Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Liciknya Ajaran Menyembah Nabi Menipu

View previous topic View next topic Go down

Liciknya Ajaran Menyembah Nabi Menipu

Post by Juang on Tue Jun 09, 2009 7:57 am

Ada tak kita terfikir, kenapa sikap orang Melayu kita terhadap Al Quran dan riwayat hadis berbeza?

Kaum penyembah Nabi itu mendakwa riwayat hadis itu adalah wahyu Allah. Dengan kata lain, martabatnya sama seperti Al Quran.

Tetapi dalam mengajar kepada pengikut mereka, Al Quran dikatakan oleh mereka sudah tidak jadi Al Quran bila diterjemahkan, tetapi terjemahan riwayat hadis mereka masih anggap hadis Nabi. Padahal asal kata-kata itu sama-sama daripada bahasa Arab. Akibatnya, orang Melayu membaca Al Quran dalam bentuk hafalan sebutan Arabnya, tetapi boleh menggunakan mana-mana terjemahan riwayat hadis tanpa mengira sama ada pimpinan Ar Rahman ke atau kitab-kitab riwayat hadis yang dibawa dari India ke dan dari mana sumber terjemahan sekalipun.

Mereka cuba menipu orang yang beragama secara taksub itu agar Al Quran tidak difahami dan kena hafal sahaja sebutan Arabnya, tetapi tidak pula mereka suruh pengikut mereka itu menghafal riwayat hadis dalam sebutan Arabnya sahaja.

Tidak kita jumpai mereka melagu-lagukan riwayat hadis atau mengajar tajwidnya padahal mereka samakan taraf riwayat hadis itu dengan Al Quran. Tidak kita jumpai mereka membuat tilawah membaca kitab-kitab riwayat hadis sedangkan bagi mereka riwayat hadis itu adalah wahyu Allah.

Perbezaan inilah membuat kita nampak adanya tipu-daya halus kaum penyembah Nabi itu agar martabat Al Quran direndahkan (dibaca tanpa difahami) dan martabat riwayat hadis ditinggikan (riwayat hadis dahulu difahami sebelum Al Quran).

Begitulah tipu-daya kaum penyembah Nabi. Di zaman nenek moyang, bolehlah mereka menipu daya sedemikian rupa. Tetapi di zaman IT ini di mana sudah ramai orang Melayu pantas berfikir dan tajam matanya melihat perbezaan-perbezaan halus ini, macam mana mereka nak menipu lagi? Tambahan pula realiti hasil ajaran mereka itu setakat melahirkan kaum yang lemah (gara-gara lemah mentaliti) dan berpecah-belah (gara-gara kuat beremosi).

Akan runtuh dan musnah juga tipu-daya ajaran mereka itu sedikit demi sedikit seperti hakisan tanah yang meruntuhkan gunung sedikit demi sedikit. Sedangkan ajaran songsang kaum Nasrani yang sembah Nabi Isa itu dahulu pun boleh runtuh, maka tidak mustahil suatu hari nanti ajaran songsang yang sembah Nabi Muhammad itu juga akan runtuh. Tanda-tanda keruntuhannya semakin jelas setelah ramai orang Melayu mula sedar kesan buruk taksub riwayat hadis itu. Bukannya mengundang rahmat Allah, malah mengundang musibah dan bencana kerana hasil ajaran mereka sekadar melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah berebut kuasa lagak kera-kera yang hina.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Liciknya Ajaran Menyembah Nabi Menipu

Post by Admin on Tue Jun 09, 2009 12:23 pm

Saya bersetuju dengan Juang. Malah ayat-ayat al-quran hanya dijadikan bacaan yang dilagu-lagukan. Kebanyakan mereka yang menghayati bacaan ini bukanlah kerana isi ayatnya tapi kelunakan suara si pembaca tersebut. Entah apa yang dibacakannya pun kurang difahami. Sebab itulah Allah tidak mengajar al-quran itu untuk bersyair. Kesannya hanya pada kelunakan suara tapi bukan pada isi kandungan al-quran itu.

36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.

Begitulah betapa liciknya ajaran menyembah nabi itu.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Liciknya Ajaran Menyembah Nabi Menipu

Post by Juang on Tue Jun 09, 2009 1:01 pm

Yang hairannya, mereka nampak banyak percanggahan ajaran nenek moyang mereka (sebab mereka tidak mampu menafikan kedustaan ajaran itu), tetapi menutup sebelah mata. Bagi mereka, biarlah Al Quran itu setakat disyairkan daripada fikirkan.

Mereka tidak mahu memikirkan kenapa ajaran nenek moyang mereka setakat menghasilkan kualiti umat yang memalukan berbanding bangsa lain yang tidak dilihat Islam di mata kasar mereka.

Walau bagaimana pun, kuasa Allah siapa boleh kalahkan? Jika tipu-daya kaum yang menyekutukan Allah terdahulu boleh Allah bongkarkan, maka tidak mustahil juga dengan kaum mereka sekarang.

Yalah, bangkai gajah manakan mampu ditutup dengan suratkhabar?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Liciknya Ajaran Menyembah Nabi Menipu

Post by Adli on Wed Jun 10, 2009 8:12 am

2:8 Dan sebahagian manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah dan Hari Akhir"; tetapi mereka bukanlah orang-orang mukmin (yang mempercayai).

2:9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang percaya, dan hanya diri-diri mereka sendiri yang mereka tipu, dan mereka tidak menyedari.

2:10. Di dalam hati mereka ada penyakit, dan Allah menambahkan penyakit mereka, dan bagi mereka, azab yang pedih kerana mereka mendustakan.

2:11. Apabila dikatakan kepada mereka, "Janganlah kamu membuat kerosakan di bumi", mereka berkata, "Kami hanyalah orang-orang yang membetulkan."

2:12. Sesungguhnya, merekalah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak menyedari.


Begitulah, apabila kita seru kaum penyembah Nabi itu agar kembali kepada ajaran yang benar, sebab Allah sudah tunjukkan hasil ajaran mereka itu sekadar membuat kerosakan, mereka tidak mengaku mereka sudah sesat.

Takkanlah umat yang benar kerjanya berpecah-belah dan berebut kuasa macam kera-kera yang hina itu? Mereka tidak sedar apa yang mereka buat itu adalah kerosakan yang besar di sisi Allah.

Lihatlah cara mereka berbahas. Hanya menunjukkan penyakit sahaja. Kata-kata mereka sekadar menghukum orang, tetapi tidak mampu bawakan apa-apa bukti yang ada hukum alam membenarkannya. Betapa kotornya hati mereka.

Jika mereka itu bersih hatinya, sudah pasti mereka mampu membawa ayat-ayat serupa Al Quran yang logik difikirkan dan berjela-jela. Tetapi mereka tidak mampu membuktikan kebenaran yang ada dalam hati mereka, sebaliknya hanya tahu menghukum orang lain tak betul.

Ingatlah, kaum kafir terdahulu pun menghukum para Rasul mereka tak betul. Mana ada orang kafir nak mengaku apa yang Rasul mereka bawakan itu betul? Jika mereka mengakui, sudah pasti mereka tak jadi kafir lagi lah.

Orang kafir itu hendak menipu Allah dan orang yang beriman, padahal mereka sendirilah yang tertipu. Jika mereka benar, sudah pasti mereka mampu buktikan kebenaran dalam diri mereka. Namun sepanjang berhujah dengan mereka, tidak pula mereka mampu buktikan, kenapa ajaran yang setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah itu merupakan ajaran yang benar.

Di mana kebenaran sesuatu ajaran jika hasilnya buruk dan hina? Memalukan nama Nabi yang mereka sembah itu sahaja. Patutlah orang Barat jadikan Nabi mereka itu sebagai karikatur yang sesuai dengan perangai umat mereka hari ini yang suka berbunuh-bunuhan dan mengebom sana sini.

Dalam otak mereka hanya fikir nak membunuh dan mengebom sahaja. Apa punya ajaran ntah yang mereka ikut.

Kenapa tak fikir pasal alam semesta ini. Punyalah luas, kenapa tak pergi kaji kat angkasa sana? Memang layak mereka diumpama seperti keldai. Ada otak tak mahu pakai... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Liciknya Ajaran Menyembah Nabi Menipu

Post by studentABC on Wed Jul 08, 2009 11:17 pm

Alhamdulillah. Sesungguhnya kebenaran akan diberikan kemenangan oleh Allah.

Kalau sekali pandang pun boleh kita lihat, mereka yang menyembah Nabi ni tak banyak menngunakan dalil Al-Quran sebaliknya mengikut buku-buku tulisan manusia yang dikaitkan dengan Nabi. Tapi mereka yang membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran banyak menggunakan dalil-dalil dari Al-Quran.

Renung dan fikirkanlah wahai manusia. Islam bukan hanya nama.

studentABC
Siswa-Siswi

Number of posts: 2
Reputation: 0
Credits: 1052
Registration date: 2009-07-08

Back to top Go down

Re: Liciknya Ajaran Menyembah Nabi Menipu

Post by Juang on Thu Jul 09, 2009 11:04 am

Sebab Allah sudah janjikan kesempurnaan Al Quran. Al Quran sudah terbukti benar. Jadi kenapa perlu ambil sumber yang lain untuk dijadikan ketetapan? Jika asyik ambil sumber lain dari Al Quran, bila manusia nak bersatu?

Nak tahu akhlak Rasulullah, baca dan fikirkan pengajaran Al Quran secara realistik. Sesuatu yang realistik itu, mampu diamalkan dan dibuktikan secara realistik juga. Kata orang, berpijak pada bumi yang nyata.

Sekarang ini realiti umat Islam berkeadaan lemah sebab ketinggalan jauh dalam bidang ilmu. So macam mana nak keluar dari masalah ini? Ajak orang Islam rajin belajar sebab asas Islam bermula dengan belajar. Setiap jiwa Allah sempurnakan dengan memiliki minat dalam sesuatu bidang. Asah minat tersebut sampai ada kepakaran dan mampu membantu sesama manusia. Jika majoriti orang Islam bersikap begitu, akan jadi lemah lagikah umat Islam?

Belajar yang bermanfaat adalah dengan cara belajar sesuatu yang benar, bukannya belajar ajaran dusta. Sesuatu yang benar, ada bukti yang realistik. Ada hukum alam sebagai penyokongnya. Sebab itulah kebenaran Al Quran terletak pada keselariannya dengan hukum alam.

Lihatlah berapa banyak ayat-ayat Al Quran yang menyebut perihal sistem alam semesta termasuk kejadian diri manusia dari air mani sampai menjadi sekujur tubuh yang kuat. Semuanya terjadi kerana ada hukum alam yang membenarkan ianya terjadi. Dan hukum alam itu Allah izinkan manusia memikirkan. Sebab itulah manusia mampu mengkaji ilmu alam (sains).

Malangnya, entah dari ajaran sesat mana yang anggap ilmu sains itu untuk dunia dan tiada kaitan dengan akhirat. Akibat beranggapan sebegitu, maka ramai yang kononnya Islam sudah meninggalkan ilmu sains sebab tok guru mereka kata itu semua untuk dunia dan takde kena mengena dengan akhirat. Macam mana mereka boleh sampai tahap sempit pemikiran macam itu? Mana ada ayat Al Quran kata fikir pasal ilmu alam itu untuk dunia? Nampak tak mereka pandai-pandai buat hukum mengikut nafsu.

Di akhirat nanti pun kehidupan manusia pun bersandarkan hukum alam yang Allah tetapkan. Sebab itulah orang yang jahat dan buruk perangainya akan di humban ke neraka. Di dunia pun kalau kita ada barang buruk dan rosak, kita akan bakar atau buang. Macam itulah di sisi Allah, bila ada manusia yang buruk perangainya, iaitu orang yang ada akal tapi tak mahu berfikir, memang layak dihumban ke neraka. Sebab itulah mereka di dunia lagi sudah dibakar dalam api bila mereka tidak mampu mempertahankan amalan nenek moyang mereka yang taksub pada riwayat hadis itu.

Kita lihat di negara kita, ajaran taksub riwayat hadis ini berlaku bila ada yang pergi belajar di tanah Arab dan mengimport segala riwayat-riwayat atas nama Nabi. Mereka bukan belajar Al Quran secara logik dan realistik agar ajarannya boleh diadaptasikan kepada masyarakat Melayu, tetapi mereka pergi tokok-tambah dengan cerita yang mengarah kepada pemujaan terhadap Nabi yang melampau, sampai tahap tok guru mereka pun dipuja-puja. Begitulah syaitan menyesatkan manusia secara halus dan licik.

Tetapi janji Allah nak pelihara Al Quran memang benar. Dan sesiapa yang memelihara kebenaran Al Quran juga Allah akan tolong dan menangkan.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum