Log in

I forgot my password

Similar topics
Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


BERHENTI !!!!

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

BERHENTI !!!!

Post by toukey on Sun Jul 05, 2009 5:21 pm

Usah dilayan kerenah golongan yang menggunakan akal..sembahyang pun ikut akal logik.Orang sembahyang untuk mejaga diri dari melakukan perkara keji dan mungkar,Diorang sembahyang duk pikir camne nak buat roket.Hidup seperti tiada peraturan,selalu mengikut citarasa dan kehendak hawa nafsu sendiri malah mudah memperlekehkan pendapat alim ulama dari hadis-hadis yang telah disampaikan,Dimana Al-Bukhari,Iman Muslim, dan sebagainya mereka kata itu tiada dalam al-Quraan..Jika tiada dalam Al-Quraan mereka tidak boleh ikut.Semua imam,alim ulama dan tok-tok guru tak boleh pakai ,otak mereka lebih tajam dari golongan pewaris nabi ini.

Dekat sangat golongan ini dengan Tuhan..Adalah tepat sekali dengan apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.."“ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan.Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku .” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1).

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang mereka punyai” (Surah Ar-Rum 31-32).

Ingatlah akan hadith dari riwayat Irbad ibn Sariyah ra bahawa baginda rasul s.a.w pernah bersabda : “Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi.

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid’ah !!! dan setiap bid’ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).

Ingatlah,fahamilah, yakinlah dan berimanlah kamu kepada sunnah
rasulullah s.a.w dan amalkanlah sunnah dengan kefahaman yang sahih.
Pelajarilah ilmu dari ulama dan fuqaha ummah dan janganlah kamu mengambil ilmu
dari mereka yang jahil dan tiada pertunjuk dan berada dalam kesesatan.
Iaitu mereka yang menuruti akal fikiran dan fikrah (idea) ilham mereka
dalam agama
.

“Apakah kamu tahu akan perihal golongan yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan ?” (Al-Furqan : 43).

Diriwayatkan Abdullah Ibn Mas'ud ra pernah menyebut bahawa “Manusia akan selalu
dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar ummah iaitu ulama' mereka dan jika mereka mengambil ilmu dari As-shaghir dan buruk, mereka pasti hancur.”

Mereka yang dimaksudkan sebagai As-shaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?”.Dia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal & menafsir
sendiri tanpa merujuk dalil). Adapun orang yang mengambil ilmu dari pembesar ummah (Ulama') bukan termasuk As-shaghir ” (Lihat Ibn Abd Bar'dalam Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 248).

Juga diriwayatkan Ali bin Abi Thalib ra pernah berkata, " Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu adalah agama.” ( Lihat Al Khatib Al Baghdadi, dalam AtTankil, m/s 121). Pernyataan ini dinukil dari beberapa ulama salaf yang lain seperti Ibnu Sirin Adh Dhahak bin Muzahim dan yang lain ( Lihat Syarah Shahih Muslim m/s 14 Jilid 1 , Sunan Ad Darimi m/s 124 Jilid 1) .

Sebagai penutup,


Bukanlah ulama’ mereka yang membaca buku-buku fikrah (idea) harakah dan semangat dari ulasan beberapa orang manusia yang menulis tentang agama sedangkan dia bukanlah ulama’ dan mengetahui kaedah dan manhaj ilmu Islam.

Lalu golongan ini menulis mengenai jihad, mengenai dakwah, mengenai harakah,
mengenai isu-isu Islam dan perkara besar dalam Islam sebaliknya juga bukanlah ulama itu sepatutnya beku dengan ilmu yang hanya ada di kitab tanpa memahami waqi dan situasi umat Islam semasa dan seharusnya mereka mampu beramal dan mengamalkan sunnah menurut situasi dan keadaan yang ada.

“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah Al-Mujadalah :11).


Sabda rasulullah : " Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037).

Permasalahan umat Islam hari ini ialah kerana mereka enggan kembali kepada pertunjuk sunnah dan ingin kekal dalam kejahilan dan pembahruan bid’ah dalam
agama tanpa ingin merasa cukup dengan sunnah dan terpedaya oleh godaan dunia.


Telah berkata Sufyan As-Sauri bahawa “ Bid’ah lebih disukai oleh Iblis dari maksiat kerana maksiat manusia akan bertaubat darinya sedang bid’ah manusia akan merasa tidak bersalah dan berterusan melakukannya.”. (Sila lihat Hilyatul Auliya oleh Abu Nu’aim m/s 26 Jilid 7).

Bid’ah dari sudut bahasa bererti “Memulakan sesuatu atau mencipta sesuatu tanpa
pernah ada contoh atau teladan tentangnya.” (Mu’jam Muqayis Al-Lughah no.209 Jilid 1), (Fathul Bari 253 Jilid 13). Sebahagian mengatakan ianya sesuatu yang tiada asal juga ada mengatakan ianya ialah perekaan sesuatu yang baru tanpa pernah dicipta sepertinya atau diketahui sepertinya (Lihat Al-Ainul lil Khalil bin Ahmad 54 Jilid 2).

Bid’ah dari sudut ta’rifan istilah fuqaha secara umum ialah “ Mengadakan sesuatu yang baru dalam agama yang seakan-akan perkara agama dengan maksud dibuat untuk mendekat diri pada Allah swt”.(Sila lihat Imam Syatibi dalam Al-I’tisom no.37).

Juga disebut oleh Imam Ahmad bin Hajar Al-Haisami “ Bid’ah ialah apa yang tidak dibina berasaskan dalil syar’ie…” (Al-Fatawa Al-Hadisiyah,m/s 281).

“Sesungguhnya
hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku
sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama
kamu.”
(Surah Al-Mai’dah : 3).

Pada hari ini, manusia dalam berdakwah, berjihad mereka tidak menurut sunnah,
sebaliknya suka menurut fikrah manusia dan idea pihak tertentu yang lahir dari ilham, pemahaman dan buah fikiran bukan kepada wahyu, sunnah dan kefahaman ilmu salaf soleh.

Maka inilah bid’ah yang membahayakan dan mengakibatkan umat Islam kerugian dalam perjuangan menegakkan Islam. Malang sekali apabila para ustaz dan ustazah, para ilmuan dan cendiakawan, golongan intelektual Islam lebih menyukai perjuangan Islam yang berkonsepkan fikrah dan jemaah sehingga mewujudkan perpecahan di kalangan ummah.

Mereka menuruti individu tertentu dan tokoh manusia dari kalangan jemaah dan pertubuhan dakwah Islam yang telah lama meninggal dunia sedangkan perjuangannya sudah berlalu yang tinggal hanya doa dan kenangan. Jalannya ada yang benar dan ada yang salah sebagai manusia ianya fitrah lalu cukuplah kita jadikan sebagai sampingan dan ambil sunnah sebagai dasar dan panduan.

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang
musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan
setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang
mereka punyai”
(Surah Ar-Rum 31-32).

Dalam hadith baginda dari riwayat Abdullah ibn Mas’ud bahawa baginda salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud
Aku bersama kamu di telaga Al-Hau’d ketika para malaikat menghambat
sekumpulan dari umat aku dan aku mengenali mereka dari ummat aku, maka
aku berkata kepada tuhan (Allah) Wahai tuhan mereka umatku, maka
dijawab Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang telah mereka
perbuat selepas kematianmu (yakni mereka telah menyeleweng,).
(Hadith Sahih disepakati Bukhari no. 6576 & Muslim no. 2257).

Hendaklah kita berada dalam kelompok Ahlul sunnah wal Jamaah baik dalam hal aqidah, ibadah, amal dakwah, jihad dan harakah serta kehidupan kita menuruti pertunjuk sunnah rasulullah s.a.w dalam perkara keagamaan.

Adapun urusan kehidupan umumnya dan aspek sosial yang tidak berkait dengan agama maka tidaklah mengapa kita menjadi kreatif, inovatif dan bijaksana mengatur
apa yang terbaik untuk dunia kita.

"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).
“ Dan tidaklah dijadikan pada agama ini sesuatu yang menyusahkan” (Surah Al-hajj: 78).

Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah alam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Juga sabda baginda rasulullah : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn
ajar jilid 1 m/s 93).

“Katakanlah;
jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih”
(Alil-Imran –31).


Last edited by toukey on Sun Jul 05, 2009 9:38 pm; edited 1 time in total

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by toukey on Sun Jul 05, 2009 5:29 pm

Dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda bersabda :“Barangsiapa
yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya
atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan
tempat di neraka.”
(Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).

sesiapa yang dapat memahami isi kandungan Al-Qur’an dengan ilmu
dan pemahaman yang sahih menurut kehendak sunnah yang mentafsirkan
Al-Qur’an maka bolehlah dia mengamalkan Al-Qur’an namun untuk memberi
fatwa dan berhukum dengan Al-Qur’an dan mentafsir isi kandungannya
untuk orang lain maka hendaklah mereka itu ulama dan memiliki kemahiran
dan ilmu yang mencukupi.

Dari riwayat Mujahid ra yang pernah berguru dengan Ibn Abbas ra berkata
“ Tidak halal bagi sesiapapun yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat untuk berkata sesuatu perihal Al-Quran sedang dia tidak
menguasai bahasa arab.” (lihat Mabahis Fi Ulum Quran m/s 302 ).

Selain
memahami usul tafsir, fiqih dan usulnya, mengetahui dan memiliki
kemahiran bahasa arab dan sasteranya. Mereka juga harus mempunyai
kekuatan dalam hadith dan ilmunya serta mengetahui kaedah dan memiliki
kemahiran dan kelebihan dalam pemahaman terhadap uslub dan gaya bahasa
Al-Qur’an.

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by slipar on Sun Jul 05, 2009 6:41 pm

aku setuju kita kena kuasai bahasa arab utk memahami al quran . beruntunglah kita orang melayu yg tidak di beri al kitab . tak ada keperluan utk kita , hanya belajar faru ain dah cukup . tujuan hidup kita pun bukan nak kejar kemajuan . cukup solat, cukup puasa kira okeylah . nak dhikir sebut saja . ala kalau tak ada quran pun manusia maju jugak , boleh buat ibadat jugak . ilmu buat roket , telepon , internet bukan ilmu dia datang dari quran peduli apa kita kerana orang belah sana otak dia memang dilahirkan pandai , bukan depa baca quran . nabi pun tak dak tinggalkan ilmu teknologi . ilmu doa adalah ....

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by toukey on Sun Jul 05, 2009 8:40 pm

slipar wrote:aku setuju kita kena kuasai bahasa arab utk memahami al quran . beruntunglah kita orang melayu yg tidak di beri al kitab . tak ada keperluan utk kita , hanya belajar faru ain dah cukup . tujuan hidup kita pun bukan nak kejar kemajuan . cukup solat, cukup puasa kira okeylah . nak dhikir sebut saja . ala kalau tak ada quran pun manusia maju jugak , boleh buat ibadat jugak . ilmu buat roket , telepon , internet bukan ilmu dia datang dari quran peduli apa kita kerana orang belah sana otak dia memang dilahirkan pandai , bukan depa baca quran . nabi pun tak dak tinggalkan ilmu teknologi . ilmu doa adalah ....


Doa adalah senjata mukmin..Jika tidak mampu mengusai bahasa arab maka carilah guru dan alim ulama,jangan guna ilham yang timbul dari akal kita yang lemah.
Jika kita tidak mahu mencari ilmu itu sebenarnya tergolong orang yang malas dan rugi..jika menggunakan akal yang terhad pasti kita mudah terpesong dari ajaran yang sebenar.
Gunalah masa
yang masih ada ini untuk kita mempelajari Ilmu agama.Bukan mengerjakan perkara yang melalaikan,"Hubbu Dunia" cintakan dunia membuatkan kita leka dan terus leka..ambillah kesedarhanaan...untuk melengkapkan rohani mesti kuat jasmani dulu..

Berkata Imam Bukhari: Sa`id bin Abi Maryam bercerita kepada kami: Muhammad bin Ja`far memberitahu kami: Humayd bin Abi Humayd Tawil (yang tinggi) memberitahu kami bahawa beliau mendengar Anas bin Malik radiyallahu `anhu berkata: “Tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanyakan tentang ibadah Nabi saw. Apa mereka diberitahu mereka bagaikan menganggapnya sedikit. Lantaran itu mereka berkata: “Di manakah kita berbanding Nabi saw sedangkan telah diampunkan untuk baginda dosa-dosa terdahulu dan terkemudiannya”. Berkata salah seorang mereka: “Adapun saya pasti akan mengerjakan solat sepenuh waktu malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya akan berpuasa setahun penuh tanpa berbuka”. Berkata lagi seorang lagi: “Saya pula akan mengasingkan diri daripada
wanita-wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya”. Baginda saw lalu datang menemui mereka lantas bertanya: “Kamukah yang berkata demikian-demikian? Adapun saya demi Allah merupakan orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah di kalangan kamu tetapi saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur dan saya mengahwini wanita-wanita. Oleh itu sesiapa yang bencikan sunnahku maka dia bukan di kalanganku.”

Huraian Hadis Hadis ini memberi pengajaran penting tentang kesederhanaan dalam beribadah.Ibadah bermaksud perhambaan diri kepada Allah subhanahu wa Ta`ala.
Perhambaan ini diterjemahkan menerusi kepatuhan dan ketaatan yang mutlaq terhadap segala perintah dan larangan Allah. Manusia dan Jin sememangnya dicipta untuk beribadah dan memperhambakan diri kepadaNya sebagaimana firman Allah
Maksudnya: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah memperhambakan diri kepadaKu.”

Ibadah terbahagi kepada dua:
Pertama, ibadah khusus seperti ibadah solat, puasa, zakat, haji,berzikir dan membaca al-Qur’an. Ibadah ini dilakukan oleh seorang hamba semata-mata kerana ianya merupakan perintah Allah samada perintah wajib atau sunat untuk membuktikan ketundukan dan kepatuhannya kepada Allah. Ibadah khusus ini merupakan amalan peribadi yang dilakukan oleh seorang hamba samada secara bersendiri atau melibatkan masyarakat bagi membentuk jiwa yang bersih dan perasaan yang tenang kerana hakikat ketenangan akan tercapai apabila manusia menghubungkan dirinya dengan TuhanNya.

Kedua,
ibadah umum. Ia melibatkan perhambaan diri manusia kepada
Allah dalam perlakuan harian seseorang pada setiap detik dan saat
kehidupan yang dilaluinya sejak baligh hingga ke nafas yang terakhir.
Perhambaan ini diterjemahkan menerusi ketaatan dan kepatuhan seseorang
terhadap garis panduan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dalam
perlakuan hariannya.Seorang yang berniaga barang-barang yang
halal dan tidak menipu dalam aktiviti perniagaannya telah beribadah
dalam perniagaannya. Begitulah juga seorang yang amanah dan jujur dalam
melakukan tangungjawab pekerjaannya yang halal telah beribadah dalam
pekerjaannya itu. Seorang yang berkahwin kerana ia merupakan tuntutan
beragama dan mengikut lunas peraturan perkahwinan yang digariskan oleh
Islam juga beribadah dalam perkahwinannya. Inilah yang dikatakan ibadah
umum.Hadis di atas menjurus kepada perbahasan tentang ibadah yang
khusus seperti solat dan puasa dan juga ibadah umum seperti
perkahwinan. Beberapa orang sahabat cuba berusaha memahami perjalanan
ibadah dan kehidupan seharian Nabi saw. Lantaran itu mereka menemui
beberapa orang isteri nabi saw bertanyakan perkara tersebut.Malangnya
apabila dimaklumkan tentang ibadah harian nabi, mereka merasakan ibadah
baginda itu sedikit. Namun, bagi mereka sedikitnya ibadah Nabi itu
bertepatan dengan keadaan Nabi saw yang telah diampunkan dosanya oleh
Allah samada yang terdahulu atau yang terkemudian. Ia tidak wajar
dibandingkan dengan diri mereka sebagai manusia biasa. Justeru, mereka
perlu melipat-gandakan lagi ibadah melebihi ibadah nabi saw. Inilah
pemikiran lojik mereka.Rentetan itu mereka berazam untuk
melakukan ibadah secara berlebih-lebihan. Seorangnya berhasrat untuk
mengerjakan solat malam tanpa tidur. Seorang lagi pula ingin berpuasa
tanpa berbuka. Yang ketiga pula tidak mahu berkahwin agar tidak terganggu ibadahnya.

Apabila keazaman mereka diketahui oleh nabi saw, baginda segera menegur tindakan mereka. Alasan baginda ialah baginda juga solat malam dan tidur. Baginda berpuasa dan berbuka.Baginda juga mengahwini perempuan. Semua perlakuan Nabi itulah adalah sunnah yang mesti diikuti oleh umatnya kerana baginda diutuskan sebagai
pembimbing manusia dalam segenap lapangan kehidupan. Sesiapa yang membenci sunnah hidup yang dirintis oleh nabi saw tersebut tidak akan diiktiraf sebagai umatnya.Sunnah Nabi ini menggambarkan kesederhanaan dalam beribadah. Sikap berlebih-lebihan dalam beribadah ditolak kerana di satu peringkat ia boleh membawa kepada kebosanan.Kebosanan itu nanti menjadi pendorong untuk amalan tersebut
ditinggalkan secara total. Kebosanan ini akan berlaku kerana ia bercanggah dengan fitrah jiwa dan kemampuan fizikal manusia itu sendiri.Untuk menepati fitrah dan kemampuan manusia dalam beribadah baginda menganjurkan sikap “berdikit tetapi tetap dan berterusan”. Ini diterangkan oleh `Aisyah apabila ditanya tentang
amalan yang paling disukai oleh Nabi. Beliau menegaskan: “amalan yang berterusan.”

Menurut Ibn Battal, hadis di atas mengandungi pengajaran agar mencontohi ibadah
tokoh-tokoh ummat, mengkaji keadaan dan perjalanan hidup mereka sepanjang malam dan siang dan tidak wajar bertindak melampaui cara badah orang-orang yang telah disediakan oleh Allah sebagai contoh bagi ummat dalam beragama dan beribadah. Sesiapa yang ingin melebihi perjalanan hidup mereka maka dia adalah perosak kerana mengambil sikap pertengahan dan bersederhana dalam beribadah adalah lebih baik agar nanti tidak terasa lemah untuk melakukan sesuatu ibadah serta tidak terputus melakukannya.

Code:
ala kalau tak ada quran pun manusia maju jugak ,
boleh buat ibadat jugak . ilmu buat roket , telepon , internet bukan
ilmu dia datang dari quran peduli apa kita kerana orang belah sana otak
dia memang dilahirkan pandai


Janganlah kita berkata menolak Al Qur'an itu boleh maju juga,Dibarat atau dimana-mana negara pun ramai saintis yang mengkaji Al-Qur'an ini dalam melengkapkan serta mencari proof sebenar sesuatu hasil kajian mereka selari dengan Al-Qur'an.Contoh mudah ialah kejadian hujan.Disini apa yang melemahkan umat Islam di Malaysia ini adalah selalu berdiri dibelakang dan saling berpecah belah atas dasar politik.Amat susah untuk menyatukan umat masa kini.Tersedar cuma seketika dan selalu menyalahkan takdir.Apabila dibawa ayat-ayat Allah dan hadis sebagai panduan hidup ramai yang lebih suka mengkaji dengan akal,kerna akal lebih revelen..katanya..Al-Quraan dan hadis nanti akan jadi sumber rujukan diperpustakaan dan bahan pameran "Harta Kegemilangan Yang Lampau"..

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Payau Putih on Sun Jul 05, 2009 10:49 pm

toukey wrote:

Dekat sangat golongan ini dengan Tuhan..Adalah tepat sekali dengan apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.."“ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan.Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku .” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1)..


Salaam,

Saya tertarik dengan yang dikatakan hadis nabi diatas, persoalannya bagaimana baginda nabi tahu apa yang akan berlaku kelak... sebab yang dikatakan hadis nabi diatas mengisahkan perkara yang akan berlaku kelak, apakah baginda nabi seorang ahli ramal ?

Terima kasih.

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1271
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Payau Putih on Sun Jul 05, 2009 11:02 pm

toukey wrote:
Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid’ah !!! dan setiap bid’ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).


Salaam,

Masalahnya kalau kita rujuk Al Quran, Allah hanya suruh berpegang teguh hanya kepada kitab wahyu, tiada yang lain, bagaimana pula baginda boleh berkata sebaliknya ?

AQ 7:170. Dan
orang-orang yang berpegang teguh pada Kitab, dan melakukan solat - sesungguhnya
Kami tidak mensia-siakan upah orang-orang yang membetulkan.

AQ 43:43. Maka
berpegang teguhlah kamu pada apa yang diwahyukan kepada kamu; sesungguhnya kamu
adalah di atas jalan lurus.

Terima kasih.

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1271
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Payau Putih on Sun Jul 05, 2009 11:15 pm

toukey wrote:Dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda bersabda :“Barangsiapa
yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya
atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan
tempat di neraka.”
(Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).


Salaam,

Yang dikatakan hadis diatas baginda nabi larang gunakan akal untuk memahami Al Quran tapi arahan Allah dalam Al Quran yang disampaikan oleh nabi sendiri kepada umat lain pulak ?

AQ 38:29. Sebuah Kitab Kami menurunkan kepada kamu, diberkati, supaya mereka mengingati, dan supaya orang-orang yang mempunyai minda (akal) merenungkan ayat-ayatnya.

Tolong jelaskan.

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1271
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by toukey on Sun Jul 05, 2009 11:25 pm

Payau Putih wrote:
toukey wrote:

Dekat sangat golongan ini dengan Tuhan..Adalah tepat sekali dengan apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.."“ Akan datang kepada umatku perkara seperti yang pernah menimpa kaum bani Israel , selangkah demi selangkah sehingga akan berlaku dikalangan mereka yang berzina dengan ibunya secara terang-terangan.Sehingga ada umatku akan melakukan sedemikian. Sesungguhnya umat bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan akan berpecah umatku kepada 73 golongan dan kesemuanya di neraka kecuali satu golongan. Maka bertanyalah para sahabat ra siapakah golongan yang satu itu wahai rasulullah ? Maka jawab baginda “ Golongan yang aku berada di dalamnya dan para sahabatku .” (Hadith Hasan, riwayat Tirmidzi no.26 Jilid 5, Hakim no.218 Jilid 1)..


Salaam,

Saya tertarik dengan yang dikatakan hadis nabi diatas, persoalannya bagaimana baginda nabi tahu apa yang akan berlaku kelak... sebab yang dikatakan hadis nabi diatas mengisahkan perkara yang akan berlaku kelak, apakah baginda nabi seorang ahli ramal ?

Terima kasih.


Hadits ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud (2/503), Ahmad (4/102) dan al-Hakim (1/128) beberapa diantara banyak perawinya.Nabi bukan membuat ramalan,tetapi itulah hakikatnya yang akan terjadi kepada amatnya kelak,Jika Nabi s.a.w itu bersabda maka bukanlah dari ramalan dan bukan mengikut hawa nafsu Nabi itu sendiri,."Dan tidaklah dia bercakap dari
kemahuannya melainkan ia adalah wahyu yang diwahyukan."
An-Najm, 53:3-4.

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Payau Putih on Sun Jul 05, 2009 11:55 pm

Salaam,

Persoalan saya, bagaimana nabi tahu perkara itu (kisah-kisah masa depan) ? Kalau ianya wahyu mengapa duduk diluar Al Quran pulak?

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1271
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Mon Jul 06, 2009 10:08 am

toukey wrote:
Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang mereka punyai(Surah Ar-Rum 31-32).

Bagaimana cara hendak menyatukan manusia agar tidak berpecah-belah? Kembalilah kepada Kitab Allah iaitu segala ilmu yang disokong oleh hukum alam. Sebab hukum alam itu ditetapkan oleh Tuhan Yang Satu. Secara logiknya, manusia akan bersatu bila tunduk pada hukum yang ditetapkan oleh Yang Maha Satu.

Ingatlah akan hadith dari riwayat Irbad ibn Sariyah ra bahawa baginda rasul s.a.w pernah bersabda : “Aku berpesan kepada kamu supaya bertaqwalah kamu kepada Allah, dan dengar serta patuhlah kepada pemimpin walaupun dia diangkat dari hamba habsyi.

Kita disuruh patuhi pemimpin sebab yang mengangkat seseorang jadi pemimpin adalah Allah. Dalam masyarakat Malaysia, biarpun pemimpin kita itu tidak dilihat berserban atau berjubah, itu bukan alasan nak kita kata mereka tidak Islam dan kena dijatuhkan dengan cara berpecah-belah. Firaun yang mengaku dirinya tuhan pun Allah suruh Nabi Musa dan Harun menasihati dengan cara yang berlemah-lembut. Tapi lihatlah cara orang Melayu berpolitik. Sungguh memualkan!

Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepas aku pasti akan melihat perselisihan yang banyak. Maka berpeganglah kamu pada Sunnah aku dan sunnah khulafa Ar-Rasyidin yang diberi pertunjuk selepas aku . Peganglah ia (sunnah) sesungguh-sungguhnya sehingga kalau pun kamu terpaksa mengigitnya dengan gigi geraham kamu. Dan berhati-hatilah kamu dengan perkara baru !!! Sesungguhnya setiap perkara baru (dalam agama) ialah bid’ah !!! dan setiap bid’ah itu sesat !!! (Hadith Sahih , riwayat Tirmidzi (no.2676) , Abu Daud (no. 4607) dan Ahmad (no.12561).

Sunnah Rasulullah adalah belajar dan berfikir (sesuai dengan ayat Al Quran suruh belajar dan berfikir) dan sudah pasti khulafah Ar-Rasyidin pun mengikut Sunnah yang sama.

Tetapi bila ada manusia itu sudah menolak Sunnah ini (beragama tanpa berfikir lagi), bukankah terang-terang mereka sudah melanggari Sunnah tersebut. Patutlah kita linat mereka berpecah-belah sesama sendiri sebab taksub pada tok guru yang berbeza aliran.

Perkara yang sesat adalah perkara yang diada-adakan yang tiada hukum alam membenarkannya. Ia bukannya idea baru yang manusia baru terfikir, tetapi kata-kata dusta yang diwujudkan tanpa bukti hukum alam.

Hukum alam adalah bersifat azali. Ia bukan perkara baru. Mana-mana manusia yang baru terfikir berdasarkan hukum alam, hakikatnya itu bukan perkara baru yang diada-adakan, tetapi perkara baru yang tercapai oleh akal manusia biarpun hakikatnya sudah lama wujud. Macam idea mencipta roket, biarpun nampak baru, hakikatnya hukum yang membenarkan manusia mampu tembusi penjuru langit sudah wujud sejak azali dan berada di kitab Lauh Mahfuz. Cuma manusia zaman sekarang sahaja baru tahu menciptanya.

Tetapi perkara dusta yang tidak ada hukum alam, itulah perkara baru yang diwujudkan yang menyesatkan manusia.

Ingatlah,fahamilah, yakinlah dan berimanlah kamu kepada sunnah
rasulullah s.a.w dan amalkanlah sunnah dengan kefahaman yang sahih.
Pelajarilah ilmu dari ulama dan fuqaha ummah dan janganlah kamu mengambil ilmu
dari mereka yang jahil dan tiada pertunjuk dan berada dalam kesesatan.
Iaitu mereka yang menuruti akal fikiran dan fikrah (idea) ilham mereka
dalam agama.

Selalu maksud ulama atau fuqaha itu ditujukan kepada ahli-ahli kitab yang berjubah dan berserban. Yang tidak berzahir sedemikian, mereka tolak atas alasan kononnya orang itu jahil. Macam perangai kaum kafir terdahulu yang ambil kata-kata dari ahli-ahli kitab mereka, sebab Rasulullah itu bawa ilham yang tidak sehaluan dengan kata-kata ahli-ahli kitab mereka. Pada orang kafir itu, Rasulullah seorang yang jahil, gila atau tukang sihir sebab bawa perkara baru dalam agama sedangkan Rasulullah itu sampaikan berdasarkan hukum alam.

Nampak tak bagaimana ada orang yang mengaku Islam, tetapi perangai mereka macam orang kafir terdahulu yang beranggapan segala kata-kata yang baru biarpun benar ikut hukum alam, tidak di kira daripada Allah.

Orang Yahudi dahulu anggap ajaran yang disampaikan oleh ahli kitab mereka itulah yang benar dari Nabi Musa. Orang Nasrani dahulu pun anggap ajaran yang disampaikan oleh ahli kitab mreka itulah yang benar dari Nabi Isa. Kini sudah ada orang Islam yang anggap apa yang ahli kitab mereka sampaikan itulah yang benar dari Nabi Muhammad. Tetapi ramai yang tidak perasan perkaitan ini.

bersambung

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Mon Jul 06, 2009 2:39 pm


“Apakah kamu tahu akan perihal golongan yang mengambil hawa nafsunya sebagai tuhan ?” (Al-Furqan : 43).

Golongan yang ikut hawa nafsu sudah pasti golongan yang bercakap tanpa bukti hukum alam. Sebab hukum alam datang daripada Allah, sedangkan yang bercakap tanpa bukti ikut hukum alam itulah menunjukkan mereka ikut hawa nafsu (kata-kata dusta).

Sebab itulah Al Quran itu benar mengikut hukum alam sebab ia datang daripada Allah setelah baginda berfikir. Sedangkan kata-kata orang kafir itu tidak bukti hukum alam, sebab mereka menyembah ahli-ahli kitab mereka. Dan tanda-tanda mereka menyembah selain Allah adalah mereka tidak tunduk pada hukum alam, tetapi pada kata-kata ahli kitab mereka yang tiada buktinya.

Bukankah apabila manusia itu percaya ada kuasa lain selain Allah dalam menetapkan hukum, bermakna manusia itu sudah sembah selain Allah? Ketetapan yang datang daripada Allah, sudah pasti ada hukum alam sebagai buktinya sebab alam ini terbina kerana ada hukumNya.


Diriwayatkan Abdullah Ibn Mas'ud ra pernah menyebut bahawa “Manusia akan selalu
dalam keadaan baik selama mahu mengambil ilmu dari para pembesar ummah iaitu ulama' mereka dan jika mereka mengambil ilmu dari As-shaghir dan buruk, mereka pasti hancur.”

Dan pembesar ummah bukannya ahli-ahli kitab yang mengambil selain Al Quran. Sebab kaum Yahudi dan Nasrani dahulu pun ada ulamak mereka, tetapi dari tangan ulamak2 itulah yang menyebabkan umat mereka jadi lemah dan berpecah-belah sebab mereka mengambil sumber yang lain dari Taurat dan Injil. Sama gambarannya dengan keadaan umat Islam sekarang yang mengambil sumber selain Al Quran.


Mereka yang dimaksudkan sebagai As-shaghir adalah ahli bid’ah seperti yang diriwayatkan Ibnul Abdil Bar, bahawa Abdullah bin Mubarak ditanya, “Siapakah Ashaghir itu ?”.Dia menjawab,”Orang yang berbicara dengan ra’yu (akal & menafsir
sendiri tanpa merujuk dalil). Adapun orang yang mengambil ilmu dari pembesar ummah (Ulama') bukan termasuk As-shaghir ” (Lihat Ibn Abd Bar'dalam Jami’ Bayan al Ilmi, m/s 248).

Inilah contoh riwayat yang bercanggah dengan Al Quran. Tiada ayat Al Quran pun melarang manusia guna akal dan menggunakan akal itu bidaah. Bagaimana mereka boleh mengambil sesuatu yang bercanggah dengan Al Quran?

Sedar atau tidak, dengan membuat andaian dusta bahawa menggunakan akal itu adalah bidaah menunjukkan manusia itu sudah buat ketetapan sendiri tanpa sokongan Al Quran dan ketetapan daripada Allah (hukum alam). Betapa besarnya dusta yang mereka ada-adakan.


Juga diriwayatkan Ali bin Abi Thalib ra pernah berkata, " Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu adalah agama.” ( Lihat Al Khatib Al Baghdadi, dalam AtTankil, m/s 121). Pernyataan ini dinukil dari beberapa ulama salaf yang lain seperti Ibnu Sirin Adh Dhahak bin Muzahim dan yang lain ( Lihat Syarah Shahih Muslim m/s 14 Jilid 1 , Sunan Ad Darimi m/s 124 Jilid 1) .

Sebab itulah orang beriman tidak ambil ajaran agama dari orang yang terang-terang menolak Al Quran dan mengambil sumber selainnya (riwayat hadis). Jika dahulu boleh wujud ahli-ahli kitab yang memesongkan ajaran Taurat dan Injil, apakah di zaman sekarang tiada ulamak yang memesongkan ajaran Al Quran kerana guna sumber selain Al Quran?

Bukanlah ulama’ mereka yang membaca buku-buku fikrah (idea) harakah dan semangat dari ulasan beberapa orang manusia yang menulis tentang agama sedangkan dia bukanlah ulama’ dan mengetahui kaedah dan manhaj ilmu Islam.

Yang tahu siapa sebenarnya ulama yang berpegang pada ilmu Allah adalah Allah. Bukannya manusia. Kaum kafir terdahulu pun tidak anggap Nabi Muhammad itu Rasulullah sebab baginda bukannya orang yang belajar kitab Taurat dan Injil dari mana-mana tok guru mereka. Tapi Allah tetap beri ilmu yang benar (Al Quran) kepada baginda kerana baginda seorang yang menggunakan akal.

Lalu golongan ini menulis mengenai jihad, mengenai dakwah, mengenai harakah,
mengenai isu-isu Islam dan perkara besar dalam Islam sebaliknya juga bukanlah ulama itu sepatutnya beku dengan ilmu yang hanya ada di kitab tanpa memahami waqi dan situasi umat Islam semasa dan seharusnya mereka mampu beramal dan mengamalkan sunnah menurut situasi dan keadaan yang ada.

Benar. Jadi tok guru atau ulamak yang tidak sedar keadaan umat islam sekarang sudah lemah dan berpecah-belah akibat berpegang pada riwayat hadis serta meninggalkan ilmu sains perlu memikirkan balik apa yang mereka kerjakan selama ini.

Sunnah bukannya tiru cara macam mana Nabi buat. Sunnah adalah ketetapan atau piawaian yang melayakkan sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, nak jadi pandai, sunnahnya adalah dengan belajar. Tapi sunnah yang ini tidak dilihat oleh ramai umat Islam sekarang sebab bagi mereka, sunnah itu adalah pakai jubah, serban, simpan janggut dan kahwin lebih dari satu.


“ Dan Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan yang memiliki ilmu beberapa darjat dan Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (Surah Al-Mujadalah :11).

Oleh kerana Allah sahaja Yang Maha Mengetahui siapa orang yang Dia angkat darjat, maka tidak layak kita pandai-pandai selektif dalam mencari kebenaran sehingga kata hanya kelompok tertentu sahaja benar, dan kelompok yang tidak seperti mereka adalah dusta. Kebenaran atau dusta itu dibuktikan sama ada wujud tak hukum alam (dari sisi Allah) sebagai penyokongnya, kerana hukum alam tidak boleh dipalsukan.

Orang kafir terdahulu, mereka hanya pilih ilmu yang disampaikan oleh ahli-ahli kitab mereka sahaja sebab mereka pandai-pandai buat ketetapan yang ilmu yang benar itu datang dari golongan tertentu, sedangkan yang memberi ilmu adalah Allah. Yang Rasulullah sampaikan, mereka tolak tepi sebab tidak selari dengan ajaran ahli-ahli kitab mereka.

Sekarang ini pun ramai orang yang mengaku Islam tetapi berperangai kafir macam kaum terdahulu yang memilih kebenaran mengikut golongan tertentu, bukan berdasarkan apa yang disampaikan sama ada bukti yang nyata (hukum alam) atau tidak.

bersambung

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Mon Jul 06, 2009 3:24 pm


Sabda rasulullah : " Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya Maka Allah akan memberikannya kefahaman dalam urusan agama." (Hadith Sahih, Muttafaqun Alaih –Disepakati oleh Bukhari no. 3116 & Muslim no. 1037).

Ini menunjukkan urusan memberi kefahaman agama bukan urusan manusia, tetapi urusan Allah. Jadi, tidak patut manusia itu memilih kelompok tertentu dalam mendengar kebenaran.

Telah terjadi kaum kafir terdahulu hanya dengar ilmu agama dari ahli-ahli kitab mereka dan menolak apa yang Rasul mereka sampaikan atas alasan itu para Rasul itu buat ajaran baru. Padahal ajaran mengajak manusia mentauhidkan Allah adalah ajaran yang azali. Sebelum mana-mana Kitab diturunkan kepada manusia, Allah sudah bersifat Esa yang mana hanya Dia yang membuat ketetapan agama. Dan ketetapan agama Allah sudah pasti bersandarkan hukum alam, sebab Allah cipta alam ini pun bersandarkan hukum itu. Takkan Allah nak turunkan agama yang tidak selari dengan hukum alam?

Inilah konsep yang tidak difahami oleh orang yang beragama secara menurut. Mereka anggap tok guru atau ulamak mereka sahaja layak bawa kebenaran. Sedangkan benar atau dusta terletak pada bukti yang nyata (hukum alam).

Sebab itulah golongan beriman mendengar semua perkataan dan memilih mana yang terbaik, bukannya melihat ikut puak yang disukai. Nanti jadi taksub pula.


Permasalahan umat Islam hari ini ialah kerana mereka enggan kembali kepada pertunjuk sunnah dan ingin kekal dalam kejahilan dan pembahruan bid’ah dalam
agama tanpa ingin merasa cukup dengan sunnah dan terpedaya oleh godaan dunia.

Malah mereka enggan kembali kepada Al Quran dengan alasan tidak lengkap dan tidak sempurna. Sebab itu mereka ambil sesuatu yang tiada Al Quran tetapkan (riwayat hadis) untuk dijadikan syariat.

Bukankah mengambil sumber yang tiada ditetapkan dalam Al Quran boleh dikatakan membuat perkara baharu? Macam Al Quran tidak suruh sujud ke Kaabah, ada manusia pergi sembah ke arah Kaabah. Macam mana boleh wujud ketetapan baharu itu? Bukankah mereka sendiri kata bidaah itu sesat?


Telah berkata Sufyan As-Sauri bahawa “ Bid’ah lebih disukai oleh Iblis dari maksiat kerana maksiat manusia akan bertaubat darinya sedang bid’ah manusia akan merasa tidak bersalah dan berterusan melakukannya.”. (Sila lihat Hilyatul Auliya oleh Abu Nu’aim m/s 26 Jilid 7).

Bid’ah dari sudut bahasa bererti “Memulakan sesuatu atau mencipta sesuatu tanpa
pernah ada contoh atau teladan tentangnya.” (Mu’jam Muqayis Al-Lughah no.209 Jilid 1), (Fathul Bari 253 Jilid 13). Sebahagian mengatakan ianya sesuatu yang tiada asal juga ada mengatakan ianya ialah perekaan sesuatu yang baru tanpa pernah dicipta sepertinya atau diketahui sepertinya (Lihat Al-Ainul lil Khalil bin Ahmad 54 Jilid 2).

Mengambil riwayat hadis yang tidak ditetapkan dalam Al Quran juga termasuk bidaah. Sebab ia tiada contoh atau teladan daripada Al Quran. Mereka mengada-adakan gerakan solat yang baru yang Al Quran tidak pernah tetapkan. Al Quran tidak pernuh suruh sujud ke arah Kaabah, tetapi mereka sujud macam orang kafir dahulu sujud ke arah berhala mereka.

Tetapi ini tidak disedari oleh sebahagian besar umat Islam sekarang sebab beragama secara menurut sahaja.


Bid’ah dari sudut ta’rifan istilah fuqaha secara umum ialah “ Mengadakan sesuatu yang baru dalam agama yang seakan-akan perkara agama dengan maksud dibuat untuk mendekat diri pada Allah swt”.(Sila lihat Imam Syatibi dalam Al-I’tisom no.37).

Ini samalah macam perangai orang yang ambil sumber yang baharu (riwayat hadis) yang tiada persamaan dari Al Quran. Mereka kata riwayat hadis itu wahyu Allah sedang tiada bukti hukum alam sebagai menunjukkan ia adalah daripada Allah.

Tetapi mereka tidak menyedari telah ambil perkara baru dalam agama yang tiada contoh teladan. Jika ada, sudah pasti dalam Al Quran ada menceritakan bagaimana Nabi Muhammad mencari riwayat hadis Nabi Ibrahim untuk tahu cara solat atau guna riwayat hadis Nabi-nabi terdahulu dalam membuat ketetapan syariat.


Juga disebut oleh Imam Ahmad bin Hajar Al-Haisami “ Bid’ah ialah apa yang tidak dibina berasaskan dalil syar’ie…” (Al-Fatawa Al-Hadisiyah,m/s 281).

Oleh kerana tiada dalil ayat Al Quran suruh berpegang pada riwayat hadis dalam buat ketetapan syariat, jadi macam mana ada manusia yang menolak Al Quran dan ambil sumber yang baru seolah-olah Al Quran tidak lengkap? Bukankah andaian mereka bahawa Al Quran tidak lengkap dan kena cari sumber lain itu sudah jelas tiada dalil syar'ie?


“Sesungguhnya
hari ini telah aku sempurnakan pada kamu akan agama kamu dan aku
sempurnakan nikmatku pada kamu dan aku meredhai Islam sebagai agama
kamu.” (Surah Al-Mai’dah : 3).

Bukankah sudah sempunakan wahyu dengan penurunan surah ini? Kenapa perlu ambil riwayat hadis yang Al Quran tidak tetapkan? Macam mana mereka berfikir ini?

bersambung

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Mon Jul 06, 2009 4:15 pm


Pada hari ini, manusia dalam berdakwah, berjihad mereka tidak menurut sunnah,
sebaliknya suka menurut fikrah manusia dan idea pihak tertentu yang lahir dari ilham, pemahaman dan buah fikiran bukan kepada wahyu, sunnah dan kefahaman ilmu salaf soleh.

Manusia guna idea sebab Al Quran suruh manusia berfikir. Dan idea atau ilham itu hanya datang melalui berfikir. Bukankah itu sudah bermakna ikut apa yang Al Quran suruh? Lainlah Al Quran tidak suruh berfikir.

Apabila manusia itu sudah berfikir, secara tidak langsung manusia itu sudah membenarkan suruhan Al Quran. Tetapi yang pandai-pandai tak bagi berfikir, mana bukti ketetapan daripada Allah tak bagi berfikir?

Mana ada ayat Al Quran suruh guna riwayat hadis dalam membuat ketetapan syariat sebab sejak ayat 3 surah Al Ma'dah itu diturunkan, apa yang datang dari Rasulullah telah pun sempurna. Jadi apa perlunya riwayat hadis itu? Bukankah mengambil riwayat hadis itu sudah membuat perkara baru dalam agama seolah-olah Al Quran tidak sempurna?


Maka inilah bid’ah yang membahayakan dan mengakibatkan umat Islam kerugian dalam perjuangan menegakkan Islam. Malang sekali apabila para ustaz dan ustazah, para ilmuan dan cendiakawan, golongan intelektual Islam lebih menyukai perjuangan Islam yang berkonsepkan fikrah dan jemaah sehingga mewujudkan perpecahan di kalangan ummah.

Jika semua manusia kembali kepada Kitab Allah, tanpa mengambil sumber selainNya, maka tidak akan wujud perpecahan, sebab Allah itu Satu.

Malangnya ada manusia lebih tunduk kepada kata-kata manusia lain yang tiada bukti dari Allah (tidak bersandarkan hukum alam). Ini yang menyebabkan manusia berpecah-belah.

Cuba lihat macam mana para saintis boleh bersatu hati membenarkan ilmu sains biarpun berbagai bangsa? Sebab ilmu ini benar kerana selari dengan hukum alam. Tetapi ini tidak dicontohi oleh umat Islam sekarang sebab mereka lebih tunduk kepada manusia daripada tunduk kepada Allah. Mentaati hukum alam itulah tanda kita tunduk kepada Allah sebab yang tetapkan hukum itu adalah Allah. Sebab itulah Al Quran sendiri selari dengan hukum alam bila kita fikir-fikirkan.


Mereka menuruti individu tertentu dan tokoh manusia dari kalangan jemaah dan pertubuhan dakwah Islam yang telah lama meninggal dunia sedangkan perjuangannya sudah berlalu yang tinggal hanya doa dan kenangan. Jalannya ada yang benar dan ada yang salah sebagai manusia ianya fitrah lalu cukuplah kita jadikan sebagai sampingan dan ambil sunnah sebagai dasar dan panduan.

Apa yang baik dari orang terdahulu, jadikanlah pedoman. Janganlah sampai tahap taksub sehingga segala riwayat atas nama orang terdahulu dipercayai membuta-tuli.

Cuba lihat Al Quran yang menjadi akhlak Rasulullah. Baginda hanya bawakan cerita-cerita Rasul atau individu yang sesuai untuk dijadikan pedoman sahaja. Tidak pula baginda bawa riwayat macam mana cara Nabi-nabi terdahulu makan, masuk bilik air, tidur dan segala perkara kehidupan. Malangnya, ada orang Islam yang terlalu obses pada Rasulullah, segala riwayat kehidupan baginda ditiru caranya atas alasan nak dapat pahala. Macam mana mereka berfikir ni? Tak macam Rasulullah pun.


“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang
musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan
setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan apa yang
mereka punyai” (Surah Ar-Rum 31-32).

Tunduklah kepada hukum alam yang Allah tetapkan. Jangan cepat percaya kata-kata manusia atas alasan mereka itu ulamak atau tok guru, melainkan mereka bawakan hukum alam sebagai sokongan. Sebab hukum alam tidak boleh dipalsukan dan sah-sah hukum alam itu datang daripada Allah.

Jika di zaman Rasulullah pun sudah ada ahli-ahli kitab yang khianat agama Allah, apakah patut kita main percaya membuta-tuli segala ajaran agama disebabkan disampaikan oleh golongan tertentu?

bersambung

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Mon Jul 06, 2009 4:26 pm

Dalam hadith baginda dari riwayat Abdullah ibn Mas’ud bahawa baginda salallahualaihiwasalam pernah bersabda yang bermaksud “
Aku bersama kamu di telaga Al-Hau’d ketika para malaikat menghambat
sekumpulan dari umat aku dan aku mengenali mereka dari ummat aku, maka
aku berkata kepada tuhan (Allah) Wahai tuhan mereka umatku, maka
dijawab Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang telah mereka
perbuat selepas kematianmu (yakni mereka telah menyeleweng,). (Hadith Sahih disepakati Bukhari no. 6576 & Muslim no. 2257).

Jadi, kalau tak nak terseleweng daripada kebenaran, ikutilah yang benar yang ada hukum alam sebagai bukti yang nyata dan jelas. Sebab itulah bila kita fikir Al Quran, pasti ada logiknya yang menunjukkan Al Quran itu selari dengan hukum alam dan datang daripada Allah.

Tetapi berpegang pada yang logik ini tidak dilakukan oleh ahli-ahli kitab sehingga mereka menyelewengkan ajaran sebenar sesuatu kitab sehingga menyebabkan umat mereka jadi porak-peranda dengan cerita perpecahan sesama sendiri.

Hendaklah kita berada dalam kelompok Ahlul sunnah wal Jamaah baik dalam hal aqidah, ibadah, amal dakwah, jihad dan harakah serta kehidupan kita menuruti pertunjuk sunnah rasulullah s.a.w dalam perkara keagamaan.

Siapa ahli sunnah wal jamaah yang sebenar-benarnya tunduk kepada Allah? Sebab semua golongan mengaku mereka itu ikut sunnah Allah. Orang kafir terdahulu pun tak mengaku mereka kafir biarpun hidup berpecah-belah.

Sudah pasti golongan yang benar itu adalah golongan yang tunduk kepada Allah, iaitu mereka tunduk kepada hukum alam yang Allah tetapkan, bukan tunduk kepada kata-kata manusia yang tiada sokongan hukum alam atas alasan manusia itu tok guru atau ulamak.

Kalau kita fikirkan, kenapa Nabi Muhammad tidak main turut membuta-tuli kata-kata ahli kitab terdahulu biarpun sudah pasti ahli kitab itu mengaku mereka itu benar. Sebab kebenaran itu terletak pada bukti yang nyata (ikut hukum alam), bukan ikut cakap golongan yang ada status tertentu.

Adapun urusan kehidupan umumnya dan aspek sosial yang tidak berkait dengan agama maka tidaklah mengapa kita menjadi kreatif, inovatif dan bijaksana mengatur
apa yang terbaik untuk dunia kita.

Janganlah kamu memisahkan urusan kehidupan dunia dan akhirat. Takkanlah dalam bidang agama tidak memerlukan kreativiti (akal) sedangkan dikatakan Islam itu syumul untuk seluruh kehidupan?

Nabi Nuh buat kapal itu bukan untuk agama ke? Ingatlah, Islam itu syumul dan mencakupi seluruh kehidupan. Bila Al Quran suruh guna akal, takkanlah dalam bab mencari duit dan kemasyarakatan sahaja. Hubungan dengan Allah pun kena guna akal, sebab ilmu takkan turun ke dalam hati tanpa guna akal.

Macam mana mereka boleh pisahkan agama dengan penggunaan akal ni?


"Belum tahukah kamu, bahawa sesungguhnya Allah telah memudahkan untuk kamu apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi; dan Dia telah sempurnakan buat kamu nikmat-nikmat-Nya yang terlihat mahupun yang tidak kelihatan." (Luqman: 20).
“ Dan tidaklah dijadikan pada agama ini sesuatu yang menyusahkan” (Surah Al-hajj: 78).

Agama yang menyusahkan adalah agama yang memisahkan kehidupan dunia dan akhirat sehingga menokok tambah hukum yang Al Quran tidak tetapkan yang menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah.

Ikuti hukum alam yang Allah tetapkan, semua urusan hidup akan jadi mudah. Sebab itulah Allah mudahkan manusia bergerak mengelilingi bumi sejak terciptanya teknologi pengangkutan. Bukankah itu nikmat-nikmat dari Allah?

Malangnya, umat Islam nak pergi buat haji terpaksa beli teknologi dari kaum yang mereka kata kafir. Tak sedar diri punya manusia. Sudahlah tumpang teknologi bangsa lain, ada hati nak kata mereka itu kafir. Sebijik perangai kaum Yahudi terdahulu yang anggap puak mereka sahaja benar dan bangsa selain mereka adalah kafir.

Jika umat Islam sekarang tidak buang perangai buruk macam kaum Yahudi terdahulu, terus meneruslah terima kehinaan daripada Allah.


Cukuplah kita pada pertunjuk dari sabda baginda rasulullah : “Perkara yang Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab (Al-Qur’an) dan apa yang haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah alam kitab-Nya dan apa yang didiamkan olehnya maka ianya termasuk apa yang dimaafkan kepada kalian” (hadith hasan riwayat Tirmidzi no. 1726, Ibn majah, Hakim).

Juga sabda baginda rasulullah : “Sesungguhnya agama ini ialah mudah dan tidaklah yang (sengaja) menyusahkan dirinya dalam hal agama ini melainkan dia akan dikalahkan (tidak mampu)” (hadith sahih riwayat bukhari syarah ibn
ajar jilid 1 m/s 93).

“Katakanlah;
jika kamu benar-benar cintakan Allah maka ikutlah aku (rasul) maka Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih” (Alil-Imran –31).

Bagi golongan beriman, Al Quran itulah petunjuk dan hadis dari Rasulullah, sebab Al Quran telah disempurnakan penurunannya sejak baginda masih hidup. Apakah rasional mengambil sesuatu yang baru (bidaah) atas alasan itu riwayat hadis baginda?

Cuba kita fikirkan. Yang ada bukti hukum alam itulah datangnya dari Allah. Dan kata-kata yang tiada hukum alam itulah perkara yang direka-reka atau perkara baru, sebab hukum alam sudah wujud biarpun manusia belum diciptakan lagi.

Bila sesuatu kelompok mula beragama mentaati sesuatu yang tiada hukum alam sebagai bukti, tidakkah terang-terang mereka sudah buat bida'ah?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Mon Jul 06, 2009 4:57 pm

Mari kita lihat kelemahan hujah ini dengan memikirkan dakwah Rasulullah.


Dari riwayat Ibn Abbas ra bahawa baginda bersabda :“Barangsiapa
yang mengatakan sesuatu perihal Al-Quran dengan menggunakan akalnya
atau dengan apa yang tidak diketahuinya maka bersedialah dia dengan
tempat di neraka.” (Hadith hasan, riwayat Ibn. Jarir 34 Jilid 1 & Tirmidzi no. 2950).

sesiapa yang dapat memahami isi kandungan Al-Qur’an dengan ilmu
dan pemahaman yang sahih menurut kehendak sunnah yang mentafsirkan
Al-Qur’an maka bolehlah dia mengamalkan Al-Qur’an namun untuk memberi
fatwa dan berhukum dengan Al-Qur’an dan mentafsir isi kandungannya
untuk orang lain maka hendaklah mereka itu ulama dan memiliki kemahiran
dan ilmu yang mencukupi.


Sebelum Nabi Muhammad dan Quran diturunkan, sudah wujud ramai Rasul dan banyak Kitab-kitab Allah. Bagaimana Nabi Muhammad boleh mengaku membenarkan kitab-kitab terdahulu sedangkan baginda tidak belajar dengan ahli-ahli kitab terdahulu?

Jadi bila Nabi Muhammad menyeru kaum Yahudi agar kembali kepada ajaran Taurat, apakah fatwa atau hukum yang baginda peringatkan kembali kepada kaum Yahudi itu tidak sah disebabkan baginda bukan ulamak Yahudi dan tidak berkemahiran membaca bahasa asal Kitab tersebut?

Inilah contoh riwayat hadis yang bertentangan dengan apa yang Rasulullah lakukan. Jika benar guna akal itu balasannya ke neraka, Nabi Muhammad itu sudah layak dihumban ke neraka sebab baginda pandai-pandai kata perihal Taurat dan Injil sedangkan baginda tidak pernah berguru dengan mana-mana ahli kitab.

Kita nampak cara pemikiran umat Islam sekarang tidak memikirkan macam mana Nabi Muhammad mula berdakwah dahulu. Mereka nampak Islam itu selepas zaman Nabi Muhammad, bukan masa Nabi Muhammad berjuang menegakkan kebenaran biarpun sebelum baginda sudah wujud bermacam-macam ajaran atau syariat para Rasul terdahulu.


Dari riwayat Mujahid ra yang pernah berguru dengan Ibn Abbas ra berkata
“ Tidak halal bagi sesiapapun yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat untuk berkata sesuatu perihal Al-Quran sedang dia tidak
menguasai bahasa arab.” (lihat Mabahis Fi Ulum Quran m/s 302 ).

Selain
memahami usul tafsir, fiqih dan usulnya, mengetahui dan memiliki
kemahiran bahasa arab dan sasteranya. Mereka juga harus mempunyai
kekuatan dalam hadith dan ilmunya serta mengetahui kaedah dan memiliki
kemahiran dan kelebihan dalam pemahaman terhadap uslub dan gaya bahasa
Al-Qur’an.

Inilah contoh riwayat yang jelas bertentangan dengan Al Quran. Mana ada Al Quran tetapkan tidak halal memahami Al Quran tanpa kuasai sesuatu bahasa?

Bagaimana Nabi Muhammad boleh sentuh pasal Taurat yang ada sebut hukum-hukum untuk Bani Israel sedangkan baginda bukannya tahu bahasa asal Taurat. Jika riwayat di atas diguna-pakai, sudah pasti Nabi Muhammad tidak halal berkata pasal Taurat atau Injil. Apalagi tidak halal baginda berfatwa atau berhukum kepada golongan tersebut.

Mungkin cara begitulah yang digunakan oleh ahli-ahli Kitab terdahulu untuk membantah Nabi Muhammad yang tidak tahu membaca Kitab-kitab terdahulu. Nampaknya ada segolongan umat Islam sudah berperangai macam kaum Yahudi terdahulu.

Sedar atau tidak, yang memelihara pemahaman Al Quran atau apa jua Kitab Allah adalah Allah sendiri. Bukannya bahasa atau kena tahu riwayat hadis. Sebab itulah Nabi Muhammad tidak perlu tahu bahasa asal Taurat atau riwayat hadis Nabi Musa untuk memahami ajaran Taurat yang sebenarnya.

Bagaimana Allah boleh beri kefahaman sesuatu KitabNya kepada seseorang manusia? Cukuplah bila manusia itu guna akal untuk membuat kebaikan. Pasti Allah berikan kefahaman Kitab-kitabNya. Kunci inilah yang tidak difahami sehingga mereka hairan macam mana ada manusia boleh faham sesuatu kitab Allah tanpa melalui ahli-ahli kitab atau tahu bahasa asal kitab terdahulu.

Nampaknya umat Islam pun boleh ada yang sama macam perangai kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu yang tidak dapat menerima kebenaran yang Nabi Muhammad sampaikan semata-mata baginda bukannya ahli kitab dan tidak berpelajaran kitab2 terdahulu.

Ingatlah, ciri-ciri orang beriman memilih apa yang terbaik, bukannya menghadkan kebenaran atas alasan tidak menyamai apa yang puak mereka anuti. Jika begitulah perangai orang beriman, tiadalah bezanya mereka dengan kaum kafir terdahulu yang anggap ahli-ahli kitab mereka sahaja yang layak berkata pasal agama.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Wed Jul 08, 2009 8:58 am

toukey wrote:Doa adalah senjata mukmin..

Doa tanpa usaha yang realistik, tidak akan jadi senjata. Allah bukannya kuli manusia yang tolong buat apa yang manusia itu doakan sedangkan manusia itu tidak berusaha dan pemalas.

Lihat nasib Palestin yang sudah lebih 50 tahun ditindas. Setiap kali mereka diperangi, umat Islam di merata dunia hanya mampu buat solat hajat dan demontrasi mengutuk Israel di jalanan sahaja. Adakah solat hajat mereka itu menjadi senjata untuk melindungi kaum Arab di Palestin itu daripada disembelih? Tidak, sebab Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mengubahnya. Setakat berdoa tetapi hidup pemalas berusaha, macam mana Allah nak tolong?

Jika tidak mampu mengusai bahasa arab maka carilah guru dan alim ulama,jangan guna ilham yang timbul dari akal kita yang lemah.

Nabi Muhammad tidak pun dikatakan mampu menguasai bahasa asal Taurat dan Injil, tetapi baginda tidak pun belajar dengan ahli-ahli Kitab. Baginda hanya guna ilham (wahyu) yang timbul dari akal baginda. Jadi, apakah baginda seorang yang lemah akalnya?

Ilham hanya timbul pada akal yang kuat. Sebab itu bangsa Barat banyak ilham untuk mencipta sebab akal mereka kuat, berbanding umat Islam yang tiada ilham sebab akal mereka lembab.

Dan orang yang lemah akal dan pemalas berfikir, macam mana nak timbul ilham benar (ikut hukum alam)? Dan bila timbul ilham yang benar itu, itu menunjukkan manusia itu kuat akalnya. Sebab itu Rasulullah senang-senang dapat ilham yang benar (Al Quran) sebab baginda seorang yang kuat akalnya, biarpun kaum kafir terdahulu menganggap baginda sesat sebab ajaran yang baginda bawa tidak sama dengan ahli-ahli kitab mereka. Cuba berfikir secara logik sikit?

Jika kita tidak mahu mencari ilmu itu sebenarnya tergolong orang yang malas dan rugi..jika menggunakan akal yang terhad pasti kita mudah terpesong dari ajaran yang sebenar.

Ilmu datangnya daripada Allah, bukannya daripada tok guru. Sedangkan Nabi Muhammad sendiri bukan mencipta ilmu itu, tetapi sekadar menyampaikan ilmu yang Allah kurniakan setelah akal baginda mencapai hakikat kebenaran (logik). Oleh kerana Nabi Muhammad guna akal dan tidak menuntut dengan mana-mana ahli kitab, apakah baginda terpesong dari ajaran yang sebenar?

Mungkin itulah yang dianggap oleh orang kafir terdahulu yang membantah Nabi Muhammad. Sebab baginda tidak belajar dengan mana-mana ahli kitab, kemudian menyampaikan Al Quran yang datang melalui akal baginda, maka baginda dilihat terpesong dari ajaran agama terdahulu. Biarpun Al Quran itu logik dan selari dengan hukum alam, tetapi tetap dibantah oleh golongan yang beragama secara menurut itu semata-mata kata-kata dalam Al Quran itu tidak selari dengan ahli-ahli kitab mereka.

Nampaknya pengulangan sejarah telah berlaku di sini di mana ada yang mengaku Islam tetapi beranggapan macam kaum kafir terdahulu iaitu memilih kata-kata yang selari dengan ahli-ahli kitab mereka, bukannya yang selari dengan hukum alam (yang sah-sah datang daripada Allah).

Maha Suci Allah, bagaimana mereka boleh menyekutukanMu sedangkan mereka ada Al Quran?

bersambung...

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Wed Jul 08, 2009 9:13 am

Gunalah masa yang masih ada ini untuk kita mempelajari Ilmu agama.Bukan mengerjakan perkara yang melalaikan,"Hubbu Dunia" cintakan dunia membuatkan kita leka dan terus leka..ambillah kesedarhanaan...untuk melengkapkan rohani mesti kuat jasmani dulu..

Berfikir pasal agama itu sudah menunjukkan manusia mempelajari ilmu agama. Sebab Nabi Muhammad dapat Al Quran pun melalui berfikir, bukannya melalui ahli-ahli kitab. Tetapi konsep belajar dengan Allah ini tidak difahami oleh ramai manusia yang anggap ilmu agama hanya perlu dipelajari dengan tok guru. Sedangkan mereka sedar, Nabi Muhammad pun tidak berguru dengan mana-mana ahli kitab biarpun baginda dakwa membenarkan Kitab-kitab terdahulu. Bukan Nabi Muhammad sahaja, malah sunnah para Rasul semuanya belajar dengan Allah. Tetapi macam mana sunnah yang terpenting ini mereka tidak ikut biarpun mereka kata merekalah golongan "ahli sunnah"?

Apabila akal berfikir dan mencapai logik (persamaan dengan hukum alam), itulah tanda-tanda manusia itu dapat petunjuk Allah. Sebab itulah tanpa memerlukan baginda belajar dengan ahli-ahli kitab dan mempelajari bahasa asal Kitab terdahulu, Allah berikan baginda kefahaman agama sehingga hujah baginda tidak mampu dipatahkan oleh ahli-ahli kitab yang musyrik itu.

Dan apabila kita melalui jalan yang sama seperti baginda (belajar agama denganNya melalui berfikir), pasti Allah berikan ilham-ilham yang mudah untuk mematahkan tipu-daya kaum yang beragama secara menurut itu seperti yang terjadi di forum terbuka seperti ini.

Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Berkata Imam Bukhari: Sa`id bin Abi Maryam bercerita kepada kami: Muhammad bin Ja`far memberitahu kami: Humayd bin Abi Humayd Tawil (yang tinggi) memberitahu kami bahawa beliau mendengar Anas bin Malik radiyallahu `anhu berkata: “Tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanyakan tentang ibadah Nabi saw. Apa mereka diberitahu mereka bagaikan menganggapnya sedikit. Lantaran itu mereka berkata: “Di manakah kita berbanding Nabi saw sedangkan telah diampunkan untuk baginda dosa-dosa terdahulu dan terkemudiannya”. Berkata salah seorang mereka: “Adapun saya pasti akan mengerjakan solat sepenuh waktu malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya akan berpuasa setahun penuh tanpa berbuka”. Berkata lagi seorang lagi: “Saya pula akan mengasingkan diri daripada
wanita-wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya”. Baginda saw lalu datang menemui mereka lantas bertanya: “Kamukah yang berkata demikian-demikian? Adapun saya demi Allah merupakan orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah di kalangan kamu tetapi saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur dan saya mengahwini wanita-wanita. Oleh itu sesiapa yang bencikan sunnahku maka dia bukan di kalanganku.”

Sunnah yang terpenting yang Rasulullah lakukan yang selalu dilupakan oleh umat Islam sekarang adalah baginda belajar agama secara berfikir dan tidak menurut kata-kata ahli kitab membuta-tuli.

Jadi, logiklah umat Islam sekarang menerima nasib yang hina dengan cerita perpecahan sesama sendiri kerana mereka membenci sunnah yang Rasulullah dahulu lakukan, sebab mereka menentang orang yang menyampaikan kebenaran kerana orang itu tidak belajar dengan ahli-ahli kitab mereka. Tanpa disedari, ramai umat Islam sekarang sudah berperangai macam kaum Yahudi dan Nasrani yang main turut membuta-tuli cakap ahli-ahli kitab mereka sahaja.

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan.


Huraian Hadis Hadis ini memberi pengajaran penting tentang kesederhanaan dalam beribadah.Ibadah bermaksud perhambaan diri kepada Allah subhanahu wa Ta`ala.
Perhambaan ini diterjemahkan menerusi kepatuhan dan ketaatan yang mutlaq terhadap segala perintah dan larangan Allah. Manusia dan Jin sememangnya dicipta untuk beribadah dan memperhambakan diri kepadaNya sebagaimana firman Allah
Maksudnya: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah memperhambakan diri kepadaKu.”

Sesuatu perintah atau larangan daripada Allah dibuktikan dengan adanya hukum alam. Seperti belajar atau bangunkan pemikiran itu sendiri adalah perintah daripada Allah (walaupun ramai umat Islam malas belajar). Ini kerana hukum alam menunjukkan golongan pemalas belajar akan ditimpa nasib malang akibat hidup secara b0doh. Tetapi kenapa ramai umat Islam buat b0doh dengan perintah Allah yang utama ini? Mana logik tahap pemikiran akan meningkat jika tidak berfikir dan belajar?

Keb0dohan menyebabkan manusia berada dalam jurang neraka kerana mereka tidak tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Mereka main buat ikut cakap ahli-ahli kitab mereka macam binatang ternak ditarik hidungnya. Akibatnya, mereka jadi berpuak-puak kerana taksub pada tok guru yang bermacam-macam aliran.

Sedangkan ciri-ciri golongan beriman adalah memilih yang terbaik daripada semua yang diterimanya tidak kira dari Barat atau Timur, bukan pilih kata-kata ikut puak yang disukainya sahaja kononnya yang datang dari tanah Arab itu sahaja Islamik dan dari Barat dikatakan sekular.

Nampak tak macam mana ramai orang islam sekarang sudah tiru perangai kaum Yahudi terdahulu yang anggap puak mereka sahaja dikasihi Allah, dan ahli-ahli kitab mereka sahaja benar.

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan (menganggap tok guru mereka itu setara dengan Allah dalam membuat ketetapan).

bersambung...

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by Juang on Wed Jul 08, 2009 9:30 am


Ibadah terbahagi kepada dua:
Pertama, ibadah khusus seperti ibadah solat, puasa, zakat, haji,berzikir dan membaca al-Qur’an. Ibadah ini dilakukan oleh seorang hamba semata-mata kerana ianya merupakan perintah Allah samada perintah wajib atau sunat untuk membuktikan ketundukan dan kepatuhannya kepada Allah. Ibadah khusus ini merupakan amalan peribadi yang dilakukan oleh seorang hamba samada secara bersendiri atau melibatkan masyarakat bagi membentuk jiwa yang bersih dan perasaan yang tenang kerana hakikat ketenangan akan tercapai apabila manusia menghubungkan dirinya dengan TuhanNya.

Ibadat tidak akan mampu membersihkan jiwa, jika ibadat itu dilakukan atas nama tok guru dan ikut-ikutan masyarakat. Sebab ibadah sebegitu hanya menyebabkan manusia jadi kotor hatinya kerana merasakan puak mereka sahaja benar, macam perangai kaum Yahudi terdahulu yang anggap puak mereka sahaja dikasihi Allah.

Sebab itulah golongan beriman menjauhi ibadat yang dicipta atau diada-adakan oleh ahli-ahli kitab itu, tetapi mereka beribadat ikut hukum alam yang Allah tetapkan seperti mana yang boleh difahami dalam Al Quran (yang tidak menetapkan cara khusus ikut cakap ahli-ahli kitab).

Oleh kerana ibadat golongan beriman ikut hukum alam, maka kesannya adalah realistik, sebab alam semesta ini jadi real pun kerana tunduk pada hukumNya. Jiwa akan jadi kental dalam membuktikan kebenaran sebab Allah berikan ilham yang benar yang tidak mampu dipatahkan oleh kaum yang beragama tunduk pada ahli kitab yang tidak tunduk kepada hukum alam yang Allah tetapkan. Sedangkan jiwa golongan yang beragama secara menurut itu akan jadi lemah dan cepat berputus asa. Sebab itu mereka tidak mampu membantu mengeluarkan nasib malang saudaranya sendiri di Palestin, sebab ibadah yang dilakukan hanya mengotorkan jiwa (perasan umat mereka sahaja umat terbaik dan memandang hina bangsa selain mereka - kekotoran hati yang ada pada kaum Yahudi dahulu).


Kedua,
ibadah umum. Ia melibatkan perhambaan diri manusia kepada
Allah dalam perlakuan harian seseorang pada setiap detik dan saat
kehidupan yang dilaluinya sejak baligh hingga ke nafas yang terakhir.
Perhambaan ini diterjemahkan menerusi ketaatan dan kepatuhan seseorang
terhadap garis panduan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah dalam
perlakuan hariannya.

Malang sekali, ramai sekali orang yang mengaku Islam tetapi tidak patuh pada garis panduan hukum Allah, iaitu kena belajar dan berfikir agar tahap mentaliti dibangunkan supaya mudah membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Bagi mereka, belajar ilmu alam yang boleh membangunkan pemikiran itu dikatakan untuk dunia, sedangkan membangunkan pemikiran itulah sunnah para Rasul. Mana ada Rasul dari kalangan orang yang b0doh dan sempit pemikirannya. Sebab itulah Nabi Muhammad sendiri bawakan pedoman para Rasul terdahulu tanpa mengira bangsa sebab semua yang benar dan baik itulah datang dari ajaran Allah.

Ada golongan yang beragama secara menurut atas alasan itulah cara beragama yang benar, sedangkan mereka sedar Rasulullah tidak beragama main pakai turut kata ahli kitab terdahulu. Sepatutnya, untuk membenarkan ajaran Taurat dan Injil yang baginda bukan seorang yang tahu bahasa asal kitab itu (bukan bahasa ibunda baginda), baginda kenalah belajar dengan ahli-ahli kitab kaum Yahudi dan Nasrani itu. Tetapi kenapa baginda tidak berbuat demikian? Sebab setelah melihat ajaran ahli-ahli kitab itu hanya menyebabkan kedua-dua kaum itu jadi lemah dan berpecah-belah, takkanlah ajaran yang benar itu sedemikian rupa hasilnya. Seperti itulah golongan beriman hari ini tidak menurut membuta-tuli ajaran ahli kitab yang kononnya mereka ikut ajaran Nabi Muhammad,setelah melihat ajaran mereka itu hanya menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah.

Jadi tinggalkanlah ajaran nenek moyang yang memudaratkan itu seperti sunnah para Rasul dahulu tinggalkan ajaran agama nenek moyang mereka setelah nampak mudaratnya (malangnya sunnah ini tidak pula diikuti oleh golongan yang kononnya mengaku "ahli sunnah" itu) jika benar-benar nak ikut sunnah para Rasul dahulu.

Lihatlah bagaimana Allah menguji kaum yang kononnya mengaku mereka ikut Sunnah Nabi, tetapi bila diperingatkan agar meninggalkan ajaran nenek moyang yang membawa mudarat sebab mereka jadikan tok guru mereka sebagai tuhan selain Allah (membenarkan apa yang tok guru mereka tetapkan tanpa adanya bukti ketetapan hukum alam), mereka tidak ikut pun sunnah Rasul terdahulu.

Sesungguhnya orang yang mendustai agama akan menerima azab yang pedih. Di alam siber ini pun Allah sudah bakar hati mereka sehingga takut nak tegakkan kebenaran mereka biarpun mereka mengaku benar. Setakat mengaku tetapi tiada bukti, siapa nak percaya?


Seorang yang berniaga barang-barang yang
halal dan tidak menipu dalam aktiviti perniagaannya telah beribadah
dalam perniagaannya. Begitulah juga seorang yang amanah dan jujur dalam
melakukan tangungjawab pekerjaannya yang halal telah beribadah dalam
pekerjaannya itu. Seorang yang berkahwin kerana ia merupakan tuntutan
beragama dan mengikut lunas peraturan perkahwinan yang digariskan oleh
Islam juga beribadah dalam perkahwinannya. Inilah yang dikatakan ibadah
umum.

Hakikat ibadah khusus itu diajar supaya manusia jadi jujur dan membuat kebaikan dalam seluruh kehidupannya (ibadah umum). Itulah antara perkaitan kedua-dua jenis ibadah itu.

Namun sebab sekarang ini ibadat khusus yang dilakukan bukan kerana Allah lagi, tetapi kerana tok guru, maka seluruh kehidupan umat Islam sudah jadi kucar-kacir. Bila berkahwin, mereka berkahwin sekadar pada zahir sahaja. Ikatan perkahwinan mereka rapuh sehingga kes-kes penceraian di kalangan umat Islam semakin meningkat. Malah perkahwinan dijadikan tempat untuk bermegah-megahan dengan hantaran yang mahal sehingga ada yang terpaksa berhutang untuk berkahwin. Akibatnya, hilanglah rahmat yang dijanjikan kepada rumahtangga yang dibina. Akibat tertekan dengan kehendak mengejar kebendaan, maka pasangan yang berkahwin itu mudah bercerai-berai.

Begitulah Allah tunjukkan kesan ajaran agama yang sudah terpesong dari nilai kebenaran sebab erti perkahwinan sudah tidak dihayati apabila ibadat khusus yang dilakukan bukan lagi kerana Allah (tidak ikut hukum alam tapi ikut cakap tok guru).

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka persekutukan.

bersambung....

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by studentABC on Wed Jul 08, 2009 10:55 pm

“Janganlah kamu menjadi seperti orang yang musyrikin iaitu mereka yang BERPECAH-BELAH dalam agama mereka dan setiap HIZBI (golongan, parti, jemaah) itu bergembira dengan yang mereka punyai” (Surah Ar-Rum 31-32).

Berpecah belah kepada Sunni, Syiah, Syafii, Hanbali, Maliki, Abu Hanifah, etc? Siapa yang berbunuh2 sesama sendiri walaupun mengakui diri Muslim? Yang berpegang pada Al-Quran? Atau yang ada sumber-sumber lain yang kononnya boleh me'lengkap'kan Quran? Lihatlah apa yang terjadi.

Kembalilah kepada Al-Quran yang satu, yang lengkap, yang diturunkan kepada Nabi Muhammad untuk umatnya seperti kita ni.Smile

studentABC
Siswa-Siswi

Number of posts: 2
Reputation: 0
Credits: 1052
Registration date: 2009-07-08

Back to top Go down

Re: BERHENTI !!!!

Post by slipar on Thu Jul 09, 2009 1:59 am

mereka tidak berpecah belah . ada member tu kata pas dan umno boleh solat bersama , tak dak masalah . hanya perbedhaan dalam politik yg memisahkan . depa bersatu kat mekah .. tak dak pecah2 . member tu kata jugak kalau pun masyarakat islam hari ni banyak jenayah dll itu kerana undang2 hudud tak dilaksanakan . quran jugak jangan di tafsir nanti sesat . bedha manusia hanya ibadat ritual yg lain tak kira .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum