Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Surah 104: Al-Humazah
e-mindakita :: Minda Umum :: Al-Quran
Page 1 of 1 • Share •
Surah 104: Al-Humazah
Kajian tentang maksud perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam surah ini. Forumer digalakkan bersoal-jawab atau bertukar-tukar pendapat mengenai perkataan dan ayat yang tidak atau kurang difahami dalam surah ini bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman kitab Al-Quran.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07
Re: Surah 104: Al-Humazah
104:1. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat, pemfitnah,
104:2. Yang mengumpulkan harta, dan menghitung-hitungnya,
104:3. Dengan menyangka bahawa hartanya membuatnya berkekalan!
104:4. Tidak sekali-kali! Sungguh dia akan dilemparkan ke dalam yang menghancurkan,
104:5. Dan tahukah kamu apakah ia yang menghancurkan?
104:6. Api Allah yang dinyalakan,
104:7. Yang naik ke hati,
104:8. Sesungguhnya ia menudungi mereka,
104:9. Pada tiang-tiang yang dipanjangkan.
Dahulu selalu kita dengar orang perempuan sahaja suka mengumpat. Tetapi apabila manusia semakin lalai, dengan lelaki-lelaki sekali pun suka mengumpat.
Dalam mereka dakwa kononnya mereka itu Islam dan percaya pada Al Quran, boleh lagi mereka mengumpat dan memfitnah sesama manusia. Sehingga kehidupan sesama mereka berpecah-belah.
Kemudian ada yang sibuk mengumpul harta kekayaan untuk nampak megah dan berbangga diri sesama manusia. Mereka menyangka semua itu akan membuat mereka hidup di dunia secara kekal. Jika mereka sedarlah bahawa hakikat dunia ini hanya sekadar persinggahan, pasti mereka takut ditimpa kecelakaan akibat berperangai begitu.
Orang yang terlalu mencintai perhiasan duniawi untuk bermegah-megahan, pasti mereka akan takut mati dan apabila mati, mereka akan rasa kesakitan yang amat sangat akibat terpaksa meninggalkan segala kemegahan yang dikumpulkan itu. Sebab itu, hiduplah secara sederhana kerana itulah cara untuk hidup kekal bahagia.
Manusia suka mengumpat, mengeji dan memfitnah serta mengumpulkan harta-benda kerana merasakan dirinya hebat dan megah. Mereka tiada sifat merendah diri untuk melihat kesalahan dalam dirinya sendiri. Sebaliknya mereka memandang buruk orang lain sahaja. Sebab itulah mereka seronok bercerita pasal orang lain untuk diburuk-burukkan.
Apakah mereka lupa, Allah ada memerhatikan mereka ketika itu? Sebab itulah mereka dibalasi dengan jiwa yang sengsara iaitu ke dalam Api egois yang menyala-nyala. Yang membakar keseluruhan jiwa mereka.
Akibat dibakar hati mereka, mata hati mereka ditutupi daripada melihat kebenaran. Mereka sudah tidak tahu membezakan apa itu baik dan apa itu buruk. Mereka hanya menurut hawa nafsu mereka sahaja.
Perumpamaan jiwa mereka itu seperti tiang atau tunggul kayu yang tidak memberi apa-apa manfaat. Mereka tidak meninggalkan apa-apa wasiat kepada kebenaran dan kesabaran. Mereka bukan seperti sepohon pokok yang menghasilkan buah yang lebat untuk kehidupan seisi alam.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14
Similar topics» khasiat surah yassin
» Surah Al-Humazah (104)
» Surah An-Nas (114)
» Surah Al- Qari'ah (101)
» Surah Al-Masad (111)
» Surah Al-Humazah (104)
» Surah An-Nas (114)
» Surah Al- Qari'ah (101)
» Surah Al-Masad (111)
e-mindakita :: Minda Umum :: Al-Quran
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum