Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Antara Hadis dan Al-Quran

Page 8 of 8 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8

View previous topic View next topic Go down

Re: Antara Hadis dan Al-Quran

Post by Juang on Tue Oct 20, 2009 6:18 pm

Cuba kita rujuk dalam Al Quran. Nabi Musa ada Taurat. Nabi Daud ada Zabur. Nabi Isa ada injil. Tiba-tiba Nabi Muhammad sebagai penutup nabi-nabi perlukan 2 kitab iaitu Al Quran dan riwayat hadis sehingga mereka kata tanpa riwayat hadis, tak sah keislaman. Dari mana mereka dapat hukum macam tu? Dalam Al Quran takde ayat Allah tetapkan hukum macam tu.

Riwayat hadis tu untuk dijadikan optional bolehlah untuk kita lihat akhlak Rasulullah mengikut pandangan manusia lain. Tetapi tidak layak dijadikan hukum sebab ia bergantung kepada nama orang terdahulu sebagai kesahihannya. Nak tetapkan hukum, kenalah guna nama Allah sebab Dia sahaja yang kita sembah.

3.79. Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.

Gara-gara menokok tambah hukum yang telah jelas dalam Al Quran itulah menyebabkan umat Islam jadi sempit fikirannya sehingga takut nak berfikir sesuatu di luar riwayat hadis.

Bawa-bawalah insaf sikit. Umat mereka sudahlah lemah (biarpun ramai) sebab tidak ramai bijak-pandai, masih lagi nak buat amalan yang menyempitkan minda. Macam manalah Allah nak tolong mereka?

Jika di dunia pun Allah sudah tidak tolong mereka jadi bijak (sebab mereka sendiri yang malas berfikir), apakah Allah akan bantu mereka di akhirat?

Itu tujuan kita di EMK ini supaya jadi org yang Rabbani iaitu selalu mengajar dan mempelajari.

Jika kita mahu mengajar, kita akan push diri kita untuk memahami banyak ilmu (jadi orang yang rajin belajar). Dan bila kita sanggup belajar dengan orang lain, kita boleh lawan penyakit bangga diri terasa diri sudah hebat daripada orang lain.

Kerana itu, bawalah apa jua pendapat yang bernas untuk kita saling mengajar dan belajar.

Ada manusia, atas rasa sudah cukup ikut ajaran nenek moyang mereka, maka mereka malas belajar lagi. Mula kerjanya nak menghukum orang. Bila berbeza pendapat, mula nak jatuhkan hukum dan wujudkan puak-puak. Macam manalah umat tak jadi rosak?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Antara Hadis dan Al-Quran

Post by rajamaca on Wed Oct 21, 2009 1:04 pm

aemaniyy wrote:
cik aemaniyy, kalau ikut dan taksub pada al-quran itu tidak apa sebab itukan kitab yang diturunkan melalui nabi muhammad. jadi, percaya al-quran bermakna percaya kpd nabi muhammad juga. tidak semestinya tidak guna riwayat hadis itu bermakna menolak nabi. lagipun, kalau setakat ada orang mendakwa itu 'hadis nabi' kita tidak seharusnya terus mempercayai bulat-bulat hanya disebabkan orang itu ada gelaran2 agama. nak buktikan ianya benar atau tidak, kena lihat pada mesejnya sama ada selari atau tidak dengan al-quran.


sy tak cakap pun taksub pada al-Quran. sy maksudkan sdra bayau, adli, othman, rajamaca, payau putih and yg lain2 tu t'lalu taksub utk tdk menerima riwayat hadith..buktinya jelas, bila dibincangkan tentang solat ikut cara Nabi Muhammad SAW...hadith tentang solat ikut cara nabi tu bukannya bertentangan dgn al-Quran, cuma tak dinyatakan dengan jelas bagaimana cara nabi menunaikan solat..riwayat2 yg benar, betul & memang confirm hadith itu sahih ada, tp golongan sdra2 ni masih taknak percaya & amalkan. kalau ye pun tak nak ikut2an, ha..buatlah kajian kebenaran hadith2 tu. ni tak, bleh plak tanye ada ke tidak kajian tentang kebenaran hadith t'sebut. bila dijawab kajian tu banyak & dh lama dibuat, t'diam plak..takde plak nk lawan bahas..sedar tak sedar golongan sdra2 ni yg ikut2an...taqlid dgn pegangan taksub utk tdk menerima hadith..terima je buta-buta apa yg bayau, adli & juang sebarkan dlm forum ni..ce pengikut2 golongan sdra2 ni buat kajian. ckp org lain terima membuta tuli..ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri!!!


Salam.aemaniyy,

Alhamdulila.cukup lah alquran sebagai kayu ukur bagi saya,Saya tidak taklid buta dalam pegangan amalan kehidupan saya.Saya tidak akan menyerah nasib saya di depan tuhan nanti dengan rujukan2 riwayat hadis2 apabila di tanya nanti.

Untuk pengetahuan aemaniyy,saya masih melakukan solat secara fizikal iaitu bediri,rukuk, sujud dan melakukan solat pada 3 waktu pada waktu tertentu.walaupun saya tidak mengunakan hadis sebagai rujukan dan pendapat saya ini tidak semesti sama dengan yg lain2.Kalau kita mengkaji dan merenung2 ayat per ayat alquran ada menjelaskan cara2 solat fizikal,puasa dan waktu nya(menurut pandangan saya).
Tidak perlulah ada riwayat hadis untuk membenarkan nya.

Begitu juga saya melakukan puasa di bulan ramadan pada siang hari dan berbuka waktu malam hari(bukan diwaktu azan magrib)Saya yakin hanya ada rujukan alquran sahaja kerana itulah kehendak pencipta saya dan pada hari besar iatu hari yawmil myshar manusia akan dipertanya oleh pencipta mereka"Apa yang telah mereka perlakukan terhadap alquran".Sebab itu lah saya terlalu taksub tidak menerima riwayat hadis dan tidak bertaklid buta kepada sesiapa pun.Oleh itu tuduhan peribahasa anda ibarat meludah kelangit jatuh kemuka sendiri dengan sendirinya terhapus.p/s.jangan menuduh sekira nya tiada bukti kerana ia akan kembali kepada kita.

salam.

rajamaca
Siswa-Siswi

Number of posts: 9
Reputation: 0
Credits: 1014
Registration date: 2009-08-18

Back to top Go down

Re: Antara Hadis dan Al-Quran

Post by Juang on Wed Oct 21, 2009 1:21 pm

Beragamalah mengikut apa yang kita tahu, sebab yang ajar kita menjadi tahu adalah Allah. Dengan kata lain, kita beragama kerana Allah, bukan kerana ikut-ikut orang. Sedangkan tahap permikiran manusia pun berbeza-beza, apakah cara beragama kita akan sama?

Dan sentiasa belajar untuk mengupgrade pengetahuan kita. Jadi kita akan menjadi manusia yang bersungguh-sungguh dalam hidup untuk mencapai syurga. Bukan lagi jadi golongan yang malas yang merasakan sudah ikut sesuatu ajaran turun-temurun, mereka sudah dijamin syurga.

Syurga tidak semudah dicapai seperti yang ramai manusia sangka. Sebab itulah di neraka nanti dihuni oleh ramai jin dan manusia, kerana mereka anggap sekadar menurut ajaran nenek moyang mereka, tiket ke syurga sudah dalam tangan.

Allah tidak menciptakan manusia untuk menjadi orang yang malas, sekadar menurut dan suka disuap daripada berusaha sendiri dengan bersungguh-sungguh.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Antara Hadis dan Al-Quran

Post by albab on Wed Oct 21, 2009 9:54 pm

aemaniyy wrote:

kalau ye pun tak nak ikut2an, ha..buatlah kajian kebenaran hadith2 tu. ni tak, bleh plak tanye ada ke tidak kajian tentang kebenaran hadith t'sebut. bila dijawab kajian tu banyak & dh lama dibuat, t'diam plak..takde plak nk lawan bahas..sedar tak sedar golongan sdra2 ni yg ikut2an...taqlid dgn pegangan taksub utk tdk menerima hadith..terima je buta-buta apa yg bayau, adli & juang sebarkan dlm forum ni..ce pengikut2 golongan sdra2 ni buat kajian. ckp org lain terima membuta tuli..ibarat meludah ke langit jatuh ke muka sendiri!!!


Samada hadis itu benar atau tidak, Al-Qur’an sahajalah yang
patut menjadi hakim. Justeru, kita sendiri boleh buat perbandingan antara hadis dan Al-Qur’an. Ternyata banyak hadis yang terbukti bercanggah dengan Al-Qur’an kalau kita kaji secara jujur. Disamping itu, cerita hadis yang tidak disebut
didalam Al-Qur’an tetapi bertepatan pula dengan bible. Tidak melampau bila dikatakan hadis itu satu cedokan daripada bible berdasarkan bukti-bukti yang ada. Lagi satu yang lebih meragukan, antara hadis dengan hadis yang lain juga wujud percanggahan. Dan Al-Qur’an telah menjelaskan:

4:82. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka mendapati di dalamnya banyak perselisihan.

Apa yang saya maksudkan “mengkaji hadis” disini adalah untuk
meneliti sangkaan ramai bahawa hadis-hadis itu datang dari mulut Rasulullah. Bukanlah mengkaji itu setakat membaca dan mengkhatam hadis itu semata. Saya percaya sehinggga kini masih belum ada pun kajian saintifik yang boleh membuktikan bahawa hadis itu daripada Muhammad. Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri siapa sebenarnya Bukhari, Muslim dan
lain-lain lagi periwat hadis yang diagung-agungkan itu. Secara peribadi, saya tidak pernah kenal mereka itu dan tiada sebab untuk percaya tulisan mereka itu membabi buta tanpa alasan yang konkrit. Walaupun kebanyakan orang yakin dengan mengatakan hadith itu perlu untuk menjelaskan kalam Allah. Seolah-olah kenyataan spt ini menuduh apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) itu tidak jelas dan sesuatu yang sukar untuk difahami.


Berdasarkan kitab hadis yang pernah dibaca, ada dicatatkan latar belakang mereka itu. Antaranya Bukhari, Muslim dll itu
bukanlah berasal daripada bangsa Arab. Jadi, bagaimanakah golongan yang berada diluar tanah Arab itu boleh mengumpul dan mengutip hadis sebegitu banyak dan mereka ini pun bukan hidup ketika zaman Rasulullah. Malah mereka ini berbeza dua abad selepas kewafatan Rasulullah. Jika tv3 boleh mengadakan dokumentari jejak rasul yang mencecah 15 episod itu, saya fikir apa salahnya scholar-scholar dalam negara ini menjejak hadis pula secara saintifik. Usaha ini boleh dilakukan jika benar2 serius hendak mencari asal usul dan sejarah kemunculan hadis-hadis yang dijenamakan atas nama penulis hadis spt Bukhari dan Muslim itu. Dalam kajian itu nanti, perlu diteliti asal usul periwayat hadis itu dan bagaimana cara hadis itu dikutip dan bukti lain yang akan ditemui. Pastinya akan terbongkar tentang pembohongan yang terbesar dalam dunia Islam.

albab
Siswa-Siswi

Number of posts: 25
Age: 25
State:
Reputation: 0
Credits: 1013
Registration date: 2009-09-09

Back to top Go down

Re: Antara Hadis dan Al-Quran

Post by Juang on Thu Oct 22, 2009 8:20 am

Masalahnya, kebanyakan umat Islam sekarang sensitif bila disentuh pasal riwayat hadis itu. Bila ditolak riwayat hadis yang bercanggah dengan Al Quran, mulalah mereka kata "anti-hadis". Walhal Al Quran sendiri mengizinkan kita mengikut yang terbaik sesuatu yang kita dengar, bukannya menurut membuta-tuli.

Sedangkan Al Quran sendiri tidak ada perselisihan untuk membuktikan ia datang daripada Allah, patutkah manusia itu percaya riwayat hadis membuta-tuli biarpun terang-terang mencanggahi Al Quran? Bukankah yang bercanggah dengan Al Quran itu bererti bukan daripada Allah lagi? Al Quran tidak tetapkan cara solat, mereka jadikan riwayat hadis untuk tetapkan cara solat. Akibatnya, umat Islam jadi lembab otaknya dan tidak kreatif untuk memikirkan cara solat yang terbaik untuk diri mereka.

Bayangkan, jika bab solat yang dikatakan tiang agama itupun mereka sudah sempit fikiran sehingga tidak mampu memikirkan cara lain yang lebih baik, apa lagi bab-bab lain dalam kehidupan? Patutlah umat Islam sekarang amat rendah tahap kreativitinya dan daya fikirnya berbanding bangsa-bangsa lain yang tidak menonjol-nonjolkan bab solat mereka.

Sudahlah ada yang tidak boleh terima perbezaan cara solat yang Allah tidak pernah larang nak guna cara apa sekalipun (asalkan mengelak dari ciri-ciri solat yang celaka dan munafik), apa lagi bab-bab lain pun mereka tidak boleh terima perbezaan. Bila berbeza sedikit, mulalah nak berpuak-puak dan berpecah-belah.

Bukankah itu golongan yang tersesat daripada matlamat sebenar mengapa manusia diciptakan? Takkanlah Allah nak cipta manusia sebagai khalifah untuk jadi kaum yang bodoh dan kerjanya hanya berpecah-belah bila berbeza pendapat? Kalau macam itulah gayanya, baik Allah angkat lembu jadi khalifah. Walaupun ada manusia kata lembu itu bodoh, tapi tidak pula kita lihat lembu berpecah-belah walaupun solat mereka tidak sama caranya (tidak pernah jumpa lembu buat gerakan ritual yang seragam).

Tidak bolehkah mereka berfikiran waras dan matang?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Antara Hadis dan Al-Quran

Post by Juang on Tue Oct 27, 2009 3:51 am

Kalau kita renungkan, kebanyakan orang Islam sekarang mengambil riwayat hadis hanya untuk bermegah-megah kononnya mereka ikut cara Nabi, ikut pakaian Nabi, ikut rupa Nabi. Itu sahaja yang nak dipertontonkan.

Padahal akhlak macam Nabi mereka tidak pun mereka ikut. Nabi seorang yang cintakan ummat dan sanggup berkorban untuk menyatukan umat, kebanyakan orang Islam sekarang tidak kisah pun nasib umat mereka lemah dan berpecah-belah. Yang penting bagi mereka, apa yang mereka buat untuk diri mereka sendiri. "Nasib orang lain, itu lantak dialah".

Kisah penyatuan kaum Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar banyak didetailkan dalam riwayat hadis. Tetapi pedoman ini tidak pun mereka ambil. Kaum sendiri berpecah-belah pun mereka tak dapat nak satukan. Di mana akhlak Nabi yang mereka cintai itu dalam diri mereka?

Kalau mereka sendiri pun taknak ikut riwayat hadis, apa guna riwayat hadis itu? Lepas tu bila ada orang lain suruh nilai riwayat hadis, mereka melenting kepanasan. Padahal mereka sendiri banyak tidak ikut pedoman-pedoman baik dalam riwayat hadis itu. Yang mereka cari riwayat hadis untuk pertontonkan dan menunjuk-nunjuk cara mereka seperti Nabi sahaja.

Itulah perangai orang Islam hari ini yang suka menunjuk-nunjuk sahaja. Isi dalam diri mereka kosong. Bila ditegur, mereka sombong dan angkuh. Bukankah Allah tidak menyukai orang yang sombong dan berbangga diri?

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Antara Hadis dan Al-Quran

Post by im on Thu Nov 05, 2009 1:08 pm

Sila Rujuk Surah 39 Ayat 29

Allah
menunjukkan contoh bagi
seorang lelaki yang menghadapi sekutu sekutu yang bertikaian (Hadis), dibandingkan dengan seorang lelaki yang
menghadapi hanya satu sumber yang konsisten (Quran). Adakah mereka itu sama? Segala
kepujian bagi
Allah;kebanyakan dari mereka itu tidak mengetahuinya

(sumber terjemahan dari submission.org)

renungilah apa maksud Allah

im
Siswa-Siswi

Number of posts: 13
State:
Reputation: 0
Credits: 939
Registration date: 2009-11-05

Back to top Go down

Re: Antara Hadis dan Al-Quran

Post by Juang on Thu Nov 05, 2009 1:50 pm

Samalah keadaannya jika kita bekerja di bawah banyak bos yang macam-macam polisinya yang bercanggah antara satu sama lain, dengan kita bekerja di bawah satu bos yang satu polisinya. Tentu ada perbezaannya.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5302
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Page 8 of 8 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum