Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4096)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3488)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Surah 111: Al-Lahab

View previous topic View next topic Go down

Surah 111: Al-Lahab

Post by Admin on Sun Jun 14, 2009 5:09 am

Kajian tentang maksud perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam surah ini. Forumer digalakkan bersoal-jawab atau bertukar-tukar pendapat mengenai perkataan dan ayat yang tidak atau kurang difahami dalam surah ini bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman kitab Al-Quran.

Admin
Canselor

Number of posts: 4096
State:
Reputation: 8
Credits: 3285
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by slipar on Tue Jun 23, 2009 6:32 pm

Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa 1608. (QS. 111:1)
Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan. (QS. 111:2)
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. (QS. 111:3)
Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar 1609. (QS. 111:4)
Yang di lehernya ada tali dari sabut. (QS. 111:5)


MACAMANA NAK TAFSIR AYAT NI ...

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by Adli on Thu Jun 25, 2009 12:34 am

Lihat dari segi pengajarannya.

Jika manusia itu hidup untuk berusaha mengejar harta benda, pasti usaha itu akan sia-sia dan binasa sebab mengejar harta-benda biasanya akan menyebabkan manusia itu hendak menunjuk-nunjuk dan bermegah-megahan sahaja. Mereka nak berbangga diri dengan kekayaan yang diperolehi sebab kekayaan itu bersifat lahiriah dan boleh dipertontonkan. Syaitan suka manusia berbangga diri dengan kekayaan dan kemewahan.

Akibat suka menunjuk-nunjuk kekayaan, ada yang sanggup berhutang-piutang. Bagi mereka, biar papa asal bergaya. Padahal kehidupan seperti itu hanya menyebabkan jiwa mereka kepanasan dan tertekan. Bila tengok orang lain lagi banyak harta daripadanya, mula terasa dengki dan tak puas hati.

Dan ramai juga para isteri yang jadi kaki bakar kepada suaminya agar bermewah-mewahan dengan harta. Bila tengok jiran sebelah tukar perabot baru, mula dibakar suaminya untuk ganti perabot yang baru dibeli masa raya tahun lepas. Tengok jiran beli kereta baru, mula dibakar suaminya agar tambah satu lagi kereta, biarpun duit ansuran kereta sebelum ini tak habis lagi.

Gambaran surah ini memang real terjadi dalam masyarakat kita. Malah kita nampak kesan buruk bila masyarakat mengamalkan cara hidup yang ke arah materialistik. Ada yang sampai tak sedar pasal anak-anak sebab sibuk mengejar harta-denda. Anak-anak kurang kasih sayang sehingga mereka lebih seronok bergaul dengan rakan-rakan di luar. Maka mereka mudah terjebak dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat.

Namun nak sedarkan masyarakat menjauhi amalan berunsur materialistik ini bukan kerja yang mudah. Sebab itu memerlukan manusia menempuhi apa yang para Rasul yang berjaya itu lakukan iaitu membuktikan material bukan matlamat hidup di dunia. Banyak perkara yang lebih bermanfaat untuk dikejar seperti dari segi ilmu, kreativiti dan kepakaran sebab semua itu tersemat dalam jiwa bukan terhias pada lahiriah semata-mata.

Namun nak ubah semua itu bergantung kepada keberanian atau tidak. Jika baru diajak untuk berubah ke arah hidup yang jauh dari gelojak api pun mereka sudah pengecut berpaling lari, bila masa masyarakat mereka nak keluar dari kehidupan yang panas itu?

Sejauh mana mereka lari, dan sepengecutnya mereka itu, tetap mereka akan hidup dalam masyarakat yang kepanasan. Dan musibah yang bakal menimpa masyarakat yang sebegitu tetap akan menimpa golongan pengecut itu juga.

Sebab itulah golongan beriman sentiasa memberi peringatan agar manusia berubah agar masyarakat kembali hidup dalam suasana yang tenang dan sejuk. Segala punca-punca kepanasan perlu dipadamkan. Itulah amanah yang Allah berikan agar di akhirat kelak, tiada manusia kata mereka tidak pernah mendapat peringatan seumpama ini. Kat dunia bolehlah mereka berdusta, di akhirat nak berpaling lari ke mana?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2987
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by slipar on Thu Jun 25, 2009 5:36 pm

T kasih adli kerana berani menafsirkan ayat ni . kata orang air di cincang takkan putus , tapi dalam bab tauhid nabi berani menegakkan kebenaran dan tetap menyatakan yg menyembah atau ritual penyembahan itu tiada dalam ajaran nabi sebelumnya walaupun terhadap sanak saudara terdekat .. episode ini berulang dan di ceritakan dlm al quran tentang nabi2 terdahulu menghadapi masalah yg sama dan kini cerita yg sama jugak terhidang . cuba lah pegi cakap dgn ulamak bahawa perbuatan menyembah itu tida dalam islam, pasti mereka akan menggunakan cara fijikal bukan lagi hujah mereka demi mempertahan kan amalan yg telah sebati. Ini adalah perkara paling sensitive yg di bangkitkan nabi semasa menyampaikan ajaran.

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by Adli on Thu Jun 25, 2009 11:55 pm

Baru cakap jangan taksub riwayat hadis pun mereka dah mengeletek kepanasan, apalagi nak kata perbuatan atau cara-laku penyembahan itu tiada dalam Islam.

Memang sukar kalau menyeru secara terus. Sebab bila ada hati yang kepanasan, bukan lagi hujah yang matang yang mereka bawa, tetapi sekadar emosi. Masa itu mereka mula tunjukkan kedengkian dan kekafiran biarpun mereka mengaku solat mereka macam Nabi.

Al Quran ada bagi cara untuk menyedarkan umat secara halus tanpa menggunakan kekerasan fizikal. Caranya dengan buktikan keadilan dan keindahan Islam dari keluarga sendiri. Masalahnya sekarang, bukan senang nak cari orang yang berani berjuang sama menegakkan keadilan, sebab apa yang kita buat bukannya nak mengharapkan upah dari manusia, sebab ganjaran Allah lagi best. Cuma ganjaran Allah itu tersemat dalam hati, bukan dalam bentuk material la. Itu yang menyebabkan manusia yang memandang zahir dan material akan berpaling lari.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2987
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by Teringintahu on Wed Jul 01, 2009 9:57 pm

Adli wrote:Baru cakap jangan taksub riwayat hadis pun mereka dah mengeletek kepanasan, apalagi nak kata perbuatan atau cara-laku penyembahan itu tiada dalam Islam.

Memang sukar kalau menyeru secara terus. Sebab bila ada hati yang kepanasan, bukan lagi hujah yang matang yang mereka bawa, tetapi sekadar emosi. Masa itu mereka mula tunjukkan kedengkian dan kekafiran biarpun mereka mengaku solat mereka macam Nabi.

Al Quran ada bagi cara untuk menyedarkan umat secara halus tanpa menggunakan kekerasan fizikal. Caranya dengan buktikan keadilan dan keindahan Islam dari keluarga sendiri. Masalahnya sekarang, bukan senang nak cari orang yang berani berjuang sama menegakkan keadilan, sebab apa yang kita buat bukannya nak mengharapkan upah dari manusia, sebab ganjaran Allah lagi best. Cuma ganjaran Allah itu tersemat dalam hati, bukan dalam bentuk material la. Itu yang menyebabkan manusia yang memandang zahir dan material akan berpaling lari.... Smile


Kenapa di Masjidil Haram di Mekah sana orang solat fardhu 5 kali sehari? Siapa yang suruh dan kenapa mereka tidak solat fardhu uanya 3 kali sahaja sehari-semalam?
.

Teringintahu
Siswa-Siswi

Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1128
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by Admin on Wed Jul 01, 2009 10:25 pm

Dalam riwayat hadis suruh solat fardu 5 kali sehari sedangkan jika kita rujuk al-quran hanya ada 3 nama solat sahaja yang disebut iaitu Solat Fajar (24:58), Solat Isyak (24:58), dan Solat Wusta, atau solat yang di tengah (2:238). Selain itu, 3 nama solat ini juga menunjukkan waktunya.

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)

Bukan sahaja di Mekah malah kebanyakan umat di seluruh dunia buat solat 5 waktu. Kerana terlalu merujuk riwayat hadis, al-quran dijadikan hafalan dan bacaan yang dilagu-lagukan sahaja. Al-quran tidak difahami meskipun mereka itu adalah orang arab yang tahu bahasa arab. Mengapa ini terjadi? Kita lihat apa kata Allah;

9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana.

p/s: harap kita dapat berbicara mengikut topik yang berkaitan dan tidak mencampur adukkannya. sila buka thread baru jika ada topik baru yang ingin dibincangkan. terima kasih.

Admin
Canselor

Number of posts: 4096
State:
Reputation: 8
Credits: 3285
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by Adli on Wed Jul 01, 2009 11:39 pm

Macam mana boleh wujud ketetapan solat 5 kali sehari di tanah Arab itu biarpun Al Quran tidak tetapkan samalah macam mana boleh wujud perpecahan di kalangan mereka biarpun Al Quran tidak mengajar berakhlak sebegitu.

Lihat sahaja apa yang berlaku di Iraq sekarang. Itukah hasilnya ajaran Islam yang sebenar? Lihat di Palestin, ketika mereka di kelilingi bangsa Arab, tetapi nak selamatkan dari disembelih oleh orang Israel pun mereka tak mampu?

Jadi kita tidak hairan kalau mereka boleh terpesong sampai buat solat ritual 5 kali sehari, sebab keadaan mereka sekarang tidak macam zaman kegemilangan Islam dahulu.

Oleh itu beragamalah ikut apa yang Allah tetapkan, bukan beragama kerana apa yang orang Arab sana buat. Takkan kita nak kena sembelih macam mereka juga?

Nak mengimport dari luar itu berpada-padalah. Jika ada yang pertikai kenapa import budaya Barat, macam tulah jangan import membuta-tuli sesuatu dari tanah Arab itu. Allah bagi kita akal untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Ibadah yang memberi kesan buruk pada kehidupan manusia, takkan nak main buat sahaja semata-mata kononnya ada riwayat hadis mengatakan sedemikian rupa?

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2987
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by slipar on Thu Jul 02, 2009 11:18 am

nabi dulu pun tak menyembah kaabah .. sebab ni la turun ayat abu lahab .. mereka marah kerana nabi tidak percaya apa yg mereka buat . kemarahan kerana larangan nabi sangat hebat walaupun mereka dalam satu keluarga , yg lain depa tak marah sangat tapi tiba bab menyembah ni depa takleh terima . macam sekaranglah

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by Juang on Thu Jul 02, 2009 3:25 pm

Betul tu. Kalau kita fikirkan, berdasarkan kisah Nabi Ibrahim melarang sembah berhala, apakah logik Nabi Muhammad suruh manusia sembah Kaabah itu? Sedangkan jika kita kaji Al Quran, tiada ayat Al Quran suruh pergi sujud pada Kaabah itu.

Jika nak sujud, sujudlah kepada Allah iaitu dengan tunduk kepada apa yang Allah tetapkan. Kembali kepada apa yang Allah tetapkan, bukan pada ketetapan yang tiada sokongan daripada Allah (hukum alam) yang diada-adakan atas nama Nabi, ulamak atau tok guru.

Juang
Dekan

Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by Teringintahu on Mon Jul 06, 2009 6:55 pm

Juang wrote:Betul tu. Kalau kita fikirkan, berdasarkan kisah Nabi Ibrahim melarang sembah berhala, apakah logik Nabi Muhammad suruh manusia sembah Kaabah itu? Sedangkan jika kita kaji Al Quran, tiada ayat Al Quran suruh pergi sujud pada Kaabah itu.

Jika nak sujud, sujudlah kepada Allah iaitu dengan tunduk kepada apa yang Allah tetapkan. Kembali kepada apa yang Allah tetapkan, bukan pada ketetapan yang tiada sokongan daripada Allah (hukum alam) yang diada-adakan atas nama Nabi, ulamak atau tok guru.


Aku teringin nak tahu, dari mana mereka yang di
Masjidil Haram di Mekah sana dapat perintah mendirikan solat fardhu
adalah 5 kali, tidak hanya 3 kali sehari semalam? Mreka ikut perintah
siapa?

.

Teringintahu
Siswa-Siswi

Number of posts: 98
Reputation: 0
Credits: 1128
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 111: Al-Lahab

Post by Adli on Tue Jul 07, 2009 11:51 pm

Teringintahu wrote:
Juang wrote:Betul tu. Kalau kita fikirkan, berdasarkan kisah Nabi Ibrahim melarang sembah berhala, apakah logik Nabi Muhammad suruh manusia sembah Kaabah itu? Sedangkan jika kita kaji Al Quran, tiada ayat Al Quran suruh pergi sujud pada Kaabah itu.

Jika nak sujud, sujudlah kepada Allah iaitu dengan tunduk kepada apa yang Allah tetapkan. Kembali kepada apa yang Allah tetapkan, bukan pada ketetapan yang tiada sokongan daripada Allah (hukum alam) yang diada-adakan atas nama Nabi, ulamak atau tok guru.


Aku teringin nak tahu, dari mana mereka yang di
Masjidil Haram di Mekah sana dapat perintah mendirikan solat fardhu
adalah 5 kali, tidak hanya 3 kali sehari semalam? Mreka ikut perintah
siapa?

.

Daripada bapa-bapa atau nenek moyang mereka yang mengambil sumber selain Al Quran.

31:21. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, tetapi kami mengikuti apa yang kami mendapati pada bapa-bapa kami." Apa? Walaupun syaitan menyeru mereka kepada azab yang menyala?

Kerana mengikut apa yang diajar oleh bapa-bapa atau nenek moyang mereka tanpa memikirkan sama ada ia mengikut ajaran Al Quran atau tidak, mereka sekarang hidup dalam perpecahan sesama sendiri. Biarpun memiliki kaum yang ramai, tetapi nak selamatkan Palestin pun tidak mampu sebab sesama sendiri tidak bersatu.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2987
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum