Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 
Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Juang on Wed May 27, 2009 5:05 pm

Mungkin ramai umat Islam sekarang tidak sedar bahwa dengan suka mengkaji hukum-hukum alam ini, manusia akan suka bersatu-padu. Ini kerana hukum alam ini ditetapkan pada logik yang satu. Bila semua manusia taat pada sesuatu logik, pasti ia akan bersatu padu.

Allah cipta alam semesta ini berpasang-pasangan. Dalam logik, hanya ada nilai 1 atau 0, atau hanya ada nilai benar atau salah. Berfikiran logik menjadikan kita mencari jawapan yang satu nilainya iaitu sama ada benar atau salah. Tidak mungkin kedua-duanya. Sebab itulah apabila seseorang Rasul itu bawa hujah yang logik, maka masyarakatnya akan terpecah kepada dua golongan iaitu golongan beriman atau kafir.

Jika semua ahli masyarakat itu mentaati pada sesuatu yang logik, sudah pasti mereka akan termasuk dalam golongan yang benar. Namun kerana taksub pada amalan nenek moyang yang tak logik itulah menyebabkan ada manusia jadi kafir.

Sesuatu yang logik, apabila ada hukum alam membenarkannya. Ini menunjukkan yang menetapkan kelogikan tersebut adalah Allah. Akal manusia hanya mampu mencapainya sahaja apabila mereka berfikir. Jadi semakin manusia itu taat pada sesuatu yang logik, bermakna dia telah taat kepada Allah. Sebaliknya jika manusia itu taat pada sesuatu yang tak logik, bermakna dia telah taat pada thagut.

Bayangkan jika manusia tidak taat pada logik bahawa 1+1 jawapannya hanyalah 2, sudah pasti akan ramai manusia buat andaian sendiri. Ada yang kata 1+1=3. Ada yang kata 1+1=15 dan macam-macam andaian. Bagaimanakah kehidupan manusia jika masing-masing berpegang pada kata-kata dusta ikut sesuka hati mereka? Sudah pasti kehidupan manusia akan jadi kucar-kacir dan tidak bersistematik.

Oleh kerana pentingnya hidup manusia berpandukan logik yang Allah tetapkan pada alam semesta ini, sebab itulah dalam seluruh kehidupan kita kena guna logik. Tidak boleh main terima sesuatu kata-kata yang tak logik hanya disebabkan diriwayatkan oleh seseorang Nabi. Kalau kita fikirkan pun, tak logik para Nabi itu mengajar sesuatu yang dusta (tiada bukti berupa hukum alam yang logik).

Kekukuhan hujah para Rasul terdahulu itulah menunjukkan mereka berkata-kata bukan ikut kehendak hati, tetapi mengikut logik yang tercapai oleh otak apabila berfikir. Logik tidak mungkin dicapai jika berkata ikut hati, sebab hanya emosi sahaja akan menguasai bila tak guna akal. Sebab itulah Al Quran suruh manusia berfikir dengan maksud supaya hidup mentaati logik yang Allah tetapkan.

Kalau hidup ini taknak taat pada logik yang Allah tetapkan pada alam ini, manusia itu nak taat pada siapa? Pada syaitan yang mengajak sesuatu yang tak logik dan dusta itu?

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by semut api on Wed May 27, 2009 5:32 pm

Juang wrote:Jika semua ahli masyarakat itu mentaati pada sesuatu yang logik, sudah pasti mereka akan termasuk dalam golongan yang benar. Namun kerana taksub pada amalan nenek moyang yang tak logik itulah menyebabkan ada manusia jadi kafir

encik juang, Allah itu tidak logik maka bermaksud mereka akan termasuk dlm golongan yg salah gitu? laughing
ramai yg percaya akan Wujudnya Dia tapi akal tak pernah nampak Dia secara nyata juga secara logik! Allah tu ada katanya tapi semut rasa tak ada pun sorang manusia yg nampak secara logik, so apa macam ? semua sesatka?

ada tapi tak buleh nampak, langsung tak logik laughing

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Yasir on Wed May 27, 2009 7:26 pm

Allah berkuasa merombak hukum-hukum alam(hukum-hukum logik), semua hukum dan ilmu adalah ciptaanNYA. Semua yang selainNYA yang nyata mahupun yang ghaib berada dalam genggamanNYA. Ini bermakna Allah berkuasa merubah apa sahaja yang dikehendakiNYA.

Contoh, Allah berkuasa menjadikan 1 + 1 = 3, Allah berkuasa menjadikan kayu lebih keras dari besi, Allah berkuasa menjadikan semut lebih besar dari gajah, Allah berkuasa menjadikan manusia boleh berjalan atas udara(bukan silap mata) dan Allah berkuasa menjadikan kulit boleh berkata-kata.

Al-Fussilat(41:21):

Dan mereka berkata kepada kulit mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit mereka menjawab: "Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai (pula) berkata, dan Dia-lah yang menciptakan kamu pada kali yang pertama dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Hanya mereka yang tidak mengenali Allah akan merasa hairan dengan perkara ini kerana mereka itu terlampau ikut ilmu logik. laughing

Yasir
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
State:
Reputation: 0
Credits: 1133
Registration date: 2009-05-19

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by slipar on Wed May 27, 2009 7:30 pm

Hanya mereka yang tidak mengenali Allah akan merasa hairan dengan perkara ini kerana mereka itu terlampau ikut ilmu logik. laughing

kalau ayat tentang alam ghaib memang macam tu sedara , iblis , malaikat bah kan allah sendiri telah berkomunikasi dgn adam . alam sebelah sana memang tak logik .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Yasir on Wed May 27, 2009 7:53 pm

slipar wrote:
kalau ayat tentang alam ghaib memang macam tu sedara , iblis , malaikat bah kan allah sendiri telah berkomunikasi dgn adam . alam sebelah sana memang tak logik .

Adakah maksud anda Allah tidak berkuasa berbuat demikian di alam nyata atau alam dunia? Adakah Allah terikat dengan alam sehingga boleh pada sesuatu alam dan tidak boleh pada sesuatu alam. Bukankah Allah adalah Pencipta sekelian alam???

Smile

Yasir
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
State:
Reputation: 0
Credits: 1133
Registration date: 2009-05-19

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by slipar on Wed May 27, 2009 8:52 pm

Adakah maksud anda Allah tidak berkuasa berbuat demikian di alam nyata atau alam dunia? Adakah Allah terikat dengan alam sehingga boleh pada sesuatu alam dan tidak boleh pada sesuatu alam. Bukankah Allah adalah Pencipta sekelian alam

kita memang terikat dgn alam . kita reletif kepada alam . allah tak terikat dengan alam sebab allah meliputi segala sesuatu. orang sufi kata kalau kita masuk alam tu maka tiadalah wujud kita . betul jugak.

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Juang on Thu May 28, 2009 1:52 pm

semut api wrote:encik juang, Allah itu tidak logik maka bermaksud mereka akan termasuk dlm golongan yg salah gitu? laughing
ramai yg percaya akan Wujudnya Dia tapi akal tak pernah nampak Dia secara nyata juga secara logik!

Orang kafir dan penyembah Nabi, mereka tidak nampak Allah secara logik. Sebab bagi mereka, wujud Allah secara logik kena lihat guna mata.

Tapi bagi golongan beriman, kewujudan Allah itu logik. Kekuasaan yang menakdirkan sesuatu itu terjadi, itulah bukti Allah wujud secara logiknya.

Jika tiada Kuasa yang mengawal takdir, sudah pasti semua manusia boleh buat ikut kehendak hatinya. Tetapi kekuasaan manusia terbatas ikut apa yang ditakdirkan. Seperti itulah golongan beriman nampak Allah.

Tapi orang kafir, sebab mereka tak guna akal, maka mereka tidak rasa kekuasaan Allah secara logik. Maka banyak ajaran atas nama agama dimasukkan unsur-unsur tak logik. Maka agama Islam yang wujud sekarang dah takde beza dengan ajaran agama lain yang tak logik juga.

Allah tu ada katanya tapi semut rasa tak ada pun sorang manusia yg nampak secara logik, so apa macam ? semua sesatka?

Macam dikatakan tadi, hanya orang kafir sahaja tak nampak Allah secara logik.

Tapi orang beriman nampak Allah iaitu Tuhan yang menetapkan kaum penyembah Nabi jadi hina sekarang ini. Jika benar Allah tidak wujud sekarang ini, sudah pasti kaum penyembah Nabi itu boleh kalahkan bangsa yang berteknologi tinggi tanpa mereka perlu belajar ilmu alam yang Allah cipta ini.

Jadi kalau anda tidak nampak kelogikan Allah itu, sedar dirilah bahawa anda telah tersesat. Sebab anda sendiri mengaku tak nampak Allah secara logik, sedangkan golongan beriman nampak logik wujudnya Allah itu dengan melihat tanda-tanda KekuasaanNya itu.

ada tapi tak buleh nampak, langsung tak logik laughing

Berapa banyak benda kat dunia ini ada, tetapi tak nampak langsung. Tenaga dipercayai ada, tetapi tak nampak pun bagaimana rupa tenaga itu. Kan masih logik itu? Akal itu ada, tetapi tak nampak pun. Kan ke logik itu?

Mungkin sebab tak nampak akal guna mata kasar itulah kaum penyembah nabi itu beragama tak guna akal. Yalah sebab tak nampak akal, maka mereka percaya akal tu tak wujud.

Puji-pujian bagi Allah yang melemahkan hujah kaum yang pemalas berfikir itu.

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by semut api on Thu May 28, 2009 2:46 pm

Juang wrote:Orang kafir dan penyembah Nabi, mereka tidak nampak Allah secara logik. Sebab bagi mereka, wujud Allah secara logik kena lihat guna mata.

... sedangkan golongan beriman nampak logik wujudnya Allah itu dengan melihat tanda-tanda KekuasaanNya itu.

Berapa banyak benda kat dunia ini ada, tetapi tak nampak langsung. Tenaga dipercayai ada, tetapi tak nampak pun bagaimana rupa tenaga itu. Kan masih logik itu? Akal itu ada, tetapi tak nampak pun. Kan ke logik itu?

tenaga ada.. logik kerana bila letak lampu , menyala lampu tu.. adala tenaga, apa yg nampak ? matala nampak, kalu buta kasi current tu gigit tangan ada rasa so logikla encik juang! berapa kali mahu cakap encik juang tanda2 tu bukan nya Allah sendiri, kasi cth dgn encik puan adli dulu, tanda org berak ada itu barang tinggal dlm itu tandas, tanda itu orgnya ke? bukan la encik juang laughing akal itu ada logik kerana dapat itu pikir mana benda patut guna logik & apa barang tak perlu logik scratch

Allah ada semua org tahu lah tapi adanya tak ada logik pun, boleh rasa ker Allah tu? buleh pegang ker Allah tu, semua kata ada tapi tak der pun bayangnya , itu tarak logik wooo , sebab itu barang bukannya logik , tarak logik punya laughing

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Juang on Thu May 28, 2009 3:40 pm

semut api wrote:

Aiyaa berapa kali mau cakap. Kita perlukan tanda-tanda itu untuk nampak logik Allah itu wujud.

Yang pentingnya di sini, dengan tanda-tanda itu kita dapat keyakinan bahawa Allah itu wujud. Hati manusia tidak boleh buat-buat yakin. Orang kafir pun kata mereka yakin mereka tak kafir.

Tetapi orang yang ada bukti-bukti yang nyata itulah yang mencapai erti keyakinan yang sebenarnya.

Tenaga pun tak boleh pegang. Akal pun takleh pegang. Tetapi itu tidak menafikan kelogikan wujudnya tenaga dan akal. Macam tulah dengan Allah. Nak pegang Allah untuk apa? Cukup dapat tanda-tanda yang menunjukkan Allah itu ada.

Tanpa dapat pegang Allah, Dia tetap beri rezeki kepada kita. Tetapi tanpa nampak Allah secara logik, Allah hina kaum itu jadi lemah dan berpecah-belah. Sebab itulah pentingnya nampak tanda-tanda adanya Allah supaya nampak logik Allah itu.

Kenapa sempit sangat otak tu. Tenaga dan akal tak perlu disentuh pun boleh nampak logik wujudnya tenaga dan akal. Tetapi bila bab Allah, takleh pegang guna tangan terus kata tak logik.

Kelakar betul manusia itu.

Very Happy

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Yasir on Sun May 31, 2009 10:18 am

slipar wrote:
kita memang terikat dgn alam . kita reletif kepada alam . allah tak terikat dengan alam sebab allah meliputi segala sesuatu. orang sufi kata kalau kita masuk alam tu maka tiadalah wujud kita . betul jugak.

Ertinya Allah berkuasa merubah apa sahaja hukum yang diciptakannya.
Orang sufi tu sembahyang macam Nabi Muhammad dan solat lima waktu???

Yasir
Siswa-Siswi

Number of posts: 31
State:
Reputation: 0
Credits: 1133
Registration date: 2009-05-19

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by slipar on Sun May 31, 2009 1:41 pm

Ertinya Allah berkuasa merubah apa sahaja hukum yang diciptakannya.
Orang sufi tu sembahyang macam Nabi Muhammad dan solat lima waktu???

solat berapa waktu tak jadi soal kat sini . allah memang berkuasa tapi manusia tak berkuasa merubah hukum alam . manusia bila sakit dia akan cari ubat . allah turunkan hujan pada bumi yg mati kemudian kembalilah bumi hidup .. ayat tu sepadan dgn hukum alam .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Adli on Sun May 31, 2009 5:22 pm

slipar wrote:
Ertinya Allah berkuasa merubah apa sahaja hukum yang diciptakannya.
Orang sufi tu sembahyang macam Nabi Muhammad dan solat lima waktu???

solat berapa waktu tak jadi soal kat sini . allah memang berkuasa tapi manusia tak berkuasa merubah hukum alam . manusia bila sakit dia akan cari ubat . allah turunkan hujan pada bumi yg mati kemudian kembalilah bumi hidup .. ayat tu sepadan dgn hukum alam .

Benar tu slipar. Jika kita renungi ayat-ayat Al Quran (biarpun yang terjemahan), ia sepadan dengan hukum alam. Memang jelas kita nampak apa yang Al Quran sebut, ada hukum alam yang membenarkannya.

Hukum alam itulah bukti menunjukkan kata-kata seseorang Nabi itu datang daripada Allah. Jika kata-kata yang datang ikut hati baginda sendiri, pasti Allah tegur dengan menghadirkan penyesalan dalam hati Nabi itu. Sebab Nabi seorang yang suci hatinya. Bila dia tersilap berbuat sesuatu, cepat-cepat dia perbaiki diri.

Tapi golongan kafir, sebab hati mereka keras macam batu, biarpun Allah sudah tunjukkan umat mereka lemah dan berpecah-belah, tetapi tidak datang-datang keinsafan untuk mereka berubah. Hati mereka terkunci mati.

Bagi mereka, biarlah umat mereka lemah dan berpecah-belah, tetapi keegoan mempertahankan amalan nenek moyang mereka yang tidak mendatangkan kebaikan (takkan umat jadi lemah dan berpecah-belah masih dikatakan ajaran yang bermanfaat?) itu harus dipertahankan. Jadi, sampai ke matilah kaum kafir itu terus berpegang pada sesuatu yang tiada hukum alam sebagai bukti yang kukuh.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by semut api on Mon Jun 01, 2009 9:21 am

Juang wrote:Aiyaa berapa kali mau cakap. Kita perlukan tanda-tanda itu untuk nampak logik Allah itu wujud.

Yang pentingnya di sini, dengan tanda-tanda itu kita dapat keyakinan bahawa Allah itu wujud.

patut pun dangkal golongan akal2an, baru jumpa tanda dah rasa hebat Very Happy laughing

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Juang on Mon Jun 01, 2009 1:35 pm

Alahai kesiannya. Kaum penyembah Nabi itu setakat mampu berhujah macam tu sahaja? Singkatnya akal mereka sesingkat hujah mereka. Patutlah umat mereka di hina di atas muka bumi lagi.

Tahap pemikiran mereka yang cetek kerana tak mampu berhujah dengan logik, tapi tak sedar diri. Syukur Allah bongkar amalan nenek moyang mereka itu jelas menghasilkan umat yang lemah dan berpecah-belah. Kalau tidak makin ramai manusia kena tipu hidup-hidup dengan ajaran dusta mereka itu.

Ayuh, tinggalkan ajaran dusta yang menyebabkan umat jadi lemah dan berpecah-belah akibat taksub riwayat.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by semut api on Mon Jun 01, 2009 1:51 pm

Juang wrote:Alahai kesiannya. Kaum penyembah Nabi itu setakat mampu berhujah macam tu sahaja?

alahai kesiannya kaum akal dangkal, suruh bawak bukti nyata yg diheboh2kan tak mampu laughing

semut api
Doktor Falsafah

Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2619
Registration date: 2009-04-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Juang on Mon Jun 01, 2009 2:50 pm

Alahai sedihnya. Sudah tunjukkan bukti yang nyata pun tak sedar-sedar diri umat mereka terhina dengan keadaan lemah dan berpecah-belah itu.

Hanya golongan tidak berakal sahaja yang terus beragama yang setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Zahabur on Fri Jun 05, 2009 12:38 am

Juang wrote:Alahai sedihnya. Sudah tunjukkan bukti yang nyata pun tak sedar-sedar diri umat mereka terhina dengan keadaan lemah dan berpecah-belah itu.

Hanya golongan tidak berakal sahaja yang terus beragama yang setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile

Sekarang ni umat yang mana satu tak berpecah belah....

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1671
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Adli on Fri Jun 05, 2009 6:16 am

Zahabur wrote:Sekarang ni umat yang mana satu tak berpecah belah....

Para saintis sahaja tidak berpecah-belah. Mereka boleh guna kitab yang sama, hukum alam yang sama biarpun bahasa yang berlainan dan bangsa yang berbeza. Tidak pernah kita dengar saintis mewujudkan puak atau mazhab gara-gara taksub pada seseorang tok guru sebab mereka hanya tunduk pada hukum alam, bukan pada kata-kata manusia yang tiada bukti hukum alam?

Seumur hidup saya, tidak pernah dengar seseorang saintis taksub pada riwayat saintis terdahulu sehingga semua perkara nak rujuk kata-kata nama saintis terdahulu itu semata-mata. Hanya golongan tak berakal sahaja yang semua perkara nak rujuk kata-kata orang terdahulu macam mereka takde akal nak berfikir. B0doh punya manusia.

Para saintis bebas berfikir dan membawa teori masing-masing setelah membuat pemerhatian dan difikirkan secara rasional. Mereka boleh mematahkan teori-teori lemah tanpa perlu berbalah-balah. Cukuplah bawakan bukti hasil eksperimen mereka.

Nampak tak kematangan akal orang yang rajin berfikir ilmu alam? Di sinilah kita nampak logik kenapa Al Quran suruh kita berfikir pasal kejadian alam agar manusia berfikiran seperti para saintis kemudian boleh hidup makmur biarpun berbilang kaum sebab memiliki fikiran yang matang.

Itulah mukjizat yang ada pada Al Quran yang kaum penyembah Nabi itu tidak terfikir gara-gara ajaran tok guru mereka suruh jangan berfikir. Apa punya b0doh punya ajaran daaa.

Lihatlah perangai orang Melayu (Islam). Gara-gara tidak berfikiran seperti para saintis, mereka berbalah-balah berebut kuasa atas nama menegakkan Islam dan keadilan, seperti kera-kera yang hina. Tidak ada masa untuk mereka kusyuk mengkaji ilmu alam yang Allah cipta. Dasar otak lembab!.. Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Guest on Fri Jun 05, 2009 12:32 pm

logik akal terbatas.......

betul ker tak?????? kalau tak betul ko org tolong jawab..jgn ingat akal manusia nie boleh fikir semua logik...

Guest
Guest

Back to top Go down

Re: Kenapa Perlu Taat Pada Sesuatu Yang Logik

Post by Adli on Sat Jun 06, 2009 3:52 am

mamatkepok wrote:logik akal terbatas.......

betul ker tak?????? kalau tak betul ko org tolong jawab..jgn ingat akal manusia nie boleh fikir semua logik...

Tahap pemikiran manusia terbatas mengikut apa yang dipelajari. Kalau dia pemalas berfikir dan belajar, setakat itulah tahap akalnya.

Tetapi logik tidak pernah terbatas sebab ilmu Allah itu luas. Mengatakan logik terbatas seolah-olah mengatakan ilmu Allah itu terhad, kerana yang menetapkan sesuatu itu logik atau tidak logik adalah Allah.

Apabila Al Quran mengatakan manusia boleh tembus penjuru langit, semua itu hanya mampu dicapai guna logik, bukannya guna magik. Jadi masih terbatas lagikah kemampuan manusia sedangkan Al Quran memberi pengharapan bahawa manusia boleh mengkaji ilmuNya sampai tembus penjuru langit?

Hanya kaum penyembah Nabi sahaja yang membataskan tahap keupayaan akal mereka. Patutlah Allah perlihatkan kaum penyembah Nabi itu tidak mampu meneroka angkasa yang terdekat dengan bumi sekalipun sedangkan bangsa-bangsa lain sudah naik ke angkasa. Di dunia lagi Allah sudah celakakan kaum penyembah Nabi itu gara-gara bersolat kerana menunjuk-nunjuk dengan cerita kelemahan dan perpecahan sesama sendiri. Betapa hinanya mereka.

Maha Agung Allah yang memperlihatkan keb0dohan kaum penyembah Nabi yang membataskan akalnya sendiri.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum