Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Surah 12: Yusuf

View previous topic View next topic Go down

Surah 12: Yusuf

Post by Admin on Sun Jun 14, 2009 3:46 am

Kajian tentang maksud perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam surah ini. Forumer digalakkan bersoal-jawab atau bertukar-tukar pendapat mengenai perkataan dan ayat yang tidak atau kurang difahami dalam surah ini bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman kitab Al-Quran.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sat Jul 11, 2009 11:17 pm

Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

1. Alif Lam Ra. Inilah ayat-ayat Kitab yang jelas.


Inilah bukti menunjukkan Al Quran itu sebuah kitab yang jelas. Jadi bukankah manusia itu sudah berbohong besar mengatakan Al Quran tidak lengkap dan perlukan riwayat hadis untuk melengkapkannya? Macam mana mereka boleh menetapkan sesuatu yang bercanggah dengan Al Quran yang kononnya mereka imani?

2. Kami menurunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham.

Diturunkan Al Quran dalam bahasa Arab supaya masyarakat Arab pada waktu itu mudah dan jelas memahami Al Quran. Dan tidak logik seorang Rasul berbangsa Arab menyampaikan Al Quran dalam bahasa Cina kepada masyarakat Arab.

Malangnya ada orang Melayu anggap bahasa Arab itulah Al Quran sehingga mereka kata dengan baca huruf Arabnya sahaja sudah dapat banyak pahala, biarpun buta erti pengajaran Al Quran. Tetapi tidak pula kita dengar, dengan baca tulisan Arab riwayat hadis akan dapat ganjaran pahala sebegitu banyak. Mereka terjemahkan riwayat hadis tanpa masalah mempertikaikan mutu terjemahan tersebut. Tapi bila terjemahan Al Quran itu membongkar tipu daya mereka, mulalah mereka kata Al Quran terjemahan itu bukannya Al Quran.

Nampak tak bagaimana syaitan begitu licik tipu-dayanya untuk menjauhkan manusia daripada peringatan Al Quran supaya taksub kepada riwayat yang diada-adakan atas nama Nabi?

3. Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al-Qur'an ini; walaupun sebelum itu kamu termasuk orang-orang yang lalai.

Sebelum Al Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad, baginda dan masyarakatnya termasuk dalam golongan yang lalai. Mereka beragama secara menurut kata-kata bapa-bapa mereka membuta-tuli. Sehingga mereka tidak sedar masyarakat mereka hidup dalam perpecahan sesama sendiri.

Samalah keadaan dengan umat Islam hari ini. Sebelum ini kita beragama secara lalai sehingga tidak sedar perpecahan di kalangan umat Islam yang menyebabkan umat jadi lemah akibat beragama menurut apa yang bapa-bapa mereka ajar tanpa memikirkan. Dengan Israel yang kecil bilangannya orang Arab sana tidak mampu menyelamatkan diri.

Namun atas rahmat Allah, Dia kurniakan kesedaran untuk memikirkan Al Quran yang dijanjikan kejelasan ayat-ayatNya. Memang terbukti, bila kita mengambil Al Quran sebagai pedoman, kita boleh mendapat kesedaran untuk meninggalkan ajaran nenek moyang yang merosakkan sistem ketamadunan manusia, sebab tiada ajaran para Rasul membentuk tamadun manusia yang b0doh. Hanya ajaran syaitan sahaja yang hasilnya sesuatu kaum itu jadi b0doh.

4. Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, "Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya."

Bagaimana bintang, matahari dan bulan itu bersujud? Sedangkan mereka tiada kepala nak ditundukkan ke arah Yusuf? Daripada ayat ini sahaja sudah menunjukkan sujud itu bukannya pergi sembah macam gerakan ritual yang diajar atas nama itulah solat. Sujud itu bermaksud patuh kepada apa yang diperintahkan.

Manusia diperintahkan oleh Allah untuk menggunakan akal, tetapi berapa ramai umat Islam hari ini lalai dengan perintah yang jelas dan nyata ini? Berapa ramai yang tidak sujud kepada Allah dengan erti patuh agar menggunakan akal? Mereka lebih patuh kepada tok guru mereka yang tak bagi beragama guna akal.

Macam manalah Allah tidak hina umat yang beragama tak guna akal itu sekarang ini. Perintah yang jelas dan nyata itu pun mereka sudah engkar. Memang logiklah sejak di dunia lagi Allah masukkan umat yang beragama tak guna akal dalam kehidupan yang memanaskan. Allah sudah sediakan mereka neraka yang nyata (hati panas untuk hidup berpuak-puak dan berpecah-belah berebut kuasa).

5. Dia berkata, "Wahai anakku, janganlah menceritakan mimpi kamu kepada saudara-saudara kamu supaya mereka tidak membuat muslihat terhadap kamu dengan tipu muslihat. Sesungguhnya syaitan, kepada manusia, adalah musuh yang nyata.

Orang yang berpenyakit hati lagi suka mendengki, mereka akan buat tipu muslihat bila mengetahui orang yang didengkinya itu memiliki sesuatu kelebihan. Sesungguhnya kedengkian itu adalah syaitan yang menjadi musuh yang nyata.

Ramai manusia tertipu dengan syaitan dalam hatinya sendiri (perasaan hasad dengki). Akibat lalai menjaga penyakit hati, mereka membuat pelbagai kejahatan dan kedustaan.

Macam kedengkian yang ada pada ahli-ahli kitab di zaman Rasulullah. Oleh kerana baginda yang tidak tahu membaca kitab Taurat dan Injil dalam bahasa asal, kerasulan baginda dibantah biarpun kata-kata yang baginda sampaikan (Al Quran) itu benar ikut hukum alam bila difikirkan.

Dan kedengkian orang kafir itu diteruskan di zaman sekarang bila ada manusia yang sampaikan ayat-ayat Allah biarpun manusia itu tidak belajar bahasa Arab, tetapi kebenaran kata-kata dibantah sebab tidak sama seperti ajaran yang diterima oleh para ulamak mereka.

Begitulah syaitan menipu-daya manusia hanya dengan muslihat. Oleh kerana itulah manusia kena jadi bijak agar tidak ditipu oleh syaitan, sebab Sunnah para Rasul Allah itu semuanya orang yang bijaksana. Nak jadi bijak, hukum alam menetapkan dengan cara berfikir dan belajar, bukannya menurut membuta-tuli.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sat Aug 22, 2009 10:29 am

12:6. Begitulah Pemelihara kamu memilih kamu, dan Dia mengajarkan kamu interpretasi hadis (mimpi), dan Dia akan menyempurnakan rahmat-Nya ke atas kamu, dan ke atas keluarga Yaakub, sebagaimana Dia menyempurnakannya sebelum itu ke atas kedua bapa-bapa kamu, Ibrahim dan Ishak; sesungguhnya Pemelihara kamu Mengetahui, Bijaksana."

Atas Kebijaksanaan Allah-lah untuk memilih manusia mana yang diajarkan ilmuNya. Sebab itu dalam hidup ini, kita jangan mendengar ucapan hanya ikut kaum, puak atau tok guru mana yang kita sukai. Sebab yang memilih manusia mana yang layak menyampaikan ilmuNya adalah Allah, bukan ikut kehendak hati manusia.

Sering terjadi pada kaum terdahulu yang hanya mendengar ajaran alim ulamak mereka seolah-olah alim ulamak mereka sahaja yang ada hubungan dengan Allah. Sedangkan urusan memilih siapa yang layak mendapat ilmuNya adalah urusan Allah. Akibatnya bila Allah uji mereka dengan dibangkitkan Rasul yang bukan belajar dengan alim ulamak atau ahli-ahli kitab ajaran nenek moyang mereka, mereka mula membantah dan engkar biarpun pada mulanya mereka mengaku Islam.

12:7. Pada Yusuf dan saudara-saudaranya adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang bertanya.

Kisah Yusuf dan saudara-saudaranya itu ada pengajaran berguna bagi orang yang ingin mengetahui hakikat agama yang sebenar.

12:8. Apabila mereka berkata, "Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita, sedang kita sekumpulan. Sesungguhnya bapa kita adalah dalam kesesatan yang nyata.

Manusia ada perasaan iri hati melihat kelebihan yang dikurniakan kepada manusia lain. Bila penyakit iri hati ini melanda, mereka akan melabel-labelkan orang lain sesat kerana tidak menyokong mereka.

Jadi tujuan kita beragama Islam sebenarnya untuk melawan penyakit iri hati itu supaya bukan hidup untuk menghukum orang lain yang tidak sealiran dengan kita sebagai sesat. Itulah tujuan sebenar para Rasul dibangkitkan.

Jadi periksa dalam hati sendiri, apakah pengakuan Islam kita sekadar untuk merasa bangga diri kononnya Islam dan memandang manusia lain sebagai sesat? Jika itulah yang ada dalam hati, apa bezanya manusia itu dengan iblis?

Bukankah yang layak menentukan siapa Islam dan siapa sesat adalah Allah? Tujuan hidup kita hanya mengajak manusia untuk jadi Islam, bukan menghukum mereka.

12:9. Bunuhlah Yusuf, atau buanglah dia ke mana-mana bumi, supaya muka bapa kamu bebas kepada kamu, dan setelah itu kamu menjadi satu kaum yang salih."

Bila hati mula mendengki, maka syaitan mula memujuk untuk melakukan kemungkaran yang lebih besar iaitu membunuh manusia. Penyakit inilah yang menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Syaitan mengajak kepada kemungkaran secara halus. Mula-mula ajak supaya iri hati atau mendengki. Kemudian ajak kepada membenci. Kemudian mula ditiupkan kepada api perpecahan. Seterusnya berlakukan perang saudara seperti yang banyak terjadi di negara-negara Islam sekarang.

Jadi, datangnya ajaran para Rasul itu hakikatnya untuk mengajak kita lawan penyakit hati ini supaya manusia boleh hidup bersatu-padu dan berharmoni. Seperti sebuah band muzik, biarpun yang memainkan alat muzik itu bermacam jenis, tetapi bila digabungkan pada matlamat yang sama (untuk memainkan sesebuah lagu), maka terhasillah muzik yang menghiburkan.

Macam itulah perumpamaan kita hidup berbilang bangsa dan agama ini. Sebab itu kita kena mencari matlamat hidup yang semua bangsa dan agama mengakui kebaikannya, bukannya jadikan perbezaan sebagai punca permusuhan.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sat Aug 22, 2009 8:49 pm

12:10. Seorang daripada mereka berkata, "Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika kamu mahu melakukan."

Dalam ramai-ramai abang Yusuf itu, ada seorang yang tidak sanggup membunuh adiknya sendiri. Maka diusulnya agar dilemparkan Yusuf ke perigi agar dipungut oleh pengembara yang mengambil air di sana.

Begitulah Allah Maha Mendengar apa yang mereka rancangkan sedang mereka tidak menyedari. Biarpun Yusuf tidak tahu apa yang akan dilakukan oleh abang-abangnya, tetapi Allah Mengetahui. Maka Allah lindungi Yusuf daripada dibunuh.

Oleh itu, belajarlah agar berakhlak seperti Nabi Yusuf, moga-moga kita dilindungi dari niat jahat orang-orang yang mendengki.

12:11. Mereka berkata, "Ayah, apakah sebabnya kamu tidak mempercayai kami dengan Yusuf? Sesungguhnya kami penasihat-penasihatnya.

Maka abang-abang Yusuf meminta izin daripada ayahnya (Nabi Yaakob) untuk membawa adiknya keluar. Mereka cuba meyakinkan ayahnya itu bahawa mereka akan menjaga dan menasihati Yusuf.

Namun sebagai seorang bapa yang sudah masak dengan perangai anak-anaknya, Nabi Yaakob dapat membaca ada sesuatu yang tidak kena dengan rancangan anak-anaknya itu. Begitulah Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang berakal sehingga dapat menjangka sesuatu tipu-muslihat.

12:12. Utuslah dia bersama kami esok untuk bersuka-suka dan bermain-main, dan sungguh, kami akan menjaganya."

Saudara-saudara Yusuf itu terus memujuk ayahnya agar membenarkan Yusuf keluar bermain dengan mereka agar niat jahat mereka dapat dijalankan dengan sempurna. Mereka beriya-iya memberi jaminan untuk menjaga Yusuf setelah ayah mereka tidak meyakini mereka.

Mereka tidak sedar bahawa segala yang tersembunyi dalam hati mereka itu didengari oleh Allah dan Dia akan membalas balik apa yang mereka rancangkan itu. Rancangan jahat, pasti dibalas dengan kejahatan.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sun Aug 23, 2009 5:19 am

12:13. Dia berkata, "Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya."

Oleh kerana anak-anak Nabi Yaakob itu beria-ia hendak membawa Yusuf pergi bermain, maka dengan keberatan, diizinkan juga oleh ayahnya.

Namun, untuk menguji apakah anak-anaknya itu ada rancangan buruk atau tidak, Nabi Yaakob mengatakan yang dia risaukan keselamatan Yusuf akan dimakan serigala jika abang-abang Yusuf itu lalai menjaganya.

Jika benar anak-anaknya itu ada rancangan buruk terhadap Yusuf, pasti mereka akan pulang mengatakan Yusuf telah mati dimakan serigala. Sebab jarang terjadinya sesuatu kemalangan terhadap perkara yang manusia telah berhati-hati terhadapnya.

Begitulah Allah perlihatkan kebijaksanaan Yaakob dalam menguji gerak-geri anak-anaknya.

12:14. Mereka berkata, "Jika serigala memakan dia, sedang kami sekumpulan, maka kamilah orang-orang yang rugi!"

Abang-abang Yusuf cuba meyakinkan ayah mereka bahawa mereka mampu mempertahankan Yusuf dari dimakan serigala. Dan secara logiknya, jika mereka benar-benar ikhlas menjaga Yusuf, memang sukar serigala nak menyerang manusia yang ramai. Tetapi mereka tidak menyedari apa yang Nabi Yaakob fikirkan terlebih dahulu daripada mereka kerana niat buruk mereka itu telah menyebabkan mereka lalai.

Kerana itulah dalam hidup ini kena lawan penyakit-penyakit hati. Perasaan bangga diri kononnya diri itu Islam dan memandang kaum lain sebagai kafir hanya menyebabkan hati jadi gelap. Bila hati gelap, susah nak dapat petunjuk sehingga umat sendiri berada dalam kelemahan dan perpecahan pun masih tak sedar-sedar diri. Begitulah Allah tutupkan hati manusia yang berbangga diri seperti iblis.

12:15. Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia di dasar perigi, dan Kami mewahyukannya, "Kamu akan memberitahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak menyedari."

Sebaik sahaja berjaya membawa Yusuf keluar untuk bermain-main, mereka memasukkan Yusuf ke dalam perigi seperti yang dirancangkan. Tinggallah Yusuf kesepian dianiaya oleh abang-abangnya sendiri.

Untuk memujuk Yusuf agar bersemangat, Allah menyampaikan wahyu kepadanya bahawa suatu hari nanti, Yusuf akan mendedahkan perbuatan-perbuatan mereka dalam mereka tidak menyedari.

Seperti itulah Allah mendedahkan tipu-daya golongan yang menjadikan agama sebagai pemecah-belah masyarakat dengan kaum mereka sahaja Islam dan kaum lain sebagai kafir. Tidakkah mereka sedar dalam Al Quran mengatakan golongan yang memecah-belahkan agama dan berbangga dengan puak mereka itu adalah golongan yang sesat? (rujuk ayat 23:53~54)

12:16. Dan mereka datang kepada bapa mereka pada waktu isyak; mereka menangis.

Setelah malam, mereka kembali kepada ayah mereka sambil menangis. Namun, apakah orang yang berpura-pura mampu menutup kepuraannya sedangkan Allah ada bersama-sama mereka ketika mereka melakukan rancangan tersebut?

Apakah manusia yang berbangga diri dengan golongan mereka itu mampu menutup perasaan bangga diri mereka daripada Allah sedangkan Allah terlalu dekat berbanding urat leher mereka sendiri? Setiap kepalsuan pasti akan terbongkar juga, sebab itulah mereka jadi takut untuk menegakkan kata-kata mereka sendiri.

12:17. Mereka berkata, "Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang-barang kami; lalu serigala memakannya. Tetapi kamu tidak akan menjadi mukmin pada kami, walaupun kami berkata benar."

Abang-abang Yusuf telah memasuki perangkap yang dipasang oleh ayahnya sendiri. Mereka mengatakan serigala telah memakan Yusuf sedang mereka lalai berlumba lari sama seperti yang Nabi Yaakob peringatkan sebelumnya.

Fitrah manusia, bila melakukan perkara yang telah dilarang sebelumnya, itu bermakna memang manusia itu berniat nak melakukannya. Seperti yang terjadi pada Adam yang dilarang mendekati pohon di dalam Taman.

12:18. Dan mereka mendatangkan bajunya dengan darah palsu padanya. Dia berkata, "Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan."

Bagi memperkuatkan cerita, mereka bawakan baju Yusuf yang dilumur dengan darah palsu. Namun Yaakob tidak mempercayainya kerana perbuatan itu memang dilakukan atas niat mereka sendiri. Begitulah Yaakob menguji perangai anak-anak mereka sedang mereka tidak mengetahui. Dan sebagai seorang bapa, sudah pasti daripada riak muka dan anak mata anak-anaknya itu dia boleh mengetahui apa yang mereka sembunyikan. Apabila kita merenung mata orang yang berpura-pura, pasti kita akan nampak kegelisahan di wajah mereka.

Namun demi memujuk hatinya yang terguris melihat perangai anak-anaknya itu, Yaakob memohon kesabaran dan pengharapan agar Allah melindungi Yusuf daripada apa yang diceritakan oleh saudara-saudaranya.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sun Aug 23, 2009 7:03 am

12:19. Kemudian datang pengembara-pengembara, dan mereka mengutus seorang daripada mereka, seorang pengambil air, yang menurunkan timbanya. Berkata, "Oh, berita gembira! Ini seorang anak lelaki muda." Maka mereka merahsiakan dia sebagai barang dagangan; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat.

Kemudian Yusuf diambil oleh pengembara yang mengambil air di perigi itu untuk dijadikan barang dagangan (hamba). Dan tiada ada sesuatu perkara yang berlaku pun tersembunyi daripada pengetahuan Allah. Kerana itulah orang yang benar-benar bertakwa kepada Allah, mereka takut nak berbangga diri kononnya dirinya lebih mulia daripada kaum yang dituduh kafir oleh rata-rata umat Islam sekarang, sebab mereka sedar Allah nampak apa yang tersembunyi dalam hati. Mereka takut dimasukkan dalam golongan iblis yang berbangga diri itu.

12:20. Kemudian mereka menjualnya dengan harga yang murah, beberapa dirham yang dihitung, kerana mereka tidak menghargainya.

Yusuf dijual dengan harga yang murah di sisi manusia kerana mereka tidak menghargainya biarpun di sisi Allah, Yusuf seperti permata yang berkilauan. Begitulah, penilaian Allah tidak sama dengan penilaian manusia.

Seperti kaum kafir terdahulu, mereka melihat para Rasul mereka seperti sampah, sedangkan di sisi Allah, malaikat dan golongan beriman, para Rasul itu seperti permata kerana kesucian hati mereka. Dan Allah Mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi.

12:21. Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, "Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia untuk anak sendiri." Maka Kami meneguhkan Yusuf di bumi, dan supaya Kami mengajarnya interpretasi hadis (mimpi). Allah memenangi dalam urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Tetapi Allah Maha Terpuji. Dia mengilhamkan kepada seorang pembeli dari Mesir untuk tertarik membeli Yusuf. Maka Yusuf dipelihara dan dibesarkan di tempat yang mulia.

Di rumah itu, Yusuf diperteguhkan dengan ilmu sehingga dia bijak menafsir Hadis (ayat-ayat Allah baik dalam bentuk Kitab atau mimpi). Allah perkuatkan hujah-hujah Yusuf dalam urusanNya, tetapi ramai manusia tidak menyedari.

Begitulah Allah angkat seseorang hambaNya untuk dijadikan Rasul dalam keadaan sesuatu masyarakat tidak menyedari kerana masyarakat hanya memandang pada status seperti alim ulamak atau ahli-ahli kitab sahaja yang layak bercakap pasal Allah. Keadaan ini memang jelas terjadi di zaman mana sekali pun.

12:22. Dan apabila dia telah dewasa, Kami memberikan dia putusan dan pengetahuan. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berbuat baik.

Semakin Yusuf menuju kedewasan, dia semakin bijak membuat keputusan dan berpengetahuan. Semuanya kerana kebaikan hati yang ada pada diri Yusuf. Tidak mungkin dalam keadaan hatinya kotor berbangga diri, dia akan diberi kebijaksanaan. Hanya orang yang hidup merendah diri dan memandang semua manusia sama-rata akan dikurniakan kebijaksanaan seperti Yusuf dan hujahnya diperteguhkan sehingga kaum kafir itu merasa iri hati.

12:23. Dan perempuan yang di dalam rumahnya dia digoda, menutup pintu-pintu. Dia (perempuan) berkata, "Marilah kepadaku!" Dia berkata, "Pada Allah berlindung! Sesungguhnya pemeliharaku (tuanku) telah memberi aku tempat tinggal yang baik. Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak beruntung."

Oleh kerana Yusuf memiliki daya penarik setelah dia dewasa, maka perempuan tempat dia tinggal itu mula tergoda dengan Yusuf. Inilah ujian Allah untuk menguji keimanan Yusuf. Dengan menutup segala pintu, perempuan itu merayu Yusuf datang kepadanya.

Namun kerana kewarasan akal, Yusuf menolak kerana tidak tergamak untuk dia mengkhianati penjaganya semasa kecil yang telah memberikan kesempurnaan tempat tinggal kepadanya. Begitulah sifat orang yang berakal lagi tahu mengenang budi. Adalah tindakan yang zalim kalau Yusuf mengambil kesempatan atas kebaikan pemeliharanya sendiri.

Tapi banyak yang terjadi dewasa ini, manusia suka mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain semata-mata hendak mengaut keuntungan jangka masa pendek. Alangkah ruginya manusia yang berperangai begitu.

Itulah sebabnya penting manusia berfikir panjang agar memikirkan dan mengkaji kesan baik-buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya. Itulah benteng kepada jiwa. Dan kerana itulah Al Quran suruh menggunakan akal supaya jarak pemikiran manusia itu jauh, bukannya pendek. Malangnya ramai manusia berfikiran pendek gara-gara agama mereka menghalang mereka berfikir Kitab mereka sendiri.

12:24. Dan sungguh dia (perempuan) bermaksud kepadanya, dan dia (Yusuf) mengambilnya jika dia tidak melihat bukti Pemeliharanya. Demikianlah, supaya Kami memalingkan daripadanya kejahatan dan kesumbangan; dia adalah antara hamba-hamba Kami yang tulus.

Jika Yusuf seorang yang tidak melihat Allah secara logik (bukti kewujudan Allah), sudah pasti dalam keadaan begitu dia akan mengikut pujuk rayu perempuan itu. Tetapi kerana dalam hatinya nampak secara logik bahawa Allah itu terlalu dekat berbanding urat lehernya sendiri, maka rasa malu kepada Allah menjadikan dia dipalingkan daripada kejahatan dan kemungkaran. Itulah sifat yang ada kepada hamba-hamba Allah yang tulus.

Di sinilah pentingnya manusia itu belajar mengenal Allah sehingga nampak Allah secara logik biarpun mata kasar tidak melihat Allah. Iman terletak dalam hati, maka hati itulah perlu melihat Allah secara logik. Bila manusia itu takut hendak menyimpan perasaan bangga diri, itulah tanda-tanda manusia itu nampak Allah. Selagi ada penyakit bangga diri, selagi itulah manusia tersebut tidak kenal siapa Allah yang sebenarnya.

Nak kenal Allah, kenalah belajar perihal perasaan dalam diri. Bezakan apa itu perasaan baik dan apa itu perasaan jahat dan bagaimana nak lawan perasaan jahat itu. Memang menyakitkan nak memerangi perasaan jahat dalam diri apatah lagi telah dibesarkan dalam keadaan masyarakat yang berbangga diri dengan status Islamnya, tetapi semua itu kena dilakukan demi memperkuatkan iman.

12:25. Dan kedua-duanya berlumba ke pintu; dan dia (perempuan) mengoyakkan bajunya dari belakang. Mereka mendapati ketua mereka di depan pintu. Dia (perempuan) berkata, "Apakah balasan bagi orang yang menghendaki kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan bahawa dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?"

Yusuf cuba melarikan diri ke pintu dari digoda perempuan tersebut. Perempuan itu mengejarnya dan mencapai baju Yusuf lalu mengoyakkannya dari belakang. Namun ketika pintu dibuka, mereka dapati ketua keluarga Mesir itu ada di hadapan pintu.

Demi menjaga maruah diri, perempuan itu menuduh Yusuf ingin berbuat jahat kepadanya dan mahu Yusuf dipenjarakan atau dikenakan seksaan. Begitulah sikap manusia bila keadaannya tersepit.

12:26. Berkata (Yusuf), "Dia yang menggoda aku"; dan seorang saksi daripada keluarganya menyaksikan, "Jika bajunya dikoyakkan daripada depan, maka dia (perempuan) telah berkata benar, dan dia (Yusuf) termasuk orang-orang yang dusta,

Yusuf mempertahankan diri dengan mengatakan perempuan itu yang menggodanya. Kebetulan seorang saksi dalam keluarga itu datang memberi pendapat, "jika baju Yusuf dikoyakkan daripada depan, maka perempuan itu berkata benar manakala Yusuf berdusta."

12:27. Tetapi jika bajunya dikoyakkan daripada belakang, maka dia telah berdusta, dan dia (Yusuf) termasuk orang-orang yang benar."

Tetapi jika sebaliknya, maka perempuan itu telah berdusta dan Yusuf adalah benar.

Ayat-ayat Al Quran ini membawa pedoman kepada kita, untuk membuktikan sama ada benar atau tidak, kita perlukan bukti yang logik difikirkan. Malangnya ramai manusia beragama tanpa mengemukakan bukti tetapi mereka terus menghukum golongan yang bertentangan dengan mereka sebagai salah dan mereka sahaja yang benar. Sedangkan apa yang benar daripada diri mereka tidak pula dibawa. Begitulah perangai manusia yang berbangga diri, kerana syaitan menjadikan mereka memandang baik apa yang mereka dustakan.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sun Aug 23, 2009 7:52 am

12:29. Yusuf, berpalinglah daripada ini; dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang bersalah."

Bila ternyata Yusuf tidak bersalah, maka penjaga Yusuf itu menyuruh isterinya memohon ampun atas kesalahan tersebut. Ternyata Allah melindungi Yusuf di bawah pemeliharaan pembesar Mesir itu yang sudah pasti ketika itu tidak diketahui oleh saudara-saudara Yusuf yang iri hati terhadapnya.

12:30. Wanita-wanita tertentu di kota berkata, "Isteri al-aziz (Gabenor) menggoda pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta; kami melihat dia dalam kesesatan yang nyata."

Kisah Yusuf dan isteri penjaganya sendiri menjadi buah mulut (gosip) para wanita di kota tempat mereka tinggal. Macam biasa, manusia suka mengumpat keji keburukan orang lain untuk memandang hina kesalahan yang terjadi pada seseorang manusia. Sedangkan ketika mereka mengumpat itu, Allah ada bersama mereka.

Perasaan bangga diri kononnya diri mereka mulia menyebabkan mereka melihat isteri Al Aziz itu dalam kesesatan. Hakikatnya para wanita itu tiada bezanya dengan iblis yang perasan dirinya mulia dan melihat orang lain hina. Sama macam perangai manusia yang melihat kaum yang tidak sama anutan dengan mereka sebagai sesat dan mereka sahajalah yang Islam.

12:31. Apabila dia mendengar bisikan-bisikan licik mereka, dia mengutus kepada mereka, dan menyediakan bagi mereka tempat-tempat bersandar, kemudian dia memberikan tiap-tiap seorang daripada mereka sebilah pisau, dan dia berkata, "Keluarlah kepada mereka." Dan apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka memotong tangan-tangan mereka, dengan berkata, "Dijauhkan Allah! Bukanlah ini manusia; dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia."

Cerita-cerita hangat itu sampai ke telinga isteri pembesar Mesir itu. Maka dia membuat rancangan untuk menjemput wanita-wanita yang sibuk menceritakan perihal dirinya itu untuk datang ke satu majlis. Setiap wanita yang dijemput itu diberikan sebilah pisau.

Yusuf dipanggil oleh isteri penjaganya itu agar keluar di hadapan para wanita yang tidak tahu apa muslihat sebenar di sebalik mereka dijemput. Kerana kesempurnaan yang dimiliki oleh Yusuf yang menarik hati para wanita itu, maka ada antara mereka terpotong tangan-tangan mereka sendiri kerana terlalu kagum melihat Yusuf. Malah, sehingga ada yang menganggap Yusuf seperti seorang malaikat yang mulia.

Begitulah manusia, bila terlalu mengkagumi seseorang manusia, mulalah mereka ada-adakan cerita. Seperti yang berlaku pada Rasulullah. Banyak cerita riwayat diada-adakan untuk mengkagumi Rasulullah sampaikan cerita tidak disahkan oleh Allah pun mereka terima. Hakikatnya mereka tiada beza dengan pengikut Ayah Pin yang terlalu mendewa-dewakan Ayah Pin.

12:32. Berkata, "Inilah dia yang kamu mencela aku dengannya. Benar, aku telah menggoda dia, tetapi dia menolak. Dan jika dia tidak membuat apa yang aku memerintahkannya, dia akan dipenjarakan, dan menjadi antara orang-orang yang direndahkan."

Melihat semua wanita itu terpesona dengan Yusuf, maka isteri pembesar Mesir itu mengaku yang dia telah menggoda Yusuf, tetapi tidak dituruti oleh Yusuf. Dan Yusuf diancam akan disumbat ke dalam penjara untuk direndahkan tarafnya jika tidak mahu mengikut perintah isteri pembesar itu.

12:33. Berkata (Yusuf), "Pemeliharaku, penjara lebih aku menyukai untukku daripada apa yang mereka menyeru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak memalingkan daripadaku muslihat mereka, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka, dan aku menjadi antara orang-orang yang bodoh."

Demi mempertahankan maruah dirinya agar tidak dijadikan bahan pemuas nafsu, maka Yusuf lebih rela dimasukkan ke dalam penjara. Begitulah nilai kebijaksanaan dalam membenteng diri seseorang manusia.

Jika ikut nafsu, lebih baik Yusuf menurut sahaja kemahuan perempuan itu dengan dia mendapat kebebasan. Tetapi apalah erti kebebasan jika maruah diri tergadai akibat kebodohan sendiri.

Di bulan kemerdekaan ini membawa kita berfikir, apalah erti kemerdekaan negara jika maruah bangsa tergadai akibat kebodohan sendiri sehingga bangsa lain mengambil kesempatan atas perpecahan kita? Semua ini menuntut kita berfikir panjang dan selalu memuhasabah diri.

12:34. Maka Pemeliharanya menyahutinya, dan Dia memalingkan daripadanya muslihat mereka; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

Doa orang yang dizalimi pasti disahut oleh Allah kerana Sifat PenyayangNya itu. Sedangkan kita pun tidak sampai hati melihat anak kita sendiri dizalimi dan meminta tolong daripada kita, apa lagi Allah Mengasihani orang-orang yang berbuat kebaikan. Hanya orang yang berbangga diri sahaja tiada perikemanusiaan.

12:35. Kemudian nyatalah bagi mereka, setelah mereka melihat ayat-ayat, bahawa mereka patut memenjarakannya untuk satu waktu.

Bagi memperkenankan doa Yusuf agar dia lebih rela dipenjarakan daripada menurut kehendakan isteri pemeliharanya, maka Allah berikan idea kepada mereka bagaimana hendak memasukkan Yusuf dalam penjara tanpa ada yang mencurigai keputusan itu. Namun ramai manusia tidak sedari apa yang Allah rancangkan. Sesungguhnya rancangan Allah adalah teguh.

Seperti mana bila sesuatu kaum layak diazab, Allah wujudkan keadaan yang azab itu tidak mampu ditolak lagi. Tetapi ramai manusia tidak mempercayai. Ketika terjadinya azab itu, barulah manusia-manusia tersebut menyesal. Namun menyesal kemudian, tiada gunanya. Apabila pintu taubat telah ditutup rapat, datanglah azab yang dijanjikan.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sun Aug 23, 2009 8:42 am

12:36. Dan masuk ke penjara bersama dia, dua orang pemuda. Berkata seorang daripada mereka, "Aku melihat (bermimpi) bahawa aku memerah arak (anggur)." Berkata yang lain, "Aku melihat bahawa aku membawa di atas kepalaku roti, yang burung-burung memakan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang yang berbuat baik."

Yusuf di masukkan ke penjara yang di dalamnya ada dua orang pemuda. Setelah beberapa waktu mengenali Yusuf sebagai seorang yang baik dan bijak menafsir, mereka meminta Yusuf menafsir mimpi mereka.

Biarpun jasad Yusuf terpenjara, Allah tetap membebaskan akalnya untuk cerdas berfikir. Di dalam penjara itu Allah tetap melatih Yusuf agar terus berfikir dengan adanya dua orang pemuda itu agar pemikirannya tidak tertutup. Tetapi manusia lain tidak nampak apa yang Allah rancangkan.

12:37. Dia berkata, "Tiada makanan datang kepada kamu untuk rezeki kamu, melainkan sebelum ia datang kepada kamu, aku akan memberitahu kamu interpretasinya. Itu adalah daripada apa yang Pemeliharaku mengajarku. Aku telah meninggalkan anutan kaum yang tidak mempercayai Allah, dan mereka tidak percaya kepada akhirat.

Sebagai seorang yang luhur jiwanya, Yusuf tidak sampai hati untuk menghampakan harapan dua orang pemuda itu yang mahukan kebolehan mentafsir tersebut. Begitulah bila manusia itu sedar segala kepakaran yang dimilikinya adalah datang daripada anugerah Allah (bukan miliknya sendiri), mereka akan bersegera membantu manusia lain yang berharap.

Itulah sifat yang ditanam kepada manusia yang menjadikan solat mereka adalah cara untuk belajar memantapkan ilmu dalam diri. Tetapi mereka yang sekadar buat solat untuk cukupkan rukun, mereka tidak nampak perkaitan solat mereka itu untuk membantu sesama manusia. Solat mereka itu hanya menjadikan mereka berbangga diri kononnya mereka sahaja Islam dan kaum lain yang tidak bersolat macam mereka adalah sesat.

Bayangkan jika bumi, bulan, bintang atau burung-burung sibuk berbangga diri kononnya solat mereka sahaja diterima Allah dan memandang makhluk-makhluk lain tidak Islam, pasti alam semesta ini akan kucar kacir. Tetapi macam mana mereka boleh hidup harmoni mentaati perintah Allah dalam keadaan solat mereka tidak sama antara satu sama lain? Yang peliknya, manusia yang punya akal lagi hebat boleh bercakaran kerana cara solat tak sama sebab ada yang berbangga diri dengan cara solat seperti itu, mereka sahajalah ASWJ dan golongan lain semuanya kafir. Begitulah penyakit bangga diri menggelapkan hati mereka. Patutlah Al Quran yang jelas ini pun susah sangat mereka nak fahami sehingga buat dakwaan dusta perlukan riwayat hadis. Padahal Al Quran suruh guna akal untuk memahaminya, bukannya riwayat hadis.

Sebelum menceritakan pasal interpretasinya itu, Yusuf membuka ucapan dengan memberitahu bahawa kepandaiannya itu datang dari sisi Allah kerana dia telah meninggalkan anutan kaum yang tidak mempercayai Allah (tidak takut untuk berbangga diri) dan tidak percaya kepada akhirat (tidak percaya yang dosa berbangga diri akan menyebabkan manusia masuk neraka).

12:38. Dan aku mengikuti anutan bapa-bapaku, Ibrahim, dan Ishak, dan Yaakub. Tiadalah bagi kami untuk menyekutukan sesuatu dengan Allah. Itu adalah daripada pemberian Allah kepada kami, dan kepada manusia; tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.

Yusuf memberitahu mereka bahawa dia hanya mengikut anutan dari bapa-bapanya iaitu Ibrahim, Ishak dan Yaakub yang membawa ajaran yang mengajak manusia mentaati Allah sahaja, bukan taat kepada kata-kata dusta atas nama-nama manusia terdahulu.

Ajaran yang mentaati Allah sahaja adalah ajaran yang membawa bukti yang nyata datang daripada Allah, bukannya datang dari khabar manusia yang bersandarkan nama-nama imam terdahulu untuk perkuatkan hujah.

Ajaran yang mentaati Allah memerlukan manusia menggunakan akal sebagai membuktikan kebenaran (sebab itulah Al Quran pun suruh guna akal), bukannya guna riwayat dusta yang diada-adakan atas nama seseorang hamba Allah (macamlah hamba Allah itu sekutu bagi Allah).

Namun ramai manusia tidak berterima kasih dikurniakan akal oleh Allah. Mereka sanggup menolak akal dalam beragama untuk menurut membuta-tuli. Kemudian tanpa mampu bawakan bukti yang jelas dan logik, mereka berbangga diri kononnya kaum mereka sahaja Islam dan kaum lain kafir. Bukankah iblis dihukum sesat kerana berbangga diri?

12:39. Manakah yang lebih baik, wahai rakan-rakanku yang sepenjara, banyak pemelihara yang berselisih, atau Allah Yang Satu, Yang Menakluki?

Yusuf bertanya rakan-rakannya, manakah yang lebih baik, beragama mentaati banyak pendapat pemelihara (ulamak/ahli-ahli kitab) yang berselisih atau mentaati sesuatu yang datang dari Allah Yang Satu lagi Menakluki seluruh alam?

Sesuatu yang datang daripada Allah, hakikat kebenarannya hanyalah satu sebab datang daripada Allah Yang Satu. Tidak mungkin jawapannya ada banyak bercanggah antara satu sama lain. Malah tidak mungkin bercanggah dengan fitrah kejadian diri manusia itu sendiri sebab manusia itu dicipta oleh Allah juga.

Sebab itulah kalau ikut Al Quran, Allah tidak pernah menetapkan cara solat itu kena seragam caranya sebab fitrah kejadian manusia itu berbeza-beza. Manusia bersolat untuk dirinya sebagai penghambaan kepada Allah, bukan untuk manusia lain. Nabi Muhammad pun tidak bersolat ikut cara Nabi-nabi terdahulu sebab itulah Al Quran yang baginda sampaikan tidak menetapkan caranya. Manusia yang yakin kepada Allah sahaja akan tahu solat mereka masing-masing.

Al Quran hanya menjelaskan apa matlamat solat dilakukan. Pandai-pandailah manusia itu belajar agar mencapai matlamat solat. Takkan nak belajar dengan Allah pun tidak mampu? Bukankah Allah memperkenankan seruan hamba-hambaNya? Sekadar buat sesuatu cara, tetapi matlamat solat tidak sampai, apa erti cara tersebut biarpun mereka dakwa ikut sunnah Nabi? Sekadar buat dakwaan, semua orang boleh cakap. Tapi nak bawa bukti yang nyata hanya mampu dilakukan oleh orang yang benar.

12:40. Apa yang kamu sembah selain daripada Dia tiadalah melainkan nama-nama yang kamu sendiri menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak menurunkan kuasa mengenai mereka. Putusan hanyalah kepunyaan Allah. Dia memerintahkan bahawa kamu tidak menyembah sesuatu melainkan Dia. Itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Sekarang ini banyak terjadi, umat Islam memutuskan sesuatu atas nama Nabi, imam-imam atau alim ulamak mereka yang Allah tidak menurunkan kuasa mengenai mereka. Mereka tidak berani memutuskan atas nama Allah. Sudahlah Al Quran mereka tolak, hukum alam mereka tolak dan akal mereka sendiri mereka tolak, yang diterimanya hanyalah kata-kata alim ulamak mereka sahaja.

Allah tidak memerintahkan kita menyembah sesuatu selain Dia. Selagi sesuatu kata-kata atas nama manusia tidak mampu dibuktikan daripada Allah, hakikatnya itu belum terbukti benar. Janganlah kerana taksub dengan status manusia terdahulu, terus dipercayai kata-kata atas nama mereka semestinya benar. Namun, ramai manusia tidak mengetahui hakikat ini gara-gara tidak belajar kenal diri seperti yang dilalui oleh para Rasul.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sun Aug 23, 2009 7:29 pm

12:41. Wahai rakan-rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan menuangkan minuman arak untuk pemeliharanya (tuannya); bagi yang lagi satu, dia akan disalib, dan burung memakan sebahagian kepalanya. Perkara telah diputuskan yang kamu meminta keputusan kepadaku."

Setelah menyampaikan dakwah kepada dua orang rakan-rakannya itu, barulah Yusuf memberitahu maksud mimpi yang diceritakan. Apa jua hukuman yang bakal diterima oleh salah seorang pemuda itu, Yusuf tidak memandang mereka buruk, tetapi menganggap mereka sebagai rakan.

Ia memberi pengajaran kepada kita supaya hidup dengan memandang semua manusia sama rata. Semua manusia lemah dan perlu belajar. Bukan hak kita nak menghukum mereka kafir atau sesat. Tugas kita adalah sama-sama belajar dan menyampaikan apa jua ilmu yang Allah ajar. Janganlah kerana rasa diri itu sudah Islam kerana lahir dari keturunan yang beragama Islam, terus memandang manusia yang berbangsa lain dengan pandangan yang hina dan membenci. Itu bukan ajaran para Rasul.

12:42. Kemudian dia berkata kepada orang yang dia menyangka bahawa dia akan diselamatkan antara keduanya, "Ingatkanlah (sebutlah) aku kepada pemelihara kamu." Tetapi syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutkannya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.

Kepada salah seorang pemuda yang akan dibebaskan dan akan menjadi penuang arak kepada pembesar Mesir yang pernah memelihara Yusuf dahulu, Yusuf berpesan agar pemuda itu mengingatkan pembesar tersebut berkenaan dirinya. Namun pemuda itu terlupa untuk menceritakan perihal Yusuf kepada pembesar tersebut sehingga Yusuf tetap di penjara untuk beberapa tahun.

Begitulah syaitan selalu menjadikan diri kita lupa dalam sesuatu perkara yang penting. Oleh kerana itu kita kena ada usaha untuk menjadi seorang yang sentiasa beringat kerana manusia mudah lupa. Selalunya kesenangan hidup melalaikan kita daripada mengingati Allah. Maka adalah sepatutnya seseorang manusia itu ada inisiatif sendiri untuk memperkuatkan daya ingatannya agar tidak mudah dilalaikan oleh syaitan.

Dan dijadikan Al Quran sebagai bacaan juga supaya manusia tidak lupa peringatan-peringatan Allah yang telah diturunkan kepada para Rasul terdahulu. Tetapi ramai yang mencuaikan isi kandungan Al Quran sehingga mereka jadikan agama sebagai pecahan untuk berbangga diri dengan puak masing-masing. Jadilah mereka kaum yang sesat akibat penyakit berbangga diri itu.

12:43. Dan raja berkata, "Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar-pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku, jika kamu adalah penghurai-penghurai mimpi."

Setelah cukup waktu dalam perkiraan Allah untuk memperteguhkan jiwa Yusuf yang terpenjara jasadnya, maka Dia datangkan mimpi kepada Raja Mesir sebagai jalan untuk mengeluarkan Yusuf. Begitulah teguhnya rancangan Allah.

Bertanyalah raja tersebut kepada para pembesarnya berkenaan mimpinya itu jika ada pembesar yang tahu menghuraikan mimpi tersebut. Sesungguhnya kebolehan menghurai mimpi atau ayat-ayatNya adalah dalam Kekuasaan Allah. Atas urusanNya, Dia mengajar siapa yang Dia kehendaki. Tetapi sedikit sekali manusia memahami hakikat ini.

12:44. Mereka berkata, "Mimpi yang dicampur baur, dan kami tidak tahu langsung interpretasi mimpi."

Namun para pembesar itu tidak dapat menangkap maksud mimpi itu kerana dilihat bercampur baur. Begitulah, jawatan setinggi mana pun belum tentu menjadi berkebolehan menghuraikan sesuatu petunjuk Allah. Oleh kerana itu, janganlah kita belajar agama hanya melihat status seseorang manusia di mata masyarakat. Belum tentu alim ulamak atau tok guru mampu menghuraikan Al Quran, seperti mana ahli-ahli kitab terdahulu ramai yang tidak memahami pengajaran Kitab-kitab Allah yang terdahulu. Sebaliknya insan seperti Nabi Muhammad yang dilihat seorang yang ummiy itu yang Allah kurniakan kebolehan menghurai ayat-ayat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Terpuji.

12:45. Kemudian berkata orang yang telah diselamatkan, teringat setelah beberapa umat, "Aku sendiri akan memberitahu kamu interpretasinya; maka utuslah aku."

Bila mendengar perihal raja yang ingin mengetahui tafsiran mimpi, barulah pemuda yang dipesan oleh Yusuf itu teringat akan rakannya yang terpenjara itu. Maka pemuda itu meminta agar dia dibawakan kepada Yusuf.

Macam mana hebat tipu-daya syaitan untuk melengahkan waktu Yusuf dibebaskan, tetapi Allah ada perancanganNya sendiri. Ketika Dia tetapkan KehendakNya, tiada siapa boleh melengahkannya lagi. Samalah ketika bencana tsunami dahulu didatangkan, sekuat mana kerajaan manusia itu, tetap akan dihancurkan. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

12:46. "Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus memakan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering; supaya aku kembali kepada manusia, supaya mereka mengetahui."

Mimpi raja itu diceritakan oleh pemuda itu kepada Yusuf agar huraiannya dapat diketahui oleh raja dan para pembesarnya. Begitulah pentingnya seseorang manusia belajar sesuatu bidang agar kepakarannya boleh digunakan untuk membantu dirinya sendiri dan masyarakat. Di sinilah kita nampak apa erti solat yang sebenar iaitu segala aktiviti yang membolehkan kita belajar agar menjadi manusia yang berguna untuk masyarakat.

Tidak pun Nabi Muhammad bawa kisah Yusuf membuat gerakan menyembah yang dinamakan solat, tetapi baginda bawa kisah Nabi Yusuf belajar dengan Allah sehingga mempunyai kepakaran dalam menghuraikan mimpi. Belajar agar memiliki kepakaran itulah solat yang membawa manusia menuju kejayaan, tetapi ramai manusia tidak menyedari.

12:47. Berkata, "Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan.

Kemudian Yusuf pun menghuraikan mimpi raja tersebut. Pedoman dari ayat ini adalah, supaya kita membuat persiapan dan menabung untuk menghadapi saat-saat gawat. Jangan boros dengan rezeki yang kita perolehi sehingga melupakan untuk menabung saat-saat yang memerlukan. Kita tidak dapat menjangkakan apa akan berlaku di masa hadapan.

Ada manusia sanggup bermewah-mewahan dengan rezeki yang melimpah ruah sehingga lupa untuk menabung. Kemudian bila datang kegawatan ekonomi dan terpaksa diberhentikan kerja, barulah mereka terasa kesempitan. Oleh itu contohi pengajaran dari kisah Nabi Yusuf. Begitulah Al Quran menjadi petunjuk kepada orang yang memikirkannya.

12:48. Kemudian sesudah itu, datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu simpan.

Kegawatan ekonomi yang melanda sekarang bolehlah diumpamakan dengan kisah yang terjadi dalam kisah Nabi Yusuf itu. Manusia seharusnya bijak mengawal perbelanjaan agar tidak kesempitan di masa hadapan. Pentingnya belajar mengawal nafsu agar tidak boros berbelanja untuk menunjuk-nunjuk perhiasan dan kemewahan. Semua itu tidak membawa manfaat di akhirat kelak.

12:49. Kemudian sesudah itu, datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah."

Seperti kitaran malam dan siang, begitulah akan berlakunya kitaran dalam ekonomi. Ada kalanya ekonomi subur bagaikan tanah selepas hujan. Begitu juga sebaliknya. Oleh kerana itu, manusia kena sediakan payung sebelum hujan. Merancang untuk masa hadapan. Janganlah berfikiran pendek hanya untuk mengikut telunjuk nafsu. Kelak nanti merana diri.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by slipar on Sun Aug 23, 2009 8:49 pm

tq adli semoga usaha ini mendapat rahmat allah dan kita tidak mendustakan nikmat allah .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sun Aug 23, 2009 9:07 pm

12:50. Raja berkata, "Datangkanlah dia kepadaku." Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia berkata, "Kembalilah kepada pemelihara kamu, dan tanyalah dia, 'Bagaimanakah dengan wanita-wanita yang memotong tangan mereka?' Sesungguhnya Pemeliharaku mengetahui muslihat mereka."

Mendengar huraian Yusuf yang boleh terima akal biarpun dia seorang banduan, tanpa sombong dan berbangga diri raja itu membebaskannya untuk diserahkan kembali kepada pemelihara Yusuf.

Raja berpesan kepada Yusuf agar menanyakan kepada pemeliharanya perihal wanita-wanita yang memotong tangan mereka (kerana terlalu mengkagumi Yusuf) agar mereka dapat dihadapkan ke muka pengadilan atas muslihat yang mereka lakukan.

Demikianlah Allah ingin membersihkan kembali nama baik Yusuf yang telah dicemari oleh tipu muslihat perempuan-perempuan itu. Setiap perbuatan, ada balasannya. Tetapi ramai manusia mencuaikannya.

12:51. Dia berkata, "Apakah urusan kamu, perempuan-perempuan, apabila kamu menggoda Yusuf?" Mereka berkata, "Dijauhkan Allah! Kami tidak mengetahui kejahatan padanya." Isteri al-aziz berkata, "Sekarang yang benar akhirnya menjadi nyata; aku menggodanya; dialah orang yang benar.

Di muka pengadilan, wanita-wanita itu ditanya apa tujuan mereka menggoda Yusuf? Namun mereka tidak mengaku adanya muslihat terhadap Yusuf agar dipenjarakan. Akhirnya isteri Al Aziz yang memelihara Yusuf itu mengaku dia sebenarnya yang menggoda Yusuf.

Perasaan bersalah akhirnya memaksa diri wanita itu mengaku. Begitulah, bila seseorang manusia melakukan kesalahan kepada orang lain, pasti Allah cabut nikmat ketenangan jiwa sehingga lambat-laun manusia itu terpaksa mengaku bersalah. Sesungguhnya hari pembalasan ada di sisi Allah.

12:52. Itu, supaya dia mengetahui bahawa aku tidak mengkhianatinya secara rahsia, dan bahawa Allah tidak memberi petunjuk kepada muslihat pengkhianat-pengkhianat.

Apa yang dilakukan oleh isteri Al Aziz untuk memasukkan Yusuf dalam penjara agar suaminya mengetahui bukan dia yang mengkhianati secara sembunyi.

Walau bagaimana muslihat itu disembunyikan, pasti Allah akan membongkarnya jua. Sama ada tuan punya muslihat itu akan mendedahkannya sendiri atau Allah akan dedahkan dengan jalan yang tidak disangka-sangka. Tetapi tidak ramai manusia sedar perancangan Allah.

Bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Ada manusia menggunakan statusnya untuk menyembunyikan kebenaran ayat-ayat Allah, tetapi bila tiba waktu Allah ingin dedahkan, tiada manusia mampu menghalanginya. Kebenaran pasti akan terserlah dan bersinar jua biarpun cuba disembunyikan oleh orang yang berpenyakit hati.

12:53. Dan aku tidak mengatakan bahawa jiwaku tidak bersalah; sesungguhnya jiwa menyuruh pada kejahatan, kecuali sebanyak apa yang Pemeliharaku mengasihani; sesungguhnya Pemeliharaku Pengampun, Pengasih."

Dan isteri Al Aziz itu mengaku yang semua itu datang dari niatnya sendiri untuk berbuat jahat terhadap Yusuf, kecuali setakat mana yang Allah izinkan.

Setiap perbuatan dibalasi berdasarkan niat. Niat baik, maka Allah izinkan perbuatan itu dilakukan sehingga kebaikan itu datang kembali kepada jiwa itu. Begitu juga jika niat buruk, perbuatan buruk itu Allah izinkan ia terjadi mengikut perkiraan Allah sehingga kesan buruk itu akan kembali kepada tuan empunya niat. Tiada perbuatan manusia yang tidak dinilai oleh Allah biarpun sebesar zarah.

12:54. Raja berkata, "Datangkanlah dia kepadaku. Aku akan mendekatkannya dengan diriku." Kemudian, apabila dia telah berkata-kata dengannya, dia berkata, "Pada hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan kami."

Setelah nama Yusuf dibersihkan kembali, Raja memerintahkan Yusuf datang ke istananya. Yusuf telah dilantik dalam kerajaan dan menjadi orang kepercayaan kerajaan Mesir pada waktu itu. Begitulah Allah lembutkan hati raja yang tidak memandang status Yusuf. Kepakaran Yusuf dilihat berguna untuk kerajaan dan masyarakat Mesir.

Di sini Al Quran mengajar kita agar jadi manusia yang memiliki kepakaran agar menjadi modal insan untuk negara. Sebab itulah kita kena renung balik sejauh mana ajaran agama kita berfungsi melahirkan insan yang pakar atau sekadar melahirkan manusia yang pemalas tetapi berbangga diri kononnya Islam dan orang lain kafir.

Al Quran banyak mendedahkan perangai ramai orang Islam sekarang yang jauh dari sifat-sifat mulia para Nabi yang memiliki kepakaran yang berguna untuk masyarakat. Kalau kita renungkan tanpa perasaan bias terhadap mana-mana bangsa, ramai bangsa yang bukan keturunan Islam lebih banyak menyumbangkan kepakaran kepada tamadun manusia sekarang ini. Mereka lebih dilihat mencontohi sifat para Rasul yang ada dalam Al Quran. Tetapi penyakit berbangga diri menyebabkan ramai orang Islam tidak nampak hakikat ini.

12:55. Berkata, "Lantiklah aku kepada perbendaharaan bumi ini; aku adalah penjaga yang alim (berpengetahuan)."

Dengan keyakinan berdasarkan memiliki ilmu yang tinggi, Yusuf menawar diri untuk menjawat jawatan Menteri Kewangan bagi kerajaan Mesir waktu itu.

Begitulah nilai ilmu dan kebijaksanaan dalam memperteguhkan seseorang manusia. Bangsa yang bijak menguasai pelbagai bidang ilmu pun Allah akan perteguhkan berbanding bangsa yang pemalas belajar biarpun mengaku Islam. Di sini kita nampak, setakat mengaku Islam bukan syarat untuk Allah perteguhkan seseorang manusia atau sesuatu bangsa. Semangat suka belajar dan berilmu tinggi itulah yang akan membangunkan sesuatu bangsa agar diperteguhkan. Tetapi sedikit sekali orang Islam sekarang menyedari kepentingan ilmu sejak mereka tidak digalakkan beragama secara kritis berfikir dan mengkaji, tetapi agama hanya disuapkan secara menurut membuta-tuli.

12:56. Maka Kami meneguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia mengkehendaki, dan Kami tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik.

Kedudukan Yusuf diperteguhkan setelah memiliki jawatan yang tinggi dalam kerajaan Mesir. Itulah balasan kepada orang-orang yang berbuat baik hasil memiliki kepakaran yang boleh disumbangkan kepada masyarakat. Itulah sebabnya kita katakan solat itu aktiviti mengasah kepakaran sebab pasti Allah akan bantu kita meneguhkan kedudukan di muka bumi sebab dengan ada ilmu dan kepakaran, kehidupan kita akan dipermudahkan.

Apakah ada disebut Yusuf diperteguhkan kedudukannya kerana buat gerakan ritual menyembah Tuhan? Tiada satu ayat pun memberitahu kisah pasal gerakan ritual yang dilakukan oleh Nabi Yusuf. Tetapi Al Quran menceritakan bagaimana Allah mengajar Yusuf kepakaran menghuraikan mimpi dan kepakaran itu berguna untuk kerajaan Mesir pada waktu itu.

Di zaman IT ini, sudah pasti menuntut manusia belajar kepakaran yang melibatkan IT agar berguna untuk memudahkan kehidupan manusia di zaman ini. Jadi, dengan belajar mempertingkatkan ilmu IT, itulah solat bagi manusia di zaman sekarang kerana ketinggalan dalam bidang IT akan menyukarkan hidup di zaman sekarang.

12:57. Namun begitu, upah akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang percaya, dan bertakwa.

Walaupun memiliki kemewahan di dunia, Yusuf tidak menjadi orang yang berbangga diri kerana tidak mahu merosakkan bekalan untuk akhirat. Manusia yang mendapat balasan di dunia dan kemudian berbangga dengan nikmat itu, maka tiada lagi balasan untuk akhirat. Terhapuslah segala amal-amal mereka setakat di dunia. Tetapi manusia yang merendah diri dengan segala kurniaan yang diberikan ketika di dunia, maka mereka akan mendapat pula balasan yang lebih baik di akhirat.

Itulah erti kehidupan di dunia dan perkaitannya dengan akhirat jika manusia itu mahu mengetahuinya.

Telah jelas, musuh yang merosakkan amalan kita di dunia ini adalah penyakit berbangga diri dalam diri kita sendiri. Bukannya kaum Yahudi dan Nasrani sebagai musuh. Orang yang berbangga diri, mereka dapat kemegahan setakat di dunia sahaja. Tiada lagi balasan di akhirat sebab mereka hakikatnya tidak mengenal siapa Allah. Hanya orang yang kenal Allah sahaja takut untuk berbangga diri.

Dan tanda-tanda manusia itu tidak berbangga diri, dia akan belajar bersama-sama bertukar-tukar fikiran untuk mengenal Allah dan apa erti dia diciptakan sebagai manusia. Tetapi ramai yang berbangga diri sehingga malas belajar kerana beranggapan dengan anutan Islamnya sudah cukup untuk menempah tiket ke syurga. Itu hanya fantasi mereka sahaja.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sun Aug 23, 2009 9:08 pm

slipar wrote:tq adli semoga usaha ini mendapat rahmat allah dan kita tidak mendustakan nikmat allah .

Terima kasih slipar kerana menghargai setitis kurniaan Allah ini... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Admin on Sun Aug 23, 2009 10:49 pm

Saya juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada adli yang tidak jemu-jemu mengkaji dan menghurai ayat-ayat al-quran. Moga usaha adli ini dirahmati Allah. Smile

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Sun Aug 23, 2009 11:01 pm

bayau wrote:Saya juga ingin merakamkan penghargaan terima kasih kepada adli yang tidak jemu-jemu mengkaji dan menghurai ayat-ayat al-quran. Moga usaha adli ini dirahmati Allah. Smile

Sama-sama bayau yang mengizinkan tulisan-tulisan kami di forum EMK yang telus dan terbuka ini. Di kala kami bereksperimen di lain-lain forum yang bunyinya Islamik tetapi takut berhujah secara terbuka, EMK antara forum yang telus. Sama-sama kita belajar.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Mon Aug 24, 2009 12:20 am

12:58. Dan saudara-saudara Yusuf datang, dan mereka masuk kepadanya, dan dia kenal akan mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya.

Seperti yang dijanjikan oleh Allah, suatu hari nanti Yusuf akan membongkar perbuatan abang-abangnya sedang mereka tidak mengingati, maka Allah merencanakan KehendakNya. Atas tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan ketika tiba musim kemarau, saudara-saudara Yusuf itu datang menemui Yusuf sebagai pembesar yang mengawal pembendaharaan negara, tetapi mereka tidak mengenali Yusuf. Yealah, siapa sangka, budak yang dibuang dalam perigi akhirnya menjadi pembesar sebuah negeri? Sebab itu jangan memandang seseorang manusia itu hina lebih-lebih lagi yang berbeza anutan dengan kita sedangkan kita tidak tahu apakah penilaian Allah terhadap manusia itu.

Hiduplah di dunia ini dengan mata hati yang damai dan harmoni. Jangan sekali menanam permusuhan dan kebencian sesama manusia, biarpun ada manusia berbuat muslihat terhadap kita. Setiap perbuatan pasti ada balasannya.

Tetapi mampukah umat Islam hari ini melawan penyakit berbangga dirinya yang suka melabelkan kaum lain sebagai kafir?

12:59. Apabila dia telah menyiapkan bekal mereka dengan bekal mereka, dia berkata, "Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu melihat bahawa aku menepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima-penerima tamu?

Setelah bekalan yang diminta disiapkan, Yusuf berpesan kepada saudara-saudaranya itu agar membawa seorang lagi adik mereka yang dalam jagaan bapa mereka dan tidak ikut serta dalam rombongan tersebut. Yusuf memberi keyakinan kepada mereka bahawa dia berbuat baik terhadap para tamu supaya bapanya (Nabi Yaakob) tidak keberatan untuk melepaskan seorang lain saudaranya untuk ditemui.

Yusuf memperlihatkan keluhuran jiwanya yang tidak membalas dendam kepada abang-abangnya itu. Apa yang ingin dia lakukan hanyalah untuk menyatukan keluarganya kembali disamping memberi pengajaran berguna kepada saudara-saudaranya itu kerana telah menyeksa jiwa ayah mereka sendiri atas tipu muslihat mereka. Apakah mereka telah lupa dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan sehingga tergamak mereka menyeksa jiwa ayahnya sendiri samata-mata kerana melayan perasaan iri hati terhadap Yusuf. Sesungguhnya orang yang berpenyakit hati tidak akan beruntung.

12:60. Tetapi jika kamu tidak mendatangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan bagi kamu denganku, dan tidak juga kamu mendekatiku."

Bagi memastikan mereka akan membawa adik mereka seperti yang diminta oleh Yusuf, bekalan makanan tidak akan diberikan kepada mereka lagi jika tidak datang tanpa memenuhi permintaan Yusuf.

Jika saudara-saudara Yusuf itu seorang yang berfikir, sudah pasti mereka tertanya-tanya siapa Menteri pembendaharaan itu sehingga boleh mengetahui perihal adik-beradiknya. Sedangkan mereka baru pertama kali bertemu.

12:61. Mereka berkata, "Kami akan memujuknya daripada bapa kami; itu kami akan buat."

Mereka berjanji akan memujuk bapa mereka bagi memenuhi permintaan Yusuf. Mereka sedar, ia sudah tentu perkara yang sukar kerana bapa mereka bagaikan sudah hilang kepercayaan kepada mereka sejak peristiwa kehilangan Yusuf.

12:62. Berkata kepada budak-budak suruhannya, "Letakkanlah barang-barang mereka ke dalam pundi-pundi mereka supaya mereka mengenalinya apabila mereka balik kepada keluarga mereka, supaya mereka kembali."

Bagi mengikat hati mereka untuk terus datang kembali ke Mesir untuk dapatkan bekalan, Yusuf memerintahkan pekerjanya memulangkan barang-barang yang dibawa oleh saudara-saudara mereka yang dijadikan pertukaran untuk dapatkan bekalan makanan.

Begitulah Allah mengajar Yusuf ilmu psikologi untuk menambat hati saudara-saudaranya itu dengan kebaikan. Di kala manusia dalam kesusahan, selalunya sesuatu kebaikan lebih dihargai berbanding di waktu manusia dalam kesenangan. Sama seperti kisah para Rasul yang tidak dihargai ketika sesuatu umat itu hidup dalam kesenangan. Namun bila azab telah menimpa, barulah mereka sedar kebenaran kata-kata para Rasul. Mulalah mereka memuja-muja Rasul itu bila Rasul itu telah wafat. Masa Rasul itu hidup, mereka pandang sebelah mata sahaja.

Macam kisah seniman di negara kita. Bila sudah meninggal kawan tu, barulah terasa kehilangan yang besar dan mulalah bermacam-macam anugerah dan pingat diberikan. Sedangkan kawan itu sudah kembali menemui Tuhan dan tidak bernilai sedikit habuk pun anugerah dan gelaran-gelaran tersebut. Nak menghargai seseorang manusia, biarlah semasa hayatnya ada serta contohi kebaikan-kebaikan yang dilakukannya.

Begitulah perangai kebanyakan manusia. Sedikit sekali mereka bersyukur dengan Tuhan mereka.

12:63. Maka, apabila mereka telah kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, "Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami; maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami mendapatkan sukatan itu; sesungguhnya kami akan menjaganya."

Sebaik kembali ke rumah mereka, terus mereka sampaikan pesanan Yusuf itu kepada ayah mereka. Mereka meminta izin agar adik mereka itu dibawa bersama ke Mesir bila hendak dapatkan bekalan makanan lagi.

Allah tunjukkan pengulangan kisah mereka meminta izin untuk bawa Yusuf keluar dahulu agar mereka ingat kembali kisah silam mereka itu dan agar perasaan bersalah mula menular dalam diri mereka. Dahulu mereka anggap pasti peristiwa Yusuf itu boleh dilupakan begitu sahaja. Tetapi Allah tidak pernah lupa apa yang manusia kerjakan.

12:64. Dia berkata, "Dan adakah aku akan mempercayai kamu kepadanya seperti aku mempercayai kamu kepada saudaranya dahulu? Maka Allah adalah penjaga yang paling baik, dan Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."

Bapa mereka mengungkit kembali kisah silam ketika mereka meminta izin untuk bawa Yusuf keluar bermain. Nabi Yaakob memperlihatkan bahawa dia tidak percaya lagi kepada anak-anaknya itu.

Di sebalik permintaan anak-anaknya itu, bapa mereka itu bagaikan dapat menghidu bahawa saat bertemu Yusuf semakin hampir dan mimpi Yusuf pasal akan bulan, bintang bersujud kepadanya akan jadi kenyataan. Semakin bertambah imannya bahawa Allah adalah penjaga yang paling baik, biarpun dia tidak dapat mengecapi saat membesarkan Yusuf di hadapan matanya. Namun, kesabaran itu lebih manis.

12:65. Dan apabila mereka membuka barang-barang mereka, mereka mendapati barang-barang mereka dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata, "Ayah, apakah yang kita menginginkan lagi? Barang-barang kita ini dikembalikan kepada kita, dan kita mendapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan menjaga saudara kita; kita akan mendapat tambahan sukatan seekor unta. Itulah sukatan yang mudah."

Apabila bekalan makanan itu dibuka, alangkah terkejutnya mereka bila melihat barang-barang yang menjadi tukaran telah dipulangkan kembali bersama-sama bekalan makanan itu. Maka mereka jadikan bukti untuk meyakinkan bapa mereka kembali untuk membawa adik mereka nanti.

Melihat kebaikan pembesar Mesir yang mereka tidak kenali siapa gerangannya, mereka yakin yang pembesar itu tidak akan mengapa-apakan adik mereka itu nanti malah mereka akan lagi mudah mendapat makanan. Sedangkan tanpa membawa adik mereka itu pun, pembesar Mesir tersebut sudah mengurniakan mereka kemurahan rezeki, apa lagi jika mereka memenuhi permintaan pembesar tersebut.

12:66. Berkata, "Aku tidak akan mengutusnya bersama kamu sehingga kamu memberi aku satu janji yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan mendatangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi. Apabila mereka telah memberikannya janji mereka, dia berkata, "Allah menjadi Wakil atas apa yang kami mengucapkan."

Akhirnya bapa mereka mengalah tetapi dengan satu syarat iaitu mereka kena berjanji dengan nama Allah bahawa mereka pasti akan membawa pulang adik mereka itu, kecuali hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Dan bapa mereka pun bertawakal terhadap perjanjian itu.

Begitulah, bila sesuatu perjanjian diikat antara sesama manusia, apa yang boleh kita lakukan hanya bertawakal kepada Allah. Tiada daya upaya kita untuk menghalang sesuatu yang terjadi di luar kawalan kita.

12:67. Dan berkata, "Wahai anak-anakku, janganlah masuk dari satu pintu gerbang; masuklah dari pintu-pintu yang berlainan. Namun begitu, aku tidak berguna kepada kamu sedikit pun terhadap Allah; putusan hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya hendaklah semua mempercayakan, orang-orang yang mempercayakan."

Bapa mereka berpesan, supaya mereka tidak memasuki kota Mesir itu melalui pintu gerbang yang sama melainkan melalui pintu-pintu yang lain. Dan sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, dan putusan sebenar hanyalah bagi Allah. Begitulah bapa mereka bertawakal kepada Allah dalam memutuskan sesuatu demi keselamatan anak-anaknya.

Namun ada manusia lebih percayakan kepada seseorang manusia yang dimuliakan berbanding mempercayai Allah. Sehingga kata-kata orang yang dimuliakan itu dipercayai membuta-tuli biarpun bercanggah dengan fitrah dan sunnah (hukum alam).

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Mon Aug 24, 2009 6:45 am

12:68. Dan apabila mereka masuk dari arah yang bapa mereka memerintahkan mereka, ia tidak berguna kepada mereka sedikit pun terhadap Allah; tetapi ia adalah satu hajat di dalam jiwa Yaakub yang dia hendak menunaikan. Sesungguhnya dia mempunyai suatu pengetahuan kerana apa yang Kami telah mengajarnya; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Perintah bapa mereka agar masuk dari arah pintu yang berlainan tidak mempunyai guna sedikit pun terhadap Allah. Ia hanyalah kehendak hati Yaakob agar dipenuhi hajatnya berdasarkan ilmu yang telah Allah ajarkan kepadanya.

Begitu juga dengan perintah yang kita temui dalam Al Quran. Ia tidak berguna bagi Allah. Sama ada kita melakukan atau tidak, Allah tidak perlukan itu semua. Sebaliknya perintah dalam Al Quran itu hanya berguna untuk diri manusia itu sendiri yang ia disampaikan oleh orang yang telah Allah ajar padanya (Rasulullah).

Sama juga dengan huraian Al Quran ini, ia tidak berguna kepada Allah sedikit pun. Sama ada dihuraikan dan dikongsi di forum ini atau pun tidak, Allah tidak rugi apa-apa pun. Ia hanya pesanan sesama manusia setelah Allah mengajarnya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

12:69. Dan apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia mengambil saudaranya kepadanya. Berkata, "Aku saudara kamu; maka janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang mereka buat."

Setelah abang-abang Yusuf itu masuk ke istananya, maka Yusuf terus mengambil saudaranya (adik) daripada mereka. Kemudian dia mendedahkan siapa dirinya yang sebenar kepada adiknya itu agar tidak berdukacita terhadap perbuatan-perbuatan abang-abang mereka selama ini.

12:70. Kemudian, apabila dia menyiapkan untuk mereka persiapan mereka, dia meletakkan gelas minumannya ke dalam pundi saudaranya. Kemudian orang yang menyeru berseru, "Hai kafilah, kamu adalah pencuri-pencuri!"

Seperti yang dijanjikan, maka bekalan makanan disediakan kepada rombongan saudara-saudaranya itu. Kemudian Yusuf merencanakan sesuatu agar adiknya itu tidak dibawa pulang bersama saudara-saudaranya yang lain. Maka diletakkanlah gelas minuman dalam beg adiknya itu.

Dalam perjalanan pulang, rombongan tersebut telah ditahan pengawal (polis) setelah mendapat berita yang ada kecurian barang dari penginapan Yusuf.

12:71. Mereka berkata, sambil mendekati mereka, "Apakah yang kamu hilang?"

Sambil mendekati polis itu, mereka tertanya-tanya apakah benda yang dicuri itu? Sesungguhnya mereka memang tahu mereka tidak mencuri seperti mana mereka tahu yang mereka pernah meninggalkan Yusuf dalam perigi. Kalau mereka berniat nak mencuri, sudah pasti mereka ketakutan bila melihat polis tersebut.

12:72. Mereka berkata, "Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan mendapat beban seekor unta; itu aku jamin."

Polis itu memberitahu yang mereka kehilangan gelap yang berharga kepunyaan kerajaan Mesir. Sebagai reward, sesiapa yang menemui gelas itu akan mendapat bekalan makanan sebanyak beban seekor unta. Itulah jaminan daripada pihak berkuasa itu.

12:73. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu mengetahui bahawa kami tidak datang untuk membuat kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri."

Saudara-saudara Yusuf itu bersumpah yang mereka tidak melakukan kecurian itu. Mereka datang ke Mesir sekadar ingin membeli dan mendapatkan bekalan makanan bagi keluarga mereka. Dan Allah memang mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati mereka.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Mon Aug 24, 2009 9:38 pm

12:74. Mereka berkata, "Apakah balasannya jika kamu adalah pendusta-pendusta?"

Oleh kerana saudara-saudara Yusuf itu bukan rakyat tempatan, maka pengawal-pengawal itu bertanyakan apakah bentuk hukuman jika ada di antara mereka didapati mendustai kecurian itu.

12:75. Mereka berkata, "Balasannya - dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah kami membalas orang-orang yang zalim."

Hukumannya adalah, jika ada di antara mereka yang didapati begnya mengandungi gelas tersebut, maka orang itulah akan ditahan. Itulah persetujuan mereka sebelum mereka diperiksa.

12:76. Maka dia memulakan dengan karung-karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia mengeluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami membuat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh mengambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah menghendaki. Sesiapa yang Kami mengkehendaki, Kami menaikkan darjat; di atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan, ialah Yang mengetahui.

Saudara-saudara Yusuf itu dibawakan bertemu pembesar Mesir (Yusuf) untuk diperiksa kerana kehilangan itu berlaku di rumah Yusuf. Yusuf sengaja memeriksa beg yang dimiliki oleh abang-abangnya sebelum beg adiknya itu agar rencananya tidak disyaki. Kemudian dia mengeluarkan gelas yang hilang itu dari beg saudaranya.

Muslihat itu dilakukan bagi mengizinkan Yusuf menahan adiknya itu (mengambil adiknya itu daripada saudara-saudaranya) dengan alasan yang nyata. Tanpa membuat muslihat itu, sudah pasti Yusuf tidak boleh mengambil adiknya itu daripada dibawa pulang, jika mengikut undang-undang kerajaan Mesir waktu itu.

Begitulah Allah naikkan darjat seseorang manusia, sesiapa yang Dia kehendaki. Dan di atas orang yang berpengetahuan adalah Allah. Tetapi ramai manusia meninggikan orang-orang berpengetahuan itu melebihi Allah sehingga kata-kata orang itu dituruti membuta-tuli.

12:77. Mereka berkata, "Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu." Tetapi Yusuf merahsiakannya di dalam dirinya, dan tidak menampakkannya kepada mereka, dengan berkata, "Kedudukan kamu lebih buruk; Allah sangat mengetahui apa yang kamu menyifatkan."

Apabila didapati gelas milik raja berada dalam beg saudara terdekat Yusuf, maka abang-abang Yusuf itu mengambil kesempatan untuk memburukkan nama Yusuf sedang mereka tidak sedar pembesar yang berada di hadapan mereka itulah adik mereka yang diburukkan itu.

Yusuf menyembunyikan perasaannya terhadap kata-kata celaan abang-abangnya itu supaya rahsia indentitinya tidak terbongkar lagi. Begitulah Allah berikan kesabaran kepada orang yang memiliki kepakaran yang tinggi. Ini kerana untuk belajar sehingga mencapai sesuatu tahap kepakaran, jiwa seseorang manusia itu akan dilatih dengan kesabaran. Berlatih tanpa jemu-jemu itulah kunci kejayaan. Tetapi tidak ramai yang faham hakikat ini.

12:78. Mereka berkata, "Wahai al-aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang-orang yang berbuat baik."

Teringat akan perjanjian mereka ddi hadapan ayah mereka untuk memastikan adik mereka itu dibawa pulang, maka mereka memohon kepada pembesar Mesir (Yusuf) itu agar ditukar salah seorang di antara mereka dengan adik mereka itu. Mereka khuatir kesihatan ayah mereka semakin buruk jika mendengar adik mereka itu terpaksa ditahan kerana mencuri. Sudah pasti ayah mereka akan lebih terseksa mendengar berita tersebut nanti.

12:79. Berkata, "Allah menegah bahawa kami patut mengambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami mendapati barang kami padanya, kerana jika kami berbuat demikian, tentulah kami menjadi orang-orang yang zalim."

Cadangan mereka itu ditolak oleh Yusuf kerana Allah tidak membenarkan orang yang tidak bersalah mengganti orang yang melakukan kesalahan. Yang bersalah tetap perlu dihukum.

Begitulah bila Allah ingin menghukum sesuatu kaum yang layak diazab, tiada seorang Nabi pun boleh menukar atau tawar-menawar hukuman Allah itu. Sama juga bila Allah berkehendakkan sesuatu bilangan waktu solat, tidak logik seorang Nabi pergi tawar-menawar dengan Allah. Allah tidak berkehendakkan pada manusia, tetapi manusialah yang memerlukan Allah. Tetapi berapa ramai yang memikirkan benar atau dusta apa yang diajar oleh nenek moyang mereka?

12:80. Apabila mereka berputus asa daripadanya, mereka berbincang secara sulit, berjauhan. Berkata yang tertua antara mereka, "Tidakkah kamu tahu bagaimana ayah kamu telah mengambil janji daripada kamu dengan Allah, dan sebelum itu kamu mensia-siakan Yusuf? Aku tidak akan meninggalkan bumi ini sehingga ayahku mengizinkan aku, atau Allah menghakimkan untuk memihak kepadaku; Dia yang paling baik daripada para hakim.

Setelah pembesar (Yusuf) itu menetapkan keputusannya, maka abang-abang Yusuf itu berbincangan sesama mereka secara sulit. Abang yang tertua mengingatkan kembali perihal janji mereka dengan Allah ketika ingin datang ke Mesir tempohari. Sudah pasti ayh mereka akan kecewa mendengar berita penahanan anak mereka itu. Oleh kerana itu, abang sulung itu membuat keputusan untuk tidak akan berangkat pulang sehingga Allah datangkan penghakiman kepadanya, sebagai tanda bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku.

12:81. Kembalilah kamu semua kepada bapa kamu, dan katakanlah, 'Ayah, anak kamu telah mencuri; kami tidak menyaksikan kecuali apa yang kami tahu; kami bukanlah penjaga yang ghaib.

Saudara yang tertua itu menyuruh adik-adiknya yang lain pulang dan menyampaikan apa yang berlaku di Mesir. Biarpun mereka sedar, sudah pasti ayah mereka tidak mempercayai mereka lagi.

12:82. Tanyalah bandar raya yang kami berada di dalamnya, dan kafilah yang kami datang bersama di sana; sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar.'"

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan ayah mereka, seperti yang dijangka, ayah mereka tidak mempercayainya. Maka diminta ayah mereka bertanya kepada penduduk di bandar yang mereka pergi itu serta orang-orang yang menyertai rombongan mereka itu bagi membuktikan kebenaran kata-kata mereka.

12:83. Dia berkata, "Tidak! Tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk membuat sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis! Mudah-mudahan Allah mendatangkan mereka kesemuanya kepadaku; sesungguhnya, Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana."

Sekali hati ayah mereka pernah terguris (ketika kehilangan Yusuf), maka apabila terjadi peristiwa di kota Mesir itu sudah pasti ayah mereka tidak mempercayai kata-kata mereka. Demi memujuk kesedihannya, hanya kesabaran yang manis dan doa sahaja dipohon oleh bapa mereka. Moga-moga Allah akan kembalikan kesemua anak-anaknya itu termasuk Yusuf. Begitulah Allah menguji Nabi Yaakob dengan karenah anak-anaknya sendiri. Orang yang telah mempunyai ramai anak pasti mudah memahami perasaan Nabi Yaakob dalam kisah ini.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Tue Aug 25, 2009 6:38 am

12:84. Dan dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Aduhai, dukacitaku untuk Yusuf!" Dan kedua-dua matanya menjadi putih kerana kesedihan yang mencekiknya di dalam dirinya.

Bapa mereka pergi daripada mereka seraya lafazkan dukacitanya untuk Yusuf. Sedangkan pemergian Yusuf tidak mungkin dilupakan, ditambah pula dengan berita seorang anaknya lagi ditahan kerana mencuri. Sedangkan sebagai seorang bapa, dia tahu sejauh mana perangai anaknya itu. Akibat kesedihan yang menjerut jiwanya, kedua-dua matanya menjadi buta.

12:85. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu tidak berhenti-henti mengingati Yusuf sehingga kamu hilang tenaga dan menjadi kurus kering kerana kesedihan, atau termasuk orang-orang yang binasa."

Melihat keadaan kesihatan ayah mereka semakin teruk, mereka cuba menasihati ayah mereka itu agar jangan mengingati Yusuf yang hanya menyebabkannya menjadi lemah dan kurus kering menahan kesedihan.

Tidakkah mereka sedar dan insaf melihat apa yang mereka perbuat pada ayah mereka sendiri? Bukankah itu semua kesan muslihat mereka untuk menyisih Yusuf daripada keluarga mereka? Begitulah syaitan menjadikan mereka memandang baik apa yang mereka kerjakan sehingga mereka tidak memikirkan penderitaan orang lain.

Bukan suatu yang mudah untuk melupakan orang yang disayangi apabila hati telah menyayangi. Tetapi sedikit sekali manusia memahaminya.

12:86. Berkata, "Aku mengadukan penderitaanku, dan kesedihanku kepada Allah; aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu.

Namun sekuat mana penderitaan dan kesedihan yang ditanggung dalam jiwa Yaakob, semua itu ditahan juga dan kepada Allah dia berserah diri dan bersabar kerana itu semua telah diajar oleh Allah apa yang tidak diketahui oleh anak-anaknya itu.

12:87. Wahai anak-anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Janganlah berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum yang tidak percaya (kafir)."

Berkata Yaakob kepada anak-anak mereka itu, "jika benar bersimpati terhadapku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan adiknya itu. Jangan berputus asa daripada kesenangan Allah. Hanya orang kafir sahaja yang berputus asa terhadap Allah."

Begitulah Yaakob mendidik jiwa anak-anaknya agar rasa penyesalan datang kepada mereka dan bertaubat untuk memperbaiki diri. Sesedih mana yang dirasai oleh Yaakob, tetapi tetap memaafkan anak-anaknya itu.

12:88. Maka apabila mereka masuk kepadanya, mereka berkata, "Wahai al-aziz, penderitaan telah menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang-barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas orang-orang yang bersedekah."

Setelah bekalan makanan keluarga mereka mula kehabisan, pergilah mereka menemui pembesar Mesir menyatakan rasa kekesalan mereka dengan penderitaan yang menimpa keluarga mereka. Mereka mengharapkan kebaikan pembesar itu untuk memberikan sedekah kepada mereka kerana mereka sudah tidak memiliki barang-barang berharga lagi.

Begitulah rencana Allah sehingga orang yang berbangga diri pasti akan menerima pembalasan terhadap apa yang mereka kerjakan. Dan tidaklah Allah lakukan itu semua melainkan sebagai cara untuk memberikan kesedaran dan keinsafan agar manusia kembali kepadaNya dengan rasa rendah diri.

12:89. Berkata, "Adakah kamu mengetahui apa yang kamu melakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang-orang yang bodoh?"

Pembesar Mesir itu mula bagi hint kepada persoalan mereka tentang keberadaan Yusuf. Yusuf cuba menanya mereka perihal apa yang mereka lakukan terhadap Yusuf dan saudaranya ketika di rumah dahulu yang secara logiknya kisahnya tidak mungkin akan sampai kepada orang luar dari kalangan mereka.

12:90. Mereka berkata, "Mengapa, adakah kamu benar-benar Yusuf?" Dia berkata, "Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan upah orang-orang yang berbuat baik."

Pertanyaan pembesar itu menyebabkan mereka terpinga-pinga dalam persoalan. Bagaimana rahsia-rahsia berkenaan apa yang mereka lakukan terhadap adik-adik mereka dahulu boleh sampai kepada pengetahuan pembesar itu. Maka, terfikirlah mereka bahawa tidak lain pembesar itu adalah Yusuf.

Yusuf pun mengaku indentitinya dan membawa saudaranya yang ditahan atas tuduhan mencuri itu ke hadapan mereka semua. Apa yang mereka perolehi itu hasil pertolongan Allah. Dan Allah menolong orang-orang yang bertakwa iaitu orang yang berbuat baik dan merendah diri serta orang-orang yang bersabar.

Jadi manusia yang tercari-cari apa erti sebenarnya solat. Solat itulah segala perbuatan yang menjadikan diri seseorang manusia itu bersabar. Tidaklah mencapai erti solat yang bermakna jika sekadar dilakukan untuk cukupkan rukun sedangkan tiada kesabaran di dalam jiwa.

Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan orang yang melakukan kebaikan.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Tue Aug 25, 2009 8:55 pm

12:91. Mereka berkata, "Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih menyukai kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah."

Biarpun di mata saudara-saudaranya itu, dahulu mereka lebih baik daripada Yusuf (akibat termakan perasaan bangga diri mereka sebagai saudara yang tua kepada Yusuf), tetapi sedarlah mereka, di sisi Allah, Yusuf mendapat tempat yang lebih baik daripada mereka. Akhirnya keegoan mereka ditundukkan dan mereka mengaku bersalah di hadapan Yusuf.

Sebab itu dalam hidup ini, bukan kuasa kita nak menilai moral orang lain. Jika kita melihat orang lain ada keburukan, begitu juga dalam diri kita. Orang lain itulah cermin untuk melihat penyakit-penyakit dada kita. Selagi kita melihat seseorang itu dengan pandangan yang buruk, hakikatnya dalam hati kita itulah yang penuh penyakit. Belajarlah melawan penyakit-penyakit hati sehingga kita melihat semua manusia tiada bezanya dan menyayangi sesama manusia kerana asal kita semua daripada keturunan yang sama.

Namun syaitan telah menyesatkan ramai manusia sehingga mereka jadikan perbezaan agama atau bangsa untuk berbangga diri dan berpecah-belah. Tersesatlah mereka dalam perasaan bangga diri mereka itu.

12:92. Berkata, "Tidak ada celaan pada hari ini kepada kamu; Allah mengampuni kamu; Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan.

Yusuf memperlihatkan keluhuran jiwa untuk tidak mendendami apa yang telah dilakukan oleh abang-abang mereka dahulu. Dia memaafkan perbuatan abang-abangnya itu sebagai tanda pengasihan daripada Allah.

Itulah keluhuran jiwa yang ada dalam diri manusia yang mensyukuri nikmat akal yang dikurniakan untuk berbuat baik kepada semua manusia. Manusia yang bersukur, mereka hidup untuk belajar sebagai rasa penghargaan dikurniakan akal. Bayangkan Allah cabut nikmat akal itu seperti yang terjadi kepada orang gila atau orang terencat akal, apakah kita akan sama keadaannya seperti sekarang? Tetapi berapa ramai mereka memikirkan nikmat-nikmat Allah itu?

12:93. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lemparlah ia kepada muka ayahku, dan dia akan memperoleh kembali penglihatannya; kemudian datangkanlah kepadaku keluarga kamu kesemuanya."

Yusuf memberikan bajunya kepada saudara-saudaranya itu agar dibawa kepada ayah mereka yang telah buta akibat kesedihan yang amat sangat merindui Yusuf. Sudah pasti khabar berita gembira berkenaan Yusuf pasti menyerlahkan semangat ayahnya itu untuk pulih kembali. Yusuf menjemput semua keluarganya datang kepadanya bagi penyatuan yang dinanti-nantikan.

12:94. Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, "Sesungguhnya aku mendapati bau Yusuf, melainkan kamu menuduh aku nyanyuk."

Biarpun telah buta, ayah mereka dapat menghidu bau Yusuf ketika rombongan anak-anaknya hampir tiba. Perasaan cinta dan kerinduan yang mendalam menyebabkan bau Yusuf terus segar dalam ingatannya biarpun telah lama terpisah.

12:95. Mereka berkata, "Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu."

Orang-orang yang mendengar kata-kata Yaakob itu menganggap yang diucapkan itu hanyalah khayalan sahaja. Sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang tidak diketahui oleh mereka. Dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki.

Seperti yang dialami oleh Rasulullah. Kaumnya memandang baginda dalam kesesatan yang nyata kerana seruan yang disampaikan berbeza dengan ajaran nenek moyang dan bapa-bapa mereka. Begitulah manusia suka menghukum orang melampau urusan Allah.

12:96. Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan melemparkannya ke mukanya, dia kembali dapat melihat. Berkata, "Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?"

Setelah rombongan anak-anaknya sampai membawa khabar gembira mengenai Yusuf dan melemparkan baju Yusuf ke muka Yaakob, dia dapat melihat semula. Begitulah Allah mengajarnya mengetahui sesuatu yang tidak diajar kepada orang lain.

Sebab itulah dalam hidupnya, jangan cepat bersangka buruk terhadap orang lain. Barangkali mereka lebih banyak mengetahui daripada kita. Jangan memandang manusia hanya pada zahirnya. Tidak semestinya yang luaran bukan seperti alim ulamak, mereka tidak memiliki ilmu Allah yang tinggi. Dan tidak semesti yang macam macam alim ulamak itu bijak. Sebab itu, dengarlah segala ucapan dan pilihlah yang terbaik. Itulah jalan untuk mendapat petunjuk. Dan tidaklah yang mendapat petunjuk itu melainkan manusia yang menggunakan akal.

12:97. Mereka berkata, "Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan-kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah."

Anak-anak Yaakob telah sesal dengan perbuatan mereka sebelum itu terutama apa yang mereka lakukan terhadap Yusuf dan adiknya semata-mata kerana ingin mendapat perhatian ayah mereka. Mereka benar-benar insaf atas perbuatan mereka itu. Barulah mereka sedar hakikat kehidupan di dunia setelah lama syaitan melalaikan mereka.

12:98. Berkata, "Sungguh, aku akan meminta Pemeliharaku untuk mengampuni kamu; sesungguhnya Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih."

Sebagai seorang bapa yang penyayang, pasti Yaakob akan berdoa akan Allah mengampuni anak-anaknya itu. Begitulah bersihnya jiwa Yaakob sebagai seorang yang sabar dalam menjalani ujian Allah.

12:99. Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia mengambil ibu dan bapanya kepadanya, dengan berkata, "Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah mengkehendaki, dalam keadaan aman."

Seperti yang diminta oleh Yusuf, maka keluarganya itu dijemput datang ke Mesir agar keluarganya disatukan kembali. Sebagai anak yang baik, Yusuf terus mendapatkan ibu dan bapa yang tercinta.

12:100. Dan dia menaikkan ibu dan bapanya ke atas arasy (singgahsana); dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, "Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.

Ibu dan bapa Yusuf dinaikkan ke tempat yang mulia dan adik-beradiknya yang lain bersujud kepada Yusuf (memberi penghormatan). Nampaklah Yusuf kebenaran mimpi yang pernah ditunjukkan oleh Allah ketika dia masih kecil. Bertambahlah keimanannya kepada Allah yang telah mengurniakan pelbagai macam nikmat yang tidak terhingga. Begitulah balasan Allah kepada orang yang menggunakan nikmat akalnya untuk berbuat kebaikan.

Cuba renungkan, jika Yusuf seorang yang pemalas belajar dan pemalas berfikir, apakah Allah akan perteguhkan Yusuf sehingga berkebolehan menghuraikan mimpi dan diangkat menjadi pembesar di Mesir? Tiada kebijaksaan mampu dicapai dengan kemalasan. Tetapi ramai yang tidak memahaminya.

Yusuf diangkat oleh Allah menjadi pembesar bukan kerana berbalah-balah nak tegakkan hukum Islam, tetapi dia diangkat kerana keluhuran jiwanya dan kepandaian yang Allah ajar padanya.

12:101. Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau telah mengajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih."

Kebolehan menghuraikan hadis adalah datangnya daripada Allah. Di mata masyarakat, tiada siapa menyangka Yusuf ada kepandaian sedemikian. Tetapi Yusuf mendapat kurniaan itu kerana dia mahu belajar.

Jika manusia itu malas belajar, maka Allah tidak akan mengajarnya. Samalah seperti menghuraikan Al Quran. Jika manusia itu takut dan buat seribu macam alasan, maka apakah Allah akan ajar manusia itu menghuraikan Al Quran? Bak kata pepatah, hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Allah Maha Melihat apa yang tersembunyi dalam hati manusia. Jika hati itu sudah tertutup rapat, apakah ada cahaya akan memasukinya?

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 12: Yusuf

Post by Adli on Tue Aug 25, 2009 10:40 pm

12:102. Itu adalah daripada berita-berita ghaib yang Kami mewahyukan kamu, dan kamu tidak berada dengan mereka ketika mereka bersetuju dalam urusan mereka, dengan membuat tipu daya.

Kebolehan Rasulullah memahami berita-berita ghaib itu semua kerana Allah yang mengajar baginda. Biarpun kisah Nabi Yusuf itu telah berlalu dengan jarak tahun yang begitu lama dari zaman Rasulullah, tetapi dapat diketahui oleh baginda. Andaikata Rasulullah seorang yang pemalas berfikir dan belajar, apakah akan sampai berita-berita ghaib itu?

Tetapi ada di kalangan ahli-ahli kitab yang iri hati dan berhasad dengki terhadap baginda, tidak dapat menerima kebenaran yang baginda sampaikan, biarpun mereka tidak dapat membuktikan di mana salahnya seruan Rasulullah itu. Mereka hanya mampu menghukum kata-kata Rasulullah itu tidak betul, tetapi apa yang tidak betul daripada kata-kata Rasul itu, tidak pula mereka manusia lain.

12:103. Walaupun kamu sangat menginginkan, tetapi kebanyakan manusia tidak mukmin (mempercayai).

Walaupun Rasulullah sangat berharap agar manusia dapat menerima kebenaran yang baginda sampai, tetapi ramai yang tidak beriman kepada seruan baginda. Ini kerana Rasulullah bukannya lepasan ajaran ahli-ahli kitab dan tidak mempunyai apa-apa status di mata masyarakat melainkan baginda hanyalah orang kebanyakan.

12:104. Kamu tidak meminta upah untuknya; ia tidak lain hanyalah peringatan bagi semua alam.

Dan Rasulullah sampaikan seruannya itu hanya "free of charge". Dilakukan semua itu hanyalah peringatan untuk seluruh alam. Namun, peringatan sebegitu yang tidak memburuk-burukkan mana-mana individu, menyebabkan manusia yang dalam hatinya ada penyakit rasa kepanasan.

Begitulah Allah melihat apa yang nyata dan yang tersembunyi. Manusia itu boleh bermuslihat sesama manusia, tetapi apakah Allah tidak ada bersama mereka ketika mereka merancang untuk menipu-daya?

12:105. Berapa banyaknya ayat yang ada di langit dan di bumi yang mereka melalui, dengan berpaling daripadanya

Ayat-ayat Allah ada di alam semesta ini. Ia bukan setakat yang tercatat di Kitab-kitab Allah yang pernah disampaikan oleh para Rasul terdahulu, malah banyak lagi ayat-ayat Allah yang belum diterokai lagi.

Namun, akibat beragama secara menurut membuta-tuli, mereka berpaling daripada mengkaji ayat-ayat Allah sehingga agama menjadi sempit. Bukankah ilmu Allah itu luas? Kenapa mereka tidak menerokanya lagi?

12:106. Dan kebanyakan mereka tidak mempercayai Allah, melainkan mereka menyekutukan-Nya.

Sudahlah mereka tidak percaya kepada Allah sehingga berbangga diri seolah-olah diri sudah tahu dan tidak perlu belajar dan berfikir lagi, kemudian mereka menyekutukan Allah dengan menerima hanya golongan tertentu sahaja dalam beragama. Selain dari golongan tersebut, mereka kata tidak ASWJ atau semuanya sesat (bukan Islam). Begitulah bila penyakit berbangga diri mula melanda dalam jiwa mereka.

12:107. Adakah mereka berasa aman, bahawa akan datang kepada mereka tiada yang menutupi daripada azab Allah; atau, bahawa Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari?

Apakah mereka rasa aman dengan perasaan bangga diri itu yang mereka tidak akan terkena azab Allah? Kenangilah tragedi tsunami 2004 yang lalu ketika datangnya dengan tiba-tiba sedang manusia waktu itu tidak menyedari. Itulah antara bukti-bukti kebenaran ayat-ayat Allah bagi manusia yang mahu memikirkan.

Namun, Hadis manakah lagi selain Allah dan ayat-ayatNya hendak mereka beriman? Sesungguhnya orang yang berbangga diri itu tidaklah beruntung. Hidup di dunia pun sudah direndahkan kedudukan umat mereka, apa lagi di akhirat kelak jika mereka tidak belajar merendah diri.

12:108. Katakanlah, "Ini jalanku. Aku berseru kepada Allah dengan bukti-bukti yang nyata, aku dan sesiapa yang mengikuti aku. Kepada Allah sanjungan! Dan aku tidak termasuk orang-orang yang menyekutukan."

Jalan hidupku (agama) hanyalah menyeru kepada Allah dengan bukti-bukti yang nyata (logik), bukan guna nama imam-imam terdahulu untuk menguatkan hujah. Hanya Allah sahaja layak disanjung kerana daripada Dia, datangnya segala ilmu. Tugasku hanyalah mengajak manusia belajar dengan Allah kerana Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dan sudah pasti jalan hidup ini bukan untuk orang-orang yang menyekutukan Allah iaitu orang yang beranggapan ada manusia lain berkuasa menghukum amalan orang lain untuk dilabelkan sesat atau kafir.

12:109. Kami tidak mengutus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang Kami mewahyukan mereka daripada penduduk yang tinggal di bandar-bandar raya. Tidakkah mereka mengembara di bumi? Tidakkah mereka melihat bagaimana kesudahannya orang-orang yang sebelum mereka? Sesungguhnya tempat kediaman akhirat adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?

Sebelum Nabi Muhammad, telah diutuskan berapa ramai laki-laki untuk menyampaikan wahyu Allah kepada masyarakat mereka masing-masing. Lihatlah kesan yang terjadi kepada kaum yang mendustai seruan para Rasul mereka? Apakah mereka mendapat kesudahan yang baik di dunia?

Bagi orang yang memahami erti agama yang lurus iaitu untuk melawan penyakit bangga diri, sudah pasti akhirat itulah tempat kediaman yang baik untuk dikejar. Tetapi bagi yang jadikan agama untuk berpecah-belah sesama manusia sehingga hidup berpuak-puak, mereka akan menyempitkan agama seolah-olah mereka sahaja Islam dan memandang bangsa lain sebagai bukan Islam.

Mereka tidak percaya hari akhirat dan berfantasi jika mereka masuk neraka pun hanya untuk seketika cuma atas alasan kerana mereka mengaku Islam. Apakah mereka ingat agama itu cukup sekadar akuan mulut, tanpa perlu melawan penyakit-penyakit hati? Amat jauh daripada apa yang mereka sangkakan itu.

12:110. Sehingga, apabila rasul-rasul berputus asa, dengan berpendapat bahawa mereka telah dianggap pendusta-pendusta; pertolongan Kami datang kepada mereka, dan sesiapa yang Kami mengkehendaki, diselamatkan. Bencana Kami tidak dikembalikan daripada kaum yang berdosa.

Sehingga sampai tahap para Rasul itu berputus asa dalam menyeru kaum mereka kerana kaum itu telah menutup pintu hati mereka dan menganggap para Rasul itu pendusta, maka datanglah pertolongan Allah kepada mereka iaitu bencana yang akan membawa mereka ke muka pengadilan. Dan ketika itu manusia akan sedar bahawa yang menghakimi manusia adalah Allah, seperti mana kesedaran abang-abang Yusuf bahawa adik mereka itulah dilihat lebih baik dari sisi Allah.

Dan apabila Allah sudah tetapkan saat kedatangan azab itu, ia tidak akan berpatah daripada melanda kaum yang berdosa. Atas kesedaran melihat azab itulah seseorang yang Allah ajar ilmuNya tidak jemu-jemu menyampaikan peringatan biarpun masyarakatnya tidak mempercayai. Siapa kita mampu membuka pintu hati orang lain bila dia terus menolak?

12:111. Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda; ia bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.

Jelas sekali, cerita pedoman orang terdahulu yang terkandung dalam Al Quran itu hanya menjadi pelajaran kepada orang yang menggunakan akal. Orang yang pemalas berfikir, mereka akan buat alasan yang tidak boleh kaji Quran guna akal. Betapa besarnya pembohongan mereka sedangkan jelas ayat-ayat Allah menyuruh manusia berfikir.

Kisah-kisah para Rasul itu bukanlah hadis yang diada-adakan atas nama orang-orang terdahulu, sebaliknya ia adalah pengesahan kitab-kitab terdahulu yang pernah mencatatkan kisah serupa serta untuk diperjelaskan lagi sebagai petunjuk dan pengasihan untuk kaum yang mempercayai pengajaran kisah-kisah tersebut.

Samalah dengan huraian Al Quran ini. Ia bertujuan untuk mengesahkan pedoman-pedoman yang ada dalam Al Quran itu logik dan benar serta praktik diamalkan. Ia juga bertujuan untuk dihuraikan dalam bentuk yang mudah difikirkan untuk membersihkan agama daripada ajaran-ajaran yang diada-adakan atas nama riwayat hadis sehingga sesuatu kaum itu jadi lemah gara-gara berbangga diri. Namun huraian ini tidak akan menjadi petunjuk kepada orang yang telah tertutup hatinya akibat penyakit berbangga diri.

Puji-pujian bagi Allah yang mengajar sesiapa yang Dia kehendaki

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum