Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 BotsNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Islam dari masjid dan majlis syarahan
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1 • Share •
Islam dari masjid dan majlis syarahan
Bagi mereka yang selalu menghadiri syarahan-syarahan agama (Islam) di masjid-masjid atau pun di tempat-tempat lain atau majlis, mereka akan menganggap betapa ruginya mereka yang lain yang tidak sama hobi atau sama minat dengan mereka. Akhir-akhir ini memang banyak terdapat majlis-majlis ilmu Islam di masjid-masjid dan tidak kurang juga di suaru-surau di pejabat-pejabat kerajaan atau syarikat-syarikat terutamanya pada masa rehat tengah hari.
Dikatakan juga sekarang ini kesedaran terhadap Islam kian mengembang sehinggakan tidak mencukupi penceramah-penceramah, tok-tok guru, atau ustaz-ustazah untuk memenuhi kecenderungan tersebut. Maka terdapatlah penceramah-penceramah yang menggunakan isu tersebut untuk membela dan seringkali mengutip derma untuk membantu institusi pondok dan sekolah agama rakyat.
Penceramah
Pada majlis-majlis ilmu tersebut, ustaz-ustaz dan tok-tok guru yang memberi ceramah atau syarahan ialah mereka, yang pada kebiasaannya, berpendidikan dan lulusan dari timur tengah atau pun pondok-pondok yang kebiasaanya dari pantai Timur atau pun Utara Malaysia. Mereka pada kebiasaannya mempunyai identiti yang ketara, yaitu berjubah, berketayap atau berserban dan berjanggut.
Bahan Ceramah
Bahan ceramah yang biasa digunakan ialah kitab-kitab yang ditulis oleh ‘ulamak-ulamak’ dari timur tengah dan biasanya berbahasa Arab. Penceramah akan membaca teks-teks dan menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Maka para pendengar pun akan kagum dengan kefasihan penceramah dalam pemahaman bahasa Arab. Apa saja bahan yang asalnya dalam bahasa Arab dianggap baik dan tidak selalu diusul soal. Walau bagaimana pun jarang sekali bahan yang digunakan secara sepenuhnya datang dari Al-Quran secara terus. Kadang-kadang terdapat juga majlis pengajian Al-Quran, tetapi ianya hanya terhad kepada pengajian cara membacanya sahaja; tidak ke arah pemahaman isi maksud Al-Quran. Mengapa ? Mungkin kerana mereka yang menganggap diri mereka tok-guru tidak konfiden dengan pemahaman mereka sendiri tentang Al-Quran. Walau apa pun, Al-Quran tidak dikedepankan dalam majlis-majlis seumpama ini berbanding dengan tulisan-tulisan manusia termasuk hadith-hadith.
Mesej
Jadi, apakah mesej yang biasanya disampaikan ? Oleh kerana bahan-bahan yang digunakan ialah buku-buku yang ditulis oleh manusia, maka yang dibincangkan ialah pendapat yang ditulis oleh penulis yang berkenaan. Walaupun kadang-kadang ada ayat-ayat Al-Quran yang digunakan dalam hujah-hujah penulis, tetapi ianya masih berpusing di sekitar pendapat penulis itu - dan selalunya pendapat-pendapat akan menggunakan hadith-hadith sebagai penguat. Yang sedihnya, kadang-kadang ahadith didahulukan dan Al-Quran digunakan sebagai langkah terakhir sahaja.
Maka makin banyak sesi ceramah berbentuk ini, makin dekatlah manusia kepada tulisan dan pendapat manusia; tetapi makin lagi jauh manusia daripada mesej Al-Quran.
Hadith
Banyak juga terdapat kelas-kelas pengajian atau sesi-sesi tertentu yang menumpukan kepada ajaran hadith sahaja (biasanya dari Bukhari dan Muslim). Tidak semua 6000 lebih hadith yang dibacakan. Yang dibacakan ialah beberapa sahaja dan diulang berkali-kali. Tidak dibacakan mithalnya hadith (sahih) tentang syaitan tidur dalam jamban atau lubang hidung, hadith nabi cungkil biji mata dan sebagainya. Pada kebiasaanya penceramah atau tok-tok guru membuat penterjemahan sendiri terhadap hadith-hadith tersebut. Sehinggakan apabila ada hadith yang jelas tidak rasional maknanya pada logik akal, maka ustaz-ustaz akan menterjemahkan perkataan-perkataan dalam hadith itu (mengikut pendapatnya) supaya memberi maksud yang munasabah.
Ada sesetengah kumpulan yang membacakan hadith-hadith (yang tiada rujukan) dari buku-buku penulis, terutamanya daripada India, pada setiap kali selepas sembahyang terutamanya solat Fajr. Hadith-hadith dibacakan, biasanya dengan tujuan untuk mempromosikan cara hidup Nabi Muhammad, daripada cara pakaian, berjalan, bergosok gigi hinggalah cara hendak ke masjid. Pernah dibacakan cerita bagaimana seorang ulamak dahulu dapat melihat dosa jatuh bersama percikan air bekas mengambil wudhu’.
Bukan setakat itu sahaja, status nabi ditinggikan sehinggakan sebagai contoh : Solat Jumaat (bagi mereka yang berbuat demikian) tidak sah tanpa khutbah, dan khutbah tidak sah kalau tidak disebut selawat ke atas nabi. Solat juga tidak sah sekiranya nama nabi Muhammad tidak disebut dalam rukun tahyat. Seolah-olah Tuhan dan nabi tidak dapat dipisahkan.
Sayang sekali tiada dibacakan cara nabi mengamalkan ajaran Al-Quran.
Pendengar
Para pendengar pada hemat saya adalah mereka yang tidak mendalami ajaran Al-Quran. Bagi mereka, ceramah-ceramah itulah yang memberi mereka ilmu tentang Islam. Sesiapa yang tidak ‘mendengar’ seperti mereka, adalah tidak mempelajari Islam. Bagi mereka belajar ilmu Islam mestilah berguru dengan ustaz atau tok guru. Bergurukan dengan yang bertarafkan ulamak meninggikan lagi tahap ilmu. Mereka berpegang dengan satu hadith yang kononya mengatakan bahawa belajar agama tanpa berguru adalah bergurukan syaitan. Siapakah yang mentauliahkan status guru atau ulamak?
“Bacalah, dan Pemelihara kamu Yang Mulia, Yang mengajar dengan pena” (Al-Quran 96:3 – 4)
Al-Quran
Sejauh manakah Al-Quran diketengahkan dalam majlis-majlis seumpama ini? Pada hemat saya, amat sedikit sekali. Terlampau lebih banyak tumpuan diberikan kepada hadith-hadith dan kitab-kitab manusia. Al-Quran tinggal sekadar wajib dibaca dalam solat sahaja, itupun sekadar beberapa ayat sahaja. Sedangkan hadith, tarafnya diletakkan begitu tinggi sekali (tanpa disedari). Apa saja topik atau isu yang diceramahkan, hadith-hadithlah yang selalunya digunakan sebagai bukti dan penguat.
Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (Al-Quran 25:30)
Azahidi
Feb 2003

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat islam mengenai tajuk thread berkenaan. Saya bersetuju dengan penulis artikel di atas. Sama ada kita sedar atau tidak, kita semakin melupakan al-quran sedangkan al-quran itu adalah kitab yang dapat memberi kita petunjuk ke jalan yang lurus. Buktikan yang kita bukan kaum yang tidak mempedulikan al-quran. 

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Bawakan bukti... bukan karangan.

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Kita lihat sahaja masjid-masjid di sekitar tempat tinggal kita atau majlis syarahan agama. Apakah yang seringkali dijadikan bahan bukti atau penguat hujah melainkan daripada riwayat-riwayat hadis? Ayat-ayat al-quran boleh dibilang dengan jari. Bukankah itu satu bukti yang cukup? Saya minta maaf kalau ada penceramah-penceramah di tempat anda yang hanya menyampaikan ceramah dengan ayat-ayat al-quran. Mungkin ada tapi sedikit. Kalau ada pun, penceramah tersebut mungkin mengikut ajaran al-quran.
Di dalam masjid juga, kita dilarang berseru sesiapa pun selain Allah. Namun, kebanyakan umat islam tidak mempedulikannya. Ini juga satu bukti yang masyarakat islam tidak mempedulikan al-quran.
72:18. Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun.
Di dalam masjid juga, kita dilarang berseru sesiapa pun selain Allah. Namun, kebanyakan umat islam tidak mempedulikannya. Ini juga satu bukti yang masyarakat islam tidak mempedulikan al-quran.
72:18. Masjid-masjid adalah kepunyaan Allah; maka janganlah seru, berserta Allah, sesiapa pun.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Bawakan majlis yang membincangkan bab hadith yang mana.
Kamu pernah baca hadith kah?
Imbas sekali lagi..
1. Al-Qur'an
2. As-Sunnah
3. Ijma'
4. Qiyas
Bila saya minta bukti, kamu suruh saya pergi lihat kat Masjid pula...
Harap Bayau lebih bertanggung jawab. Bawakan pengajian apa yang tak pakai ayat Al-Qur'an tapi hanya pakai Hadith tu. Apa tajuknya... Harap lebih bertanggungjawab.
Saya hanya minta bukti. Jgn suruh saya cari bukti, beban pembuktian adalah pada penuduh.
Sekian.
Kamu pernah baca hadith kah?
Imbas sekali lagi..
1. Al-Qur'an
2. As-Sunnah
3. Ijma'
4. Qiyas
Bila saya minta bukti, kamu suruh saya pergi lihat kat Masjid pula...
Harap Bayau lebih bertanggung jawab. Bawakan pengajian apa yang tak pakai ayat Al-Qur'an tapi hanya pakai Hadith tu. Apa tajuknya... Harap lebih bertanggungjawab.
Saya hanya minta bukti. Jgn suruh saya cari bukti, beban pembuktian adalah pada penuduh.
Sekian.

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Iklan contoh pengajian Hadith..
1. Jom dengar Kuliah Karutnya Anti Hadith
2. Aqidah Islamiyyah
3. Aqidah Islamiyyah II
1. Jom dengar Kuliah Karutnya Anti Hadith
2. Aqidah Islamiyyah
3. Aqidah Islamiyyah II

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Sebenarnya bukti ada jika kamu pergi ke masjid semasa sesi kuliah atau ceramah. Akan ada riwayat-riwayat hadis yang diselit semasa berceramah. Saya berbicara secara umum, bukan spesifik. Anda suruh saya "Bawakan pengajian apa yang tak pakai ayat Al-Qur'an tapi hanya pakai Hadith tu" sedangkan saya hanya kata "Apakah yang seringkali dijadikan bahan bukti atau penguat hujah melainkan daripada riwayat-riwayat hadis? Ayat-ayat al-quran boleh dibilang dengan jari." Tidak pernah pula saya katakan mereka tidak guna ayat al-quran.
Harap saudara abu muaz faham apa yang saya katakan di sini.
terima kasih.
Harap saudara abu muaz faham apa yang saya katakan di sini.
terima kasih.

Admin- Canselor
- Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3393
Registration date: 2008-04-07
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Allah ada di mana-mana. Ilmu Allah bukan terhadap di masjid dan disampaikan oleh ulamak. Asalkan manusia itu sentiasa memikirkan pasal logik yang Allah tetapkan pada alam ini, dia sudah belajar dengan Allah.
Sebab itulah para Rasul bukan di kalangan ahli-ahli kitab, sebaliknya dari kalangan manusia yang selalu berfikir. Dan yang paling kuat menentang para Rasul adalah ahli-ahli kitab dan orang-orang yang tidak berakal....

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Tak ada bukti...
tuduhan liar...
tuduhan liar...

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Sebenarnya bukti ada jika kamu pergi ke masjid semasa sesi kuliah atau ceramah. Akan ada riwayat-riwayat hadis yang diselit semasa berceramah. Saya berbicara secara umum, bukan spesifik. Anda suruh saya "Bawakan pengajian apa yang tak pakai ayat Al-Qur'an tapi hanya pakai Hadith tu" sedangkan saya hanya kata "Apakah yang seringkali dijadikan bahan bukti atau penguat hujah melainkan daripada riwayat-riwayat hadis? Ayat-ayat al-quran boleh dibilang dengan jari." Tidak pernah pula saya katakan mereka tidak guna ayat al-quran.
Harap saudara abu muaz faham apa yang saya katakan di sini
macam takut jer penceramah tu nak huraikan ayat quran .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
slipar wrote:Sebenarnya bukti ada jika kamu pergi ke masjid semasa sesi kuliah atau ceramah. Akan ada riwayat-riwayat hadis yang diselit semasa berceramah. Saya berbicara secara umum, bukan spesifik. Anda suruh saya "Bawakan pengajian apa yang tak pakai ayat Al-Qur'an tapi hanya pakai Hadith tu" sedangkan saya hanya kata "Apakah yang seringkali dijadikan bahan bukti atau penguat hujah melainkan daripada riwayat-riwayat hadis? Ayat-ayat al-quran boleh dibilang dengan jari." Tidak pernah pula saya katakan mereka tidak guna ayat al-quran.
Harap saudara abu muaz faham apa yang saya katakan di sini
macam takut jer penceramah tu nak huraikan ayat quran .
Kat forum ni pun kita bleh tgk golongan tersebut takut nak guna Al Quran semata-mata. Mereka ragu-ragu dengan keupayaan Al Quran yang tidak memerlukan riwayat untuk melengkapi...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Ni ke org cakap pakai akal? Macam tak pakai akal jer.. melambak ayat org bagi kata takut lagi? Merepek betul... akal dah tak betoi kot.. kesiannn...

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Kalau meragui Al Quran sudah sempurna dan terperinci, bukankah itu ciri-ciri orang penakut? Lain kali fikir panjang la sikit.
No wonder la Allah sumbat umat yang meragui Al Quran itu dalam tempat yang lemah dan hina, sebab orang penakut sahaja layak ditempatkan di sana.
Orang Barat walaupun pada zahirnya nampak macam tak ikut Al Quran, tetapi dari segi mentaliti, mereka itulah yang mentaati banyak ajaran Al Quran. Sebab itu Allah perkuatkan mereka berbanding kaum penakut dan meragui Al Quran sudah lengkap dan terperinci...
No wonder la Allah sumbat umat yang meragui Al Quran itu dalam tempat yang lemah dan hina, sebab orang penakut sahaja layak ditempatkan di sana.
Orang Barat walaupun pada zahirnya nampak macam tak ikut Al Quran, tetapi dari segi mentaliti, mereka itulah yang mentaati banyak ajaran Al Quran. Sebab itu Allah perkuatkan mereka berbanding kaum penakut dan meragui Al Quran sudah lengkap dan terperinci...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Al-Qur'an memang sempurna dan al-Qur'an itu umum, tak terperinci pada kebanyakkan ayat. Dakwaan Al-Qur'an terperinci adalah dakwaan org yang mahu menolak Rasulullah s.a.w. sebagai Murobbi, penjelas, pengajar, pentafsir, pengamal, contoh tauladan dll. Rasulullah bukan budak penghantar surat atau berita sahaja tanpa mengetahui isi dan pengajaran Al-Qur'an. Ini logik.
Al-Qur'an mengandungi ilmu ilmu pengetahuan masa lampau, masa kini, masa akan datang sehinggalah ke akhirat...Maka kalau ianya terperinci..tak terbayangkan betapa tebalnya al-Qur'an itu. Ini logik.
Al-Qur'an mengandungi ilmu ilmu pengetahuan masa lampau, masa kini, masa akan datang sehinggalah ke akhirat...Maka kalau ianya terperinci..tak terbayangkan betapa tebalnya al-Qur'an itu. Ini logik.

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Al-Qur'an mengandungi ilmu ilmu pengetahuan masa lampau, masa kini, masa akan datang sehinggalah ke akhirat...Maka kalau ianya terperinci..tak terbayangkan betapa tebalnya al-Qur'an itu. Ini logik.
tak cukup tebal lagi ke al quran tu. itu lah ko suka tengok benda luar . logik yg ko pakai tu logik orang yg baca quran sekadar di mulut . utk orang yg suka berfikir mereka rasa tak pernah habis baca al quran sebab terlalu terperinci .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
slipar wrote:Al-Qur'an mengandungi ilmu ilmu pengetahuan masa lampau, masa kini, masa akan datang sehinggalah ke akhirat...Maka kalau ianya terperinci..tak terbayangkan betapa tebalnya al-Qur'an itu. Ini logik.
tak cukup tebal lagi ke al quran tu. itu lah ko suka tengok benda luar . logik yg ko pakai tu logik orang yg baca quran sekadar di mulut . utk orang yg suka berfikir mereka rasa tak pernah habis baca al quran sebab terlalu terperinci .
Al Quran terperinci dalam menetapkan atas nama Islam. Maknanya selepas Al Quran, tidak wujud lagi riwayat atas nama Nabi untuk dijadikan ketetapan baru atas nama Islam. Apa yang Al Quran tetapkan, itulah muktamadnya. Bila Al Quran tidak tetapkan, maka jangan tokok tambah lagi atas nama Nabi.
Kalau nak kembangkan isi Al Quran pun, jangan guna nama Nabi. Apa yang Nabi Muhammad tinggalkan, Al Quran itulah ketetapan untuk Islam atau syariat baginda.
Akibat menokok tambah ajaran atas nama baginda selain Al Quran itulah yang menyebabkan manusia itu jadi penyembah Nabi. Asalkan datang riwayat aje, terus mereka percaya itu dari Nabi. Sedangkan seseorang Nabi berkata berdasarkan sesuatu yang ada hukum alam menyokongnya, bukannya buat ketetapan ikut kehendak hatinya.
Tidak ada ayat Al Quran kata ia tidak lengkap dan perlu dicari-cari riwayat atas nama baginda. Hanya kaum yang TIDAK YAKIN pada Al Quran sahaja yang berbuat begitu. Apakah kaum yang TIDAK YAKIN pada AL Quran itu dikira golongan beriman. Takkanlah kerja kaum yang beriman hanya berbalah-balah sesama sendiri berebut kuasa. Itu kerja kaum kafir sahaja.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5306
Registration date: 2008-08-26
Re: Islam dari masjid dan majlis syarahan
Kalau benar ajaran Islam sekarang benar-benar contohi Al Quran untuk dijadikan akhlak, tidaklah umat Islam jadi berkeadaan lemah dan berpecah-belah macam sekarang. Itulah bukti yang nyata menunjukkan ajaran Islam yang wujud sekarang hakikatnya tidak menjadikan Al Quran sebagai akhlak.
Di forum ini pun kita boleh lihat akhlak kaum yang kononnya mereka kata ikut cara Nabi. Sedangkan Nabi itu membawa kitab yang benar dan logik difikirkan, tetapi mereka tidak berupaya menunjukkan hasil kebenaran daripada diri mereka. Mereka datang sini sekadar nak hukum orang tak betul, tetapi apa yang betul dari diri mereka, tidak pula diperlihatkan.
Al Quran suruh berfikir, mereka tolak akal. Itu yang kita pelik, macam mana mereka boleh mengaku Islam dan ikut ajaran Nabi Muhammad sedangkan output yang mereka hasilkan tidak selari macam akhlak Rasulullah.
Padahal mereka ramai ahli kitab dan tok guru yang mudah-mudah nak bawakan tulisan yang boleh mematahkan hujah kita jika kita orang yang berdusta. Tetapi setiap kali mereka cuba memadamkan kebenaran, mereka pula yang panas hati dan seterusnya berpaling lari. Kemudian buat fitnah kata golongan beriman memadam tulisan mereka. Padahal mereka sendiri yang pengecut dan berpaling lari...

Similar topics» Best websites about Islam
» Imagini cu trimitere la Islam
» Pembahagian Harta Menurut Islam
» GEJALA MAT RMPIT TERHADAP PERMASALAHAN AQIDAH REMAJA ISLAM M
» Virtues of Cleaning the Masjid
» Imagini cu trimitere la Islam
» Pembahagian Harta Menurut Islam
» GEJALA MAT RMPIT TERHADAP PERMASALAHAN AQIDAH REMAJA ISLAM M
» Virtues of Cleaning the Masjid
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum