Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


ke neraka

View previous topic View next topic Go down

ke neraka

Post by Guest on Thu Jun 04, 2009 5:51 pm

Allah menjanjikan balasan yg azab kepada golongan yg tidak mengikut perintah nabi swt.....


insaflah...... akal kamu tidak mampu pergi jauh.... kalau kamu kata logik akal..kamu terangkanlah logik akal kamu mengenai Allah swt.kamu tau ke Allah tu besar ke?kecil ker?ade rupa ker?ade bentuk ker?

gunakanlah akal kamu utk kebaikan kamu didunia dan akhirat .....

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Adli on Sat Jun 06, 2009 12:52 pm

Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

Patutlah kaum penyembah Nabi itu berpaling lari. Sebijik macam kaum kafir terdahulu.

Memang mereka telah dibakar dengan neraka sejak di dunia lagi. Hati mereka panas bila diperingatkan dengan ayat-ayat Allah. Umat mereka hidup dalam kepanasan gara-gara lemah dan berpecah-belah. Di sana sini mereka berpuak-puak dan berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

Depan mata Allah tunjukkan live kaum penyembah Nabi itu telah dimasukkan dalam api sehingga kerja mereka nak berpecah-belah sahaja.

Puji-pujian bagi Allah yang membakar kaum penyembah Nabi itu sejak di dunia lagi. Patutlah perangai mereka macam kaum kafir terdahulu yang berpaling lari... Very Happy

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Guest on Sat Jun 06, 2009 4:05 pm

sesangat memalukan......ishhh....mengakui kehebatan akal yg
seciput.....hahhahhahah..kesian.....idup dalam
kesunyian...kesepian,,,kegelapan.......kerana bertuhankan akal logiknya

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Adli on Sun Jun 07, 2009 7:11 am

Haha, yang realitinya Al Quran tidak ada sebut bertuhankan akal. Tapi kisah kaum penyembah Nabi ada disebutkan. Jadi siapa yang ikut Al Quran dan siapa yang menolak Al Quran sekarang?

Sedihnya kaum penyembah Nabi. Mereka sunyi dari ilham Allah dan para malaikat. Sebab itulah mereka tidak mampu bawakan apa-apa tulisan yang berjela-jela dan logik macam Al Quran. Tapi tak tahu malu, nak perlekehkan tulisan orang lain. Malunya mereka. Di alam siber Allah sudah hina mereka tak mampu buktikan apa-apa.

Bagi golongan beriman, tidak apalah sunyi dari kaum penyembah Nabi, sebab ashabul kahfi pun bersunyian dalam gua demi menyelamatkan akidah... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by toukey on Sun Jun 07, 2009 12:30 pm

Adli wrote:Haha, yang realitinya Al Quran tidak ada sebut bertuhankan akal. Tapi kisah kaum penyembah Nabi ada disebutkan. Jadi siapa yang ikut Al Quran dan siapa yang menolak Al Quran sekarang?

Sedihnya kaum penyembah Nabi. Mereka sunyi dari ilham Allah dan para malaikat. Sebab itulah mereka tidak mampu bawakan apa-apa tulisan yang berjela-jela dan logik macam Al Quran. Tapi tak tahu malu, nak perlekehkan tulisan orang lain. Malunya mereka. Di alam siber Allah sudah hina mereka tak mampu buktikan apa-apa.

Bagi golongan beriman, tidak apalah sunyi dari kaum penyembah Nabi, sebab ashabul kahfi pun bersunyian dalam gua demi menyelamatkan akidah... Smile


kenapa nak buat karangan berjela-jela jika isinya tetap sama,,dan berulang... sememangnya kita tidak sefahaman.jika jalan hanya satu tetapi banyak persimpangan yang memungkinkan kita untuk berubah haluan.ko cara ko..aku cara aku..kekadang aku terfikir sejenak selepas membaca beberapa thread yang telah korang perbahaskan..aku tidak suka mencelah,tetapi sekadar memerhati dari jauh..banyak fakta yang anda sumbangkan itu lebih menjerumus kearah memudharatkan..semakin anda berfikir semakin taksub dengan kelebihan diri anda sendiri.Ingatlah Allah takkan merubah sesuatu nasib seseorang itu...jika dia mahu tergolong dalam golongan yang sesat..maka sesatlah ia..dan jika dia mahu didalam golongan orang yang beriman,maka berimanlah ia...Ingatlah..selangkah sahaja yang membezakan beriman dan kufur ini..

Satu saja pesanan dari aku nie..baik korang delete jea forum nie..aku takut ramai lagi yang akan terpesong dengan dakyah korang nie...nak berhujah dengan ilmiah pun pastikan golongan kaum keluarga korang jea,,sebab korang tahu(misi dan visi).... tak yah nak tunjuk kehebatan akal yang korang miliki... kerana akal itu milik yang hak..Dia mampu untuk merubah kehendak korang semua..kerna itu namanya "Ujian Iman" adakala sedang asyik anda berhujah tak sedar ada lagi akal yang waras sedang meneliti tahap mental anda. Smile

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Guest on Sun Jun 07, 2009 1:28 pm

toukey wrote:
Adli wrote:Haha, yang realitinya Al Quran tidak ada sebut bertuhankan akal. Tapi kisah kaum penyembah Nabi ada disebutkan. Jadi siapa yang ikut Al Quran dan siapa yang menolak Al Quran sekarang?

Sedihnya kaum penyembah Nabi. Mereka sunyi dari ilham Allah dan para malaikat. Sebab itulah mereka tidak mampu bawakan apa-apa tulisan yang berjela-jela dan logik macam Al Quran. Tapi tak tahu malu, nak perlekehkan tulisan orang lain. Malunya mereka. Di alam siber Allah sudah hina mereka tak mampu buktikan apa-apa.

Bagi golongan beriman, tidak apalah sunyi dari kaum penyembah Nabi, sebab ashabul kahfi pun bersunyian dalam gua demi menyelamatkan akidah... Smile


kenapa nak buat karangan berjela-jela jika isinya tetap sama,,dan berulang... sememangnya kita tidak sefahaman.jika jalan hanya satu tetapi banyak persimpangan yang memungkinkan kita untuk berubah haluan.ko cara ko..aku cara aku..kekadang aku terfikir sejenak selepas membaca beberapa thread yang telah korang perbahaskan..aku tidak suka mencelah,tetapi sekadar memerhati dari jauh..banyak fakta yang anda sumbangkan itu lebih menjerumus kearah memudharatkan..semakin anda berfikir semakin taksub dengan kelebihan diri anda sendiri.Ingatlah Allah takkan merubah sesuatu nasib seseorang itu...jika dia mahu tergolong dalam golongan yang sesat..maka sesatlah ia..dan jika dia mahu didalam golongan orang yang beriman,maka berimanlah ia...Ingatlah..selangkah sahaja yang membezakan beriman dan kufur ini..

Satu saja pesanan dari aku nie..baik korang delete jea forum nie..aku takut ramai lagi yang akan terpesong dengan dakyah korang nie...nak berhujah dengan ilmiah pun pastikan golongan kaum keluarga korang jea,,sebab korang tahu(misi dan visi).... tak yah nak tunjuk kehebatan akal yang korang miliki... kerana akal itu milik yang hak..Dia mampu untuk merubah kehendak korang semua..kerna itu namanya "Ujian Iman" adakala sedang asyik anda berhujah tak sedar ada lagi akal yang waras sedang meneliti tahap mental anda. Smile


report jer kat jakim......kasi hangus.....

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Admin on Sun Jun 07, 2009 1:49 pm

Forum ini hanya sekadar bertukar-tukar fikiran dan pendapat secara ilmiah. Tidak ada objektif untuk menyebarkan mana-mana fahaman atau ajaran sesat. jika anda baca pada objektif kami tidak ada tujuan ke arah itu. Sekadar mengajak agar kembali berpegang kepada ajaran al-quran bukanlah sesat di sisi Allah. Mungkin dikatakan 'sesat' hanya pada ajaran ASWJ.

Kami bukan suka memaksa. Sudah banyak kali diingatkan bahawa forumer2 yang tidak selesa berforum di sini disarankan agar meninggalkan sahaja forum ini dengan aman. Smile

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Guest on Sun Jun 07, 2009 2:34 pm

bayau wrote:Forum ini hanya sekadar bertukar-tukar fikiran dan pendapat secara ilmiah. Tidak ada objektif untuk menyebarkan mana-mana fahaman atau ajaran sesat. jika anda baca pada objektif kami tidak ada tujuan ke arah itu. Sekadar mengajak agar kembali berpegang kepada ajaran al-quran bukanlah sesat di sisi Allah. Mungkin dikatakan 'sesat' hanya pada ajaran ASWJ.

Kami bukan suka memaksa. Sudah banyak kali diingatkan bahawa forumer2 yang tidak selesa berforum di sini disarankan agar meninggalkan sahaja forum ini dengan aman. Smile


ini melibatkan akidah..mana bleh berdiam diri...... report jakim....tgk camner...betul ker tak ajaran kamu..... betul kamu tak memaksa..tapi kamu mempengaruhi org secara halussssss.....dek logik akal kamu tu... Rolling Eyes

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Guest on Sun Jun 07, 2009 2:36 pm

Hujah Keempat:

Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam telah dilarang keras oleh Allah Subhanahu
waTa’ala dari mengata atau mengajar sesuatu selain dari al-Qur’an
sahaja. Firman Allah:


Bahawa sesungguhnya
Al-Quran itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang
mulia. Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair (sebagaimana
yang kamu dakwakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu beriman. Dan
juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang
kamu katakan. Tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil
peringatan. (Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.




Dan
kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan
atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata rekaan – Sudah
tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami – Kemudian sudah
tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya ia mati dengan
serta-merta); Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat
menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya.

[al-Haqqah
69:40-47]


Jawapan:

Ayat di atas khusus
membicarakan tentang sifat keaslian kitab al-Qur’anul Karim. Asal
ayat adalah bagi menjawab tuduhan orang-orang kafir di zaman
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam yang enggan menerima dan beriman
kepada kitab al-Qur’an. Mereka berkata al-Qur’an itu adalah hasil
sebutan dan tulisan seorang penyair dan pawang, yakni Muhammad bin
Abdullah sendiri. Ia bukan wahyu Allah. Lalu ayat ini diturunkan bagi
menolak dakwaan mereka dengan menyatakan bahawa al-Qur’an yang
disebut dan diajar oleh Muhamad bin Abdullah itu sebenarnya adalah
wahyu Allah dan Muhammad itu bukanlah seorang penyair atau pawang
tetapi adalah seorang Rasul Allah yang mulia.


Ayat ini juga seterusnya
menyatakan bahawa seandainya Muhammad itu menyebut atau
mengajar sesuatu urusan agama yang tidak berasal dari sumber wahyu,
nescaya nyawanya akan diragut serta merta. Ancaman terakhir ini tidak
lain adalah bagi membuktikan bahawa risalah agama yang disampaikan
oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam adalah benar-benar tulen
dari Allah Azza waJalla dan ia bukan rekaan atau dustaan beliau
semata-mata. Justeru keseluruhan ayat ini memberi jaminan kepada kita
semua bahawa kesemua yang disampaikan oleh Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam dalam urusan agama dan syari’at ini
adalah dari sumber wahyu Illahi belaka.


Namun Golongan Anti Hadis
telah menyempitkan tujuan ayat tersebut kepada pengertian bahawa
kononnya Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tidak dibenarkan untuk
menyebut atau mengajar apa jua urusan agama melainkan apa yang tertera
di dalam al-Qur’an sahaja. Perlu diingatkan bahawa ancaman Allah
Azza waJalla dalam ayat: Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang
menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta –
sebarang kata-kata rekaan……
adalah umum meliputi seluruh
ajaran deen dan syari’at Islam yang disampai, diucap dan diajarkan
oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam, yakni ajaran al-Qur’an
dan sunnah-sunnah beliau. Ayat di atas tidak menyebut …… Dan
kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan Al-Quran itu) mengatakan
atas nama Kami secara dusta – sebarang kata-kata selain al-Qur’an
… ……



Oleh itu ancaman ayat di
atas tidaklah terhad kepada al-Qur’an sahaja tetapi meliputi semua
yang disampaikan oleh Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam dalam
urusan agama.

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Guest on Sun Jun 07, 2009 2:38 pm

Hujah
Keenam:




Dalam al-Qur’an tidak
ada satu ayat sekalipun yang menyebut Sunnah Nabi atau Hadis
Nabi
. Malah jika dikaji dan diperbanding antara ayat-ayat al-Qur’an,
akan di dapati bahawa perkataan Sunnah dan Hadis
memiliki definasi dan erti yang berlainan.


Jawapan:



Sebelum
dijawab dakwaan di atas, marilah kita melihat sejenak definasi, maksud
dan kaedah penggunaan istilah Hadis
dan
Sunnah.



Definasi,
maksud dan penggunaan istilah Hadis.



Hadis
( الحديث
) secara harfiah bermaksud sesuatu yang baru dari segala bentuk.[1]
Dari segi maksudnya, ia memiliki beberapa erti, antaranya kata-kata,
ucapan dan sebutan yang dikhabarkan, disampaikan dan
diberitakan.[2]
Di dalam al-Qur’an perkataan hadis digunakan beberapa kali dengan
beberapa maksud dan tujuan yang berbeza sesuai dengan konteks
perbicaraan ayat. Antaranya ialah: perkataan, pembicaraan,
percakapan, pernyataan
dan al-Qur’an itu sendiri. Berikut
adalah dua contoh penggunaannya dalam al-Qur’an:


Allah telah
menurunkan sebaik-baik perkataan (hadis) iaitu Kitab (Al-Quran) yang
bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang
benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan
pelbagai cara).
[az-Zumar 39:23]



Adapun
nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (hadis).

[ad-Dhuha 93:11]


Terdapat
juga penggunaan perkataan “hadis” di dalam hadis Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam, berikut adalah dua contoh:


Pertama:
Abu Hurairah radiallahu-anhu pernah bertanya: Ya Rasulullah,
Siapakah orang yang paling bertuah, yang akan menerima syafa’at kamu
di Hari Kiamat nanti ? Rasulullah menjawab:


Demi
sesungguhnya aku telah menyangka – wahai Abu Hurairah – bahawa
tiada siapa yang akan bertanyakan aku mengenai hadis ini terlebih awal
selain engkau, kerana aku memang melihat (mengetahui) minat engkau
yang besar terhadap hadis. Seutama manusia yang akan mendapat
syafa’at aku di Hari Kiamat nanti ialah orang yang menyebut “Tiada
Tuhan melainkan Allah” dengan keihlasan yang mendalam di hati dan
jiwanya. [3]



Kedua:
Semoga Allah menyerikan wajah orang yang mendengar sebuah hadis
dari aku lalu dihafalnya sehingga disampaikan kepada orang lain.

[4]


Perlu
juga ditambah bahawa penggunaan istilah hadis mengikut kaedah bahasa
Arab ia tidaklah bererti kata-kata atau sebutan semata-mata,
tetapi adalah kata-kata yang di dalamnya sedia terkandung nilai
ilmu, pengajaran dan maklumat yang dikhabar, diberita dan disampaikan
dari satu pihak ke pihak yang lain. Demikian juga sebaliknya, apabila
hadis disandarkan kepada sesuatu yang bernilai negatif, sepertimana
firman Allah:



Dan
ada di antara manusia: (ada) orang yang membeli cerita-cerita dan
perkara-perkara (hadis) yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang
ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan.

[Luqman 31:06] – ia bererti kata-kata yang memiliki maklumat dan
pengajaran yang memudaratkan seperti sindiran, cacian, gossip, fitnah
dan sebagainya.


Para
sahabat radiallahu-anhum merujuk kepada percakapan dan ucapan
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam sebagai hadis Nabi kerana
ia bererti segala kata-kata dan ucapan Rasulullah yang mengandungi
ilmu, pengajaran, manfaat dan petunjuk di dalamnya. Sejak itu
berkembang masyhurlah penggunaan istilah hadis Nabi di kalangan
generasi tabiin, tabiin muda dan generasi-generasi seterusnya,
sehingga apabila sahaja disebut hadis, pantas difahami bahawa
yang dimaksudkan adalah hadis Nabi sallallahu-alaihi-wasallam.
Perbuatan Rasulullah juga termasuk dalam istilah hadis Nabi apabila
yang bertanya adalah generasi tabiin yang tidak pernah hidup bersama
Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam
dan yang menjawab pula adalah para sahabat kerana mereka (para sahabat)
telah menterjemah perbuatan Nabi tersebut menjadi kata-kata yang
dikhabarkan kepada yang bertanya.

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Guest on Sun Jun 07, 2009 2:39 pm

Definasi,
maksud dan penggunaan istilah Sunnah.



Dalam
kamus-kamus Arab, Sunnah bererti tatacara, jalan yang
diikuti
dan perilaku hidup sama ada baik mahupun buruk.[5]
Tatacara, jalan yang diikuti dan perilaku hidup ini adalah langsungan,
terbitan dan pancaran dari seseorang atau sesuatu yang berperanan
sebagai titik punca.[6]
Dalam al-Qur’an ianya digunakan 16 kali, umumnya merujuk kepada dua
perkara, yang pertama adalah tatacara dan peraturan Allah Subhanahu
waTa’ala dalam mengurus alam, yakni Sunnatullah dan yang
kedua adalah tatacara umat-umat terdahulu, yakni Sunnatul awalin.
Berikut adalah dua ayat, setiap satunya mewakili maksud yang
diterangkan di atas:



(Demikianlah)
peraturan (Kami yang tetap mengenai) orang-orang yang telah Kami
utuskan sebelummu dari Rasul-rasul Kami; dan engkau tidak akan dapati
sebarang perubahan bagi peraturan Kami yang tetap itu.

[al-Israa’ 17:77]




Allah menghendaki
untuk menerangkan (Syariat-Nya) dan untuk menunjukkan kepada kamu
jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi
dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk
menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.
[an-Nisaa
4:26]



Perkataan
Sunnah juga merujuk kepada tatacara hidup Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam, mewakili percakapan, perbuatan dan
persetujuannya. Perhatikan hadis berikut:



Sekumpulan
3 orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi
sallallahu-alaihi-wasallam bertanyakan mengenai ibadat Nabi
sallallahu-alaihi-wasallam. Maka setelah diberitahu, mereka menganggap
seakan-akan ianya sedikit lalu berkata: “Bagaimana kita boleh
berbanding dengan Nabi sallallahu-alaihi-wasallam ? Demi sesungguhnya
beliau telah diampuni oleh Allah dosa-dosanya yang terdahulu dan yang
akan datang.”



Berkata
salah seorang dari mereka: “Adapun saya, saya akan bersolat malam
selama-lamanya.” Dan berkata seorang lagi: “Saya akan berpuasa
sepanjang masa dan tidak akan berbuka.” Dan berkata yang terakhir:
“Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin selama-lamanya.”



Maka
(kemudian) datang Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam lalu beliau
bersabda: “Kaliankah yang berkata sedemikian sedemikian ? Demi
Allah, akulah yang paling takut kepada Allah dan yang paling bertaqwa
kepada-Nya dari kalian. Tetapi aku berpuasa dan berbuka, bersolat dan
tidur dan aku berkahwin dengan wanita-wanita. Maka barangsiapa yang
tidak menyukai sunnahku maka bukanlah dia dari golonganku.”
[7]



Perkataan
Sunnah juga boleh merujuk kepada tatacara atau perilaku
seseorang lain, sebagaimana sabda Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam dalam hadis berikut:



Maka
hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para Khalifah
yang terpimpin lagi mendapat petunjuk.
[8]



Perkataan
Sunnah juga boleh mewakili perilaku mulia yang dimulakan oleh
seseorang, umpamanya:



Barangsiapa
merintis dalam Islam suatu jalan yang baik maka dia memperolehi pahala
orang yang melakukannya sesudah dirinya tanpa dikurangi sedikit jua
pahala mereka. Dan barangsiapa merintis dalam Islam suatu jalan yang
buruk maka dia akan menerima dosa jalan buruk itu dan dosa orang yang
mengerjakannya sesudah dirinya tanpa dikurangi sedikit jua dosa mereka.

[9]



Dari
contoh-contoh di atas jelas kepada kita tentang definasi, maksud dan
penggunaan istilah Sunnah –bererti tatacara, jalan yang
diikuti
dan perilaku hidup sama ada baik mahupun buruk.
Dengan itu juga fahamlah kita bahawa yang dimaksudkan sebagai Sunnah
Nabi
adalah segala percakapan, perbuatan, pengiktirafan, jalan
yang dipimpin dan tatacara hidup Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam.



Seperkara
penting tentang penggunaan istilah Sunnah menurut kaedah bahasa
Arab adalah bahawa ia merupakan satu istilah yang tidak dapat berdiri
dengan sendirinya melainkan ia wajib dirujuk atau disandarkan kepada
seseorang individu, sesuatu perkara dan sesebuah identiti. Sepertimana
yang dinyatakan di bahagian awal bab ini, tatacara, jalan yang diikuti
dan perilaku hidup yang dimaksudkan dari istilah sunnah adalah
langsungan, terbitan dan pancaran dari sesuatu atau seseorang yang
berperanan sebagai titik punca. Hal ini jelas dari contoh-contoh yang
telah dikemukakan di atas, seperti sunnah Allah, sunnah orang-orang
terdahulu, sunnah Rasulullah dan sunnah para Khalifah. Justeru apabila
sahaja istilah sunnah digunakan, ia wajib merujuk kepada
seseorang atau sesuatu perkara.[10]




Kembali
kepada dakwaan Golongan Anti Hadis bahawa di dalam al-Qur’an
tidak ada satu ayat sekalipun yang menyebut dan menerangkan istilah Sunnah
Nabi
atau Hadis Nabi, ia tidaklah menjadi masalah kerana
kitab al-Qur’anul Karim bukanlah sebuah kamus bahasa Arab. Malah
yang benar-benar keliru di sini ialah Golongan Anti Hadis
sendiri kerana mereka telah menjadikan kitab al-Qur’anul Karim
sebagai satu-satunya kamus bahasa Arab yang mutlak. Mereka mencari
erti sesuatu perkataan Arab dengan merujuk kepada beberapa terjemahan
al-Qur’an yang sedia ada; dan mereka juga mencari kefahaman serta
cara-guna sesuatu perkataan Arab dengan membanding-banding antara
beberapa ayat al-Qur’an yang sedia memiliki perkataan tersebut.
Apa-apa erti atau istilah yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an,
atau maksud pengertiannya adalah berlainan dengan penerangan al-Qur’an,
maka perkataan atau pengertian tersebut dianggap batil dan ditolak.
Tindakan ini adalah salah kerana:


[1]
Al-Qur’an bukanlah kitab yang memperkenalkan bahasa Arab kepada
masyarakat Arab 1400 tahun yang lalu. Ketika al-Qur’an mula
diturunkan, masyarakat ketika itu sudah sedia mengetahui dan menguasai
bahasa Arab. Jika benar al-Qur’an adalah satu-satunya kamus bahasa
Arab, maka bagaimana mungkin masyarakat Arab ketika itu hendak
memahami ayat-ayat al-Qur’an yang diturunkan ?



[2]
Al-Qur’an diturunkan secara berperingkat-peringkat, menjangkau
tempoh 22 tahun lebih. Seandainya kita menerima-pakai teori bahawa
sesuatu perkataan atau istilah itu hanya tepat difahami dengan merujuk
dan membanding antara ayat dengan ayat, adakah itu bererti bahawa
masyarakat Arab ketika itu tidak dapat memahami langsung pengajaran
al-Qur’an secara tepat kecuali setelah 22 tahun, yakni setelah al-Qur’an
menjadi lengkap keseluruhan himpunan ayat-ayatnya ? Sudah tentu tidak
!



Justeru
tindakan menjadikan al-Qur’an sebagai satu-satunya kamus bahasa Arab
dan penjelas pengertian istilah adalah tidak lain merupakan tindakan
orang-orang yang tidak tahu bahasa Arab dan amat sempit wawasan
pemikiran mereka. Yang benar adalah, al-Qur’an boleh digunakan
sebagai salah satu sumber rujukan bagi mengetahui dan memahami
pengertian dan maksud sesuatu perkataan Arab, terutamanya oleh kita
masyarakat yang bahasa ibundanya bukan bahasa Arab. Tetapi kita tidak
boleh memutlakkan al-Qur’an sebagai satu-satunya kamus dan penjelas
bahasa Arab. Melakukan sedemikian bererti kita telah memaksa al-Qur’an
kepada satu tanggung-jawab yang tidak ia dipertanggungkan pada asalnya.



Persoalan
istilah
Sunnah
dan
Hadis
Nabi
yang tidak disebut dalam al-Qur’an bukanlah satu persoalan yang
membatalkan kedudukannya dari sisi syari’at Islam kerana dasar
rujukan kepada dua sumber tersebut tidak terletak pada nama atau
istilah, tetapi kepada konsep dan pengertian yang didirikan oleh al-Qur’an
itu sendiri.[11]
Sebagaimana kita di Malaysia dalam bahasa Melayu mengatakan bahawa
sembahyang itu adalah wajib padahal perkataan “
sembahyang
sememangnya tidak terdapat di dalam al-Qur’an tetapi konsep dan
perintah mendirikan
“sembahyang”
tersebut memang sedia terdapat di dalam al-Qur’an. Perbezaan nama
atau istilah tidaklah membatalkan sesuatu konsep, pengertian, perintah
dan pekerjaan yang jelas diasaskan oleh al-Qur’an.

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by toukey on Sun Jun 07, 2009 3:29 pm

bayau wrote:Forum ini hanya sekadar bertukar-tukar fikiran dan pendapat secara ilmiah. Tidak ada objektif untuk menyebarkan mana-mana fahaman atau ajaran sesat. jika anda baca pada objektif kami tidak ada tujuan ke arah itu. Sekadar mengajak agar kembali berpegang kepada ajaran al-quran bukanlah sesat di sisi Allah. Mungkin dikatakan 'sesat' hanya pada ajaran ASWJ.

Kami bukan suka memaksa. Sudah banyak kali diingatkan bahawa forumer2 yang tidak selesa berforum di sini disarankan agar meninggalkan sahaja forum ini dengan aman. Smile


bukan masalah tak selesa bro..aku dah kenal ko masa kat tko dulu lagi..cepat benar ko berubah...asyik duk baca terjemahan jea...pah tu duk kaji dengan otak lemah ko.. kalau rasa lemah gi belajar la..ramai yang duk bagi kuliah kat masjid tu..tumpang2 dengar la..kut2 ada yang kena selera,,tak tahu la semua masjid sekarang dah ajar menda lain..test korus ke.picthing ke..apa..Ni la sikap manusia akhir zaman..bab agama jea lemah sket..tapi bila duk kata pada pegangan mulalah melenting,ini tak betul la..mcm-mcm pendapat keluar,bukan nak kata..tapi bila dah jenis penyakit barah nie..susah sket..tetiba boleh bawa maut..

toukey
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 151
Reputation: 0
Credits: 1542
Registration date: 2008-05-11

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Admin on Mon Jun 08, 2009 12:32 am

Cuba selami keadaan diri kita dan umat islam sekarang ini. Adakah ajaran islam sekarang ini berpaksikan kepada hukum-hukum Allah dalam al-quran? Mengapa perlu adanya kitab-kitab lain yang perlu dirujuk sedangkan al-quran itu sudah lengkap, sempurna dan jelas? Di mana keyakinan kita sebagai umat islam terhadap al-quran? Mengapa begitu taksub kepada riwayat hadis yang kononnya adalah sabdaan nabi sedangkan al-quran itu juga mengandungi hadis nabi yang diperintahkan oleh Allah yang sepatutnya lebih kita yakini? mengapa umat islam lemah sekarang ini? mengapa umat islam ketinggalan dari segi penciptaan teknologi yang boleh memberi manfaat kepada umatnya sendiri dan manusia secara amnya? mengapa umat islam lebih suka menerima pakai teknologi barat daripada menyumbangkan sesuatu yang setanding dengan mereka? Adakah umat islam cukup sekadar menerima hasil teknologi barat itu? mengapa begitu hinanya umat islam yang mudah ditindas oleh barat? mengapa palestin yang dikelilingi orang-orang arab yang islam tidak dapat membantu saudara mereka yang ditindas oleh israel? mengapa ini berlaku? mengapa umat islam berpecah-belah akibat wujud golongan-golongan dalam agama dan berbunuhan sesama sendiri? berapa ramai remaja islam yang terlibat dengan gejala dadah, rempit, bohsia, berpeleseran dsb berbanding kaum-kaum yang lain? Tidakkah kita terfikir bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada ajaran agama yang menjadi amalan umat islam sekarang ini? Berfikirlah kenapa terjadi semua ini kepada kita. Adakah Allah tidak sayang kepada umatnya sehingga jadi begini?

Mintalah agar Allah beri petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dan lurus.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Adli on Mon Jun 08, 2009 6:53 am

Benar bayau. Tanpa umat Islam sekarang buka mata luas-luas dan buat perbandingan, mereka tidak akan sedar telah telah terpesong dari ajaran sebenar.

Cuba cari, ayat Al Quran mana suruh pakai riwayat hadis? Bukankah sudah ada ayat Al Quran kata HADIS apa lagi manusia mahu beriman selain Allah dan ayat-ayatNya?

Kenapa tak kembali kepada Allah dan Al Quran dengan mentaati hukum alamNya (sunnah) setelah melihat nasib umat Islam sekarang yang lemah dan berpecah-belah?

Kalau kami berdusta, sudah pasti kami delete posting-posting atau ban mereka dari masuk sini. Tetapi kami bukan golongan pengecut macam itu.

Mereka nak tulis apa mereka suka, itu hak mereka. Kita bersaing secara gentleman di sini. Masing-masing kemukakan pendapat masing-masing dan kita biarkan masa menentukan siapa yang benar dan siapa yang berdusta.

Manusia boleh berdusta sebanyak mana riwayat hadis mereka guna, tetapi mereka tidak boleh mendustai realiti hasil ajaran mereka itu setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah.

Fikir-fikirkanlah... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Guest on Mon Jun 08, 2009 10:41 am

weh baca lah kat sini.....soalan2 logik akal ko .......

http://www.e-mindakita.com/minda-islam-f4/utk-user-barusila-baca-t1185.htm

Guest
Guest


Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by WARIS on Mon Jun 08, 2009 2:16 pm

Ajaran Islam sepanjang zaman berpaksikan kepada hukum2 Allah swt...cuma manusia akhir zaman ni je yg mengambil sebahagian dan membuang sebahagian Islam dalam kehidupan mereka kerana hendak disesuaikan dengan kepentingan peribadi...

WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1246
Registration date: 2009-05-18

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Adli on Mon Jun 08, 2009 10:36 pm

Hukum Allah itulah hukum alam ini. Tapi ramai yang tidak sedar apa itu hukum Allah sehingga tahap guna riwayat hadis yang tidak ada hukum alam tetapi sekadar ada nama Nabi sebagai penguatnya. Maka jadilah mereka kaum penyembah Nabi.

Hasil ajaran menyembah Nabi, umat jadi lemah dan berpecah-belah. Itulah realiti yang tidak mampu didustai oleh kaum penyembah Nabi itu. Malah di dunia lagi hati mereka sudah dibakar kepanasan kerana janji Allah adalah benar bahawa sesiapa yang menyekutukanNya, mereka akan dibakar oleh Jahannam.

Jika kami yang panas hati, sepatutnya senang-senang sahaja kami delete posting mereka. Tetapi kami tidak guna cara pengecut kaum penyembah Nabi itu guna di forum-forum mereka bila kalah dengan kebenaran yang kami sampaikan.

Kami biarkan mereka menulis sesuka apa yang mereka mahu, dan biarkanlah masa akan menentukan segala-galanya. Sebab Alalh sentiasa kurniakan golongan yang taat pada hukum alam untuk mudah menyampaikan kata-kata yang tidak mampu dibuktikan dusta.

Puji-pujian bagi Allah Yang Maha Bijaksana... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Zahabur on Mon Jun 08, 2009 11:28 pm

Adli wrote:Hukum Allah itulah hukum alam ini. Tapi ramai yang tidak sedar apa itu hukum Allah sehingga tahap guna riwayat hadis yang tidak ada hukum alam tetapi sekadar ada nama Nabi sebagai penguatnya. Maka jadilah mereka kaum penyembah Nabi.

Hasil ajaran menyembah Nabi, umat jadi lemah dan berpecah-belah. Itulah realiti yang tidak mampu didustai oleh kaum penyembah Nabi itu. Malah di dunia lagi hati mereka sudah dibakar kepanasan kerana janji Allah adalah benar bahawa sesiapa yang menyekutukanNya, mereka akan dibakar oleh Jahannam.

Jika kami yang panas hati, sepatutnya senang-senang sahaja kami delete posting mereka. Tetapi kami tidak guna cara pengecut kaum penyembah Nabi itu guna di forum-forum mereka bila kalah dengan kebenaran yang kami sampaikan.

Kami biarkan mereka menulis sesuka apa yang mereka mahu, dan biarkanlah masa akan menentukan segala-galanya. Sebab Alalh sentiasa kurniakan golongan yang taat pada hukum alam untuk mudah menyampaikan kata-kata yang tidak mampu dibuktikan dusta.

Puji-pujian bagi Allah Yang Maha Bijaksana... Smile



Riwayat hadis bukan ilmu alam atau ilmu sains...Riwayat hadis adalah ilmu yang memberi tunjuk ajar kepada umat islam cara2 beribadat kepada Allah...

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1671
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: ke neraka

Post by Adli on Tue Jun 09, 2009 3:40 am

Zahabur wrote:Riwayat hadis bukan ilmu alam atau ilmu sains...Riwayat hadis adalah ilmu yang memberi tunjuk ajar kepada umat islam cara2 beribadat kepada Allah...

Sebab anda mengaku riwayat hadis tidak ada ilmu alam itulah yang membuat kami bertambah-tambah tidak yakin kesahannya (macam para sahabat terdahulu). Sedangkan Al Quran yang ada ajar ibadat pun ada ilmu alam di dalamnya, macam mana kami nak percaya riwayat yang takde ilmu alam itu?

Sepatutnya Al Quran sendiri tidak perlu ada ilmu alam sebab datangnya ibadat itu melalui Al Quran dahulu, bukannya riwayat hadis.

Kan ke pelik, Al Quran sendiri ada hukum alam sebagai bukti, tetapi bila guna riwayat hadis, bukti tu sudah tidak ada. Hanya orang tak berakal sahaja main percaya sesuatu yang tiada bukti yang rasional difikirkan... .Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum