Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by abu_muaz on Sun Jun 07, 2009 4:28 pm

Kategori : Akidah
Tajuk :
Fatwa Tentang Golongan Anti-hadith
Isu :
Fatwa :


(1) BAHAWA
(a) buku-
(i) “Hadis Satu Penilaian Semula “; dan
(ii)“Hadis Jawapan Kepada Pengkritik”,yang ditulis oleh
Kassim Ahmad;

(b) buku-
(i) “Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu” dan
(ii)“Hadith di dalam al-Quran”, yang ditulis oleh Idris Abdul
Rahman;

(c) buku “Bacaan” yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman

(d) buku”The Computer Speaks-God’s Message to The World” yang
ditulis oleh Dr.Rashad Khalifa; dan

(e) risalah “Iqra” terbitan Jemaah al-Quran Malaysia.
6543

Adalah mengandungi antara lain, ajaran dan fahaman yang menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah s.a.w.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina Al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat Al-Quran. Oleh yang demikian, buku-buku dan risalah itu adalah mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan “aqidah, Syariah dan akhlak Islam.

(2) OLEH YANG DEMIKIAN-
(a) mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah yang dinyatakan dalam perengan (1) adalah murtad ;

(b) percetakan, penerbitan, pemilikan, penyiaran, penyebaran atau pengedaran mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) termasuk-
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;
(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;
(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku atau risalah itu, pada atau atas apa-apa bahan,
(iv) sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya, atau melalui apa-apa media, adalah haram;

(c) pengajaran, pembelajaran, pengamalan dan penyebaran ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1) adalah haram;

(d) adalah haram bagi orang Islam menjadi anggota atau memimpin atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan mana-mana kumpulan yang berpegang pada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam mana-mana buku atau risalah yang dinyatakan dalam perenggan (1).

Rujukan Pewartaan : Sel.P.U.46.

Tarikh Pewartaan :
23 November 1995


Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=416

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by abu_muaz on Sun Jun 07, 2009 4:31 pm

Fatwa Pengharaman Anti-hadith

Kerajaan Malaysia Mengharamkan Golongan Anti Hadis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telahpun mengharamkan golongan ini: Ajaran Golongan Anti Hadith

ISI AJARAN

1. Menolak hadith sebagai sumber akidah dan perundangan Islam.

2. Menolak dua kalimah Syahadah.

3. Menolak Qada' dan Qadar

4. Memesong pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran, contoh ayat 12 Surah At-Taghabun, dikatakan taat kepada Rasul itu hanya taat kepada wahyu.

5. Hadith/Sunnah merupakan ajaran palsu dan ia merupakan punca kekeliruan dan perpecahan yang terbesar dikalangan umat Islam

6. Menerima selain daripada Al-Quran sebagai sumber hukum Islam adalah syirik.

TARIKH MUNCUL

1985

TEMPAT BERKEMBANG Seluruh Malaysia

TINDAKAN/HUKUMAN

Difatwakan haram, sesat dan murtad oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri:

1 . Wilayah Persekutuan - 15 Jan 1996

2 . Selangor - 23 Nov 1995, Sel P.U. 46

3 . Melaka - 29 Feb 1996, No 78

4 . Negeri Sembilan - 5 Jan 1996, N.S.P.U. 3 (Sumber: )

Penutup

Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dan menghindarkan diri dari golongan Anti Hadis ini. Golongan ini telah diisytiharkan sebagai sesat dan orang yang menganut fahaman yang mereka bawa telah difatwakan sebagai murtad, terkeluar dari agama Islam yang suci - wal 'iya zubillahi min zalik.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by abu_muaz on Sun Jun 07, 2009 4:32 pm

Kategori : Akidah

Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,

adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.

B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.

Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;

(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";

(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."

Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49

Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by Admin on Sun Jun 07, 2009 11:47 pm

Adakah mengamalkan ajaran al-quran itu dikatakan sesat? Tiada dalam al-quran pun yang mengatakan mengamalkan ajaran al-quran dan tidak menggunakpakai riwayat hadis itu dihukum sesat dan murtad oleh Allah. Dakwaan 'sesat' dan 'murtad' itu adalah pada hukum rekaan manusia bukan di sisi Allah. Saya lebih percaya hukum Allah daripada hukum manusia itu. Saya bertaubat kepada Allah kerana selama ini saya mengamalkan ajaran nenek moyang yang ternyata menjadikan umat islam lemah, ditindas, dan berpecah-belah.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by abu_muaz on Mon Jun 08, 2009 1:04 am

Tadabbur ayat di bawah ini..mohon padaNya.. jgn tanya makhluk mana pun..

Luangkan masa hanya kamu dgn pencipta kamu sahaja...

وَعَادً۬ا وَثَمُودَاْ وَقَد تَّبَيَّنَ لَڪُم مِّن مَّسَـٰڪِنِهِمۡ‌ۖ وَزَيَّنَلَهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَعۡمَـٰلَهُمۡ فَصَدَّهُمۡ عَنِ ٱلسَّبِيلِ وَكَانُواْ مُسۡتَبۡصِرِينَ

٣٨:العَنکبوت


Terjemahannya:

Dan (juga) kaum Aad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari puing-puing tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang berpandangan tajam,.



Ulama' memberitahu Syaitan itu adalah dari kalangan jin dan manusia juga..

mohon betul betul padaNya...

Kaum Aad dan Thamud kaum yang hebat intelektualnya dan teknologinya..sehingga dikatakan mereka tu berakal tajam (bijak)..
Tetapi mata batin mereka 'ditutup syaitan sehingga mereka tak dapat membezakan mana yang ma'aruf dan mana yang mungkar. Yg ma'aruf dikatakan mungkar dan yang mungkar dikatakan ma'aruf.

hidayah itu milik ALLAH jua..

Wallahu'alam.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by slipar on Mon Jun 08, 2009 1:13 am

Dan (juga) kaum Aad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari puing-puing tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang berpandangan tajam,.


Ulama' memberitahu Syaitan itu adalah dari kalangan jin dan manusia juga


kita lihat hari ini kebanyakan negara islam sedang menghadapi kemusnahan . negara islam mana kah yg boleh menjadi contoh .. a saudi.. wahabi .. sesat .. iran .. syiah .. malaysia ?..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by abu_muaz on Mon Jun 08, 2009 1:23 am

Hujjah kamu berdasarkan wahyu atau akal?

Bani Israel itu kaum Hamba...tapi mereka paling banyak diutuskan Nabi.


Para Rasul itu hanya 2 org diketahui menjadi Raja..yg lainnya... hidup biasa.

Penganut Islam terdiri dari mereka yang lemah... tapi mereka kuat di sisiNya.

Apa kata ALLAH tentang musuh musuhNya di dunia ini yg dikatakan super powers? Baca dalam Qur'an. Al-Qur'an itu bukti yang nyata. Para utusanNya bukti yang nyata.. Dunia? Hanya tanda tanda...bukan bukti.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by slipar on Mon Jun 08, 2009 1:33 am

Hujjah kamu berdasarkan wahyu atau akal?

Bani Israel itu kaum Hamba...tapi mereka paling banyak diutuskan Nabi.


Para Rasul itu hanya 2 org diketahui menjadi Raja..yg lainnya... hidup biasa.

Penganut Islam terdiri dari mereka yang lemah... tapi mereka kuat di sisiNya.

Apa kata ALLAH tentang musuh musuhNya di dunia ini yg dikatakan super powers? Baca dalam Qur'an. Al-Qur'an itu bukti yang nyata. Para utusanNya bukti yang nyata.. Dunia? Hanya tanda tanda...bukan bukti.
_________________


kalau betul maka hujah wahyu = hujah akal .

apakah yg aku boldkan tu hujah wahyu ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by abu_muaz on Mon Jun 08, 2009 1:35 am

Lu fikirlah sendiri..

Lu ada Terjemahan Al-Qur'an ..lu cari.

Kalau tak ada dalam buku tu, lu cari terjemahan lain, takut buku bacaan lu tu salah terjemah lagi.

Mungkin aku perlu tambah, 'kebanyakkannya' umat islam itu dari golongan yang lemah dan bukan semuanya.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by slipar on Mon Jun 08, 2009 1:47 am

Lu fikirlah sendiri..

Lu ada Terjemahan Al-Qur'an ..lu cari.

Kalau tak ada dalam buku tu, lu cari terjemahan lain, takut buku bacaan lu tu salah terjemah lagi.

Mungkin aku perlu tambah, 'kebanyakkannya' umat islam itu dari golongan yang lemah dan bukan semuanya
.

lemah lagu mana .. bawak la wahyu ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by Admin on Mon Jun 08, 2009 1:47 am

abu_muaz wrote:


Ulama' memberitahu Syaitan itu adalah dari kalangan jin dan manusia juga..



bukan ulama yang memberitahu. Allah yang memberitahu dalam al-quran. Apakah sifat-sifat syaitan daripada manusia dan jin itu? Allah berfirman;

6:112. Begitulah Kami mengadakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu menghendaki, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka mengada-adakan.

Kita lihat hari ini. Kabanyakan riwayat-riwayat hadis berupa ucapan palsu, yang indah-indah dan bertujuan untuk menipu. Allah suruh kita tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by abu_muaz on Mon Jun 08, 2009 2:10 am

Ulama' bagitau berdasarkan wahyu..bukan ikut suka dia. Ulama' itu pewaris Nabi, kalau dia ikut kepala dia, maka dia bukan ulama' dan bukan pewaris Nabi..

Mudah mudahan ko faham tujuan aku cakap mcm tu tadi...

Begitu banyak fatwa dah dibawakan... pakar pakar al-qur'an dan hadith... aku hampir pasti ko tak baca semua itu kerna ko masih menggunakan hujjah yang sama tiap kali ko buat posting. Atau mungkin ko buat buat tak nampak. Apa pun itu pilihan masing masing..

Moga ko tadabbur dgn apa yang aku bagi tadi.


ayat telah diberi tentang taat Rasul itu taat ALLAH...dah diberi Sunnah itu wahyu jua..

Terpulang nak terima atau tidak... pilihan masing masing.

Minta padaNya hidayah...

Jgn minta pd Makhluk.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by Admin on Mon Jun 08, 2009 9:17 am

abu_muaz wrote:Ulama' bagitau berdasarkan wahyu..bukan ikut suka dia. Ulama' itu pewaris Nabi, kalau dia ikut kepala dia, maka dia bukan ulama' dan bukan pewaris Nabi..



Kamu bagi aku ayat al-quran yg mengatakan ulama itu pewaris nabi.

Ada pula waris-waris nabi ini. macam ajaran bible pula ada dosa warisan.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by abu_muaz on Mon Jun 08, 2009 9:50 am

Aku dah tulis lama dah.

Jgn jadi pemalas, cari dalam thread aku.

Pewaris Nabi bukan macam dosa warisan (original sin) Nampaknya kamu lebih tahu Kristianiti dari Islam itu sendiri... Kenapa ya?

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by Admin on Mon Jun 08, 2009 10:25 am

Apa salahnya quote saja ayat al-quran yg kata ulama itu pewaris nabi. tak susahkan. ataupun, memang tak jumpa ayat tersebut dalam al-quran. sebab tu cuba berdolak-dalih dan kata orang pemalas.

masa saya sekolah menengah dulu kat sabah, ramai rakan-rakan saya yang beragama kristian. sebab itu saya tahu apa itu dosa warisan dari mereka. takkan itu dikatakan lebih tahu kristianiti daripada islam.

yg pak abu tahu dpd mana 'original sin' itu?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by Guest on Mon Jun 08, 2009 10:37 am

ko lah sebenarnya org yang malas....malas utk utk diri sendiri.....tgk kehidupan ko..bahagiakah...tanya isteri ko....adekah dia mengikut ajaran ko tu...atau terpaksa atau dipaksa???????/

sampaikan tak bagi tutup aurat????

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by abu_muaz on Mon Jun 08, 2009 10:40 am

anti Hadith memang pemalas..

Malas nak bukak kitab..

Malas nak belajar Ilmu Bahasa Arab..

Malas nak belajar Ulumul Hadith

Malas nak belajar Ulumul Qur'an..

Malas nak belajar 15 ilmu alat mentafsir al-Qur'an ..

Malas nak kaji Sirah...

Malas nak solat 5 waktu sehari semalam...

Malas nak kerjakan haji, berwukuf, melontar, tawaf..dll..

Malas nak membaca! Walhal org dah tulis belambak dah kat thread.

Nak senang lenang buka buku terjemahan, kemudia terus keluar hukum. Senang je hidup.

Dasar Pemalas.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by Admin on Mon Jun 08, 2009 12:16 pm

mamatkepok wrote:ko lah sebenarnya org yang malas....malas utk utk diri sendiri.....tgk kehidupan ko..bahagiakah...tanya isteri ko....adekah dia mengikut ajaran ko tu...atau terpaksa atau dipaksa???????/

sampaikan tak bagi tutup aurat????


Apa kaitan pula malas dengan bahagia?

Alhamdulillah mat...saya bahagia dengan isteri saya yang tercinta itu. Tiada istilah memaksa dalam kehidupan kami. Itu saja yang boleh saya katakan. Kalau lebih-lebih maaflah sebab ini adalah urusan peribadi saya. Tak perlulah orang lain masuk campur. Saya pun memang tak nak tahu urusan peribadi orang lain. Cukuplah kita sekadar berbincang antara kita dan tak perlulah dilibatkan orang lain ya.

mat, saya harap kamu dapat kawal emosi. kita berbicara secara gentlemen tanpa perlu menjaga urusan peribadi orang ya. Smile

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by slipar on Mon Jun 08, 2009 12:20 pm


Lu fikirlah sendiri..

Lu ada Terjemahan Al-Qur'an ..lu cari.

Kalau tak ada dalam buku tu, lu cari terjemahan lain, takut buku bacaan lu tu salah terjemah lagi.

Mungkin aku perlu tambah, 'kebanyakkannya' umat islam itu dari golongan yang lemah dan bukan semuanya

.

lemah lagu mana .. bawak la wahyu ..


lemah macam pak abu ke ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Anti Hadith itu sesat..bertaubatlah

Post by Admin on Mon Jun 08, 2009 12:42 pm

abu_muaz wrote:anti Hadith memang pemalas..

Malas nak bukak kitab..

Malas nak belajar Ilmu Bahasa Arab..

Malas nak belajar Ulumul Hadith

Malas nak belajar Ulumul Qur'an..

Malas nak belajar 15 ilmu alat mentafsir al-Qur'an ..

Malas nak kaji Sirah...

Malas nak solat 5 waktu sehari semalam...

Malas nak kerjakan haji, berwukuf, melontar, tawaf..dll..

Malas nak membaca! Walhal org dah tulis belambak dah kat thread.

Nak senang lenang buka buku terjemahan, kemudia terus keluar hukum. Senang je hidup.

Dasar Pemalas.


Kalau difikirkan, golongan penyembah nabi lagi yang 'paling malas'. Asyik minta disuapkan oleh tok guru sahaja. Kalau tok guru kata putih, putihlah. Kalau tok guru kata hitam, hitamlah. Tak perlu bersoal banyak. Terima saja apa yang tok guru kata. Tak apa kalau tak faham kandungan al-quran. apa susah, tok gurukan ada. Belajar cara melagukan ayat al-quran dalam bahasa arab pun sudah memadai. pahala berlipatkali ganda daripada memahami kandungan al-quran. 1 huruf dapat 10 pahala. senang saja kalau mahu masuk syurga. tak payah baca terjemahan utk faham. baca saja al-quran dalam bahasa arab itu. kalau suara mantop, ikut pertandingan tilawah al-quran. kot2 boleh jadi juara sebab terer baca al-quran dalam bhs arab yang sepatah pun tak faham kandungannya. kalau tak nak baca pun tak apa. boleh simpan kat rumah. ataupun beli saja kalimah-kalimah al-quran dalam bhs arab, gantung kat dinding rumah. tak perlu khuatir, malaikat jaga rumah kita daripada syaitan sebab ada ayat-ayat al-quran yang ditulis cantik-cantik. jangan ikut ajaran al-quran nanti jadi sesat dan boleh jatuh murtad. ikut ajaran yang telah diajar oleh nenek moyang dahulu. itu lagi baik. baik percaya cakap ulamak daripada cakap Allah.

So, nak terus termasuk dalam golongan penyembah nabi, silakan. Kami tak memaksa.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum