Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 5 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 5 Guests :: 2 Bots

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


Kebenaran Semakin Jelas

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Kebenaran Semakin Jelas

Post by Adli on Sat May 23, 2009 11:31 am

Segala puji-pujian bagi Allah. Tiada tuhan selain Allah, Pembuat ketetapan di alam semesta ini.

Setelah melihat hujah-hujah kaum yang menyembah seseorang Nabi semakin lemah, semakin jelaslah kebenaran.

Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali. (An Nisaa': 115)

Kebenaran terletak pada bukti berupa hukum alam ini. Ia bukan ikut riwayat seseorang Nabi. Oleh itu jalan seseorang mukmin bukannya jalan yang menjadikan seseorang Nabi sebagai sekutu Allah. Jalan seseorang mukmin adalah jalan yang berpandukan bukti-bukti berupa hukum alam yang Allah tetapkan. Sebab tiada siapa mampu menafikan hukum alam ini.

Apabila Allah tetapkan bangsa yang rajin berfikir dan mengkaji alam akan menguasai muka bumi, maka bangsa yang pemalas berfikir dan menjadikan seseorang Nabi sebagai sekutunya pasti mendapat kedudukan yang hina dan memalukan. Macam mana tak malu, mereka memiliki kuantiti umat yang ramai dan sumber hasil bumi yang mewah, tetapi semua itu mudah dikaut dan dikuasi oleh bangsa yang bijak ilmu alam. Tidakkah pemandangan itu mengandungi pelajaran berguna kepada orang yang mempunyai akal?

Allah biarkan kaum penyembah Nabi itu bermain-main dalam kesesatan. Mereka berpecah-belah sesama sendiri pasal hukum agama akibat menggunakan riwayat hadis dan kata-kata atas nama imam terdahulu yang berbeza-beza. Masa hidup mereka dihabiskan untuk berbalah sesama sendiri, sedangkan bangsa lain sibuk mengkaji ilmu-ilmu Allah yang luas semesta alam.

Di atas dunia lagi Allah sudah masukkan mereka dalam kehidupan yang panas seumpama Jahannam. Mereka memfitnah sesama sendiri untuk berebut kuasa. Lagak perangai mereka seumpama kera-kera yang hina sebab kera sahaja yang suka berpuak-puak dan berbalah-balah berebut kawasan. Perumpamaan yang dipakai oleh para Rasul terdahulu rupa-rupanya masih valid dan tepat kena batang hidup kaum penyembah Nabi itu. Sebab sunnah Allah tidak berubah-ubah biarpun golongan yang kononnya kata ikut "sunah Nabi" itu tidak mempercayainya.

Dan apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Allah yang logik dan disokong oleh realiti alam, kaum penyembah Nabi itu kepanasan hati. Bila hati panas, hujah-hujah mereka tiada sokongan hukum alam, melainkan setakat mencela dan melabelkan. Itu sahaja keupayaan otak mereka mampu lakukan. Betapa Allah telah hina mereka sejak di dunia lagi.

Mereka anggap dengan mencela dan melabelkan itu Allah akan sekat ilham kepada para utusanNya? Jika orang kaifr terdahulu pun pernah melakukan demikian yang akhirnya mengalami kehinaan, seperti itulah yang dialami oleh golongan penyembah Nabi itu. Semakin mereka mencela, Allah sentiasa beri idea kepada para utusanNya untuk menyampaikan kebenaran berdasarkan keadaan realiti semasa (bukti-bukti yang nyata) berjela-jela seperti mana panjangnya Al Quran yang ayat-ayatnya keras kepada kaum yang musyrik itu.

Benarlah kaum penyembah Nabi itu telah dikembalikan kepada api yang Jahannam. Kenapa Allah masukkan kaum penyembah Nabi itu ke dalam api (panas hati)? Sebab janji Allah adalah benar iaitu barangsiapa yang menyekutukan Allah, mereka kekal dalam neraka.

Puji-pujilah Allah, yang menjelaskan kebenaran dan menumbangkan kedustaan biarpun orang yang menyembah Nabi itu membencinya... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by abu_muaz on Sat May 23, 2009 11:41 am



Ikuti kuliah seterusnya akan Aqidah Islam yang benar menurut spt yang diperintahkan ALLAH di Aqidah Islamiyyah II

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by Adli on Sat May 23, 2009 11:57 am

Tidak terkesan setakat melabelkan anti-hadis kerana realiti umat dalam keadaan hina dan memalukan gara-gara menyembah Nabi. Alangkah hinanya keadaan umat yang menyembah Nabi itu kerana mensyirikkan Allah adalah dosa yang tidak akan diampunkan. Di atas muka bumi lagi Allah sudah hina kaum yang menyembahkan Nabi itu. Apakah setakat melabelkan anti-hadis mereka boleh memadamkan kebenaran?

Sesungguhnya orang yang musyrik itu adalah kaum yang lemah. Benarlah janji Allah.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by slipar on Sat May 23, 2009 12:16 pm

sekarang dah ada satu lebel baru .. salafusoleh .. ni tengah hebat berperang sesama aswj . bukan pasal lain pun , pasai riwayat hads jugak .. quran dah tak jadi hakim dah tapi yg pakai jubah tu lah yg dok perasap dgn kemiyan . tak dok lain kerja asyik bukak cerita orang tu kapir ,orang tu sesat .. yg aku heran tak malu pulak dok bimbit HP .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by Adli on Sat May 23, 2009 12:44 pm

slipar wrote:sekarang dah ada satu lebel baru .. salafusoleh .. ni tengah hebat berperang sesama aswj . bukan pasal lain pun , pasai riwayat hads jugak .. quran dah tak jadi hakim dah tapi yg pakai jubah tu lah yg dok perasap dgn kemiyan . tak dok lain kerja asyik bukak cerita orang tu kapir ,orang tu sesat .. yg aku heran tak malu pulak dok bimbit HP .


Itulah bukti yang Allah tunjukkan. Bila sesuatu umat itu sudah tidak guna Al Quran sebagai hakim, maka akan muncullah bermacam-macam puak. Mereka tidak sedar bahawa Al Quran itulah titik kesatuan ummat Islam terdahulu. Sebab semuanya berpegang pada sumber yang sama.

Tetapi bila ada manusia mula meragui Al Quran dan mengambil sumber yang diada-adakan atas nama Nabi, bermulalah perpecahan dan kelemahan umat. Nampak tak logik kenapa dalam Al Quran ada surah An Naas yang mengingatkan pasal was-was atau ragu-ragu itu. Ragu-ragu itu nampak sahaja kecil, tapi kesannya menyebabkan ikatan yang kukuh boleh terputus. Umat mula berpuak-puak biarpun mengaku Islam atau ASWJ. Apakah mereka ingat pada akuan mulut mereka itu sahaja Allah nilai tanpa melihat apa yang mereka kerjakan? Begitulah bahayanya keraguan ini.

Kita kena yakinkan umat Islam sekarang untuk berpegang pada Al Quran sahaja. Jangan tokok tambah dengan riwayat palsu yang tiada bukti berupa hukum alam. Kena belajar lawan keraguan dalam hati masing-masing terhadap Al Quran. Jika umat Islam sendiri ragu-ragu dengan Al Quran kerana menganggap ia tidak lengkap dan tidak detail, macam mana Allah nak tolong umat Islam? Sebab itulah di dunia lagi Allah hina kaum yang ragu-ragu dan menyembah Nabi itu. Fakta yang tidak mampu dinafikan dan dipalsukan biarpun kaum penyembah seseorang Nabi itu memalsukan.

Biarlah kita dilabelkan anti-hadis, tetapi jangan jadi orang yang ragu-ragu kepada Al Quran dengan anggapan Al Quran tidak lengkap dan tidak detail. Betapa alasan mereka itu telah menunjukkan merekalah golongan yang meragui ajaran Rasulullah biarpun kononnya mereka jaguh dalam mentaati seseorang Rasul. Patutlah Allah jadikan mereka umat yang hina gara-gara bercakap tak serupa bikin. Mereka kata mereka taat pada Rasulullah, tetapi mereka itulah yang kuat keraguannya terhadap Al Quran sehingga anggap Al Quran tidak lengkap dan tidak detail, seolah-olah Rasulullah tidak sempurnakan Al Quran itu sebagai pedoman.

Tok guru-tok guru itu pula suka menyalahkan Barat kononnya sekular dan membuat teknologi kebendaan. Tetapi mereka duk bermegah dengan HP dan kereta. Kenapa mereka tidak naik unta sahaja kononnya nak ikut sunah Nabi? Begitulah Allah bongkarkan kaum yang beragama tak berakal itu. Tindakkan mereka melambangkan keb0dohan mereka sendiri kerana beragama tanpa berfikir ikut hukum alam ini... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by slipar on Sat May 23, 2009 12:58 pm

Tok guru-tok guru itu suka menyalahkan Barat kononnya sekular dan membuat teknologi kebendaan. Tetapi mereka duk bermegah dengan HP dan kereta. Kenapa mereka tidak naik unta sahaja kononnya nak ikut sunah Nabi. Begitulah Allah bongkarkan kaum yang beragama tak berakal itu. Tindakkan mereka melambangkan keb0dohan mereka sendiri kerana beragama tanpa berfikir ikut hukum alam ini... Smile
_________________


pak abu kata kalau naik unta lagi bagus . nanti kita boleh panggil kalifah pak abu .man a maruah kita yg kita agungkan tu . mungkin lepah ni akan turun hp dari langit , mana tau . memang pun orang melayu dulu2 boleh berhubung jauh tanpa hp tapi kena bakar kemiyanlah . kalau betul bayau org sabah pasti dia tau bab mistik nih .

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by Adli on Sat May 23, 2009 2:12 pm

slipar wrote:
pak abu kata kalau naik unta lagi bagus . nanti kita boleh panggil kalifah pak abu .man a maruah kita yg kita agungkan tu . mungkin lepah ni akan turun hp dari langit , mana tau . memang pun orang melayu dulu2 boleh berhubung jauh tanpa hp tapi kena bakar kemiyanlah . kalau betul bayau org sabah pasti dia tau bab mistik nih .


Tak salah jika mereka nak naik unta pun sebab unta-unta itu Allah jadikan untuk manusia tunggangi. Tapi janganlah sampai tahap anggap naik unta tu sunah Nabi dan tak naik unta dah tak ikut sunah. Islam bukannya agama sesempit itu. Segala yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia, itulah Islam.

Seperti itulah tahap pemikiran orang yang anggap guna riwayat hadis itu ikut sunah Nabi sempit sahaja. Mereka tidak mampu melihat Islam secara global, tetapi segala yang berciri Arab itu sahaja dikatakan Islam.

Pada mereka, tak guna riwayat (walaupun guna Al Quran), dikatakan tak ikut Nabi. Bukankah guna Al Quran itu sudah menunjukkan orang itu ikut ajaran seseorang Nabi? Dan tidak pula ada ayat Al Quran kata Al Quran itu tidak lengkap dan tidak detail sehingga perlu guna sumber selain Al Quran atas nama Nabi. Hanya orang yang ragu-ragu pada Al Quran sahaja sampai tahap terpaksa cari sumber lain atas nama baginda.

Maka janganlah kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang disembah oleh mereka. Mereka tidak menyembah melainkan sebagaimana nenek moyang mereka menyembah dahulu. Dan sesungguhnya Kami pasti akan menyempurnakan dengan secukup-cukupnya pembalasan (terhadap) mereka dengan tidak dikurangi sedikitpun. (Huud: 109)

Memang terbukti jelas. Allah balas kaum yang meragui Al Quran itu dengan kehinaan dan kemunduran. Kehidupan mereka tidak seperti ahli-ahli syurga, sebaliknya seperti ahli neraka yang berpecah-belah dan memfitnah sesama sendiri demi berebut kuasa. Allah sediakan kehidupan panas bagi kaum yang meragui bahawa Al Quran adalah kitab yang lengkap sebab yang telah Allah tetapkan untuk semua manusia, (yang telah sempurnakan penjelasnya). Yang Allah tidak tetapkan dalam Al Quran itu terpulanglah kepada manusia untuk membuat apa yang terbaik pada dirinya sendiri sebab manusia tidak boleh lari dari hukum asas yang ada dalam Al Quran.

Al Quran itu asas dalam pembentukan sahsiah diri agar jadi manusia yang berintelektual dan berspiritual tinggi. Nabi Muhammad sudah tinggal pedoman bagi menyediakan modal insan. Bukannya menyediakan generasi pemalas berfikir dan akal serendah binatang ternak.

Kalau kita lihat, Allah jadikan binatang ternak untuk disembelih dan ditunggangi. Begitulah nasib kaum yang setaraf binatang ternak, kaum itu akan disembelih dan ditunggangi oleh bangsa-bangsa maju. Betapa hinanya Allah jadikan kaum penyembah Nabi itu yang ragu-ragu kepada Al Quran yang telah sempurna dan lengkap itu... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by abu_muaz on Sat May 23, 2009 2:52 pm

Kebenaran semakin terserlah...

Smile

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by Adli on Sat May 23, 2009 4:05 pm

Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surat yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu." Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu. (At Taubah: 64)

Golongan munafik adalah golongan yang suka berpura-pura. Zahir merek nampak macam Islam, tetapi hati mereka menyekutukan Allah. Mereka takut Allah turunkan kebenaran yang menyebabkan kekafiran dalam hati mereka terbakar. Mereka lupa, setiap kali mereka berkata-kata, mereka telah perlihatkan kepanasan emosi dalam kata-kata mereka kerana tiada logik yang dibawa.

Allah sudah tetapkan bahawa manusia yang panas hati dan beremosi, pasti mereka akan mencela dan mengejek sahaja. Sebab kegeraman mereka bahawa amalan nenek moyang mereka yang menjadikan seseorang Nabi itu sebagai sekutu Allah semakin terbongkar. Hujah-hujah mereka semakin lemah. Allah tidak perkuatkan mereka dengan ilham, sebab mereka tidak boleh menafikan keadaan umat mereka yang lemah dan diliputi kehinaan.

Mereka boleh mencela dan mengejek, tetapi perbuatan mereka itu sia-sia sahaja sebab Allah sentiasa memberikan ilham kepada orang yang berkata benar. Seperti yang dialami oleh para Rasul terdahulu, biar diejek sekuat mana pun, para Rasul itu tetap mampu berkata benar dan logik seperti logiknya ayat-ayat Al Quran untuk difikir-fikirkan.

Biarpun kaum yang mensyirikkan Allah itu ramai, tetapi mereka tidak mampu mematahkan hujah utusan-utusan Allah itu biarpun golongan yang benar itu sedikit sahaja bilangannya. Seperti yang terjadi dalam peperangan Badar di mana golongan sedikit mengalahkan golongan yang ramai. Sebab Allah bukan lihat pada kuantiti untuk menentukan benar atau tidak, tetapi pada kualiti akidah yang dipegang dalam hati seseorang manusia.

Orang beriman, hatinya teguh pada hukum alam. Allah tetapkan hukum alam bahawa yang berilmu sains akan diperkuatkan berbanding bangsa yang pemalas belajar sains, maka golongan yang beriman itu mentaati hukum Allah tersebut. Tetapi golongan yang mensyirikkan Allah, biarpun jelas depan mata mereka Allah hina nasib umat mereka, degil untuk mereka meninggalkan amalan nenek moyang mereka yang menyebabkan mereka pemalas belajar ilmu sains.

Kelemahan dan kemunduran nasib golongan penyembah Nabi itu sebagai tanda-tanda peringatan Allah kerana telah jelas diperingatkan dalam Al Quran;

Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) Allah menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain Allah, lalu Allah berkata (kepada yang disembah); "Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hamba-Ku itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?."

Mereka (yang disembah itu) menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagi kami mengambil selain engkau (untuk jadi) pelindung, akan tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapak-bapak mereka kenikmatan hidup, sampai mereka lupa mengingati (Engkau); dan mereka adalah kaum yang binasa."

maka sesungguhnya mereka (yang disembah itu) telah mendustakan kamu tentang apa yang kamu katakan maka kamu tidak akan dapat menolak (azab) dan tidak (pula) menolong (dirimu), dan barang siapa di antara kamu yang berbuat zalim, niscaya Kami rasakan kepadanya azab yang besar. (Al Furqaan: 17~19)


Akibat nikmat hidup yang diberikan oleh golongan beriman terdahulu (zaman kegemilangan Islam), kaum tersebut mula lalai mengingati Allah, sebaliknya mula mengambil seorang Nabi sebagai pembuat ketetapan yang Allah tidak tetapkan.

Kaum penyembah Nabi itu tidak mampu berlindung pada nama Nabi yang mereka jadikan sekutu bagi Allah biarpun mereka kata Nabi itu akan beri syafaat kepada mereka. Kalau kita fikir logik pun, takkan Nabi itu nak beri syafaat kepada kaum yang menyekutukan Allah dengan jadikan dia sebagai sekutuNya. Allah hanya lindungi kaum yang berlindung kepada Allah sahaja iaitu kaum yang mentaati hukum alam (sains) yang Allah ciptakan.

Jika benarlah Nabi yang mereka puja itu berkuasa memberi syafaat untuk menolong mereka, sudah pasti dengan segala amalan nenek moyang yang mereka ada-adakan atas nama Nabi itu berjaya melindungi mereka dari nasib yang lemah dan hina seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan dan Bosnia. Tetapi Allah sudah tetapkan, bangsa yang otaknya setaraf binatang ternak, maka layak mendapat nasib seperti binatang ternak yang disembelih dan ditunggangi.

Mereka mengutuk dan mencela kaum yang berteknologi tinggi itu, tetapi kutukan Allah lebih keras kepada kaum yang menyembah seseorang Nabi sampai tahap pemalas kaji ilmu alam. Begitulah Allah menetapkan sesuatu bukan ikut kehendak hati kaum yang menyembah seseorang Nabi itu, tetapi ikut kehendakNya.

Benarlah janji-janji Allah biarpun orang yang menyembah seseorang Nabi itu membenciNya.... Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by abu_muaz on Sat May 23, 2009 4:10 pm

يَسۡمَعُ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ثُمَّ يُصِرُّ مُسۡتَكۡبِرً۬ا كَأَن لَّمۡ يَسۡمَعۡهَا‌ۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍأَلِيمٍ۬

٨: الجَاثیَة


abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by Adli on Sat May 23, 2009 4:36 pm

Ahli-ahli Kitab Yang Merasa Ragu dan Bimbang

Mereka tidak berpecah belah kecuali setelah pengetahuan datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara satu sama lain; dan kalau tidak kerana satu Ketetapan yang terdahulu daripada Tuhan kamu hingga satu tempoh yang dinyatakan, tentu ia diputuskan antara mereka. Tetapi orang-orang yang diwariskan al-Kitab sesudah mereka adalah dalam keraguan padanya, kebimbangan. (Asy Syura: 14)

Perpecahan umat Islam yang dihina oleh Allah sekarang bukan kerana tidak tahu kebenaran Al Quran, tetapi kerana mereka ragu-ragu dengan Al Quran dan bimbang dengan status mereka demi mempertahankan amalan nenek moyang mereka. Mereka takut jawatan-jawatan agama yang mereka pegang akan terlucut apabila masyarakat mula sedar penipuan dan kedustaan yang mereka ada-adakan atas nama seseorang Nabi. Mereka buat-buat dakwaan palsu bahawa Al Quran tidak lengkap dan tidak detail. Begitu besar kedustaan yang mereka ada-adakan. Padankan kemurkaan Allah kepada mereka juga besar sekali.

Seperti itulah yang terjadi kepada ahli-ahli Kitab dan golongan ahli agama terdahulu. Bila datang Nabi Muhammad, seorang yang tidak tahu membaca dan menulis, mereka mengengkari. Padahal Allah menilai manusia pada sejauh mana kebijaksanaannya memikirkan hukum-hukum yang Allah tetapkan pada alam ini. Walaupun Nabi Muhammad bukan seorang yang tahu membaca dan menulis, tetapi baginda bijak membaca petunjuk dan hukum yang Allah tetapkan. Kebijaksanaan sebegini sudah tiada pada umat Islam sekarang gara-gara amalan nenek moyang yang membataskan penggunaan akal.

Mereka jadikan riwayat hadis sebagai penetap atau hukum sedangkan tiada dibawakan bukti ketetapan Allah di sebalik riwayat itu. Mereka telah jadikan Nabi sebagai pembuat ketetapan selainNya. Kerana menyekutukan Allah, kaum mereka berpecah-belah sesama sendiri kerana tidak berpegang pada sumber yang sama, melainkan memegang bermaca-macam sumber yang tidak disokong dengan hukum alam.

Begitulah Allah masukkan keraguan dan kebimbangan dalam hati kaum yang mendustakan agama dan menyembah seseorang Nabi,

Segala puji-pujian bagi Allah yang memperlihatkan KebijaksaanNya, biarpun kaum penyembah Nabi itu sedaya upaya menutup kepalsuan mereka. Tetapi apakah mereka mampu menutup kehinaan yang Allah tetapkan kepada kaum tersebut? Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by abu_muaz on Sat May 23, 2009 6:40 pm

abu_muaz wrote:
يَسۡمَعُ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ تُتۡلَىٰ عَلَيۡهِ ثُمَّ يُصِرُّ مُسۡتَكۡبِرً۬ا كَأَن لَّمۡ يَسۡمَعۡهَا‌ۖ فَبَشِّرۡهُ بِعَذَابٍأَلِيمٍ۬

٨: الجَاثیَة





Sad

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by Adli on Mon May 25, 2009 5:14 pm

Api Untuk Orang Yang Menyembah Nabi

Orang-orang yang mendustakan Kitab, dan apa yang dengannya Kami mengutus rasul-rasul Kami - kelak mereka akan mengetahui!

Apabila belenggu dan rantai berada pada leher mereka, dan mereka diheret,

Ke dalam air yang mendidih, kemudian di dalam Api mereka dibakar,

Kemudian dikatakan kepada mereka, "Di manakah mereka yang kamu menyekutukan,

Selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka telah sesat (hilang) daripada kami; tidak, tetapi tiadalah sama sekali yang kami seru dahulu." Begitulah Allah menyesatkan orang-orang yang tidak percaya. (Al Mu'min:70~74)


Apabila Allah datangkan pemberi peringatan kepada kaum yang menyembah Nabi itu, di dunia lagi Allah sudah membelenggu mereka sehingga otak mereka tidak boleh berfikir. Mereka hanya menurut membuta-tuli bagaikan binatang ternak yang diheret dengan tali. Hati mereka menggelegak kepanasan apabila amalan nenek moyang mereka dibuktikan dusta satu persatu, sehingga mereka tidak mampu menunjukkan di mana benarnya agama mereka yang setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah itu.

Nabi yang mereka jadikan sekutu itu tidak mampu melindungi kedustaan mereka kerana riwayat-riwayat hadis yang mereka guna itu sekadar menunjukkan mereka TIDAK YAKIN kepada Al Quran biarpun mereka kata Islam adalah ajaran yang perlukan keyakinan. Jika pada Al Quran yang suci, sempurna dan terperinci itupun mereka sudah tidak yakin, macam mana Allah nak yakin kepada mereka untuk menjadikan mereka umat yang kuat dan boleh menguasai bumi?

Begitulah Allah menyesatkan kaum yang menyembah seseorang Nabi kerana tidak percaya Al Quran itu sudah cukup sempurna dan terperinci. .. Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by Zahabur on Tue May 26, 2009 1:21 am

Nabi yang mereka jadikan sekutu itu tidak mampu
melindungi kedustaan mereka kerana riwayat-riwayat hadis yang mereka
guna itu sekadar menunjukkan mereka TIDAK YAKIN kepada Al Quran biarpun
mereka kata Islam adalah ajaran yang perlukan keyakinan. Jika pada Al
Quran yang suci, sempurna dan terperinci itupun mereka sudah tidak
yakin, macam mana Allah nak yakin kepada mereka untuk menjadikan mereka
umat yang kuat dan boleh menguasai bumi?


Sekarang ni umat mana yang dapat menguasai bumi....

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1671
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by Adli on Tue May 26, 2009 5:39 am

Zahabur wrote:Sekarang ni umat mana yang dapat menguasai bumi....
Umat yang mengetahui ilmu bumi sahaja yang layak menguasai bumi. Sedangkan umat penyembah Nabi itu ketinggalan jauh daripada mencipta teknologi gara-gara beragama malas berfikir dan tidak mentaati hukum alam yang Allah ciptakan.

Di Malaysia sahaja, anak-anak Melayu jauh ketinggalan dalam bidang sains dan ekonomi berbanding bangsa yang asalnya pendatang. Tanpa bantuan subsidi dari kerajaan dan status bumiputera, kita boleh lihat nasib orang Melayu di Malaysia tidak mustahil jadi macam di Singapura.

Apabila agama tidak menekankan mencintai ilmu alam yang Allah tetapkan, macam mana Allah nak cinta pada sesuatu umat? Kaum penyembah Nabi itu hanya mengajar mencintai seseorang Nabi sehingga tahap segala riwayat atas nama baginda dipercayai membuta-tuli tanpa memerhatikan apakah riwayat itu disokong oleh hukum alam yang logik difikirkan.

Lihatlah sehingga kini, kisah umat islam yang terpapar sekadar kisah berpecah-belah berebut kuasa sesama. Macam takde kerja lain umat Islam sekarang. Bukankah itu suatu pemandangan yang memalukan atas nama ajaran seseorang Nabi?

Perjuangan Nabi Muhammad dan para sahabat hasilnya menjadikan bangsa Arab terkenal dengan asas ilmu sains yang dikembangkan oleh saintis Barat. Itulah bukti ajaran Islam sebenar.

Namun apabila kaum penyembah Nabi mula berleluasa, maka mereka mula meninggalkan ajaran Islam sebenar, tetapi mengambil ajaran yang berunsurkan syirik dan khurafat (mengada-adakan dusta atas nama seseorang Nabi).

Mereka boleh tidak mengaku menyembah seseorang Nabi, tetapi mereka tidak boleh menutup kehinaan yang Allah timpakan kepada umat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Smile

Adli
Profesor Madya

Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3094
Registration date: 2008-04-14

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by abu_muaz on Tue May 26, 2009 7:14 am

kosong...

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by slipar on Tue May 26, 2009 8:25 am

dia orang belajar sains jugak tapi sains lalat . kerana dah terlalu banyak makan lalat yg masuk dalam air hati mereka jadi beku. nasib baik jahabur bagitau aku ,bolehlah aku belajar macamana nak bunuh lalat , rupanya celup dalam air minum jer .. isssshhh

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by abu_muaz on Tue May 26, 2009 8:28 am

Dah kata makan lalat pulakk... main tarammm jer. Seronok ye jadi anti hadith nih. Main ikut akal je..iman letak tepi...(err...ada ke?)

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by slipar on Tue May 26, 2009 8:49 am

pak abu boleh nampak iman ke ..

slipar
Pensyarah

Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1865
Registration date: 2009-04-18

Back to top Go down

Re: Kebenaran Semakin Jelas

Post by abu_muaz on Tue May 26, 2009 8:51 am

Leh nampak dari segi percakapan dan perbuatan. Yg tak leh nampak tinggi rendah jer. .. Kalau tolak Nabi tu memang sah le tak dak iman. Pi le tengok video kuliah aqidah tu... sarat dgn ayat Al-Qur'an (yg kononnya kami takuti) dan hadith nabi s.a.w.

abu_muaz
Pensyarah

Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2082
Registration date: 2008-04-19

Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum