Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

View previous topic View next topic Go down

Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by Payau Putih on Fri Jul 03, 2009 8:27 am

Salaam,

Ayuh binsang2 siapa sebenarnya tu yang digelar syaitan... adakah syaitan itu nama makluk atau apa-apa... ? Tengah fikir ni...

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1267
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by Admin on Fri Jul 03, 2009 12:40 pm

"Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan." (6:112)

Berdasarkan ayat al-quran di atas, nyata sekali musuh nabi adalah syaitan yang terdiri daripada kalangan jin dan manusia. Jadi, orang-orang yang cuba mengada-adakan ucapan palsu indah-indah yang kononnya datang daripada nabi itu juga adalah syaitan. Maka syaitan daripada manusia ini harus ditinggalkan.

Bukan sahaja syaitan itu musuh bagi nabi tapi musuh manusia juga.

"Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu; maka ambillah ia sebagai musuh. Ia menyeru golongannya hanya supaya mereka menjadi di kalangan orang-orang Menyala." (35:6)

"ia (syaitan) adalah musuh yang nyata bagi kamu." (2:208)

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by Juang on Fri Jul 03, 2009 5:32 pm

Binsang tu kawan ke?

Syaitan itu adalah jiwa yang jahat sama ada dari kalangan jin atau manusia. Oleh kerana Allah beri kita 2 pilihan sama ada untuk jadi baik atau jahat, maka barangsiapa pilih nak jadi jahat, syaitanlah namanya itu.

Tanda-tanda manusia itu jadi syaitan apabila engkar pada kebenaran, berdusta, berdengki dan suka bermusuh-musuhan, tidak mahu menyatukan manusia lagi tidak mahu membuat kebajikan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by Admin on Fri Jul 03, 2009 9:15 pm

Juang wrote:Binsang tu kawan ke?



Saya tolong jawabkan bagi pihak Payau Putih. Binsang itu bukanlah bermaksud kawan. Tapi ia merujuk kepada perkataan 'bincang'. Ini trend percakapan org2 sabah yang gemar menggantikan huruf C jadi S supaya ianya nampak lebih mesra dan harmoni. mr green

"Ayuh binsang2 siapa sebenarnya tu yang digelar syaitan.."
=Ayuh bincang2...

Juang wrote:

Syaitan itu adalah jiwa yang jahat sama ada dari kalangan jin atau manusia. Oleh kerana Allah beri kita 2 pilihan sama ada untuk jadi baik atau jahat, maka barangsiapa pilih nak jadi jahat, syaitanlah namanya itu.

Tanda-tanda manusia itu jadi syaitan apabila engkar pada kebenaran, berdusta, berdengki dan suka bermusuh-musuhan, tidak mahu menyatukan manusia lagi tidak mahu membuat kebajikan.


Makanya, tidak ada sifat-sifat yang baik yang ada pada syaitan itu. Oleh itu, manusia harus menjauhi dirinya dari sifat-sifat jahat yang ada pada syaitan. Orang-orang percaya tidak akan menjadikan syaitan sebagai temannya. Antara sebahagian daripada amalan syaitan yg juga dipanggil kotoran adalah meminum arak, berjudi, menyembah berhala, dan ramalan anak2 panah. Allah berfirman;

5:90. Wahai orang-orang yang percaya, arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah, adalah kotoran, sebahagian daripada amalan syaitan; maka jauhilah ia agar kamu beruntung.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by Payau Putih on Fri Jul 03, 2009 9:57 pm

Salaam,

Terima kasih Bayau kerana tulung menjelaskan.... iya maksudnya adalah "mari bincang2...." dan maaflah menyebabkan ada yang terkeliru... bah saya akan usahakan dengan besakap dengan lebih baik... Embarassed dan terima kasih bagi yang sudi memberi penjelasan berkaitan tajuk...

teringat kisah iblis semasa ingkar arahan Allah untuk sujud kepada Adam, masa tu dia belum lagi digelar syaitan tapi setelah/semasa dia menghasut dan cuba menjadi penasihat kepada Adam dan isterinya maka disitulah dia digelar syaitan... maka sesiapa pun yang menjadi penghasut baik jin atau manusia untuk ingkar perintah Allah dalam Al Quran digelar "syaitan".

Terima kasih sekali lagi....

Payau Putih
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 197
Location: Sabah bertuah
State:
Reputation: 0
Credits: 1267
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Re: Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by Adli on Fri Jul 03, 2009 11:47 pm

Ya dalam surah An Naas ada sebut pasal bisikan was-was dari jin dan manusia. Itulah bisikan halus syaitan untuk menghasut manusia. Iblis adalah syaitan dari kalangan jin.

Dan dari kalangan manusia pun ramai jadi syaitan bila mereka lalai belajar kenal diri sehingga mereka lupa muhasabah diri kenapa umat mereka menerima kelemahan dan perpecahan sesama sendiri.

Dari ayat 5:90 itu, syaitan suka perkara-perkara yang tidak bermanfaat kepada pembangunan minda dan kesucian hati. Bila minda tidak terbangun, hati mudah kena penyakit. Bila hati kotor, jadilah mereka itu syaitan.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by radhi27 on Wed Aug 05, 2009 2:25 pm

Syaitan itu manusia dan jin yang tidak mahu mengikut kebenaran yang Allah turunkan.

Firman Allah

Dan siapa yang mengikuti Rasul itu, sesungguhnya
dia telah mengikuti Allah,
dan siapa yang
membelakang, maka kami bukan mengutus engkau untuk menjaga mereka.

radhi27
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 123
Reputation: 0
Credits: 1141
Registration date: 2009-08-05

Back to top Go down

Re: Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by Adli on Sat Aug 08, 2009 5:39 pm

Apabila Allah tetapkan, untuk menentu kebenaran perlu guna akal, maka barangsiapa yang beragama tak guna akal, maka itulah syaitan yang nyata sebab terang-terang mereka sudah bantah Allah. Melainkan mereka bertaubat dan berserah diri kepada Allah untuk menjadi insan yang memikirkan dahulu sesuatu ajaran sebelum menerimanya. Itulah orang yang mendapat petunjuk Allah.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by Juang on Sun Nov 29, 2009 9:18 am

Macam mana nak membentengi diri daripada iblis dan syaitan?

Kita kena kenal sifat-sifat iblis dan syaitan yang ada disebutkan dalam Al Quran.

Sifat-sifat iblis
- sombong, bongkak, angkuh, takbur, bangga diri, hasad dengki, selalu tak berpuas hati (tak tahu bersyukur) dan kuat berdendam.

Sifat-sifat syaitan
- kuat menipu, suka bisikkan khayalan, tidak berpegang pada logik (bukti di sekeliling alam), mengajak melakukan sesuatu yang mudarat, dan mengadu domba.

Lalat dan langau hanya akan menghurung bangkai atau sampah yang berbau busuk. Maka, hati yang busuk dengan penyakit akan dihurung oleh iblis dan syaitan.

Kerana itu sucikanlah hati daripada sifat-sifat iblis dan syaitan yang menyebabkan ia berbau busuk seterusnya menyebabkan iblis dan syaitan datang menghurunginya.

Jadikan Al Quran sebagai air yang menyucikan jiwa. Buang perasaan angkuh dan bangga diri kononnya sudah dilahirkan dari keturunan Islam, diri itu sudah Islam. Itulah tipu daya iblis yang menyebabkan umat Islam hari ini sudah jauh sifat-sifatnya daripada umat Islam yang sebenar iaitu umat Islam yang bijak, berilmu tinggi, kuat dan bersatu-padu.

Umat Islam hari ini umpama bangkai yang berbau busuk gara-gara hatinya penuh penyakit. Sebab itulah kita lihat masyarakat Melayu selalu dihurungi iblis dan syaitan sehingga terpaksa membunuh atau menghalaunya. Mereka bukannya nak fikir macam mana nak cegah makhluk-makhluk itu datang. Kalau punca penyakit tidak diubati, memanglah iblis dan syaitan itu suka kacau.

Kalau hati sebusuk bangkai, logiklah iblis dan syaitan itu datang menghurungi. Kenapa tidak disucikan hati walhal Al Quran itulah penawarnya?

Ini tidak, digunakan nama agama untuk berpuak-puak dan melabel-label sesat dan sebagainya. Macamlah mereka itu tuhan nak menghukum akidah manusia. Sedangkan Al Quran sudah sebut, Allah-lah yang paling tahu siapa yang mendapat petunjuk dan siapa yang disesatkan. Kenapa tidak serahkan kepada Allah sahaja?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Apa Sebenarnya itu "Syaitan" ?

Post by Teringintahu on Thu Jan 07, 2010 8:04 pm

Adli wrote:Ya dalam surah An Naas ada sebut pasal bisikan was-was dari jin dan manusia. Itulah bisikan halus syaitan untuk menghasut manusia. Iblis adalah syaitan dari kalangan jin.

Dan dari kalangan manusia pun ramai jadi syaitan bila mereka lalai belajar kenal diri sehingga mereka lupa muhasabah diri kenapa umat mereka menerima kelemahan dan perpecahan sesama sendiri.

Dari ayat 5:90 itu, syaitan suka perkara-perkara yang tidak bermanfaat kepada pembangunan minda dan kesucian hati. Bila minda tidak terbangun, hati mudah kena penyakit. Bila hati kotor, jadilah mereka itu syaitan.







http://www.scribd.com/doc/18027174/The-Quraniyoon-of-the-Twentieth-Century


.

Teringintahu
Siswa-Siswi

Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1231
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum