Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Surah 6: Al-An'am

View previous topic View next topic Go down

Surah 6: Al-An'am

Post by Admin on Sun Jun 14, 2009 3:42 am

Kajian tentang maksud perkataan-perkataan dan ayat-ayat dalam surah ini. Forumer digalakkan bersoal-jawab atau bertukar-tukar pendapat mengenai perkataan dan ayat yang tidak atau kurang difahami dalam surah ini bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman kitab Al-Quran.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Surah 6: Al-An'am

Post by Admin on Wed Jun 17, 2009 12:45 am

6:48. Kami tidak mengutus para utusan kecuali untuk membawa berita gembira, dan memberi amaran. Maka sesiapa yang percaya, dan membetulkan - tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

Setiap rasul yang diutus Allah itu membawa berita gembira dan memberi amaran. Berita gembira yang dibawa itu berupa ganjaran kesenangan di akhirat (syurga) jika percaya kepada apa yang disampaikan kepada rasul manakala rasul juga akan memberi amaran bahawa mereka yang tidak patuh kepada ayat-ayatNya, mereka akan diberi azab di akhirat kelak. Amaran-amaran ini juga termasuklah kisah-kisah yang dirakamkan dari al-quran terhadap kaum-kaum terdahulu yang tidak mempercayai apa yang dibawa oleh rasul seperti kisah kaum nabi musa, nabi nuh dan nabi lut. Sebab itulah orang yang percaya dan membetulkan apa yang tidak kena kepada mereka selama ini, segala rasa takut dan sedih mereka akan hilang.

6:49. Tetapi orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, merekalah yang azab akan sentuh kerana mereka berbuat kefasiqan.

Siapakah orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Allah itu? Mereka itulah golongan yang tidak mempercayai apa yang dibawa oleh rasul. Meskipun sudah ditunjukkan bukti-bukti yang nyata, mereka masih ingkar kerana terlalu taksub dengan ajaran-ajaran nenek moyang mereka. Sudah tentu golongan sedemikian akan diazab oleh Allah di akhirat kelak.

6:50. Katakanlah, "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"

Atas perintah dari Allah kepada nabi muhammad, baginda tidak berkata bahawa baginda memiliki kekayaan/ khazanah alam yang Allah miliki. Baginda juga tidak mempunyai pengetahuan yang ghaib termasuklah alam kubur, kiamat, peristiwa masa hadapan dan sebagainya disamping baginda juga tidak berkata bahawa dia adalah seorang malaikat. Baginda hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadanya. Wahyu tersebut tentulah ayat-ayat Allah dalam kitab al-quran. Selain al-quran, beliau tiada autoriti hendak mereka-reka bahawa apa yang diucapkannya adalah wahyu. Perumpamaan di antara orang celik dan buta itu memang wajar. Allah suruh fikir perbezaan antara orang celik (yang dapat melihat bukti-bukti jelas dari rasul) dengan orang buta (yang tidak dapat melihat bukti-bukti jelas tersebut). Apabila difikirkan, nyatalah kebanyakan orang-orang yang dapat melihat bukti-bukti jelas ini seharusnya adalah orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah dan tidak seharusnya mendustakannya. Namun begitulah sebaliknya berlaku akibat kezaliman diri-diri mereka sendiri.

6:51. Dan berilah amaran dengannya kepada orang-orang yang takut bahawa mereka akan dikumpulkan kepada Pemelihara mereka; tidak ada bagi mereka, selain daripada Allah, seorang wali (pelindung) dan tiada juga seorang pengantara, supaya mereka bertakwa.

Orang-orang yang tidak percaya tidak akan mengendahkan amaran dari rasul. Oleh itu, hanya orang-orang yang bertakwa percaya bahawa apabila mereka dikumpulkan di akhirat kelak, mereka tidak ada pengantara dan pelindung selain daripada Allah. Sesiapa saja termasuk para nabi, orang alim, tok guru-tok guru tidak akan dapat membantu mereka.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Surah 6: Al-An'am

Post by gujiks on Wed Jun 17, 2009 11:43 am

Sy amat meminati Kolum Al Quran ini utk dibicangkan ... apa kata kita bincang satu persatu dari awal ayat sehingga abisnya tanpa meninggalkan mana2 ayat Al Quran yg terkandung .. jika kita mengambil secara rawak shaja .. perbincangan kita menjadi berterabur kelak satu ketika nnt ..

Sekadar cadangan ..

Kita mulakan dengan Surah Lazim dulu .. atau kita mulakan dari Ummul Kitab ..

gujiks
Siswa-Siswi

Number of posts: 27
Location: Tanah Allah
Reputation: 0
Credits: 1517
Registration date: 2008-04-25

Back to top Go down

Re: Surah 6: Al-An'am

Post by Admin on Wed Jun 17, 2009 12:35 pm

gujiks wrote:Sy amat meminati Kolum Al Quran ini utk dibicangkan ... apa kata kita bincang satu persatu dari awal ayat sehingga abisnya tanpa meninggalkan mana2 ayat Al Quran yg terkandung .. jika kita mengambil secara rawak shaja .. perbincangan kita menjadi berterabur kelak satu ketika nnt ..

Sekadar cadangan ..

Kita mulakan dengan Surah Lazim dulu .. atau kita mulakan dari Ummul Kitab ..


Terima kasih gujiks. Saya tiada masalah dan bersetuju jika anda ingin membincangkan dari awal ayat hingga akhir ayat. Namun begitu, saya juga memberi kebebasan jika ada forumer yang hanya ingin membincangkan perkataan atau ayat yang tidak atau difahaminya dalam surah tersebut. Terpulanglah kepada forumer tersebut. Saya bersikap terbuka di sini. Yang penting kita sama-sama dapat manfaat dan ilmu hasil dari perbincangan ini. Smile

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Surah 6: Al-An'am

Post by gujiks on Thu Jun 18, 2009 7:12 am

Alhamdulilah .. mudah2an kita mendapat barkah dan rahmat atas ayat Allah yg akan tadabburkan bersama2 kelak .. amin ..

gujiks
Siswa-Siswi

Number of posts: 27
Location: Tanah Allah
Reputation: 0
Credits: 1517
Registration date: 2008-04-25

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum