Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 9 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 9 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Kebencian orang tidak percaya
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Kebencian orang tidak percaya
Menurut al-Qur'an, antara golongan yang dikatakan di dalam hati ada penyakit ialah orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah dan tidak mentaatinya. Mereka benci akan ayat-ayat Allah lalu Dia "menjadikan sia-sia amalan-amalan mereka" (47:9).
Selain ayat-ayat Allah, mereka membenci seruan untuk mempercayainya jua serta orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat-Nya. Kebencian dapat dilihat dengan jelas, tidak dapat disembunyikan lagi, sebab Allah mengeluarkannya daripada jiwa mereka. Firman-Nya:
"Atau, adakah orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit menyangka bahawa Allah tidak akan mengeluarkan kebencian mereka?" (47:29)
Contoh kebencian tersebut dapat disaksikan di laman web ini setelah ayat-ayat al-Qur'an ditampilkan. Namun, ia bukan suatu yang baru. Nabi pun telah menyaksikannya dahulu, tatkala baginda menyampaikan ayat-ayat Allah, dan orang-orang yang tidak percaya, yang dikatakan juga tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Tuhan di akhirat, meminta agar didatangkan Qur'an yang lain, atau menyuruh baginda menukar isi kandungannya (10:15).
Kini, kitab yang selain daripada al-Qur'an atau yang kandungannya bertentangan dengan kandungan al-Qur'an sudah banyak dikarang dan diterbitkan, lalu permintaan ke atas mereka tidak kedengaran lagi. Justeru itu, untuk meneruskan usaha memadamkan cahaya Allah, orang-orang yang tidak percaya menghasut orang lain pula supaya tidak mendengarkan al-Qur'an.
Hasutan dibuat dengan pelbagai cara, seperti bercakap yang sia-sia untuk mengalahkan hujah yang berlandaskan al-Qur'an. Misalan, hujah untuk menyekat orang ramai daripada membaca dan mempercayai terjemahan al-Qur'an. Atau, soalan-soalan yang tidak waras mengenai al-Qur'an, atau hujah-hujah yang tanpa bukti daripada Allah atau mengguna konsep dan istilah dalam agama yang hebat-hebat bunyinya lagi kompleks demi mengalahkan hujah orang-orang yang menyeru agar kembali kepada ayat-ayat-Nya.
Walaupun orang-orang tidak percaya membenci, namun Allah akan menyempurnakan juga cahaya-Nya. Firman-Nya:
"Orang-orang yang tidak percaya berkata, 'Janganlah mendengarkan Qur'an ini, dan bercakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat mengalahkan,'" (41:26).
"Mereka menghendaki untuk memadamkan, dengan mulut-mulut mereka, cahaya Allah; tetapi Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang yang tidak percaya membencinya." (61:8)
Sesungguhnya, mulut orang-orang yang tidak percaya bukan sahaja diguna untuk memadamkan cahaya Allah, malah, untuk menunjukkan kebencian terhadap orang-orang yang percaya, yang mereka bergiat untuk dihapus dan dideritakan dengan tidak berhenti-henti.
Sebenarnya, kebencian di mulut mereka tidak begitu besar berbanding apa yang disembunyikan di dalam dada mereka. Firman-Nya:
"Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengambil sebagai sahabat karib kamu daripada selain kamu. Mereka tidak berhenti-henti hendak menghancurkan kamu; mereka menginginkan untuk menderitakan kamu. Kebencian telah nyata daripada mulut mereka, dan apa yang dada mereka menyembunyikan adalah lebih besar." (3:118)
Mereka menyangka bahawa mereka sahaja yang boleh membenci sambil melupakan iaitu Tuhan juga boleh membenci. Kebencian-Nya pula adalah lebih hebat daripada kebencian mereka, yang tidak percaya, yang di dalam hati ada penyakit. Firman-Nya:
"Diumumkan (di akhirat) kepada orang-orang yang tidak percaya, 'Sungguh, kebencian Allah adalah lebih besar daripada kebencian kamu kepada satu sama lain, ketika kamu diseru kepada keimanan, dan kamu tidak percaya.'" (40:10)
Kebencian orang-orang yang tidak percaya terhadap orang-orang yang percaya dan seruan supaya mereka mempercayai ayat-ayat al-Qur'an yang tidak dipercayainya, adalah tidak sehebat kebencian Allah ke atas mereka. Kebencian Allah mengakibatkan mereka dipenjara di Jahim selama-lamanya.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07
Re: Kebencian orang tidak percaya
Yang aku hairan kau benci sangat kat perawi2 hadis Nabi s.a.w. tu pasal apa...Kau ingat perawi2 hadis Nabi s.a.w. berjiwa kotor ke....

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1671
Registration date: 2009-04-23
Re: Kebencian orang tidak percaya
Zahabur wrote:Yang aku hairan kau benci sangat kat perawi2 hadis Nabi s.a.w. tu pasal apa...Kau ingat perawi2 hadis Nabi s.a.w. berjiwa kotor ke....
Saya tidak pernah pula mengatakan saya benci kepada perawi-perawi hadis. Hanya orang-orang yang tidak percaya yang membenci orang yang percaya seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-quran di atas.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07
Re: Kebencian orang tidak percaya
bayau wrote:Zahabur wrote:Yang aku hairan kau benci sangat kat perawi2 hadis Nabi s.a.w. tu pasal apa...Kau ingat perawi2 hadis Nabi s.a.w. berjiwa kotor ke....
Saya tidak pernah pula mengatakan saya benci kepada perawi-perawi hadis. Hanya orang-orang yang tidak percaya yang membenci orang yang percaya seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-quran di atas.
Yang kau tolak riwayat Hadis Nabi s.a.w. tu apasal...
pastu kau kata orang yang ikut riwayat hadis tu penyembah nabi...

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1671
Registration date: 2009-04-23
Re: Kebencian orang tidak percaya
Yang kau tolak riwayat Hadis Nabi s.a.w. tu apasal...
Kalau ada perintah dalam al-quran suruh ikut riwayat hadis, kenapa saya harus menolaknya?
pastu kau kata orang yang ikut riwayat hadis tu penyembah nabi...
Mereka mentaati ajaran dan hukum yang diada-adakan yang Allah tidak tetapkan dan mendakwa datang daripada sabdaan nabi seolah-olah nabi itu lebih berhak dan berkuasa menetapkan hukum berbanding Tuhan. Bukankah tidak keterlaluan dikatakan bahawa mereka itu adalah golongan penyembah nabi?
Kalau ada perintah dalam al-quran suruh ikut riwayat hadis, kenapa saya harus menolaknya?
pastu kau kata orang yang ikut riwayat hadis tu penyembah nabi...
Mereka mentaati ajaran dan hukum yang diada-adakan yang Allah tidak tetapkan dan mendakwa datang daripada sabdaan nabi seolah-olah nabi itu lebih berhak dan berkuasa menetapkan hukum berbanding Tuhan. Bukankah tidak keterlaluan dikatakan bahawa mereka itu adalah golongan penyembah nabi?

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07
Re: Kebencian orang tidak percaya
Sebenarnya, di dunia lagi Allah sudah bakar hati kaum yang tidak beriman itu. Perasaan benci mereka disertai kepanasan hati. Bila hati mereka panas, mereka tidak mampu berhujah secara logik. Ini kerana, untuk berhujah secara logik, memerlukan manusia itu memiliki sifat sabar dalam jiwa untuk berfikir. Berfikir memerlukan kekuatan semangat dan konsentrasi. Jika hati tak tenang dan beremosi, manusia itu tidak mampu berfikir.
Di sinilah kita menilai manusia itu sama ada mereka termasuk dalam golongan yang sabar atau golongan yang beremosi. Orang yang beremosi, otak mereka akan terbantut dari memikirkan secara logik. Sebab itulah mereka tidak mampu menulis, melainkan cakap karangan kosong pada tulisan orang lain. Kenapa mereka tak cermin diri mereka yang tidak mampu bawa apa-apa tulisan yang boleh difikirkan?
Macam itulah perangai kaum kafir terdahulu. Mereka kata Al Quran yang Nabi Muhammad sampaikan adalah sihir dan dusta. Tetapi bila baginda cabar kaum kafir itu bawakan bukti yang kata-kata mereka tidak sihir dan tidak dusta, mereka tidak mampu buktikan apa-apa pun. Mereka hanya tahu mencela. Sungguh memalukan. Patutlah Allah jadi mereka kaum yang lemah dan dihina sejak di dunia lagi.
Itu sebab Al Quran suruh manusia berfikir. Dengan berfikir, jiwa akan jadi tenang dan sabar. Hikmah ini yang tidak mampu dilihat oleh kaum penyembah nabi itu gara-gara tok guru mereka mengajar agama supaya jangan berfikir. Bila tidak berfikir, mereka jadi cepat panas hati.
Masalahnya, jiwa mereka sendiri yang sengsara bila panas hati itu, bukan jiwa golongan beriman itu. Sebab ketenangan jiwa itu dimiliki oleh golongan yang berpegang kepada kebenaran, mereka mampu menulis dengan benar tanpa mampu dibuktikan bercanggah dengan hukum alam.
Apakah kaum kafir itu tidak terfikir, kenapa Allah masukkan hati mereka dalam kepanasan? Jika di dunia lagi Allah sudah bakar hati mereka, bayangkanlah nasib mereka di akhirat kelak.
Janji Allah adalah benar.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Re: Kebencian orang tidak percaya
bayau wrote:Yang kau tolak riwayat Hadis Nabi s.a.w. tu apasal...
Kalau ada perintah dalam al-quran suruh ikut riwayat hadis, kenapa saya harus menolaknya?
pastu kau kata orang yang ikut riwayat hadis tu penyembah nabi...
Mereka mentaati ajaran dan hukum yang diada-adakan yang Allah tidak tetapkan dan mendakwa datang daripada sabdaan nabi seolah-olah nabi itu lebih berhak dan berkuasa menetapkan hukum berbanding Tuhan. Bukankah tidak keterlaluan dikatakan bahawa mereka itu adalah golongan penyembah nabi?
Nak tanya korang sembahyang 5 x sehari....ikut cara yg diajar secara detail dari mana?

WARIS- Ketua Siswa-Siswi
- Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1246
Registration date: 2009-05-18
Re: Kebencian orang tidak percaya
Golongan beriman bersolat tidak kira berapa kali. Sebab itu Al Quran tidak tetapkan berapa kali kena solat sehari. Sesuai dengan maksud solat agar menjadi manusia yang berakal (takkanlah Allah nak cipta manusia jadi manusia yang tak berakal), ikutlah pada keupayaan diri nak bersolat berapa banyak kali sesuai dengan proses berfikir (proses mengembangkan akal).
Macam kita mengulangkaji pelajaran. Takkan nak tetapkan, 1 hari kena ulangkaji 5 kali. Ikutlah berapa banyak kali pun asalkan matlamat mengulangkaji itu mencapai maksudnya (sampai jadi faham sesuatu pelajaran).
Macam itulah solat golongan beriman sebab matlamatnya adalah untuk menjadi manusia yang berakal dan rasional. Itulah erti manusia sembah Allah iaitu mentaati tujuan Allah cipta manusia supaya jadi manusia yang berakal dan rasional.

Macam kita mengulangkaji pelajaran. Takkan nak tetapkan, 1 hari kena ulangkaji 5 kali. Ikutlah berapa banyak kali pun asalkan matlamat mengulangkaji itu mencapai maksudnya (sampai jadi faham sesuatu pelajaran).
Macam itulah solat golongan beriman sebab matlamatnya adalah untuk menjadi manusia yang berakal dan rasional. Itulah erti manusia sembah Allah iaitu mentaati tujuan Allah cipta manusia supaya jadi manusia yang berakal dan rasional.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Re: Kebencian orang tidak percaya
Mereka membenci, mereka sendiri yang panas hati
Hukum alam sudah ditetapkan, apabila manusia itu membenci kebenaran, pasti hati mereka sendiri yang panas. Itulah janji Allah.
Sebab itu orang kafir terdahulu panas hati dengan para Rasul mereka sampai sanggup nak membunuh kerana kedengkian dalam hati mereka. Sepatutnya jika mereka golongan yang benar, kenapa mendengki sebegitu rupa?
Bila kita sampaikan kebenaran, mereka dengki. Padahal kita nak tolong jelaskan mana yang benar dan menenggelamkan mana yang dusta. Sebab sesuatu ajaran yang benar, takkanlah hasilnya menyebabkan sesuatu umat jadi lemah dan berpecah-belah. Sudah pasti itu semua berpunca dari ajaran dusta yang diada-adakan (tanpa sokongan hukum alam dari Allah).
Jika kita berdusta, kenapa mereka tidak quote mana kata-kata kita yang bercanggah dengan hukum alam yang Allah tetapkan? Tetapi orang yang membenci lagi tidak percaya itu tidak mampu melakukannya sebab mereka sendiri tidak tunduk kepada hukum alam. Mereka lebih tunduk kepada tok guru yang mereka sembah itu berbanding tunduk kepada Allah. Akibatnya, di dunia lagi Allah sudah bakar hati mereka kepanasan sehingga tidak mampu datangkan tulisan yang benar dan logik difikirkan seperti mana benar dan logiknya ayat-ayat Al Quran itu. Tidakkah mereka memikirkan?

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14
Similar topics» Ahlus Sunnah Tidak Menyukai Banyak Bicara dan Debat Kusir..
» Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir
» Mengenali orang-orang yang percaya dan melakukan kebaikan
» SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
» Andai Orang Melayu Bersatu
» Mengenali orang-orang yang tidak percaya - kafir
» Mengenali orang-orang yang percaya dan melakukan kebaikan
» SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
» Andai Orang Melayu Bersatu
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum