Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 7 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 7 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Adli on Wed Jun 10, 2009 4:23 pm

Sejak melihat hujah-hujah kaum penyembah Nabi, barulah kita faham sebab apa Allah melarang manusia menyekutukanNya. Bukan kerana Allah terkesan dengan sikap manusia itu. Allah tidak hairan pun manusia nak sembah Dia atau pun tidak. Tetapi hukum alam telah menetapkan, bila manusia itu mula menyembah selainNya, otak mereka akan jadi b0doh. Itulah ketetapan yang pasti kepada kaum yang menyekutukanNya.

Sebab itu, apabila kita rujuk Al Quran, kaum kafir terdahulu bersikap seperti orang yang b0doh kepada para Rasul mereka. Ada yang minta didatangkan azab yang diancamkan. Ada sekadar mampu mengejek "inilah sihir yang nyata" dan macam-macam cara yang menunjukkan persamaan di kalangan mereka biarpun berbeza zaman. Ini kerana tahap keb0dohan manusia, menyebabkan mereka bertindak sesuai dengan ketetapan alam untuk golongan yang sebegitu.

Tidakkah orang kafir itu sedar, apabila mereka minta Allah datangkan azab kepada mereka, seumpama mereka sudah tiada harapan nak masuk syurga? Masa didatangkan azab itu, sempat lagikah mereka nak bertaubat?

Ketika nak mati itu, tiada siapa akan datang beri syafaat lagi. Begitu juga Nabi yang mereka sembah itu juga tidak akan memberi syafaat kepada mereka biarpun ikut riwayat hadis mereka, dikatakan Nabi itu akan memberi syafaat kepada mereka.

Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudharatan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: "Mereka itu adalah pemberi syafa'at kepada kami di sisi Allah." Katakanlah: "Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) dibumi?" Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dan apa yang mereka mempersekutukan (itu). (Yunus: 18)

Ayat Al Quran ini menemplak kaum penyembah selain Allah itu yang menganggap adanya syafaat dari apa yang mereka jadikan sekutu bagi Allah. Mereka menyekutukan Allah dengan jadikan seseorang Nabi itu sebagai pembuat ketetapan tanpa dibuktikan dari hukum alam. Bagi mereka, mentaati riwayat hadis itu bermakna mereka sudah ikut Nabi.

Di mana mereka letakkan kewarasan? Takkanlah segala kata-kata yang disandarkan atas nama Nabi, terus mereka percayai tanpa menyelidiki apa bukti kebenarannya? Ada yang tokok tambah dengan riwayat hadis mengatakan Nabi Muhammad akan beri syafaat pada mereka, sedangkan ayat Al Quran di atas menafikan, Nabi yang mereka sembah itu akan memberi syafa'at kepada mereka.

Begitulah satu-persatu Allah perlihatkan ayat Al Quran yang menafikan ajaran menyembah Nabi itu... Smile



Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by semut api on Wed Jun 10, 2009 4:28 pm

kalau sekadar nak mengarang kosong , besok belum tentu habis lagi ditulisnya, apa guna karangan kosong yg tak ada maknanya, sekadar mengembek & menyalak2 bukit ... tak kan runtuh dibuatnya duhai akai kontot laughing

wahai kaum penyembah akal kontot! bertaubatlah dgn sesungguhnya

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Admin on Wed Jun 10, 2009 4:53 pm

semut api wrote:kalau sekadar nak mengarang kosong , besok belum tentu habis lagi ditulisnya, apa guna karangan kosong yg tak ada maknanya, sekadar mengembek & menyalak2 bukit ... tak kan runtuh dibuatnya duhai akai kontot laughing

wahai kaum penyembah akal kontot! bertaubatlah dgn sesungguhnya


Beginilah jika orang-orang yang Allah berkehendak untuk tidak beri petunjuk kepadanya. Hati mereka digelapkan, mata dan telinga mereka ditutup. Walau macam mana pun hujah-hujah orang yang bersandarkan pada ayat-ayat al-quran, mereka langsung tidak ambil pengajaran dan peringatan.

Hanya yang mampu mereka katakan; "apa guna karangan kosong yg tak ada maknanya.."

Tidak pula dibuktikan bagaimana karangan kosong yang tidak ada maknanya itu.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Adli on Wed Jun 10, 2009 5:10 pm

bayau wrote:
semut api wrote:kalau sekadar nak mengarang kosong , besok belum tentu habis lagi ditulisnya, apa guna karangan kosong yg tak ada maknanya, sekadar mengembek & menyalak2 bukit ... tak kan runtuh dibuatnya duhai akai kontot laughing

wahai kaum penyembah akal kontot! bertaubatlah dgn sesungguhnya


Beginilah jika orang-orang yang Allah berkehendak untuk tidak beri petunjuk kepadanya. Hati mereka digelapkan, mata dan telinga mereka ditutup. Walau macam mana pun hujah-hujah orang yang bersandarkan pada ayat-ayat al-quran, mereka langsung tidak ambil pengajaran dan peringatan.

Hanya yang mampu mereka katakan; "apa guna karangan kosong yg tak ada maknanya.."

Tidak pula dibuktikan bagaimana karangan kosong yang tidak ada maknanya itu.

Bayau. Itulah yang membuktikan kebenaran golongan beriman. Kalau kita berdusta, mereka tidak akan berkata seumpama cara orang kafir terdahulu. Sepatutnya mereka itulah yang mampu bawakan hujah-hujah yang berjela-jela seperti Al Quran jika mereka benar-benar ikut Nabi. Malangnya, mereka bukan ikut Nabi lagi, tapi gara-gara keb0dohan yang tidak boleh diajar, Nabi itu telah mereka sembah.

Di sinilah kita nampak kesan buruk hasil ajaran menyembah Nabi itu sebagai bukti yang nyata untuk kita bawa dihadapan Allah nanti kenapa kita tolak ajaran taksub riwayat itu. Selama kita berhujah, mereka tidak mampu pertahankan hujah mereka dengan rasional, jadi macam mana kita nak nampak kebenaran mereka. Setakat mengaku benar, kaum kafir terdahulu pun tak mengaku mereka itu kafir.

Mereka akan jadi manusia yang tidak mempunyai ilham. Bila tiada ilham, kata-kata mereka hanya setakat macam itu sahaja. Akal mereka terhad sebab ajaran nenek moyang mereka itu mengatakan akal manusia terbatas. Memang mereka mengakui keterbatasan akal mereka sendiri.

Sebab itu seronok tengok cara mereka menulis. Allah bagi otak untuk berfikir, setakat itu sahaja mereka mampu membuktikan apa yang ada dari diri mereka. Sekontot mana tulisan mereka, itulah diri mereka... Very Happy

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by toukey on Wed Jun 10, 2009 7:42 pm

ehmm...nak tergelak pun ada bila berhujah dengan geng putar belit nie..bila kita diam kata kita mati akal..bila jawapan kontot dia kata akal pendek.. memang sah lah..golongan ini tidak mahu mengalah..Pah nie kita jemput diaorang berceramah kat masjid la..nanti tolong bagi nama dan alamat serta no telifon..Saya boleh uruskan dengan JAKIM nie...kita mintak kerjasama dari juang dan adli la pasal nie yea..Kita bagi peluang untuk diaorang berceramah pasal akidah nie kat mana-mana masjid kat Malaysia nie..kalau boleh bagi alamat kat sini la..senang sket forumer lain nak hubungi anda yea..

Anda berani kerana benar bagilah alamat anda disini atau PM saya dengan segera mungkin..Sekian terima kasih.. laughing

kalau dah ada program kat mana-mana tempat.sila maklumkan disini juga..boleh geng-geng penyembah nabi ini join sekali dan perbetulkan iktikad mereka..

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Adli on Thu Jun 11, 2009 6:25 am

Kami pun nak tergelak gak dengan perangai kaum penyembah Nabi itu. Mereka bawakan tulisan yang kontot, dan tak mampu buktikan kebenaran mereka, tapi masih tak sedar-sedar diri kenapa Allah sekat ilham pada mereka.

Jika mereka golongan yang benar, sepatutnya ilham yang mereka dapat macam Al Quran-lah yang panjang berjela-jela. Ini tidak. Kononnya ikut Nabi yang ada kitab berjela-jela, tetapi mereka setakat mampu tulis kontot. Lepas tu ada hati nak kata diri mereka benar dengan hujah macam tu. Tak ke memalukan?

Buka mata itu luas-luas. Kenapa Allah bagi Nabi Muhammad kitab yang berjela-jela, sedangkan kaum yang kononnya iktu Nabi, tapi tak pun mencontohi Nabi yang ada output dari dirinya. Yang tidak membawa sebarang output hanya orang kafir terdahulu sahaja.

Ingatlah, orang kafir terdahulu pun kata mereka benar, biarpun berhujah sekontot "inilah sihir yang nyata". Kita menilai orang bukan pada kata akuan mereka itu benar, tetapi sejauh mana mereka membuktikan kebenaran dalam diri mereka.

Jika Nabi Muhammad pun membuktikan iman baginda dengan bawa ilham yang berjela-jela itu, apakah orang yang bukan nabi hanya mengaku benar dengan ayat sekontot itu, tetapi nak masuk syurga macam Nabi? Aiik, banyak punya cantik muka mereka nak masuk syurga mudah-mudah gitu aje?

Sudahlah ayat mereka bukannya bawa bukti iman mereka, tetapi hanya nak hukum orang. Nabi Muhammad hukum kaum lain tak betul, tetapi dalam masa yang sama, baginda bawa apa yang betul dari diri baginda. Itulah ciri-ciri ahli syurga.

Kalau setakat mengaku benar dan menghukum orang lain salah, orang kafir dahulu pun mengaku diorang benar dan menghukum rasul mereka salah. Mana ada orang kafir nak mengaku mereka itu kafir?

Tapi bila Nabi Muhammad cabar mereka, bawakan kitab seperti Al Quran yang terbukti benar ikut hukum alam jika orang kafir itu benar, terkial-kial juga orang kafir itu nak membuktikan.

Begitulah yang kita boleh lihat dari perangai kaum penyembah Nabi di sini. Mereka setakat mampu mengaku mereka benar dan menghukum orang lain salah. Tapi sepanjang berhujah dengan mereka, tidak ada pun mereka buktikan apa yang benar daripada diri mereka. Setakat bawa tulisan menghukum orang lain salah, itukan taktik orang kafir terdahulu?

Di situ sahaja kita boleh menilai siapa mereka. Takkanlah orang beriman, tapi cara berhujahnya macam cara orang kafir terdahulu? Itu yang kita naik hairan dengan cara mereka.

Buktikan kemampuan berhujah kalian di forum ini dahulu. Lihatlah, baru sampaikan di forum siber yang manusia itu mudah nak quote mana tulisan kita yang dusta pun mereka sudah panas hati, macam mana nak berhujah dengan matang di medan terbuka?

Nak perbetulkan iktikad manusia, memerlukan mereka belajar terima perbezaan pandangan orang lain. Kalau masyarakat tak matang, berhujah dengan bukti yang nyata macam mana pun mereka akan jadi macam orang kafir juga.

Bayangkan, Kassim Ahmad yang taraf ahli falsafah terkemuka pun menyebabkan umat Islam panas hati bila beliau kemukakan riwayat hadis perlu dikaji semula, apa lagi kami orang biasa tapi Allah kurniakan pemahaman yang sama pasal kesan buruk guna riwayat hadis itu.

Allah dah tunjukkan pada kita bagaimana tak matangnya kaum penyembah Nabi itu bila berhujah. Bila berbeza pendapat sedikit, dah hangit terbakar. Padahal tidak pun mereka buktikan apa yang benar daripada mereka. Kerja mereka nak menghukum orang lain tak betul tanpa buktikan apa yang betul dari mereka.

Ketidakmatangan inilah menyebabkan Allah tak izinkan kami sebarkan secara luas. Sebab Allah tidak mahu ramai jadi macam orang kafir yang panas hati itu.

Buat masa ini, kami menulis peringatan secara bebas di sini, tanpa ganggu orang lain. Sesiapa yang nak baca, itu hak mereka. Sesiapa yang tak nak baca itu juga hak mereka. Tugas kami menyampaikan apa yang benar dan Allah-lah yang akan mendorong hati manusia untuk membacanya. Sebab peringatan Allah hanya untuk orang beriman.

Dan jangan nanti ada manusia menyesal di hadapan Allah atau mengatakan pada Allah, mereka tidak pernah dengar peringatan seumpama ini. Sesama manusia bolehlah mereka berdusta, dengan Allah boleh ke mereka berdusta. Kenapa mereka panas hati dengan pegangan mereka hari ini? Tidakkah mereka memikirkan kenapa Allah bakar hati mereka sejak di dunia ini?

Kami hanya mencari orang yang ikhlas hatinya, bukan nak sampaikan kepada orang yang hatinya sudah tertutup. Menyampaikan kepada orang yang hatinya tertutup, macam bercakap dengan binatang ternak aje. Kalau berceramah dengan orang-orang yang tertutup hatinya, samalah macam berceramah dalam kandang.

Jadi lebih baik kami menulis macam ini supaya sesiapa yang percaya kepada Allah dan hari akhirat, akan datang ke sini memikirkan apa yang kami peringatkan, biarpun orang kafir itu datang sini sekadar menunjukkan kedengkian mereka.

Orang nak tolong peringatkan kenapa umat mereka lemah dan berpecah-belah pun mereka tak mahu. Betapa manusia itu tidak tahu bersyukur kepada Tuhannya.

Bila masyarakat dah matang berfikir, barulah Allah akan izinkan peringatan ini berkembang sebab Islam itu bukan paksaan.

Kami tak berharap berceramah sebab tengok tahap kematangan mereka di alam siber ini pun sudah macam itu rendahnya. Patutnya buktikanlah kematangan itu dahulu di sini... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by toukey on Thu Jun 11, 2009 7:28 am

Air paip dah melimpah...berdakwah dengan penulisan saje?? ape ke logik lak..Orang dah offer nak bantu dia nak kembangkan dakwah taknak pulak...kena betulkan iktikad dulu..masyarakat mesti bersedia dan matang menerima ajaran nie lah..pandai yea korang berdakwah.Bukan apa senang jea kalau sape-sape ada masalah boleh berjumpa live dengan adli atau juang nie..dan mana-mana kariah yang ingin menjemput anda membuat penerangan tentang ajaran yang anda ikuti ini..Kang menyesal pulak tak diberi peluang untuk menyampaikan benda yang benar nie.Sebab tu saya dah cakap..jangan jadi seperti musang yang hanya suka menjilat... Buktikan pada masyarakat umum..yang anda ini boleh membantu mereka agar kembali kejalan yang benar.... Smile

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Juang on Thu Jun 11, 2009 8:00 am

Allah tidak menghadkan berdakwah cara apa pun. Cuba cari dalam Al Quran, ade ke Allah sekat medium dakwah?

Berdakwah ni bukan kira tempat, yang penting maklumat itu tersebar luas. Di zaman IT, maklumat mudah disebarkan melalui internet. Kenapa tak guna cara yang Allah permudahkan? Berdakwah, biarlah up to date.

Kalau benar nak bantu dakwah, kenapa tak ajak sahaja kengkawan tu datang forum sini? Sama juga dapat ganjaran memberi bantuan? Kat situ aje dah nampak mereka tak ikhlas nak membantu berdakwah sebab pertikai cara orang lain berdakwah. Padahal dengan sebarkan kepada kengkawan pasal peringatan ini ,mudah aje dilakukan dengan ada teknologi email dan internet.

Kalau orang itu beriman, senang-senang aje jemput kawan-kawannya di datang sini. Maklumat di hujung jari. Secara tak langsung kita boleh galakkan orang Melayu maju guna teknologi maklumat.

Kami nak ajak orang Islam dekati komputer dan internet, sebab selaras dengan perjuangan kami supaya manusia bijak berfikir. Dari komputer dan berforum inilah kami dapat petunjuk Allah setelah dapat banyak maklumat perkembangan seluruh dunia untuk membezakan perangai umat Islam sekarang. Itulah sebabnya kami guna medium IT ini dalam berdakwah.

Kami bukan dapat petunjuk sebab dengar ceramah. Tetapi selepas belajar berhujah dengan tenang dan matang di forum. Itulah rahsianya kenapa kami ajak berhujah di sini sebab kami sudah rasai kesan dapat petunjukNya di forum juga. Secara tak langsung, kami boleh mengembangkan medium dakwah yang sebelum ini orang ingat hanya dengan ceramah-ceramah di surau-surau sahaja. Di depan PC pun Allah izinkan manusia berdakwah dan memberi petunjuk. Bukankah Allah ada di mana-mana?

Ingatlah, kami bukan nak cari nama. Yang penting maklumat peringatan Allah itu disampaikan. Itu tugas kami. Orang lain nak terima atau tidak, itu urusan mereka dengan Allah.

Siapa kami, orang tak kenal, itu tidak penting. Macam Nabi Muhammad itu kita bukan kenal siapa jasad orangnya. Tetapi maklumat dalam Al Quran yangt bukti benar itu yang pentingnya. Biarpun baginda sudah wafat, tetapi baginda masih berdakwah dengan masih terpeliharanya Al Quran sehingga hari ini. Dengan terjemahannya sahaja kita mampu menjauhi amalah kurafat dan menyembah Nabi itu.

Kami tak menyesal orang tak jemput, sebab urusan memberi petunjuk itu di sisi Allah. Tambah lagi adanya webmaster yang izinkan kami sampaikan peringatan macam ni di forum mereka sudah satu jemputan, biarpun banyak di forum yang kononnya Islamik yang pernah kami join, mereka setakat mampu ban kami sahaja bila kalah berhujah.

Tugas kami menyampaikan segala ilham yang Allah tunjukkan. Memperjelaskan ayat-ayat Allah supaya manusia mahu beringat.

Siapa musang yang menjilat? Datang sini nak menghukum orang tapi tak buktikan kebenaran dari sendiri? Bukankah itu musang berbulu ayam? Nampak macam Islam, tapi tak mampu membuktikan kebenaran kata-katanya.

Jika golongan macam ni yang ramainya dalam umat Islam, tidak hairanlah kenapa umat Islam lemah dan berpecah-belah. Allah bagi peluang buktikan kebenaran kata-kata kat forum ni pun tak mampu.

Kami berdakwah bukan cara satu hala macam berceramah. Kami lebih suka konsep dua hala. So forum macam ini mudah nak sampaikan hujah secara dua hala. Ada timbal balik. Kalau berceramah, hanya satu hala. Kami tidak boleh uji mereka faham ke tidak. Dengan berhujah di forum sebegini, kami boleh melihat tahap penerimaan mereka dan dari situ kami boleh menilai mereka.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by toukey on Thu Jun 11, 2009 8:28 am

Teruskanlah perjuangan murni anda wahai saudaraku juang..buktikan kepada umum yang anda mampu membimbing mereka.Bagi saya yang lemah ini akan terus belajar dan belajar..Bimbinglah mereka kejalan yang benar jika anda tergolong dalam golongan yang beriman.Tanam dan semai benih-benih iman dalam diri mereka,..Ajarlah mereka berfikir secara waras dan berakal...pasti anda mendapat ganjaran yang lebih dariNya..jika anda memesongkan mereka..anda adalah orang yang terdahulu dilaknatiNya,nauzibillah... wassalam..

Sememangnya kita tidak sependapat...kerana masih mencari kebenaran yang Hak.. Smile

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Juang on Thu Jun 11, 2009 8:49 am

Jika kami terpesong, mudah-mudah sahaja mereka buktikan di mana terpesongnya kami tanpa mereka perlu menunjukkan sikap seperti orang kafir terdahulu.

Pointnya mudah nak menilai seseorang itu benar atau tidak. Lihatlah pada kebenaran kata-katanya mengikut hukum alam, sebab hanya orang yang beriman sahaja mampu berbuat begitu.

Sebab itulah Al Quran yang Nabi Muhammad sampaikan berjela-jela itu terbukti benar mengikut hukum alam. Manusia belum cipta roket untuk naik ke langit, baginda sudah dapat petunjuk dari Allah bahawa ada logiknya manusia boleh lintasi langit asalkan ada kekuatan.

Kekuatan apa untuk naik ke langit? Kekuatan minda secara berjemaah, sebab jika seorang dua sahaja fikir pasal bendanya, umat itu tidak akan bergerak.

Orang Barat telah mendahulu umat Islam dalam membenar ayat Al Quran tersebut sebab itu mereka berjemaah mencari idea untuk naik ke angkasa. Tidakkah itu satu pemandangan yang memalukan bagi umat Islam yang ada Al Quran, tetapi sekadar sibuk berebut kuasa dan mencari kemegahan nama atas nama agama?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by semut api on Thu Jun 11, 2009 2:02 pm

akal yg terhad adalah akai yg mengatakan yg DiriNya Allah itu tidak dapat dipandang dgn mata kepala juga dgn mata keakalannya dalam dunia ini lantas tidak dapat membawa bukti yg nyata tentang diriNya Allah tersebut, itulah akai yg kontot tapi merasakan hebat walhal benda yg semudah itupun tidak dapat dibuktikan dgn nyata yg tidak selari dgn apa yg telah mereka2 canang2kan , mmg kelakar b0doh lagi bongok mereka2 itu sebongok & seb0doh keldai yg pendek tengkuknya apabila memakan rumput laughing

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Juang on Thu Jun 11, 2009 3:20 pm

Apa-apa la labu. Yang pentingnya mereka itu tak mampu bawakan apa-apa bukti yang nyata untuk difikirkan. Bila terperangkap dengan ajaran dusta nenek moyang, hanya berkata macam orang tiada minda. Tapi terhegeh-hegeh menulis di eminda. Kwa kwa kwa.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by toukey on Sat Jun 13, 2009 6:30 am

Juang wrote:Apa-apa la labu. Yang pentingnya mereka itu tak mampu bawakan apa-apa bukti yang nyata untuk difikirkan. Bila terperangkap dengan ajaran dusta nenek moyang, hanya berkata macam orang tiada minda. Tapi terhegeh-hegeh menulis di eminda. Kwa kwa kwa.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile


walaupun kami terhegeh-hegeh menulis disini,sekurang-kurangnya tertanam azam dan nawaitu kami untuk mengembalikan rakan kami (bayau) kejalan yang benar,..Alhamdullilah dah ada beberapa orang yang sebelum nie telah terpengaruh dengan dakyah sesat (Adjua) telah kembali dan insaf..memang benar,kata-kata dan hujah-hujan panjang Adjua adalah racun semata-mata..tetapi berselindung disebalik Al kitab..sesuailah dengan jenis musang yang suka menjilat.. Smile

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Admin on Sat Jun 13, 2009 11:54 am

toukey wrote:
walaupun kami terhegeh-hegeh menulis disini,sekurang-kurangnya tertanam azam dan nawaitu kami untuk mengembalikan rakan kami (bayau) kejalan yang benar,..Alhamdullilah dah ada beberapa orang yang sebelum nie telah terpengaruh dengan dakyah sesat (Adjua) telah kembali dan insaf..memang benar,kata-kata dan hujah-hujan panjang Adjua adalah racun semata-mata..tetapi berselindung disebalik Al kitab..sesuailah dengan jenis musang yang suka menjilat.. Smile


Terima kasih kerana masih menganggap saya sebagai 'rakan' meskipun sebelum ini saya ditentang habis-habisan, dipulaukan, dikutuk, didedahkan maklumat peribadi kepada umum dan terbaru difitnah oleh seorang bekas mod. Semua ini gara-gara saya berpaling daripada kepercayaan anutan mereka. Saya percaya bahawa itu semua adalah ujian Allah. Saya bukan jenis orang yang mengikut membuta-tuli. Ketelitian sesuatu perkara itu adalah penting. Dan setelah diteliti dan dinilai, saya percaya inilah petunjuk ke jalan yang lurus. Lantaran itu, saya tidak mahu termasuk di kalangan golongan;

1. Penyembah nabi (menyifatkan nabi sebagai yang berkuasa seperti tuhan)

3:80. Dia tidak akan menyuruh kamu untuk mengambil malaikat-malaikat, dan Nabi-Nabi sebagai Pemelihara-Pemelihara; adakah Dia menyuruh kamu supaya tidak percaya setelah kamu muslim?

2. Dilaknat Allah dan pelaknat.

2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,

3. Berlebih-lebihan dalam agama

4:171. Wahai ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama kamu, dan jangan kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar.

4. Berselisih kerana keangkuhan

2:213. Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab dengan yang benar untuk Dia menghakimkan antara manusia mengenai apa yang mereka memperselisihkan. Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus.

5. Yang mengamalkan ajaran nenek-moyang

2:170. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Ikutlah apa yang Allah menurunkan", mereka berkata, "Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat." Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?

6. Syaitan jenis manusia

6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan perkataan-perkataan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.

7. Yang tidak mempedulikan al-quran

25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."

Oleh itu, mohonlah kepada Allah agar Dia tidak menyimpangkan hati kita setelah mendapat petunjuk dariNya, seperti doa yang telah diajar dalam al-quran;

3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Adli on Sat Jun 13, 2009 12:44 pm

Orang beriman kepada Allah, sekali mereka mendapat petunjuk dan bukti yang nyata (yang akal mereka sendiri capai kelogikannya), mereka tidak berpaling lari ke belakang lagi. Hanya kaum pengecut macam keldai liar itu sahaja akan pengecut.

Lihatlah mereka cara mereka berhujah di sini. Setelah satu-persatu ajaran dusta mereka dibongkarkan, hati mereka telah Allah bakar yang menyebabkan mereka jadi kaum yang berputus asa.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah. Sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa. (Al Mumtahanah: 13)

Hanya kaum pengecut yang berpaling lari itu sahaja yang berputus asa. Sebab itu hujah mereka semakin lama semakin pendek seterusnya hilang ditelan masa. Begitulah Allah perlihatkan siapa yang benar dan siapa yang berdusta.

Setakat terhegeh-hegeh datang sini menghukum orang tanpa bawakan apa bukti kebenaran dalam dirinya sendiri, hanya orang yang lemah dan cepat berputus asa sahaja buat begitu.

Cuba kita renungkan, bila manusia itu mati nanti dalam keadaan pengecut yang berpaling lari dan berputus asa, tentulah kematian mereka itu dipandang hina oleh Allah, para malaikat dan golongan beriman. Alangkah hinanya mati dalam keadaan lemah dan hina macam itu. Dah diperlihatkan umat mereka lemah dan berpecah-belah pun masih tidak mahu berubah. Betapa pengecutnya mereka sedangkan Nabi yang mereka sembah itu seorang yang meninggalkan ajaran nenek moyang yang menyebabkan umat berpecah-belah.

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by toukey on Sun Jun 14, 2009 3:12 am

Okey la..saya mengalah..sila bagi alamat anda untuk dihubungi..kalau boleh kita bincang bersemuka la..gentle sket..kalau berhujah sebalik tabir nie.. rasa tak mesra lak. Smile ..

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Adli on Sun Jun 14, 2009 7:17 am

Alamat kami telah didedahkan oleh ntahsapesapentah. Anda boleh cari di mana alamat itu jika anda mahu.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by toukey on Sun Jun 14, 2009 2:31 pm

Adli wrote:Alamat kami telah didedahkan oleh ntahsapesapentah. Anda boleh cari di mana alamat itu jika anda mahu.... Smile


la..dah puas cari la..tak jumpa lak.. berilah kerjasama sikit wahai saudaraku,,bagi menyenangkan kerja kami.. Smile

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by Adli on Sun Jun 14, 2009 2:53 pm

Anda boleh bertanya pada mereka yang tahu itu. Maknanya kat sini sudah ramai yang tahu dan mudah-mudah sahaja anda boleh mengetahui jika ingin berusaha mencarinya. Lainlah alamat itu tidak pernah didedahkan... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Terhadnya Tahap Akal Penyembah Nabi

Post by slipar on Sun Jun 14, 2009 3:31 pm

Okey la..saya mengalah..sila bagi alamat anda untuk dihubungi..kalau boleh kita bincang bersemuka la..gentle sket..kalau berhujah sebalik tabir nie.. rasa tak mesra lak. Smile


sebalik tabir la bagus .. kalau sebalik tabir pun dah mengalah inikan pulak berdepan , nanti lain pulak jadinya .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum