Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 1 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

Admin

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered users
The newest registered user is mhdi

Our users have posted a total of 57736 messages in 1697 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
21% 21% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
6% 6% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
6% 6% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
2% 2% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3489)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Surah 7: Al-A'raf

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by slipar on Sun Sep 06, 2009 4:05 pm

semua kisah berkisar kepada MENYEMBAH ALLAH . kalau dlm skop yg di fahami sekarang maka cara solat lah .. dari kisah nabi nuh sampai muhammad kitab hanya menbicarakan cara solat yg tak betul tapi tak ada satu cara solat pun yg di kemukakan dalam kitab . yg paling sensitf dalam hal umat islam pun cara solat jugak sampai bergaduh kafir mengkafir tapi bila di ajak membuktikan cara solatkah yg menjadi bala pakat lari pulak .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by slipar on Sun Sep 06, 2009 4:19 pm

[
b]'Dan kamu tidak pernah mengharap agar Al Quran diturunkan kepadamu, tetapi ia diturunkan kerana suatu rahmat yang besar dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu menjadi penolong bagi orang-orang kafir. Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangimu dari menyampaikan ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu, dan serulah mereka kepada jalan Tuhanmu, dan janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Janganlah kamu sembah di samping Allah, tuhan apa pun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.'[/b]

Mengikut ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas yang mana Tuhan menerangkan kepada rasul-rasul-Nya dan orang-orang yang beriman iaitu mereka tidak pernah mengharapkan agar Al Quran diturunkan kepada mereka sebelum ini. Tetapi ia diturunkan kerana suatu rahmat yang besar dari Tuhannya serta Tuhan melarang rasul dan orang-orang yang beriman menjadi penolong bagi orang-orang kafir. Dan supaya orang-orang kafir itu jangan sekali-kali dapat menghalang rasul dan orang-orang yang beriman dari menyampaikan ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepada mereka. Dan Tuhan memerintahkan kepada rasul dan orang-orang yang beriman supaya menyeru mereka ke jalan Tuhan dan melarang kaumnya mempersekutukan Tuhan atau menyembah sesuatu di samping Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu itu pasti akan binasa kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan. Begitulah kata-kata Allah dan peringatan-Nya kepada rasul-rasul dan orang-orang yang beriman.


adli .. ada komen tak hurain dia . ini dari blog kahar

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Sun Sep 06, 2009 6:48 pm

7:90. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang tidak percaya, "Sungguh, jika kamu mengikuti Shuaib, jika demikian, tentulah kamu orang-orang yang rugi."

Pembesar yang tidak beriman itu menakut-nakutkan golongan beriman kononnya jika ikut seruan Syuaib itu akan menyebabkan manusia itu rugi. Tidakkah mereka berfikir, jika ikut ajaran yang menyebabkan bangga diri atas anutan agama itulah yang menyebabkan rugi. Ini kerana iblis yang umurnya panjang sampai hari kebangkitan pun dihukum sesat semata-mata hidup dalam berbangga diri. Betapa besarnya kemurkaan Allah kepada kaum yang berbangga diri itu.

7:91. Lalu gempa bumi mengambil mereka. Pagi, mendapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.

Setelah dinasihati oleh Rasul mereka pun masih tidak sedar-sedar diri, maka Allah pun datangkan azab sedang mereka dalam rumah masing-masing. Rumah mereka yang dibina untuk bermegah-megahan itu tidak mampu menyelamatkan mereka daripada azab Allah.

Melihat bencana tsunami dan gempa bumi yang sering terjadi di sekeliling kita hari ini menyebabkan kita rasa takut kepada Allah yang bila-bila masa boleh mendapatkan azabNya tanpa disangka-sangka. Dengan mudah Allah menyapu bersih bangunan atau rumah yang mereka bina itu. Bila tiba waktunya pada perkiraan Allah sesuatu masyarakat itu tidak boleh diselamatkan lagi daripada penyakit bangga diri, maka tibalah saat azab tersebut.

7:92. Orang-orang yang mendustakan Shuaib, seakan-akan mereka tidak tinggal di dalamnya. Orang-orang yang mendustakan Shuaib, merekalah orang-orang yang rugi.

Ketika tiba azab itu, mereka yang mendustakan Rasul mereka itu merasakan mereka seperti tidak pernah tinggal di dunia kerana selepas diazab, mereka dimasukkan ke neraka. Betapa ruginya orang yang berbangga diri sehingga mereka menolak apa yang benar yang disampaikan oleh Rasul mereka.

Seperti manusia yang mensia-siakan zaman persekolahannya untuk hidup malas belajar, bila gagal SPM, dia rasakan seperti tidak pernah pergi ke sekolah. Tetapi di dunia ini, jika gagal sesuatu perkara, masih ada masa untuk memperbaiki diri. Tetapi jika gagal seluruh kehidupan dunia akibat penyakit bangga diri, ke Jahannam jua manusia itu pergi.

7:93. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan menasihati kamu; bagaimanakah aku boleh berdukacita terhadap kaum yang tidak percaya?"

Syuaib pun diselamatkan daripada azab tersebut dan meninggalkan kaum mereka itu. Tiada dukacita lagi dalam hatinya terhadap apa yang terjadi kepada kaumnya itu sebab dia sudah berusaha menyampaikan kebenaran sedaya mampunya.

Sebab itulah kita sampaikan peringatan Allah ini tanpa jemu-jemu kerana jika terjadi azab bencana, kita tidak akan rasa dukacita kerana nasihat telah pun disampaikan. Namun apabila manusia itu tidak percaya, sesungguhnya telah berapa banyak Rasul terdahulu didustai oleh kaumnya sendiri.

Setelah disampaikan sebanyak mana nasihat yang berulang-ulang (agar manusia itu sentiasa ingat), maka jika hadir bencana seperti tsunami dahulu tidaklah kita rasa terkilan kerana tugas menyampaikan telah pun disempurnakan.

7:94. Kami tidak mengutus Nabi ke mana-mana bandar raya melainkan bahawa Kami mengambil penduduknya dengan kemasyghulan dan kesusahan supaya mereka merendah diri.

Apa yang Allah lakukan dengan mengutuskan seseorang Nabi ke sesuatu tempat yang menyebabkan menyebabkan mereka ditimpa kesusahan supaya mereka belajar merendah diri. Janganlah berbangga diri seolah-olah Allah tiada di atas kita. Hanya orang yang tidak percaya Kekuasaan Allah ada di atas mereka akan kena penyakit bangga diri. Mereka beranggapan mereka layak menetapkan sesuatu mengikut hawa nafsu mereka, sedangkan Ketetapan Allah itulah yang wajib dipatuhi.

7:95. Kemudian Kami menukarkan tempat yang buruk dengan yang baik, sehingga mereka membiak, dan mereka berkata, "Kesusahan dan kesenangan telah menyentuh bapa-bapa kami." Maka Kami mengambil mereka dengan tiba-tiba, tanpa mereka menyedari.

Allah menukar sesuatu tempat yang buruk akibat kerosakan sesuatu kaum yang berbangga diri dan menukarkan menjadi tempat yang baik bila kaum yang berbangga diri itu dihapuskan dan ditinggalkan zuriat manusia yang baik.

Manusia yang baik itu akan menggunakan kurnia-kurniaan Allah sehingga rahmat Allah melimpah-ruah. Mereka berkembang-biak setelah berlalu beberapa generasi. Namun, kesenangan hidup dan kemewahan yang diberi telah melalaikan mereka sehingga mereka mula menokok-tambah ajaran agama untuk disempit-sempitkan kononnya dengan mengikut cara sebegitu dikira "sunnah Nabi" dan golongan yang tidak sepuak dengan mereka dikatakan tidak Islamik.

Apabila Allah bangkit Rasul di kalangan mereka sendiri dan ditimpakan sedikit kesusahan kepada mereka agar mereka merendah diri, maka dengan bongkaknya mereka berkata bahawa bapa-bapa mereka pun pernah diuji dengan kesenangan dan kesusahan.

Tidakkah mereka sedar bahawa tahap bangga diri manusia itu berbeza-beza. Barangkali tahap bangga diri bapa-bapa mereka tidak seteruk mereka, sebab itulah Allah tidak datangkan azab yang keras. Namun generasi yang terkemudian yang lupa diri dengan asal usul sejarah bangsa mereka memiliki penyakit bangga diri yang lebih teruk. Ketika itulah Allah datangkan azab secara tiba-tiba untuk mengambil mereka.

7:96. Namun begitu, sekiranya penduduk bandar-bandar raya percaya dan bertakwa, tentu Kami membukakan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi; tetapi mereka mendustakan, maka Kami mengambil mereka kerana apa yang mereka mengusahakan.

Di sini kita nampak, apabila Allah bangkitkan seseorang Rasul ditengah-tengah sesuatu masyarakat, ada dua perkara yang akan berlaku. Jika masyarakat itu percaya dan bertakwa, maka itu bermakna masyarakat itu akan dibukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi. Masyarakat itu akan hidup aman damai, dimurahkan rezeki, dikurniakan ilmu yang tinggi dan memiliki kepakaran teknologi untuk memudahkan kehidupan mereka.

Namun, jika mereka mendustakan apa yang disampaikan oleh Rasul itu, maka Allah akan mengambil mereka dengan didatangkan azab yang sesuai dengan apa yang mereka usahakan. Contohnya jika bermegah-megah dengan rumah mewah telah menjadikan mereka berbangga diri dan engkar, maka Allah akan datangkan banjir besar atau tanah runtuh untuk memusnahkan apa yang mereka usahakan. Ketika itu baru mereka sedar bahawa perhiasan duniawi yang mereka kejar-kejar sehingga lupa matlamat asal mereka diciptakan menjadi musuh kepada kematian mereka sendiri.

bersambung...


Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Sun Sep 06, 2009 6:59 pm

slipar wrote:semua kisah berkisar kepada MENYEMBAH ALLAH . kalau dlm skop yg di fahami sekarang maka cara solat lah .. dari kisah nabi nuh sampai muhammad kitab hanya menbicarakan cara solat yg tak betul tapi tak ada satu cara solat pun yg di kemukakan dalam kitab . yg paling sensitf dalam hal umat islam pun cara solat jugak sampai bergaduh kafir mengkafir tapi bila di ajak membuktikan cara solatkah yg menjadi bala pakat lari pulak .


Benar tu slipar. Perihal cara solat inilah yang menjadi masyarakat bergaduh dan berpecah-belah. Kononnya solat mereka sahaja ikut cara Nabi dan yang tidak ikut cara Nabi mereka kata tak sah. Bila ada manusia yang tidak melakukan cara solat seperti mereka, maka dikatakan tidak Islam.

Al Quran sudah sebut perihal iblis jadi sesat kerana berbangga dirinya lebih baik daripada Adam tanpa bawakan bukti-bukti yang nyata. Dan Al Quran ada sebut kecelakan bagi orang yang solat iaitu mereka yang lalai, riak dan tidak memberi bantuan. Jadi, cara solat manakah yang betul? Cara solat yang betul adalah dengan cara solat itu manusia itu tidak berbangga diri dan menunjuk-nunjuk serta membantu sesama manusia.

Iblis bukannya disesatkan sebab cara solatnya tidak cukup rukun atau cara solatnya tidak ikut sesuatu ketetapan. Tetapi kerana penyakit bangga diri. Diturunkan bencana kepada sesuatu kaum pun bukan kerana solat mereka tidak sebijik macam Nabi. Semuanya kerana penyakit bangga diri sehingga mereka merasakan tiada Kuasa lagi hebat selain Allah. Sebab itu mereka tak takut nak berbangga diri.

Orang yang takut kepada Allah, pasti dia akan takut nak berbangga diri. Ini kerana azab Allah kepada orang yang berbangga diri itu adalah cepat. Mereka pasti berusaha nak lawan penyakit bangga diri itu biarpun sakit di dalam dada.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Sun Sep 06, 2009 7:20 pm

slipar wrote:[
b]'Dan kamu tidak pernah mengharap agar Al Quran diturunkan kepadamu, tetapi ia diturunkan kerana suatu rahmat yang besar dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu menjadi penolong bagi orang-orang kafir. Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangimu dari menyampaikan ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu, dan serulah mereka kepada jalan Tuhanmu, dan janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan. Janganlah kamu sembah di samping Allah, tuhan apa pun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.'[/b]

Mengikut ayat-ayat Tuhan yang tersebut di atas yang mana Tuhan menerangkan kepada rasul-rasul-Nya dan orang-orang yang beriman iaitu mereka tidak pernah mengharapkan agar Al Quran diturunkan kepada mereka sebelum ini. Tetapi ia diturunkan kerana suatu rahmat yang besar dari Tuhannya serta Tuhan melarang rasul dan orang-orang yang beriman menjadi penolong bagi orang-orang kafir. Dan supaya orang-orang kafir itu jangan sekali-kali dapat menghalang rasul dan orang-orang yang beriman dari menyampaikan ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepada mereka. Dan Tuhan memerintahkan kepada rasul dan orang-orang yang beriman supaya menyeru mereka ke jalan Tuhan dan melarang kaumnya mempersekutukan Tuhan atau menyembah sesuatu di samping Allah. Tidak ada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu itu pasti akan binasa kecuali Allah. Bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan. Begitulah kata-kata Allah dan peringatan-Nya kepada rasul-rasul dan orang-orang yang beriman.


adli .. ada komen tak hurain dia . ini dari blog kahar


Kahar mana ni slipar?

Apa yang saya lihat huraian selari dengan Al Quran yang dibawa. Memang kita tidak pernah terjangka akan turunnya sesuatu ayat-ayat Allah. Namun bila Allah ingin datangkan petunjuk kepada manusia agar beringat, pasti ketentuan Allah itu terlaksana.

Seperti bencana tsunami dahulu. Ada sesiapa berharap keadaan itu berlaku? Tetapi apabila Allah berkehendakkan ia terjadi, pasti akan terjadi. Dan bila bala itu turun kepada manusia, semuanya terjadi atas usaha manusia itu sendiri.

Dulu pun kita tidak pernah berharap suatu hari nanti kita akan menghuraikan ayat-ayat Al Quran. Malah tidak pernah berfikir pun akan menulis pasal pengajaran Al Quran kerana tidak pernah menuntut di mana-mana institusi agama. Namun seperti mana Rasulullah yang tidak pernah menuntut dengan ahli-ahli kitab secara formal tetapi Allah datangkan Al Quran kepada baginda, seperti itulah Allah berkuasa memberi petunjuk kepada mana-mana manusia yang percaya kepadaNya.

Tetapi orang yang tidak percaya kepada Allah yang mendatangkan sesuatu ayat-ayatNya kepada mana-mana manusia yang Dia kehendaki, maka mereka menolak dan menghalang seruan Rasul-rasul Allah dan golongan beriman itu. Itulah akibatnya bila penyakit bangga diri telah menguasi.

Walhal apa yang diseru oleh Rasul dan golongan beriman itu ke arah hidup yang aman, adil, bersatu-padu, berkasih-sayang dan saling bantu-membantu. Tetapi sebab ada hati manusia yang dengki dan iri hati melihat sesuatu golongan dikurniakan ilmu Allah, maka mereka menghalang dengan bongkaknya.

Ingatlah, kaum terdahulu yang memiliki banyak kemewahan dan kekayaan pun telah hancur akibat penyakit bangga diri itu.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by slipar on Sun Sep 06, 2009 8:25 pm

http://messengerofgodtoday.blogspot.com/ .. kahar rasul melayu

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Sun Sep 06, 2009 9:23 pm

7:97. Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu malam sedang mereka tidur?

Ketika tsunami melanda Banda Acheh, apakah manusia itu tidak melihat kebenaran ayat Al Quran di atas? Selalunya penduduk di sesuatu bandaraya akan berbangga diri dengan kemewahan yang mereka kecapi. Akibat leka dengan kemewahan, peringatan-peringatan Allah selalu dilalaikan. Mereka lebih sibuk membincangkan perihal harta-benda daripada memikirkan peringatan Allah. Keselesaan menurut ajaran nenek moyang yang mereka anggap benar itu telah melupakan mereka dengan Allah sehingga mereka tidak takut untuk menyimpan segala penyakit hati yang akan membawa kehancuran kepada diri mereka sendiri. Pada mereka Allah itu sekadar nama atau kalimah sahaja. Mereka tidak merasai Kekuasaan menetapkan semua hukum.

7:98. Adakah penduduk bandar-bandar raya berasa aman bahawa bencana Kami tidak akan datang kepada mereka pada waktu pagi sedang mereka bermain-main?

Sama ada malam atau siang, bencana Allah tidak mengenal masa. Jika Allah suruh tenteranya itu melaksanakan perintahNya, apakah ada manusia mampu menghalang? Azab Allah hanya boleh ditangguhkan dengan mengajak manusia melawan penyakit bangga diri yang menyebabkan manusia jadi berpecah-belah.

Ramai manusia tidak sedar perkaitan penyakit bangga diri dengan kedatangan bencana alam. Semakin tinggi bangga diri, semakin tinggilah kesan azab Allah itu. Itulah sebabnya kita mengajak manusia merendah diri.

Dan Allah akan datangkan ujian-ujian untuk menilai manusia mana yang terus menyimpan bangga diri dan manusia mana yang belajar melawan penyakit bangga diri masing-masing. Dan Allah adalah sebaik-baik Hakim.

Bila kita nampak perkaitan penyakit bangga diri dengan keruntuhan sesuatu kaum, maka mudah kita nampak bagaimana tipu-daya syaitan berlaku. Syaitan akan memuji-muji sesuatu kaum itu agar mereka semakin bangga diri. Setelah bangga diri mereka tidak boleh dihalang lagi, maka kaum itu pun dimusnahkan dengan bencana. Bergembiralah iblis kerana telah berjaya mematikan manusia itu dalam penyakit bangga diri.

7:99. Adakah mereka berasa aman dengan tipu daya Allah? Tiada yang berasa aman terhadap tipu daya Allah kecuali kaum yang rugi.

Orang yang berbangga diri, mereka merasa seronok untuk berbuat tipu muslihat sesama manusia. Mereka tidak sedar yang muslihat mereka itu dilihat oleh Allah dan Allah lagi hebat muslihatNya.

Untuk menghalang kebenaran dan keadilan diperlihatkan, mereka membuat tipu daya agar jalan Allah itu jadi bengkok. Mereka suka melihat penderitaan orang lain untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tetapi bila Allah sampaikan kesusahan pada mereka, tahu pula mereka menolaknya agar kemudahan sahaja diberikan kepada mereka.

Begitulah penyakit bangga diri menyebabkan hati mereka tidak memahami penderitaan orang lain. Mereka tidak fikir bagaimana nasib kaum mereka yang lemah dan berpecah-belah akibat perbuatan tangan mereka sendiri. Bila kaum mereka dizalimi oleh bangsa lain, mereka hanya tahu lepaskan kutukan dan amarah mereka. Apakah mereka tidak fikir bahawa Allah tidak menzalimi sesuatu kaum melainkan kerana usaha kaum itu sendiri?

7:100. Tidakkah ia satu petunjuk bagi orang-orang yang mewarisi bumi selepas orang-orang yang mendudukinya bahawa, sekiranya Kami mengkehendaki, tentu Kami menimpa mereka kerana kesalahan-kesalahan mereka, dengan menutupi hati mereka supaya mereka tidak mendengar?

Apakah yang berlaku di sekeliling mereka itu sudah cukup sebagai petunjuk daripada Allah jika mereka mahu memikirkan? Tetapi perangai manusia yang berbangga diri, selagi azab Allah itu tidak sampai kepada mereka, selagi itulah mereka tidak mahu bertaubat. Selagi kesusahan tidak sampai kepada mereka, selagi itulah mereka tidak merasai macam mana kesusahan orang lain.

Kerana bangga diri, mereka mahukan yang disukai sahaja. Tetapi pada orang lain, mereka sanggup melihat orang lain itu menderita. Apakah mereka tidak fikir bagaimana jika semua penderitaan itu diberikan kepada mereka?

Ketahuilah, bahawa dosa atau kesalahan-kesalahan yang disebabkan manusia itu berpenyakit bangga diri akan menyebabkan hati mereka tertutup seterusnya tidak mampu mendengar kebenaran lagi. Sebab itulah orang beriman takut untuk berbangga diri kerana nanti jauh daripada petunjuk Allah sehingga tidak mampu membezakan mana baik dan mana yang buruk.

Akibat bangga diri, ajaran nenek moyang mereka yang buruk pun mereka kata itu baik. Betapa gelapnya hati mereka.

7:101. Bandar-bandar raya itu yang Kami menceritakan kepada kamu beritanya; rasul-rasul mereka telah datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, tetapi mereka bukanlah yang hendak mempercayai apa yang mereka telah mendustakan dahulu; demikianlah Allah menutup hati orang-orang yang tidak percaya.

Masyarakat di sesebuah kota yang Allah khabarkan kisahnya kepada Rasulullah telah menerima bukti-bukti yang jelas yang disampaikan oleh para Rasul mereka. Namun sejelas mana bukti tersebut, penyakit bangga diri telah menutupi hati mereka daripada hendak percaya apa yang diperingatkan itu. Seperti biasa, mereka tunggu azab atau bala barulah nak percaya.

Begitulah sukarnya nak lawan penyakit bangga diri akibat anutan agama. Sebab itulah musuh utama manusia adalah penyakit bangga dirinya sendiri. Tetapi sedikit sekali mereka menyedari.

7:102. Kami mendapati tiada perjanjian pada kebanyakan mereka; sesungguhnya Kami mendapati kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

Walhal sebelum seseorang manusia itu diciptakan, mereka telah berjanji untuk tidak berbangga diri seperti iblis. Sebab itu semua manusia lahir dengan rasa rendah diri. Mereka sedar kelemahan mereka masa dilahirkan sebagai bayi.

Namun apabila dewasa, akibat diterap dengan ajaran nenek moyang mereka yang menyebabkan mereka merasa bangga anutan mereka sahaja Islam dan yang selainnya adalah kafir, maka mereka mula berperangai seperti iblis. Ketika itu mereka berbuat kemungkaran tanpa rasa malu kepada Allah lagi.

Mungkin di depan masyarakat, mereka tunjuk baik atau alim. Tetapi bila sesama mereka, habis kutukan, umpat keji dan cacian mereka ucapkan seolah-olah mereka tidak sedar Allah bersama-sama mereka. Begitulah penyakit bangga diri menyebabkan mereka anggap Allah itu seperti main-main.

7:103. Kemudian Kami membangkitkan, sesudah mereka, Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, tetapi mereka menzaliminya; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.

Lihatlah kisah Musa yang membawa ayat-ayat Allah kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya. Biarpun Musa membawa keterangan yang jelas untuk difahami, tetapi mereka tetap membantahnya. Maka perhatikan kesudahan kepada mereka biarpun mereka miliki kekayaan dan istana yang megah. Namun apakah kekayaan dan kemegahan mereka itu menghalang mereka daripada tenggelam oleh air laut seperti bergelimpangannya manusia mati kerana tenggelam oleh ombak tsunami?

Sudah pasti sebelum mati tenggelam itu, mereka anggap mereka tidak akan mati. Sebab itu mereka tidak takut untuk berbangga diri. Namun bila tiba kematian menjemput mereka, barulah mereka sedar betapa lemah dan kerdilnya diri mereka.

7:104. Musa berkata, "Wahai Firaun, aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam,

Seperti biasa, kedatangan seseorang Rasul itu akan membawa dua khabar. Satu, khabar gembira kepada manusia yang mencari kebenaran, dan satu khabar buruk kepada golongan yang berbangga dengan anutan ajaran bapa-bapa mereka. Dan yang pastinya, golongan berbangga itu pasti akan menerima padah yang buruk sebagai kesudahan mereka.

Firaun adalah pemerintah yang zalim yang menganiaya bani Israel di zamannya. Maka Allah datangkan Musa sebagai pemberi peringatan yang jelas.

7:105. Sewajarnya, aku tidak mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Aku datang dengan satu bukti yang jelas kepada kamu daripada Pemelihara kamu; maka utuskanlah bersamaku Bani Israil."

Seseorang Rasul, tidak akan membuat ajarannya sendiri melainkan mengatakan secara benar terhadap Allah. Dan untuk membuktikan kebenarannya, maka apa yang disampaikan itu dijelaskan dengan logik dan perumpamaan-perumpamaan agar sesuatu konsep mudah difahami. Kerana yang menetapkan sesuatu itu menjadi logik adalah Allah, bukannya manusia.

Tetapi oleh kerana logik itu tercapai oleh akal seseorang manusia bila dia memikirkan, ramai manusia yang tidak faham siapa yang menetapkan logik itu membantah dengan keras. Akibatnya keluarlah kata-kata seperti, "Al Quran tidak boleh guna logik". Kalau tak guna logik, nak guna hawa nafsu ke?

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Sun Sep 06, 2009 9:27 pm

slipar wrote:http://messengerofgodtoday.blogspot.com/ .. kahar rasul melayu


Oo..cikgu Kahar tu. Jika benar dia seorang Rasul, pasti ada dua khabar yang dia sampaikan iaitu khabar gembira untuk orang beriman dan ancaman keras bagi orang yang mendustakan kebenaran... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Mon Sep 07, 2009 10:25 pm

7:106. Berkatalah dia, "Jika kamu datang dengan satu ayat, kemukakanlah ia jika kamu berkata benar."

Firaun menyuruh Nabi Musa untuk membuktikan kebenaran yang baginda bawa tentang Allah bagi menunjukkan apa yang baginda miliki datangnya daripada Allah.

7:107. Maka dia melemparkan tongkatnya, dan tiba-tiba ia adalah ular yang nyata.

Maka Musa melemparkan tongkatnya untuk ditukarkan menjadi ular. Ia berlaku mengikut ilmu yang telah Allah ajar kepadanya sebelum bertemu Firaun.

Kisah ini memberi pedoman kepada kita supaya memiliki kepakaran dalam sesuatu bidang ilmu untuk membuktikan kebenaran. Nak buktikan keislaman kita, tidak cukup sekadar mengaku atau mengucap syahadah. Orang yang sebenar-benarnya Islam perlu memiliki ilmu dan gunakan ilmu itu untuk membuktikan kebenaran. Itu yang para Rasul dulu tunjukkan untuk pedoman kita.

7:108. Dan dia mengeluarkan tangannya, dan tiba-tiba ia adalah putih bagi orang-orang yang melihat.

Kemudian Musa mengeluarkan tangannya dari saku bajunya dan memancarkan cahaya putih kepada manusia yang melihatnya.

Sudah pasti semua ini berlaku ada ilmu disebaliknya, bukannya berlaku secara magik. Namun untuk capai sesuatu ilmu sudah pasti memerlukan manusia itu belajar, dan berlatih dengan sabar. Bukannya duduk goyang kaki, kepakaran itu semuanya Allah bagi. Allah bukannya kuli kita. Sebagai hamba, kita perlulah memperhambakan (merendah) diri agar layak menerima ilmu Allah itu.

Sebab itulah, agama Islam yang sebenar adalah agama yang mendidik kita ke arah rajin belajar dan rajin berlatih untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Pengajaran inilah yang dipraktikkan oleh orang Barat sekarang sehingga mereka lebih terkehadapan dalam pelbagai bidang ilmu.

Malangnya orang Islam sekarang jadikan Al Quran untuk ditarannum atau ditilawahkan, maka mereka tidak dapat apa-apa pedoman dari kisah para Rasul terdahulu melainkan rasa bangga dan megah atas nama Islam. Sesatlah orang yang berbangga diri itu seperti mana Allah menghukum iblis sesat.

7:109. Berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Sesungguhnya ini seorang ahli sihir yang alim (mahir),

Namun seperti biasa, orang yang dalam hati sudah tertutup untuk membantah, maka walau dikemukakan mukjizat depan mata pun mereka kata itu semuanya sihir atau magik. Selalu kita dengar kisah kaum terdahulu meminta-minta mukjizat daripada Rasul mereka untuk membuktikan kerasulannya, tetapi bila mukjizat itu berlaku depan mata mereka sendiri, dengan cepat mereka berkata "inilah sihir yang nyata".

Jadi sebenarnya, kalau orang itu sudah tertutup hatinya, bawalah macam mana mukjizat sekalipun mereka akan membantah juga. Sebaliknya orang yang beriman, dibawakan ayat yang mudah difikirkan, mereka sudah beriman sepenuh jiwa.

Ada manusia tidak kenal siapa itu Rasul. Bagi mereka dengan adanya mukjizat itulah tanda-tanda manusia itu Rasul. Ini kerana gelaran atau jawatan Rasul sebelumnya itu telah ditonjolkan untuk didewa-dewakan sehingga bila Allah angkat seseorang Rasul di kalangan mereka, masyarakat itu tidak nampak yang orang itu adalah Rasul kerana perwatakannya hanyalah biasa sahaja seperti orang kebanyakan. Sedangkan akhlak Rasul itulah yang membezakan dirinya dengan orang kebanyakan pada waktu itu.

7:110. Yang menghendaki untuk mengusir kamu daripada bumi kamu; apakah yang kamu memerintahkan?"

Pembesar-pembesar Firaun mengapi-apikan Firaun bahawa Musa berniat nak mengusirnya daripada kerajaannya itu. Jika Firaun adalah raja yang adil dan bijaksana, dia tidak akan cepat terpengaruh dengan kata-kata pembesarnya melainkan dia akan berfikir semasak-masaknya dahulu. Contohnya seperti Ratu Balqis ketika didatangi surat dari Nabi Sulaiman. Biarpun telah mendengar beberapa pandangan pembesar-pembesarnya, tetapi Ratu itu berfikir semasak-masaknya sebelum mengambil satu keputusan yang terbaik.

Firaun dilihat lebih mendengar kata-kata pembesarnya. Dia bertanya apakah yang patut dilakukan. Kita nampak dari kisah ini, Firaun di zaman Musa adalah pemerintah yang lemah dan tiada pendirian sehingga mengikut cakap orang bawahannya sahaja.

7:111. Mereka berkata, "Tangguhkanlah dia dan saudaranya seketika, dan utuslah ke kota-kota orang-orang yang mengumpulkan,

7:112. Untuk mendatangkan kepada kamu tiap-tiap ahli sihir yang alim."

Para pembesar itu mencadangkan agar Musa dan saudaranya (Harun) dibiarkan seketika untuk ditetapkan satu tarikh perhimpunan orang ramai dari seluruh pelusuk negerinya untuk menyaksikan pertarungan Musa dengan ahli-ahli sihir mereka.

Mereka berharap dapat mengalahkan Musa di hadapan orang ramai agar orang ramai tidak percaya kepada kebenaran Musa.

Begitulah manusia yang tidak kenal Allah, mereka mencari nama dan kemegahan di mata masyarakat. Mereka bukan mencari kebenaran. Perasaan bangga diri dan sombong kepada Allah telah menyebabkan mereka hanya memandang lahiriah sahaja berbanding apa yang tersirat.

7:113. Dan ahli-ahli sihir datang kepada Firaun, dengan berkata, "Kami akan benar-benar mendapat upah, jika kami orang-orang yang menang?"

7:114. Dia berkata, "Ia, dan kamu akan menjadi antara yang berkedudukan dekat."

Bagi ahli-ahli sihir Firaun itu, mereka berjuang kerana mengharapkan upah. Wang ringgit, kedudukan atau pangkat menjadi matlamat hidup mereka. Apakah manusia yang sebegini tujuan hidupnya akan Allah menangkan bila bertemu orang yang bermatlamat menegakkan kebenaran yang hak?

Seperti yang berlaku di zaman Rasulullah, baginda bertemu ahli-ahli kitab yang menjual agama untuk dapatkan upah, kedudukan dan kemegahan nama. Tetapi Allah menangkan baginda ke atas ahli-ahli kitab itu kerana biarpun baginda bukan lulusan formal pengajian Kitab terdahulu, namun baginda berjuang kerana Allah tanpa mengharapkan upah dari manusia.

Dan yang terjadi di zaman sekarang, ada yang perjuangkan Islam untuk dapat kedudukan atau kuasa sehingga jadikan Islam modal politik mereka. Mereka menyempitkan agama untuk berbangga diri sedangkan iblis telah dihukum sesat kerana berbangga diri.

7:115. Mereka berkata, "Wahai Musa, adakah kamu akan melemparkan, atau adakah kami orang-orang yang melemparkan?"

7:116. Dia berkata, "Lemparlah kamu." Dan apabila mereka melempar, mereka menyihir mata-mata manusia, dan menjadikan takut pada mereka, dan mendatangkan sihir yang besar.

Tiba pada hari yang ditetapkan, maka berlakulah pertarungan antara Musa dengan tukang sihir yang mewakili pihak Firaun. Musa menyuruh tukang-tukang sihir itu menunjukkan sihir mereka dahulu.

Maka mereka menyihir mata-mata manusia yang melihatnya sehingga muncul sesuatu yang menakutkan. Hakikatnya apa yang mereka lakukan hanyalah dengan memukau pandangan orang ramai sehingga sesuatu yang tidak wujud diada-adakan.

Perkara ini mudah berlaku kepada manusia yang dalam jiwanya sudah jauh mengenal Allah secara realistik sehingga mudah takut kepada sesuatu yang diada-adakan. Konsepnya sama seperti histeria di mana orang yang terkenanya akan nampak bayangan-bayangan yang menakutkan. Hakikatnya bayangan itu hanya wujud di alam imaginasinya sahaja.

Kalau kita renungkan, banyak sekali kita dengar kisah pelajar-pelajar sekolah Melayu yang kena histeria sedangkan bangsa lain jarang sekali kita dengar. Ini kerana pegangan akidah kita lebih bersifat imaginasi bukannya realiti lagi. Kita sudah tidak beragama pada bukti-bukti yang nyata, sebaliknya banyak unsur-unsur bayangan imaginasi yang melampau yang menyebabkan jiwa jadi lemah dan takut. Ditakut-takutkan buat macam ini tak sah, tak dapat pahala dan pelbagai ajaran yang menyempit-nyempitkan agama. Akibatnya jiwa orang Islam jadi lemah dan takut hendak buat itu dan ini. Lahirlah umat yang lemah dan ketinggalan.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Fri Sep 11, 2009 6:48 am

7:117. Dan Kami mewahyukan Musa, "Lemparlah tongkat kamu." Maka tiba-tiba ia menelan apa yang mereka memalsukan.

Kemudian Allah mengilhamkan Musa akan melemparkan tongkatnya seperti yang pernah ditunjukkan di hadapan Firaun. Maka sihir yang diada-adakan (kepalsuan) oleh ahli-ahli sihir itu telah ditelan dengan mukjizat Musa.

Samalah konsepnya dengan kepalsuan yang diada-adakan oleh ahli-ahli agama yang ingin jadikan agama untuk mereka berbangga diri, maka bila datangkan kata-kata yang benar daripada seseorang Rasul Allah, maka lenyaplah apa yang mereka palsukan selama ini.

7:118. Lalu terjadilah yang benar, dan palsulah apa yang mereka buat.

Mukjizat para Rasul adalah suatu yang benar dan nyata, manakala yang menentang Rasul adalah palsu. Bagaimana suatu yang palsu (tidak wujud) mampu mengalahkan sesuatu yang benar?

Sebab itulah apabila seseorang Rasul membawa ayat-ayat Allah yang benar, maka akan terbongkar kepalsuan yang dilakukan oleh golongan yang mengada-adakan dusta atas nama ajaran bapa-bapa mereka. Pasti Allah akan membongkar tipu-daya mereka sehingga mereka takut hendak berhujah.

Malah mereka tidak berani berhujah menggunakan Al Quran sekali pun sebelum ini mereka memalsukan kebenaran dengan mengatakan apa yang mereka sempit-sempitkan agama itu adalah ajaran Al Quran. Walhal apabila kita periksa semula Al Quran itu, tiada ketetapan seperti yang mereka palsukan selama ini.

7:119. Maka mereka dikalahkan di sana, dan mereka berbalik, menjadi rendah.

Ahli-ahli sihir yang mewakili pihak Firaun telah dikalahkan sehingga mereka berpaling lari dan menjadi rendah kedudukan mereka.

Seperti yang terjadi pada wakil ajaran bapa-bapa (yang mereka kata itulah ajaran Islam), bila Allah telan kepalsuan mereka dengan kebenaran, mereka berpaling lari dan mula mengutuk dan mencaci seperti kaum kafir terdahulu. Tanpa mereka sedari, penyakit bangga diri untuk mempertahankan amalan nenek moyang mereka sendiri telah menjadikan mereka di taraf yang rendah. Hilang kematangan dalam diri mereka.

Sepatutnya mereka menjadi golongan yang mempertahankan kebenaran (ayat-ayat Allah), sebaliknya mereka mula menjadi golongan penentang Al Quran (anti-Quran). Apakah mereka merasa hebat untuk menentang Allah? Lenyaplah apa yang mereka sekutukan selama ini.

7:120. Dan ahli-ahli sihir melemparkan diri, bersujud.

Setelah jelas dalam hati mereka bahawa Musa membawa kebenaran, maka ahli-ahli sihir itu merebahkan diri untuk bersujud. Mereka sedar apa yang mereka buat selama ini adalah palsu semata-mata.

Manusia memang tahu apa yang dirinya lakukan. Mereka sedar yang mereka mendusta atau menipu. Sebab itulah bila datang kebenaran, mereka jadi takut. Mereka boleh tipu manusia lain, tetapi mereka tidak boleh menipu diri mereka sendiri.

Namun sejauh mana manusia itu sanggup tunduk pada kebenaran. Jika rasa bangga diri mereka kuat, biarpun terbongkar pemalsuan mereka, tetap mereka cuba mempertahankan kepalsuan tersebut. Namun kejahatan mereka itu pasti akan berbalik pada diri mereka sendiri. Hidup mereka jadi tidak tenang, resah, gelisah dan berada dalam ketakutan untuk menemui mati.

7:121. Mereka berkata, "Kami percaya kepada Pemelihara semua alam,

7:122. Pemelihara Musa dan Harun."


Ahli-ahli sihir itu menyatakan kepercayaan mereka kepada Tuhan seluruh alam ini setelah nampak bagaimana Allah memelihara Musa dengan kebenaran. Mereka tahu mereka tidak boleh menyembunyikan lagi kepalsuan mereka selama ini.

Begitulah bila keimanan mula masuk dalam jiwa seseorang. Mereka tidak akan kembali kepada kedustaan yang menghayutkan mereka lagi. Sebaliknya mereka menyerahkan jiwa mereka bulat-bulat kepada Allah.

Tetapi manusia yang egonya tinggi, biarpun Allah telah kalahkan pendustaan mereka selama ini, mereka tidak mahu mengaku salah, malah mereka menunjukkan kedengkian dan ingin terus agama Allah menjadi bengkok. Bagi mereka biarlah Islam itu disempit-sempitkan agar boleh memuaskan hawa nafsu mereka untuk menunjuk-nunjuk kononnya mereka itulah Islam dan orang lain bukan Islam. Walhal dengan menunjuk-nunjuk (riak) dan berbangga diri, mereka telah pun melakukan syirik atau kesesatan. Sia-sia sahaja apa yang mereka lakukan selama ini.

Kalau kita fikirkan, apa yang dilakukan oleh orang Barat sekarang adalah seperti Nabi Musa iaitu membawakan teknologi mereka yang nyata untuk menunjukkan kekuatan mereka. Sedangkan apa yang umat Islam sekarang lakukan seperti tukang sihir Firaun. Mereka hanya bersandarkan ajaran palsu bapa-bapa mereka. Segala zikir-zikir mereka tidak mampu menyelamatkan bangsa mereka di Palestin, Iraq, Afghanistan yang dikalahkan dengan teknologi yang nyata.

7:123. Berkatalah Firaun, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu. Sesungguhnya ini satu tipu daya yang kamu memperdayakan di kota supaya kamu mengusir penduduknya daripadanya. Sekarang kamu akan tahu!

Firaun pun marah dengan tindakan para ahli sihir itu yang mempercayai Musa tanpa mendapat keizinan daripadanya dahulu. Sama perangainya dengan pembesar-pembesar agama yang menghalang seseorang manusia untuk mempercayai kebenaran. Mereka gunakan kuasa mereka untuk mewartakan sesat kepada seseorang individu walhal terang-terang Al Quran beritahu yang layak menghukum manusia sesat atau tidak adalah Allah. Penyakit bangga diri telah menyebabkan mereka rasakan diri mereka adalah tuhan.

Firaun mengatakan tindakan para ahli sihir itu hanyalah tipu-daya untuk mengusir penduduk kota itu daripada kepercayaan karut nenek moyang mereka. Padahal Firaun itulah yang melakukan tipu-daya agar kepercayaan karut mereka dipertahankan untuk memastikan dirinya terus kekal berkuasa dengan memperbodoh-bodohkan kaumnya sendiri dengan ajaran palsu.

7:124. Sungguh, aku akan memotong tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu berselang-seli, kemudian aku akan menyalib kamu kesemuanya."

Firaun mengancam ahli-ahli sihir itu untuk menghukum mereka kerana berpaling daripada kepalsuan mereka selama ini. Apa yang Firaun lakukan itu hanyalah untuk menunjukkan egonya di depan orang ramai yang dirinya berkuasa. Ketika itu syaitan meniup api bangga diri agar cepat sikit Firaun itu dijatuhkan bila tindakannya semakin zalim dan hilang kewarasan.

Sunnah alam telah menetapkan, semakin ego dan bongkak manusia itu kepada kebenaran, semakin dekat mereka menuju kehancuran. Lihatlah kisah-kisah kaum sebelum ini yang sombong kepada para Rasul mereka, apakah mereka mendapat tempat yang mulia di sisi Allah?

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Sat Sep 12, 2009 9:54 pm

7:125. Mereka berkata, "Sesungguhnya kepada Pemelihara kami, kami balik.

Ancaman Firaun itu tidak lagi menjadi ketakutan kepada ahli-ahli sihir yang telah mendapat cahaya iman. Tiada rasa ketakutan dalam hati mereka melainkan hanya kepada Allah.

Begitulah jiwa yang telah melihat bukti-bukti yang nyata sehingga beriman, maka tiada ketakutan lagi terhadap ancaman manusia. Mereka hanya takutkan Allah. Biar dikutuk, dikeji, dilabelkan sesat oleh golongan tertentu, itu bukan perkara yang perlu ditakuti kerana hukuman sesat daripada Allah lagi menakutkan sebab kesannya menyebabkan jiwa terbakar dan hidup dalam keresahan.

7:126. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman."

Ahli-ahli sihir itu tahu risiko yang bakal mereka terima (hukuman daripada Firaun). Tetapi itu lebih baik bagi mereka daripada dihukum oleh Allah. Kerana hukuman Allah itu tidak terperi azabnya. Ahli-ahli sihir yang sudah insaf itu lebih rela mati dalam keadaan Islam berbanding mati dalam keadaan kafir. Sedangkan hidup di dunia dalam keadaan kafir pun sudah hilang kebahagiaan, apalagi kalau mati dalam kekafiran.

Firaun bertindak sedemikian hanya kerana dendam terhadap keimanan ahli-ahli sihir itu kepada bukti-bukti yang jelas yang Allah sampaikan melalui Musa. Seperti itulah golongan yang menyekutukan Allah mendendami sesiapa yang menyampaikan ayat-ayat Allah yang mereka rasa bercanggah dengan ajaran bapa-bapa mereka.

7:127. Kemudian berkata pembesar-pembesar kaum Firaun, "Adakah kamu akan meninggalkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerosakan di bumi, dan meninggalkan kamu dan tuhan-tuhan kamu?" Berkata, "Kita akan bunuh anak-anak lelaki mereka, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan mereka; sesungguhnya kitalah yang menakluki mereka!"

Seperti sebelum ini, pembesar-pembesar Firaun menjadi batu api untuk menyemarakkan api kemarahan Firaun kepada Musa sehingga mereka ingin membunuh anak-anak lelaki kaum Musa (bani Israel) dan membiarkan para wanita mereka. Apabila hati manusia itu semakin membusuk, mereka hanya tahu untuk membunuh sahaja semata-mata untuk menjaga kemegahan memiliki kekuasaan. Mereka lihat Musa dan kaumnya itu sebagai perosak di bumi Mesir pada waktu itu.

Begitulah jadinya bila manusia dikuasai penyakit bangga diri. Mereka hanya memandang diri mereka sahaja yang bagus, dan orang lain semuanya hina. Perangai inilah penyebab utama umat Islam sekarang mendapat kehinaan di sisi Allah. Mereka melihat kaum yang tidak ikut ajaran yang disempitkan oleh para ulamak mereka sebagai kafir dan mereka sahajalah yang Islam kerana kononnya mereka ikut Al Quran. Namun bila Allah uji mereka untuk kembali kepada Al Quran, mereka mula menyampaikan seribu satu macam dalih. Apakah mereka ingat Allah akan membiarkan mereka bermain-main dengan akuan iman mereka seperti mana yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu?

7:128. Berkata Musa kepada kaumnya, "Mohonlah pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah; sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, dan Dia mewariskannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki di kalangan hamba-hamba-Nya. Kesudahannya adalah bagi orang-orang yang bertakwa."

Bagi menenangkan kaumnya, Musa menyuruh mereka bermohon kepada Allah dan bersabar. Cukuplah Allah sebagai pemelihara orang-orang beriman. Tidak pula Musa suruh kaumnya mengikut "sunnahnya" atas alasan segala cara kelakuan Musa itulah penentu kepada doa hamba-hambanya diterima Allah, sebaliknya Musa hanya suruh setiap individu itu kembali meletakkan pergantungan harap kepada Allah, bukan pada selainNya.

Sesungguhnya bumi itu kepunyaan Allah dan Dia mewariskan kepada siapa yang dikehendaki. Sebab itulah orang Melayu jangan lupa diri. Biarpun Malaysia ini dikuasai oleh bangsa Melayu, tidak mustahil Allah akan wariskan kepada bangsa-bangsa lain jika kerja orang Melayu hanya tahu mendengki sesama sendiri. Lihatlah Palestin yang suatu ketika dahulu diwarisi oleh bangsa Arab, kini Allah wariskan kepada bangsa Israel yang dibenci oleh orang Islam sekarang kerana nama agama Yahudi mereka. Tetapi apakah kebencian orang Islam sama dengan kebencian Allah?

Jika orang Islam menanam kebencian kepada penganut agama lain, tidakkah mereka sedar yang penganut agama lain pun boleh melakukan perkara yang sama? Dan lihatlah, sejak umat Islam sekarang membenci keturunan Yahudi dan Kristian yang wujud sekarang, apakah Allah menangkan umat Islam terhadap mereka? Allah tidak akan menangkan kaum yang berbangga diri kononnya anutan mereka lebih baik dari bangsa lain. Itulah sunnah yang telah terjadi pada kaum-kaum terdahulu. Namun sedikit sekali manusia mengambil pelajaran.

Takwa adalah lawan kepada bangga diri. Tidaklah manusia itu dikira bertakwa jika mereka tidak takut untuk berbangga diri, berhasad dengki, mengumpat keji dan khianat kerana itu menunjukkan mereka tidak takut berbuat dosa dalam keadaan orang tidak nampak mereka. Mereka tidak sedar, Allah nampak apa yang mereka sembunyikan.

7:129. Mereka berkata, "Kami disakiti sebelum kamu datang kepada kami, dan setelah kamu datang kepada kami." Berkata, "Mudah-mudahan Pemelihara kamu akan memusnahkan musuh kamu, dan Dia menjadikan kamu pengganti-pengganti di bumi, supaya Dia memerhatikan bagaimana kamu akan buat."

Namun kata-kata semangat dari Musa itu tidak cukup meyakinkan kaumnya yang belum betul-betul beriman. Bagi mereka, sebelum dan setelah kedatangan Musa, nasib mereka sama sahaja. Ini kerana mereka tidak nampak tanda-tanda kehancuran musuh mereka (Firaun dan tenteranya) kerana Allah sudah menyediakan perangkap yang tidak terjangka oleh musuh-musuh Allah itu. Bukankah muslihat Allah itu lebih hebat?

Diharapkan bani Israel itu akan menjadi khalifah (penganti) kepada kaum-kaum yang membuat kerosakan pada zaman itu di samping untuk melihat bagaimana pula perangai bani Israel itu bila dikurniakan kuasa di muka bumi.

Macam senario politik negara. Sebelum sesuatu parti itu dapat kuasa memerintah, mereka lihat pemimpin dari parti lawan semuanya tak betul. Kemudian Allah izinkan mereka menang untuk diperhatikan bagaimana mereka memerintah pula. Mengutuk orang lain memerintah memang senang, tetapi sendiri yang melakukannya, barulah tahu langit tinggi dan rendah. Sebab itulah orang yang beriman, mereka tidak melihat kuasa pemerintahan itu untuk direbut-rebut, sebaliknya mereka hanya berlumba-lumba untuk mencari kebahagiaan yang hakiki.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by slipar on Sun Sep 13, 2009 1:27 am

tu lah , apa sangat lah nak di kejar politik tuh , bukan rugipun kalau kita mengalah bahkan bertambah BISA . perabih duit rakyat , hasut rakyat , pecah belah umat dan macam2 lagi yg bertentangan dgn al quran kita ikut . wahai nik dan anwar dan yg sealiran , bubarkan lah jemaah kamu tu , biar jer la kat umno .. tak rugi pun . AMIN

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1760
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Sun Sep 13, 2009 7:08 am

Kalau seseorang itu ikhlas nak nasihat umno, tak payah berebut kuasa pun boleh nasihat. Umno nak dengar atau tidak, itu urusan diorang dengan Allah. Kalau di sisi Allah, Umno tu berbangga diri, suatu hari nanti akan jatuh juga. Kenapa tak serahkan kat Allah dalam urusan pemerintahan itu? Bukankah Allah lagi Bijaksana dalam memerintah? Maka Dia lebih tahu siapa manusia yang layak memerintah dan siapa yang tidak. Yang pergi hasut menghasut rakyat itu apa ke halnya?

Banyak benda lain boleh kita terokai dalam hidup ini daripada membuang masa dengan politik yang memanaskan hati itu. Nanti duk sibuk kutuk-mengutuk dalam berpolitik, balik kepada Allah tak bawa apa-apa bekalan. Masa tu barulah rasa rugi dan menyesal.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Sun Sep 13, 2009 8:14 am

7:130. Kemudian Kami mengambil keluarga Firaun dengan beberapa tahun bekalan yang tidak mencukupi, dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka ingat.

Setelah Firaun menunjukkan penentangan yang nyata terhadap Musa, Allah datangkan peringatan kepada Firaun dan rakyatnya. Berlakulah kemarau yang menyebabkan bekalan makanan dan buah-buahan berkurangan. Semua ini Allah lakukan supaya Firaun dan rakyatnya belajar merendah diri bahawa di atas mereka ada Kekuasaan yang Hebat.

Itulah tanda-tanda Kasih-Sayang Allah kepada manusia. Dia tidak terus datangkan bencana yang memusnahkan sesuatu kaum, melainkan datangkan tanda-tanda amaran dahulu.

Macam Allah datangkan banjir besar di Johor dan tanah-tanah runtuh setiap kali selepas musim tengkujuh (sekitar hujung tahun). Semua itu mengandungi peringatan Allah bagi manusia yang memikirkan. Tetapi bagi golongan lupa diri (hanyut dalam kemegahan), mereka anggap semua itu kebetulan sebab mereka tidak sedar yang Allah lebih dekat daripada urat leher mereka sendiri.

7:131. Maka apabila yang baik datang kepada mereka, mereka berkata, "Ini ialah kerana kami"; tetapi jika keburukan menimpa mereka, mereka meramalkan yang buruk kerana Musa, dan orang-orang yang bersamanya. Ingatlah, bahawa ramalan buruk mereka adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Firaun dan golongannya mula menyalahkan Musa terhadap kedatangan kemarau itu. Tetapi jika mereka dapat sesuatu kebaikan mereka kata itu semua kerana mereka. Itulah tanda-tanda orang yang berbangga diri. Walhal baik-buruk sesuatu perkara datang daripada Allah. Allah balas baik kepada orang yang berbuat baik dan Allah balas buruk untuk memberi peringatan kepada manusia agar belajar merendah diri. Tak ruginya belajar merendah diri sebab Allah akan kurniakan kehidupan yang tenang dan bahagia. Bukankah itu nikmat yang diberikan kepada manusia yang berada di jalan yang lurus?

Macam senario politik kita. Bila sesuatu parti itu kalah teruk, mereka kata itu semua kerana SPR punya kerja (tak adil). Tetapi bila mereka menang di banyak kawasan, mereka kata itu kerana mereka diterima rakyat (rasa bangga diri dengan kelebihan mereka). Masa itu sudah tidak dengar lagi kononnya SPR tidak telus dan sebagainya. Tidak pula mereka fikir, masa mereka kalah teruk dahulu sebab rakyat tak terima mereka. Nak juga mereka api-apikan rakyat kononnya SPR tidak adil.

7:132. Dan mereka berkata, "Apa sahaja ayat yang kamu mendatangkan kepada kami, untuk menyihir kami dengannya, kami tidak akan mukmin (yang mempercayai) kepada kamu."

Firaun dan golongannya tidak akan menerima segala nasihat yang Musa bawakan. Mereka kata semua nasihat itu hanyalah sihir dan dusta. Tetapi tidak pula mereka buktikan di mana sihir dalam ayat-ayat yang Musa bawakan itu.

Macam itulah yang selalu terjadi bila kita berforum dengan golongan yang mempertahankan ajaran bapa-bapa mereka. Mereka kata apa yang kita sampaikan itu tidak betul, tetapi di mana yang tak betulnya dan kenapa ia tidak betul, tidak pula mampu mereka tunjukkan serta bawakan apa yang betul daripada mereka agar dapat kita sama-sama belajar. Perasaan bangga diri mereka hanya nak menghukum orang sahaja.

Seumpama iblis menghukum Adam kurang baik daripadanya hanya kerana berbangga diri dari unsur apa yang dia diciptakan. Dia tak sedar diri yang dia pun diciptakan oleh Allah juga sama macam Adam. Bukannya dia yang mencipta sesuatu pun.

7:133. Maka Kami mengutus kepada mereka banjir, dan belalang juta, dan kutu, dan katak, dan darah - ayat-ayat yang jelas; tetapi mereka menyombongkan diri, dan mereka adalah kaum yang berdosa.

Setelah mereka menunjukkan keegoan mereka untuk membantah dan tidak mahu menerima nasihat Musa, maka Allah utuskan kepada mereka dengan bala seterusnya sebagai peringatan kedua yang lebih jelas. Malangnya, bangga diri dalam hati mereka menambahkan kebongkakan dan kesombongan. Itulah dia kaum yang sebenar-benarnya berdosa.

Sebab itulah kita kena tinggalkan ajaran nenek moyang yang menyempitkan agama sehingga menjadi kaum yang sombong dan bongkak dengan anutannya. Kerana itu bukan ajaran Islam yang sebenar. Itu ajaran iblis yang nyata.

Kalau kita fikir logik pun, takkanlah Nabi Muhammad membuat ajaran baru yang menyempitkan agama untuk memperlihatkan kesombongan kepada kaum Yahudi dan Nasrani. Kalau itulah ajaran Muhammad, apa bezanya baginda dengan kaum Yahudi dan Nasrani yang berbangga diri dengan ajaran bapa-bapa mereka?

Kita nampak, kerana taksub riwayat hadis kononnya nak ikut "sunnah Nabi" itulah punca ajaran Al Quran yang asalnya lapang telah disempit-sempitkan. Mereka jadikan alasan "sunnah Nabi" itu tanda keislaman. Walhal mereka telah jadikan agama untuk bermegah-megahan terhadap kaum lain. Ditonjol-tonjolkan simbol-simbol Islam kononnya mereka itulah Islam. Sesatlah orang yang berbangga diri dan memecah-belahkan agama Allah yang asalnya satu.

Kalau manusia itu berniat untuk menyatukan semua manusia tidak kira bangsa, pasti Allah tunjukkan Islam yang sebenar. Tetapi jika manusia itu hanya mahu bermegah-megahan dengan anutan mereka, ingatlah, Allah tidak menyukai manusia yang berbangga diri.

7:134. Dan apabila kemurkaan jatuh kepada mereka, mereka berkata, "Wahai Musa, mohonkanlah untuk kami kepada Pemelihara kamu dengan apa yang Dia menjanjikan kamu. Jika kamu menghilangkan daripada kami kemurkaan, sungguh, kami akan mempercayai kamu, dan kami akan mengutus bersama kamu Bani Israil."

Setelah kedatangan peringatan Allah itu menyebabkan mereka berputus asa, barulah mereka meminta pertolongan Musa agar bala itu dihentikan. Mereka membuat perjanjian dengan Musa, yang mereka akan percaya kepada ayat-ayat yang Musa bawakan dan membenarkan Musa membebaskan Bani Israil daripada dijadikan hamba-abdi bagi mereka.

Begitulah sikap kebanyakan manusia, bila sudah tersepit barulah hendak merendah diri. Tetapi bila dapat kesenangan balik, mula lupa diri. Itulah kesan buruk bangga diri jika tidak dikekang dengan bersungguh-sungguh. Hanya manusia yang menafkahkan masanya untuk melawan penyakit bangga dirinya itulah yang akan berjaya.

Itulah perjuangan manusia di persinggahan sementara ini (dunia) untuk menguji sejauh mana kita berjuang melawan musuh dalam diri kita sendiri. Kejayaan kita menundukkan ego dalam diri akan membuka mata hati kita untuk berdamai dengan semua manusia tidak kira agama atau bangsa.

Tetapi bagi orang yang berbangga diri, sesama agama pun mereka sibuk berpecah-belah. Biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatan itu sehingga datang peringatan yang jelas dari Tuhan seluruh alam.

7:135. Tetapi apabila Kami menghilangkan daripada mereka kemurkaan hingga satu tempoh yang mereka akan datang kepadanya, tiba-tiba mereka memungkiri ketaatan mereka.

Setelah Allah hilangkan kemurkaan kepada kaum Firaun itu sehingga satu waktu, mereka kembali lalai dan memungkiri janji mereka sendiri. Itulah yang selalu terjadi pada manusia, bila diberikan kesenangan, mereka lupa janji mereka sendiri. Bangga diri menyebabkan mereka kembali kepada hawa nafsu mereka.

Sebab itulah penyakit bangga diri itu bukan boleh dibuat main-main. Ia sentiasa melihat manusia sedangkan manusia tidak melihatnya. Lalai sahaja manusia itu daripada memikirkan tanda-tanda Kekuasaan Allah, pasti bangga diri itu akan menyerang kembali.

Atas kesedaran itulah golongan yang takutkan Allah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melawan penyakit ini dengan menempuhi jalan yang pernah dilalui oleh golongan yang berjaya dahulu iaitu para Nabi dan golongan yang membantunya.

7:136. Maka Kami melepaskan dendam kepada mereka, dan menenggelamkan mereka di dalam laut kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya.

Setelah mereka memungkiri janji mereka sendiri, maka itu menunjukkan mereka adalah kaum yang tidak boleh dinasihati lagi. Sudah diberikan beberapa bala sebelum itu, tetapi masih tidak cukup menjadikan mereka merendah diri, sebaliknya dengan janji mereka sendiri mereka khianati. Maka Allah pun lepaskan dendam kepada mereka dengan menenggelamkan mereka di dalam laut sebagai peringatan untuk manusia akan datang.

Begitulah kemurkaan Allah bila sesuatu kaum mula memungkiri janji. Kerana tidaklah yang suka memungkiri janji itu melainkan manusia itu yang sudah tidak boleh dinasihati lagi.

Seperti sebidang tanah, jika sekadar menumbuhkan pokok-pokok duri, lalang dan tunggul-tunggul, maka didatangkanlah buldozer untuk mengambuskan tanah itu supaya dapat ditanam pokok yang lebih memberikan hasil.

Macam itulah dengan satu kaum. Bila kaum itu kerjanya hanyalah untuk berpecah-belah sesama sendiri dan tidak menghasilkan manfaat kepada alam semesta kerana tiada apa-apa buah fikiran, maka tidak mustahil Allah datangkan bencana untuk menyapu bersih "tumbuh-tumbuhan" yang tidak bermanfaat itu agar digantikan dengan "pokok-pokok" baru yang lebih mendatangkan hasil.

7:137. Dan Kami mewariskan kaum yang dihina, semua yang di timur dan barat bumi yang Kami memberkati; dan sempurnalah pelaksanaan kata Pemelihara kamu yang paling baik kepada Bani Israil, kerana mereka bersabar; dan Kami membinasakan kerja-kerja Firaun dan kaumnya, dan apa yang mereka membangunkan.

Dan Allah memperlihatkan bagaimana Dia menyempurnakan janjiNya. Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Bani Israel yang sebelum itu dihina oleh kaum Firaun diwariskan dengan semua yang ada di timur dan barat bumi yang Allah berkati. Itulah hasil atas kesabaran mereka selama menempuhi ujian Allah.

Dan hari ini, keturunan itu jugalah yang menguasai bumi dengan ilmu, ekonomi dan teknologi. Mereka mudah melobi negara-negara besar untuk mengikut telunjuk mereka. Kita nak salahkan mereka pun tak guna, sebab mereka melakukan mengikut hukum alam iaitu bangsa yang bijak akan dikurniakan kekuasaan. Allah beri kekuasaan kepada sesuatu kaum bukannya kerana akuan "akulah Islamik", tetapi sejauh mana usaha mereka untuk mengikut hukum alam Allah ini (tunjuk ajar Allah).

Sebab itulah kita ajak umat Islam bersabar dengan penindasan yang mereka terima daripada Allah. Sekadar berdemontrasi dan mengutuk bangsa lain itu, bukannya mereka mendapat kesabaran pun. Ada baiknya kita belajar merendah diri dan cari punca kelemahan umat Islam agar dapat diperbaiki. Tak ruginya kita belajar dengan orang-orang Barat yang lebih dahulu belajar meruntuhkan ajaran agama mereka yang membelenggu pemikiran itu.

Lihatlah masjid-masjid yang dibina di Iraq. Apakah mereka dapat menyelamatkan masjid itu daripada dibom? Mana zikir-zikir yang menyeru nama Nabi dan "sunnah Nabi" yang mereka jadikan alasan untuk sempitkan agama dan berbangga diri? Apakah semua itu (yang mereka lakukan kononnya nak dapat banyak pahala) dapat melindungi mereka daripada azab Allah? Seperti itulah Allah binasakan binaan-binaan Firaun dan kaum yang berbangga diri itu.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Sun Sep 13, 2009 9:08 pm

7:138. Dan Kami bawa Bani Israil menyeberangi laut, dan mereka datang kepada satu kaum yang bertekun pada patung-patung yang mereka ada. Berkata, "Wahai Musa, buatkanlah untuk kami satu tuhan seperti tuhan-tuhan yang mereka ada." Berkatalah dia, "Sesungguhnya kamu adalah kaum yang bodoh.

Setelah menyelamatkan kaumnya dan membawa mereka menyeberangi laut, mereka bertemu satu kaum yang sedang tekun pada patung-patung mereka. Kemudian berkata dari kalangan kaumnya itu agar dibuatkan satu tuhan (berbentuk patung) seperti yang mereka lihat itu. Maka Musa membantah mereka kerana apa yang mereka minta itu adalah satu perkara yang bodoh.

Kalau kita fikir logik pun, sekadar bertekun depan patung-patung tu, bukannya manusia itu boleh dapat apa-apa manfaat pun. Sebab Allah tidak menolong manusia yang sekadar berdoa tanpa apa-apa usaha. Adalah lebih baik manusia itu bertekun pada sesuatu bidang yang boleh mengasah kepakaran dan kreativiti sebab manfaatnya lebih besar kepada generasi manusia.

Seperti itu juga kepada manusia yang bertekun sembah batu hitam itu. Apakah manfaat yang mereka dapat? Nak kata mereka mencegah kemungkaran dengan solat seperti itu, golongan mereka itulah yang paling kuat berpecah-belah sesama sendiri kerana hasad dengki yang kuat. Nak kata mereka paling bijak dan menguasai muka bumi, golongan itulah yang paling lemah dan mudah dikalahkan dengan teknologi.

Tetapi mereka masih tak sedar-sedar diri dengan anutan ajaran bapa-bapa mereka. Apa yang disuapkan selama ini, itulah yang mereka turut membuta-tuli.

7:139. Sesungguhnya itu yang mereka di dalamnya akan dibinasakan, dan batallah apa yang mereka buat."

Musa berkata, manusia yang sekadar bertekun di depan patung-patung mereka itu akan dibinasakan sebab mereka telah membuang masa sehingga sedikit demi sedikit kaum mereka ditarik ke arah kebodohan. Bila bodoh, mereka akan membuang masa untuk hidup dengki mendengki sesama sendiri seterusnya berpecah-belah. Sebab itulah mana ada kaum yang membuang masa akan hidup dengan selamat.

Yang Allah lebihkan adalah kepada kaum yang pandai menggunakan masa untuk aktiviti-aktiviti yang menambah ilmu pengetahuan. Bangsa yang rajin belajar, membaca, mengkaji dan bereksperimen itulah yang Allah menangkan ke atas lain-lain kaum.

7:140. Berkata, "Apa, adakah aku akan mencarikan satu tuhan untuk kamu selain daripada Allah, Dia yang melebihkan kamu di atas semua alam?"

Musa bertanya kaumnya, apakah logik jika dia carikan satu tuhan untuk mereka selain Allah kemudian Allah akan lebih mereka di atas semua alam? Di alam semesta ini hanya ada Satu Kuasa yang Kuat, dan yang selainNya adalah lemah. Jika mereka mengambil selain Allah, bukankah mereka sudah bertuhankan kepada sesuatu yang lemah? Bila bertuhankan sesuatu yang lemah, macam mana mereka nak dilebihkan berbanding makhluk-makhluk ciptaan Allah Yang Kuat itu?

Macam itulah bila umat Islam sudah taat pada ajaran yang bukan datang daripada Allah (yang sekarang guna nama-nama imam terdahulu), macam mana Allah nak menangkan mereka berbanding kaum-kaum lain yang taat pada hukum alam yang Allah cipta ini? Umpamanya Allah suruh menggunakan akal agar jadi kaum yang bijak, malangnya umat Islam sekarang yang paling malas berfikir berbanding kaum lain. Jadi, macam mana Allah nak lebihkan mereka?

7:141. Dan apabila Kami menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan membunuh anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.

Bukankah Allah yang telah menyelamatkan bani Israel dari kezaliman Firaun? Jadi kenapa pula selepas mereka terselamat, tiba-tiba mereka nak sembah tuhan lain?

Orang yang buta mata hatinya, mereka tidak sedar pertolongan yang mereka terima ketika mereka kesusahan dahulu adalah daripada Allah. Akibatnya apabila mereka dapat kesenangan dan keselamatan, mereka mula nak berpaling kepada tuhan-tuhan lain yang mereka ada-adakan.

Begitulah sikap manusia yang tidak tahu bersyukur lagi melampaui batas.

7:142. Dan Kami telah menemujanji dengan Musa tiga puluh malam, dan Kami menyempurnakannya dengan sepuluh, maka sempurnalah waktu yang ditetapkan Pemeliharanya, empat puluh malam; dan Musa berkata kepada saudaranya Harun, "Jadilah penggantiku di kalangan kaumku, dan betulkanlah, dan janganlah mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerosakan."

Musa meluangkan masanya untuk bertemu dengan Allah selama empat puluh malam. Pertemuan itu adalah masa bersendirian Musa untuk belajar dengan Allah.

Saudaranya Harun dilantik sebagai penggantinya di kalangan kaumnya itu agar dapat dibetulkan akidah mereka yang masih lemah imannya itu terhadap Allah. Musa tahu ada kemungkinan mereka akan berpaling untuk menyembah tuhan-tuhan selain Allah. Jadi di samping baginda bertemu dengan Allah, ia juga adalah batu ujian sejauh mana keyakinan kaumnya itu terhadap Allah walaupun Allah telah menyelamatkan mereka daripada kezaliman Firaun.

7:143. Dan apabila Musa datang pada waktu yang Kami menetapkan, dan Pemeliharanya berkata-kata dengannya, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, perlihatkanlah kepadaku, supaya aku dapat melihat Engkau." Berkatalah Dia, "Kamu tidak akan melihat Aku; tetapi perhatikanlah gunung itu - jika ia tetap di tempatnya, maka kamu akan melihat Aku." Dan apabila Pemeliharanya menampakkan-Nya kepada gunung, Dia membuatnya hancur menjadi debu, dan Musa jatuh pengsan. Setelah dia terjaga, dia berkata, "Engkau disanjung! Aku bertaubat kepada Engkau; aku yang pertama antara orang-orang mukmin."

Ketika bertemu Allah di satu tempat yang ditetapkan (tempat untuk bersendirian), maka Musa meminta agar Allah memperlihatkan diri agar dapat dilihatnya. Allah berkata yang diriNya akan dapat dilihat jika sebuah gunung itu tetap ditempatnya. Ketika Dia perlihatkan dirinya kepada gunung, maka hancur menjadi debu gunung itu. Bayangkan jika diperlihatkan kepada Musa yang berunsur dari tanah yang lebih kecil daripada gunung, tidakkah akan lagi hancur jasad Musa itu?

Musa pun pengsan melihat kehancuran gunung itu. Sebaik terjaga, dia bertaubat kepada Allah yang disanjung itu. Sebab itulah ditabir makhluk-makhluk di alam semesta ini daripada melihat Allah melainkan mereka semua percaya yang Allah-lah Pemelihara seluruh alam semesta.

Ayat ini menunjukkan bahawa manusia tidak mungkin dapat melihat Allah menggunakan penglihatan kasar. Ini kerana makhluk-makhluk lain pasti akan hancur sebelum manusia melihat Allah. Jadi bila makhluk lain akan hancur, pasti dengan manusia-manusia sekali akan hancur. Bila jasad manusia hancur, maka itu menunjukkan manusia tidak sempat guna mata untuk melihat Allah. Dan setelah jasad hancur, yang tinggal hanyalah jiwa. Maknanya di sini, manusia hanya akan nampak Allah melalui penglihatan jiwanya bukan guna mata kasar.

Jadi nak kenal Allah, gunakanlah mata hati sehingga kita dapat rasakan Allah Melihat apa yang tersembunyi dalam hati kita dan Dia sentiasa mengawasi kita. Namun nak capai perasaan itu, manusia kena banyak belajar, berfikir dan melihat alam sekeliling. Sebab itulah orang yang tidak beragama seperti itu, mereka tidak akan mencapai rasa takut untuk menyimpan penyakit hati biarpun mereka kata mereka Islam. Setakat akuan mulut, semua orang boleh cakap.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Wed Sep 16, 2009 9:19 pm

7:144. Berkata, "Wahai Musa, Aku memilih kamu di atas semua manusia untuk Mesej-Mesej-Ku, dan Perkataan-Ku; ambillah apa yang Aku memberikan kamu, dan jadilah daripada orang-orang yang berterima kasih."

Allah telah memilih Musa di atas semua manusia untuk menerima dan menyampaikan Mesej-mesejNya. Sebab itulah, bukan semua manusia senang-senang dapat risalah Allah melainkan manusia yang sanggup memikulnya.

Sesungguhnya bila datang Perkataan Allah kepada manusia, seharusnya mereka mengambilnya dan menjadi seorang yang bersyukur. Sebab tidaklah Mesej-mesej Allah itu disampaikan, melainkan ada berita gembira kepada orang yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir. Namun ia juga membawa berita buruk kepada orang yang kufur nikmat-nikmat Allah (yang mendustai agama Allah sehingga disempit-sempitkan).

Sebab itulah mereka merasa takut dan kepanasan apabila dibangkitkan utusan-utusanNya sehingga terbakar mereka dalam kedengkian yang nyata.

7:145. Dan Kami menuliskan untuknya pada Papan segala sesuatu teguran, dan satu penjelasan bagi segala sesuatu, "Ambillah ia dengan kekuatan, dan suruhlah kaum kamu mengambil yang paling baik daripadanya. Aku akan memperlihatkan kepada kamu tempat tinggal orang-orang fasiq.

Begitulah Allah sampaikan ayat-ayatNya. Jika di zaman Nabi Musa, Mesej-mesej Allah ditulis pada Papan, kini di zaman teknologi maklumat, Mesej-mesej dicatatkan dipaparan digital dan tersebar ke serata dunia. Tinggal manusia itu hendak beriman atau tidak sahaja.

Maka ambillah ayat-ayat Allah ini dengan semangat yang kuat untuk merealisasikannya dan pilihlah yang paling baik daripadanya agar agama Allah itu tidak dijadikan kesempitan dan paksaan.

Dan manusia akan nampak di mana tempat tinggal orang yang melanggari batas perbezaan benar dan dusta. Mereka tidak akan berani mendengar dan melihat ayat-ayat Allah itu kerana mereka tidak mempercayainya.

7:146. Aku akan memalingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang menyombongkan diri di bumi, dengan tanpa patut; dan jika mereka melihat tiap-tiap ayat, mereka tidak akan mempercayainya, dan jika mereka melihat jalan yang benar, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan, dan jika mereka melihat jalan salah, mereka akan mengambilnya sebagai jalan. Itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami, dan lalai terhadapnya."

Orang-orang fasiq akan dipalingkan daripada ayat-ayat Allah kerana mereka menyombong diri di bumi dengan merasakan diri mereka mulia kerana berketurunan sesuatu anutan agama yang dirasakan mereka sahajalah benar dan keturunan lain adalah hina.

Orang sebegini tidak mempercayai nasihat-nasihat yang disampaikan oleh Rasul-rasul mereka. Bila diajak kepada jalan untuk melawan hasad dengki dengan melapangkan agama, mereka tidak mahu mengikutinya. Sebaliknya jika ada jalan yang menjadikan agama itu sempit untuk mereka bermegah dengan anutan mereka, jalan itulah yang mereka ambil.

Semua itu terjadi kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah, baik yang pernah diturunkan dahulu mahupun yang diturunkan kemudian. Mereka itulah golongan yang lalai terhadap peringatan Tuhan mereka sendiri.

7:147. Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan pertemuan di akhirat, amalan-amalan mereka menjadi sia-sia; tidakkah mereka akan dibalas melainkan apa yang mereka buat?

Orang yang mendustakan ayat-ayat Allah dan adanya hari pertemuan di akhirat, maka amalan-amalan mereka semasa di dunia akan sia-sia. Dan setiap balasan berdasarkan apa yang mereka buat. Oleh kerana mereka berbuat dusta, pasti Allah balas sesuai dengan pendustaan mereka iaitu hidup mereka jadi resah dan takut akibat berpegang sesuatu yang tiada fakta. Malah jantung mereka akan berdegup kencang kerana mendustai kebenaran. Akhirnya mereka akan lenyap seperti lenyapnya amalan-amalan berlandaskan sesuatu yang dusta.

Perumpamaan seseorang yang beramal berdasarkan sesuatu yang dusta hanya seperti orang yang berangan-angan. Mereka hanya terapung di awangan sahaja. Sedangkan orang yang beramal berdasarkan sesuatu yang nyata, maka itulah orang yang realistik dan mendapat balasan yang jelas dan nyata juga. Makin mereka berpegang pada sesuatu yang nyata, semakin jelas kebaikan dan manfaat yang dicapainya iaitu dimudahkan mendapat ilmu Allah dan petunjuk untuk membezakan baik-buruk sesuatu perkara.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Tue Sep 22, 2009 9:28 pm

7:148. Dan kaum Musa mengambil untuk mereka selepasnya, daripada perhiasan-perhiasan mereka, Anak Lembu, yang hanya berjasad dan berbunyi seperti lembu. Tidakkah mereka melihat bahawa ia tidak berkata-kata kepada mereka, dan tidak juga memberi mereka petunjuk pada sebarang jalan? Namun begitu, mereka mengambilnya untuk mereka, dan merekalah orang-orang yang zalim.

Menyembah selain Allah, menyebabkan seseorang manusia tidak tidak mendapat petunjuk kepada sebarang jalan penyelesaian dalam sesuatu masalah kehidupan. Itulah akibatnya bila manusia menyekutukan Allah.

Ini kerana tuhan yang mereka sembah itu sekadar dalam bentuk tuhan yang kaku, lemah dan tidak berupaya. Tidak semestinya tuhan itu dizahirkan dalam bentuk patung untuk dianggap menyekutukan Allah. Jika mereka anggap tuhan yang mereka sembah itu terbatas kuasanya, hakikatnya mereka bukan menyembah Tuhan yang sebenar. Maha Suci Allah dari sebarang kelemahan dan ketidakupayaan.

Manusia yang menyembah Tuhan dengan sebenar-benar sembahan adalah manusia yang mendapat petunjuk. Iaitu orang yang mengetahui baik-buruk sesuatu perkara. Mata hatinya celik untuk membezakan sesuatu perkara.

Sebaliknya orang yang menyekutukan Allah itu adalah manusia yang buta mata hatinya. Mereka beragama secara ikut-ikutan puak yang mereka sukai. Akibatnya sesiapa yang bukan dari kalangan puak mereka, dianggap bukan golongan yang benar.

7:149. Dan apabila mereka memukul tangan-tangan mereka (menyesal), dan melihat bahawa mereka telah sesat, mereka berkata, "Jika Pemelihara kami tidak mengasihani kami, dan tidak mengampuni kami, sungguh, kami menjadi orang-orang yang rugi.

Namun, kezaliman yang manusia itu lakukan (mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lemah), akan menimpa diri manusia itu kembali. Mereka akan hidup dalam kesesatan seperti orang yang memandu kereta tidak tahu membezakan arah kiri atau kanan. Ini kerana tuhan yang mereka sembah itu tidak memberikan apa-apa ilham kepada mereka. Sedangkan yang memberi ilham adalah Allah. Dan Allah memberi ilham kepada manusia yang berfikir sahaja.

Selalunya, manusia bila sudah terhantuk, barulah nak tergadah. Bila merasai kesan perbuatan zalim mereka sendiri, barulah hendak mohon pengasihan Tuhan.

7:150. Dan apabila Musa kembali kepada kaumnya, dalam keadaan marah dan dukacita, dia berkata, "Buruknya yang kamu melakukan untuk menggantikan aku sesudahku; apa, adakah kamu hendak mendahului perintah Pemelihara kamu?" Dan dia melemparkan Papan, dan dia mengambil kepala saudaranya, mengheretnya kepadanya. Berkata "Anak ibuku, sesungguhnya kaum telah menghinaku, dan hampir-hampir membunuhku. Janganlah membuatkan musuh-musuhku berasa puas terhadapku, dan jangan meletakkan aku di kalangan kaum yang zalim."

Musa merasa marah atas perbuatan kaumnya yang mengambil Anak Lembu untuk menggantikan Tuhan. Dilemparinya Papan yang mencatat ajaran Taurat untuk mengambil saudaranya Harun kerana menganggap Harun telah cuai menjalankan amanah agar menjaga kaumnya itu.

Namun Harun mempertahankan diri degan mengatakan bahawa ada segelintir orang dalam kaum mereka itu telah menghina dan hampir-hampir membunuhnya. Mereka adalah orang yang tidak percaya bahawa Harun adalah pembantu Rasul Allah Musa. Macam dia tidak berupaya mencegah mereka menyembah Anak Lembu itu.

Begitulah orang yang berpenyakit hati, mereka akan berusaha mengejek, menghina atau lebih teruk lagi ingin membunuh orang yang mengajak kepada mentauhidkan Allah. Mereka tidak mahu amalan nenek moyang mereka dibuktikan dusta. Betapa takutnya mereka bila datang sesuatu kebenaran.

7:151. Berkata, "Wahai Pemeliharaku, ampunilah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam pengasihan Engkau; Engkau yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan."

Musa reda daripada kemarahannya itu setelah mendengar kata-kata saudaranya itu kerana dia sendiri sudah merasakan tekanan musuh-musuh Allah sejak menegakkan kebenaran dan menyampaikan ayat-ayat Allah terutama di hadapan Firaun. Dia memohon ampun kepada Allah atas ketidakupayaan mereka mencegah kaumnya menyembah sesuatu yang dusta dan diada-adakan.

7:152. Sesungguhnya orang-orang yang mengambil untuk mereka Anak Lembu, kemurkaan akan sampai kepada mereka daripada Pemelihara mereka, dan kehinaan dalam kehidupan dunia ini; begitulah Kami membalas orang-orang yang mengada-adakan.

Untuk golongan yang menyembah sesuatu yang dusta itu, maka kemurkaan daripada Allah akan sampai kepada mereka. Di dunia lagi mereka akan hidup dalam kehinaan sehingga mereka hidup dalam keadaan lemah, berpecah-belah dan bunuh-membunuh sesama sendiri malah tidak sedar-sedar diri dengan kehinaan yang Allah timpakan. Itulah balasan Allah kepada orang-orang yang mengada-adakan dusta.

7:153. Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu, dan percaya, sesungguhnya Pemelihara kamu sesudahnya, Pengampun, Pengasih.

Namun, orang yang mengerjakan kejahatan kemudiannya bertaubat dan percaya kepada Allah dan Hari Akhir, sudah pastilah Allah mengampuninya kerana Sifat Pengasih dan Penyayang. Betapa luasnya rahmat Allah kepada seluruh manusia, tetapi orang yang menjadikan agama Allah itu sempit tidak mempercayainya.

7:154. Dan apabila kemarahan Musa menjadi reda padanya, dia mengambil Papan-Papan; dan dalam prasastinya terdapat petunjuk dan pengasihan bagi semua orang yang berasa gerun kepada Pemelihara mereka.

Musa kemudian mengambil Papan-papan yang di dalamnya terdapat ayat-ayat Allah yang memberi petunjuk dan rahmat kepada semua manusia yang gerun kepada Tuhan mereka tidak kira manusia itu keturunan apa sekali pun.

Seperti mana Al Quran, ia juga mengandungi petunjuk kepada semua manusia. Jadi apakah patut manusia itu sempitkan Islam ikut acuan hawa nafsu mereka sahaja sehingga nampak Islam hanya pada unsur-unsur Arab dan yang tidak Arabnya dilabelkan sekular atau tidak Islam? Tidakkah mereka gerun kepada Allah sehingga berani mengada-adakan dusta yang menyebabkan Islam jadi sempit?

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Thu Oct 15, 2009 10:32 pm

7:155. Dan Musa memilih daripada kaumnya tujuh puluh orang lelaki untuk waktu Kami yang ditetapkan; dan apabila gempa bumi mengambil mereka, dia berkata, "Wahai Pemeliharaku, sekiranya Engkau menghendaki, tentu Engkau memusnahkan mereka sebelum ini, dan aku. Adakah Engkau akan memusnahkan kami kerana apa yang orang-orang bodoh antara kami buat? Ia hanyalah cubaan Engkau, dengannya Engkau menyesatkan siapa yang Engkau mengkehendaki, dan memberi petunjuk siapa yang Engkau mengkehendaki. Engkau Wali (Pelindung) kami; maka ampunilah kami, dan kasihanilah kami, dan Engkau yang terbaik daripada yang mengampunkan.

Kaum bani Israil itu telah ditimpa gempa bumi setelah kebanyakan mereka berpaling kembali menyembah selainNya. Biarpun mata mereka telah melihat bagaimana mereka diselamatkan dari kezaliman Firaun, namun itu semua tidak cukup menjadi bukti untuk mereka mentauhidkan Allah. Mereka hendak juga kembali membuat amalan ritual menyembah itu.

Tidakkah mereka berfikir, yang patut disembah adalah Tuhan yang mendatangkan manfaat atau mudarat? Bukannya pergi sembah sesuatu yang tidak mendatangkan apa-apa kesan pada diri.

Manusia menyembah Tuhannya untuk kebaikan dirinya sendiri. Menyembah Tuhan itu perlu ada kesan yang realistik, bukannya sekadar angan-angan kosong tanpa kesan kerana Tuhan itulah yang mendatangkan kesan.

Bila kita lihat banyak kejadian gempa bumi dan tsunami di keliling kita, teringat kisah kaum-kaum terdahulu yang lalai dan menyembah sesuatu yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri sehingga mereka ditimpa azab yang nyata.

Tidakkah itu cukup membuatkan kita memikirkan apa erti menyembah Tuhan yang sebenarnya? Bukannya buat amalan ritual yang tidak memberi kebaikan baik kepada diri mahu pun ummah.

7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku menimpakan dengannya siapa yang Aku mengkehendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan menuliskannya untuk orang-orang yang bertakwa, dan memberi zakat, dan orang-orang yang benar-benar mempercayai ayat-ayat Kami,

Penentuan menimpakan azab itu adalah kehendak Allah. Orang kafir selalu beranggapan yang mereka akan terlepas daripada azab Allah. Biarpun Allah sudah beri hint atau tanda-tanda azab itu bakal datang (yang dilihat oleh orang yang tajam matanya melihat sunnah alam), tetapi mereka tidak mempercayai. Kerana itulah, ketika waktu azab itu sampai, mereka mati dalam keadaan tidak menjangka atau menduga azab telah di hadapan mata.

Kerana itulah, bagi orang beriman, bila diseru kembali kepada Allah, mereka bersegera tanpa bertangguh-tangguh lagi. Ini kerana mereka tahu mereka tiada kuasa menahan azab Allah. Siapa sangka dalam bulan Syawal ini berlaku tsunami dan gempa bumi di sekitar nusantara ini?

Sesungguhnya kata-kata yang memperingatkan manusia kepada Kekuasaan Allah itulah ayat-ayatNya yang disampaikan kepada orang yang Dia kehendaki.

7:157. Orang-orang yang mengikuti rasul, Nabi yang ummiy, yang mereka mendapati tertulis dengan mereka di dalam Taurat dan Injil, yang menyuruh mereka pada yang baik, dan melarang mereka daripada kemungkaran, dan menghalalkan bagi mereka benda-benda yang baik, dan mengharamkan mereka yang buruk-buruk, dan membebaskan mereka daripada beban-beban mereka, dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang percaya kepadanya, dan meneguhkannya, dan menolongnya, dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya; merekalah orang-orang yang beruntung."

Rasul adalah orang yang membawa cahaya yang membezakan perkara-perkara baik dan perkara-perkara buruk. Bila otak manusia mula mengenal perbezaan dua perkara itu, ketika itulah penilaian Allah terhadap manusia itu sama ada dia memilih kebaikan atau memilih kejahatan.

Ketika itulah dosa akan dibalas kepada yang tetap berbuat jahat walaupun dirinya sudah nampak perbezaan baik dan buruk itu. Seperti kaum Nabi Musa yang tetap kembali menyembah selainNya biarpun sudah nampak kebenaran Nabi Musa bawa.

Beruntunglah orang yang apabila diseru kepada cahaya Allah itu, mereka mempercayainya, meneguhkannya, menolongnya serta mengikut apa yang dinasihatinya itu.

7:158. Katakanlah, "Wahai manusia, aku adalah rasul Allah kepada kamu semua, yang bagi-Nya kerajaan langit dan bumi. Tidak ada tuhan melainkan Dia, yang menghidupkan dan mematikan. Maka percayalah kepada Allah, dan rasul-Nya, Nabi yang ummiy, yang mempercayai Allah dan kata-kata-Nya, dan ikutlah dia supaya kamu mendapat petunjuk."

Rasul Allah juga adalah orang yang menyeru manusia mengikuti apa yang diturunkan oleh Allah, Yang Berkuasa di langit dan bumi serta antaranya. Dia yang menetapkan segala hukum yang logik difikirkan oleh manusia apabila memandang segala yang telah diciptakannya.

Apakah patut manusia itu menyekutukanNya untuk mengambil sesuatu yang tidak memberi manfaat mahupun mendatangkan kesan mudarat? Jika kita mengikut apa yang Allah perintahkan dan meninggalkan apa Dia larang, pasti kita akan dapat manfaatnya. Dan jika kita melakukan sebaliknya, pasti kita akan dapat mudaratnya. Itulah baru betul kata-kata yang datang daripada Allah.

Tetapi jika datang kata-kata atas nama seseorang Nabi terdahulu, yang tidak memberi apa-apa kesan jika kita mengikutinya atau meninggalkannya, jelaslah itu bukan kata-kata Nabi yang sebenarnya, tetapi kata-kata orang yang mempergunakan nama Nabi untuk kepentingan hawa nafsunya, iaitu orang yang mempergunakan agama untuk mencari pengaruh, kuasa, pangkat, kemegahan dan berbangga diri kononnya puak mereka sahaja yang diberikan petunjuk dan kaum lain adalah kafir. Itulah golongan yang sesat.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by Adli on Fri Oct 16, 2009 9:31 am

7:159. Antara kaum Musa, ada umat yang memberi petunjuk dengan yang benar, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

Begitu juga dengan kaum Muhammad, ada umat yang memberi petunjuk dengan benar dan melakukan keadilan.

7:160. Dan Kami memotongkan mereka kepada dua belas puak, umat-umat. Dan Kami mewahyukan Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya, "Pukullah dengan tongkat kamu batu itu"; dan memancarlah daripadanya dua belas mata air; semua orang mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami membentangkan awan untuk meneduhkan mereka, dan Kami menurunkan manna dan salwa kepada mereka. "Makanlah benda-benda yang baik daripada apa yang Kami merezekikan kamu." Dan mereka tidak menzalimi Kami, tetapi diri-diri mereka sendiri, mereka menzalimkan.

Setiap puak yang berbeza, jika mereka mentaati Rasul mereka, maka Allah datangkan rezeki yang sama rata untuk mereka. Tidak perlu mereka berhasad dengki dan iri hati antara satu sama lain.

Sepertilah rezeki untuk memahami Al Quran. Biarpun berbeza pandangan atau pendapat, ia bukannya perkara untuk mewujudkan perpecahan dan permusuhan. Namun bagi orang yang zalim, asal ada sahaja perbezaan pendapat dalam memahami Al Quran, mereka menunjukkan kedengkian bila sesuatu pendapat berdasar ayat Al Quran itu menegur amalan nenek moyang mereka. Mereka tiba-tiba bertukar seperti kaum kafir terdahulu yang marah Rasul-rasul mereka menegur amalan nenek moyang mereka. Walhal tidaklah para Rasul itu menegur, melainkan untuk kebaikan diri kaum mereka itu juga.

Dan apabila Allah datangkan bencana alam kepada kaum itu, maka itulah balasan kepada kezaliman sesuatu kaum yang marah apabila amalan nenek moyang mereka ditegur. Apakah mereka mahu menjadi golongan yang bodoh lagi pantang ditegur?

7:161. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Tinggallah di bandar raya ini, dan makanlah daripadanya di mana sahaja kamu mengkehendaki; dan katakanlah, 'Tidak membebankan'; dan masuklah pada pintu gerbang, dengan bersujud. Kami akan mengampuni kamu atas pelanggaran-pelanggaran kamu, dan menambahkan kepada orang-orang yang berbuat baik."

Dan kaum Musa itu diperintahkan tinggal di sebuah kota dengan memasukinya di pintu yang disediakan (bukan menyelinap masuk secara sembunyi-sembunyi) dan dengan merendah diri (bersujud) kepada Allah (bukan masuk dengan sombong untuk membuat kerosakan). Itu sebagai cara Allah untuk mengampuni mereka dan menambahkan kebaikan untuk mereka. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang merendah diri lagi berbuat baik.

7:162. Kemudian orang-orang yang membuat kezaliman antara mereka menukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami mengutus kepada mereka kemurkaan dari langit kerana perbuatan zalim mereka.

Seperti yang terjadi kepada kaum Muhammad, setelah kewafatan baginda, ada orang-orang yang membuat kezaliman dengan menukar apa yang Muhammad ucapkan kepada riwayat-riwayat hadis yang bercanggah dengan Al Quran. Walhal kalau difikirkan secara logiknya, mana mungkin Muhammad hendak berkata sesuatu yang melampaui kata-kata Allah?

Umpamanya Al Quran memperingatkan manusia agar tidak bersolat menunjuk-nunjuk kerana nanti akan dapat celaka (ciri-ciri solat orang munafik), maka ada manusia menggunakan nama Muhammad untuk membuat kata-kata kononnya baginda menetapkan cara bersolat sehingga solat itu diperlihatkan kepada masyarakat. Bila masyarakat tahu secara spesifik cara solat seseorang individu itu, macam mana individu itu hendak bersolat tanpa menunjuk-nunjuk? Mereka ingat perkara riya' itu senang-senang nak dilawan? Di sinilah kita nampak hikmah kenapa Allah tidak menurunkan ayat-ayat Al Quran yang menetapkan cara solat, iaitu agar setiap individu itu tahu cara solat mereka masing-masing, kerana makhluk-makhluk Allah yang lain pun tahu solat mereka masing-masing.

Tetapi golongan yang suka bermegah-megah kononnya mereka sahajalah Islam suka memperlihatkan cara solat mereka. Sedangkan selama mereka menunjuk-nunjuk cara solat mereka itu, tidak pula umat mereka jadi kuat, sebaliknya jadi lemah dan penuh cerita berpecah-belah. Dengan Israel yang kecil pun mereka "dititik" dengan mudah sahaja. Begitulah Allah membalas kepada kaum yang sombong dengan ayat-ayat Allah.

7:163. Dan tanyalah mereka mengenai bandar raya yang di tepi laut, apabila mereka mencabuli Sabat, apabila ikan-ikan mereka datang kepada mereka pada hari Sabat mereka dengan berenang ke pantai, tetapi pada hari yang mereka tidak menjaga Sabat, mereka tidak datang kepada mereka. Begitulah Kami menguji mereka kerana kefasiqan mereka.

Apabila sesuatu umat itu mula berlaku zalim dengan menukar ucapan yang pernah disampaikan oleh Rasul mereka (daripada Allah) dengan ucapan yang diada-adakan (yang tidak mendatangkan manfaat), maka Allah akan menguji mereka. Ini untuk menentukan sama ada mereka adalah orang-orang yang sabar atau tidak. Jika mereka benar-benar berpegang kepada Kitab Allah, pasti mereka termasuk dalam orang-orang yang sabar.

Tetapi ada manusia yang mengatakan mereka beriman kepada Kitab Allah, namun bila diajak mereka mentaati ayat-ayat Allah, mereka mula hilang sabar dan bertukar menjadi orang-orang yang kafir.

7:164. Dan apabila satu umat antara mereka berkata, "Mengapakah kamu menegurkan satu kaum yang Allah akan memusnahkan, atau mengazab dengan azab yang keras?" Mereka berkata, "Sebagai alasan kepada Pemelihara kamu, dan supaya mereka bertakwa.

Jadi, disampaikan teguran kepada kaum yang zalim dan bakal ditimpa azab yang keras itu adalah sebagai alasan untuk Allah kelak dan moga-moga mereka bertakwa. Jika mereka bertakwa, sudah pasti Allah lindungi mereka daripada azab itu. Tetapi jika mereka engkar, maka di hadapan Allah kelak mereka akan tahu sebab apa mereka menerima balasan buruk itu, iaitu kerana telah menolak orang yang memperingatkan mereka selama ini.

bersambung...

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2989
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Surah 7: Al-A'raf

Post by nazril on Fri Nov 13, 2009 8:10 pm

7:32. Katakanlah, "Siapakah yang mengharamkan
perhiasan Allah yang Dia mengeluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan
benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?
" Katakanlah, "Ini, pada Hari
Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan
dunia ini." Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang
mengetahui.



Salam Adli,

Berdasarkan firman Allah di atas, tertarik pada perkataan 'perhiasan'. Bagaimanakah hukumya lelaki memakai emas, perak sutera, gelang tangan dll? Adakah benar ianya haram untuk lelaki?

nazril
Siswa-Siswi

Number of posts: 1
Age: 31
Location: KL
State:
Reputation: 0
Credits: 820
Registration date: 2009-11-11

Back to top Go down

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum