Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
Melihat Kesalahan Umat Sendiri
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3 • Share •
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Easy to judge the errors of others. Difficult to recorgnize our own errors.
Allah tidak menzalimi sesuatu kaum, melainkan kaum itu yang menzalimi diri mereka sendiri. Terhinanya kedudukan umat Islam sekarang bukan kerana kezaliman bangsa lain terhadap umat Islam, melainkan kerana kelalaian umat Islam sendiri.
Seringkali apabila terjadi serangan bangsa lain terhadap negara-negara Islam, kita sebagai umat Islam merasa marah kepada bangsa tersebut. Jarang sekali kita mahu berfikir kenapa Allah berikan nasib yang lemah dan mundur kepada umat Islam sekarang yang menyebabkan umat Islam mudah dikalahkan biarpun mempunyai kuantiti yang ramai. Seolah-olah kuantiti yang ramai itu tidak memberikan apa-apa manfaat kepada umat melainkan sekadar hidup berpech-belah sahaja.
Untuk menyedarkan umat, setiap individu kena sanggup tundukkan keegoan merasa bangga sudah lahir keturunan Islam mereka sudah layak masuk syurga. Syurga bukan tempat manusia yang berpenyakit hati. Hati akan suci dari penyakit apabila seseorang manusia itu sanggup mencari kesalahan diri yang menyebabkan sesuatu umat jadi lemah.
Keruntuhan umat kerana perpecahan. Perpecahan berlaku apabila penyaki hati tidak dilawan. Hasad dengki dan berbangga diri semuanya tersembunyi dalam hati. Hanya tuan punya diri yang tahu sama ada dia jenis suka berdengki atau tidak. Dan Allah Maha Melihat apa yang tertanam di dalam hati itu.
Nilai ibadah yang diajar dalam Al Quran hakikatnya untuk melahirkan manusia yang suci hatinya. Ia bukannya amalan ritual yang diada-adakan tanpa melihat sejauh mana keberkesanannya untuk melawan penyakit hati. Sebab itulah Allah tunjukkan, walaupun umat Islam sekarang dilihat paling rajin buat ibadat ritual, tetapi mereka adalah kaum yang kuat berpecah-belah. Seolah-olah ibadat yang dilakukan itu sekadar untuk melahirkan lebih banyak syaitan berbanding insan.
Dengan melihat kelemahan dan kehinaan umat sendirilah mendorong seseorang manusia mengambil jalan kerasulan. Kerana melihat masyarakat Arab yang berkhabilah-khabilah, Nabi Muhammad mendapat kesedaran untuk memikul tanggungjawab kerasulan, biarpun tidak dibayar upah oleh sesiapa. Semuanya kerana atas dasar kasih sayang kepada sesama manusia dan sedih melihat nasib kaum sendiri. Baginda sanggup mengorbankan kemewahan duniawi biarpun berkahwin dengan seorang wanita kaya (Siti Khadijah), demi menyedarkan bangsa sendiri, kerana tiada yang boleh membantu sesuatu bangsa itu melainkan individu dalam bangsa itu sendiri.
Melihat nasib malang orang Melayu yang ketinggalan dalam bab ekonomi dan ilmu, menyebabkan kita terdorong untuk menyedarkan orang Melayu agar mengkaji balik apa jua amalan nenek moyang yang menyebabkan mereka tidak sedar hati jadi berpenyakit.
Tanda-tanda manusia itu ada penyakit hati adalah apabila berbincang, mereka berbangga diri dan susah terima logik-logik yang dibawakan oleh orang lain. Bila ada logik yang memanaskan hati mereka, mereka balas dengan mencela. Tapi bila mereka diumpamakan seperti binatang ternak kerana menunjukkan perangai setaraf binatang, tahu pula mereka panas hati. Kenapa mereka tidak fikir sebab apa Allah campak hati mereka dalam kepanasan itu?
Orang yang panas hati, bila berhujah, mereka tidak mampu bawa logik sebab ketika hati tengah panas, ilham tidak akan datang. Ilham hanya sampai dalam keadaan hati yang tenang dan bahagia. Sebab itulah orang yang tenang hatinya mampu mengeluarkan ilham yang berjela-jela seperti mana Nabi Muhammad mampu membawa Al Quran yang banyak ayat-ayatnya. Seolah-olah baginda adalah sungai yang sentiasa mengalir tanpa kekeringan.
Sebaliknya orang yang panas hati, mereka tidak mampu bawakan sesuatu yang boleh fikirkan dan nasihat berguna untuk menyedarkan bangsa sendiri, melainkan mereka terus terbuai dengan gelaran umat terbaik yang pernah dikecapi oleh nenek moyang mereka.
Kesedaran hanya mampu dicapai bila seseorang manusia itu sanggup tundukkan keegoan dalam diri dan melakukan sesuatu yang lebih baik dari semalam. Biar perubahan itu sedikit demi sedikit asalkan berterusan. Itulah kejayaan bagi orang yang berusaha memperbaiki keadaaan umat.
Sebaliknya orang yang lalai dan tidak sedar diri, mereka anggap umat mereka tidak bersalah biarpun Allah tempatkan mereka pada kedudukan yang hina dan lemah berbanding bangsa lain. Mereka suka menunding jari menyalahkan bangsa lain dari menyalahkan umat sendiri yang tahap akalnya sudah macam keldai, akibat beragama tidak menggunakan akal.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Ooo, macam tu (refer posting di atas)...salam bro Juang, lama tak nampak kelibat... *smile*

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Menjurus dari petikan Juang, boleh disimpulkan itulah 'pandangan' Juang dlm menilai umat Islam hari ini. Rata-rata Juang mengecap umat Islam hari b***h-bodoh belaka. Kenapa kita burukkan nenek moyang kita. Bukan salah ibu mengandung.
Natijah dari apa yg Juang tuliskan adalah dari lintasan hati hasil dari akal kurniaan Allah dlm menilai sesuatu. Tidak 'terpapar' apa yg ditulis Juang melainkan telah melalui proses fikir, ilmu dan tekad. Ini bermaksud apa yg dilakukan, diucap, diamal, merupakan natijah atau cerminan atau reflect dari hati/kalbu.
Maka terus menerus kita akan nampak 'kebaikan hati' orang tersebut itu. Berusahalah menjaga lisan, kalbu dan semua pancaindera yg lain.
Tulisan Juang adalah bersifat meletakkan buruk perihal umat Islam sejagat yang rata-rata dianggap tidak berakal, tidak berotak dan malas berfikir. Meletakkan lebel b***h kpd nenek moyang adalah menampakan betapa buruknya sangkaan kita terhadap sesaorang. Mungkin inilah hasil dari ilmu yg dipelajari bertahun-tahun.
Baiklah.. Sebagai seorang yg berpandangan jauh, saya harapkan agar Juang memberi garis2 panduan ttg kaedah bagaimana nak menangani ini satu persatu. Tak perlulah kita terus menerus membebel menyalahkan semua orang yg mana ia tidak sayugianya ada didalam kalbu orang pandai seperti Juang.
Silakan..

Gelembong- Pro-Canselor (Member Berkualiti)
- Number of posts: 346
Location: Tuuuu...
Reputation: 0
Credits: 1499
Registration date: 2008-05-24
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Al-Bahr wrote:Ooo, macam tu (refer posting di atas)...salam bro Juang, lama tak nampak kelibat... *smile*
Pergi bertapa. Belajar kenal diri dan cari ilham.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Gelembong wrote:Menjurus dari petikan Juang, boleh disimpulkan itulah 'pandangan' Juang dlm menilai umat Islam hari ini. Rata-rata Juang mengecap umat Islam hari b***h-b***h belaka. Kenapa kita burukkan nenek moyang kita. Bukan salah ibu mengandung.
Jangan buat penilaian sendiri. Itu bukan cara orang yang bijak berfikir.
Kita bercakap berdasar purata, bukannya keseluruhan. Jika hanya ada 20% yang bijak dan 80% tidak bijak, maka secara puratanya umat Islam dilihat tidak bijak.
Memanglah mustahil dalam masa terdekat kita nak bijakkan umat Islam mengalahkan bangsa lain. Tetapi kesedaran melakukan perubahan itu yang pentingnya.
Natijah dari apa yg Juang tuliskan adalah dari lintasan hati hasil dari akal kurniaan Allah dlm menilai sesuatu. Tidak 'terpapar' apa yg ditulis Juang melainkan telah melalui proses fikir, ilmu dan tekad. Ini bermaksud apa yg dilakukan, diucap, diamal, merupakan natijah atau cerminan atau reflect dari hati/kalbu.
Kalau kata-kata saya itu dari lintasan hati, mudah sahaja dipatahkan dengan logik. Sebab logik datang dari akal. Tapi apabila seseorang manusia itu bercakap berdasarkan keadaan semasa setelah membuat pemerhatian dan perbandingan nasib-nasib sesuatu bangsa, apakah itu datang dari lintasan hati semata-mata?
Kalau keadaan umat Islam sekarang kuat, tapi saya katakan umat Islam dalam keadaan lemah, itu barulah kata-kata yang ikut lintasan hati sahaja (kata-kata dusta). Tapi setelah buat perbandingan nasib yang melanda umat Islam sejak akhir-akhir ini, apakah itu kata ikut hati lagi?
Tidakkah kita berkesedaran melihat nasib bangsa Arab di Palestin yang dibuli oleh tentera Israel biarpun masyarakat Arab di sekeliling Palestin jika dikumpulkan bilangan mereka lebih ramai dari bangsa Israel itu? Kenapa butakan fakta yang jelas tentang keadaan lemah umat Islam sekarang? Hanya kerana masih ego dengan gelaran "umat terbaik" yang pernah dikecapi oleh golongan terdahulu?
Maka terus menerus kita akan nampak 'kebaikan hati' orang tersebut itu. Berusahalah menjaga lisan, kalbu dan semua pancaindera yg lain.
Hati yang terjaga adalah hati yang mampu berkata berdasarkan logik dan fakta yang kukuh. Hati yang kotor adalah orang yang biarpun mereka nampak umat berkeadaan lemah, tapi masih berbangga diri dan tidak sanggup mendengar nasihat. Mereka tidak sanggup membuat perubahan ke arah kebaikan. Bila dinasihati berdasarkan hujah yang logik, mereka melenting kepanasan. Kenapa mereka tidak fikir sebab apa Allah campakkan hati mereka dalam kepanasan itu?
Tulisan Juang adalah bersifat meletakkan buruk perihal umat Islam sejagat yang rata-rata dianggap tidak berakal, tidak berotak dan malas berfikir. Meletakkan lebel b***h kpd nenek moyang adalah menampakan betapa buruknya sangkaan kita terhadap sesaorang. Mungkin inilah hasil dari ilmu yg dipelajari bertahun-tahun.
Tanpa sanggup melihat kelemahan umat sendiri, sampai bila-bila pun sesuatu umat tidak akan sedar diri. Sebab itulah kita nampak logik kenapa Nabi Muhammad menyedarkan kaumnya sendiri sehingga terpaksa guna perkataan b0doh dan binatang ternak kepada mereka. Apakah baginda seorang yang buruk sangkaannya kepada nenek moyang?
Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya adalah perbuatan yang adil. Lainlah dikatakan umat Islam sekarang b0doh sedangkan umat adalah kaum yang rajin berfikir dan menguasai ilmu, itu baru suatu kata-kata yang dusta.
Seorang cikgu yang merotan murid yang pemalas belajar, bukannya seorang yang zalim. Kerana kekerasan yang diberikan kena pada tempatnya. Tujuaan untuk menyedarkan murid tersebut.
Sebab itu kata-kata kutukan yang Nabi Muhammad sampaikan kepada kaum kafir itu bukannya suatu persangkaan buruk, melainkan untuk menyedarkan kaum yang tahap mentalitinya sudah rendah.
Baiklah.. Sebagai seorang yg berpandangan jauh, saya harapkan agar Juang memberi garis2 panduan ttg kaedah bagaimana nak menangani ini satu persatu. Tak perlulah kita terus menerus membebel menyalahkan semua orang yg mana ia tidak sayugianya ada didalam kalbu orang pandai seperti Juang.
Silakan..
Seorang murid yang pemalas belajar, kalau tak nak kena rotan oleh cikgu, maka berubahlah jadi murid yang rajin belajar. Kalau lawan cikgu tu pun, bukannya Allah akan bela pelajar yang pemalas itu.
Seperti itulah perumpamaan kepada umat Islam sekarang. Bila datang nasihat yang keras itu, jika tidak mahu kena "rotan" lagi, maka jadilah orang yang rajin belajar.
OK, langkah permulaan kita nak perbaiki nasib umat adalah dengan belajar kenal Allah dahulu. Kenal Allah secara logik dengan melihat tanda-tanda KekuasaanNya di seluruh Allah. Barulah hati rasa gentar kepadaNya. Bila hati gentar kepadaNya, nak simpan penyakit hati pun takut sebab tahu Allah nampak dalam hati kita.
Bayangkan bila semua manusia sedar yang Allah nampak dalam hati manusia, apakah manusia berani nak tanam penyakit hati lagi? Itulah logik kenapa perlu belajar kenal Allah sehingga hati merasa gentar kepadaNya biarpun berseorangan diri.
Allah tetapkan bahawa bangsa yang pemalas berfikir akan dapat kedudukan yang rendah dan hina berbanding bangsa yang rajin berfikir. Hukum Allah itu tiada siapa boleh ubah. Jika benar kita taat kepada Allah, so kenapa tidak berubah jadi bangsa yang rajin berfikir?
Berfikir bemaksud kita mencari logik yang disokong oleh bukti-bukti yang kukuh dan jelas. Macam kelogikan 1+1=2, bukti yang jelas adalah kita boleh kira guna jari.
Jadi, umat Islam kena kembali beragama ikut logik bukannya buat ketetapan dusta atas nama riwayat seseorang Nabi. Allah sudah tetapkan hukum bahawa berpegang pada dusta, manusia akan jadi lemah, maka kenapa kita tidak mahu berpegang pada bukti yang nyata iaitu perkara-perkara yang wujud (realiti)?
Cuba kita lihat, dengan berpegang pada sesuatu yang ada bukti kukuh, semua bangsa yang berfikir boleh menerimanya. Tidak pernah kita jumpa bangsa-bangsa berbalah-balah pasal hukum 1+1=2 sebab ianya sudah nyata dan logik. Tidak mampu dibantah.
Yang nyatanya, manusia berbalah-balah akibat berpegang pada kata-kata dusta yang diada-adakan atas nama orang terdahulu yang kita tidak dapat menanya kepastian apakah orang tersebut berkata sedemikian.
Jika kita renungi, segala kata-kata yang ada logiknya, ia tidak perlu nama siapa yang mengucapkan sebab ianya sudah logik dan benar. Sebaliknya kata-kata yang tidak logik, ia memerlukan nama manusia untuk memperkuatkan kata-kata itu.
Sebab itulah jika kita bandingkan ayat Al Quran dan riwayat hadis, ayat Al Quran tidak memerlukan nama perawinya sebab ayat itu logik. Diterjemahkan ikut bahasa apa sekalipun, maksud ayat itu tetap logik bila difikirkan. Logik itulah yang memelihara sesuatu kata-kata yang benar.
Sedangkan sesuatu kata-kata yang dusta, ia terpaksa disandarkan pada orang yang dimuliakan seperti para Nabi, atau imam-imam terdahulu. Maka generasi kemudian yang menerima kata-kata itu, mereka tidak berfikir, sebaliknya main pakai turut bahawa kata-kata itu sah benar sebab dikhabarkan diucapkan oleh orang yang dimuliakan.
Sikap menurut membuta-tuli inilah yang perlu kita kikis dahulu untuk memperbaiki nasib umat.
So untuk permulaan ini, langkah awal mengubah nasib umat adalah dengan kembali kepada Allah iaitu mentaati segala hukum yang Allah tetapkan secara logik di alam semesta ini. Ketetapan atas nama Allah ini yang perlu dipatuhi dahulu, bukannya ketetapan atas nama seseorang Nabi.
Apabila semua umat Islam taat kepada ketetapan Allah yang logik itu, maka semua akan tunduk pada hukum yang sama, sebab yang tetapkan hukum di alam ini hanya Allah Yang Satu.
Selepas itu, segala amalan nenek moyang yang tiada hukum Allah sebagai bukti sandaran perlu dikaji semula. Jika ia memudaratkan pembangunan akal, maka ajaran nenek moyang tersebut perlu ditolak. Mana-mana ajaran yang melemahkan daya fikir perlu dihapuskan.
Lawan keraguan yang syaitan bisikkan jika sudah nampak logik sesuatu perkara. Kerana memang tugas syaitan nak takut-takutkan manusia berubah ke arah kebaikan. Syaitan suka manusia dalam keb0dohan agar mudah ditipu daya.
Nanti kita sambung lagi...

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Juang wrote:Al-Bahr wrote:Ooo, macam tu (refer posting di atas)...salam bro Juang, lama tak nampak kelibat... *smile*
Pergi bertapa. Belajar kenal diri dan cari ilham.
Oh! begitu...zaman moden camnie ada kaedah bertapa lagi? camana belajar kenal diri untuk dapatkan ilham tu?
Panjang sungguh hujah balas bro kepada saudara Gelembong tu, tetapi saya bersetuju dengan pandangan beliau. Cuma saya nak tahu bagaimana lagi ilham bro untuk majukan umat Islam kini.

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Juang wrote:Mereka suka menunding jari menyalahkan bangsa lain dari menyalahkan umat sendiri yang tahap akalnya sudah macam keldai, akibat beragama tidak menggunakan akal.
encik juang mmg tiada menggunakan akal dlm berkata2

semut api- Doktor Falsafah
- Number of posts: 1482
Reputation: 3
Credits: 2618
Registration date: 2009-04-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
semut api wrote:Juang wrote:Mereka suka menunding jari menyalahkan bangsa lain dari menyalahkan umat sendiri yang tahap akalnya sudah macam keldai, akibat beragama tidak menggunakan akal.
encik juang mmg tiada menggunakan akal dlm berkata2![]()
Secara mudah, orang yang berkata-kata tanpa bawa logik itulah kaum yang tidak berakal. Sebab logik itu hanya tercapai oleh akal sahaja.
Oleh kerana kata-kata anda tidak ada logiknya, maka Allah Maha Mengetahu siapa yang tidak berakal itu sebenarnya.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Al-Bahr wrote:Juang wrote:Al-Bahr wrote:Ooo, macam tu (refer posting di atas)...salam bro Juang, lama tak nampak kelibat... *smile*
Pergi bertapa. Belajar kenal diri dan cari ilham.
Oh! begitu...zaman moden camnie ada kaedah bertapa lagi? camana belajar kenal diri untuk dapatkan ilham tu?
Panjang sungguh hujah balas bro kepada saudara Gelembong tu, tetapi saya bersetuju dengan pandangan beliau. Cuma saya nak tahu bagaimana lagi ilham bro untuk majukan umat Islam kini.
Cuba kita lihat keadaan realiti semasa, Allah majukan kaum yang berpegang pada logik ke atau kaum yang tak berpegang pada logik?
So dalam memahami Al Quran, fahamilah ajaran secara logik. Mulakah belajar Al Quran dari surah-surah yang pendek-pendek kerana manusia belajar dari perkara yang asas dan mudah. Cari logik sesuatu ayat Quran agar ia mampu diamalkan. Tanpa mencapai logik, macam mana nak amal al Quran dengan betul?
Macam memandu kereta, jika akal kita tidak capai apa logik untuk memandu kereta, apakah kita mampu memandu kereta dengan betul? Begitulah dalam bab agama. Semua ajaran agama kena dicari logiknya bukannya main buat atas nama Nabi atau para ustaz. Barulah kita beragama secara betul. Tuhan manusia hanyalah Allah semata-mata, bukan selainNya. Dan agama yang betul, takkanlah setakat melahirkan kaum yang lemah, malas dan berpecah-belah itu?
Biar kita belajar sesuatu ayat Quran itu sedikit demi sedikit, tetapi hasilnya menjadi manusia yang rajin berfikir, berbanding kononnya nak amal keseluruhan ajaran Al Quran tetapi setakat jadi umat yang lemah, mundur, berpecah-belah.
Macam surah An Naas suruh kita berlindung dengan Allah dari was-was, tetapi berapa ramai kita yang mampu kalahkan keraguan? Sehingga ada yang diajak berfikir dalam beragama pun sampai ragu-ragu. Kat situ sahaja sudah menunjukkan mereka tak ambil pengajaran Al Quran pun. Kan ke pelik tu? Quran surah lawan was-was tetapi mereka biarkan hati penuh was-was. Sebab itulah Allah tak tolong umat Islam sekarang, sebab nak lawan keraguan dalam dada pun mereka tak mampu.
Golongan beriman, apabila dia nampak logik sesuatu perkara, dia akan yakin dan berusaha mencapainya, sedangkan golongan lemah, mereka akan takut nak berubah. Mereka tertungu-tungu orang lain berubah dahulu kerana dalam hati mereka tidak percaya pada sesuatu yang logik sebab berbeza dengan amalan nenek moyang mereka. Mereka biarkan umat dalam keadaan lemah dan tidak sanggup belajar dari bangsa lain kenapa mereka Allah perkuatkan.
Itulah serba sedikit lagi pasal nak ubah umat Islam sekarang.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Oooo, macam tu...tima kasih bro atas penjelasan itu... *smile*

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Quote:Juang wrote:
Macam surah An Naas suruh kita berlindung dengan Allah dari was-was, tetapi berapa ramai kita yang mampu kalahkan keraguan? Sehingga ada yang diajak berfikir dalam beragama pun sampai ragu-ragu. Kat situ sahaja sudah menunjukkan mereka tak ambil pengajaran Al Quran pun. Kan ke pelik tu? Quran surah lawan was-was tetapi mereka biarkan hati penuh was-was. Sebab itulah Allah tak tolong umat Islam sekarang, sebab nak lawan keraguan dalam dada pun mereka tak mampu.
Bagaimana orang pandai akal / akal logik melawan was-was ek?
Kalau dirujuk Ihya Ulumuddin tu mmg kita terjumpa. Bermula dari dari sembernya, mengenalpastinya, tekadnya, melawannya sehinggalah 'membunuh ibu was-was. Semuanya ada kaedah logik dan diperakui keberkesanannya.
Jadi oleh kerana Juang menganggap org2x yg mempelajarinya merupakan orang yg tidak menggunakan akal logik, TOLONG AJAR KAMI bagaimana Juang menangani was-was ini mengikut logik akal Juang.
Juang dulu belajar ilmu tajwid dari sapa ek?
Mengikut logiknya mesti diambil dari sumber tertentu. Mustahil cara, kaedah dan sebutannya diambil dari ilham atau bisikan atau akal logik. Jika ianya datang dari ilham tak dapat diterima akal akan ketepatan ttg sebutan makhrajnya. Dan akal pun tak dapat berbicara dengan Juang kerana akal tidak bersuara. Secara gharibnya ianya mesti diambil dari sesaorang yang pakar yang membunyikan atau meraikan semua hukum tajwidnya. Seterusnya giliran kita pulak membunyikan kesemua hukumnya mengikut sebutan si pengajar.(Kalau disebut Tok guru..pasti Juang tolak..) jika didapati salah menyebutnya, maka Juang sianjurklan berlatih sehinggalah ketepatan nya tercapai. (Dlm kondisi ini apakah ianya 1+1=2 atau 1+2=3?)
Maka berlakulah proses peralihan ilmu itu dari seorang ke seorang. Apa yg dipanggil proses 'memberi paham' dari seorang guru kepada muridnya telah tercapai. Itulah logiknya apa yang dipanggil 'menuntut ilmu'. Seterusnya Juang mengajarnya kepada anak-anak Juang pula. Atau..apakah Juang menganjurkan anak-anak Juang yg tersayang itu mengikut langkah dan jejak bapanya seperti apa apa yang Juang 'pegang' sekarang. Pasti atau yakinkah Juang akan ketepatan dan kesasihan ilmu yg diterima oleh ilham maupun akal logik mereka.?Jika itu yg sebenarnya berlaku, maka Juang telah membiarkan mereka yg mana diakhir perjalanan hidupnya pasti berhadapan dgn begitu banyak persoalan. Logik kah itu Juang. (Dlm kondisi ini apakah ianya 1+1=2 atau 1+2=3?)
Mungkin sekarang ini jika akal logik itu dipegang Juang hingga bila2x sewajarnyalah sebagai orang yang berilmu membuka sekolah khas untuk memdalami akal logik. Ini mmg belum ada. Sayugialah Juang berbuat demikian bersama2x Adli. Juang sebagai Pengetua dan Adli sebagai Timbalan Pengetua. Barulah ilmu itu sampai kepada orang2x yg ingin mendapatkannya secara sistematik. Jangan lupa lak ttg module2x nya yg pasti berperingkat seperti Basic, Intermediate dan Advanve dan barangkali Super Advance. Dan belakang..majulah umat Islam ini sebagaimana seperti apa yg Juang dan Adli ungkit2xkan. Logik kah itu Juang?..Adli?
Nasib baik lah Juang masih mahu memakai dan menyebut perkataan Rasulullah sewaktu kita berhujah. Nampak gayanya anak2 Juang nnti tidak akan mengenal siapa itu Muhammad Raslullah.tapi mereka akan terperanjat bila bertemu perkataan Rasulullah dlm Al-Quran yg mereka kaji. Pasti mereka bertanya kepada Juang.."Rasulullah nie siapa ayah"?
Sayugialah saya bertanya bagaimanakah 'biji butir'nya Juang bersyahadah?
Iaitulah:Bagaimana sebutannya dan dari siapa diperdengarkannya atau diambil melalui bacaan2x yg ada di buku2x atau dengar radio atau t.v.!! Atau terhasil dari akal logik yg sentiasa bersembur tak henti2x. Barangkali melalui mimpi atau atau dari hasil dari pertapaan!!
Secara logiknya pasti Juang mengambilnya melalui proses ilmu spt diterangkan di atas tu..
Perhatikan ibu bapa Juang bersolat. Samakah perbuatannya, bacaannya, waktunya, rakaatnya pendek kata kesemuanya?.. samakah separti Juang? Saya tabik Juang jika Juang menjawabnya dgn salah satu dari pilihan ini iaitulah 1- YA atau 2 TIDAK
Perhatikan ibu bapa Juang bersolat. Samakah perbuatannya, bacaannya, waktunya, rakaatnya pendek kata kesemuanya?.. samakah separti Juang? Saya tabik spring Juang jika Juang menjawabnya dgn salah satu dari pilihan ini iaitulah 1) YA atau 2) TIDAK

PS: Kalau jawapannya YA, buatlah kesimpulan sendiri..
Kalau jawapannya TIDAK, buatlah kesimpulan sendiri..

Gelembong wrote:

Pelik la anda ini. Anda kata dalam kitab yang anda rujuk itu ada logiknya. So kenapa tak amalkan supaya jadi bangsa yang tak ragu-ragu untuk berfikir? Jika anda kata anda amalkan ajaran kitab yang ada logiknya untuk lawan ragu-ragu, tetapi anda ragu-ragu untuk berfikir, bukankah itu menunjukkan anda sebenarnya tidak amalkan pun kitab rujukan anda itu? Buktikan anda tidak ragu-ragu pada sesuatu yang logik iaitu sesuatu yang disokong oleh hukum alam yang Allah tetapkan.
Anda setuju tak beragama tanpa berfikir dan berpegang pada kata-kata palsu yang diada-adakan atas nama seseorang Nabi akan menyebabkan sesuatu umat itu jadi lemah, pemalas berfikir seterusnya ketinggalan dalam banyak bidang ilmu?
Tidak pernah pula tulisan saya menyalahkan kitab-kitab yang ada logiknya. Yang saya persoalkan golongan yang suka berpegang sesuatu yang takde logik dengan buat kedustaan atas nama Nabi Muhammad.
Jadi oleh kerana Juang menganggap org2 yg mempelajarinya merupakan orang yg tidak menggunakan akal logik, TOLONG AJAR KAMI bagaimana Juang menangani was-was ini mengikut logik akal Juang.
Tengok, itulah cara orang yang berpenyakit hati berhujah. Apa bukti saya kata orang yang pelajari sesuatu yang ada logiknya itu tidak guna logik akal? Buktikan?
Tapi apabila ditanya apa logiknya solat ditetapkan 5 waktu sehari bukan bilangan yang lain, kaum penyembah Nabi Muhammad itu tidak dapat berikan bukti yang menunjukkan Allah tetapkan. Golongan sebegitulah yang diperingatkan bahawa azab neraka menanti mereka yang menyekutukan Allah dan mendustai agama atas nama Nabi.
Juang dulu belajar ilmu tajwid dari sapa ek?
Mengikut logiknya mesti diambil dari sumber tertentu. Mustahil cara, kaedah dan sebutannya diambil dari ilham atau bisikan atau akal logik.
Semua sumber yang benar itu datangnya dari Allah. Hanya sesuatu yang diada-adakan (dusta) itu datangnya dari syaitan.
Ilmu tajwid ni perumpamaannya macam ilmu menyanyi. Untuk memastikan nyanyian tidak sumbang, ada logik-logiknya bagi memastikan pergerakan lidah, pernafasan, sebutan dan etc itu mencapai logiknya agar bunyi yang dihasilkan menepati piawaian.
Ilmu nyanyian yang wujud sekarang pun datang dari ilham sebab zaman 60an, lain ilmu nyanyiannya berbanding ilmu nyanyian zaman 2000 ni. Bila seseorang penyanyi itu bereksperimen memastikan nyanyiannya unik dan tidak pernah dinyanyikan oleh penyanyi sebelum ini, maka itu semua datang dari ilham. Sama perumpamaannya dengan ilmu tajwid itu bagi memastikan panjang, pendek , dengung etc adalah sesuai pun asalnya datang dari ilham kepada orang yang mula-mula perkenalkannya.
Jika ianya datang dari ilham tak dapat diterima akal akan ketepatan ttg sebutan makhrajnya.
Of couselah tidak diterima akal orang yang kemudian belajar pasal ilmu yang diilhamkan kepada orang terdahulu tanpa belajar dengan orang yang tahu ilmu terdahulu itu untuk memastikan makrajnya sama macam orang yang belajar ilmu terdahulu itu buat. So memang logiklah dalam bab belajar ilmu tajwid ni kita kena cari pakar ilmu tajwid tu.
Tapi tak semua ilmu itu ada tok gurunya di kalangan manusia. Especially ilmu nak kenal Allah, sebab hanya Allah sahaja yang layak mengajar seseorang manusia nak kenal dia. Sebab itu dakwah para Rasul suruh manusia berfikir tanda-tanda Kekuasaan Allah agar setiap jiwa itu kenal Allah dan tidak menyembah selainNya.
Dan akal pun tak dapat berbicara dengan Juang kerana akal tidak bersuara.
Akal berbicara dengan hati tak perlu suara. Suara diperlukan bila manusia nak berbicara sesama manusia.
Akal berbicara dengan hati guna logik-logik seperti mana komputer berbicara dengan komputer guna logik 1 atau logik 0 sahaja. Ada isyarat biologi di antara otak dan jantung untuk menghubungkan data yang diproses semasa berfikir agar jantung tenang menerimanya.
Kita tak dengar pun komputer berhubung sesama komputer guna suara. Jika komputer sesama komputer pun boleh berhubung sesama mereka tanpa suara, apalah nak pelik akal dan hati berbicara tanpa suara?
Secara gharibnya ianya mesti diambil dari sesaorang yang pakar yang membunyikan atau meraikan semua hukum tajwidnya. Seterusnya giliran kita pulak membunyikan kesemua hukumnya mengikut sebutan si pengajar.(Kalau disebut Tok guru..pasti Juang tolak..) jika didapati salah menyebutnya, maka Juang sianjurklan berlatih sehinggalah ketepatan nya tercapai. (Dlm kondisi ini apakah ianya 1+1=2 atau 1+2=3?)
Tidak dinafikan, sesuatu ilmu yang dimiliki oleh orang yang mahir, tidak salah kita belajar dengan mereka. Belajar sesuatu bidang daripada orang yang mahir bidang tersebut, memang suatu perkara yang ada logiknya.
Tetapi siapa yang mahir perihal dalam hati kita untuk kita taksub kepada mereka? Mengadakan tok guru bagi perhubungan seseorang manusia dengan Allah itulah yang tak logiknya, sebab hanya individu dan Allah sahaja yang tahu hubungan mereka.
Sebab itulah bab kenal diri dan memahami apa yang tersembunyi dalam hati masing-masing, memerlukan manusia itu belajar dengan Allah sahaja. Sebab Allah yang mahir perihal setiap jiwa yang Dia cipta. Mana ada tok guru yang memahami perihal hati orang lain?
Dari keadaan inilah kita nampak logik, kenapa dalam bab hubungan Allah dan seseorang manusia, Al Quran tidak tetapkan cara yang khusus seperti cara bersolat dan bilangan waktunya. Semua itu terpulang pada individu tu dengan Allah untuk bersolat yang terbaik bagi dirinya. Sebab tuan punya diri yang tahu potensi yang ada dalam dirinya. Masa yang diperuntukkan untuk mengasah potensi diri agar jadi manusia yang bijak dan berilmu itulah solat bagi mereka. Maknanya maksud solat dalam Al Quran itu luas, bukannya sesempit gerakan ritual yang diada-adakan atas nama seseorang Nabi. Logiklah sesuatu yang luas, ia tidak ditetapkan.
Tetapi bab hubungan sesama manusia, ada ketetapannya dalam Al Quran yang sesuai dengan cara hidup manusia, seperti untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, kena ada ikatan perkahwinan.
Bagaimana nak belajar dengan Allah pasal diri masing-masing? Gunalah logik untuk melihat tanda-tanda Kekuasaan Allah untuk membezakan apa itu Pencipta dan apa itu makhluk. Bila kita nampak secara logik Kuasa Allah, apakah kita akan berbangga diri kononnya umat terbaik sedangkan bangsa berkeadaan lemah, mundur, berpecah-belah dan pemalas mengkaji ilmu alam?

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Maka berlakulah proses peralihan ilmu itu dari seorang ke seorang. Apa yg dipanggil proses 'memberi paham' dari seorang guru kepada muridnya telah tercapai.
Dalam bab kenal diri, tidak semua ilmu yang ada dalam hati seseorang manusia itu sesuai dalam hati manusia lain sebab Allah cipta manusia itu berbeza citarasa, minat dan bakat. Orang yang tidak minat melukis, ilmu melukis yang ada dalam diri pakar pelukis tidak akan mampu memberi kefahaman kepada orang yang tidak minat tersebut.
Kegagalan memahami perbezaan dari segi citarasa, minat dan bakat inilah yang melemahkan umat Islam sekarang. Masyarakat Barat menjadi kuat kerana mereka didik anak-anak mereka belajar kerana minat dan bakat. Tetapi orang Melayu didik anak-anak mereka belajar supaya berkerja dapat gaji mewah. Maka lahirlah masyarakat yang materialistik.
Mendidik anak-anak belajar kerana minat dan bakat akan menjadikan mereka suka belajar dan mencari ilmu. Mereka ada kesungguhan berusaha sendiri kerana mereka minat dalam bidang tersebut. Mereka akan selalu berfikir dan berekseperimen sebab minat dan bakat itu wujud dalam dirinya. Tanpa disuruhkan orang yang ada betul-betul minat akan melakukan yang terbaik untuk mencapai minat tersebut.
Bayangkan setiap individu Islam belajar kenal diri sehingga mereka tahu apa minat dan potensi diri yang mereka ada, maka akan wujudlah ramai pakar-pakar dalam masyarakat Islam sebab nak belajar ilmu sehingga tahap pakar memerlukan manusia belajar kerana minat bukan kerana duit. Belajar kerana duit bersifat sementara. Tetapi belajar kerana minat, ia bersifat kekal sebab minat itu kekal dalam jiwa seseorang manusia. Minat itulah dirinya.
Hendak buat roket, memerlukan ramai pakar yang minat dalam pelbagai bidang sebab roket itu mempunyai macam-macam bahagian. Seorang manusia sahaja yang pakar tidak cukup mencipta roket.
Ajaran Islam yang wujud sekarang tidak menekankan pasal minat dan bakat sehingga umat jadi lemah dan pemalas sebab mereka tidak kenal minat dan bakat yang menjadi potensi diri mereka.
Nak kenal potensi diri masing-masing, manusia itu kena belajar kenal diri iaitu bergantung kepada Allah. Sebab itulah para Nabi yang ada mukjizat itu, mempunyai mukjizat yang tersendiri. Ada yang pakar menyembuhkan penyakit, ada pakar menempa besi, ada pakar bersastera dan menyanyi. Tetapi penganut Islam sekarang sebab tak baca Al Quran secara logik dan sekadar menurut membuta-tuli, mereka tidak nampak pengajaran Al Quran untuk melahirkan manusia yang berpotensi diri (tahu minat dan bakat masing-masing).
Itulah logiknya apa yang dipanggil 'menuntut ilmu'. Seterusnya Juang mengajarnya kepada anak-anak Juang pula. Atau..apakah Juang menganjurkan anak-anak Juang yg tersayang itu mengikut langkah dan jejak bapanya seperti apa apa yang Juang 'pegang' sekarang.
Dalam bab kenal diri, sudah pasti saya akan galakkan anak -anak saya belajar dengan Allah agar dia kenal potensi diri mereka masing-masing. Sebab Allah sahaja yang tahu potensi diri mereka. Saya sebagai ibubapa hanya boleh mendorong dan beri semangat pada bidang yang mereka minati.
Dan katakan seorang anak saya itu minat dalam pembuatan roket, maka sudah tentu saya suruh dia belajar dari kitab-kitab pasal buat roket dan dari pakar-pakar buat roket. Tak logik anak saya nak fikir buat roket dari zero.
Pasti atau yakinkah Juang akan ketepatan dan kesasihan ilmu yg diterima oleh ilham maupun akal logik mereka.?
Jika ilham yang mereka terima itu ada logiknya dan rasionalnya, kenapa tidak yakin? Nabi Daud pun boleh yakin dengan pendapat Nabi Sulaiman yang lebih baik daripadanya. Dari mana Nabi Sulaiman dapat ilham yang lebih baik dari bapanya itu? Bukankah itu semua datang dari Allah?
Jangan perkecilkan ilham. Sebab ilham itu datang dari Allah. Hanya bisikan-bisikan keraguan itu sahaja dari syaitan dari kalangan jin dan manusia.
Nabi Muhammad dapat Al Quran pun dari ilham juga. Tetapi yang perlekeh ilham yang Allah sampaikan itu hanyalah orang kafir. Jadi sesiapa yang suka perlekehkan ilham-ilham yang ada bukti logiknya, samalah perangainya macam orang kafir.
Dari kisah-kisah yang terdapat dalam Al Quran, kaum yang menurut amalan nenek moyang itulah suka memperlekehkan ilham sedangkan mereka tidak mampu pun bantah ilham itu secara logik, jika mereka golongan yang benar.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Jika itu yg sebenarnya berlaku, maka Juang telah membiarkan mereka yg mana diakhir perjalanan hidupnya pasti berhadapan dgn begitu banyak persoalan. Logik kah itu Juang. (Dlm kondisi ini apakah ianya 1+1=2 atau 1+2=3?)
Selagi mereka berpegang pada hukum-hukum logik yang Allah tetapkan pada alam ini, saya tidak bimbang dengan mereka. Yang saya bimbangkan jika mereka menurut membuta-tuli kata-kata orang yang menggunakan nama Nabi tanpa bukti sandaran. Itu lebih bahaya sebab kesannya kita sudah nampak iaitu mereka jadi kaum yang lemah, mundur, hina dan berpecah-belah. Di atas dunia Allah sudah hina keadaan kaum yang mendustai atas nama Nabi, belum di akhirat lagi.
Mungkin sekarang ini jika akal logik itu dipegang Juang hingga bila2x sewajarnyalah sebagai orang yang berilmu membuka sekolah khas untuk memdalami akal logik. Ini mmg belum ada. Sayugialah Juang berbuat demikian bersama2x Adli. Juang sebagai Pengetua dan Adli sebagai Timbalan Pengetua. Barulah ilmu itu sampai kepada orang2x yg ingin mendapatkannya secara sistematik. Jangan lupa lak ttg module2x nya yg pasti berperingkat seperti Basic, Intermediate dan Advanve dan barangkali Super Advance. Dan belakang..majulah umat Islam ini sebagaimana seperti apa yg Juang dan Adli ungkit2xkan. Logik kah itu Juang?..Adli?
Bukankah sudah ada sekolah ajar pasal logik. Itu yang kita belajar ilmu sains dan matematik kat sekolah-sekolah tu tak guna logik ke? Apa yang anda fikirkan itu? Peliklah kata-kata anda itu seolah-olah logik ini benda baru.
Apa yang saya peringatkan selama ini, ilmu agama pun kena guna logik, bukannya guna nama Nabi yang tiada ada logiknya. Itu sahaja.
Tujuannya guna logik dalam seluruh kehidupan, supaya akal membangun. Tanpa guna logik, akal tidak mampu berkembang. Allah sudah tetapkan akal manusia berkembang jika berfikir secara logik. Itu yang mat saleh sana berlumba-lumba memajukan logik dalam otak mereka dan hasilnya Allah perkuatkan mereka berbanding umat Islam yang lemah guna logik.
Umat yang beragama tak guna logik jadi lemah dan ketinggalan dalam bidang ilmu. Mereka memisahkan logik dari bab agama, supaya ada yang menurut membuta-tuli ada nama Nabi atau tok guru. Akibatnya otak mereka jadi lembab berfikir.
Bukan Allah sengaja nak lemahkan umat Islam sekarang yang pemalas berfikir. Tetapi sebab amalan nenek moyang mereka yang diada-adakan atas nama Nabi tidak menggunakan logik. Mereka main buat atas nama "ikut Nabi".
Nasib baik lah Juang masih mahu memakai dan menyebut perkataan Rasulullah sewaktu kita berhujah. Nampak gayanya anak2 Juang nnti tidak akan mengenal siapa itu Muhammad Raslullah.tapi mereka akan terperanjat bila bertemu perkataan Rasulullah dlm Al-Quran yg mereka kaji. Pasti mereka bertanya kepada Juang.."Rasulullah nie siapa ayah"?
Ciri-ciri seorang Rasulullah itu berkata secara logik. Sebab itulah Al Quran pun logik2 sahaja ajarannya. Oleh kerana Rasulullah itu seorang yang berkata secara logik, maka tak logiklah anak-anak saya tidak kenal Rasulullah selagi mereka berfikir secara logik.
Saya kenal ciri-ciri Rasulullah pun sebab saya berfikir secara logik. Kalau tidak, sudah semestinya saya jadi seperti golongan yang menyembah Nabi Muhammad itu kerana mereka tidak tahu membezakan siapa penyampai ketetapan Allah (Rasulullah) dan siapa pembuat ketetapan di alam semesta ini (Allah). Akibatnya segala riwayat yang ada nama Nabi Muhammad terus mereka percayai ianya benar sedangkan tiada ketetapan Allah dalam riwayat itu sebagai bukti datangnya dari Allah.
Mereka guna riwayat yang tiada logiknya, dan dengan senang-senang dakwa "ini dari Nabi, maka terimalah membuta-tuli. Jangan banyak soal. Nanti masuk neraka." Begitulah perumpamaan kata-kata kaum yang menjadikan seseorang Nabi itu pembuat ketetapan yang Allah tidak datangkan bukti yang logik difikirkan.
Sedangkan kalau kita bandingkan beza ayat-ayat Al Quran dan riwayat hadis, ayat Al Quran bersandarkan logik dan boleh difikirkan, sedangkan riwayat hadis tiada logiknya. Sebab itu bila kita tengok riwayat hadis yang kata Nabi suruh solat 5 kali sehari, ia tidak ada logik yang boleh difikirkan, kenapa ditetapkan 5, bukan 6 atau bilangan lain. Kata-kata itu tergantung begitu sahaja tanpa bukti yang boleh difikirkan.
Jadi saya hanya bimbangkan jika anak-anak saya itu jenis main pakai turut kata-kata atas nama riwayat hadis sahaja sebab kata-kata sebegitu mudah dipalsukan. Allah tidak jamin dipelihara sesuatu riwayat. Tetapi sesuatu yang logik, memang Allah jamin. Sebab ikut hukum 1+1=2 tidak berubah-buah biarpun diajar dalam bahasa apa sekali pun.
Puji-pujian bagi Allah yang memperlihatkan logik-logikNya di alam semesta ini agar golongan yang beriman kepadaNya tidak menyekutukan Dia. Sebab dosa mensyirikkan Allah itu tidak diampunkan.
Sebab itulah kaum yang mensyirikkan Allah itu kepanasan bila diperingatkan perihal Allah secara logik. Panas hati mereka bila amalan nenek moyang mereka dibuktikan dusta secara logik.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Sayugialah saya bertanya bagaimanakah 'biji butir'nya Juang bersyahadah?
Iaitulah:Bagaimana sebutannya dan dari siapa diperdengarkannya atau diambil melalui bacaan2x yg ada di buku2x atau dengar radio atau t.v.!! Atau terhasil dari akal logik yg sentiasa bersembur tak henti2x. Barangkali melalui mimpi atau atau dari hasil dari pertapaan!!
Secara logiknya pasti Juang mengambilnya melalui proses ilmu spt diterangkan di atas tu..
Allah menilai manusia pada hatinya, bukan pada zahir sebutanya semata-mata. Hati yang mentauhidkan Allah, maka sebutannya penuh logik. Sedangkan hati yang menyekutukan Allah, maka sebutannya penuh dusta biarpun mereka guna riwayat seseorang Nabi.
Syahadah saya cukuplah dengan yakin bahawa secara logiknya tiada tuhan yang menetapkan hukum-hukum di alam semesta ini selain Pencipta alam ini, iaitu Tuhan yang orang Melayu kenali dengan nama Allah.
Sebab itu saya tidak main percaya membuta tuli riwayat atas nama Nabi selagi tiada hukum-hukum alam yang Allah tetapkan.
Syahadah yang terpatri di hati saya ini diilhamkan oleh ALlah setelah Dia tunjukkan perbandingan nasib umat yang pemalas berfikir dan umat yang rajin berfikir. Dan saya memilih apa yang terbaik dan daripada apa yang saya dengar dan lihat. Saya memilih bukan kerana ikut-ikutan, tetapi ikut logik yang terbaik.
Setalah nampak golongan penyembah Nabi itu jadi kaum yang lemah dan berpecah-belah pasal agama, sebijik macam kaum Yahudi dan Nasrani yang disebut dalam Al Quran, takkan saya nak beragama macam orang tersebut. Sudah pasti manusia yang waras akalnya memilih yang lebih baik setelah nampak nasib buruk yang terjadi kepada kaum yang pemalas berfikir itu. Mana ada orang yang waras akalnya terus beragama macam kaum seumpama kaum menurut amalan nenek moyang terdahulu.
Perhatikan ibu bapa Juang bersolat. Samakah perbuatannya, bacaannya, waktunya, rakaatnya pendek kata kesemuanya?.. samakah separti Juang? Saya tabik Juang jika Juang menjawabnya dgn salah satu dari pilihan ini iaitulah 1- YA atau 2 TIDAK
Ada 2 kondisi di sini, iaitu zaman masa saya beragama macam kaum menurut amalan nenek moyang itu, dan zaman selepas dapat hidaya.
Masa zaman gelap saya, jawapannya: Ya
Masa zaman terang saya kini, jawapan: Tidak
Sebab Allah tunjukkan logik bahawa solat bagi saya tidak sesempit gerakan ritual yang wujud sekarang sebaliknya luas. Sebab matlamat solat itu agar jadi umat yang berilmu dan menguasai ilmu alam. Sedangkan gerakan ritual sekarang hanya menyebabkan umat Islam sekarang jadi lemah dan ketinggalan dalam bidang ilmu.
Kalo kita fikir logiklah. Allah cipta manusia untuk menguasai alam. Macam mana manusia itu nak kuasai alam kalau pemalas belajar ilmu alam (sains)? Tu yang saya pelik melihat perangai umat Islam. Mereka tahu dalam Quran sebut manusia jadi khalifah di muka bumi. Tetapi mereka tidak kuasai pun ilmu sains yang wujud di bumi. Sebab itulah umat Islam sekarang tidak mampu menguasai bumi.
Begitu hebat logik yang Allah tetapkan.
PS: Kalau jawapannya YA, buatlah kesimpulan sendiri..
Kalau jawapannya TIDAK, buatlah kesimpulan sendiri..
Dah buat pun kesimpualan sendiri kat atas tu.

Juang- Dekan
- Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
juang , aku lama nak tanya benda ni .. apa agaknya significant menggunakan debu dala tayamum sekiranya tiada air .. kalau nak kira debu ni di kaitkan dengan kotor dan hina .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Saya nak kongsi pengalaman pasal wuduk. Untuk mengetahui kenapa kita boleh guna debu sekiranya tidak terdapat air, kita kena tahu apa tujuan wuduk dan kenapa ada bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan sahaja perlu disucikan.
Jika kita menjadi seorang yang rajin berfikir secara logik dalam beragama, selepas waktu berfikir atau selepas membuang hadas kecil, kita dapat rasakan di bahagian muka, ubun-ubun, tangan dan kaki (bawah buku lali) mengeluarkan toksin yang melekitkan kulit di bahagian tersebut.
Toksin itu terhasil dari proses pembakaran lemak atau kolestrol. Sebab itulah dengan rajin berfikir secara logik agar kita berpegang pada bukti yang nyata, ia akan membantu mengawal tekanan darah dan degupan jantung kita untuk badan sentiasa sihat, tenang dan bersemangat (dijauhkan dari penyakit-penyakit kronik).
Tetapi apabila manusia itu beragama secara dusta, kesannya bukan sahaja azab neraka menanti (termasuk kepanasan hati sejak di dunia), malah jantung mereka akan jadi lemah gara-gara ragu-ragu sentiasa berbisik. Maknanya azab Allah kepada kaum yang berpegang pada dusta bukan tunggu di akhirat, tetapi di dunia lagi. Begitulah janji Allah dalam Al Quran bahawa azab Allah itu cepat.
Berbalik pada tujuan wuduk, maka tujuannya untuk menanggalkan toksin yang melekit di bahagian-bahagian angota wuduk tersebut. Bila lekitan itu ditanggalkan, maka kita akan rasa segar. Bila rasa segar, mudah untuk berfikir dan mencari ilham lagi. Sebab itulah insan seperti Nabi Muhammad yang berwuduk, memiliki ilham yang berjela-jela panjangnya (Al Quran) biarpun baginda tidak tahu menulis atau membaca tulisan. Ini menunjukkan baginda seorang yang bergeliga otaknya, bukan macam umat Islam sekarang yang lembab otaknya gara-gara beragama tanpa berfikir. Suatu pemandangan yang memalukan bukan?
Bila sudah faham tujuan wuduk, maka baru kita nampak kenapa debu menjadi pilihan selepas ketiadaan air. Debu bersifat kering dan tidak mempunyai lekitan berbanding tanah. Sebab itu kita guna debu untuk menyerap lekitan toksin pada bahagian wuduk itu. Kalau guna tanah, sudah tentu kesan toksin itu tidak dapat dipastikan tertanggal sebab tanah pun ada lekitannya.
Sama macam kita guna bedak, kulit yang melekit ada rasa lembut selepas disapukan bedak kerana debu bedak itu menyerap lekitan toksin yang ada pada muka.
Lagi satu, bila kita guna debu, kita boleh pastikan ia suci dari najis sebab najis ada lekitan sedangkan debu tidak ada lekitan. Jika kita guna sesuatu yang melekit untuk ambil wuduk, macam mana nak tanggalkan lekitan toksin pada anggota wuduk itu?
Mengambil wuduk dengan sempurna akan menjadikan muka kita bercahaya terutama di malam hari. Allah akan naikkan seri wajah orang yang berwuduk dengan sempurna. Kita boleh nampak wajah orang yang sempurna wuduknya seperti bulan purnama.
Maksud wuduk yang sempurna bukan setakat basuh anggota zahir, tetapi yang pentingnya basuh hati dari penyakit hasad dengki dan berbangga diri. Itu yang kita ajak umat Islam sekarang lawan penyakit berbangga diri mereka umat terbaik, padahal hakikat sebenar mereka sudah tahap umat yang hina dengar cerita perpecahan sesama sendiri. Padan muka umat Islam sekarang (pinjam kata-kata Juang)...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
tq adli , ini pendapat kawelah . bila kita berwuduk kita membuang segala prasangka terhadap allah tentang kebaikan dan keburukan . kita mensucikan diri dari segala perasaan menyekutukan allah . kita meyakini bahawa dari allahlah datang segala gerak . dengan debu kita meyakini bahawa tiada kehinaan kecuali kelemahan kita sahaja dalam memandang allah .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
slipar wrote:tq adli , ini pendapat kawelah . bila kita berwuduk kita membuang segala prasangka terhadap allah tentang kebaikan dan keburukan . kita mensucikan diri dari segala perasaan menyekutukan allah . kita meyakini bahawa dari allahlah datang segala gerak . dengan debu kita meyakini bahawa tiada kehinaan kecuali kelemahan kita sahaja dalam memandang allah .
Benar slipar. Saudara memberikan definasi wuduk dalam bentuk rohani. Itu yang dikatakan wuduk yang sempurna bukan setakat basuh anggota lahir, malah merangkum mensucikan jiwa.
Selagi hati kita kotor, kita akan berbangga diri sehingga tidak sedar umat sudah dalam keadaan lemah dan hina di muka bumi. Umat Islam sekarang terbuai dengan gelaran umat terbaik yang pernah dikecapi oleh generasi terdahulu, sedangkan umat terbaik atau umat terburuk itu ada sifat-sifat yang telah Allah tetapkan. Ketetapan sifat itu tidak mungkin berubah biarpun zaman berubah.
Jika sesuatu umat itu dahulunya terbaik, kerana menanam sifat baik dalam diri iaitu jadi orang yang suci hati dengan sentiasa berlapang dada menerima kebenaran tidak kira dari siapa jua yang sampaikan, maka akan jadilah mereka orang yang suci hati dan ditanggalkan debu-debu yang menutupi mata hati. Tetapi jika sesuatu umat itu menanam sifat yang buruk, maka jadilah mereka umat terburuk macam umat Islam sekarang. Siapa yang boleh memalsukan fakta yang telah Allah takdirkan ini?
Mata hati bila tertutup dengan debu (dosa-dosa atau penyakit hati), maka penilaian jadi tak waras. Mereka akan jadi bangga diri bahawa segala yang datang dari Arab itu dikatakan Islam, dan segala yang datang dari Barat dikatakan kafir. Padahal penyakit berbangga diri itulah telah menyebabkan mereka kafir iaitu jadi kaum yang menyembah seseorang Nabi. Bukankah telah diperingatkan bahawa dosa mensyirikkan Allah itu tidak diampunkan?
Jadilah kita insan yang suci hati iaitu mudah menerima segala kebaikan tidak kira datang dari bangsa atau suku kaum apa pun. Berlapang dada dengan kaum lain lebih-lebih lagi kaum yang bijak sains itu. Itulah rahsia kejayaan orang Eropah dahulu kerana sanggup belajar dengan sarjana Arab zaman kegemilangan Islam Mereka sanggup akui bahawa agama Nasrani mereka dahulu sudah sampai tahap membelenggukan akal fikiran yang menyebabkan mereka kalah kepada Islam. Maka mereka menghapuskan amalan nenek moyang mereka yang membelenggu akal fikiran mereka untuk Allah menangkan mereka dari semua bangsa sekarang ini.
Sekarang Allah telah terbalikkan dengan umat Islam pula mudah kalah kepada orang Barat sana gara-gara lalai mengkaji ilmu alam. Untuk menguasai alam, kenalah kita tahu ilmu alam. Macam mana Allah nak bagi kekuasaan alam jika kita tidak memiliki ilmu alam?
Kita lihat, Allah tidak menangkan kaum yang setakat mengaku taat kepada seseorang Nabi padahal hakikatnya mereka sembah Nabi itu dengan jadikan riwayat yang tiada bukti ketetapan Allah sebagai datangnya daripada Allah. Bila diminta apa bukti berupa hukum alam yang menunjukkan riwayat hadis itu datangnya daripada Allah? Sampai ke hari ini golongan penyembah Nabi itu tidak mampu buktikan. Begitulah Allah lemahkan hujah-hujah kaum yang mensyirikkan Allah...

Adli- Profesor Madya
- Number of posts: 1848
State:
Reputation: 4
Credits: 3093
Registration date: 2008-04-14
Re: Melihat Kesalahan Umat Sendiri
Sesungguhnya agama Islam ini adalah agama yang mudah. Allah Ta’ala
tidaklah menghendaki kesulitan bagi para hamba-Nya. Allah Ta’ala
berfirman yang artinya, “Dan Dia (Allah) tidaklah sekali-kali menjadikan untuk kalian suatu kesempitan dalam agama.” (QS. Al Hajj: 78)
Rasulullah shollAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya agama ini (Islam) adalah mudah, tidaklah seseorang mempersulit agama ini kecuali terkalahkan.” (HR. Bukhori dan Muslim)
Salah satu bentuk kemudahan dalam Islam ini adalah diperbolehkan
bagi seseorang yang hendak melaksanakan sholat untuk bertayammum dengan
tanah yang suci ketika dia tidak mendapatkan air untuk berwudhu.

Zahabur- Pensyarah
- Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Similar topics» ebook membuat CMS sendiri
» Melihat Kesalahan Umat Sendiri
» realiti hidup sendiri
» ::Pengalaman melihat perubatan benda ghaib menggunakan ilmu silat::
» Kaedah melihat alam ghaib dengan Sin Ilahi
» Melihat Kesalahan Umat Sendiri
» realiti hidup sendiri
» ::Pengalaman melihat perubatan benda ghaib menggunakan ilmu silat::
» Kaedah melihat alam ghaib dengan Sin Ilahi
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum