Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 932 registered usersThe newest registered user is mhdi
Our users have posted a total of 57734 messages in 1697 subjects
Top posters
| Admin (4096) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3488) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Mengharapkan Kematian
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Mengharapkan Kematian
Katakanlah, "Jika tempat kediaman akhir di sisi Allah itu khas untuk kamu, dan tidak untuk manusia lain, maka inginkanlah kematian jika kamu berkata benar." (Al Baqarah: 94)
Mengaku sebagai orang yang benar, semua orang boleh lakukan. Tetapi mengharapkan kematian, bukan semua orang suka, melainkan orang yang benar-benar percaya kepada Allah hari akhirat dan sedikit mencintai dunia.
Bagi orang beriman, mengingati mati adalah motivasi untuk menjadikan dirinya sentiasa berpegang kepada sesuatu yang benar. Inilah cara untuk melatih jiwa kental dalam menegakkan kebenaran. Supaya jadi insan yang tidak takut dicela. Sebagai janji Allah, bila sesuatu kaum telah murtad dari agama yang lurus, pasti Allah datangkan golongan yang tidak takut dicela oleh orang yang suka mencela.
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (Al Maa'idah: 54)
Mengharapkan kematian menjadikan manusia itu bersungguh-sungguh memberi yang terbaik kepada generasi manusia akan datang. Setiap detik mengingati Allah seperti mati semakin hampir (memang realitinya mati sentiasa menghampiri).
Dengan mengingati mati, hati akan jadi kental dalam menyampaikan kebenaran dan ilham akan mencurah-curah sebab merasa masa di dunia sudah tidak berapa lama lagi dan perlu digunakan secukupnya untuk berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Demi masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar. (Al Ashr)
Ketakutan pada kematian boleh dilawan dengan berpegang pada kebenaran. Kebenaran hanya dicapai bila manusia itu menggunakan akal. Hukum alam dalam diri manusia telah ditetapkan bahawa bila berpegang pada sesuatu yang dusta, jantung akan berdegup kencang. Hati akan jadi takut, seterusnya rasa takut nak menghadapi kematian.
Tetapi dengan belajar berpegang pada bukti yang kukuh dan nyata, hati akan jadi kental. Sebab itu kita dengar khabar peperangan orang beriman dahulu menemui kemenangan biarpun mereka di pihak yang sedikit. Ini kerana kekentalan hati mereka untuk tidak takut mati.
Mati itu pasti. Kenapa perlu takut jika manusia itu berpegang pada kebenaran? Selalulah mengingati mati supaya menjadi manusia yang bersegera kepada kebajikan dan mengalahkan keraguan. Barulah capai kematian yang menenangkan jiwa.
Dengan selalu mengingati mati, barulah kita bersemangat nak berfikir pasal kebenaran kerana itulah cara untuk elakkan diri daripada lalai dan ditipu-daya syaitan. Sebab itulah mereka menyampaikan wasiat pada kebenaran dan kesabaran berjela-jela sebagai persediaan menghadapi hari yang dijanjikan.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3488
State:
Reputation: 6
Credits: 5195
Registration date: 2008-08-26
Re: Mengharapkan Kematian
Tips Mencintai Mati
Oleh kerana mati itu pasti, secara logiknya ia bukan satu perkara yang perlu dijauhi. Hanya orang yang tidak berakal sahaja berharap dia tidak akan mati buat selama-lamanya. Jadi bagaimanakah cara untuk mencintai mati?
1) Merasai hidup ini hanya persinggahan sementara dan akhirat itu destinasi sebenar.
2) Hidup hanya berpegang pada bukti yang nyata agar tidak takut untuk mati. Hanya orang yang mendustai agama sahaja takut untuk mati.
3) Perbanyakkan menyumbang kepada manusia terutama ilham-ilham yang benar seumpama Al Quran, dan jauhkan berkata yang sia-sia.
4) Banyakkan memikirkan sesuatu untuk kebaikan manusia akan datang seolah-olah kita akan hidup lama, dan rasai nikmat dunia sekadar kelangsungan hidup (bersederhana) seolah-olah esok akan mati.
5) Jangan hidup secara pengecut dan berpaling lari sebab nanti malu nak mati.
6) Jangan beragama menurut cakap orang tanpa berfikir dan ikut-ikutan sebab dalam kubur nanti bersendirian. Masa itu tiada teman-teman nak membantu.
7) Tidak mengharap balasan orang lain terhadap apa yang kita sumbangkan, kerana yang penting ganjaran kebahagian hasil kejayaan kita lakukannya guna keupayaan sendiri. Kebahagiaan itulah yang akan menjadikan kita yakin pada diri seterusnya tidak takut mati.

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 2987
Registration date: 2008-04-14
Re: Mengharapkan Kematian
.7) Tidak mengharap balasan orang lain terhadap apa yang kita sumbangkan, kerana yang penting ganjaran kebahagian hasil kejayaan kita lakukannya guna keupayaan sendiri. Kebahagiaan itulah yang akan menjadikan kita yakin pada diri seterusnya tidak takut mati
amalkan lah walau satu ayat dgn berterusan . tuhan dah tau kelemahan kita jadi kalau satu ayat pun kita amalkan ini dah memadai utk kesyurga . setiap ayat quran adalah kebaikan jadi kebaikan sebaimanakah yg perlu kita amalkan . jangan pulak kita hanya menyebut2 ayat quran sptmana yg di amalkan hari ini di mana kita berharap kan ayat itu memberi kesan kepada kita padahal apa yg di sarankan ialah mengamalkan perbuatan yg baik .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1758
Registration date: 2009-04-18
Re: Mengharapkan Kematian
Ya, semua perkara yang baik, jika diamalkan secara berterusan, pasti kita akan dapat ganjarannya.
Selalunya, perkara yang baik memerlukan kita rajin berlatih. Nak pandai belajar, kena rajin buat latihan. Malah apa jua bidang yang kita ceburi, memerlukan ketekunan menjalani latihan. Pada latihan itulah membezakan kejayaan manusia dengan manusia yang lain.
Berlatihlah tanpa kenal erti lelah. Setelah berjaya sesuatu perkara, lakukan perkara yang lain pula. Agar kepuasan menjayakan sesuatu itu tidak menjadikan kita orang yang lalai sebaliknya kita jadi orang yang terus berusaha dan berjuang. Bila banyak kita mengecapi kejayaan, bila masa nak tiba kematian itu, tidaklah kita jadi orang yang menyesal.
Seperti kejayaan mengalahkan hujah kaum penyembah Nabi itu sehingga mereka berputus asa bukannya tidtik akhir golongan beriman untuk berjuang. Kejayaan itu membakar semangat untuk terus berusaha kerana mati sentiasa menghampiri.
Golongan beriman sentiasa ingin melakukan sehabis baik kerana Allah sebelum mati. Barulah kembali kepada Allah dengan jiwa yang puas. Macam para pejuang terdahulu, bila mereka berperang, mereka lakukan sebaik mungkin yang mereka mampu. Hidup atau mati, biar Allah yang tentukan.

Mati Untuk Allah
Mati untuk Allah adalah mati dalam keadaan berjuang tanpa berputus asa untuk menegakkan. Orang beriman, mereka mati dalam keadaan sentiasa berjuang. Tiada noktah dalam perjuangan. Menegakkan kebenaran tanpa erti lelah dan berputus-asa biarpun orang kafir hanya mengejek sahaja.
Allah memang sudah tetapkan orang kafir itu hidup mereka untuk mengejek sahaja. Biarkan mereka. Sebab kelak mereka pun akan mati juga.
Tapi apakah mati dalam keadaan berjuang menegakkan kebenaran itu yang bermakna atau mati dalam keadaan mengejek akibat tidak mampu mempertahankan kebenaran itu yang bermakna?
Berjuanglah menegakkan kebenaran sehingga akhir hayat, kelak diri tidak akan menyesal. Rasulullah sampai saat-saat akhir hayatnya tetap mendapat wahyu, menunjukkan baginda tidak berhenti berfikir untuk menyeru kepada kebenaran.
Biarpun Allah sudah tunjukkan bagaimana kaum penyembah Nabi itu dikalahkan hujah mereka dengan logik sahaja, itu bukan bermakna tamat sebuah perjuangan. Itu baru permulaan mengatakan dalam menegakkan kebenaran. Kerana setiap orang beriman tiada noktah dalam berjuang biarpun Allah berikan kemenangan. Setiap kejayaan yang Allah berikan, dibalas dengan semangat ingin terus berjuang sebab saat mati semakin menghampiri. Alangkah ruginya mati dalam keadaan berpaling lari.

Similar topics» Untuk kesihatan anda sekeluarga & sebab utama lelaki masuk Neraka
» Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur
» JABATAN HUTAN SABAH SEMAKIN KEJAM???
» mati pun ada tanda jugak kew?
» Menuju Kematangan vs Menuju Kematian
» Hakikat dan teori HANTU bangkit dari kubur
» JABATAN HUTAN SABAH SEMAKIN KEJAM???
» mati pun ada tanda jugak kew?
» Menuju Kematangan vs Menuju Kematian
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum