Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Surah 96: Al-Alaq

View previous topic View next topic Go down

Surah 96: Al-Alaq

Post by Admin on Sun Jun 14, 2009 4:53 am

Kajian tentang maksud perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam surah ini. Forumer digalakkan bersoal-jawab atau bertukar-tukar pendapat mengenai perkataan dan ayat yang tidak atau kurang difahami dalam surah ini bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman kitab Al-Quran.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Surah 96: Al-Alaq

Post by Juang on Tue Jul 14, 2009 2:26 pm

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

96:1. Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta,

Daripada pada ayat yang dikatakan wahyu pertama ini sahaja telah menunjukkan bahawa adalah logik Allah yang mencipta segala sesuatu di antara langit dan bumi. Mudah akal manusia yang waras menerima konsep bahawa Allah adalah Pencipta alam ini.

Ada manusia (athies) kata alam ini terjadi dengan sendiri. Kalau alam ini terjadi dengan sendiri, sudah pasti kita akan jumpa handphone yang tercipta dengan sendiri. Tetapi tiada logik (hukum alam) menunjukkan keadaan seperti itu boleh terjadi. Ini membuktikan alam yang lagi hebat daripada handphone itu juga pasti ada Pencipta Yang Hebat.

96:2. Dia mencipta manusia daripada segumpal darah.

Ayat ini juga menunjukkan adalah logik manusia diciptakan daripada segumpal darah. Tidak pula kita pernah jumpa manusia yang diciptakan dari segumpal kapas atau segumpal kertas. Maknanya Allah sudah buat hukum alam siap-siap supaya penciptaan manusia itu melalui segumpal darah, bukannya segumpal kapas.

Lihatlah, penciptaan jasad manusia itu pun Allah ikut hukum alam yang Dia tetapkan, alih-alih ada kaum sesat mana pergi bergama tak ikut hukum alam. Mana ada Allah ciptakan manusia secara magik dan tak masuk akal, tiba-tiba ada yang beragama dengan pegangan yang magik dan tak masuk akal.

Penciptaan bumi pun ada hukum alamnya biarpun bumi itu lagi kompleks struktur jasadnya berbanding manusia. Tetapi macam mana ada manusia sanggup sembah tok guru mereka untuk menerima ajaran tidak selari dengan hukum alam? Hukum alam telah menetapkan nak fahami Al Quran kena guna akal, mereka buat ketetapan dusta tak boleh fahami Al Quran guna akal. Di situ sahaja sudah nampak kesesatan mereka yang nyata.

96:3. Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia,

Mulianya Tuhan itu kerana Dia tidak lokek ilmuNya. Dia sentiasa mahu berkongsi ilmuNya asalkan manusia itu rajin belajar dan berfikir. Sebab itulah mat saleh yang dikatakan kafir oleh kaum penyembah Nabi itu pun Allah kongsikan ilmu untuk buat roket dengan mereka.

Tetapi kenapa Allah tidak kongsikan ilmu buat roket dengan kaum penyembah Nabi itu? Puncanya kerana mereka taksub ikut riwayat hadis tak bagi fikirkan Al Quran (sedangkan terang-terang Al Quran suruh manusia berfikir), mereka jadi pemalas belajar ilmu sains. Kononnya ilmu sains itu tidak ada kaitan dengan akhirat. Macamlah Nabi Nuh buat kapal tu tidak ada kaitan dengan akhirat dan tidak memerlukan ilmu sains (hukum alam). Apakah mereka ingat Nabi Nuh buat kapal guna magik atau sihir?

Jadi, ayat di atas masih menunjukkan logiknya Allah itu Maha Mulia. Asalkan manusia itu berusaha pada jalan yang layak untuk mencapai sesuatu ilmu, pasti Dia izinkan. Cuma bergantung kepada manusia itu sendiri nak belajar atau pemalas belajar.

Allah cipta setiap manusia ada minat dalam sesuatu bidang yang berguna untuk mengembangkan akalnya. Tetapi sebab ramai yang beragama secara menurut tok guru, mereka tidak sempat belajar kenal diri (sebab mana logik ada tok guru kenal diri orang lain) sehingga mereka tidak tahu di mana minat untuk diasah supaya menjadi pakar dalam sesuatu bidang.

96:4. Yang mengajar dengan kalam,

Semua ilmu Allah turun kepada manusia melalui otak. Sebab itulah kita tidak pernah jumpa orang terencat akal atau gila mampu menulis buku-buku ilmiah. Malah kaum penyembah Nabi itu pun tidak mampu mendapat ilham untuk bercakap pasal kebenaran gara-gara mereka beragama tak guna akal. Tanpa Allah terencatkan akal mereka pun di alam siber ini Allah sudah bantutkan akal mereka sehingga tidak mampu mengeluarkan ilham yang selari dengan hukum alam. Mereka sekadar mampu mengejek-ejek macam orang kafir terdahulu.

Alam semesta ini terbina dengan ada hukum-hukumnya. Hukum-hukum ini tidak nampak guna mata kasar, tetapi hanya mampu dilihat melalui akal yang cerdas. Sebab itulah mat saleh memiliki akal yang cerdas untuk mudah memahami banyak ilmu alam.

Jadi kalam itu merangkumi akal manusia kerana manusia diajar oleh Allah dengan akalnya. Sebab itulah para Rasul itu bijaksana. Mana ada Rasul di kalangan manusia yang b0doh?

96:5. Dia mengajar manusia apa yang dia tidak tahu.

Apabila seseorang manusia mencapai pengetahuan atau hakikat kebenaran, itulah tandanya Allah telah mengajar manusia tersebut. Of couselah kita tidak nampak Allah mengajar macam cikgu di sekolah mengajar, tetapi yang mengizinkan pemahaman itu dicapai adalah Allah.

Nabi Muhammad sendiri tidak mampu memberi kefahaman kepada semua manusia. Baginda hanya menyampai mesej Allah, dan terpulanglah kepada manusia yang mendengar atau membaca mesej itu untuk memahaminya atau tidak. Sesiapa yang capai kefahaman mesej itu, menunjukkan Allah telah mengajar manusia tersebut.

Dan hukum alam telah menetapkan, kefahaman hanya akan dicapai apabila akal mencapai logik. Akal kena nampak dahulu, barulah malaikat bawa kefahaman masuk dalam hati. Itulah sebabnya Al Quran suruh guna akal, sebab akal itu umpama pintu untuk membawa ilmu atau kefahaman ke dalam jiwa seseorang manusia.

Tapi ciri-ciri orang kafir, mereka awal-awal lagi sudah menolak menggunakan akal dalam beragama, yang menyebabkan pintu kefahaman itu tidak masuk dalam dada mereka. Maka terus meneruslah mereka menyekutukan Allah. Jadilah mereka lebih hina daripada binatang ternak.

bersambung...

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Surah 96: Al-Alaq

Post by Juang on Sun Nov 29, 2009 2:34 pm

96:1. Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan,

Tujuan membaca adalah untuk kita belajar. Belajar bertujuan untuk kita mengenal. Jadi, ayat ini menyeru kita mengenal Tuhan kita sendiri yang telah menciptak kita (dan seluruh alam). Bila kita sedar diri yang kita ini diciptakan, maka kita akan tunduk mengikut Ketetapan Pencipta kita (bukan turut cakap manusia yang tiada bukti).

Untuk memudahkan kita fahami Kehendak Pencipta kita itu, cuba letakkan diri kita sebagai seorang pencipta. Katakan kita mempunyai sebuah kilang. Untuk menjadikan kilang kita itu produktif, maka kita pun mencipta robot-robot. Robot-robot itu memiliki Artificial Intelligence (AI) yang tinggi iaitu mampu belajar daripada perubahan persekitarannya.

Kita hanya memasukkan operating system (OS) yang asas sahaja agar robot-robot itu berfungsi mengikut kehendak (spesifikasi) yang kita tetapkan. Kita berharap robot-robot itu akan sentiasa mengikut fitrah kejadiannya iaitu sentiasa belajar mengupgradekan diri, kerana robot-robot yang tidak mahu belajar, pasti ia akan diserang virus yang merosakkan sistem AInya itu.

Sudah pasti, apabila kita mencipta robot-robot tersebut, kita mahu mereka dapat memberi manfaat yang besar kepada kilang kita itu nanti. Takkanlah kita nak cipta robot yang merosakkan kilang kita pula.

Pada awal-awal robot itu berfungsi, ia masih mengikut spesifikasi yang diberi. Ada robot yang menggunakan AInya untuk belajar dan mengupgradekan diri. Mereka mampu menghasil manfaat untuk kilang kita itu dan produk yang terhasil juga berkualiti tinggi.

Masa berganti masa. Ada robot yang sudah malas belajar dan diserang oleh virus yang merosakkan sistem AI mereka. Robot itu sudah tidak mampu memberi manfaat dan hidup berperang sesama sendiri kerana menyangka mereka puak yang betul, dan robot lain tak betul. Robot-robot itu sudah lari dari tugas asal mereka untuk membuat manfaat, menjadi robot yang tidak mengeluarkan manfaat.

Sudah pasti kalau robot itu tidak mahu berubah dan terus hidup tidak menyumbangkan manfaat, kita akan dispose robot-robot itu dan gantikan dengan robot baru yang lebih baik. Siapa nak tanggung kerugian membiarkan robot-robot yang tidak bermanfaat dan hanya berbuat kerosakan sahaja?

Begitulah yang kita boleh nampak dan fahami jika kita meletakkan diri kita sebagai seorang pencipta. Dengan membuat perumpamaan sebegini, kita akan makin faham apa Kehendak Allah terhadap manusia yang dikurniakan akal yang terhebat berbanding makhluk-makhluk lain. Kita makin nampak apa erti kita diciptakan sebagai manusia...

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum