Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


BERHENTI !!!!

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Thu Jul 09, 2009 8:49 am

Kalo dalam politik tak mampu bentuk jemaah, bukankah itu dah tanda-tanda berpecah-belah? Sebab itu dalam Al Quran, mana ada kisah para Rasul bentuk jemaah nak berebut kuasa? Nabi Musa dan Nabi Harun nak nasihatkan Firaun yang zalim itu pun guna cara berdepan dengan berhujah. Baginda bawakan bukti-bukti yang nyata. Bukannya dengan cara buat ceramah dan kutuk pemimpin dari belakang. Itu cara orang bacul sahaja.

Sebenarnya dari segi kenegaraan, Malaysia ini sudah banyak mengamalkan ajaran Al Quran. Terutama keadilan dalam memberikan pendidikan. Pendidikan itulah asas Al Quran sebab Al Quran sendiri suruh manusia membaca dan belajar. Jadi kalo ada puak buat jemaah atas alasan kerajaan sekarang tidak Islam, itu hanya penipu sahaja.

Kalau mereka nak berpolitik secara matang, sepatutnya mereka tidak guna agama untuk menghukum orang mengikut nafsu mereka, tetapi mereka bertanding secara realistik iaitu dengan masing-masing bawakan idea-idea terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu dalam negara. Itu barulah politik yang betul.

Tetapi sekadar guna nama agama dan menghukum ikut nafsu musuh politik mereka, itulah perpecahan yang digemari syaitan, sebab kaum Yahudi dulu pun berpuak kerana perasan mereka sahaja yang dikasihi Allah. Sekarang ada yang berpuak atas alasan puak mereka sahaja Islamik dan puak lain tidak Islamik. Nampak tak persamaan mereka macam kaum Yahudi terdahulu.

Itulah yang kita hairan dengan perangai mereka yang kononnya ikut sunnah Nabi, tetapi mereka tidak ambil pun pengajaran Al Quran yang tiada kisah para Rasul buat jemaah nak berebut kuasa politik.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Thu Jul 09, 2009 1:16 pm


Hadis di atas menjurus kepada perbahasan tentang ibadah yang
khusus seperti solat dan puasa dan juga ibadah umum seperti
perkahwinan. Beberapa orang sahabat cuba berusaha memahami perjalanan
ibadah dan kehidupan seharian Nabi saw. Lantaran itu mereka menemui
beberapa orang isteri nabi saw bertanyakan perkara tersebut.Malangnya
apabila dimaklumkan tentang ibadah harian nabi, mereka merasakan ibadah
baginda itu sedikit. Namun, bagi mereka sedikitnya ibadah Nabi itu
bertepatan dengan keadaan Nabi saw yang telah diampunkan dosanya oleh
Allah samada yang terdahulu atau yang terkemudian. Ia tidak wajar
dibandingkan dengan diri mereka sebagai manusia biasa. Justeru, mereka
perlu melipat-gandakan lagi ibadah melebihi ibadah nabi saw. Inilah
pemikiran lojik mereka.Rentetan itu mereka berazam untuk
melakukan ibadah secara berlebih-lebihan. Seorangnya berhasrat untuk
mengerjakan solat malam tanpa tidur. Seorang lagi pula ingin berpuasa
tanpa berbuka. Yang ketiga pula tidak mahu berkahwin agar tidak terganggu ibadahnya.
Apabila keazaman mereka diketahui oleh nabi saw, baginda segera menegur tindakan mereka. Alasan baginda ialah baginda juga solat malam dan tidur. Baginda berpuasa dan berbuka.Baginda juga mengahwini perempuan. Semua perlakuan Nabi itulah adalah sunnah yang mesti diikuti oleh umatnya kerana baginda diutuskan sebagai
pembimbing manusia dalam segenap lapangan kehidupan.

Kisah itu menunjukkan ibadah yang sebenar kena dilakukan secara realistik ikut fitrah (hukum alam) yang Allah tetapkan pada diri manusia. Bukan kejar kuantiti, tetapi kualiti ibadah.

Jika solat dan tak tidur, fitrah tubuh manusia akan keletihan bila tidak tidur. Macam mana nak dapat kualiti, bila buat perkara dalam keletihan. Islam datang bukan untuk menyeksa diri.

Jika puasa tanpa berbuka, badan akan kekurangan tenaga. Tubuh badan perlu makan untuk bertenaga.

Jika beribadat tanpa berkahwin, manusia perlu perkahwinan untuk ketenteraman jiwa serta kelangsungan zuriat.

Jadi, ibadat dalam Islam adalah ibadat yang realistik sesuai dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Beribadatlah ikut fitrah diri sebab yang menetapkan fitrah itu adalah Allah, bukannya beribadat ikut cakap tok guru.

Sebab itulah Al Quran sendiri tidak tetapkan cara solat sebab solat yang sebenarnya sudah pasti selari dengan fitrah kejadian manusia. Manusia perlu belajar dan bangunkan fikiran sebab hukum alam menetapkan orang yang lembab otaknya akan jadi b0doh. Keb0dohan menyebabkan manusia tidak mampu menilai baik atau buruk. Bila tidak mampu membeza baik atau buruk, maka kerosakan mudah berlaku. Sebab itulah kita nampak makna solat yang sebenarnya ada kaitan dengan membangunkan pemikiran.

Oleh kerana cara untuk bangunkan pemikiran itu berbeza-beza ikut zaman, itulah sebabnya solat tidak ditetapkan caranya dalam Al Quran. Yang penting matlamatnya agar jadi manusia yang matang berfikir (rasional), bukannya sempit ikut puak.

Di zaman IT dan komputer ini, otak mudah diasah dengan guna kemahiran komputer. So gunakanlah nikmat yang Allah beri ini (teknologi komputer) agar jadi insan yang berfikiran luas dan rasional. Itulah namanya Islam sebab yang sempit fikiran itu ciri-ciri orang kafir yang disebut dalam Al Quran sahaja.

Sesiapa yang membenci sunnah hidup yang dirintis oleh nabi saw tersebut tidak akan diiktiraf sebagai umatnya.Sunnah Nabi ini menggambarkan kesederhanaan dalam beribadah. Sikap berlebih-lebihan dalam beribadah ditolak kerana di satu peringkat ia boleh membawa kepada kebosanan.Kebosanan itu nanti menjadi pendorong untuk amalan tersebut ditinggalkan secara total. Kebosanan ini akan berlaku kerana ia bercanggah dengan fitrah jiwa dan kemampuan fizikal manusia itu sendiri.Untuk menepati fitrah dan kemampuan manusia dalam beribadah baginda menganjurkan sikap “berdikit tetapi tetap dan berterusan”. Ini diterangkan oleh `Aisyah apabila ditanya tentang
amalan yang paling disukai oleh Nabi. Beliau menegaskan: “amalan yang berterusan.”

Sunnah yang terang-terang yang tidak dilakukan oleh umat Islam sekarang adalah belajar ilmu alam. Sedangkan dalam Al Quran banyak sebut pasal kejadian alam yang menunjukkan Rasulullah itu seorang yang suka fikir pasal alam. Tetapi kenapa sunnah ini mereka tidak ikut pun? Mereka buat alasan, belajar ilmu sains itu urusan dunia dan sekular. Seolah-olah mereka mengatakan Al Quran yang terkandung ilmu sains itu adalah ajaran yang sekular atau keduniaan. Sedangkan ilmu alam itu sah-sah benar daripada Allah yang cipta alam ini. Dengan belajar ilmu alam, tahap pemikiran manusia akan meningkat. Sedangkan belajar ajaran dusta akan menyebabkan otak manusia jadi b0doh sebab ajaran sebegitu tidak boleh difikirkan.

Bagi mereka, urusan akhirat adalah dengan buat ibadat ritual yang diajar oleh ulamak-ulamak mereka. Akibat beranggapan begitu, lahirlah orang Islam yang pemalas berfikir dan pemalas belajar sains.

Maksud ibadah itu sendiri sudah dipesongkan dengan hanya melihat ibadat ritual itulah ibadah Islam. Sedangkan Islam bermula dengan manusia itu belajar. Nak belajar, kenalah guna akal untuk memikirkan mana yang benar dan mana yang dusta. Belajar ilmu alam dan bangunkan fikiran agar jadi matang berfikir itulah ibadah terpenting Islam yang dipanggil solat, tetapi ramai yang tak sedar. Ini kerana hukum alam sudah menetapkan bahawa pemikiran hanya boleh terbangun bila manusia tunduk pada hukum alam.

Daripada berfikir dan belajar itulah para Rasul menjauhi amalan nenek moyang mereka biarpun kaum mereka itu ada ulamak atau pembesar agama. Ini kerana golongan sebegitu suka guna status mereka untuk kepentingan diri. Golongan begitu bukannya kira kaum mereka jadi b0doh atau tidak, yang penting masyarakat menghormati mereka kerana status "ulamak" itu.

Jika manusia itu benar-benar ikhlas dalam agama, ia tidak akan menyuruh pengikutnya malas berfikir dan taksub pada kata-katanya sahaja. Hanya orang yang berkepentingan sahaja suka buat macam itu.

Jika benar nak ikut Sunnah atau jalan yang Nabi lakukan, ikutilah Al Quran sebab ia memang dicatatkan dan disempurnakan pada hayat baginda. Jangan pandai-pandai nak buat ketetapan baru atas nama baginda (riwayat hadis) kerana itulah punca umat jadi jauh kepada ajaran Al Quran yang sebenar. Logiklah, bila manusia mengambil sumber yang bercanggahan, pasti akan berlaku perpecahanan.

Jika tiada ketetapan daripada Al Quran, jangan pandai-pandai ambil riwayat atas alasan itu dari Rasululllah sedangkan tiada ayat Al Quran berkata (atau sama maksudnya) "jika rasa Al Quran tidak detail, carilah riwayat hadis". Bila mereka mencari sumber selain Al Quran, mereka sudah tidak berfikir lagi, sedangkan Al Quran suruh memikirkan. Apa yang tak faham daripada Al Quran, fikirkanlah. Pasti ada jawapannya. Al Quran itu bukannya sesusah nak buat kalkulus. Al Quran itu mudah sahaja nak difikirkan dan diamalkan, malangnya orang yang mengaku Islam itu sendiri boleh tak yakin pada Al Quran. Padahal mereka dikurniakan nikmat tahu bahasa Arab. Malangnya yang tahu bahasa Arab itu tidak YAKIN pada Al Quran.

Tetapi apakah mereka sanggup tunduk kepada Al Quran semata-mata biarpun kita sudah peringatkan? Macam mana ada riwayat yang tidak bagi berfikir pasal Al Quran, sedangkan ada ayat Al Quran suruh berfikir? Takkan kita nak tunduk pada riwayat hadis dan menentang suruhan Al Quran itu? Beranikah manusia itu menentang Allah dan Rasul-Nya (Al Quran)?

Menurut Ibn Battal, hadis di atas mengandungi pengajaran agar mencontohi ibadah tokoh-tokoh ummat, mengkaji keadaan dan perjalanan hidup mereka sepanjang malam dan siang dan tidak wajar bertindak melampaui cara badah orang-orang yang telah disediakan oleh Allah sebagai contoh bagi ummat dalam beragama dan beribadah. Sesiapa yang ingin melebihi perjalanan hidup mereka maka dia adalah perosak kerana mengambil sikap pertengahan dan bersederhana dalam beribadah adalah lebih baik agar nanti tidak terasa lemah untuk melakukan sesuatu ibadah serta tidak terputus melakukannya.

Code:
ala kalau tak ada quran pun manusia maju jugak ,
boleh buat ibadat jugak . ilmu buat roket , telepon , internet bukan
ilmu dia datang dari quran peduli apa kita kerana orang belah sana otak
dia memang dilahirkan pandai


Janganlah kita berkata menolak Al Qur'an itu boleh maju juga,Dibarat atau dimana-mana negara pun ramai saintis yang mengkaji Al-Qur'an ini dalam melengkapkan serta mencari proof sebenar sesuatu hasil kajian mereka selari dengan Al-Qur'an.Contoh mudah ialah kejadian hujan.Disini apa yang melemahkan umat Islam di Malaysia ini adalah selalu berdiri dibelakang dan saling berpecah belah atas dasar politik.Amat susah untuk menyatukan umat masa kini.Tersedar cuma seketika dan selalu menyalahkan takdir.Apabila dibawa ayat-ayat Allah dan hadis sebagai panduan hidup ramai yang lebih suka mengkaji dengan akal,kerna akal lebih revelen..katanya..Al-Quraan dan hadis nanti akan jadi sumber rujukan diperpustakaan dan bahan pameran "Harta Kegemilangan Yang Lampau"..

Orang Barat maju kerana mereka sebenarnya ikut Al Quran. Tetapi mereka tidak ambillah riwayat hadis yang bercanggah dengan Al Quran.

Contohnya Al Quran suruh belajar dan fikirkan pasal ilmu alam, orang Barat sana tunduk kepada suruhan Al Quran. Sebab itulah Allah kurniakan mereka bermacam-macam idea untuk mencipta. Sebab yang tahu mencipta hanyalah orang yang dikurniakan ilmu dari sisi Allah.

Iblis dan syaitan mana tahu mencipta. Iblis dan syaitan hanya tahu guna hasil ciptaan untuk kepentingan hawa nafsunya sahaja. Sebab itulah iblis guna manusia untuk lawan Allah. Iblis tidak mahu memerangi Allah secara direct sebab dia tahu tidak mampu, tetapi dia sengaja guna manusia untuk sakiti Allah. Jadi orang yang guna orang lain untuk menyakiti orang lain itu pun macam perangai iblis juga.

Jika umat Islam kembali kepada ajaran sebenar Islam (Al Quran) yang suruh belajar dan berfikir, kenalah ambil Al Quran. Yang pergi ambil sumber lain selain Al Quran itu buat apa?

Selalunya alasan yang mereka guna untuk ambil selain Al Quran adalah kerana cara solat yang mereka terima dari nenek moyang itu tidak ada dalam Al Quran. Memang solat ikut amalan nenek moyang itu tak ada dalam Al Quran, sebab Al Quran tidak pernah perintahkan solat macam itu.

Cuba cari, mana ayat Al Quran suruh pergi sujud ke arah Kaabah? Bukankah sejak Nabi Ibrahim lagi amalan menyembah objek telah diruntuhkan? Sebab itulah Al Quran suruh kita menghadap ke masjidil haram tempat letaknya Kaabah agar mengambil pedoman Nabi Ibrahim yang meruntuhkan amalan sembah objek. Malangnya, akibat beragama tanpa berfikir, ada ahli-ahli kitab suruh sembah Kaabah itu sebab dipesongkan masuk kiblat itu kepada arah untuk sujud dan sembah.

Sembah Allah bukannya setakat sujud atau tunduk secara zahir semata-mata. Tunduk dari segi rohani itu yang pentingnya iaitu tunduk kepada hukum alam. Ramai yang tertipu menganggap sujud itu gerakan lahiriah sahaja, sedangkan sujud dari segi rohani mereka tinggalkan. Mereka buat gerakan zahir sujud, tetapi hati mereka engkar pada hukum alam.

Bila kita sujud atau tunduk kepada hukum alam, memang kesannya realistik iaitu menjadikan akal kita meningkat. Bila akal meningkat, ilham mudah sampai dan ilmu mudah masuk dalam jiwa. Bila umat ramai yang berilmu, barulah umat itu kuat.

Sedangkan gerakan sujud secara lahiriahsemata-mata (tanpa disusuli sujud kepada hukum alam) hanya menyebabkan umat jadi b0doh dan sembah tok guru atau ulamak daripada menyembah Allah. Sudahlah yang seragam sembah objek itu pun boleh berpecah-belah sampai wujud pulau memulau masjid sebab tok imamnya berbeza parti. Apa punya lembab otak manusia itu.

Amalan yang menyebabkan manusia jadi taksub itulah yang ditentang oleh golongan beriman kerana kesannya hanya memudaratkan umat sahaja.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum