Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Menyahut Cabaran Allah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Menyahut Cabaran Allah
Salam untuk pendekar-pendekar Melayu yang berani,
Apabila Allah membuka mata sesuatu kaum untuk melihat kelemahan ajaran agamanya sendiri, itulah tanda-tanda Allah memberi petunjuk agar kaum itu berubah. Logiknya, tidak mungkin Allah Maha Bijaksana mengajar sesuatu yang menyebabkan sesuatu kaum itu jadi lemah, pemalas berfikir dan seterusnya hidup berpecah-belah atas sebab berpuak dalam beragama. Tidak mungkin seorang Rasul yang mengajar dengan hikmah mewarisi ajaran yang sebegitu buruk nilainya.
Walaupun bagaimanapun, kesanggupan kaum itu untuk berubah bergantung kepada keyakinan mereka kepada petunjuk Allah itu. Bayangkan, setelah Nabi Muhammad melihat perangai buruk kaumnya sendiri, dan baginda hanya duduk goyang kaki di kedai kopi, apakah malaikat Jibril akan datang membawa wahyu kepada baginda? Apakah yang membuatkan Allah memilih baginda untuk membawa cabaranNya agar kaumnya berubah? Sudah pasti dalam diri baginda ada kesedaran dan keinginan untuk membuat perubahan setelah melihat ajaran agama nenek moyang mereka menyebabkan kaum Arab ketika itu berpuak-puak dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Di sini nampak, kesesatan yang iblis bawa pasti menghasilkan output yang sama iaitu sesuatu kaum itu jadi lemah dan berpecah-belah. Sebab itulah, manusia yang tajam mata kasar dan mata hatinya, apabila nampak tanda-tanda kesesatan sesuatu kaum, pasti mereka meninggalkan ajaran nenek moyang tersebut. Bukan senang nak menundukkan keegoan dalam diri untuk mengaku ajaran nenek moyang sendiri sudah terpesong yang menghasilkan output yang tidak seperti Al Quran ajar.
Namun, untuk mengajak manusia berubah meninggalkan ajaran nenek moyang yang telah terbukti memberi kesan buruk kepada sesuatu kaum bukan kerja yang senang. Berapa ramai para Nabi terdahulu berusaha mengajak kaum mereka meninggalkan amalan nenek moyang yang menyebabkan mereka beragama tidak menggunakan akal dan menjadi kaum yang b0doh? Macam mana kaum itu tidak dikatakan b0doh, Allah sudah tunjuk tahap kelemahan mereka berbanding kaum yang lain, mereka masih tidak sedar-sedar diri. Malah siap berbangga diri mengengkari Allah.
Itu baru Nabi yang bawa cabaran tersebut pun telah ditentang hebat sebegitu rupa. Bagaimana kita yang bukan Nabi dan bukan ahli-ahli kitab, sudah tentu bukan kerja senang nak sedarkan kaum sendiri yang sudah ketinggalan itu biarpun selogik mana kata-kata yang disampaikan. Ini kerana syaitan menyesatkan manusia dengan menghadkan mereka daripada kritis berfikir. Bila manusia itu tidak suka berfikir, mereka akan buat sesuatu main pakai turut cakap orang lain biarpun mereka tidak tahu apa tujuannya.
Alasan mereka cukup mudah, iaitu sebab tok guru mereka ajar macam itu, maka mereka turut sahajalah. Padahal mereka tahu Nabi yang kononnya mereka contohi itu tidak taksub membuta-tuli pada mana-mana tok guru. Tetapi akhlak sebegitu tidak pula mereka contohi biarpun mereka mendakwa ajaran nenek moyang mereka terima itu adalah ajaran Nabi. Sekadar dakwa ajaran ikut cara Nabi tetapi hasilnya buruk, siapa hendak percaya kata-kata mereka?
Nabi yang kononnya mereka contohi adalah seorang yang mampu berhujah dengan matang dengan bukti yang boleh difikirkan, tetapi mereka sekadar mampu berhujah membawa emosi dan tidak boleh difikirkan (tiada fakta kukuh). Bila kita membuat perbandingan output dari mereka dan dengan output dari Nabi, jelas jauh panggang dari api. Inilah faktor membuatkan golongan beriman tidak mempercayai lagi kata-kata mereka.
Cakap bukan main indah kononnya ikut Nabi, semua orang boleh bercakap. Tetapi pada output itu yang menentukan apakah benar mereka ikut cara Nabi atau ikut cara yang diada-adakan atas nama seseorang Nabi. Ada dua keadaan yang berbeza di sini, sebab secara logiknya, jika ikut cara Nabi, sudah pasti outputnya baik, bukannya buruk. Kerana telah melihat output yang buruk itulah barulah Allah tunjukkan bagaimana mereka mengada-adakan ajaran atas nama Nabi yang tiada Al Quran tetapkan.
Kini petunjuk Allah telah sampai tahap peringatan dan amaran. Apabila Allah telah memusnahkan kaum penyembah Nabi dengan bencana tsunami di kala mereka berpecah-belah berebut kuasa dan ditambah pula dengan kejadian banjir besar yang pelik 2 tahun lalu serta kejadian tanah runtuh yang makin kerap berlaku di hujung tahun, maka golongan beriman mesti membuat sesuatu untuk menyedarkan kaumnya agar menjauhi amalan nenek moyang yang sudah sampai tahap menjadikan seseorang Nabi itu pembuat ketetapan selain Allah. Sedangkan tidak layak seseorang Nabi buat ketetapan tanpa ada bukti ketetapan daripada Allah (hukum alam).
Tugas golongan beriman hanya mampu membawa bukti yang logik difikirkan, tetapi urusan memberi kesedaran pada seseorang manusia itu terletak dalam Kekuasaan Allah. Sesiapa yang mahu memikirkan dan berkesedaran untuk berubah, sudah pasti mereka itu golongan yang diberi petunjuk dan golongan yang untung. Sesiapa yang tidak mahu memikirkan dan pengecut untuk berubah, sudah pasti mereka itu golongan yang rugi, seperti mana kaum pengecut terdahulu yang mati dalam kehinaan diazab oleh Allah. Alangkah malunya nanti jika sesuatu kaum itu mati dilanda bencana dalam angan-angan kononnya mereka beragama ikut cara Nabi. Tidakkah mereka mengambil pelajaran dalam Al Quran yang mengisahkan berapa ramai kaum pengecut terdahulu yang mati diazab?
Apakah kaum Melayu akan terus layu biarpun Allah telah datangkan peringatan kepada mereka? Apakah mereka akan mewarisi semangat kepahlawan pendekar-pendekar Melayu terdahulu untuk berubah meninggalkan amalan nenek moyang yang memudaratkan atau sekadar menjadi keldai liar yang hina kerana berpaling lari? Sejarah akan mencatatkan apa yang akan terjadi kepada kaum Melayu kelak. Semoga orang Melayu di Malaysia tidak menerima nasib malang macam di negara jirannya. Sama-samalah kita menunggu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Similar topics» cute Babies masha Allah
» May Allah rub his nose in the dust, that person who..
» Allah Yang Mencipta
» Are the Statements of the Pious Salaf -on Allah's Elevation- About Status ?
» Watch salatul taraweeh live from Makkah & Medina insha'Allah
» May Allah rub his nose in the dust, that person who..
» Allah Yang Mencipta
» Are the Statements of the Pious Salaf -on Allah's Elevation- About Status ?
» Watch salatul taraweeh live from Makkah & Medina insha'Allah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum