Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 8 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

Venus

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Surah 71: Nuh

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Surah 71: Nuh

Post by Admin on Sun Jun 14, 2009 4:31 am

Kajian tentang maksud perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam surah ini. Forumer digalakkan bersoal-jawab atau bertukar-tukar pendapat mengenai perkataan dan ayat yang tidak atau kurang difahami dalam surah ini bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman kitab Al-Quran.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by Adli on Sat Jul 11, 2009 11:32 pm

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

71:1. Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya: “Berilah amaran kepada kaum kamu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.”

71:2. Dia berkata, “Wahai kaumku, aku kepada kamu adalah seorang pemberi amaran yang jelas,

71:3. ‘Hendaklah kamu menyembah Allah, dan takutilah Dia, dan taatlah kepadaku,


Ayat ini memberitahu kita ciri-ciri kata seseorang Rasul itu adalah mengingatkan manusia pasal kedatangan azab dan memberi amaran itu dalam bentuk yang jelas.

Sebab itulah kita peringatkan orang Melayu di Malaysia ini bahawa kebarangkalian kedatangan azab iaitu banjir besar itu adalah tinggi setelah melihat tanda-tanda perubahan alam sekitar. Dengan pertambahan kepanasan global, kuantiti hujan yang semakin bertambah dan tidak menentu, di samping kejadian tanah gunung runtuh, ia menandakan azab pedih itu semakin hampir.

Cuma kita tidak tahu, apakah nasib orang Malaysia ini nanti sama macam kaum Nabi Nuh atau tidak. Semuanya bergantung atas kesedaran manusia itu sendiri, sebab Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubahnya sendiri. Dan oleh kerana nasib manusia itu terletak pada manusia itu sendiri, sebab itulah golongan beriman sentiasa menyampaikan peringatan tanpa mengharapkan upah.

Apabila ditanya kenapa kamu memperingati kaum yang akan diazab itu? Jawapannya, supaya mereka tidak mengatakan tidak pernah mendengar peringatan seumpama ini dan moga-moga mereka bertakwa seterusnya azab itu ditangguhkan.

Seperti mana seorang guru berniat nak merotan anak muridnya yang malas belajar. Tetapi bila anak murid itu mengubah dirinya menjadi rajin belajar, apakah tergamak guru itu nak merotan murid tersebut? Allah lagi-lagilah Maha Penyayang. Bila manusia berubah kepada pembaikan, sudah pasti kedatangan azab itu ditangguhkan.

Bagaimana nak bertakwa kepada Allah? Kenalah sembah Allah yang menetapkan hukum alam ini sahaja. Bukannya pergi sembah habr (alim-ulamak) membuta-tuli atas alasan kata-kata mereka semestinya benar dan tanpa melihat apakah hukum alam yang menunjukkan kata-kata itu datang daripada Allah.

Takutilah Allah yang menetapkan hukum alam iaitu kaum yang b0doh dalam beragama sehingga tidak sedar nasib mereka sudah jauh ketinggalan dalam bidang ilmu serta kerjanya nak berpecah-belah sesama sendiri pasti akan menerima balasan buruk dari sisi Allah.

Tetapi apakah kaum itu nak mentaati apa yang diperingatkan ini? Sedangkan Nabi Nuh seorang Nabi yang merangkap jurutera pembinaan kapal pun tidak dilayan peringatannya, apalah sangat nak dihairankan apabila kata-kata kita yang bukannya nabi ini ditaati oleh kaum yang bakal diazab itu.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by Adli on Sat Aug 01, 2009 4:44 pm

71:4. Dan Dia akan mengampuni kamu atas kesalahan-kesalahan kamu, dan menangguhkan kamu ke suatu tempoh yang dinyatakan; tempoh Allah, apabila ia datang, tidak boleh ditangguhkan, jika kamu mengetahui.”

Selagi manusia takut kepada Allah sahaja, Dia akan ampuni kesalahan-kesalahan manusia. Orang yang takut kepada Allah adalah orang yang hidupnya sentiasa belajar.

Sunnah dalam belajar, memanglah kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Tetapi selagi kita ada niat nak terus belajar, selagi itulah segala kesilapan kita akan diampunkan.

Kesalahan yang tidak diampunkan adalah apabila manusia itu tidak mahu belajar. Bila buat silap, dia tidak mahu memperbetulkan diri. Terus sombong dengan kesalahannya seperti mana iblis tetap mempertahankan kesalahannya bila tidak sujud kepada Adam.

Sebab itulah kita ajak umat Islam perbetulkan balik pegangan akidah setelah nampak kesan buruk hasil beragama menurut amalan nenek moyang itu. Moga-moga azab Allah yang dijanjikan kepada kaum yang layak diazab jika tetap mempertahankan kesalahan mereka itu dapat ditangguhkan, sebab apabila sudah sampai ketentuan waktu sesuatu kaum layak ditimpa bencana, tiada kuasa lain boleh membantu.

Renung-renungkanlah kejadian tsunami beberapa tahun lalu. Ia datang tanpa diduga, ketika tiba ramai yang merana. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.

71:5. Berkata, “Wahai Pemeliharaku, aku telah menyeru kaumku malam dan siang,

Sunnah para Rasul, mereka akan guna segala cara yang termampu untuk menyampaikan peringatan kepada sesuatu kaum baik siang atau malam. Baik di alam nyata mahupun di alam siber. Walaupun sedar, bukan mudah nak ubah mentaliti sesuatu kaum yang telah diterap ajaran nenek moyang sejak zaman berzaman. Tetapi dilakukan juga sebagai tanda Kasih-Sayang Allah kepada manusia supaya sesuatu kaum itu dapat ditangguhkan daripada azab.

71:6. Tetapi seruanku hanya menambahkan mereka dalam pelarian.

Namun, penerimaan seruan itu bergantung sejauh mana kaum itu mahu memikirkan. Jika kaum itu malas berfikir, diseru dengan apa cara sekalipun, mereka tidak akan sedar juga. Kerana apabila hati manusia itu telah menutup pintunya daripada mahu menerima hidayah, tidak akan sampai hidayah itu lagi.

Malah lagi diseru kepada Allah, lagi mereka melarikan diri bagaikan keldai liar takutkan singa.

71:7. Dan setiap kali aku menyeru mereka supaya Engkau mengampuni mereka, mereka meletakkan jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, dan menutupkan mereka di dalam pakaian mereka, dan berterusan dengannya, dan menyombongkan diri, sesombong-sombongnya.

Jika zaman dahulu, seruan disampaikan dalam bentuk lisan, maka orang-orang kafir itu menutup telinga mereka daripada mendengar seruan itu. Di zaman seruan disampaikan dalam bentuk tulisan, orang kafir itu menutup mata mereka daripada membaca.

Bila malas membaca, mereka buat alasan tidak jumpa cara solat dalam Al Quran sehingga perlukan riwayat hadis. Macam mana nak jumpa erti solat yang Al Quran ajar kalau malas mengkaji dan membaca Al Quran?

Bila diperjelaskan erti solat itu dalam bentuk tulisan lain pun mereka masih tak nampak-nampak lagi apa erti solat yang sebenar. Masih lagi mereka buat gerakan menyembah seperti kaum terdahulu menyembah patung-patung mereka.

Sepatutnya bila mereka tahu yang gerakan menyembah yang diterima oleh ajaran nenek moyang mereka itu tidak ada disebut dalam Al Quran, itu menunjukkan Al Quran tidak mengiktiraf gerakan menyembah mereka itu. Ini tidak, mereka pandai-pandai buat dakwaan, Al Quran tidak lengkap dan tidak sempurna kerana tidak menunjukkan cara gerakan menyembah yang telah diturut turun-temurun itu. Begitulah sombongnya mereka kepada Al Quran sehingga memperlekeh-lekehkan Al Quran itu seolah-olah ia tidak sempurna tanpa adanya riwayat hadis itu.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by slipar on Sat Aug 01, 2009 5:14 pm

Bila diperjelaskan erti solat itu dalam bentuk tulisan lain pun mereka masih tak nampak-nampak lagi apa erti solat yang sebenar. Masih lagi mereka buat gerakan menyembah seperti kaum terdahulu menyembah patung-patung mereka.

Sepatutnya bila mereka tahu yang gerakan menyembah yang diterima oleh ajaran nenek moyang mereka itu tidak ada disebut dalam Al Quran, itu menunjukkan Al Quran tidak mengiktiraf gerakan menyembah mereka itu. Ini tidak, mereka pandai-pandai buat dakwaan, Al Quran tidak lengkap dan tidak sempurna kerana tidak menunjukkan cara gerakan menyembah yang telah diturut turun-temurun itu. Begitulah sombongnya mereka kepada Al Quran sehingga memperlekeh-lekehkan Al Quran itu seolah-olah ia tidak sempurna tanpa adanya riwayat hadis itu.

bersambung...


part ni ramai yg salah faham . bagi aku allah telah ambil kira kelemahan manusia jugak . bukan semua manusia dapat menerima hakikat ini walaupun jelas allah tidak menilai perbuatan manusia . allah tak terima korban yg tak ikhlas . geng2 yg berfahaman berlainan harap dapat terima perbedhaan ini dan bukan menjadikan isu yg memudaratkan . ahli kitab dan islam tak di satukan oleh nabi kita . yg di satukan ialah menyerahkan diri kepada allah segala pergantungan dan hidayah . andai manusia di kabarkan semua hikmah maka tak nyatalah kita di alam ini .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by semut api on Sun Aug 02, 2009 12:17 pm

slipar wrote:
Bila diperjelaskan erti solat itu dalam bentuk tulisan lain pun mereka masih tak nampak-nampak lagi apa erti solat yang sebenar. Masih lagi mereka buat gerakan menyembah seperti kaum terdahulu menyembah patung-patung mereka.

Sepatutnya bila mereka tahu yang gerakan menyembah yang diterima oleh ajaran nenek moyang mereka itu tidak ada disebut dalam Al Quran, itu menunjukkan Al Quran tidak mengiktiraf gerakan menyembah mereka itu. Ini tidak, mereka pandai-pandai buat dakwaan, Al Quran tidak lengkap dan tidak sempurna kerana tidak menunjukkan cara gerakan menyembah yang telah diturut turun-temurun itu. Begitulah sombongnya mereka kepada Al Quran sehingga memperlekeh-lekehkan Al Quran itu seolah-olah ia tidak sempurna tanpa adanya riwayat hadis itu.

bersambung...


part ni ramai yg salah faham . bagi aku allah telah ambil kira kelemahan manusia jugak . bukan semua manusia dapat menerima hakikat ini walaupun jelas allah tidak menilai perbuatan manusia . allah tak terima korban yg tak ikhlas . geng2 yg berfahaman berlainan harap dapat terima perbedhaan ini dan bukan menjadikan isu yg memudaratkan . ahli kitab dan islam tak di satukan oleh nabi kita . yg di satukan ialah menyerahkan diri kepada allah segala pergantungan dan hidayah . andai manusia di kabarkan semua hikmah maka tak nyatalah kita di alam ini .

wau, maka apa beza antara yg islam dgn yg kafir kiranya tiada perlakuan juga feel solat? ehem, apa maksud solat yg sebenar yg incik selahipar & puan akai adli faham tentang solat, dah lama tanya tapi tak pulak dijawapnya Very Happy
Yg membezakan antara kafir dgn islam adalah solah, so kiranya tiada solat maka apa bezanya & apa untungnya kamu islam & apa ruginya yg dijadikan kafir? sila incik & puan akai?

mmg incik & puan akai rasa manusia tu menyembah, FYI there is no sembah dlm solah tapi mengabdi ataupun mengEsakan Dia , so jgnlah rasa yg manusia lain tu menyembah. Cuba cerita apa sebenarnya solah yg puak2 kamu lakukan yg kononnya mengikut AQ tu?

menurut apa yg kamu ceritakan tentang solah maka puak2 kamu ni dah tak ada lakuan juga kain sembahyang kat rumah rasanya, sebab solah tu bukannya sembah eh, tak perlu buat pun segala lakuan eh macam org yg pak turut eh, wau banyak cantik hujah incik & puan akai Very Happy

kalau benar dakwaan incik incik & puan puan akai maka sila khabarkan apa itu solah & maksud sebenar solah yg incik2 pakai Very Happy laughing

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by slipar on Sun Aug 02, 2009 12:35 pm

menurut apa yg kamu ceritakan tentang solah maka puak2 kamu ni dah tak ada lakuan juga kain sembahyang kat rumah rasanya, sebab solah tu bukannya sembah eh, tak perlu buat pun segala lakuan


rumah aku memang tak dak kain sembahyang . kau solah macamana pun belum tentu kau islam . sebab tu kau tak leh tuduh org yg tak solah macam kau tu kafir . allah tak suruh nabi isa pergi mekah mengelilingi kaabah walaupun kaabah dah ujud masa tu .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by semut api on Sun Aug 02, 2009 2:46 pm

slipar wrote:
menurut apa yg kamu ceritakan tentang solah maka puak2 kamu ni dah tak ada lakuan juga kain sembahyang kat rumah rasanya, sebab solah tu bukannya sembah eh, tak perlu buat pun segala lakuan


rumah aku memang tak dak kain sembahyang . kau solah macamana pun belum tentu kau islam . sebab tu kau tak leh tuduh org yg tak solah macam kau tu kafir . allah tak suruh nabi isa pergi mekah mengelilingi kaabah walaupun kaabah dah ujud masa tu .

abih tu rukun islam tentang solah tu buat apa? buat pamiran kat pasar tani eh? Very Happy Very Happy

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by semut api on Sun Aug 02, 2009 4:18 pm

Adli wrote:Bila diperjelaskan erti solat itu dalam bentuk tulisan lain pun mereka masih tak nampak-nampak lagi apa erti solat yang sebenar. Masih lagi mereka buat gerakan menyembah seperti kaum terdahulu menyembah patung-patung mereka.

Sepatutnya bila mereka tahu yang gerakan menyembah yang diterima oleh ajaran nenek moyang mereka itu tidak ada disebut dalam Al Quran, itu menunjukkan Al Quran tidak mengiktiraf gerakan menyembah mereka itu.


43.



"Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk ".


baru berapa hari baca terjemahan AQ incik puan akai? Very Happy Very Happy

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by slipar on Sun Aug 02, 2009 4:51 pm

abih tu rukun islam tentang solah tu buat apa? buat pamiran kat pasar tani eh?


sebelum ada rukun pun orang dah solat dah la .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by semut api on Mon Aug 03, 2009 4:21 pm

slipar wrote:
abih tu rukun islam tentang solah tu buat apa? buat pamiran kat pasar tani eh?


sebelum ada rukun pun orang dah solat dah la .

bila masa kau kenal solat?

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by slipar on Mon Aug 03, 2009 5:24 pm

bila kau kenal rukun

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by Juang on Wed Aug 05, 2009 8:37 am

Beza orang Islam dan orang kafir bukan pada perilaku solatnya, tetapi sejauh mana mereka bersolat yang diterima Allah.

Dalam Al Quran, ada manusia yang solat, tetapi dapat kecelakaan (rujuk surah Al Maa'un). Ini menunjukkan perilaku solat itu bukan kepastian keislaman atau kekafiran manusia.

Sebab itu, janganlah bila tengok ada manusia itu tidak solat macam kita, terus kata mereka kaum kafir.

Dalam Al Quran, ada dikhabarkan ciri-ciri kaum kafir iaitu;
1) Bila kalah berhujah, mereka hanya mengejek-ejek sahaja.
2) Bila berjanji, mereka akan mencabuli.
3) Bila diamanahkan, mereka mengkhianati.
4) Bila bersaing, mereka suka berdengki.
5) Bila belajar, mereka suka kepada dusta.

Jadi jangan menilai manusia itu kafir hanya kerana solat mereka tidak sama dengan solat ajaran nenek moyang kita.

Rasulullah dilihat kafir oleh orang kafir terdahulu kerana solat baginda tidak sama dengan ajaran nenek moyang.

So bila Allah uji kita dengan didatangkan manusia yang bersolat tidak sama dengan ajaran nenek moyang, apakah kita nak tiru macam perangai kaum kafir terdahulu itu?

Ingatlah, akuan Islam tidak semudah lisan dan tercatat di MyKad. Semua manusia pasti akan diuji.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by slipar on Wed Aug 05, 2009 12:41 pm

lepas solat dalam masjid lepas tu pegi teriak tepi jalan .. masa kita kecik dulu kalau bapak kita nasihat aku rasa kalau nak buat jugak apa yg dia larang aku tak buat depan dia .. at least aku takut walau pun aku tak ikhlas maklumlah masa kecik akal pendek lagi .. ini tidak tibai depan2 tu jer .. hanya utk bukak minda bukan mempengaruhi ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by Juang on Thu Aug 06, 2009 9:14 am

Kalau berteriak tepi jalan sampai mengganggu urusan hidup orang lain, pada pendapat aku yang berteriak dalam studio jamming lagi mulia sebab mereka tak kacau urusan hidup orang lain.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by slipar on Thu Aug 06, 2009 10:29 am

kalaupun kita rasa kita betul aku rasa tak payah la jerit tepi jalan . .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by semut api on Thu Aug 06, 2009 12:51 pm

Juang wrote:Beza orang Islam dan orang kafir bukan pada perilaku solatnya, tetapi sejauh mana mereka bersolat yang diterima Allah.

how do u so sure about this? Macammana kau tahu Allah terima solat kamu? ada tercatit dlm AQ atau macammana? Adakah solat dgn membaca atau belajar tu diterima olehNya?

juang wrote:Dalam Al Quran, ada manusia yang solat, tetapi dapat kecelakaan (rujuk surah Al Maa'un). Ini menunjukkan perilaku solat itu bukan kepastian keislaman atau kekafiran manusia.

mereka yg lalai dlm solatnya yg tak tahu apa tujuan solat, kemana dihadapkan keseluruhan hidupnya , nafas turun naiknya dll. Perilaku tu menunjukkan label kamu sebagai islam atau kafir, yg islam pergi masjid yg kafir pergi kuil, gereja dll itulah maksudnya tanda. kalau tak der tanda maka tiadalah beza antara muthu dgn samad, dgn juang dgn selipar. buat apa ada undang2 walhal dlm AQ sendiri ada undang2 & peraturan. Matahari bila pagi naik ptg tenggelem tulah syariat namanya cik juang. kalau ikut sedap dia je, matahari kata aku hari ni MC cuti taknak naik sebab spender tak basuh lagi eh Very Happy

juang wrote:Sebab itu, janganlah bila tengok ada manusia itu tidak solat macam kita, terus kata mereka kaum kafir.

siapa kata kafir, kan aku dah cakap, bukan tugas aku melabelkan kamu kafir atau islam, itu soal dalaman yg Dia saja berhak letakkan, kita cuma tengok melalui luaran kerana logiknya luaran itu tanda dalaman walaupun tak tepat, tanda saja. itula pasal ada tanda islam, tanda kafir, org keling tanda nya ada calit kat dahi, yg muslim biasanya pakai kopiah pi tunggang tunggik kat masjid yg sedara juang tak setuju tu mr green

juang wrote:Dalam Al Quran, ada dikhabarkan ciri-ciri kaum kafir iaitu;
1) Bila kalah berhujah, mereka hanya mengejek-ejek sahaja.
2) Bila berjanji, mereka akan mencabuli.
3) Bila diamanahkan, mereka mengkhianati.
4) Bila bersaing, mereka suka berdengki.
5) Bila belajar, mereka suka kepada dusta.


serupa juga tanda2 kamu islam atau tidak tu yg ulamak tak dok akai tu buat, yg tak baca AQ tu buat, yg tunggang tunggik tu buat. nanti sambung nak makang kejap eh

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by slipar on Thu Aug 06, 2009 4:18 pm

islam ada tanda ... jadi sebelum ada ulama tu islam tak ada tanda lah .. oooo

yg islam pergi masjid yg kafir pergi kuil, gereja dll itulah maksudnya tanda. kalau tak der tanda maka tiadalah beza antara muthu dgn samad, dgn juang dgn selipar. buat apa ada undang2 walhal dlm AQ sendiri ada undang2 & peraturan. Matahari bila pagi naik ptg tenggelem tulah syariat namanya cik juang. kalau ikut


kalau tuhan tak ajar kau timur dgn barat pun kau tak tau .. kenapa la kotor sangat fikiran kau .. kau ni gila seks ke

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by semut api on Thu Aug 06, 2009 4:27 pm

slipar wrote:islam ada tanda ... jadi sebelum ada ulama tu islam tak ada tanda lah .. oooo

kalau tuhan tak ajar kau timur dgn barat pun kau tak tau .. kenapa la kotor sangat fikiran kau .. kau ni gila seks ke

allo incik, lagikan kereta labi atau tanda nama tau, inikan pula puak2 islam atau kafir, tanda luaran tu penunjukan kamu tu dlm golongan mana, islam ke keling ke negro ke, dlm tanda tu pulak ada peraturan2nya, adat2nya, syarat2nya.

ulama tu tak buat atau reka2 cerita tapi dia org pun guna AQ juga sebagai sandarannya incik, bukan semata2 akal saja tapi berlandaskan AQ, sunnah Nabi dsbnya.

mana ada fikiran kotor incik selipar, tu baru cakap spender dah glabah, kau tak pakai spender hari ni eh? Very Happy jgn mare mr green

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by slipar on Thu Aug 06, 2009 4:31 pm

allo incik, lagikan kereta labi atau tanda nama tau, inikan pula puak2 islam atau kafir, tanda luaran tu penunjukan kamu tu dlm golongan mana, islam ke keling ke negro ke, dlm tanda tu pulak ada peraturan2nya, adat2nya, syarat2nya.

ulama tu tak buat atau reka2 cerita tapi dia org pun guna AQ juga sebagai sandarannya incik, bukan semata2 akal saja tapi berlandaskan AQ, sunnah Nabi dsbnya.

mana ada fikiran kotor incik selipar, tu baru cakap spender dah glabah, kau tak pakai spender hari ni eh? jgn mare


kau bawak la ayat quran mai ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 71: Nuh

Post by sr_rahmat on Thu Aug 06, 2009 5:06 pm

"buat apa ada undang2 walhal dlm AQ sendiri ada undang2 & peraturan".

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Hmm.. satu kenyataan yang menarik untuk diulaskan lagi disini. Kita semua maklum yang Al quran adalah sebuah Kitab yang wajib kita ikuti dan patuhi.

Bicara pasal undang-undang, ianya merujuk kepada golongan yang berkuat-kuasa untuk melaksanakannya/menjalankannya/merialisasikannya/menghukumkannya. Kalau terdapatnya undang-undang & peraturan, sudah pasti terdapatnya masyarakat/golongan yang mematuhinya/menurutinya/mengikutinya/mengabdikannya/menyembahkannya.

Disini logiknya, terdapat 2 golongan dalam sesebuah kehidupan. Pertama, pemerintah, kedua rakyat.

Sunnah Rasulullah saw yang kita semua sedia maklum; Beliau berjaya mendirikan Kerajaan Islam dengan mahunya Allah (berpandukan wahyu yang diturunkan kepada Beliau), dan Kerajaan itu diwariskan kepada sahabat-sahabat Beliau yang seterusnya berjaya menakluki 2/3 dunia pada masa itu. Kerajaan Islam Melaka adalah salah satu taklukan kerajaan Islam Uthmaniah (Turkey) yang mana ianya ditakluk dengan sukarela oleh sultan Melaka pada ketika itu. Kerajaan Melaka telah meletakkan syariah (Al-Quran) sebagai sumber undang-undang yang pertama diikuti undang-undang adat (yang telah dimodifikasi bercelupkan dengan Kemurnian Islam itu sendiri) sebagai sumber yang kedua.

"Aku bersaksi tiada tuhan disembah melainkan Allah"

adalah pengakuan kita sebagai makhluk ciptaanNya yang akan menyambah/mengabdi/mengikuti/menuruti/mematuhi Allah, tiada yang lainnya, dan itulah yang dilakukan oleh pemerintah kita pada masa dahulu.

Disini kita melafazkan kata Tauhid (mensatukan) kita kepadaNya. Bercakap pasal Menyatu, sudah pasti ada keterikatan yang berlaku (akidah). dan bukti keterikatan itu adalah Al-Quran.

Manusia fitrahnya hidup mesti (mahu ataupun tak mahu) berlandaskan Al-Quran. kerana Ianya adalah cara hidup yang mahunya Allah. Tidak ada perubahan pada fitrah itu. (AQ30:30).

Tetapi malangnya kebanyakan dari kedua-dua golongan yang tersebut sudah melupakan atau sengaja melupakan kata tauhid yang dilafazkan sehingga sanggup menuruti/mengabdikan diri kepada undang-undang/paraturan yang selain daripadaNya. Lihat saja bukti kepada masyarakat kita yang berpecah belah, menindas segolongan, kemaksiatan, penzinaan, perjudian, arak yang berleluasa, pembunuhan, kecurian, fitnah-memfitnah, dan bermacam-macam lagi gejala masyarakan yang tak dapat diselesaikan. Setiap hari ada saja kes-kes yang baru menutupi kes-kes yang lama yang belum diselesaikan.

Bersyukurlah Malaysia belum diuji dengan peperangan seperti negara-negara Islam yang lain. (Tetapi perlu diingat, ianya tak mustahil ditimpakan kepada kita jka kita terus menerus mengagungkan hukum selain hukum Allah).

Sekian.

sr_rahmat
Siswa-Siswi

Number of posts: 17
Reputation: 0
Credits: 1075
Registration date: 2009-07-01

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum