Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Surah 94: Al-Insyirah
e-mindakita :: Minda Umum :: Al-Quran
Page 1 of 1 • Share •
Surah 94: Al-Insyirah
Kajian tentang maksud perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam surah ini. Forumer digalakkan bersoal-jawab atau bertukar-tukar pendapat mengenai perkataan dan ayat yang tidak atau kurang difahami dalam surah ini bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman kitab Al-Quran.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07
Re: Surah 94: Al-Insyirah
Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.
1. Tidakkah Kami melapangkan dada kamu untuk kamu,
Apakah tujuan Allah lapangkan dada manusia? Supaya manusia itu mudah menimba ilmu. Ini kerana tempat letaknya ilmu pada seseorang manusia adalah pada dadanya (dalam jiwa). Sebab itulah nak dapat ilmu, kenalah berlapang dada. Dengar semua kata-kata, bukan pilih yang datang dari tanah Arab sahaja.
Allah pemegang Timur, Barat, Utara dan Selatan. Tidak kira siapa yang menyampaikan, asalkan bawakan bukti yang menyamai hukum alam, itu semua datang daripada Allah. Hukum alam itulah pembaris untuk menentukan sesuatu kata-kata itu lurus atau bengkok.
Sebab itulah ciri-ciri golongan beriman, mereka tidak taksub pada sesuatu puak, atau tok guru, sebaliknya mereka mengambil semua yang benar dan baik. Cuba lihat Rasulullah, dalam Al Quran baginda bawakan pelbagai kisah para Rasul terdahulu tidak kira bangsa. Baginda bukan bawa kisah Rasul berbangsa Arab sahaja, malah banyak sekali kisah Rasul dari bangsa Israel (keturunan Nabi Yaakob).
Malangnya umat Islam sekarang yang kononnya kata contohi Nabi Muhammad, mereka hanya nampak Islam itu berunsur Arab sahaja. Yang datang dari Eropah biarpun bermanfaat, mereka katakan itu semuanya sekular. Betapa sempitnya dada mereka. Patutlah payah nak terima ilmu Allah.
Hati mereka sudah kotor macam hati iblis yang anggap dirinya yang diciptakan dari api itu sahaja yang terbaik. Adam yang diciptakan dari tanah itu dianggap hina oleh iblis. Sebijik perangai rata-rata umat Islam sekarang yang anggap keturunannya sahaja mulia dan keturunan bukan beragama seperti mereka dikatakan hina. Padamlah umat mereka jadi umat yang hina sekarang ini dengan cerita perpecahan dan pembunuhan sesama sendiri.
2. Dan mengangkatkan daripada kamu beban kamu,
Beban apakah yang Allah angkat kepada orang yang mencari ilmu? Beban malas berfikir, malas membaca dan malas belajar.
Apabila beban ini diangkat dari diri orang yang dilapangkan dadanya untuk mencari ilmu Allah itu, mereka akan jadi rajin berfikir, rajin membaca dan rajin belajar.
Setiap masa digunakan untuk menimba ilmuNya. Fikirannya ligat untuk mencari jawapan terhadap sesuatu persoalan yang berlaku di sekelilingnya, terutama yang terjadi pada kaumnya sendiri. Itulah yang dialami oleh Rasulullah bila melihat perangai buruk kaumnya sendiri.
Bayangkan, jika Rasulullah itu seorang yang pemalas dan duduk di kedai kopi untuk bersembang kosong, apakah masyarakat Arab dahulu mampu berubah dan jadi bangsa yang gemilang dengan ilmu suatu ketika dahulu?
3. Yang memberatkan punggung kamu?
Bayangkan, jika punggung kita beratnya 1 tan, macam mana nak bergerak. Sudah pasti kita akan duduk disatu kedudukan sampai mati.
Macam itulah, orang yang pemalas berfikir, fikiran mereka tidak bergerak. Mereka tidak kisah umat mereka lemah dan berpecah-belah. Yang mereka pentingkan, rasa bangga diri kononnya umat mereka itu umat terbaik. Mereka hanya pentingkan kemegahan nama sahaja. Sedangkan isinya tiada.
Umat mereka itulah yang kosong isinya kerana tidak tahu dalam banyak bidang ilmu sehingga tidak tahu mencipta teknologi untuk memudahkan kehidupan manusia. Lihatlah segala teknologi yang memudahkan kehidupan manusia, semuanya disumbangkan oleh bangsa yang rajin berfikir itu, bukannya dari umat Islam yang berat punggungnya untuk berfikir.
Nak berfikir guna otak sendiri pun mereka pemalas macam itu sekali. Memang layaklah kaum kafir itu dikatakan lebih hina daripada binatang ternak. Binatang ternak terhad otaknya kerana hukum alam tetapkan sebegitu. Tetapi umat Islam sekarang terhad akalnya sebab ikut hukum ulamak dan tok guru mereka yang tak bagi beragama secara berfikir. Sedangkan hukum alam tidak menetapkan akal manusia itu terhad.
Nampak tak bagaimana ramai orang Islam sekarang lebih sembah tok guru daripada sembah Allah. Yang Allah tidak tetapkan, mereka pandai-pandai adakan ketetapan atas nama golongan terdahulu. Patutlah Allah hina umat Islam sekarang sebab orang kafir itu lebih hina daripada binatang ternak.
bersambung...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14
Re: Surah 94: Al-Insyirah
94:4. Tidakkah Kami menaikkan sebutan kamu?
Apabila manusia semakin berilmu, kata-katanya mengandungi isi. Mereka bukan sekadar cakap kosong dan sia-sia.
Kata-kata yang ada isi maksudnya mempunyai nilai pengajaran dan berunsur nasihat. Ia mampu menjadi sumber inspirasi kepada manusia lain.
Contohnya Al Quran itu sendiri adalah kata-kata yang berisi. Biar dikaji berulang-ulang kali, pasti ada ilmu baru yang kita akan dapat. Ia tidak terhad pada satu sudut sahaja. Kerana itu, belajar agama ini jangan taksub pada satu-satu puak atau tok guru. Nanti mudah sesat sebab manusia itu hanya melihat pada sudut yang sempit.
Belajarlah mendengar semua pendapat dan pilih mana yang paling logik dan rasional itu penilaian masing-masing. Barulah pemikiran jadi luas.
Yang terbaiknya, belajarlah dengan orang yang kita rasa benci padanya. Itulah cara nak lawan penyakit-penyakit hati. Sebab itu, manusia yang mendengar ucapan Rasulullah itu akhirnya berjaya melawan penyakit-penyakit hati biarpun pada mulanya mereka membenci apa yang baginda sampaikan. Akhirnya mereka jadi sahabat sehidup semati yang sanggup berkorban dan berjuang sama.
Tetapi orang kafir yang menutup telinga mereka daripada mendengar apa yang Rasulullah ucapkan, mereka semakin tersesat jauh kerana mereka tidak sanggup belajar.
Jika manusia itu jujur dalam mencari kebenaran, pasti dia akan memilih segala yang terbaik biarpun terpaksa menentang arus masyarakat dalam beragama. Ingatlah, kita beragama atas tanggungjawab diri kita sendiri, bukan kerana apa yang masyarakat buat.
Oleh kerana Rasulullah itu seorang yang berfikir dan suka belajar, maka Allah tinggikan kata-katanya berbanding orang kafir yang setakat mampu berkata "inilah sihir yang nyata". Bila Rasulullah cabar orang kafir itu bawakan kitab seumpama Al Quran untuk buktikan kebenaran masing-masing, orang kafir itu terdiam sepi tanpa suara. Nampak tak betapa berbezanya taraf kata-kata Rasulullah dan orang kafir itu.
Kenapa Allah tidak bagi ilham yang benar kepada orang kafir supaya kata-katanya setaraf kata-kata Rasulullah? Sebab hati orang kafir itu kotor. Hati mereka penuh penyakit dan kedengkian. Bila mereka nampak orang lain bercakap benar, mereka datang mengejek-ejek. Itulah ciri-ciri orang kafir. Kalau mereka benar, kenapa tidak bawa bukti yang nyata untuk menyanggah Rasul mereka itu?
94:5. Maka sesungguhnya berserta kesukaran adalah yang mudah,
Memanglah mula-mula nak belajar sesuatu ilmu, kita rasa susah. Sebab neuron-neuron dalam otak kita tidak bercambah dan tidak bersambung. Tetapi bila sudah bercambah dan bersambung antara satu sama lain, maka kita mudah memahami sesuatu ilmu itu.
Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hidup ini kena rajin belajar dan berlatih. Latihan mempertajamkan apa jua ilmu yang dipelajari. Meninggalkan latihan, maka kita akan kembali balik kepada keadaan sebelumnya. Di sini kita diuji untuk istiqomah dalam membuat latihan agar sesuatu yang sukar itu bertukar jadi mudah.
Kalau kita fikirkan, macam mana mat-mat saleh sana boleh buat macam-macam perkara yang luar biasa, semuanya kerana mereka tekun berlatih. Nak tekun dalam berlatih memerlukan daya tumpuan yang baik. Daya ini perlukan mentaliti yang tinggi. Ketinggian mentaliti hanya boleh dicapai bila manusia rajin berfikir dan belajar. Itu sahaja.
Nak majukan sesuatu bangsa, suburkan budaya membaca, berfikir, menganalisis, mengkaji, meneroka dan segala tools untuk meningkatkan tahap ilmu kita.
Bila kita nampak matlamat ajaran Al Quran iaitu ke arah melahirkan manusia yang suka berfikir dan belajar, maka mudah kita nampak apa isi-isi dalam sesuatu ayat Al Quran. Jika dahulu kita rasa susah dan tidak yakin nak kaji Al Quran, tetapi bila kita sudah nampak asas ajaran Al Quran, maka Allah permudahkan kita mengkaji dan mempraktikkannya dalam kehidupan. Dan janji Allah itu benar.

94:6. Sesungguhnya berserta kesukaran adalah yang mudah.
Kesukaran yang pertama untuk belajar. Selepas belajar, kesukaran yang kedua adalah untuk mempraktikkan apa yang dipelajari.
Ramai orang boleh belajar sesuatu perkara, tetapi tidak ramai mampu untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari itu dalam kehidupan realitinya. Akibatnya, ilmu itu tersia-sia begitu sahaja.
Sebenarnya hidup ini bukan memerlukan kita belajar banyak bidang. Cukuplah kita memasterkan diri dalam sesuatu bidang yang kita minat, kemudian gunakan ia untuk bantu membantu sesama manusia.
Sebab itulah Allah cipta manusia mempunyai potensi tersendiri dalam sesuatu bidang. Bila manusia-manusia itu berpadu tenaga biarpun memiliki kebolehan yang berlainan bidang, maka lahirlah masyarakat yang harmoni.
Nikmat keharmonian itu lebih dirasai bila kita bersatu-padu biarpun dalam bidang yang berlainan. Kerana itulah Allah tidak cipta manusia hanya ada satu bangsa atau umat sahaja, tetapi bermacam-macam jenis, supaya rencah kehidupan itu lebih dirasai nikmatnya.
Tetapi ada manusai dididik tidak boleh menerima perbezaan sehingga perbezaan itu dijadikan punca perbalahan. Akibatnya manusia mula hidup berpecah-belah.
94:7. Maka apabila kamu kekosongan, bekerja keraslah kamu,
Jangan biarkan hidup dalam kekosongan. Buatlah sesuatu yang bererti. Kerana kekosongan masa akan digunakan oleh syaitan untuk memujuk ke arah kesesatan. Jadi sentiasalah menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang membolehkan kita belajar sesuatu perkara. Kita tidak akan rugi, kerana masa yang kita laburkan untuk belajar, pasti ada ganjaran di sisi Allah di masa akan datang.
Lihatlah hidup ini untuk mencari ilmu. Allah luaskan ilmuNya agar manusia boleh belajar dalam bidang yang mereka minati. Tiada paksaan dalam belajar. Terpulang kepada kita nak fokus bidang mana yang kita rasa melekat pada jiwa kita.
Bila kita belajar sesuatu bidang, mentaliti kita akan dipertingkatkan. Maka ini menjadikan kita hidup secara berlapang dada dengan semua bangsa tanpa berprejudis dan berpuak-puak. Yang menjadikan manusia berpecah-belah kerana berbeza bangsa bila tahap mentaliti mereka jadi rendah sehingga menganggap bangsa mereka sahaja yang bagus dan bangsa lain semuanya kafir. Itulah penyakit hati yang ada dalam kaum Yahudi terdahulu yang diperingatkan dalam Al Quran.
Jika umat Islam sekarang mahu bangkit kembali, penyakit itulah perlu dilawan dahulu agar kita tidak memandang manusia lain yang berbeza ajaran nenek moyangnya adalah musuh atau kafir. Tidak salah belajar dengan bangsa lain sesuatu yang baik kerana semua kebaikan datangnya daripada Allah.
94:8. Dan hendaklah Pemelihara kamu menjadi pencarian kamu.
Dan matlamat belajar yang tertinggi adalah untuk mencari Tuhan. Belajar untuk kita kenal siapa Tuhan yang sebenarnya.
Tuhan bukannya setakat "tugu" yang kita perlu tundukkan kepala kepadanya. Maksud Tuhan lebih luas daripada itu. Sebab itulah tiada batasan dalam belajar agama. Kita kena terus mencari Tuhan sehingga hati kita benar-benar mantap untuk kembali kepadaNya.
Jika belajar sekadar nak mencari harta benda, maka manusia akan takut mati. Tetapi jika kita belajar untuk mencari Tuhan, suatu hari nanti kita tidak takut mati. Jadi biarpun ada wabak H1N1, itu bukannya perkara untuk kita risaukan kerana kematian itu suatu yang pasti.
Yang perlu kita fikirkan, apakah yang bakal kita bawa dalam menemui mati nanti. Mati dalam kebenaran atau kedustaan? Terpulanglah kepada pilihan masing-masing kerana tiada paksaan dalam agama.

Similar topics» khasiat surah yassin
» Surah An-Nas (114)
» Surah Al- Qari'ah (101)
» Surah Al-Masad (111)
» The Virtues of Surah Al-Baqarah
» Surah An-Nas (114)
» Surah Al- Qari'ah (101)
» Surah Al-Masad (111)
» The Virtues of Surah Al-Baqarah
e-mindakita :: Minda Umum :: Al-Quran
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum