hukum alam. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Apabila Allah Perlihatkan...

Post by Adli on Tue Jul 14, 2009 12:49 am

3:113. Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang membaca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan bersujud.

Ahli-ahli kitab atau alim-ulamak itu tidaklah semuanya sama sehingga perlu dipercayai membuta-tuli kata-kata mereka. Walaupun ada ahli-ahli kitab yang kebanyakannya fasiq, tetapi ada yang tegak dan lurus agamanya. Mereka itu adalah orang yang membaca ayat-ayat Allah di tengah malam dan sujud kepada hukum alam. Dengan kata lain, mereka baca ayat-ayat Allah, mereka fikirkan secara logik (selari dengan hukum alam).

Kenapa digalakkan membaca ayat-ayat Allah di tengah malam? Sebab pada waktu ini, suasana sunyi dan sesuai untuk berfikir. Nak fikir secara logik, memerlukan ketenangan. Semakin tenang suasana, semakin ilham berjela-jela. Sebab itulah Rasulullah buktikan ilham logiknya (Al Quran) itu berjela-jela. Tetapi orang kafir tak mampu melakukan sedemikian sebab mereka beragama secara bengkok dengan taat pada kata-kata tok guru mereka tanpa mengira selari dengan hukum alam atau tidak.

Asalkan tok guru mereka menyuap, mereka telan membuta-tuli, sampaikan tulang-tulang ikan pun mereka telan. Macam mana tak tercekik? Begitulah perumpamaannya bagi manusia yang mahu memikirkan ayat-ayat Allah di tengah malam.

Bagi kaum yang menyembah seperti kaum kafir terdahulu menyembah patung atau berhala, sujud kepada Allah dengan tundukkan kepala ke bumi sahaja. Sedangkan makhluk Allah lain pun bersujud juga, tapi tidak pun perlu tundukkan kepala ke bumi. Ini menunjukkan, erti sujud yang sebenar adalah dengan sujud pada hukum alam Allah, sebab makhluk lain semua tunduk pada hukum alam. Mereka sanggup tunduk kepada manusia sebagai khalifah.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Apabila Allah Perlihatkan...

Post by Adli on Wed Jul 15, 2009 4:46 am

3:114. Mereka mempercayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan mereka bersegera dalam kebajikan; mereka itulah orang-orang salih.

Ciri-ciri ahli kitab yang lurus dan menegakkan kebenaran adalah;
1) Mempercayai Allah dengan membuktikan dirinya tunduk kepada sesuatu yang selari dengan hukum alam seperti Kitab Al Quran. Sedangkan Allah mencipta manusia pun selari dengan hukum alam (tidak pernah kita jumpa kejadian manusia dari sesuatu yang tak logik), macam mana boleh ada manusia beragama tidak ikut hukum alam?

2) Mempercayai Hari Akhir, iaitu adanya hari kebangkitan dan pembalasan selepas dimatikan di dunia ini. Kepercayaan mereka itu diterjemahkan dengan cara takut untuk berdusta (berpegang pada sesuatu yang tiada hukum alam sebagai bukti). Hanya orang yang tidak percaya hari akhirat sahaja sanggup mendustai agama biarpun mereka kata mereka beriman pada hari akhirat. Allah Tahu tahap iman setiap manusia, siapa yang benar dan siapa yang berdusta.

3) Menyuruh berbuat baik iaitu mengajak manusia mencintai ilmu Allah (sesuatu yang benar dan selari dengan hukum alam) supaya semua manusia jadi bijak. Bila ramai manusia jadi bijak, mereka mudah menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Bila mudah membezakan baik-buruk, mudahlah keburukan itu dijauhi. Masyarakat akan hidup aman damai dan makmur.

4) Melarang yang mungkar iaitu melarang daripada hidup berpuak-puak gara-gara taksub pada seseorang tok guru. Kewujudan puak-puak dalam umat Islam sekarang sebab mereka jadikan agama itu kena dipelajari secara taksub pada seseorang tok guru sedangkan mereka tahu akhlak Rasulullah tidak beragama secara begitu. Baginda mengambil semua kebenaran tidak kira daripada siapa yang sampaikan, sebab semua yang benar itu hakikatnya datang daripada Allah. Macam mana nak bezakan mana yang benar dan mana yang dusta? Bandingkan sama ada ianya selari dengan hukum alam atau tidak. Jika selari, bermakna itulah kebenaran.

5) Bersegera berbuat kebajikan. Bila mereka nampak sesuatu yang ada manfaatnya, mereka bersegera nak mencapainya. Ini kerana semua manusia tidak tahu bila dia akan mati. Jadi, menangguh-nangguhkan sesuatu yang membawa kebaikan, itu bukan ciri-ciri orang beriman sebab manusia itu seolah-olah yakin dia akan hidup lama lagi, sedangkan entah esok atau lusa kita semua akan pergi. Jadi, bila diseru kembali kepada Al Quran, apakah manusia itu akan bersegera kepada ajaran Al Quran, atau menunggu-nunggu kedatangan azab yang pedih baru nak menyesal?

Itulah ciri-ciri ahli kitab atau alim-ulamak yang soleh. Tapi kalau mereka menyeru selain Allah (mentaati kata-kata atas nama manusia terdahulu yang tidak selari dengan hukum alam), jelaslah itu sebenarnya bukan ulamak, tetapi syaitan sebab syaitan itu tidak bertindak selari dengan hukum alam.

Cuba renung kisah iblis dahulu. Kenapa dia termasuk kategori syaitan? Sebab dia tidak tunduk selari dengan hukum alam. Allah cipta alam ini dengan meletakkan manusia sebagai khalifah, tetap iblis tidak tunduk pada hukum tersebut. Jadi, manusia yang hidup tidak tunduk pada hukum alam, hakikatnya mereka sama perangainya macam iblis.

Manusia yang berhati syaitan, mereka boleh hidup bergembira melihat kesengsaraan orang lain. Mereka suka tengok orang lain hidup terseksa. Mereka bukannya kisah sangat nasib kaumnya sendiri yang terseksa dan menderita akibat mengikut ajaran agama yang memalaskan mereka kaji alam. Bila kita seru kembali kepada Al Quran, mereka sekadar datang untuk mengejek tanpa bawakan apa bukti-bukti yang boleh difikirkan untuk mengeluarkan nasib umat mereka yang sudah lemah dan berpecah-belah itu.

Apakah mereka tidak sedar yang setiap yang manusia buat itu ada balasannya. Apakah Allah tidak akan mendatangkan azab bencana kepada kaum mereka? Sebelum tsunami sampai, tiada siapa pun terfikir akan kejadian itu akan berlaku dalam masa terdekat. Sebab sunnah kedatangan azab Allah itu memang terjadi tanpa disangka-sangka.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Apabila Allah Perlihatkan...

Post by Adli on Wed Jul 15, 2009 4:58 am

3:115. Dan apa sahaja kebaikan yang kamu buat, tidaklah kamu akan dinafikan; dan Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.

Menyeru manusia kembali kepada Al Quran juga termasuk dalam kerja-kerja kebaikan, biarpun orang kafir itu membencinya. Biarlah orang kafir itu membenci sedalam mana sekali pun, biarlah mereka bergembira hidup di atas kesengsaraan orang lain, seruan mengajak manusia kembali kepada sesuatu yang haq adalah tugas golongan beriman. Sebab itulah sunnah para Rasul terdahulu iaitu mengajak manusia tunduk kepada sesuatu yang haq (selari dengan hukum alam), bukannya tunduk atau taksub kepada tok guru membuta-tuli.

Biarlah diejek dan dihina macam-macam, Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa. Sebab itulah biarpun orang kafir itu membantah dan menghukum apa yang orang beriman sampaikan itu tidak betul, tetapi orang kafir itu tidak akan mampu tunjukkan atau quote mana kata-kata yang tidak betul, dan apa yang betulnya daripada diri mereka.

Sebaliknya, Allah terus memberikan ilham kepada orang yang membuat kerja-kerja kebaikan itu untuk membongkarkan tipu-daya syaitan yang mahu menyesatkan manusia agar tunduk kepada selain daripada hukum alam. Itulah bukti yang menunjukkan Allah tidak menafikan apa jua kebaikan yang kita buat.

Cuba kita renungkan, kenapa Rasulullah dikurniakan ilham (wahyu) Al Quran, sedangkan kaum kafir itu hanya mampu berkata pendek "inilah sihir yang nyata"? Itulah beza akhlak Rasulullah dan akhlak orang kafir.

Orang kafir adalah kaum yang pemalas berfikir. Bila pemalas berfikir, mereka tiada ilham untuk mengatakan sesuatu yang benar. Mereka setakat mampu menghukum orang lain tidak betul tanpa membawa apa-apa bukti yang betul dari diri mereka sendiri.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum