Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 6 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 BotsAdmin
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3489) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Cinta Untuk Insan Yang Berani
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Cinta Untuk Insan Yang Berani
Cinta yang suci itu indah. Ia datang bukan untuk main-main. Ada tujuan untuk membuktikan hakikat keinsanan. Selalunya datang tanpa disangka-sangka.
Bagi golongan beriman, cinta itu perjuangan untuk Allah. Cinta mengembalikan manusia kepada fitrah kejadian. Membawa manusia mengenal asal-usul kejadiannya. Kerana kekosongan jiwa yang dirasai, daripada satu (Adam), Allah jadikan manusia ada pasangannya. Daripada mereka, maka berkembang biaklah generasi manusia sehingga ke hari ini.
Oleh kerana Islam itu agama fitrah yang sesuai dengan kejadian manusia, maka cinta memainkan peranan dalam dakwah Islam. Kerana melalui cinta manusia akan kenal diri dan potensi diri yang ada. Cinta menjadi penyambung generasi manusia selagi mana mereka tidak lalai untuk tunduk kepada hukum alam yang telah Allah tentukan.
Cinta itu umpama api yang membara. Membakar jiwa agar jadi insan yang bersemangat dan kental, seperti mana tembok besi yang dibina oleh Zulkarnain.
Cinta itu umpama embun yang menitis di pagi hari. Mendamaikan jiwa dan menenangkan rasa. Menjadi pemangkin kepada si pemikir untuk meneroka alam kekal iaitu alam ilmu.
Cinta yang suci memerlukan keberanian. Kerana tidak semua manusia mampu mencapai kesucian cinta, biar pun lafaz cinta itu mudah diucapkan. Namun nak membuktikan cinta, hanya golongan yang berani sahaja yang sanggup memikulnya.
27:29. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya sebuah kitab yang mulia telah dilemparkan kepadaku,
27:30. Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah 'Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
27:31. Janganlah kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kemusliman.'"
Apakah lamaran Sulaiman terhadap Ratu Balqis bukan kerana cinta? Dan apakah kesanggupan Ratu Balqis berani berjuang bersama Sulaiman bukan kerana cinta? Manusia tidak akan tunduk berserah diri melainkan atas dasar cinta. Cinta Allah dengan hambaNya. Cinta hamba sesama hamba. Bukan mudah seorang Ratu yang ada pangkat dan kekayaan untuk boleh tunduk berserah diri melainkan atas dasar cinta yang suci.
Setiap cinta pasti ada ujiannya. Sejauh mana manusia itu mengawal bara cintanya untuk agamaNya. Telah ada golongan terdahulu yang berjaya, tidak kurang juga yang gagal kerana kalah pada keraguan dan berpaling lari daripada apa yang Allah tunjukkan.
Perjuangan cinta bukan setakat digerbang perkahwinan, tetapi sampai ke mati kerana cinta yang suci itu akan kekal di sanubari.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3489
State:
Reputation: 6
Credits: 5198
Registration date: 2008-08-26
Re: Cinta Untuk Insan Yang Berani
Bila diajak memikirkan Al Quran, mereka lari.
Bila diajak jangan taksub riwayat hadis, mereka lari.
Bila diajak tinggalkan amalan nenek moyang yang memudaratkan ummah, mereka lari.
Bila diajak berkahwin kerana Allah pun mereka lari.
Semuanya nak melarikan diri. Bila dah tersepit barulah nak menyesal. Tak tahu la apakah lepas ini akan jadi bagaikan melepas anjing yang tersepit?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14
Similar topics» MEDIA APA YANG SESUAI UNTUK SOALAN INI?
» pembangunan modal insan
» Karangan Tentang Cinta seri 1
» Makan dengan cara yang baik
» teka teki yang perlu diberi penampaq
» pembangunan modal insan
» Karangan Tentang Cinta seri 1
» Makan dengan cara yang baik
» teka teki yang perlu diberi penampaq
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum