Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 4 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 4 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Admin on Sat May 30, 2009 10:57 pm

2:159. Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat,

Saya tertarik dengan ayat al-quran ini. Inilah realiti yang berlaku kepada kebanyakan umat islam sekarang ini. Mereka sebenarnya nampak bukti-bukti yang jelas namun mereka menyembunyikan. Tidak mahu mengaku bahawa mengikut ajaran selain al-quran itu telah menyebabkan mereka menjadi lemah, berbunuh-bunuhan sesama sendiri, berpecah-belah dan berpuak-puak. Selain daripada menyembunyikan bukti-bukti yang jelas itu, mereka juga menyembunyikan petunjuk dari al-quran walaupun sudah diperjelaskan. Apakah petunjuk daripada al-quran itu? Bagi saya, ajaran-ajaran al-quran itulah petunjuk yang sebenar. Yang boleh memandu manusia dalam semua aspek kehidupan untuk mencapai kesejahteraan di dunia. Bagi mereka yang percaya kepada ajaran al-quran, mereka diberi ganjaran pahala atau upah di akhirat kelak. Kepada golongan yang tidak percaya, mereka sudah tentu dilaknat oleh Allah dan turut sama dilaknat oleh pelaknat.

Laknatlah bagi orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas dan petunjuk yang telah dijelaskan dalam al-quran!

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Admin on Sat May 30, 2009 11:25 pm

6:88. Itulah petunjuk Allah; Dia memberi petunjuk dengannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang mempersekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa yang mereka telah buat.

Hanya Allah sahaja yang akan memberi petunjuk kepada hamba-hambaNya yang dikehendaki. Bagi orang-orang yang mempersekutukan Allah seperti golongan penyembah nabi, sia-sia sajalah apa yang telah mereka buat selama ini. Bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk, selalulah berdoa kepada Allah agar hati kita tidak menyimpang dan diberi pengasihanNya seperti doa yang diajar dalam al-quran.

3:8. "Wahai Pemelihara kami, janganlah menyimpangkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan berilah kami pengasihan daripada sisi Engkau; sesungguhnya Engkaulah Yang Pemberi.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3389
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Adli on Sat May 30, 2009 11:45 pm

Benar bayau. Menyembunyikan kebenaran demi mempertahankan amalan nenek moyang yang terbukti menyebabkan umat jadi lemah dan mentaliti mereka seumpama binatang ternak (beragama main pakai turut membuta-tuli), merupakan kerja-kerja yang terkutuk dan dilaknat.

Sebab itulah Allah panaskan hati kaum sebegitu biarpun bila berhujah di alam siber. Kata-kata mereka mula menyamai skrip kaum kafir terdahulu yang disebut dalam Al Quran apabila hujah-hujah mereka mudah dipatahkan atau memakan diri mereka sendiri. Mereka mula tiada idea untuk berhujah dengan rasional, tetapi sekadar membawa emosi. Begitu lemah kawalan emosi mereka kerana selama ini mereka tidak belajar kenal diri dan melawan penyakit-penyakit hati.

Akibat tidak belajar kenal diri, mereka jadi manusia yang berbangga diri dengan status agama kelahiran mereka. Biarpun Allah perlihatkan nasib umat mereka yang lemah dan berpecah-belah, mereka sukar nak menerima kehinaan yang Allah takdirkan kepada umat mereka. Mereka tidak sanggup mengakui kelemahan umat sendiri gara-gara penyakit berbangga diri.

Seperti itulah kaum kafir terdahulu panas hati dengan para Rasul mereka. Bila para Rasul mereka nasihat berdasarkan keadaan realiti, mereka hangin satu badan. Akhirnya bila hujah-hujah mereka dipatahkan, mereka hanya mampu berkata "inilah sihir yang nyata", kesan kepanasan dalam hati mereka.

Selepas Allah perlihatkan kebenaran ini, mereka tidak akan hidup tenang lagi. Memang Allah sudah tetapkan pada alam ini, golongan pendusta pasti tidak akan tenang sehingga menemui mati selagi mereka tidak bertaubat. Melihat cara mereka berhujah pun kita boleh nampak mereka sudah gentar dan tidak tenang jiwa.

Kalau manusia itu tenang jiwanya, sudah pasti mudah berkata-kata dengan logik dan rasional kerana kata-kata yang penuh rasional dan logik itu hanya mampu dicapai apabila berfikir. Sedangkan kata-kata mencela tanpa mampu bawakan logik menunjukkan mereka berkata ikut nafsu sahaja. Sebab ikut nafsu itulah hujah-hujah mereka semakin lesu biarpun mereka ramai.

Benarlah janji-janji Allah yang diperlihat secara real di zaman sekarang seperti kisah para Rasul terdahulu menghadapi tentangan kaum mereka yang tidak menggunakan akal itu... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Yasir on Sun May 31, 2009 10:13 am

Mereka yang kamu dakwa menyembah nabi itu sebenarnya tetap menyembah Allah, cuma disamping Al-Quran, mereka juga mengikuti nasihat-nasihat dan hikmah yang diajarkan Nabi Mumammad. Nasihat-nasihat dan hikmah-hikmah yang diajarkan Nabi Muhammad itulah yang dipanggil hadis Nabi Muhammad. Telah banyak terbukti hadis Nabi Muhammad itu membawa kebaikan, dan tidak menjadi masalah bagi mereka yang mengikutinya. Tidaklah mereka itu menyembah Nabi pula.

Bagaimana, jika mereka yg kamu dakwa menyembah nabi tu pada ALLAH tetap meneymbahNYA??? Cuma mereka menerima hadis nabi sebagai sesuatu nasihat yang benar.

Yasir
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
State:
Reputation: 0
Credits: 1129
Registration date: 2009-05-19

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Adli on Sun May 31, 2009 12:44 pm

Jika riwayat hadis itu suatu yang benar, kenapa hasil ajaran nenek moyang mereka setakat melahirkan umat yang lemah dan hina? Hina kerana pemalas mengkaji ilmu alam biarpun kita dengar umat Islam terdahululah yang menguasai ilmu alam sehingga mereka dihormati lawan dan kawan. Namun kerana ajaran atas nama riwayat hadis itulah yang menyebabkan umat Islam sekarang beragama main pakai turut dan pemalas berfikir. Apa yang tok guru mereka suapkan, itulah yang mereka terima. Otak mereka jadi sempit sehingga nampak Islam hanya dari Arab, bukannya Islam yang luas semesta alam.

Tidakkah mereka melihat bahawa dalam Al Quran penuh ayat yang menyuruh manusia berfikir? Tetapi kenapa mereka kini beragama main pakai turut membuta-tuli sehingga tidak mampu membezakan kata-kata yang layak dari seorang Nabi (Al Quran yang terbukti benar ikut hukum alam), dan riwayat hadis yang tak logik (tidak mengikut hukum alam).

Mereka mula tetapkan sesuatu hukum hanya guna kata-kata riwayat Nabi, bukan ketetapan yang datang daripada Allah (hukum alam).

Ingatlah, kaum kafir terdahulu pun kata mereka sembah Allah dan tahu alam semesta ini Allah cipta. Tetapi berhala dan 'anak' Allah itu juga yang mereka taati membuta-tuli.

Allah tidak hina kaum penyembah Nabi di dunia sekarang ini sekadar saja-saja. Itu semua dari hasil tangan dan ajaran nenek moyang mereka sendiri. Takkanlah agama yang benar, hasilnya setakat melahirkan umat yang lemah, hina dan berpecah-belah?

Renung-renungkanlah. Berdusta atas nama Nabi, orang Nasrani dahulu pun dah guna cara yang sama (sehingga sembah Nabi Isa, biarpun mereka tahu adanya Allah yang mereka kata Bapa itu). Tetapi siapa boleh mendustai balasan yang Allah timpakan kepada sesuatu kaum yang sudah terpesong daripada ajaran sebenar kitab yang asal? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Zahabur on Fri Jun 05, 2009 1:38 am

Adli wrote:Jika riwayat hadis itu suatu yang benar, kenapa hasil ajaran nenek moyang mereka setakat melahirkan umat yang lemah dan hina? Hina kerana pemalas mengkaji ilmu alam biarpun kita dengar umat Islam terdahululah yang menguasai ilmu alam sehingga mereka dihormati lawan dan kawan. Namun kerana ajaran atas nama riwayat hadis itulah yang menyebabkan umat Islam sekarang beragama main pakai turut dan pemalas berfikir. Apa yang tok guru mereka suapkan, itulah yang mereka terima. Otak mereka jadi sempit sehingga nampak Islam hanya dari Arab, bukannya Islam yang luas semesta alam.

Tidakkah mereka melihat bahawa dalam Al Quran penuh ayat yang menyuruh manusia berfikir? Tetapi kenapa mereka kini beragama main pakai turut membuta-tuli sehingga tidak mampu membezakan kata-kata yang layak dari seorang Nabi (Al Quran yang terbukti benar ikut hukum alam), dan riwayat hadis yang tak logik (tidak mengikut hukum alam).

Mereka mula tetapkan sesuatu hukum hanya guna kata-kata riwayat Nabi, bukan ketetapan yang datang daripada Allah (hukum alam).

Ingatlah, kaum kafir terdahulu pun kata mereka sembah Allah dan tahu alam semesta ini Allah cipta. Tetapi berhala dan 'anak' Allah itu juga yang mereka taati membuta-tuli.

Allah tidak hina kaum penyembah Nabi di dunia sekarang ini sekadar saja-saja. Itu semua dari hasil tangan dan ajaran nenek moyang mereka sendiri. Takkanlah agama yang benar, hasilnya setakat melahirkan umat yang lemah, hina dan berpecah-belah?

Renung-renungkanlah. Berdusta atas nama Nabi, orang Nasrani dahulu pun dah guna cara yang sama (sehingga sembah Nabi Isa, biarpun mereka tahu adanya Allah yang mereka kata Bapa itu). Tetapi siapa boleh mendustai balasan yang Allah timpakan kepada sesuatu kaum yang sudah terpesong daripada ajaran sebenar kitab yang asal? Smile

Nak kaji tentang apa lagi...dah dalam riwayat hadis dah lengkap memberitau tentang Allah dan sifatNYa yang Maha Esa...Cara2 beribadat kepada Allah...Riwayat hadis mengajar umat supaya jangan syirik kepada Allah dan taat kepada Rasul....

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1667
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Adli on Sat Jun 06, 2009 5:18 am

Zahabur wrote:
Nak kaji tentang apa lagi...dah dalam riwayat hadis dah lengkap memberitau tentang Allah dan sifatNYa yang Maha Esa...Cara2 beribadat kepada Allah...Riwayat hadis mengajar umat supaya jangan syirik kepada Allah dan taat kepada Rasul....

Ilmu Allah itukan luas? Takkanlah sesempit apa yang riwayat hadis itu sebut. Jadi berfikirlah sebab Al Quran sendiri tak sebut, "jangan berfikir selepas ada riwayat hadis".

Kalau benarlah riwayat hadis itu ada sebut pasal Allah dan Sifat2Nya secara benar, kenapa kaum itu jadi penyembah Nabi pula sehingga menetapkan apa yang Al Quran tidak tetapkan atas nama Nabi? Mana ada ayat Al Quran suruh guna riwayat hadis sebagai ketetapan selain apa yang Al Quran tetapkan?

Kaum yang mensyirikkan Allah, pasti jadi lemah dan berpecah-belah. Dalam Al Quran ada sebut kisah-kisah kaum kafir terdahulu.

Jadi bila kita nampak kaum yang guna riwayat hadis itu sudah lemah dan berpecah-belah, malah sesama guna riwayat hadis pun berpuak-puak (Sunnah guna riwayat hadis mereka dan Syiah guna riwayat hadis mereka) serta berbunuh-bunuhan sesama sendiri (macam di Iraq sekarang), itukah ajaran yang tidak mensyirikkan Allah?

Atas kesedaran melihat kemudaratan yang dibawa oleh riwayat hadis itulah golongan beriman hari ini kembali kepada Allah dan Al Quran semata-mata. Tak logik ajaran yang benar, hasilnya setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah.

Kaum penyembah Nabi itu boleh berdusta sekuat mana mereka mahu, tetapi mereka tidak boleh mendustai hasil ajaran mereka itu. Pada hasil itulah golongan berakal melihatnya.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Guest on Sat Jun 06, 2009 11:44 am

anti hadis golongan
sesatttttttttttttttttttttt...larii....sesattttttt.sesattttttttttttt
sesat akal logik deme dah sesatttttttttttttttttttt

Guest
Guest

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Adli on Sat Jun 06, 2009 1:11 pm

Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

Di alam siber pun dah lari macam tu. Betapa hinanya mereka seakan-akan keldai liar.

Hari tu ada seorang mamat (yang kononnya kata Islam berlandaskan YAKIN, tapi dia sendiri TAK YAKIN dengan Al Quran sehingga tokok tambah dengan riwayat hadis) pun dah lari juga. Tambah lagi sorang yang sama macam keldai liar itu.

Bersyukur kepada Allah yang membuka pintu hati agar menjauhi ajaran dusta yang setakat melahirkan keldai-keldai liar sahaja. Puji-pujian bagi Allah Yang Terhebat dan Teragung sesangat! Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Guest on Sat Jun 06, 2009 4:04 pm

Adli wrote:Maka mengapa mereka (orang-orang kafir) berpaling dari peringatan (Allah)?, seakan-akan mereka itu keledai liar yang lari terkejut, lari daripada singa. (Al Muddatstsir: 49~51)

Di alam siber pun dah lari macam tu. Betapa hinanya mereka seakan-akan keldai liar.

Hari tu ada seorang mamat (yang kononnya kata Islam berlandaskan YAKIN, tapi dia sendiri TAK YAKIN dengan Al Quran sehingga tokok tambah dengan riwayat hadis) pun dah lari juga. Tambah lagi sorang yang sama macam keldai liar itu.

Bersyukur kepada Allah yang membuka pintu hati agar menjauhi ajaran dusta yang setakat melahirkan keldai-keldai liar sahaja. Puji-pujian bagi Allah Yang Terhebat dan Teragung sesangat! Smile

esangat memalukan......ishhh....mengakui kehebatan akal yg
seciput.....hahhahhahah..kesian.....idup dalam
kesunyian...kesepian,,,kegelapan.......kerana bertuhankan akal logiknya

Guest
Guest

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Adli on Sun Jun 07, 2009 7:04 am

mamatkepok wrote:esangat memalukan......ishhh....mengakui kehebatan akal yg
seciput.....hahhahhahah..kesian.....idup dalam
kesunyian...kesepian,,,kegelapan.......kerana bertuhankan akal logiknya

Masalahnya kaum keldai liar itu tidak mampu buktikan apa-apa pun dari tulisan mereka. Al Quran tidak ada sebut bertuhankan akal, mereka pergi tokok tambah. Al Quran peringatkan pasal kaum penyembah Nabi, mereka pula pergi sembah Nabi. Memang dasar keldai liar. Lain yang Al Quran sebut, lain yang mereka buat.

Sudahlah tidak mampu buktikan apa-apa dari akal mereka, ada hati nak perlekehkan orang lain. Dasar keldai tak sedar diri... Very Happy

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Zahabur on Mon Jun 08, 2009 5:45 pm

Adli wrote:

Kau sendiri pun tak boleh nak bagi bukti mana riwayat hadis yang dusta...

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1667
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Adli on Mon Jun 08, 2009 9:56 pm

Zahabur wrote:Kau sendiri pun tak boleh nak bagi bukti mana riwayat hadis yang dusta...

Lain kali, rujuk baliklah posting lama-lama tu. Ada dah pasal riwayat hadis dusta itu. Kenapa tak pergi tujuk balik posting lama-lama tu? Takkan nak ulang perkara yang telah dibuktikan sebelum ini. Yang membawa riwayat itu pun puak kalian juga. Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Zahabur on Tue Jun 09, 2009 12:28 am

Adli wrote:
Zahabur wrote:Kau sendiri pun tak boleh nak bagi bukti mana riwayat hadis yang dusta...

Lain kali, rujuk baliklah posting lama-lama tu. Ada dah pasal riwayat hadis dusta itu. Kenapa tak pergi tujuk balik posting lama-lama tu? Takkan nak ulang perkara yang telah dibuktikan sebelum ini. Yang membawa riwayat itu pun puak kalian juga. Smile

Betul aku tak jumpa pun kat sini riwayat hadis yang dusta...Maka aku minta tolong kau tunjukkan...

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1667
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Adli on Tue Jun 09, 2009 12:33 am

Zahabur wrote:Betul aku tak jumpa pun kat sini riwayat hadis yang dusta...Maka aku minta tolong kau tunjukkan...

Dulu kami pernah tanya pasal apa bukti solat diwajibkan 5 kali sehari. Al Quran tidak pernah menetapkan sedemikian rupa. So ada satu posting tu sorang mamat ada bawa riwayat hadis. Anda boleh rujuk posting itu.

Oleh kerana anda termasuk golongan yang menetapkan sedemikian rupa, maka anda lebih tahu riwayat apa yang anda guna. Sebab kami tak guna riwayat, tapi guna Al Quran yang suruh berfikir sahaja... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Zahabur on Tue Jun 09, 2009 12:40 am

Siapakah yang menjadi saksi bagi riwayat hadis tu sebagai dusta....Quran tidak dapat memansuhkan Al-Hadis... (riwayat hadis) dan Al-Hadis tidak dapat memansuhkan Quran... (Al-Quranul Karim)

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1667
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by slipar on Tue Jun 09, 2009 12:47 am

Siapakah yang menjadi saksi bagi riwayat hadis tu sebagai dusta....Quran tidak dapat memansuhkan Al-Hadis... (riwayat hadis) dan Al-Hadis tidak dapat memansuhkan Quran... (Al-Quranul Karim)

salah taip ke ni ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Adli on Tue Jun 09, 2009 12:54 am

Zahabur wrote:Siapakah yang menjadi saksi bagi riwayat hadis tu sebagai dusta....Quran tidak dapat memansuhkan Al-Hadis... (riwayat hadis) dan Al-Hadis tidak dapat memansuhkan Quran... (Al-Quranul Karim)

Hukum alam itulah penentu kebenaran kata-kata Nabi. Nabi tidak akan berkata-kata sesuatu yang Allah tidak tetapkan. Bukankah hukum alam itu ketetapan Allah?

Masalahnya, tiada ayat Al Quran kata riwayat hadis itu adalah Hadis yang sebenarnya kerana Al Quran kata Hadis adalah Allah dan ayat-ayatNya.

Ini yang dipersoalkan. Ada yang kata ayat Al Quran yang suruh ikut dan taat Rasul bermakna kena guna riwayat hadis? Padahal Al Quran itu sendiri diucapkan dan dilakukan oleh Nabi. Tidak pula ayat yang suruh taat pada Rasul itu memberitahu maksud ketaatan pada Rasul itu adalah dengan cara guna riwayat hadis.

Ni siapa punya kerja pandai-pandai buat andaian sendiri pasal penggunaan riwayat hadis itu? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3090
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by Zahabur on Tue Jun 09, 2009 1:03 am

Adli wrote:
Zahabur wrote:Siapakah yang menjadi saksi bagi riwayat hadis tu sebagai dusta....Quran tidak dapat memansuhkan Al-Hadis... (riwayat hadis) dan Al-Hadis tidak dapat memansuhkan Quran... (Al-Quranul Karim)

Hukum alam itulah penentu kebenaran kata-kata Nabi. Nabi tidak akan berkata-kata sesuatu yang Allah tidak tetapkan. Bukankah hukum alam itu ketetapan Allah?

Masalahnya, tiada ayat Al Quran kata riwayat hadis itu adalah Hadis yang sebenarnya kerana Al Quran kata Hadis adalah Allah dan ayat-ayatNya.

Ini yang dipersoalkan. Ada yang kata ayat Al Quran yang suruh ikut dan taat Rasul bermakna kena guna riwayat hadis? Padahal Al Quran itu sendiri diucapkan dan dilakukan oleh Nabi. Tidak pula ayat yang suruh taat pada Rasul itu memberitahu maksud ketaatan pada Rasul itu adalah dengan cara guna riwayat hadis.

Ni siapa punya kerja pandai-pandai buat andaian sendiri pasal penggunaan riwayat hadis itu? Smile

Apa pulak hukum alam yang menjadi penentu ,riwayat hadis dan Quran tu ibarat roh dah jasad....

Aku minta diri dulu,aku ada urusan dengan Allah...

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1667
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Sembunyi bukti jelas dan petunjuk Al-Quran - dilaknat Allah dan pelaknat

Post by slipar on Tue Jun 09, 2009 1:07 am

riwayat hadis dan Quran tu ibarat roh dah jasad....

aku rasa mamat pun tak setuju nih.

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1861
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum