Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Surah 7: Al-A'raf
e-mindakita :: Minda Umum :: Al-Quran
Page 1 of 3 • Share •
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Surah 7: Al-A'raf
Kajian tentang maksud perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam surah ini. Forumer digalakkan bersoal-jawab atau bertukar-tukar pendapat mengenai perkataan dan ayat yang tidak atau kurang difahami dalam surah ini bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman kitab Al-Quran.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07
Re: Surah 7: Al-A'raf
1. Alif laam mim shaad.
2. Sebuah Kitab yang diturunkan kepada kamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dada kamu daripadanya, untuk memberi amaran dengannya, dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang mukmin (yang mempercayai).
Kunci untuk memahami Al Quran adalah kena menjadi insan yang berlapang dada. Terima semua kebenaran tidak mengira puak. Sebab itu Nabi Muhammad pun bawa pedoman para Rasul terdahulu tidak kira dari bangsa apa sekalipun. Malah baginda tidak kisah nak ambil kisah para Rasul dari kalangan bani Israel biarpun baginda berbangsa Arab. Tak macam perangai orang Islam sekarang. Bagi mereka, apa yang datang dari tanah Arab, dikatakan Islam, tetapi apa yang datang dari Barat, dikatakan sekular. Betapa sempitnya dada mereka itu. Patutlah payah nak fahami pengajaran Al Quran.
Dan guna Al Quran untuk memberi peringatan sebab ia mengandungi pelajaran berguna bagi manusia yang percaya kepada Tuhan. Oleh kerana kebenaran Al Quran terletak pada hukum alam yang ada di sebalik ajarannya, maka sudah pasti ajaran yang benar itu berguna kepada orang yang percaya kepada Allah, Pencipta alam ini bersandarkan hukum yang jelas dan nyata. Tetapi orang yang menyekutukan Allah lebih percaya pada apa yang tok guru atau ahli-ahli kitab mereka ajar berbanding hukum alam yang Allah tetapkan.
3. Ikutlah apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan janganlah mengikuti wali-wali (sahabat-sahabat) selain daripada Dia; sedikit sekali kamu mengingati.
Sedangkan jelas ayat ini menyuruh manusia ikut apa yang Allah turunkan iaitu sesuatu yang ada bukti hukum alam (yang sah-sah ditetapkan oleh Allah), bukannya main pakai turut membuta-tuli kata-kata ahli kitab atau tok guru, macam perangai kaum Yahudi dan Nasrani terdahulu. Namun, sedikit sekali manusia mengingati apa yang Allah perintahkan sejak dahulu.
Apabila sesuatu umat melalui suatu tempoh yang panjang sejak dari zaman Rasul mereka, pasti umat itu akan terpesong dan disesatkan oleh syaitan gara-gara mereka mula mengambil wali-wali selain Allah sebagai pembuat ketetapan.
Jika kaum Yahudi terdahulu pernah tersesat sehingga umat mereka jadi lemah dan berpecah-belah, dan kemudian kaum Nasrani pun mengalami nasib yang sama sehingga pihak agama membelenggu pemikiran penganut mereka, kini kaum Arabi (golongan yang anggap Islam itu dari Arab sahaja) pun telah mengalami nasib yang sama. Mereka hidup secara lemah dan berpecah-belah akibat beragama secara menurut. Segala kata-kata tok guru mereka yang tiada hukum alam sebagai bukti dianggap benar dan perlu dipercayai dan jangan difikir-fikirkan lagi. Itulah taktik syaitan menyesatkan sesuatu kaum.
4. Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari.
Memang banyak bandaraya telah Allah dan tenteraNya musnahkan. Bencana tsunami lebih empat tahun lalu cukup menginsafkan golongan beriman untuk tunduk kembali kepada Allah iaitu tunduk kepada segala yang ada bukti berupa hukum alam, bukan tunduk pada cakap tanpa bukti dari ahli-ahli kitab.
Takkan dah kena nasib macam di Acheh sana baru nak sedar diri? Nak sedar diri, biarlah sebelum azab Allah itu datang (masa masih hidup). Tak guna menyesal selepas mati.
5. Maka tidak adalah keluhan mereka di waktu datang kepada mereka siksaan Kami, kecuali mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim."
Orang kafir yang mati kena bencana itu hanya mampu mengeluh atas kezaliman mereka sendiri. Tetapi sesalan pada waktu itu sudah terlambat. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Apakah manusia itu kira mereka ada kuasa untuk menangguhkan kedatangan azabNya?
6. Maka sesungguhnya Kami akan menanyai umat-umat yang telah diutus rasul-rasul kepada mereka dan sesungguhnya Kami akan menanyai para rasul,
Sunnah menetapkan, sebelum sesuatu umat akan diazab, mereka akan diutuskan rasul-rasul untuk membaca ayat-ayatNya. Sehingga jelas kaum itu benar-benar degil tidak boleh diajar lagi, maka layaklah kaum itu ditimpa bencana. Kemudian para Rasul yang bertanggungjawab untuk memperingatkan kaumnya itu akan ditanya, supaya tiada golongan kafir mendakwa mereka tidak pernah mendengar peringatan dari sisi Allah (kata-kata yang dibuktikan mengikut hukum alam dan sunnah).
7. Dan Kami akan menceritakan kepada mereka dengan pengetahuan (ilmu); sesungguhnya tidaklah Kami tidak hadir (beserta pada hari pembalasan itu).
Allah akan perjelaskan dan bongkarkan segala tipu-daya kaum yang menyekutukan Allah yang mengambil wali-wali selainNya itu sehingga tidak mampu berkata-kata lagi. Gambaran waktu itu sama seperti yang terjadi pada forum ini di mana Allah bongkarkan tipu-daya kaum yang menyekutukan Allah (yang mentaati kata-kata yang tiada hukum alam atas alasan kata-kata itu diucapkan oleh tok guru puak mereka) dengan ilmuNya (hukum alam) sehingga mereka terdiam dan tidak mampu berhujah lagi.
Bayangkanlah nasib orang yang menyekutukan Allah itu. Jika di alam siber pun Allah sudah buat mereka terdiam, apalagi di hadapan Allah kelak bila dibongkar sejelas-jelasnya tipu-daya mereka semasa di dunia ini.
Sesungguhnya janji Allah itu benar kerana Dia sentiasa hadir bersama kita tidak kira masa dan ketika. Di dunia ini bolehlah mereka berdusta atas nama riwayat hadis Nabi, riwayat imam terdahulu dan siapa jua nama hamba-hamba Allah yang mereka jadikan perisai, tetapi Kuasa Allah lagi Kuat daripada perisai mereka itu.
bersambung...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14
Re: Surah 7: Al-A'raf
8. Penimbangan pada hari itu adalah kebenaran; orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang yang beruntung.
Pertimbangan Allah pada hari pembalasan itu berdasarkan sejauh mana kebenaran yang tertanam dalam jiwa manusia itu. Sesuatu yang benar itu adalah ilmu Allah, sebab daripada Allah datangnya segala kebenaran.
Orang yang berat timbangnya ilmunya, maka itulah orang yang beruntung. Manakala orang yang pemalas belajar dan pemalas berfikir, sudah pasti akan jadi golongan yang rugi sebab tiada hukum alam menunjukkan ilmu akan berat dalam dada manusia tanpa dia belajar dan berfikir.
Malah dalam kehidupan realiti pun kita boleh lihat bagaimana Allah bagi keuntungan kepada golongan yang banyak ilmu berbanding orang yang sedikit ilmu. Jika hukum alam di dunia inipun sudah menunjukkan golongan berat dengan ilmu adalah golongan yang untung, apakah umat Islam sekarang yang pemalas kaji ilmu Allah itu akan jadi golongan yang untung di akhirat?
Lihat pada Al Quran yang sarat dengan ilmu, menunjukkan akhlak Rasulullah itu seorang yang cintakan ilmu. Tetapi macam mana ada kaum yang kononnya ikut Rasulullah, tetapi boleh pula hidup pemalas belajar dan ketinggalan jauh dalam pelbagai bidang ilmu? Begitulah syaitan menyesatkan kaum yang beragama tanpa berfikir.
9. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri kerana menzalimkan ayat-ayat Kami.
Orang yang ringan kebenaran dalam dadanya (ringan ilmu), mereka merugikan diri mereka sendiri, kerana mereka sudah berlaku zalim terhadap ayat-ayat Allah. Allah suruh manusia belajar dan berfikir, ada yang pergi ikut riwayat hadis tidak bagi memikirkan Al Quran. Lihatlah bagaimana mereka memesongkan Al Quran dengan guna riwayat hadis. Akibatnya, di dunia lagi Allah sudah balas kepada kaum yang taksub riwayat hadis itu sehingga mereka berkeadaan lemah dan berpecah-belah.
Mereka jadi lemah kerana kekurangan ilmu dan kepakaran. Hasil bumi mereka mudah dikaut oleh bangsa yang bijak berfikir dan bijak ilmu alam. Tetapi sebab mereka berbangga diri kononnya umat mereka umat terbaik biarpun sudah sampai tahap hina di atas muka bumi, mereka masih tidak sedar-sedar diri biarpun Allah datangkan pemberi peringatan yang menyampaikan dalam bahasa yang mudah mereka fahami.
Macam mana masyarakat Arab Jahiliyah dahulu menentang Rasulnya yang menyampaikan dalam bahasa mereka sendiri, macam itulah berlaku kepada orang Melayu Jahiliyah yang disampaikan peringatan dalam bahasa mereka sendiri, tetapi mereka menentangnya sebab tidak sama dengan ajaran nenek moyang mereka. Di alam siber ini Allah ulangkan kembali kisah-kisah yang dialami oleh para Rasul terdahulu.
10. Kami meneguhkan kamu di bumi, dan di dalamnya membuatkan untuk kamu penghidupan; sedikit terima kasih kamu menunjukkan.
Lihatlah bagaimana Allah teguhkan diri seseorang manusia. Adakah bersandarkan hukum alam yang logik, atau berlaku secara sihir atau magik? Adakah bayi dalam rahim ibunya tiba-tiba lahir sudah memiliki jasad seperti orang berusia 40 tahun? Tetapi kenapa kehidupan manusia semuanya berlandaskan hukum alam yang logik difikirkan?
Alih-alih ada manusia yang tidak bersyukur kepada Tuhannya, pergi sembah tok guru yang ajar agama secara tak logik itu. Mereka lebih mentaati kata-kata tok guru mereka biarpun tiada bukti hukum alam dalam kata-kata tok guru itu, berbanding mentaati Allah yang menetapkan hukum alam itu. Bagaimana manusia itu boleh dipesongkan?

11. Kami mencipta kamu, kemudian Kami membentuk kamu, kemudian Kami berkata kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka sujud, kecuali Iblis; ia bukanlah daripada orang-orang yang sujud.
Logik tak Allah yang mencipta manusia? Logik
Logik tak Allah yang membentuk manusia? Sudah tentu logik.
Apa buktinya malaikat sujud kepada manusia? Bila manusia berfikir sahaja, pasti akan capai kefahaman bila akal mencapai logik. Siapa bawa turun kefahaman dalam hati itu? Sudah tentunya malaikat. Tiada manusia yang berfikir, ditahan oleh malaikat daripada mendapat ilmu. Hanya manusia yang pemalas berfikir sahaja susah dapat ilmu.
Apa bukti Iblis tidak sujud kepada manusia? Sebab manusia yang mengikut Iblis itulah yang akan sujud kepada Iblis. Manusia itu akan ikut cakap Iblis yang suka manusia jadi b0doh dengan menggalakkan manusia itu tidak berfikir dan beragama secara menurut membuta-tuli. Sebab itulah orang kafir itu b0doh dan tidak berakal.
12. Berkatalah Dia, "Apakah yang menghalangi kamu daripada bersujud ketika Aku memerintahkan kamu?" Berkata, "Aku lebih baik daripada dia. Engkau cipta aku daripada api, dan dia Engkau cipta daripada tanah liat."
Iblis ada penyakit berbangga diri. Jadi, jika seseorang manusia itu merasa dirinya lebih baik daripada manusia lain hanya kerana berketurunan Islam, maka tiada bezanya manusia itu dengan Iblis. Sebab apa? Sebab nilai baik atau tidak seseorang manusia bukan kerana keturunannya, tetapi kerana akhlaknya.
Contoh akhlak yang baik ada pada Rasulullah iaitu seorang yang rajin berfikir, bergantung kepada Allah semata-mata dan tidak beragama secara menurut ahli-ahli kitab dan orang kebanyakan secara membuta-tuli.
Daripada kata-kata iblis itu, menunjukkan dia tidak berfikir dahulu sebelum berkata. Dia hanya guna persangkaan bahawa dirinya lebih baik kerana diciptakan daripada api manakala Adam daripada tanah liat.
Sedangkan jika ikut logik, setiap unsur yang Allah ciptakan, ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ini menunjukkan iblis adalah makhluk yang suka ikut persangkaan bukan ikut logik. Jadi, sesiapa yang beragama ikut persangkaan dan tidak mengikut logik, itu menunjukkan mereka itu adalah pengikut Iblis.
13. Berkata, "Turunlah kamu, keluar darinya; tiada bagi kamu untuk menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah; sesungguhnya kamu adalah di kalangan orang-orang yang direndahkan."
Orang yang sombong, mereka akan diturunkan kepada golongan yang direndahkan. Jadi, jika manusia itu sombong dengan ajaran Al Quran yang suruh menggunakan akal, mereka akan diturunkan dan direndahkan.
Suatu ketika dahulu, umat Islam pernah diangkat (ditinggikan) menjadi umat terbaik kerana mereka beragama guna akal. Tetapi bila umat Islam mula beragama main pakai turut, sehingga menyombongkan diri dengan Al Quran gara-gara taksub pada riwayat hadis, memang jelas kita nampak Allah turunkan dan rendahkan martabat umat Islam sekarang.
Puji-pujian bagi Allah yang membuka mata untuk melihat hakikat ini.
bersambung...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14
Re: Surah 7: Al-A'raf
14. Berkata (iblis), "Tangguhkanlah aku hingga hari mereka dibangkitkan."
Iblis minta dipanjangkan umurnya sehingga hari Kebangkitan kelak. Ini memberikan kita peringatan supaya berhati-hati dalam menurut ajaran agama. Jika kaum terdahulu pernah tersesat gara-gara beragama main pakai turut ajaran alim ulamak mereka biarpun mereka ada Kitab, maka tidak mustahil umat Islam pun boleh dipesongkan biarpun ada Al Quran. Ini kerana kewujudan Kitab-kitab itu tiada kuasa melindungi daripada tipu-daya syaitan melainkan manusia itu mempelajari Kitab-kitab tersebut.
Ada manusia ditipu oleh syaitan dengan menganggap cukuplah menggantungkan ayat-ayat Al Quran untuk melindungi mereka daripada syaitan sehingga mereka lalai untuk memahami ajaran kitab tersebut. Akibatnya, tanpa disedari mereka telah memilih syaitan sebagai tuhan mereka sehingga sanggup mengikut syaitan yang suruh tolak akal dalam beragama serta mengambil "hadis" selain Hadis yang ada dalam Al Quran.
Oleh kerana mereka telah bertuhankan syaitan, mereka bila kita seru mereka kepada Al Quran, mereka jadi panas hati dan terbakar. Sepatutnya jika mereka bertuhankan Allah, mereka jadi gembira bila ada manusia seru kembali kepada Al Quran seperti yang diseru oleh para Rasul terdahulu.
7:15. Berkata (Allah), "Kamu adalah antara orang-orang yang ditangguhkan."
Oleh kerana untuk menguji manusia, siapa yang akan tetap pada jalan yang benar dan siapa yang akan mentaati iblis, maka Allah tangguhkan permintaan iblis tersebut.
Sebab itulah dalam diri kita, kita boleh memilih untuk jadi manusia atau jadi syaitan. Sesiapa yang memilih untuk jadi syaitan, termasuklah masuklah dia dalam golongan iblis.
Kalau Allah nak jadikan manusia itu satu umat yang taat, sudah pasti manusia tidak boleh berbuat jahat (tidak tahu macam mana cara nak buat jahat). Tetapi dengan dikurniakan akal yang boleh mengenal apa itu perbuatan baik dan apa itu perbuatan jahat, maka manusia ada pilihan untuk mengambil jalan mana yang disukai. Tetapi manusia itu kenalah bersedia menanggung risiko setiap pilihan yang diambil.
Sebab itulah dalam bab agama, jangan main turut membuta-tuli. Berfikir secara waras menilai baik buruk sebelum mengambil yang paling baik. Itulah cara beragama orang-orang yang berakal.
7:16. Berkata (iblis), "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus,
Iblis menunjukkan kekerasan hatinya dengan menyalahkan Allah balik. Sudahlah tidak sanggup mengakui kesalahannya, kemudian dia memperlihatkan kedengkiannya untuk memesongkan manusia. Itulah sifat-sifat yang ada para orang kafir iaitu keras hati dan berhasad dengki.
Bila manusia jadi kafir, perangainya macam iblis juga. Bila dinasihati dengan Al Quran pun mereka bantah. Kemudian mereka tunjukkan kedengkian mereka biarpun mereka sedar umat mereka adalah umat yang lemah dan dikalahkan.
7:17. Kemudian aku datang kepada mereka, dari hadapan mereka, dan dari belakang mereka, dan dari kanan mereka, dan dari kiri mereka; Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka berterima kasih."
Iblis berazam untuk guna apa cara sekali pun untuk menyesatkan manusia. Umpamanya untuk menjauhkan umat Islam daripada Al Quran, setelah Allah jamin Al Quran tetap terpelihara, maka syaitan guna cara memesongkan maksud Hadis dan Sunnah kepada riwayat hadis dan cara hidup Rasulullah. Sedangkan Hadis dan Sunnah itu sudah terkandung dalam Al Quran. Dalam Al Quran kita boleh nampak cara hidup Rasulullah, bukan sahaja Nabi Muhammad, malah para Rasul terdahulu.
Bila maksud hadis itu di"divert"kan kepada sesuatu yang tidak Allah jamin terpelihara (riwayat hadis), maka manusia itu mula beragama dengan mencampur adukkan ajaran yang suci dengan ajaran yang kotor. Maka hati penganut ajaran itu pun menjadi kotor. Bila hati kotor, mereka hidup hanya untuk berpuak-puak dan berpecah-belah sahaja.
Begitu juga, mereka menjadikan Al Quran itu sekadar kitab untuk dilagu-lagukan, agar manusia lupa mengkaji pengajarannya dan menghalang Al Quran difikirkan, padahal terang-terang Al Quran suruh manusia memikirkannya. Itulah antara cara halus syaitan menyesatkan sesuatu kaum.
7:18. Berkata (Allah), "Keluarlah kamu darinya, terhina dan terbuang. Orang-orang antara mereka yang mengikuti kamu - sungguh Aku akan memenuhi Jahanam dengan kamu semua."
Kemudian Allah keluarkan iblis daripada tempat sebelum ianya dikeluar. Jika asalnya iblis di tempat yang dimuliakan, maka bila dikeluarkan, sudah pasti dia dimasukkan ke dalam tempat yang hina. Macam manusia yang ada akal, tetapi bila menolak akalnya sendiri, sudah pasti dikeluarkan dari golongan berakal untuk dimasukkan kepada golongan yang tak berakal (golongan hina).
Sebab itulah kita lihat, manusia yang tidak menggunakan akal, pasti berhujah sekadar menunjukkan kepanasan hati mereka. Tidak mampu bawakan apa-apa hujah untuk membuktikan apa yang benar daripada dirinya sendiri. Itulah golongan yang mengikut iblis, sebab golongan yang mengikut para Rasul, pastilah mereka guna akal. Mana ada Rasul di kalangan orang yang tidak guna akal?
Dan orang yang berakal, sudah pasti mampu bawakan kata-kata yang benar.

7:19. "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman, dan makanlah dari mana kamu menghendaki, tetapi jangan mendekati pokok ini supaya kamu tidak termasuk orang-orang yang zalim."
Selepas belajar dengan Allah dan memperlihatkan kebijaksaan kurniaan Allah itu di hadapan para malaikat sehingga malaikat faham apa hakikat diciptakan manusia sebagai khalifah, maka Adam dikahwinkan dengan pasangannya dari dirinya juga (berasal dari tanah).
Tinggallah mereka di dalam Taman yang dikhaskan untuk hidup dengan sepuas-puasnya. Cuma satu perkara sahaja yang Allah larang ketika di dalam Taman itu. Jangan dekati pokok yang akan menyebabkan mereka termasuk dalam golongan yang zalim.
Ada pengajaran berguna untuk mereka mengenali diri sebelum mereka layak turun ke bumi. Jika mereka turun ke bumi dalam keadaan mereka tidak cukup kenal siapa diri mereka, sudah pasti mereka akan turun untuk berpecah-belah. Jadi, dengan melepasi pelajaran di Taman itu, manusia turun ke bumi dengan matlamat yang bertentangan daripada hidup berpecah-belah seperti yang dijangka oleh malaikat pada mulanya.
7:20. Kemudian syaitan membisikkan kepada mereka, untuk menampakkan kepada mereka apa yang disembunyikan daripada mereka, bahagian-bahagian aib mereka. Berkata, "Pemelihara kamu melarang kamu daripada pokok ini hanya supaya kamu menjadi malaikat-malaikat, atau kamu menjadi makhluk-makhluk yang hidup berkekalan."
Syaitan membisikkan kepada mereka dengan tujuan untuk mendedah aurat dan bahagian-bahagian aib mereka serta berkata yang tujuan larangan itu hanya supaya mereka jadi malaikat atau makhluk yang kekal hidup.
Di sini, manusia kenal perihal dalam dirinya bahawa sesuatu yang Allah larang itulah yang selalu nafsu mahu lakukan. Contohnya, Allah suruh guna akal, itulah yang nafsu suruh tolak. Allah larang dari ikut ajaran dusta sekadar bersandarkan nama manusia-manusia, tetapi itulah yang nafsu suruh buat.
Jadi, antara ikut kata hati yang mudah terdorong oleh nafsu, maka ikutlah logik yang Allah tetapkan pada akal, sebab sesuatu yang logik, ia pasti mengikut hukum alam. Sesuatu yang tiada bukti yang nyata, ia belum boleh dikira logik lagi.
Sesuatu yang diperingkat akal, ia hanyalah ilham berbentuk teori. Setelah teori itu dibuktikan kebenarannya, barulah ia dikira hukum.
Jadi, orang yang beriman, pada hukum yang nyata itulah dia patuhi dan sesuatu yang masih dalam bentuk teori, mereka akan memilih teori mana yang lebih baik dan mudah di praktikkan. Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
7:21. Dan ia bersumpah kepada mereka, "Sesungguhnya aku, kepada kamu, adalah penasihat."
Sudah pasti syaitan tidak mengaku apa yang dibisikkan itu hanyalah ajaran dusta dan diada-adakan. Takkan syaitan nak mengaku apa yang disampaikan itu salah? Maka ia akan mengaku ia adalah penasihat. Macam itulah ahli-ahli kitab terdahulu, sudah pasti mereka tidak mengaku ajaran mereka menyesatkan. Kononnya merekalah penasihat agama untuk kaum mereka. Tetapi bolehkah mereka menipu hasil ajaran mereka itu setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah?
Sebab itu, nak didik jiwa, jangan ikut nafsu. Tetapi ikutlah petunjuk akal. Petunjuk akal memerlukan bukti yang wujud di alam semesta ini. Dengan kata lain, ia diikat dengan hukum-hukum Allah yang di alam ini. Sedangkan bisikan nafsu, itu hanya ikut sesedap rasa sahaja. Bila nafsu suruh solat macam amalan nenek moyang, maka mereka pun buat untuk rasa bangga diri kononnya mereka sudah Islam tanpa mereka tahu apa perkaitan solat mereka itu dalam kehidupan. Akibat tidak tahu apa matlamat solat yang sebenar, mereka lihat orang lain yang tidak bersolat macam mereka adalah sesat. Jadi, apa beza mereka dengan iblis yang berbangga diri itu?
7:22. Maka ia membujuk mereka dengan tipuan; dan apabila mereka merasakan pokok itu, bahagian-bahagian aib mereka menjadi nyata kepada mereka, lalu mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Pemelihara mereka memanggil mereka, "Tidakkah Aku telah melarang kamu berdua daripada pokok ini, dan berkata kepada kamu, 'Sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata'?"
Syaitan guna tipuan untuk memujuk manusia kepada sesuatu yang dilarang oleh Allah. Bila Rasul bertanya "Hadis mana mereka hendak percaya selain Allah dan ayat-ayatNya?", ada manusia buat tipuan kononnya tanpa guna riwayat hadis, tidak jumpa cara solat yang mereka amalkan sekarang. Tetapi tidakkah mereka terfikir, dengan tiada adanya cara solat mereka itu dalam Al Quran iaitu Hadis yang terpelihara, bukankah itu menunjukkan solat yang mereka buat itu mengambil ajaran sesuatu yang tidak Allah pelihara? Jadi, bagi orang yang beriman, cukuplah Allah sebagai Pemelihara.
Setelah terbuka bahagian-bahagian aib Adam dan isterinya kerana merasai pokok tersebut, cepat-cepat mereka mencari daun-daun syurga untuk menutup aurat mereka itu. Kemudian Allah menyedarkan mereka perihal laranganNya itu dan perihal syaitan dalam dada itu adalah musuh yang nyata.
Biarpun macam mana rupa syaitan itu tidak mampu dilihat, tetapi sifat-sifat syaitan itu mampu dikenali yang membuat seseorang manusia itu tahu siapa musuhnya yang sebenar. Namun ada manusia buat gambaran syaitan itu seperti makhluk yang bermacam-macam rupa bentuk. Oleh kerana rupa bentuk syaitan itu tidak pernah ditemui secara mata kasar, maka mereka tidak sedar bahawa bisikan ke arah api permusuhan, api kebencian dan api kedengkian itulah syaitan yang ada dalam diri mereka. Namun penyakit berbangga diri menutup mata hati mereka untuk memahami hakikat itu biarpun mereka mengaku ikut Al Quran. Setakat mengaku macam itu, semua orang boleh mengaku.
7:23. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, kami telah menzalimi diri-diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi."
Bezanya Adam dengan iblis adalah, Adam cepat-cepat merasa bersalah dan memohon ampun. Ini menunjukkan manusia ada sifat merendah diri. Namun ia bergantung kepada sejauh mana seseorang manusia itu mampu melawan perasaan bangga dirinya sendiri.
Sebaliknya iblis terus menampakkan kebencian, dendam, permusuhan, hasad dengki kepada Adam dan keturunannya setelah dihukum sesat oleh Allah. Macam perangai umat Islam yang suka bermusuhan, berdendam dan berhasad dengki lebih-lebih lagi kepada manusia yang tak seketurunan dengan mereka kerana perasaan bangga diri menyebabkan mereka rasa mereka sahaja Islam dan orang lain semuanya kafir.
Di sini kita nampak, orang yang berbangga diri, ia akan disesatkan sehingga hidup untuk bermusuhan dan berhasad dengki, sedangkan orang yang merendah diri, ia akan hidup untuk berdamai dengan semua manusia dan menjauhkan penyakit-penyakit hati biarpun terpaksa melalui jalan yang sukar dan diumpat-keji masyarakat mereka.

7:24. Berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Di bumi tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk satu waktu."
Setelah kesilapan itu mengajar Adam dan isterinya mengenal diri bahawa dalam diri mereka ada syaitan yang berbisik, maka layaklah mereka untuk ditempatkan di bumi sebagai penginapan untuk sementara waktu.
Di bumi inilah mereka dan anak-cucu mereka belajar hidup untuk melawan bisikan-bisikan syaitan untuk kekal pada fitrah kelahiran manusia yang asalnya suci daripada penyakit-penyakit hati. Sebab itulah orang yang nampak hakikat kehidupan di dunia ini akan berusaha memelihara anak-anak dan isteri-isteri mereka daripada penyakit-penyakit hati akibat bisikan syaitan.
Kalau manusia itu mengharapkan pandangan mata kasarnya untuk nampak bagaimana rupa syaitan bagi menjauhkan dirinya daripada syaitan, maka akan tertipulah mereka dengan bisikan-bisikan syaitan. Mereka akan hidup suka bermusuhan dengan orang melain kerana melihat keturunan yang tidak seperti mereka adalah kafir dan musuh mereka. Sedangkan Allah sudah cakap, syaitan itu musuh yang nyata bagi mereka masing-masing.
Tetapi sesiapa yang mengenal syaitan berdasarkan sifat-sifat yang ada pada syaitan (memahami perangai syaitan), mereka itulah yang untung kerana apabila mereka kenal sifat-sifat syaitan, mudahlah mereka hendak menjauhkan diri daripada punca-punca penyakit hati itu.
7:25. Berkata, "Di dalamnya kamu hidup, dan di dalamnya kamu mati, dan darinya kamu akan dikeluarkan."
Manusia akan hidup dan mati di dalam bumi ini. Dan dari bumi juga manusia akan dikeluarkan.
Ayat ini jika dilihat dari sudut yang lain boleh membawa erti bahawa suatu masa nanti, manusia akan dikeluarkan dari bumi untuk meneroka kehidupan di planet-planet lain.
7:26. Wahai Bani Adam, Kami telah menurunkan kepada kamu suatu pakaian untuk menutupi bahagian-bahagian aib kamu, dan (pakaian) perhiasan, dan pakaian takwa - itu lebih baik; itulah satu daripada ayat-ayat Allah, supaya mereka mengingati.
Setelah mengenal bahagian-bahagian aib antara lelaki dan perempuan, maka Allah ajar manusia cara membuat pakaian yang menutupi bahagian-bahagian aib itu. Menutup bahagian-bahagian aib itu adalah perkara fitrah.
Namun di antara pakaian lahiriah yang menjadi perhiasan dengan pakaian jiwa iaitu takwa, pakaian takwa itulah yang lebih baik. Namun ada manusia yang melihat agama secara lahiriah, mereka berebut-rebut nak tonjolkan satu jenis pakaian yang dinamakan pakaian sunnah Nabi. Bukankah Nabi mereka itu sendiri ajar bahawa pakaian takwa itu lebih baik. Kenapa itu tidak mereka contohi?
Itu baru satu ayat-ayat Allah untuk diingati. Perihal pakaian pun ada yang sampai berbalah-balah dan berbangga diri kononnya cara pakaian mereka itu sahaja dapat pahala. Mereka kata golongan yang berpakaian macam tok Arab itu sahaja Islamik, dan yang pakai baju kot itu sekular. Pakailah macam mana pun sesuai dengan matlamat untuk menutup bahagian aib mereka, dan bukan untuk berbangga diri, maka tetaplah manusia itu dapat pahala. Tidakkah mereka memahaminya?
7:27. Wahai Bani Adam, janganlah syaitan menggoda kamu sebagaimana ia mengeluarkan ibu bapa kamu dari Taman, dengan melucutkan daripada mereka pakaian mereka, untuk memperlihatkan kepada mereka bahagian-bahagian aib mereka. Sesungguhnya ia melihat kamu, ia dan sukunya, dari mana kamu tidak melihat mereka. Kami membuatkan syaitan-syaitan wali-wali bagi orang-orang yang tidak mempercayai.
Jangan ikut telunjuk syaitan yang menyebabkan jiwa kita dikeluarkan dari hidup yang damai akibat beragama secara sempit dan memusuhi manusia yang berlainan keturunan. Asal jiwa manusia masa dilahirkan penuh kebahagian. Cuba kenang zaman kanak-kanak dahulu. Betapa seronoknya hidup kita. Ketika itu tiada rasa nak membenci, memusuhi, berpuak-puak dan berbangga diri. Hidup kita untuk bergembira seperti di dalam taman permainan.
Namun bila manusia itu diajar dengan ajaran dusta yang kesannya menyebabkan jiwa mereka lemah dengan bisikan syaitan serta berbangga diri keturunan mereka itulah Islam dan orang lain kafir, maka terkeluarlah mereka dari kehidupan yang lapang dan luas. Mereka mula menyempitkan agama.
Kemudian tanpa disedari kerana penyakit-penyakit hati, mereka melucutkan bahagian aib mereka sendiri kerana suka mengumpat keji dan memfitnah manusia lain terhadap sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti. Mereka tidak sedar Allah melihat apa yang mereka kerjakan.
Syaitan-syaitan itu sentiasa melihat mereka sedangkan manusia yang guna mata kasar tidak akan nampak syaitan dalam hatinya sendiri melainkan mereka belajar mencermin diri. Belajar mencermin diri adalah apabila kita nampak keburukan orang lain, cepat-cepat rasa kita lebih buruk daripada orang itu. Dengan cara ini, kita akan rasa malu nak menceritakan keburukan orang lain.
Kepada yang suka memandang keburukan orang lain, maka tidaklah mereka hidup melainkan berwalikan syaitan.
7:28. Dan apabila mereka melakukan kesumbangan, mereka berkata, "Kami mendapati bapa-bapa kami melakukannya, dan Allah memerintahkan kami dengannya." Katakanlah, "Allah tidak memerintahkan kesumbangan; apa, adakah kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu?"
Akibat berwalikan syaitan, apabila mereka melakukan sesuatu perkara yang memudaratkan dan merosakkan jiwa mereka sendiri, mereka kata apa yang mereka lakukan itu daripada ajaran bapa-bapa atau nenek moyang mereka. Dengan kata lain, mereka buat sesuatu bukan kerana mereka faham apa tujuan atau matlamat sesuatu perbuatan itu, melainkan sekadar nak tiru perbuatan bapa-bapa mereka itu. Kemudian mereka dakwa, semua perbuatan itu adalah perintah Allah dan mereka sahajalah Islam.
Allah tidak memerintah manusia berbuat sesuatu yang dia tidak tahu apa-apa. Kerana setiap perbuatan ada balasannya dan akan dipertanggungjawabkan. Sebab itulah Allah mengajar manusia dengan bukti-bukti yang nyata agar manusia itu tahu apa rasional dan logiknya dia berbuat sesuatu suruhan atau meninggalkan apa yang Allah larang. Bukannya main buat membuta-tuli.
Orang yang beragama ikut apa yang bapa-bapa mereka buat sedangkan mereka tidak memahami, mereka tidak akan mampu menghuraikan secara logik sesuatu ajaran itu tetapi mereka guna nama-nama imam terdahulu untuk mengatakan "ini telah diajar oleh seseorang yang berstatus imam, maka terimalah ia dan jangan membantah".
Itulah orang yang menyekutukan Allah kerana beranggapan ada kuasa lain yang boleh menetapkan sesuatu tanpa bukti dari sisi Allah. Kalau sesuatu ajaran itu datang dari sisi Allah, sudah pasti manusia boleh faham dan memikirkan. Itulah ciri-ciri ajaran daripada Allah.
Kalau kita fikirkan, takkanlah Allah nak ajar manusia sesuatu ajaran yang setakat melahirkan umat yang lemah, pemalas belajar sains dan teknologi serta suka berpecah-belah dan menyempit-nyempitkan agama. Itu bukannya ajaran Allah. Itu ajaran syaitan.
Tetapi mereka membantah juga. Bagi mereka, apa yang bapa-bapa mereka buat itulah yang Allah suruh. Seolah-olah mereka telah menjadikan bapa-bapa mereka itu sekutu bagi Allah. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sifatkan.

7:29. Katakanlah, "Pemeliharaku memerintahkan supaya membuat keadilan. Tegakkanlah muka-muka di setiap masjid, dan berserulah kepada-Nya dengan menuluskan agama kamu untuk-Nya. Sebagaimana Dia memulakan mencipta kamu begitulah kamu akan dikembalikan.
Hidup ini beragama untuk membuat keadilan. Segala yang boleh memperlihatkan keadilan, itulah matlamat hidup orang yang beriman.
Kemudian, masjid adalah tempat menyeru kepada Allah dan menjadikan agama hanya untuk Allah, bukan untuk alim ulamak. Dan disuruh tegakkan muka-muka di setiap masjid itu bukannya pergi buat gerakan ritual berbentuk menyembamkan muka ke tanah.
Lihatlah, Al Quran sendiri suruh tegakkan muka mereka di setiap masjid. Ini kerana fungsi masjid yang asal adalah tempat belajar, bertukar-tukar pandangan dan mengkaji ilmu Allah yang luas. Masjid itulah universiti. Mana ada orang di universiti masuk kuliah dengan sembamkan muka ke bumi? Mereka semua menegakkan muka mereka untuk fokus kepada apa yang disampaikan oleh pensyarah mereka. Tetapi sedikit sekali manusia memahami apa yang Allah perintahkan. Yang Allah tidak perintahkan itu mereka pandai-pandai tokok tambah atas nama imam-imam terdahulu.
Dan Allah mencipta kita berseorangan diri. Tiada tok guru atau alim ulamak yang mencipta bersama-sama Allah. Allah lebih tahu siapa diri kita. Dan bila kita dikembalikan kepada Allah, kita juga berseorangan diri. Tiada tok guru atau alim ulamak akan menemani kita. Pandai-pandailah nak jawab depan Allah nanti apa yang telah kita lakukan di dunia. Pandai-pandailah nak berhujah dengan Allah sebab masa itu tiada siapa nak bantu kita.
Kalau di dunia, bolehlah manusia itu melarikan diri bila kalah berhujah, di akhirat kelak, di mana manusia itu nak lari? Sedangkan masa hendak mati itu pun sudah menunjukkan mereka sudah tidak boleh lari daripada Allah. Apa lagi urusan selepas mati.
7:30. Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk."
Di bumi ini, segolongan manusia, Allah berikan petunjuk dan segolongan lain hidup dalam kesesatan. Yang mendapat petunjuk kerana mereka melalui jalan-jalan yang layak mendapat pentunjuk Allah iaitu menggunakan akal sedangkan yang sesat kerana mereka beragama membuta-tuli. Mereka takut hendak meninggalkan ajaran nenek moyang yang ternyata dusta lagi memudaratkan jiwa.
Orang yang beragama secara menurut, mereka tidak kenal syaitan-syaitan dalam diri mereka sendiri. Segala bisikan ke arah kebencian, permusuhan, kedengkian, kepuakan yang disebabkan penyakit berbangga diri dianggap sebagai wali-wali mereka selain Allah. Mereka menganggap dengan berbangga diri anutan mereka sahaja Islam dan memandang buruk anutan orang lain, mereka sudah mendapat petunjuk biarpun tidak guna akal dalam beragama.
7:31. Wahai Bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap masjid; dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu membazir; Dia tidak menyukai orang-orang yang membazir.
Oleh kerana masjid bertujuan sebagai tempat belajar dan dalam belajar manusia diberi sijil atau ijazah atau apa jua pengiktirafan, maka diizinkanlah untuk menggunakan ijazah itu dalam mencari makan dan minum serta membeli perhiasan-perhiasan hidup yang lain. Namun jangan guna rezeki untuk membuat pembaziran kerana pembaziran itu datang daripada rasa bangga diri mendapat nikmat-nikmat Allah yang banyak. Bukankah Allah tidak suka orang yang berbangga diri?
7:32. Katakanlah, "Siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah yang Dia mengeluarkan untuk hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik daripada rezeki-Nya?" Katakanlah, "Ini, pada Hari Kiamat, adalah khas bagi orang-orang yang percaya di dalam kehidupan dunia ini." Begitulah Kami menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui.
Allah tidak mengharamkan penggunaan segala teknologi yang terhasil daripada orang yang belajar. Memang hasil itu semua Allah sediakan sebagai perhiasan manusia. Asalkan manusia pandai menggunakan segala ciptaan itu bukan untuk membazir dan bermegah-megah kerana itu semua menyebabkan penyakit berbangga diri. Sebab itulah pentingnya setiap manusia belajar kenal diri supaya mereka pandai menjauhkan diri daripada hidup bermegah-megahan. Selagi manusia itu guna sesuatu perhiasan untuk keperluan, bukan untuk pembaziran, maka bukanlah ia dikira bermegah-megahan.
Dan kemudian, hari akhirat adalah khas untuk orang-orang yang percaya kepada kebenaran dan meninggalkan kedustaan. Setakat mengaku percaya hari akhirat, semua orang boleh cakap. Tetapi nak membuktikan percaya kepada akhirat itu ramai yang gagal bila mereka menolak kebenaran berdasarkan bukti-bukti yang nyata dan lebih memilih ajran-ajaran dusta yang diterima turun-temurun dari bapa-bapa mereka. Mereka sekadar anggap, apa yang diterima dari bapa-bapa mereka, semuanya benar. Maka tiada lagi kehidupan akhirat yang baik untuk mereka yang sebegitu perangainya.
7:33. Katakanlah, "Pemeliharaku hanya mengharamkan kesumbangan yang nampak dan yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, dan keangkuhan tanpa patut, dan kamu menyekutukan Allah dengan apa yang Dia tidak menurunkan kuasa, dan kamu mengatakan mengenai Allah apa yang kamu tidak tahu."
Apa yang Allah haramkan adalah perbuatan-perbuatan yang merosakkan diri baik secara nampak mahu pun yang tersembunyi (penyakit-penyakit hati) dan perbuatan dosa yang menyebabkan hidup jadi tertekan serta keangkuhan tanpa patut iaitu berbangga untuk memuji diri sendiri, bukannya untuk memuji Allah yang tetapkan segala hukum di alam semesta ini.
Diharamkan manusia menyekutukan Allah dengan mana-mana manusia atau makhluk lain yang tidak berikan kuasa menetapkan sesuatu dan mengatakan Allah sesuatu yang dia tidak tahu (tiada bukti yang nyata). Orang yang berkata pasal Allah sesuatu yang dia tidak tahu, dia akan takut untuk mengatakan sesuatu yang benar. Sebaliknya manusia itu hanya bersandarkan atas nama imam-imam terdahulu. Sedangkan Rasulullah tidak mengatakan atas nama-nama imam-imam terdahulu sebelum baginda. Apa yang baginda sampaikan, hanya apa yang Allah tunjukkan.
Itulah tujuan manusia belajar agar mereka berkata sesuatu yang mereka tahu. Bercakap berdasarkan bukti-bukti yang nyata bagi memperlihatkan kewujudan Allah secara logik dan realiti. Maksud realiti bukannya semestinya nampak guna mata kasar, tetapi ia wujud bersama-sama tanda kewujudannya. Contohnya daya graviti, macam mana rupa bentuk kita tak nampak pun. Tetapi wujud tanda-tandanya. Dan Allah yang Mencipta juga mampu dibuktikan wujud berdasarkan tanda-tanda kewujudanNya.
Cuma orang yang malas berfikir secara logik, mereka susah nak faham hakikat ini padahal mereka sedar, berapa banyak ciptaan-ciptaan Allah yang lain pun tidak mampu dilihat guna mata kasar. Begitulah Allah cipta alam ini berlapis-lapisan. Macam channel TV. Orang yang pilih channel RTM1, dia nampak siaran RTM1 sahaja walhal gelombang yang bawa siaran TV3 pun wujud sama. Begitulah perumpamaan lapisan-lapisan dalam kehidupan ini.
7:34. Bagi tiap-tiap umat, ada satu tempoh; apabila tempoh mereka datang, mereka tidak akan mengundurkannya sesaat, dan tidak juga mendahulukannya.
Setiap umat ada tempoh mereka masing-masing macam setiap manusia ada tempoh hayat masing-masing. Bila sesuatu umat itu telah tamat tempoh kegemilangannya, maka mereka tidak boleh mengundurkan zaman kejatuhan atau mempercepatkannya.
Namun ada yang perasan umat mereka sentiasa terbaik, maka mereka terus hidup berbangga diri biarpun mereka sudah ketinggalan jauh dalam bidang ilmu. Perasaan bangga diri itu menyebabkan mereka jadi malas belajar dan mengkaji, tetapi cukuplah hidup buat gerakan ritual atas rasa mereka sudah Islam. Sedangkan orang lain lagi Islam dan maju daripada mereka.
7:35. Wahai Bani Adam, jika datang kepada kamu rasul-rasul daripada kalangan kamu yang menceritakan kepada kamu ayat-ayat-Ku, maka sesiapa bertakwa, dan membetulkan, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.
Setelah sesuatu umat tamat tempoh waktu kegemilangannya sehingga mereka mula beragama secara lemah dan berpecah-belah, maka layaklah umat itu dinasihati. Maka Allah akan bangkitkan rasul-rasul dari kalangan mereka sendiri untuk menceritakan ayat-ayat Allah. Itulah sunnah atau ketetapan Allah yang tiada manusia boleh menghalangnya.
Ada manusia, kerana termakan kata-kata ajaran nenek moyang mereka, maka mereka kata Allah tidak akan bangkitkan lagi mana-mana Rasul. Macamlah mereka itu tuhan nak tentukan urusan Allah.
Sebab itulah Al Quran yang diwasiatkan oleh Rasulullah ini pun mengatakan "jika datang kepada manusia Rasul-rasul", bagi menunjukkan baginda pun tiada kuasa nak halang ketetapan Allah membangkitkan rasul-rasul pada umat yang layak dinasihati.
Maka barangsiapa yang bertakwa iaitu merendah diri untuk membetulkan ajaran agama mereka, tiadalah mereka ketakutan lagi serta tidaklah mereka bersedih melihat nasib umat mereka yang selama ini mudah dilkalahkan dan ditindas. Mereka sudah nampak, kenapa kaum mereka itu ditindas. Semuanya gara-gara penyakit berbangga diri yang kononnya mereka sahaja Islam dan orang lain kafir.

yalah takkan kita nak makan dan minum di masjid . seolah mesjid tempat menjamu selera . dari pelajaran di masjid manusia pandai hasilkan api , kalau dulu salai kat batu guna kepanasan matahari . dari masjidlah cetusan fikiran bermula seolah masjid tu akal bagi manusia . dan di mesjid tu ada seseorang yg mengajar kalau tidak takkan ada batu hitam yg berbunyi sendiri .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18
Re: Surah 7: Al-A'raf
Asal batu hitam itu dibina sebagai tempat manusia singgah belajar. Ketika itu pelajaran diberikan percuma. Sesiapa ingin mendapat ilmu, mereka singgah ke sana. Manusia tidak dipaksa belajar.
Di sana manusia belajar tunduk (sujud) kepada ketetapan-ketetapan Allah (hukum alam). Mereka merenung kejadian alam untuk mengetahui rahsia-rahsia yang tersembunyi. Mereka pandai mengeksploitasikan api untuk kegunaan manusia.
Kalau kita renungkan, kegunaan api dalam kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan. Daripada untuk memasak, sehinggalah untuk naik ke angkasa, manusia bertemankan api.
Namun ada manusia akibat lalai berfikir mengekploitasikan api untuk teknologi, maka api itu mengeksploitasikan mereka dengan penyakit iri hati, hasad dengki, benci-membenci, berbangga diri, dendam dan khianat.
Bukankah jin itu diciptakan untuk manusia menguasainya bukan mereka menguasai manusia?
Di sana manusia belajar tunduk (sujud) kepada ketetapan-ketetapan Allah (hukum alam). Mereka merenung kejadian alam untuk mengetahui rahsia-rahsia yang tersembunyi. Mereka pandai mengeksploitasikan api untuk kegunaan manusia.
Kalau kita renungkan, kegunaan api dalam kehidupan manusia tidak boleh dipisahkan. Daripada untuk memasak, sehinggalah untuk naik ke angkasa, manusia bertemankan api.
Namun ada manusia akibat lalai berfikir mengekploitasikan api untuk teknologi, maka api itu mengeksploitasikan mereka dengan penyakit iri hati, hasad dengki, benci-membenci, berbangga diri, dendam dan khianat.
Bukankah jin itu diciptakan untuk manusia menguasainya bukan mereka menguasai manusia?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14
Re: Surah 7: Al-A'raf
7:36. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu menjadi orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
Ayat-ayat Allah adalah ayat-ayat yang benar. Ia selari dengan hukum alam ini sebab yang cipta alam ini pun Allah juga. Jadi, sesuatu ayat itu perlu dibuktikan benar dengan guna hukum-hukum alam sebagai bukti yang nyata, bukannya guna nama-nama imam terdahulu untuk "mensahihkan" sesuatu riwayat yang diada-adakan atas nama Nabi.
Jadi, orang yang sombong terhadap Al Quran dengan mengatakan Al Quran tidak lengkap tanpa riwayat hadis, maka Allah janjikan mereka akan jadi orang-orang Api. Hati mereka akan panas dengan iri hati dan dengki. Tetaplah mereka tinggal dalam Api itu selama-lamanya.
Memang sunnah alam telah menetapkan, apabila manusia membantah sesuatu yang benar yang ada bukti yang nyata, pasti hati mereka akan terbakar kepanasan. Itulah logik ayat di atas dalam kehidupan manusia.
7:37. Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau mendustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila rasul-rasul Kami datang kepada mereka untuk mematikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka menyaksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang yang tidak percaya.
Orang-orang yang mengada-dakan dusta terhadap Allah dan ayat-ayatNya seperti mengatakan Al Quran tidak lengkap sebab tidak bagitahu cara "solat" yang mereka terima daripada nenek moyang mereka itu adalah orang yang zalim. Pertamanya, mereka tidak mampu buktikan "solat" yang mereka buat itu datangnya daripada perintah Allah dan keduanya Al Quran sendiri tidak sebut cara solat mereka itu.
Pendustaan mereka itu akan sampai pada suatu waktu sehingga didatangkan rasul-rasul Allah kepada mereka untuk mematikan tipu-daya mereka selama ini. Sebab itu bila kita berhujah dengan mereka, sehingga kita mereka tidak mampu bawakan kebenaran terhadap apa yang mereka ada-adakan.
Di mana imam-imam terdahulu yang mereka seru selain Allah itu? Imam-imam terdahulu itu tidak mampu membantu mereka dalam berhujah. Imam-imam itu telah hilang daripada mereka kerana mereka sedar selama ini mereka berdusta. Mereka tahu mereka adalah orang yang tidak percaya. Sebab itulah Allah kalahkan hujah-hujah mereka dengan ayat-ayat Al Quran. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.

7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia melaknatkan kawannya sehingga, apabila mereka semua telah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang menyesatkan kami, maka berilah mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak mengetahui."
Manusia yang beragama secara dusta, mereka akan dimasukkan ke dalam Api seperti umat yang terdahulu. Sebab itulah cara mereka membantah kebenaran persis sama seperti perangai kaum kafir terdahulu yang ada disebut dalam Al Quran. Mereka bukannya hendak mencari jawapan, tetapi hendak menghukum sahaja seolah-olah mereka sahaja Islam dan kaum lain semuanya sesat.
Apabila mereka dimasukkan ke dalam Api itu, maka orang yang terkemudian masuk menyalahkan umat terdahulu. Mereka minta Allah azab kaum terdahulu itu dua kali ganda lebih berat daripada mereka. Padahal masa di dunia, telah sampai peringatan kepada mereka supaya jangan beragama main pakai turut amalan nenek moyang seolah-olah apa yang dikhabarkan atas nama nenek moyang itu semestinya betul.
Yang tentukan benar atau tidak, bukannya nenek moyang itu, tetapi Allah. Kita boleh terima sesuatu ajaran terdahulu atas sebab ajaran itu betul bila ada bukti-bukti yang nyata dan nenek moyang itu hanya menyampaikan sahaja. Bukannya pergi anggap nenek moyang itu setara dengan Allah sehingga segala kata-kata mereka dipercayai ianya benar.
7:39. Yang pertama daripada mereka berkata kepada yang terakhir, "Kamu tidak ada kelebihan di atas kami, maka rasalah azab kerana apa yang kamu mengusahakan."
Hakikatnya, golongan yang terawal atau terakhir itu tiada apa-apa kelebihan. Mereka sama-sama merasakan azab mengikut apa yang mereka usahakan masing-masing. Tetapi perangai orang kafir, tengah-tengah kena azab pun, mereka boleh pergi salah-menyalah antara satu sama lain. Begitulah kotornya hati kaum yang berbangga diri atas anutan dusta mereka.
7:40. Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan menyombongkan diri terhadapnya, pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka, dan tidak juga mereka akan masuk Taman sehingga unta melintasi lubang jarum. Begitulah Kami membalas orang-orang yang berdosa.
Apabila seseorang manusia itu mendustakan ayat-ayat Allah (menyembunyikan sesuatu yang benar berserta bukti yang nyata), dan menyombongkan diri daripadanya (menolak mentah-mentah atas rasa bangga diri anutannya betul), maka pintu langit tidak akan dibuka untuk mereka. Bermakna mereka tidak dapat apa-apa ilham untuk menyampaikan kebenaran.
Kemudian, jiwa mereka tidak masuk dalam kenikmatan dan kedamaian seperti di dalam taman. Ada sahaja mereka hendak membenci, mendengki, iri hati, dendam, khianat dan macam-macam penyakit hati kesan daripada berbangga diri.
7:41. Jahanam menjadi buaian mereka, dan di atas mereka, penutup-penutup. Begitulah Kami membalas orang-orang yang zalim.
Kerana berbangga diri itu, mereka terbuai dengan gelaran umat terbaik biarpun hidup mereka dalam jahanam. Berpecah-belah dan berbalah-balah berebut kuasa di sana sini mereka berada.
Di dalam otak mereka, banyak penutup-penutup sehinga mereka tidak nampak kelogikan sesuatu perkara. Bila ada manusia lain menyampaikan sesuatu secara logik, mereka membantah.
Kalau berhujah dengan mereka, pasti mereka akan kehilangan ilham untuk mempertahankan kata-kata mereka sendiri seterusnya berpaling lari seumpama keldai liar takutkan singa. Begitulah balasan Allah kepada orang-orang yang tidak meletakkan akal pada tempatnya (menolak akal dalam beragama kerana diterap secara menurut membuta-tuli).
7:42. Dan orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan - Kami tidak membebani sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya; mereka itulah orang-orang Taman, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
Dan orang yang percaya kepada Allah yang mencipta alam semesta ini dan mereka rajin kaji alam kerana yakin Allah cipta alam ini bukan untuk main-main, serta mereka gunakan kemahiran mereka untuk membuat kerja-kerja kebaikan, maka Allah permudahkan hidup mereka dengan tidak membebankan mereka melainkan menurut sesuatu yang manusia itu sanggup memikulnya. Dengan itu, mereka beragama bukan kerana nak mengikut-ikut masyarakat, tetapi membuat sesuatu yang mereka tahu apa ertinya.
Orang-orang yang sebegitu pegangannya, maka Allah masukkan mereka ke dalam nikmat ketenangan jiwa seterusnya menjadi seorang yang sabar.
7:43. Kami mencabutkan perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; dan di bawah mereka mengalir sungai-sungai, dan mereka berkata, "Segala puji bagi Allah yang memberi kami petunjuk kepada ini; sekiranya Allah tidak memberi petunjuk kepada kami, tentu kami tidak akan mendapat petunjuk. Sesungguhnya rasul-rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar." Dan diumumkan, "Inilah Taman yang kamu diwariskan kerana apa yang kamu telah buat."
Allah mencabutkan perasaan dendam di dalam diri yang beriman itu dan dikurniakan ilham yang mengalir berjela-jela. Hidup mereka hanya memuji Allah kerana petunjuk yang Allah beri semenjak beragama menggunakan logik. Walaupun sebelum itu mereka ada menggunakan akal, tetapi ketika itu mereka hanya guna akal untuk urusan duniawi sahaja. Untuk urusan akhirat, mereka terpengaruh dengan ajaran dusta yang menolak akal. Tetapi kerana ada kesedaran hendak berubah, maka Allah berikan hidayah sehingga dijauhkan daripada ajaran yang dusta.
Sesungguhnya utusan-utusan Allah telah datang dengan membawa kebenaran. Maka ketika itu, diumumkan kepada yang beriman, bahawa mereka mendapat ketenangan jiwa yang diwariskan berdasarkan apa yang telah manusia itu lakukan. Buat baik dibalas baik.
7:44. Orang-orang Taman memanggil orang-orang Api, "Kami mendapati apa yang Pemelihara kami menjanjikan kami adalah benar. Adakah kamu mendapati apa yang Pemelihara kamu menjanjikan kamu itu benar?" Mereka berkata, "Ia." Dan kemudian seorang penyeru antara mereka menyeru, "Laknat Allah adalah ke atas orang-orang yang zalim,
Orang-orang yang mendapat ketenangan jiwa itu memanggil orang-orang yang hidup dalam kepanasan hati semasa di dunia, apa orang-orang yang panas hati itu mendapat sesuatu yang Allah janjikan kepada orang yang zalim? Maka orang yang mendustai agama itu mengaku yang mereka telah dimasukkan ke dalam hati yang panas. Sebab itulah cara mereka berhujah tidak membawa bukti-bukti yang nyata, tetapi sekadar ejekan sahaja. Itulah laknat Allah terhadap orang-orang yang menjadikan agama untuk rasa berbangga diri dengan kaumnya dan berpecah-belah.
7:45. Yang menghalangi daripada jalan Allah, dan menginginkan ia bengkok, dan tidak percaya kepada akhirat."
Sudahlah mereka mendustai agama sehingga umat mereka jadi lemah dan berpecah-belah, kemudian bila datang orang-orang yang menyeru kepada kebaikan, mereka halang dari jalan Allah dan mahu jalan Allah itu jadi bengkok mengikut nafsu mereka. Dan mereka tidak mampu membawa bukti daripada Allah, melainkan menggunakan nama-nama orang terdahulu untuk mengada-adakan sesuatu hukum. Sehingga urusan sah tak sah ibadat pun mereka yang tentukan, macamlah mereka itu setara dengan Allah hendak membuat hukuman tanpa bukti?
Hakikatnya mereka tidak mempercayai akhirat yang sebenar. Jika mereka percaya akhirat, sudah pasti mereka takut hendak jadikan agama itu suatu yang memecah-belahkan kelompok manusia.
7:46. Dan antara keduanya ada tabir, dan di atas Benteng adalah lelaki-lelaki yang mengenali masing-masing dengan tanda mereka yang memanggil orang-orang Taman, "Salamun alaikum!" Mereka belum memasukinya, dan mereka sangat menginginkannya.
Antara golongan yang mendapat ketenangan jiwa dan golongan yang mendapat kepanasan jiwa, ada tabir yang menghalang mereka daripada bersatu hati. Jika golongan yang membuat kebaikan itu mencari jalan pendamaian, pasti golongan yang panas hati dengan iri hati itu mencari-cari jalan untuk mengadakan permusuhan kerana dendam kesumat.
Dan di antara dua golongan itu ada lelaki-lelaki di atas benteng yang mengenali diri masing-masing dan menyampaikan seruan kepada orang-orang yang baik hati itu dengan ucapan kesejahteraan. Maka bakal-bakal ahli syurga itu jadi teringin memasukinya walaupun belum memasuki Taman tersebut. Para lelaki di atas benteng itu adalah para Rasul yang mengenal golongan yang bakal menjadi ahli syurga itu.

7:47. Dan apabila penglihatan mereka dipalingkan ke arah orang-orang Api, mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, janganlah Engkau meletakkan kami bersama kaum yang zalim."
Kemudian rasul-rasul itu memandang kepada kaum yang mempunyai hati yang berapi ketika di dunia dahulu. Mereka berdoa agar Allah tidak meletakkan mereka bersama kaum yang zalim itu. Sebab itu bila keyakinan mereka sampai, para Rasul itu akan meninggalkan amalan nenek moyang mereka yang dusta itu kerana sesuatu yang dusta hanya menyebabkan hati jadi panas membara dan jantung jadi merana.
7:48. Dan orang-orang di atas Benteng memanggil lelaki-lelaki tertentu yang mereka kenal dengan tanda mereka, dengan berkata, "Apa yang kamu mengumpulkan tidak berguna, dan tidak juga apa yang kamu menyombongkan."
Seperti mana ketika di dunia, para Rasul diajar oleh Allah untuk mengenal kiasan kata-kata kaum Api itu, maka di akhirat nanti mereka mengenal lelaki tertentu di kalangan kaum zalim itu seraya memberitahu bahawa apa yang orang-orang yang berpenyakit hati itu kumpulkan ketika di dunia tidak mampu menyelamatkan mereka di akhirat kelak. Malah apa yang disombongkan dahulu tidak memberi manfaat sedikit pun kepada mereka di akhirat kelak. Dahulu ketika disampaikan seruan oleh Rasul-rasul, mereka mengejek-ejek sahaja kerana tidak mampu membawa bukti yang nyata. Tetapi semua itu telah lenyap dari sisi mereka.
7:49. "Adakah ini orang-orang yang kamu bersumpah bahawa Allah tidak akan sampai dengan pengasihan? Masuklah ke Taman; tiadalah ketakutan pada kamu, dan tidaklah kamu bersedih."
Bertanya para Rasul itu kepada golongan pendusta agama itu, apakah golongan beriman yang dipandang hina oleh golongan yang berbangga diri itu tidak mendapat pengasihan daripada Allah? Bukankah Allah Maha Penyayang yang mengajar semua manusia yang ingin menggunakan akal. Allah bukannya ajaran kaum yang berbangga diri itu sebab iblis sahaja yang suka manusia berbangga diri. Maka kaum itu hakikatnya mengamalkan ajaran iblis. Sebab itu mereka jadi berbangga diri kononnya mereka sahaja Islam dan bangsa lain semuanya mereka hukum kafir.
Namun di dunia lagi, Allah sudah masukkan jiwa golongan beriman ke dalam Taman yang mana tiada ketakutan bagi mereka dalam beragama dan tidak lagi bersedih. Biarpun dikutuk dan dilabel dengan macam-macam gelaran, Allah Maha Mengetahui siapa yang benar dan siapa yang telah tersesat. Sinar mentari akan menerangi kegelapan suatu hari nanti.
7:50. Orang-orang Api memanggil orang-orang Taman, "Curahkanlah kepada kami air, atau daripada apa yang Allah merezekikan kamu!" Mereka berkata, "Allah mengharamkan mereka kepada orang-orang yang tidak percaya,
Apabila dicampakkan ke dalam neraka, kaum zalim itu memanggil penghuni-penghuni syurga untuk meminta air agar dapat disejukkan diri mereka. Namun, segala rezeki yang dikurniakan kepada penghuni syurga itu diharamkan kepada orang-orang yang tidak percaya.
Seperti itulah ketika di dunia, Allah haramkan orang yang beragama secara dusta yang menolak logik akal mereka sendiri daripada mendapat ilham untuk menghuraikan Al Quran. Mereka takut nak kaji Al Quran biarpun tak tahu malu mengaku ikut Al Quran. Betapa besarnya pembohongan mereka ketika di dunia.
Seperti mana ketika di dunia mereka tinggal dalam jiwa yang panas dan suka membenci, maka di akhirat kelak teruslah mereka hidup dalam kepanasan.
7:51. Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka." Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami.
Ketika di dunia, mereka jadikan agama sebagai hiburan dan permainan. Al Quran sekadar dilagukan sahaja, bukannya hendak dikaji dan dijadikan sumber inspirasi untuk membangunkan ummat. Mereka bermegah-megah dengan status Islam kononnya mereka kaum yang mulia, dan kaum lain semuanya kafir. Kehidupan dunia telah menipu mereka.
Maka di akhirat kelak, Allah melupakan mereka seperti mana mereka lupa akan hari pertemuan itu dan menyangkal ayat-ayat Allah yang dibawa oleh para RasulNya. Apabila mereka mempertahankan amalan nenek moyang mereka, jangankan ayat-ayat Allah dapat mereka jadikan dalil, malah bukti yang nyata yang wujud di alam semesta ini pun mereka tidak mampu kemukakan. Mereka sekadar guna riwayat yang ada-adakan atas nama seseorang Nabi yang pada anggapan mereka, asalkan ada nama Nabi, semestinya benar. Pada mereka bukan Allah yang menentukan benar atau tidak, tetapi Nabi tersebut.
Maka bila berhujah, Allah bakar dan tanam ketakutan ke dalam jiwa orang yang berdusta dan menyekutukan Allah itu.
7:52. Dan Kami telah mendatangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Kami menjelaskan, berdasarkan pengetahuan, menjadi satu petunjuk, dan satu pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.
Sedangkan Allah telah datangkan kepada mereka sebuah Kitab yang Allah telah ajar RasulNya itu menjelaskan berdasarkan pengetahuannya yang menjadi petunjuk kepada orang yang berfikir sebagai tanda pengasihan sesama manusia.
Tetapi bagi golongan Api itu, mereka buat dakwaan Kitab Allah itu tidak jelas sehingga tidak boleh difikirkan. Mereka kata kena guna ajaran nenek moyang mereka barulah Kitab Allah itu jelas. Padahal mereka tidak mampu kaitan mana ayat-ayat Allah itu dengan ajaran nenek moyang mereka. Pandai-pandai mereka buat dakwaan yang tidak Allah perintahkan. Kerana berdusta, mereka jadi terbakar dan berpaling lari dan umat mereka jadi lemah dan berpecah-belah.

7:53. Adakah mereka menanti-nanti hanya interpretasinya? Pada hari interpretasinya datang, orang-orang yang sebelumnya yang telah melupakannya, akan berkata, "Sungguh, rasul-rasul Pemelihara kami telah datang dengan yang benar. Adakah bagi kami pengantara-pengantara untuk mengantara bagi kami, atau adakah kami akan dikembalikan untuk membuat selain daripada apa yang kami telah buat?" Sesungguhnya mereka telah merugikan jiwa mereka sendiri, dan apa yang mereka mengada-adakan telah sesat (hilang) daripada mereka.
Adakah mereka ternanti-nanti khabar Kitab Allah perihal akhirat jadi kebenaran di depan mata mereka baru hendak beriman? Pada hari penjelasan apa yang dikhabarkan oleh Kitab itu berlaku, manusia yang melupakannya menyesal dan mula yakin bahawa semasa di dunia mereka telah didatangi rasul-rasul Allah yang membawa bukti yang benar. Tetapi pada waktu itu, mereka tidak percaya kerana rasul-rasul itu bukannya ahli-ahli kitab atau alim ulamak seperti yang mereka harapkan.
Bagi mereka, ahli-ahli kitab, para ustaz atau alim ulamak itulah pemberi syafaat atau pengantara mereka dengan Allah. Mereka beranggapan doa seorang ulamak lebih terima Allah daripada doa mereka sendiri walhal Allah amat dekat berbanding urat leher mereka sendiri.
Ketika di akhirat itu, mereka berharap agar dikembalikan ke dunia semula agar boleh membuat amalan yang lain dan lebih baik dari yang pernah mereka lakukan agar mereka tidak dimasukkan ke neraka. Tetapi adakah mereka terfikir, jika Allah izinkan mereka kembali ke dunia, sudah pasti mereka lupa perihal akhirat seperti mana mereka pernah melupakan janji mereka sebelum dilahirkan ke dunia buat pertama kali dahulu.
Itulah kerugian yang nyata pada jiwa mereka seperti mana mereka menyebabkan hidup mereka di dunia tertekan dengan kepanasan akibat berdusta dalam beragama. Apa yang mereka ada-adakan atas nama imam-imam terdahulu telah lenyap daripada mereka. Tidakkah mereka berfikir panjang bahawa mereka bukannya kenal siapa imam terdahulu yang mereka hafal nama-namanya itu sehingga mempercayai membuta-tuli segala riwayat yang sampai atas nama imam tersebut?
7:55. Berserulah kepada Pemelihara kamu dengan merendah diri dan dengan berahsia; Dia tidak menyukai orang-orang yang mencabuli.
Untuk menjadi penghuni-penghuni syurga, maka serulah Allah dengan menjadi seorang insan yang merendah diri. Sekadar melaung-laungkan "Allahuakhbar" sedangkan dalam hati penuh penyakit, tetap manusia itu tidak akan dibantu oleh Allah.
Tanda-tanda manusia itu merendah diri adalah dia suka belajar kerana ilmu itu datang daripada Allah. Kalau manusia itu berbangga diri, maka dia akan malas belajar kerana perasan dirinya sudah hebat dan tidak perlu bantuan Allah.
Dan sebaik-baik doa adalah dalam keadaan berahsia agar tidak menunjuk-nunjuk. Bila penyakit menunjuk-nunjuk itu datang, nanti jadi berbangga diri seterus perasan diri lebih mulia daripada orang lain yang tidak berdoa sama cara dengan kita.
Kemudian janganlah mencabuli batas-batas yang telah Allah tetapkan. Jangan pandai-pandai buat ajaran baru yang Allah tidak datangkan ketetapan ke atasnya baik dari segi aqli dan naqli. Jangan nak pandai-pandai haramkan apa yang Allah tidak haramkan.
7:56. Janganlah membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan, dan berserulah kepada-Nya dengan rasa takut, dan penuh harapan. Sesungguhnya pengasihan Allah dekat dengan orang-orang yang berbuat baik.
Hidup di dunia ini bukan untuk merosakan bumi dengan perpecahan dan peperangan. Hiduplah dengan mencari titik kesatuan dan kedamaian dengan melaluilah sunnah yang melayakkan kesatuan manusia dicapai.
Berdoalah kepada Allah dengan rasa takut dan berharap. Takut kerana atas dosa kita, doa itu tidak diperkenankan dan sentiasa berharap Allah akan perkenankan doa tersebut. Dengan cara ini, kita akan berusaha mensucikan jiwa dari penyakit-penyakit hati.
Kemudian perbanyakkan berbuat baik kepada manusia dengan memudahkan kehidupan manusia dengan nikmat dan kurniaan Allah. Jika kita berbuat baik, pengasihan Allah lebih cepat kepada kita berbanding pengasihan manusia lain itu.
7:57. Dia yang mengutuskan angin, yang membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya sehingga apabila ia membawa awan yang berat, Kami halau ia ke tanah yang mati, dan dengannya menurunkan air, dan mengeluarkan dengannya segala buah-buahan. Begitulah Kami mengeluarkan orang yang mati supaya kamu mengingati.
Perumpamaan Allah hidupkan orang-orang yang telah mati seperti mana Allah tumbuhkan pokok-pokok selepas hujan membasahi tanah yang tandus. Apakah penciptaan manusia itu lebih susah daripada pokok balak yang besar dan tinggi itu? Tetapi ada manusia tidak menyedari hakikat ini.
7:58. Dan tanah yang baik, tanamannya keluar dengan izin Pemeliharanya, dan yang rosak, ia mengeluarkan hanya sedikit. Begitulah Kami mengulang-ulangi ayat-ayat bagi kaum yang berterima kasih.
Tanah yang baik dan subur, maka tanaman dan buah-buah keluar dengan baik mengikut kadar yang Allah izinkan manakala tanah yang rosak atau tidak subur, maka tanamannya sedikit.
Begitulah keadaan jiwa manusia. Jiwa yang baik dan subur, maka Allah tumbuhkan bermacam-macam cita-cita dan perancangan seterusnya keluarlah bermacam-macam buah fikiran atau idea. Sebaliknya jiwa yang rosak dan kotor, maka sedikitlah hasil yang keluar dari mereka.
Sebab itu bila kita buat perbandingan antara jiwa Rasulullah dengan jiwa orang kafir, jiwa Rasulullah menghasilkan Al Quran yang baik isi kandungannya sedangkan orang kafir itu sekadar mengejek dan menghukum dengan berkata "inilah sihir yang nyata". Setakat bercakap seperti itu, apa yang boleh dipelajari dari kaum yang berpenyakit hati itu?
Dan Allah ulang-ulangkan ayat-ayatNya kepada kaum yang bersyukur dengan nikmat akal dan segala pancaindera yang mereka gunakan untuk memahami ayat-ayatNya itu. Namun bagi yang sudah terkunci mati hati mereka, ayat-ayat ini tidak berguna kepada mereka sebab penyakit berbangga diri telah menyesatkan mereka.

7:59. Dan Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, dan dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya, aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."
Nuh menasihati kaumnya agar menyembah Allah sahaja. Allah adalah Pembuat ketetapan di alam semesta ini. Apa yang Allah tetapkan, pasti ada bukti yang nyata. Lihatlah bagaimana Allah cipta bumi. Ada hukum yang melayakkan bumi tercipta. Dan hukum itu boleh dikaji dan dihuraikan oleh manusia yang menggunakan akal. Jika Allah cipta alam ini tanpa bukti atau guna sihir, apakah mampu akal manusia menghuraikannya?
Namun ada manusia waktu itu tidak menggunakan hukum Allah dalam beragama, tetapi mereka guna kata-kata alim ulamak mereka dengan anggapan ulamak mereka itu mempunyai kuasa untuk menetapkan sesuatu perkara biarpun tanpa bukti yang nyata. Sedangkan Allah sendiri tetapkan sesuatu perkara ada buktinya, apakah patut manusia itu menetapkan sesuatu tanpa bukti yang boleh difikirkan? Apakah mereka menganggap ada tuhan selain Allah untuk menetapkan hukum di atas muka bumi ini?
7:60. Berkata pembesar-pembesar kaumnya, "Kami melihat kamu dalam kesesatan yang nyata."
Sunnah telah menetapkan, bila dibangkitkan seseorang Rasul yang membawa ajaran yang jauh bezanya daripada ajaran nenek moyang sesuatu masyarakat, orang-orang yang berstatus tinggi dan berkepentingan dalam masyarakat akan menghukum Rasul itu sesat. Macamlah orang itu tuhan selain Allah untuk menghukum akidah seseorang manusia.
Tidakkah manusia itu sedar, menghukum kesesatan terhadap mana-mana individu menunjukkan manusia itulah sebenarnya ada penyakit bangga diri. Dan penyakit bangga diri itulah yang menyebabkan seseorang manusia jadi sesat. Oleh kerana penyakit bangga diri terletak dalam hati, maka yang layak menghukum sesat seseorang manusia adalah Allah, bukannya manusia.
7:61. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kesesatan padaku; tetapi aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam.
Nuh mempertahankan hujahnya bahawa apa yang disampaikan itu bukan perkara yang menyesatkan sebab dia mengajak kepada merendah diri kepada Allah. Oleh kerana berbangga diri itulah perkara sesat, maka mengajak kepada merendah diri kepada Allah sudah pasti bukan perkara sesat.
Dengan mengajak manusia belajar dan tunduk kepada hukum alam yang Allah cipta ini, maka manusia akan merendah diri. Bila merendah diri, hati akan tenang (jantung jadi sihat). Tetapi penyakit bangga diri hanya menyebabkan hati jadi gelisah (jantung jadi lemah dan mudah kena stroke).
Dengan belajar hukum alam, pegangan akidah kita berlandaskan bukti yang nyata yang boleh memperkuatkan urat jantung kita sendiri. Sedangkan pegangan akidah yang dusta hanya menyebabkan dada berdebar-debar dan jantung tersiksa.
Jadi, agama mana yang lebih baik? Islam bukannya agama yang merosakkan jantung sendiri.
7:62. Aku menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku menasihatkan kamu, kerana aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu.
Oleh kerana yang mencipta jantung kita ini adalah Allah, maka sudah pasti kita perlu berpegang kepada hukum-hukum yang Allah tetapkan pada jantung kita. Kalau kita langgar hukum itu, nanti mudaratnya pada jantung kita sendiri juga.
Apa yang Nuh sampaikan itu (mengajak merendah diri kepada Allah) adalah mesej-mesej Allah yang sampai kepadanya dalam bentuk ilham kerana mesej Allah bukannya turun dari langit dalam bentuk buku atau naskah. Semua mesej Allah turun kepada manusia dalam bentuk ilham. Sebab itulah para Rasul memiliki kebijaksanaan sebab orang yang bijak mudah dapat ilham dan petunjuk. Tetapi ramai yang tidak menyedarinya kerana beranggapan ilham itu datang daripada diri manusia sendiri.
Jika benar ilham itu datang daripada manusia sendiri, kenapa ada manusia mampu menghuraikan Al Quran dan kenapa ada manusia terbantut akalnya untuk menghuraikan Al Quran? Seperti itulah kenapa Nuh boleh lebih mengetahui berbanding apa yang masyarakatnya. Allah telah mengajarnya kerana dia yakin Allah mampu mengajarnya.
Ada manusia, mereka tidak yakin Allah boleh ajarnya. Mereka anggap para ustaz sahaja yang boleh ajar. Tanpa disedari mereka seolah-olah menghadkan Kekuasaan Allah.
Jadi, jangan pandang seseorang manusia pada status masyarakat. Biarpun Nuh itu insan biasa dan bukannya pembesar masyarakat, tetapi dia lebih banyak mengetahui daripada kaumnya sebab kebaikan-kebaikan yang dilakukan semasa hayatnya.
7:63. Adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia memberi amaran kepada kamu, dan kamu menjadi bertakwa supaya dikasihani."
Memang perkara lumrah, bila Allah sampaikan peringatanNya melalui seseorang lelaki dalam sesuatu masyarakat, maka mereka merasa hairan. Mereka tertanya-tanya "macam mana ada seorang lelaki yang bukannya seorang alim ulamak boleh bercakap pasal agama dan peringatan Tuhan?".
Keadaan ini biasa terjadi dalam masyarakat yang telah diajar agama secara menurut sehingga bagi mereka yang layak cakap pasal agama adalah golongan-golongan tertentu (alim ulamak mereka). Apakah mereka itu yang mengarah Allah untuk mengajar manusia mana yang disukai?
Allah lebih mengetahui dalam jiwa seseorang manusia. Jika manusia itu banyak berbuat kebaikan dan menolong sesama manusia, maka layaklah manusia itu mendapat ajaran daripada Allah. Tetapi jika manusia itu banyak berbuat kejahatan, maka syaitanlah yang akan mengajarnya.
Dan disampaikan peringatan itu agar sesuatu kaum itu dikasihani oleh Allah. Bukankah pengasihan daripada Allah itulah yang sebaik-baiknya kita cari? Allah tidak mendengki pada manusia, sedangkan manusia boleh berhasad dengki sesama manusia. Allah jika berkehendakkan menolong kita, pasti Dia akan tolong, sedangkan manusia lain belum tentu boleh atau mahu menolong kita kerana mereka tidak memahami penderitaan yang kita tanggung sedangkan Allah memahaminya. Jadi, pengasihan siapa yang lebih baik untuk kita cari?
7:64. Tetapi mereka mendustakannya; maka Kami menyelamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia di dalam kapal, dan Kami menenggelamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami; sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta.
Tetapi kaum Nuh mendustakannya sebab pada mereka, apakah manusia yang bukan berstatus ulamak itu untuk memberi nasihat? Takkanlah nak beri nasihat pun kena ada status masyarakat? Tidakkah mereka memikirkan?
Segala nasihat yang benar yang kita nampak membawa kebaikan terutama kepada urat jantung kita sendiri, terimalah untuk kebaikan diri sendiri. Kenapa perlu pandang status orang yang menyampaikannya?
Namun kerana kaum Nuh itu berbangga diri dengan anutan ajaran nenek moyang mereka, maka Allah datangkan banjir besar untuk menenggelamkan kaum engkar itu yang buta memahami ayat-ayat Allah.
Dan Allah selamatkan Nuh dan orang-orang yang menyertainya dalam kapal yang mereka bina bersama. Sudah pasti untuk membina kapal tersebut, Nuh dan orang-orang beriman itu kena belajar mengkaji hukum alam yang melayakkan kapal terapung biarpun membawa muatan yang berat. Sudah pasti Nuh dan golongan beriman yang lain itu perlu ada semangat suka belajar dan ingin tahu yang tinggi seperti yang ada dalam diri saintis Barat sehingga mereka mampu mencipta roket ke angkasa biarpun membawa muatan yang berat.
Tetapi orang-orang yang tidak membuat perbandingan dan melihat persamaan kedua-dua konsep tersebut tidak percaya akan ayat-ayat Allah. Mereka terus sesat dalam perasaan bangga diri kononnya mereka sahaja kaum yang Islam dan bangsa lain mereka dakwa kafir. Betapa sesatnya mereka yang berbangga diri seperti itu.

7:65. Dan kepada Ad, saudara mereka Hud. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; tidakkah kamu bertakwa?"
Hud telah diangkat oleh Allah untuk menyeru kaumnya agar menyembah Allah. Taat kepada apa yang Allah tetapkan bukannya pergi taat ajaran manusia yang tidak ada bukti-bukti yang nyata.
Ramai manusia tidak sedar, apabila mereka mempercayai sesuatu ajaran yang tidak ada bukti yang selari dengan hukum alam yang Allah cipta ini, sebenarnya manusia itu telah menyekutukan Allah. Mereka anggap manusia yang mengajar itu ada kuasa membuat ketetapan selain Allah.
Oleh kerana Pencipta alam semesta ini Satu, secara logiknya, apa jua ketetapan daripada Allah boleh dibuktikan dengan melihat tanda-tanda di alam semesta ini termasuk dalam diri kita sendiri.
Contohnya bila banyak berdusta, jantung jadi lemah. Yang menetapkan hukum jantung akan jadi lemah adalah Allah. Jadi seruan "jangan berdusta" itu adalah peringatan daripada Allah yang mengilhamkan kepada manusia.
Tetapi sekadar bawa sesuatu ajaran atas nama imam-imam terdahulu untuk menetapkan sesuatu hukum, jelas manusia itu telah menyembah imam-imam terdahulu sebagai sekutu Allah.
7:66. Berkata pembesar-pembesar yang tidak percaya daripada kaumnya, "Kami melihat kamu dalam kebodohan, dan kami menyangka bahawa kamu adalah daripada pendusta-pendusta."
Seruan Hud supaya menyembah Allah sahaja dan jangan menyekutukanNya tidak dipercayai oleh pembesar-pembesar dan golongan yang berstatus dalam masyarakat waktu itu. Mereka melihat Hud sebagai orang yang bodoh dan mengatakan Hud itu pendusta. Mereka tidak sedar, penyakit bangga diri untuk mempertahankan amalan nenek moyang mereka telah menyebabkan merekalah kaum yang bodoh dan pendusta.
Kaum yang bodoh lagi berbangga diri biarpun Allah timpakan mereka dengan kelemahan, perpecahan sesama sendiri dan ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi, mereka masih tidak sedar-sedar diri. Masih melabelkan bangsa lain sebagai kafir dan perasan mereka adalah umat yang terbaik.

7:67. Berkata, "Wahai kaumku, tidak ada kebodohan padaku; tetapi aku adalah seorang rasul daripada Pemelihara semua alam.
Sedangkan apa yang Hud sampaikan itu adalah seruan yang benar kerana tidak logik ada kekuasaan selain Allah menetapkan sesuatu di alam semesta ini. Apakah orang yang sampaikan sesuatu yang logik dan ada bukti yang nyata itu seorang yang bodoh atau orang yang tidak mampu membawa apa-apa bukti yang sekadar mengatakan orang lain bodoh akibat ajaran nenek moyang mereka dibuktikan dusta?
Hud diangkat sebagai rasul oleh Allah sedangkan masyarakatnya tidak nampak pun Hud adalah seorang Rasul biarpun mereka hidup sezaman dengan Hud. Ini menunjukkan kebenaran bukan dilihat dari mata kasar untuk menilai rupa paras si penyampai itu, tetapi lihatlah kelogikan isi kata-katanya. Namun kebanyakan manusia tidak mempercayainya.
7:68. Aku menyampaikan kepada kamu Mesej-Mesej Pemeliharaku, dan aku adalah penasihat kamu yang setia.
Apa yang Hud sampaikan hanyalah Mesej-mesej daripada Allah agar masyarakat itu tidak tenggelam dengan penyakit bangga diri perasan mereka kaum yang mulia kerana membuat sesuatu gerakan menyembah mengikut ajaran nenek moyang. Itulah nasihat daripada seorang yang setia.
Tetapi berapa ramai di antara mereka mempercayainya?
7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia memberi amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia melantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan menambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."
Seperti yang terjadi pada kaum Nuh, kaum Ad juga hairan bila datang satu peringatan daripada Allah melalui seorang lelaki di antara mereka yang mereka lihat hanyalah orang biasa dan bukannya pembesar atau alim ulamak mereka.
Tidakkah mereka memikirkan bahawa urusan melantik seseorang Rasul itu adalah urusan Allah? Tiada siapa manusia boleh menghalang Kehendak Allah untuk membangkitkan seseorang Rasul.
Kaum Ad adalah pengganti kaum Nuh seperti kaum Muhammad mengganti kaum terdahulu. Allah menambahkan bilangan kaum Muhammad dan meluaskan kedudukan mereka agar mereka mengingati kurniaan Allah. Namun legasi kaum Muhammad telah pun ditenggelami oleh kaum-kaum lain akibat mereka lalai dan berbangga diri dan memandang kaum lain itu kafir.
Kemudian Allah bangkitkan rasul-rasulnya untuk memberi peringatan. Apakah mereka akan menjadi seperti kaum Ad yang tidak percaya kepada Kekuasaan Allah?
7:70. Mereka berkata, "Adakah kamu datang kepada kami supaya kami menyembah Allah satu-satu-Nya, dan supaya kami meninggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu menjanjikan kami, jika kamu berkata benar."
Kaum Ad mencabar Hud agar didatangkan azab Allah jika apa yang Hud ancamkan itu adalah benar. Begitulah sombong dan bongkaknya kaum yang menyembah selain Allah yang menurut ajaran bapa-bapa mereka membuta-tuli.
Apakah mereka tidak berfikir panjang, setelah Allah datangkan azab seperti yang kita lihat di Acheh beberapa tahun yang lalu boleh menyelamatkan diri mereka? Jika manusia ada kuasa nak lari dari azab Allah, logiklah nak berbangga diri dan sombong dengan Allah. Ini baru Allah beri secebis kegoncangan, mereka sudah lari lintang-pukang.
Sama seperti Allah datangkan hujah yang benar, mereka sudah lemah dan tidak mampu berkata-kata lagi untuk mempertahankan ajaran nenek moyang mereka yang semakin dibuktikan dusta. Jadi patutkah mereka berbangga diri minta agar azab Allah itu didatangkan dengan segera? Sedarlah diri itu sikit, nak lawan ayat-ayat Allah pun mereka sudah kalah.
7:71. Berkatalah dia, "Kekotoran dan kemurkaan daripada Pemelihara kamu akan jatuh ke atas kamu. Apa, adakah kamu mendebat aku mengenai nama-nama yang kamu menamakan, kamu dan bapa-bapa kamu, yang Allah tidak menurunkan kuasa padanya? Maka, lihat dan tunggulah; aku bersama kamu melihat dan menunggu."
Hud menyerahkan urusan mendatangkan azab itu kepada Allah sebab dia hanyalah seorang penyampai peringatan bukannya penurun azab. Yang Berkuasa menurunkan azab adalah Allah bukannya manusia. Allah ada perkiraanNya sendiri untuk menentukan waktu bila Dia hendak datangkan azabNya. Sebab itulah semua azab Allah itu datang tanpa disangka-sangka.
Kalau Allah beritahu Rasul bila tarikh azab itu didatangkan, apakah kaum yang berbangga diri itu akan mempercayainya? Sedangkan Nabi atau imam-imam terdahulu yang disembah oleh masyarakat itu pun tidak mempunyai kuasa nak menentukan tarikh sesuatu bencana.
Jadi kenapa mereka tidak sembah Allah sahaja iaitu dengan mempercayai ajaran yang ada bukti yang nyata, bukannya mempercayai ajaran yang diada-adakan bersandarkan nama bapa-bapa mereka?
Tetapi kebanyakan mereka tidak menyedari apa yang mereka persekutukan. Sebab itulah Allah bangkitkan Rasul-rasul di kalangan orang yang lalai itu supaya di akhirat kelak mereka tidak menjadikan alasan bahawa semasa mereka di dunia, mereka tidak hidup sezaman dengan Rasul terdahulu yang telah wafat itu.
7:72. Maka Kami menyelamatkan dia, dan orang-orang yang bersama dia dengan pengasihan daripada Kami; dan Kami potong sisa terakhir orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dan mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang mempercayai).
Maka Allah selamatkan Hud dan orang-orang yang percaya apa yang diperingatkan oleh Hud itu dengan rahmat Allah supaya akan lahir generasi manusia soleh untuk menggantikan kaum yang menyekutukan Allah akibat menurut ajaran bapa-bapa mereka membuat-tuli itu.
Sedangkan kebenaran itu bukan terikat pada jalur keturunan, sebaliknya terikat pada bukti-bukti yang nyata. Sebab itulah dalam beragama, kita kena mendengar semua ucapan dan memilih yang terbaik tanpa mengira dari kaum mana kebenaran itu sampai sebab atas urusan Allah itu datangnya kebenaran. Tidaklah manusia itu dikira mukmin jika mereka berbangga diri dengan anutan keturunannya dan menolak kebenaran daripada bangsa-bangsa lain.
Orang yang terkena penyakit berbangga diri, mereka anggap apa yang bapa-bapa mereka ajar itu sahaja Islam dan memandang hina kaum selain mereka. Dan penyakit bangga diri itu habuannya hanyalah azab Allah.
Bila kita lihat kenapa umat Islam sekarang jadi lemah dan mudah dikalahkan, kita nampak semua itu berpunca oleh penyakit berbangga diri. Mereka merasakan ajaran bapa-bapa mereka itulah yang benar. Sedangkan bila diperiksa dalam Al Quran, ajaran bapa-bapa mereka itu tidak wujud dalam Al Quran malah wujud dari kitab yang tidak dipelihara oleh Allah seperti Bible akibat mereka terlalu taksub pada riwayat hadis.

7:73. Dan kepada Tsamud, saudara mereka Salleh. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Ini ialah unta betina Allah untuk menjadi satu ayat bagi kamu. Tinggalkanlah ia, supaya ia boleh makan di bumi Allah, dan jangan menyentuhnya dengan kejahatan supaya kamu tidak diambil oleh azab yang pedih.
Kemudian Allah bangkitkan Nabi Salleh dari kaum Tsamud yang membawa ajaran yang sama seperti Rasul-rasul sebelumnya iaitu agar beragama menyembah Allah. Tiada ada seorang manusia pun yang setara dengan Allah dalam membuat ketetapan agama. Dan kebangkitan Salleh di kalangan masyarakat yang buta agama itu membawa bukti yang jelas daripada Allah, bukannya membawa ajaran-ajaran yang diada-adakan atas nama manusia-manusia terdahulu yang dimuliakan oleh masyarakat itu.
Didatangkan ujian kepada kaum Tsamud iaitu unta betina yang perlu dilepaskan untuk bebas makan minum di tempat mereka. Unta itu menjadi petanda apakah kaum itu mempunyai penyakit hati yang teruk atau tidak. Jika hati mereka sudah terlalu kotor, pasti kedengkian mereka terhadap Nabi Salleh itu akan ditujukan kepada unta betina itu. Manusia, bila hati sudah rosak dan berpenyakit, segala perkara yang boleh memuaskan hawa nafsunya akan dituruti sahaja.
7:74. Dan ingatlah apabila Dia melantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia menempatkan kamu di bumi, mengambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan memahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."
Salleh mengingatkan kaumnya agar mensyukuri segala kurniaan Allah kepada mereka yang telah dilantik sebagai pengganti kaum Ad. Kaum Tsamud memiliki kepandaian untuk membina istana-istana dan membuat rumah dengan memahat gunung-gunung. Semua itu telah diajar oleh Allah kepada golongan terdahulu mereka yang diselamatkan dari kaum Ad yang dihancurkan.
Namun bila zaman telah berlalu lama, generasi baru yang tidak mengenal kesusahan perjuangan orang terdahulu mula lupa diri. Kemewahan yang dimiliki oleh mereka menjadikan mereka beragama sekadar ikut-ikutan dan menurut ajaran bapa-bapa mereka tanpa berfikir. Sehingga mereka menganggap ada kuasa lain selain Allah untuk disembah dan ditaati ajaran mereka biarpun tidak ada bukti yang nyata daripada Allah. Semua itu terjadi apabila penyakit bangga diri semakin berakar umbi dan sukar dicabut lagi.
7:75. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang menyombongkan diri kepada orang-orang antara mereka yang percaya, yang dianggap orang-orang hina, "Adakah kamu mengetahui bahawa Salleh seorang utusan daripada Pemeliharanya?" Mereka berkata, "Pada apa yang dia diutus dengannya, kami adalah orang-orang mukmin."
Seperti kaum sebelumnya, pembesar-pembesar kaum Tsamud menyombongkan diri kepada orang-orang yang beriman kepada Allah yang mereka anggap orang-orang yang hina. Penyakit berbangga diri telah menjadikan mereka seperti iblis yang berbangga lebih baik daripada Adam.
Golongan beriman itu mempercayai apa yang disampaikan oleh Nabi Salleh itu datangnya daripada Allah kerana adanya bukti-bukti yang nyata daripada Allah. Seruan Nabi Salleh itu jelas dan kukuh dan tidak mampu dicabar oleh kaum yang mendustai agama itu.
7:76. Berkata orang-orang yang menyombongkan diri, "Bagi kami, kami tidak percaya kepada apa yang kamu percaya."
Namun biar selogik mana hujah yang Nabi Salleh bawa, orang-orang yang menyombongkan diri itu tetap tidak percaya. Jika sesuatu yang logik dan ada bukti yang jelas pun mereka tidak percaya, kepada apakah mereka nak letakkan pegangan agama mereka?
Begitulah, bila hati orang yang berbangga diri dengan anutan yang diamalkan sejak turun temurun telah tertutup, diberikan bukti yang nyata dan logik pun mereka tidak mahu memikirkan. Ini kerana ajaran bapa-bapa mereka tidak membenarkan berfikir dalam beragama. Bagi mereka, apa yang diajar oleh bapa-bapa mereka perlu dituruti membuta-tuli.
7:77. Maka mereka melukai unta betina, dan mereka memandang rendah pada perintah Pemelihara mereka, dan mereka berkata, "Wahai Salleh, datangkanlah kepada kami apa yang kamu menjanjikan kami, jika kamu seorang utusan."
Kerana penyakit hasad dengki dan khianat yang tidak dapat dikawal oleh golongan sombong itu, maka unta betina Allah itu dilukai dan mereka memandang rendah perintah Allah. Mereka meminta didatangkan azab seperti yang diancam oleh Nabi Salleh itu.
Begitulah kotornya hati kaum yang panas hati bila ajaran nenek moyang mereka ditegur oleh Nabi Salleh. Bagi mereka, pantang jika ajaran turun-temurun mereka itu dibuktikan dusta apatah lagi Salleh dan orang yang mempercayainya itu dilihat hina oleh mereka.
7:78. Lalu gempa bumi mengambil mereka. Pagi, mendapati mereka di dalam tempat tinggal mereka, tersungkur tidak bergerak.
Dan dengan tidak disangka-sangka, maka datanglah gempa bumi mengambil nyawa kaum yang sombong lagi berbangga diri itu ketika mereka sedang nyenyak tidur kekenyangan dengan kemewahan yang mereka bangga-banggakan itu. Mereka mati dalam runtuhan akibat gempa yang dasyat.
Manusia kena beringat bahawa alam ini adalah tentera Allah. Jika datang arahan Allah untuk mengazab sesuatu kaum, tentera-tentera Allah itu tidak akan mencuaikannya. Di mana manusia yang berbangga diri itu hendak lari daripada alam Allah ini?
7:79. Maka dia berpaling daripada mereka, dan berkata, "Wahai kaumku, aku telah menyampaikan kepada kamu Mesej Pemeliharaku, dan menasihati kamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat."
Allah menyelamatkan Nabi Salleh dan golongan beriman. Mereka meninggalkan kaum yang dimusnahkan dengan gempa bumi itu. Kaum itu telah mendapat azab yang mereka minta-minta dipercepatkan. Itulah balasan kepada orang yang tidak menyukai pemberi-pemberi nasihat.
Kalau kita renungkan, mereka jadi begitu semuanya kerana berbangga diri sehingga tidak boleh menerima nasihat lagi. Biar seburuk mana hasil ajaran nenek moyang mereka, tetap mereka tidak mahu berubah seolah-olah Allah mengajar manusia agama yang hasilnya buruk. Tidakkah mereka berfikir, apakah logik Allah mengajar manusia yang menyebabkan mereka jadi kaum yang berbangga diri? Itu bukannya ajaran Allah, tetapi ajaran iblis!

7:80. Dan Lut, apabila dia berkata kepada kaumnya, "Apa, adakah kamu melakukan kesumbangan yang tidak pernah seseorang pun di semua alam melakukannya sebelum kamu?
Dan dikisahkan pula perihal kaum Nabi Lut yang melakukan kesumbangan yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Sesuatu perkara itu dikira sumbang apabila ia melanggar fitrah kejadian manusia. Ia bukannya sumbang di mata masyarakat sebab bagi masyarakat yang sudah biasa hidup dalam kesumbangan, mereka tidak merasakan apa yang mereka lakukan itu bertentangan dengan fitrah. Itulah sebabnya dalam beragama, jangan ikut masyakat, tetapi ikut agama fitrah. Kalau kita lahir dalam kaum yang telah biasa menyekutukan Allah, takkanlah kita hendak menyekutukan Allah juga?
7:81. Kamu mendatangi lelaki-lelaki dengan hawa nafsu, bukan perempuan; tidak, kamulah kaum yang membazir (berlebihan)."
Para lelaki kaum Lut itu lebih menggemari mendatangi kaum sejenis mereka (homoseksual) yang jelas bertentangan dengan fitrah kejadian diri manusia itu.
Di sini kita nampak, apa bila hati dikuasai nafsu, maka manusia itu sudah tidak tahu membezakan mana yang benar dan mana palsu. Apabila berbuat sesuatu menurut nafsu, maka manusia akan melakukan sesuatu secara membazir atau melampaui batas.
Nafsu mula bertindak bila manusia lalai dan membuang masa. Ketika itu dorongan-dororang nafsu mula datang membisikkan ke arah kesumbangan.
Nafsu mampu dikekang dengan sabar. Sabar didik dengan melatih minda untuk fokus kepada aktiviti-aktiviti berfikir, meneroka dan mengkaji. Sebab itulah orang yang nampak erti solat iaitu perbuatan yang mendidik kesabaran, mereka akan lebih kuat mengawal diri daripada menurut nafsu. Ini kerana masa lapangnya diisi dengan aktiviti-aktiviti yang membangunkan minda dan menjauhkan aktiviti yang sia-sia (tiada nilai dalam membangunkan akal).
7:82. Dan tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Keluarkanlah mereka dari bandar raya kamu ini; sesungguhnya mereka orang-orang yang membersihkan diri."
Seperti biasa, apabila penyakit bangga diri mula menguasai, nasihat yang benar yang disampaikan oleh Rasul mereka tidak diendahkan malah mereka menghalau pemberi peringatan itu sambil mengejek-ejek. Sedangkan perasaan bangga diri itulah yang akan menjahanam jiwa mereka sendiri kerana hanya menyebabkan urat jantung mereka terasa sempit dan hidup mereka semakin terhimpit dengan kegelisahan. Tiada nikmat yang kekal lagi dari sisi Allah. Maka hati mereka akan sentiasa takut mati akibat berpegang pada ajaran dusta.
7:83. Maka Kami menyelamatkan dia dan keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal.
Sebelum Allah datangkan bencana kepada kaum Lut, baginda telah diperintah keluar dari negerinya itu. Tetapi isteri Lut tidak meyakini kebenaran yang dibawa oleh suaminya sendiri sehingga termasuklah dia dalam orang-orang yang tertinggal dari kaum Lut itu.
Bukan senang membawa amanah perjuangan agama Allah. Silap-silap isteri sendiri pun tak percaya kerana kebiasaannya apa yang Rasul itu sampaikan bertentangan dengan amalan agama sesuatu masyarakat yang telah tersesat jauh itu.
Ini menunjukkan, seseorang Nabi atau Rasul itu tidak berupaya memberi petunjuk hatta kepada isterinya sendiri. Atas urusan Allah-lah petunjuk itu mampu difahami oleh sesuatu jiwa. Dan semuanya bergantung kepada keyakinan jiwa itu untuk melawan penyakit bangga diri yang membutakan mata hati.
7:84. Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan; maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa.
Kaum Lut itu kemudiannya dihujani dengan suatu hujan yang memusnahkan mereka sebagai kesudahan orang-orang yang berdosa iaitu orang yang telah dinasihati dengan jelas dan benar, tetapi masih berdegil menurut amalan masyarakat pada waktu itu yang mereka anggap itu perkasa biasa. Begitulah bahayanya kesan beragama menurut masyarakat.

7:85. Dan kepada Madyan, saudara mereka Shuaib. Dia berkata, "Wahai kaumku, sembahlah Allah! Kamu tidak ada tuhan selain daripada Dia; sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bukti yang jelas daripada Pemelihara kamu. Maka tepatilah sukatan dan timbangan, dan janganlah mengurangi sesuatu bagi manusia, dan jangan kamu membuat kerosakan di bumi setelah ia diperbetulkan; itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu orang-orang mukmin.
Dibawakan pula kisah kaum Madyan yang dibangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul bernama Shuaib. Atas Kuasa Allah nak membangkitkan seseorang Rasul di tengah-tengah masyarakat yang kebanyakannya buta mata hatinya akibat penyakit bangga diri dengan anutan agama yang diturunkan oleh bapa-bapa mereka.
Seperti Rasul terdahulu, Syuaib menyeru agar kaumnya menyembah Allah sahaja kerana tidak logik ada tuhan selain Allah. Kalau ada tuhan selain Allah, pasti sistem kehidupan akan jadi kucar-kacir. Mana mungkin sesuatu sistem akan teratur jika ada banyak pengawalnya?
Kaum Madyan telah terpesong daripada kebenaran sehingga mereka tidak berlaku adil dalam menimbang dan menyukat. Mereka menetapkan sesuatu mengikut hawa nafsu mereka bukan ikut akal lagi. Sedangkan untuk meletakkan sesuatu kena pada tempatnya (adil), manusia itu perlu guna akal bukan ikut hawa nafsu. Kalau ikut hawa nafsu masing-masing, semua manusia nak untungkan dirinya sendiri sahaja. Sedangkan berlaku adil itulah yang lebih baik di sisi Allah jika mereka mengetahui.
Dewasa ini ada manusia berniaga hanya untuk mengejar untung sahaja. Mereka menetapkan harga menurut hawa nafsu mereka. Oleh kerana hendak menampung kehidupan mewah mereka, harga barang yang dijual bukan mengikut harga kos, tetapi mengikut hawa nafsu mereka hendak untung cepat.
7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, dengan mengancam, dan menghalangi daripada jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dengan menginginkannya menjadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia melipatgandakan kamu, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.
Jalan Allah adalah jalan untuk menegakkan keadilan dan membuat kebajikan. Tetapi ada manusia yang berpenyakit hati, mereka iri hati dan dengki bila melihat ada manusia hendak laksanakan keadilan dan kebajikan. Mereka mencari-cari jalan agar jalan Allah itu terhalang dan menjadi bengkok.
Mereka seronok tengok masyarakat mereka hidup dalam perpecahan sesama sendiri dan macam-macam tekanan hidup demi menegakkan perasaan bangga diri mereka. Mereka menghalang kebenaran disampaikan dengan memadamkan kebenaran.
Ingatlah, Allah tidak pernah membiarkan kaum yang berbangga diri membuat kerosakan. Pasti akan sampai azab yang dijanjikan. Mereka akan dimasukkan dalam kepanasan dan ketakutan akibat kedustaan yang mereka lakukan setiap kali dibangkitkan seseorang pemberi ingatan di tengah-tengah mereka.
7:87. Dan jika ada segolongan antara kamu yang percaya kepada apa yang aku diutus dengannya, dan segolongan yang tidak mempercayai, maka bersabarlah kamu sehingga Allah menghakimkan antara kita; Dia yang terbaik daripada para hakim."
Yang layak menghakimi siapa yang benar dan siapa yang salah adalah Allah. Sepatutnya manusia itu tidak perlu takut bila diseru kepada Allah jika mereka orang-orang yang beriman.
Tetapi sering terjadi, kaum-kaum pendusta pasti akan takut apabila Allah bangkitkan seseorang Rasul di tengah-tengah masyarakat mereka kerana mereka khuatir apa yang Rasul itu sampaikan akan menjejaskan rasa bangga diri mereka terhadap ajaran nenek moyang mereka.
Padahal bukankah iblis yang dipanjangkan umur itu pun termasuk dalam golongan sesat hanya kerana berbangga diri? Betapa ruginya hidup dalam kelompok iblis.
7:88. Berkata pembesar-pembesar kaumnya yang menyombongkan diri, "Sungguh, kami akan mengusir kamu, wahai Shuaib, dan orang-orang yang percaya bersama kamu daripada bandar raya kami, atau kamu kembali kepada anutan kami." Dia berkata, "Apa, walaupun kami membencinya?
Seperti kaum terdahulu, yang menyanggah seruan seseorang Rasul hanyalah golongan yang sombong yang merasa bangga anutan nenek moyang mereka sahaja yang benar. Akibat panas hati dengan seruan Rasul itu, maka mereka mencari jalan untuk mengusir Rasul itu atau menyuruh golongan beriman itu kembali kepada ajaran yang menyebabkan penyakit bangga diri.
Kalau kita seru kebenaran kepada golongan yang sombong itu, pasti mereka akan memadamkannya kerana mereka takut penipuan ajaran anutan mereka terbongkar. Mereka tiada keupayaan untuk membuktikan apa yang benar pada diri mereka. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan memadamkan kebenaran. Betapa lemahnya jiwa golongan yang berbangga diri itu.
Tidakkah mereka sedar, mengaku Islam sekuat mana sekali pun tetapi dalam jiwa penuh penyakit bangga diri, tetap manusia itu digolongkan dengan iblis?
Syuaib menolak tawaran agar kembali kepada ajaran nenek moyang itu kerana mereka membenci ajaran yang menyebabkan berbangga diri kerana ajaran itu hanya menyebabkan manusia hidup berpecah-belah dan benci-membenci.
7:89. Sungguh, kami akan mengada-adakan dusta terhadap Allah jika kami kembali kepada anutan kamu, setelah Allah menyelamatkan kami daripadanya. Tiadalah bagi kami untuk kembali kepadanya, melainkan jika Allah, Pemelihara kami, menghendaki. Pemelihara kami merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya. Kepada Allah kami mempercayakan. Wahai Pemelihara kami, bukakanlah satu keputusan yang benar antara kami dan kaum kami; Engkau yang terbaik daripada pemberi-pemberi keputusan."
Ajaran nenek moyang kaum yang sombong itu hanya akan menyebabkan golongan beriman mengada-adakan dusta terhadap Allah. Sebab itulah Syuaib dan pengikutnya meninggalkan ajaran sebegitu. Apakah patut mereka kembali kepada ajaran yang dusta setelah Allah datangkan bukti-bukti yang nyata?
Setelah Allah suluh jiwa kita sehingga mampu membezakan mana yang benar dan mana yang dusta, patutkah kita kembali kepada ajaran yang menggelapkan hati seterusnya berbangga diri kononnya diri itu Islam?
Kemudian golongan beriman berdoa agar dibukakan keputusan untuk menentukan siapa golongan yang benar dan siapa yang berdusta sebab Allah-lah yang layak menghukum. Tetapi ada manusia lebih percaya kepada selain Allah untuk menghukum. Hakikatnya mereka menghukum mengikut hawa nafsu mereka sahaja.

Similar topics» khasiat surah yassin
» Surah Al-Falaq (113)
» Truth Remains Falsehood Perishes (Surah Ar-Ra'd 13:17)
» A Grain of corn (Surah Al-Baqarah 2: 261)
» The Rope (Surah Al-'Imran 3:103)
» Surah Al-Falaq (113)
» Truth Remains Falsehood Perishes (Surah Ar-Ra'd 13:17)
» A Grain of corn (Surah Al-Baqarah 2: 261)
» The Rope (Surah Al-'Imran 3:103)
e-mindakita :: Minda Umum :: Al-Quran
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum