Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Tips Menenangkan Jiwa

View previous topic View next topic Go down

Tips Menenangkan Jiwa

Post by Adli on Fri Jul 10, 2009 2:43 am

Ketenangan jiwa penting untuk memastikan hidup yang sihat dan sejahtera. Jiwa yang tenang memudahkan manusia berfikir dan mendapat ilham. Melihat kepanjangan Al Quran, jelas menunjukkan Rasulullah itu seorang yang tenang jiwanya. Wahyu itu tidak akan diturunkan ke dalam jiwa yang tengah kepanasan beremosi sebab ketika itu pasti manusia akan hilang pertimbangan yang waras dan berkata mengikut nafsu sahaja (ikut rasa).

Oleh kerana ketenangan jiwa ada kaitan dengan pemikiran, maka adalah penting seseorang manusia itu melakukan sesuatu yang boleh menjamin ketenangan jiwa. Supaya manusia itu mampu membuat kebaikan dan menjauhi kerosakan.

Jiwa yang sihat, jantung pun selamat. Jiwa yang kepanasan, sudah pasti menyebabkan jantung berdegup kencang. Sebab itulah jika Rasulullah itu berdusta, sudah pasti jantungnya akan berdegup kencang dan akan memutuskan saluran darahnya yang menyebabkan nyawanya tercabut.

Jantung yang berdegup kencang juga akan menyebabkan manusia jadi takut. Sebab itulah orang yang menyekutukan Allah dan mendustai agama itu jadi takut untuk menegakkan kebenaran. Mereka akan berpaling lari bagai syaitan yang dibakar oleh kebenaran.

Berikut adalah antara tips untuk menenangkan jiwa:

1) Berpeganglah pada sesuatu yang ada bukti-bukti yang nyata, jelas, kukuh, berfakta yang dibenarkan oleh hukum alam dan jauhilah dusta dan perkara yang diada-adakan.

2) Perbanyakkan membuat kebaikan kerana segala yang baik menghapuskan dosa.

3) Tidak mencintai dunia iaitu dengan cara sedar bahawa dunia ini sekadar persinggahan sebelum tiba hari Akhir. Selalu ingat kematian.

4) Perbanyakkan memberi daripada mengharap menerima sesuatu daripada orang lain.

5) Lakukan segala sesuatu yang bermanfaat untuk kepuasan diri, bukan kerana mengharapkan upah, pujian atau pangkat.

6) Mengasihi sesama manusia, dan jauhi permusuhan serta mudah memaafkan orang lain.

7) Jangan menganiaya atau bersubahat membuat kejahatan kerana setiap dosa menghapuskan amal kebaikan. Malah balasan Allah terhadap segala kejahatan itu menyebabkan jiwa tertekan.

8) Tidak cepat berputus asa dengan rahmat Tuhan dan sentiasa optimis dalam menempuh cabaran mendatang.

9) Tidak menyalah apa yang ditakdirkan. Redha menerima apa yang Allah tentukan dengan kuatkan kesabaran.

10) Tumpukan pada sesuatu bidang yang diminati kerana ia boleh membentuk kekuatan jiwa dan kesabaran.


Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Tips Menenangkan Jiwa

Post by Adli on Fri Sep 04, 2009 5:54 am

11) Buang penyakit bangga diri dengan anutan kaum sendiri kononnya Islam dan kaum lain semuanya kafir.

12) Jangan bersangka buruk terhadap manusia lain lebih-lebih lagi yang tidak sebangsa.

13) Beragama dengan mendengar semua ucapan dan memilih yang terbaik. Untuk jadi orang yang terbaik, kenalah pandai memilih yang terbaik.

14) Yang menurut membuta-tuli kata-kata orang tanpa berfikir panjang dan masak-masak.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Tips Menenangkan Jiwa

Post by semut api on Wed Sep 23, 2009 11:56 am

hanya satu tip yg ada iaitu dgn MENGENAL Allah sebaik2nya & bukan sekadar cerita tanpa dapat menyaksikanNYA

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tips Menenangkan Jiwa

Post by Juang on Fri Sep 25, 2009 7:57 am

Al Quran membawa pelbagai cerita kaum terdahulu sehingga orang yang membacanya dengan jujur dan ikhlas mampu mengenal Allah. Sebab itulah dikatakan Al Quran itu mukjizat. Tetapi orang kafir tidak mempercayainya.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tips Menenangkan Jiwa

Post by semut api on Sat Sep 26, 2009 2:41 pm

Juang wrote:Al Quran membawa pelbagai cerita kaum terdahulu sehingga orang yang membacanya dengan jujur dan ikhlas mampu mengenal Allah. Sebab itulah dikatakan Al Quran itu mukjizat. Tetapi orang kafir tidak mempercayainya.


pernahkah kamu berdialog dgn yg kamu chopkan sebagai kafir tersebut??????????

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tips Menenangkan Jiwa

Post by Adli on Sat Sep 26, 2009 11:29 pm

Orang beriman tidak menghukum mana-mana individu itu kafir. Sebab tugas menghukum akidah manusia adalah tugas Allah. Hanya orang yang menyekutukan Allah (perasan dirinya tuhan) sahaja berani menghukum akidah orang lain.

Tugas orang beriman adalah untuk membezakan apakah ciri-ciri golongan yang lurus dan apakah ciri-ciri golongan yang sesat supaya manusia mudah memilih jalan hidup mana yang terbaik.

Jadi tiada mana-mana orang beriman di sini mencop mana-mana individu itu kafir. Kalau ada, sila buktikan individu mana telah dicop kafir, jangan main fitnah sahaja. Buruk perangai. Malulah sikit dengan Allah tu.

Seperti dalam Al Quran, tidak pula Nabi Muhammad menghukum mana individu ahli-ahli kitab yang berdusta dan menyesatkan. Mereka yang berdusta itu akan panas dengan sendirinya kerana mereka sedar mereka berdusta.

Yang kafir itu akan rasa panasnya biarpun golongan beriman hanya sampaikan peringatan secara umum (peringatan seluruh alam). Allah memasukkan hati mereka (orang kafir itu) dalam kepanasan bila mendengar nasihat... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum