Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Tak Melayu Hilang Di Dunia

View previous topic View next topic Go down

Tak Melayu Hilang Di Dunia

Post by Juang on Tue Jun 16, 2009 8:06 am

Tak Melayu Hilang Di Dunia. Kata-kata yang popular dari riwayat Hang Tuah, laksamana terbilang dalam sejarah Melayu. Tetapi sejauh mana kata-kata itu membuktikan bahawa orang Melayu tidak akan hilang di dunia?

Dalam Al Quran, banyak kisah umat-umat terdahulu yang telah luput atau hilang akibat diazab. Namun masih ada beberapa bangsa terbesar di dunia berupaya menyambung generasi mereka. Bangsa Israel yang terkenal dengan kedegilan mereka pun masih berupaya meneruskan kesinambungan generasi mereka kerana adanya insan-insan berfikir di kalangan mereka. Sebab itulah ramai Nabi dan Rasul dari keturunan mereka. Biarpun ada yang b0doh di kalangan mereka, tetapi bila ada yang bijak, mereka memang betul-betul bijak.

Manusia jadi kaum yang b0doh apabila berbangga diri kononnya merekalah kaum yang terbaik atau kekasih Allah. Perasaan bangga diri ini kena dihapuskan sama sekali jika kita mahu menaikkan sesuatu bangsa atau umat. Perasaan berbangga diri inilah menyebabkan sesuatu umat itu mula malas berfikir, malas kaji ilmu alam seterusnya akal mereka jadi lembab.

Bila umat itu terdiri di kalangan orang yang lembab otaknya, maka tidak lain kerjanya hanyalah untuk berpecah-belah sesama sendiri dan hidup secara malas kaji ilmu alam. Logik ini terbukti dengan melihat perangai umat Islam sekarang yang sudah lemah dan berpecah-belah itu. Sebab apa jadi lemah? Sebab mereka sudah beragama tanpa berfikir nak main pakai turut membuta-tuli.

Orang yang buta dan pekak hatinya, mereka hidup ini bukannya nak renung tanda-tanda Kekuasaan Allah di alam semesta ini, tapi kerjanya nak berbangga diri sesama sendiri kononnya mereka itu benar sebab ikut cara Nabi. Mana ada Nabi ajar cara hidup yang lemah dan berpecah-belah akibat taksub dan berbangga diri? Ada ahli kitab kata kalau nak taksub, biarlah taksub pada Nabi Muhammad, padahal Nabi Muhammad tidak pun taksub pada mana-mana Nabi terdahulu. Baik Nabi dari keturunan Israel atau Arab atau Nabi-nabi sebelumnya, baginda catatkan dalam Al Quran sebagai pedoman dan menunjukkan baginda bukan seorang yang taksub pada seseorang Nabi.

Bila tidak memahami tanda-tanda Kekuasaan Allah akibat beragama secara taksub dan sempit, tanda-tanda kedatangan azabNya pun mereka tidak sedar. Biarpun Allah sudah tunjukkan kejadian tsunami, banjir besar dan tanah runtuh, mereka masih tak sedar-sedar diri lagi padahal semua tanda-tanda kedatangan azab itu berlaku hampir atau dalam kawasan mereka sendiri. Begitulah hebatnya syaitan telah menipu-daya kaum yang tidak menggunakan akal itu.

Jadi, sejauh manakah kata-kata Hang Tuah itu akan benar bahawa generasi Melayu tidak akan hilang di dunia? Orang yang berakal, mereka akan jadikan kata-kata tersebut sebagai cabaran agar keturunan Melayu tidak pupus ditelan azab Allah. Sebaliknya orang yang tak berakal, mereka anggap itu hanya kisah dongeng kaum terdahulu (sebijik perangai mereka macam kaum kafir terdahulu yang tidak percaya kedatangan azab Allah dan mencabar Allah tentukan tarikh azab itu).

Bayangkan bumi sudah tidak selamat di diami apabila paras laut semakin tinggi bila ais di kawasan kutub semakin mencair, sudah tentu ini memaksa manusia mencari planet lain untuk meneruskan kehidupan manusia di alam semesta ini. Adalah memalukan sebagai manusia, akibat hidup berpecah-belah, kita lalai untuk mencari kehidupan di planet lain sehingga mati setelah Allah timpakan bencana besar macam kisah Nabi Nuh. Dan lagi malang, jika yang terselamat pun hanya generasi mat saleh sana sebab mereka ada teknologi membuat roket dan kapal angkasa sedangkan umat Islam dan orang Melayu mati ditenggelami air macam Firaun ditenggelami.

Ayuh! Bangkitlah semangat dan jati diri Melayu mu. Tinggalkan amalan nenek moyang yang memecah-belahkan umat yang diimport dari luar yang tidak difikirkan rasionalnya. Orang Melayu bukan bangsa pak turut macam tiada akal untuk berfikir. Orang Melayu bukan bangsa pengecut yang berpaling lari.

Adalah suatu yang menyedihkan kami, apabila Allah suruh kami ajak bangsa kami sendiri berubah, mereka pergi melarikan diri macam keldai liar takutkan singa. Jika kami tahu begitu pengecutnya orang Melayu, lebih baik kami minta Allah temukan kami dahulu dengan bangsa lain yang akan berjuang bersama kami. Sekurang-kurangnya tidaklah nampak kaum kami sendiri yang pengecut macam tu sekali.

Sesungguhnya yang akan berjuang dengan golongan beriman adalah orang-orang yang rajin berfikir dan merenung sunnah alam yang Allah ciptakan ini. Itulah golongan yang lurus dan benar.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Tak Melayu Hilang Di Dunia

Post by Admin on Tue Jun 16, 2009 12:39 pm

Orang Melayu boleh rajin jika tidak malas
Orang Melayu boleh maju jika tidak mundur
Orang Melayu boleh kuat jika tidak lemah
Orang Melayu boleh bersatu jika tidak berpecah
Orang Melayu dan umat islam boleh rajin, maju, kuat dan bersatu jika dapat meninggalkan ajaran nenek moyang dan kembali kepada al-quran.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Tak Melayu Hilang Di Dunia

Post by Adli on Tue Jun 16, 2009 8:43 pm

Hidup ini sebenarnya mudah. Macam logik yang dipakai dalam sistem komputer. TAK 0 = 1, TAK 1 = 0. NOT True = False. Not False = True.

Bila kita nampak amalan yang hasilnya menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah, kenapa tidak di"TAK"kan (ditolak) amalan ini kepada amalan yang menjadikan umat kuat dan bersatu-padu?

Umum nampak, bila semua manusia berpegang pada sesuatu yang ada logik dan ada hukum alam sebagai bukti, semua manusia boleh bersatu. Sebab itu semua bangsa boleh tunduk dengan hukum matematik dan sains.

Tidak pula kita jumpa orang Yahudi guna hukum sains yang lain, orang Nasrani guna hukum sains yang lain, orang Arab guna hukum sains mereka sendiri atau orang Cina guna hukum sains mereka sahaja. Satu dunia, manusia bersatu pada hukum yang ada logiknya.

Dari sini kita nampak, jika umat Islam beragama guna logik, maka tidak mustahil akan bersatu.

Jadikan semangat Hang Tuah sebagai azimat untuk membuktikan bangsa Melayu tidak akan pupus ditimpa bencana macam kaum terdahulu yang tidak menggunakan akal.

Cerminlah diri kenapa kat Malaysia ini, orang Melayu paling ramai bermasalah padahal mengaku Islam dan ikut Nabi. Nabi mana yang mereka ikut sampai jadi bangsa yang lemah, malas, mundur dan suka berpecah-belah berebut kerusi? Macamlah kerusi itu akan dibawa masuk dalam kubur.

TAK Melayu Hilang Di Dunia = Generasi Melayu Terus Kekal sampai Kiamat.

Sejauh mana kita mampu membuktikan?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Tak Melayu Hilang Di Dunia

Post by Adli on Thu Jun 18, 2009 12:40 am

Melahirkan Genetik Yang Bijak

Bila Juang sebut pasal Hang Tuah, teringat pada satu "Hang" yang agar popular di zaman Kesultanan Melayu Melaka. "Hang" itu adalah Hang Li Po, puteri Maharaja China pada waktu tersebut.

Diriwayatkan kononnya Sultan Mansur Syah telah menjadikan puteri Hang Li Po sebagai salah seorang isterinya sebagai menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan China. Puteri itu telah dianugerahkan dengan gelaran "Hang" setelah berkahwin dengan sultan.

Perkahwinan campur antara satu bangsa dengan bangsa yang lain mempunyai hikmah tersendiri. Bukan sahaja boleh merapatkan perhubungan bangsa tersebut, malah mempunyai manfaat dalam melahirkan genetik yang bijak-bijak.

Mungkin dalam usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan minda bagi rakyat yang berbilang kaum, perkahwinan campur boleh digalakan lagi bagi memantapkan lagi slogan "Satu Malaysia".

Kaum Cina di negara kita dilihat memiliki semangat rajin berusaha sehingga mereka mampu menguasai ekonomi dan bab pelajaran. Jadi perkahwinan dengan mereka mampu melahirkan generasi yang lebih bijak dan cerdas.

Apatah lagi setelah melihat kaum yang sendiri yang pengecut berpaling lari seperti keldai liar itu, sudah pasti golongan beriman memerlukan orang-orang yang rajin berfikir untuk menyelamatkan diri sebelum kedatangan bencana banjir besar itu nanti, iaitu untuk menghasilkan kapal angkasa untuk berhijrah ke planet yang selamat diduduki.

Biarlah, jika tidak mampu sedarkan dan selamat keseluruhan bangsa sendiri, sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan separuh genetik Melayu hasil kahwin campur dengan bangsa Cina itu. Barulah kata-kata pembakar semangat Melayu yang diriwayat kononnya dari Hang Tuah itu terbukti benar selama mungkin... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Tak Melayu Hilang Di Dunia

Post by semut api on Sat Jun 20, 2009 10:40 am

kononnya akulah si akai kontot melayu yg disebut2kan itu, perasan si kontot akai!

laughing

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Tak Melayu Hilang Di Dunia

Post by Adli on Sat Jun 20, 2009 3:41 pm

semut api wrote:kononnya akulah si akai kontot melayu yg disebut2kan itu, perasan si kontot akai!

laughing

Haha..sedihnya. Ingatkan lama menyepi, boleh datang bawa ilham yang berjela-jela. Rupa-rupanya setakat itu hanya termampu.

Adohai, patutlah Allah hina umat Islam sekarang. Kat alam siber ini pun sudah macam itu Allah hina mereka sehingga tidak mampu bawa apa-apa untuk difikirkan. Cara hujah mereka statik dan tak ada perkembangan. Manusia...manusia... Very Happy

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Tak Melayu Hilang Di Dunia

Post by Adli on Wed Jun 24, 2009 12:26 am

Sejauh mana generasi Melayu mampu bertahan di dunia ini? Apabila Allah mula menyedarkan orang Melayu untuk mulakan perubahan, ia sebenarnya sebagai penghormatan Allah kepada generasi Melayu. Jika generasi Arab dahulu pernah membawa amanah menyatukan umat manusia, kini Allah memberi peluang generasi Melayu membawa amanah Allah ini. Apakah kita rasa mustahil Dia boleh memberi kepada bangsa mana sekalipun untuk membawa amanah ini?

Semuanya bermula atas kesanggupan diri masing-masing untuk membawa amanah Allah. Hanya golongan yang yakin pada diri sendiri sahaja akan membawa amanah ini sedangkan golongan pengecut akan berpaling lari.

Dan kesatuan ini hanya akan berlaku bermula dari kesatuan dalam institusi terkecil dalam masyarakat iaitu institusi keluarga. Namun bukan mudah nak bawa amanah Allah ini biarpun bermula dari institusi keluarga yang kecil. Ini kerana amanah Allah yang pernah dipikul oleh para Rasul terdahulu ini hanya akan tercapai bila jiwa dimantapkan dengan keberanian menegakkan kebenaran.

Sebagai orang Melayu, sudah pastinya berharap mampu bergabung dengan bangsa sendiri dahulu untuk membina institusi kekeluargaan yang pernah diasaskan oleh Rasulullah sebagai titik kesatuan manusia. Namun, jika ada yang berpaling lari, peluang hanya tinggal harapan sahaja.

Jika ada para Nabi terdahulu pun gagal nak sedarkan kaum mereka sendiri, apalah sangat dengan kita yang bukan nabi. Sudah pasti lagi sukar menghadapi masyarakat yang pengecut untuk berubah itu.

Apakah mereka ingat golongan beriman hari ini mendapat petunjuk tanpa melalui kepayahan-kepayahan untuk mencapai keyakinan untuk memikul amanah Allah? Jika mereka nampak betapa sukarnya golongan beriman menghadapi tentangan dari dalam untuk membuktikan kesungguhan dan keyakinan diri, tidaklah mereka akan sanggup berpaling lari lagi.

Apa-apa pun, tugas golongan yang diberikan petunjuk hanya untuk menawarkan sesuatu yang mendatangkan manfaat besar kepada umat. Golongan beriman hanya boleh menyampaikan apa yang Allah tunjukkan dengan jelas dan nyata. Tapi jika manusia itu masih tidak yakin dan tidak percaya, kaum kafir terdahulu juga tidak percaya kepada Rasul dari kalangan bangsa mereka sendiri.

Hidup di dunia ini umpama pelangi petang. Sampai masa dan ketikanya, semua manusia akan kembali kepada Allah. Namun, sebaik-baik mati adalah dalam keadaan berjuang, bukannya dalam keadaan pengecut yang berpaling lari kerana takut nak bawa amanah Allah yang pernah dikurniakan kepada golongan beriman terdahulu.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Tak Melayu Hilang Di Dunia

Post by Juang on Wed Jun 24, 2009 8:25 am

Peringatan Untuk Kaum Yang Mengadakan Anak bagi Allah

18:4. Dan untuk memberi amaran kepada orang-orang yang berkata, "Allah mengambil kepada-Nya seorang anak."
18:5. Mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, mereka dan tidak juga bapa-bapa mereka; dahsyatnya kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan melainkan dusta.
18:6. Boleh jadi, jika mereka tidak mempercayai hadis ini, kamu membinasakan diri kamu dengan kesedihan kerana mereka.
18:7. Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan.


Datangnya peringatan Allah seumpama ini hanyalah untuk sedarkan manusia yang mengatakan Alllah mengambil seorang anak. Maksudnya ada manusia menjadikan Nabi atau ulamak terdahulu sebagai anak Allah, iaitu kononnya Nabi atau ulamak terdahulu itu berkuasa menetapkan sesuatu tanpa memerlukan ketetapan daripada Allah (hukum alam). Bagi mereka, asalkan datang sesuatu ketetapan dari riwayat hadis atau riwayat kata imam terdahulu, terus mereka percayai ianya benar tanpa melihat ada atau tidak ketetapan daripada Allah sebagai sokongan.

Kaum yang menjadikan Nabi itu sebagai anak Allah akan memuja-muja nama Nabi itu kononnya Nabi itu ada kuasa memberi syafaat kepada mereka. Maka habislah segala perlakuan Nabi yang dibawakan dalam sesuatu riwayat hadis, terus mereka percayai membuta-tuli. Mereka main pakai buat tanpa memikirkan apakah hasil yang mereka buat itu terhadap kehidupan di dunia. Mereka anggap agama hanya untuk akhirat tanpa perlu membuktikan kebenarannya di dunia. Sedangkan dunia inilah ladang untuk menuai hasil di akhirat.

Buruk hasil perbuatan mereka di dunia, maka buruklah balasan mereka dapat di akhirat. Begitulah mudahnya sifir yang Allah guna, sebab tak logik kaum yang lemah dan berpecah-belah ketika di dunia akan dapat masuk syurga, sebab para Rasul terdahulu semuanya berjuang ke arah kesatuan.

Mereka jadikan alasan, mereka buat begitu sebab bapa-bapa mereka pun menyembah sebegitu. Itulah alasan yang diguna-pakai oleh orang kafir terdahulu untuk mempertahankan amalan nenek moyang mereka. Sedangkan Allah sudah tunjuk dengan jelas, hasil ajaran nenek moyang mereka itu setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah. Mana logik seseorang Nabi membawa ajaran sebegitu?

Bukannya umat Islam sekarang tiada ulamak dan ahli-ahli kitab. Tetapi kerana adanya tangan-tangan mereka yang mengada-adakan dusta atas nama Nabi (mengambil riwayat hadis yang tiada bukti hukum alam bagi menunjukkan ia datang daripada Allah), menyebabkan umat Islam sekarang berkeadaan lemah dan berpecah-belah.

Sedangkan sebaik-baik HADIS yang perlu diikuti adalah Al Quran. Nabi Muhammad sampai rasa nak membinasakan dirinya sendiri, bila HADIS yang baginda sampaikan ini (ayat-ayat Al Quran), tidak dipercayai. Kini wujud lagi kaum yang tidak percaya Al Quran gara-gara taksub pada riwayat hadis. Mereka kata Al Quran tidak lengkap untuk dijadikan sumber agama Islam. Sedangkan mana yang Al Quran tidak tetapkan, Allah suruh manusia memikirkan, bukannya guna riwayat hadis untuk buat ketetapan atas nama Nabi.

Bukankah Allah itu sebaik-baik pembuat ketetapan? Tugas Rasulullah yang sebenar adalah menyampai ketetapan Allah dalam bentuk yang jelas dan mudah difahami manusia, bukannya buat ketetapan yang tiada bukti daripada Allah. Dan Al Quran itulah sesempurna ayat Allah yang disampaikan melalui lisan Nabi Muhammad. Selepas turunnya ayat terakhir Al Quran itu, tiada lagi kata-kata baginda untuk dikitabkan.

Hidup di dunia adalah ujian Allah untuk siapa yang paling baik amalannya. Amalan yang baik, sudah pasti hasil membawa kebaikan kepada kehidupan manusia. Jika sekadar cakap amalan mereka buat itu serupa Nabi tetapi hasilnya menyebabkan manusia jadi lemah, berpecah-belah dan jadi pengecut yang berpaling lari, itukah ajaran sebenar seorang Nabi?

Sudah tentulah semua manusia akan dakwa ajaran agama mereka macam Nabi buat atau agama mereka itu agama Allah. Apakah kita ingat orang kafir terdahulu nak mengaku mereka itu kafir dan agama mereka itu sesat? Tiada siapa manusia nak mengaku begitu. Tetapi kita boleh menguji dan menilai kesesatan sesuatu ajaran agama itu dengan melihat hasilnya iaitu setelah lebih beratus tahun diamalkan hasilnya umat mereka terkontang-kanting dalam kelemahan dan perpecahan sesama sendiri.

Kini, zaman yang pernah Nabi Muhammad dan para Rasul terdahulu tempohi telah datang kembali seperti peredaran malam dan siang. Inilah zaman yang sukar yang menentukan keimanan sebenar seseorang manusia.

Jika sebelum ini, atas sebab dilahirkan dari keturunan yang mengaku beragama Islam, mereka mudah-mudah kata mereka beriman dan beragama secara benar, maka di zaman inilah Allah akan menguji sejauh mana kebenaran kata-kata mereka.

Terutama kepada kaum Melayu yang dibukakan mata untuk melihat kesesatan ajaran agama nenek moyang mereka sendiri. Maka waktu inilah penentu sama ada orang melayu akan mampu membawa amanah Allah untuk menyatukan umat manusia, atau hanya jadi kaum pengecut yang berpaling lari.

Memang sedih rasanya, bila ajak kaum sendiri berubah, mereka jadi pengecut berpaling lari. Bukannya kita mengajak ke arah peperangan dan perpecah-pecahan. Nak ajak kepada kesatuan pun mereka buat seribu satu alasan. Ada yang kata, kena jadi Nabi-lah kalau nak contohi jalan kesatuan yang pernah para Rasul terdahulu bawa. Kata-kata mereka itu macam orang yang lemah dan tertunggu-tunggu untuk berubah iaitu seperti orang yang berkata kena ada PhD dahulu kalau nak buat kepada angkasa.

Begitulah lemah dan pengecutnya kaum sendiri. Patutlah Nabi Muhammad pun sampai rasa nak binasakan dirinya sendiri bila melihat pengecutnya kaum sendiri. Tapi apakah daya, kita yang bukan Nabi, lagi-lagilah sedih. Kita hanya mampu menyampaikan amanah Allah, tetapi kita tidak mampu menghalang manusia itu mahu berpaling lari macam orang tiada maruah diri. Biarpun amanah Allah ini disampaikan dengan terang dan terus guna bahasa kaum sendiri, tapi masih ramai yang pengecut dan tertunggu-tunggu. Apakah mereka nak mati dalam keadaan pengecut dan tertunggu-tunggu itu?

Nak menyatukan manusia, bukan kerja seorang manusia. Ia melibatkan ramai pihak yang kena berani berubah kepada kebaikan bukannya pengecut yang mempertahankan amalan nenek moyang, sebab tiada kisah dalam Al Quran, bahawa adanya para Rasul yang pengecut dan mempertahankan amalan nenek moyang yang terbukti memudaratkan. Kalau ramai yang pengecut, memang sampai Kiamatlah sesuatu kaum itu tidak berubah. Jadilah mereka seperti keldai liar yang terkejut takutkan singa.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile


Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum