Log in

I forgot my password

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered users
The newest registered user is Slogan

Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Poll

Negeri Asal Anda

5% 5% [ 4 ]
24% 24% [ 18 ]
22% 22% [ 16 ]
8% 8% [ 6 ]
8% 8% [ 6 ]
5% 5% [ 4 ]
7% 7% [ 5 ]
0% 0% [ 0 ]
7% 7% [ 5 ]
4% 4% [ 3 ]
0% 0% [ 0 ]
0% 0% [ 0 ]
3% 3% [ 2 ]
1% 1% [ 1 ]
5% 5% [ 4 ]

Total Votes : 74

Top posters
Admin (4097)
 
mekganu (3628)
 
Juang (3492)
 
penditaputra (3027)
 
tokkmudim (2844)
 
Kalam (2631)
 
myra_roses (2534)
 
zafran0512 (2315)
 
FeLiSeWoMaN (2310)
 
tajuNM (2159)
 


AD-DIN

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Go down

Re: AD-DIN

Post by Zahabur on Mon Jun 01, 2009 11:38 pm

Ikutilah sunnah Rasulullah.....Sekiranya kita tidak mengikut sunnah Rasulullah
maka kita bukan dari golongan umat Baginda s.a.w.....

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Juang on Tue Jun 02, 2009 8:39 am

Ya, logik sekali kata-kata anda itu. Ikutilah sunnah yang para Rasul terdahulu sampaikan, sebab sunnah itu ketetapan daripada Allah, bukan dari kehendak hati seseorang Rasul.

Oleh kerana sunnah Rasul itu datangnya daripada Allah, pasti ia ada bukti berupa hukum alam yang membenarkannya. Di sinilah penentu kenapa kita tidak perlukan nama perawi untuk membuktikan kebenaran kata-kata seseorang Rasul itu sebab Rasul itu bercakap berdasar hukum alam yang Allah cipta ini. Hukum alam, biarpun zaman berubah, tetapi ia tetap tidak berubah. Hukum alam itulah yang memelihara kata-kata para Rasul, bukannya nama si perawi.

Jadi, untuk ikut ajaran seseorang Rasul, carilah ajaran yang benar ikut hukum alam, bukannya ajaran yang tidak ada hukum alam yang membenarkannya. Barulah itu tanda-tanda kita menyembah Allah, sebab yang tetapkan hukum alam ini adalah Allah.

Senang bukan? Ya, memang Islam itu mudah. Cuma kaum penyembah Nabi itu sahaja yang menyempitkan dan menyusahkan agama.

Ayuh, mari kita tinggalkan ajaran dusta atas nama Nabi yang kita sudah nampak hasilnya setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah. Tidak mungkin sunnah Rasulullah itu setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by WARIS on Tue Jun 02, 2009 10:43 am

Sebagai seorang muslim, sudah menjadi kewajiban kepada kita untuk menerima
keseluruhan hadis Nabi s.a.w. Ini kerana Nabi s.a.w. adalah seorang
Rasul utusan Allah SWT kepada manusia. Mentaati Rasul bererti mentaati
Allah SWT. Namun disebabkan kita tidak sempat hidup bersama Rasulullah
s.a.w., kita tidak dapat mendengar sendiri hadis-hadis baginda. Justeru
itu kita bergantung kepada pembawa hadis-hadis tersebut kepada kita. Para pembawa hadis ini dipanggil sebagai perawi.
Memandangkan
kesahihan perkara yang dibawa oleh para perawi (iaitu hadis Nabi
s.a.w.), boleh dipersoalkan (kerana kemungkinan lupa, dusta dan
tersalah itu wujud), maka para muhaddisin telah membahagikan hadis
kepada dua bahagian, iaitu:
1- Hadis Maqbul. (hadis yang diterima)
2- Hadis Mardud. (hadis yang ditolak)
Hadis
maqbul ialah hadis yang mana telah nyata kuatnya kebenaran perawi
tersebut dalam apa yang diriwayatkannya. Manakala hadis mardud ialah
hadis yang tidak kuat kebenaran perawi dalam apa yang diriwayatkannya.
Hadis maqbul ialah hadis yang mencukupi lima syarat iaitu:
1- sanadnya bersambung,
2- para perawinya bersifat adil,
3- para perawinya dhobit (pengingat),
4- tiada syaz,
5- tiada illah.

WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1245
Registration date: 2009-05-18

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Zahabur on Tue Jun 02, 2009 11:29 pm

Juang wrote:Ya, logik sekali kata-kata anda itu. Ikutilah sunnah yang para Rasul terdahulu sampaikan, sebab sunnah itu ketetapan daripada Allah, bukan dari kehendak hati seseorang Rasul.

Oleh kerana sunnah Rasul itu datangnya daripada Allah, pasti ia ada bukti berupa hukum alam yang membenarkannya. Di sinilah penentu kenapa kita tidak perlukan nama perawi untuk membuktikan kebenaran kata-kata seseorang Rasul itu sebab Rasul itu bercakap berdasar hukum alam yang Allah cipta ini. Hukum alam, biarpun zaman berubah, tetapi ia tetap tidak berubah. Hukum alam itulah yang memelihara kata-kata para Rasul, bukannya nama si perawi.

Jadi, untuk ikut ajaran seseorang Rasul, carilah ajaran yang benar ikut hukum alam, bukannya ajaran yang tidak ada hukum alam yang membenarkannya. Barulah itu tanda-tanda kita menyembah Allah, sebab yang tetapkan hukum alam ini adalah Allah.

Senang bukan? Ya, memang Islam itu mudah. Cuma kaum penyembah Nabi itu sahaja yang menyempitkan dan menyusahkan agama.

Ayuh, mari kita tinggalkan ajaran dusta atas nama Nabi yang kita sudah nampak hasilnya setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah. Tidak mungkin sunnah Rasulullah itu setakat melahirkan kaum yang lemah dan berpecah-belah.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile


Perawi2 hadis adalah ulamak....ulamak2 adalah orang yang berpengetahuan dalam agama...Ulamak adalah pewaris nabi...
Anda kena faham pewaris nabi tapi bukan nabi....Nabi s.a.w. dah jamin sebagai pewaris nya....

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Admin on Tue Jun 02, 2009 11:37 pm

Tiada dalam al-quran pun mengatakan ulamak itu pewaris nabi.
Memang kita disuruh bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan tentang kitab. Tanyalah kepada mereka yang benar-benar berpengetahuan dan mengikuti ajaran al-quran.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Zahabur on Tue Jun 02, 2009 11:43 pm

bayau wrote:Tiada dalam al-quran pun mengatakan ulamak itu pewaris nabi.
Memang kita disuruh bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan tentang kitab. Tanyalah kepada mereka yang benar-benar berpengetahuan dan mengikuti ajaran al-quran.



Isi2 Quran pun kau tak faham,dengan mudah je kau cakap riwayat Hadis Nabi s.a.w. tu dusta....

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Zahabur on Tue Jun 02, 2009 11:44 pm

bayau kalau ada orang ikut cakap kau....mungkin orang tu menjadi penyembah kau pula....

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Admin on Wed Jun 03, 2009 12:01 am

Zahabur wrote:
bayau wrote:Tiada dalam al-quran pun mengatakan ulamak itu pewaris nabi.
Memang kita disuruh bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan tentang kitab. Tanyalah kepada mereka yang benar-benar berpengetahuan dan mengikuti ajaran al-quran.



Isi2 Quran pun kau tak faham,dengan mudah je kau cakap riwayat Hadis Nabi s.a.w. tu dusta....


Sebab itulah kita kena baca al-quran berkali-kali supaya kita memahaminya. Mintalah petunjuk dari Allah selalu. Mohonlah perlindungan Allah daripada syaitan apabila membaca al-quran.

"Apabila kamu membaca al-Qur'an, mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam." (16:98)

Apa tidak dustanya riwayat hadis itu zahabur kalau setakat melahirkan umat islam yang lemah. Kalau ianya benar, takkanlah umat islam sekarang ini lemah, berbunuhan sesama sendiri, berpecah-belah, pengecut, ditindas dan sebagainya. Bukankah itu merupakan balasan Allah di dunia ini?

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Admin on Wed Jun 03, 2009 12:14 am

Zahabur wrote:bayau kalau ada orang ikut cakap kau....mungkin orang tu menjadi penyembah kau pula....


Saya tidak pernah suruh orang ikut cakap saya dan menyuruh mereka menyembah saya. Minta dijauhkan semua itu. shame bad Mereka juga dikurniakan akal dan saya percaya mereka boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk bagi mereka. Saya hanya menyeru agar kita kembali kepada al-quran dan saya percaya dengan hanya mengikuti ajaran-ajaran al-quran sahaja seluruh umat islam di dunia ini dapat menjadi ummah yang kuat dan bersatu. Smile

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Zahabur on Wed Jun 03, 2009 12:25 am

bayau wrote:
Zahabur wrote:bayau kalau ada orang ikut cakap kau....mungkin orang tu menjadi penyembah kau pula....


Saya tidak pernah suruh orang ikut cakap saya dan menyuruh mereka menyembah saya. Minta dijauhkan semua itu. shame bad Mereka juga dikurniakan akal dan saya percaya mereka boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk bagi mereka. Saya hanya menyeru agar kita kembali kepada al-quran dan saya percaya dengan hanya mengikuti ajaran-ajaran al-quran sahaja seluruh umat islam di dunia ini dapat menjadi ummah yang kuat dan bersatu. Smile



Dah yang kau mati-matian cakap yang golongan kau je yang benar...apa makna nya tu....ke saja nak suruh orang kata kau ni bijaksana.....

Zahabur
Pensyarah

Number of posts: 535
Reputation: 9
Credits: 1670
Registration date: 2009-04-23

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Admin on Wed Jun 03, 2009 1:00 am

Zahabur wrote:
bayau wrote:
Zahabur wrote:bayau kalau ada orang ikut cakap kau....mungkin orang tu menjadi penyembah kau pula....


Saya tidak pernah suruh orang ikut cakap saya dan menyuruh mereka menyembah saya. Minta dijauhkan semua itu. shame bad Mereka juga dikurniakan akal dan saya percaya mereka boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk bagi mereka. Saya hanya menyeru agar kita kembali kepada al-quran dan saya percaya dengan hanya mengikuti ajaran-ajaran al-quran sahaja seluruh umat islam di dunia ini dapat menjadi ummah yang kuat dan bersatu. Smile



Dah yang kau mati-matian cakap yang golongan kau je yang benar...apa makna nya tu....ke saja nak suruh orang kata kau ni bijaksana.....


Semestinya orang yang berpegang kepada satu-satunya kitab Allah yakni al-quran adalah orang-orang yang mendapat petunjuk kebenaran. Kalau orang kata saya ini bijaksana itu terpulang kepada orang itu dan tidak pernah pula terlintas di fikiran saya untuk menjurus ke arah itu. Apa yang saya harapkan agar umat islam kembali kepada al-quran satu-satunya.

Admin
Canselor

Number of posts: 4097
State:
Reputation: 8
Credits: 3392
Registration date: 2008-04-07

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by WARIS on Wed Jun 03, 2009 7:38 am

Untuk difahami. Ulamak adalah manusia yang mengkhususkan diri mereka
untuk mempelajari dan mengkaji ilmu2 agama. Iaitu ilmu untuk mengenal
Allah, melalui nama dan sifat2Nya yang agung. Juga ilmu2 berkaitan
hukum-hakam, halal-haram yang telah ditetapkan oleh Allah.

Dengan
ini, dapat kita katakan bahawa merekalah yang telah mewarisi ilmu dari
para Nabi. Dari merekalah kita dapat mengenal mengenai selok belok
agama dari perkara yang asas hinggalah kepada perkara yang sekecil2nya.

------------------------------
Berkenaan
siapakah ulamak pewaris nabi, saya ada terbaca sebuah buku tulisan Prof
KH Ali Mustafa Yaqub. Beliau ada menggariskan beberapa ciri ulamak
pewaris nabi. Saya secara peribadi melihat tulisan beliau cukup baik
sekali.

Berikut ini saya garapkan kembali tulisan beliau dalam buku berkenaan:

------------------------------

Sekurang-kurang ciri-ciri ulamak pewaris nabi ada lima:

Pertama: Ilmu agama
Ciri
pertama ulamak pewaris nabi ialah memiliki ilmu agama. Ini bermaksud,
mereka memiliki ilmu agama bukan untuk dirinya sendiri, tetapi mampu
memberi atau menyebarkan ilmu itu kepada orang lain. Atau secara
ringkasnya, mereka mampu memahami al-Quran dan al-Hadis. Atau dapat
juga dikatakan, mereka yang mampu membaca dan memahami kitab-kitab
tulisan ulamak muktabar. Kerana mereka yang tidak mampu membaca kitab2
berkenaan, keahlian dan kepakarannya dalam bidang agama belum cukup
meyakinkan.

Penjelasan di atas, dapatlah kita fahami bahawa
maksud memiliki ilmu di sini bukanlah ilmu yang bukan ilmu agama.
Seperti ilmu perubatan, ilmu perhutanan, ilmu siasah, ilmu pertanian
dan sebagainya.

Kerana, sekalipun mereka yg memiliki ilmu spt di
atas dapat dikatakan sebagai ulamak menurut pengertian bahasa, namun
menurut istilah mereka bukanlah ulamak.

Nabi s.a.w. ada bersabda:
Ulamak itu adalah pewaris nabi. Dan, nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mewariskan ilmu (HR Ibnu Majah).

Hadis
ini membawa pengertian, nabi tidak pernah mewariskan ilmu kehutanan
atau yang sejenisnya, tetapi mewariskan ilmu syariah atau ilmu agama
Islam.

Nabi pernah ditanya tentang masalah pertanian, dan baginda menjawab:
Kamu lebih mengetahui tentang dunia (pertanian) kamu dari aku.

Jadi,
mereka yang mempunyai ilmu dalam bidang perhutanan, maka bolehlah
disebut ulamak juga, tetapi ulamak hutan / pakar perhutanan.. Begitulah
seterusnya.

Kedua: Takutkan (khasyah) Allah
Sifat ini ada dijelaskan di dalam surah al-Fathir:28:
Hanyasanya yang takutkan (khasyah) kepada Allah dari kalangan hamba-hambaNya adalah para ulamak.

Para
ulamak pewaris nabi adalah mereka yang takutkan Allah, dan mereka
bukanlah dari kalangan ahli maksiat dan yang sering melanggar perintah
Allah. Mereka juga bukanlah dari kalangan yang suka atau seronok untuk
bersekongkol atau bersubahat dengan para pelaku maksiat. Kerana nabi
s.a.w. pernah memboikot ahli maksiat, sehingga ke tahap tidak mahu
bercakap, malah tidak menjawab salamnya sehingga ahli maksiat itu
bertaubat kepada Allah.

Ketiga: Zuhud
Zuhud bukanlah
bermaksud hidup miskin dan melarat. Zuhud ialah sikap untuk tidak
mencintai dunia sedangkan dunia sudah berada dalam genggamannya. Nabi
Muhamad s.a.w. adalah seorang yang zuhud, kerana sekalipun baginda
mampu untuk bermewah-mewah tetapi namun baginda tidak memilih untuk
hidup begitu. Malah baginda juga tidak memilih untuk berpenampilan kaya.

Nabi
Sulaiman juga zuhud, padahal baginda adalah seorang yang kaya raya.
Kezuhudannya dapat dibuktikan, ketika Ratu Balqis menghadiahkan baginda
sebuah peti perhiasan agar baginda tidak menundukkan dan
mengislamkannya.. Baginda menolak hadiah peti berkenaan.

Ulamak
pewaris nabi semestinya mencontohi sifat kehidupan para nabi. Dan
apabila harta dunia ada di tangannya, ia akan dijadikan sebagai
sebesar-besar kepentingan untuk akhirat. Mereka tidak menggunakan dunia
untuk mencari dunia, apatah lagi menggunakan akhirat utk mencari dunia.

Oleh itu, ulamak pewaris nabi sewajarnyalah mewarisi sikap kehidupan para nabi a.s.

Keempat: Akrab dengan rakyat bawahan
Inilah
sifat yang mesti ada pada para ulamak pewaris nabi a.s. Kerana ini
adalah sifat para nabi. Mereka rapat dan akrab dengan rakyat bawahan,
kaum mustadh’afin (lemah) dan tertindas.

Raja Rom, Heraclius
telah mempercayai kebenaran Rasulullah s.a.w. apabila beliau bertanya
kepada Abu Sufyan (sebelum memeluk Islam) tentang pengikut Baginda
s.a.w. Abu Sufyan menjawab bahawa pengikut baginda s.a.w. adalah rakyat
biasa.

Rasulullah s.a.w. pernah ditegur oleh Allah sebanyak dua
kali kerana mahu meninggalkan rakyat jelata dan hanya akan menumpukan
keapda golongan elite/atasan.

Malah Allah pernah memerintahkan
agar Rasulullah s.a.w. sentiasa bersabar ketika bersama dengan golongan
rakyat bawahan yang sentiasa berdoa memohoh keredhaan Allah pagi dan
petang.

Dan secara umumnya golongan bawahan inilah yang akan meramaikan rumah-rumah Allah. Sedangkan golongan atasan adalah sebaliknya.

Golongan
atasan, telah disebut oleh Allah sebagai al-mala. Ia lebih banyak
mengacu ke arah sikap angkuh dan sombong sehingga agak sukar untuk
mengikuti ajaran Nabi s.a.w.

Oleh itu, sangat wajar apabila Allah memerintah baginda s.a.w. agar sentiasa berpihak kepada golongan bawahan.

Dan,
begitulah semestinya sikap yang ada pada ulamak pewaris nabi, bukan
bersikap sebaliknya dengan merasa bangga dengan gaya hidup mewah di
tengah-tengah penderitaan kaumnya. Atau amat sukar ditemui oleh rakyat
biasa kerana merasa dirinya berada di atas kaum muslimin secara umum.

Kelima: Berumur 40an
Ulamak yang memenuhi ciri-ciri di atas akan disebut ulamak apabila umurnya mencecah 40 tahun.

Ini
kerana menurut para ahli, usia 40 tahun adalah usia matang bagi
seseorang. Di mana tidak ada lagi kegejolakan jiwa dan ketidakstabilan
peribadi. Pada usia 40 tahun ini seseorang itu sudah memperolehi
istiqomah dan kemantapan peribadi, sehingga dia layak menjadi ikutan
kaumnya.

Sedangkan sebelum usia ini, dia masih belum bersedia dan belum layak untuk menjadi tokoh ikutan kaumnya.

Inilah barangkali hikmahnya mengapa Allah para nabi kecuali nabi Isa a.s. di utus selepas mereka berusia 40 tahun.

Begitulah kriteria ulamak pewaris nabi paling minima yang disenaraikan oleh Prof KH Ali Mustafa Yaqub.

Rujukan:
Prof KH Ali Mustafa Yaqub, Islam masa kini

WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1245
Registration date: 2009-05-18

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Juang on Wed Jun 03, 2009 12:38 pm

bayau wrote:
Zahabur wrote:
bayau wrote:
Zahabur wrote:bayau kalau ada orang ikut cakap kau....mungkin orang tu menjadi penyembah kau pula....


Saya tidak pernah suruh orang ikut cakap saya dan menyuruh mereka menyembah saya. Minta dijauhkan semua itu. shame bad Mereka juga dikurniakan akal dan saya percaya mereka boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk bagi mereka. Saya hanya menyeru agar kita kembali kepada al-quran dan saya percaya dengan hanya mengikuti ajaran-ajaran al-quran sahaja seluruh umat islam di dunia ini dapat menjadi ummah yang kuat dan bersatu. Smile



Dah yang kau mati-matian cakap yang golongan kau je yang benar...apa makna nya tu....ke saja nak suruh orang kata kau ni bijaksana.....


Semestinya orang yang berpegang kepada satu-satunya kitab Allah yakni al-quran adalah orang-orang yang mendapat petunjuk kebenaran. Kalau orang kata saya ini bijaksana itu terpulang kepada orang itu dan tidak pernah pula terlintas di fikiran saya untuk menjurus ke arah itu. Apa yang saya harapkan agar umat islam kembali kepada al-quran satu-satunya.

Al Quran itu benar daripada Allah kerana ayat-ayatnya menepati hukum alam. Inilah bukti kebenaran Al Quran.

Jadi jika manusia itu ikut apa yang hukum alam tetapkan, maka benarlah manusia itu. Bila ikut sesuatu yang benar, maka otak yang dipertingkatkan akalnya.

Sebab itu bila kita buat perbandingan mentaliti antara kaum di dunia sekarang ini, orang Barat yang mentaati hukum alam itulah yang paling bijak berbanding umat Islam yang suka berpegang sesuatu yang dusta. Macam mana akal nak berkembang jika berpegang sesuatu yang dusta tanpa bukti?

1+1=2 itu adalah benar, kerana ada bukti Allah tetapkan nilainya begitu. Kira dengan jari, boleh dibuktikan. Tetapi tiada hukum alam tetapkan 1+1+1+1=6 sebab yang berkata begitu hanya golongan yang tidak berpegang pada bukti yang nyata. Mereka bercakap sesedap rasa. Patutlah Allah umat mereka di muka bumi sekarang ini?

Siapa yang menjatuhkan hukuman kepada umat penyembah Nabi itu? Sudah pastilah Allah, sebab Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Puji-pujian bagi Allah.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Juang on Wed Jun 03, 2009 1:28 pm

Berkenaan usia jadi ulamak, Al Quran tidak ada menetapkan usianya. Jadi jangan pandai-pandai tetapkan sesuatu yang tidak ada bukti yang nyata. Ini kerana Nabi Isa dalam buaian sudah pandai berkata-kata pasal Allah.

Seseorang manusia mampu berkata-kata pasal Allah dengan benar apabila akalnya mencapai tahap kematangan yang melayakkan dia kenal Allah. Sebenarnya, asal manusia semua kenal Allah. Sebab itulah bayi yang mati masa kecil, mereka dikatakan suci biarpun dari keturunan mana sekalipun. Sebab masa dalam keadaan bayi, semua manusia tunduk pada hukum Allah. Namun apabila mereka diterapkan dengan ajaran dusta atas nama nenek moyang, mula ada manusia menyembah selainNya. Mereka mentaati ketetapan yang tidak ada bukti hukum alam dengan guna nama Nabi atau nama imam-imam terdahulu mereka.

Tahap kematangan manusia berbeza-beza bergantung sejauh mana dia diuji oleh Allah. Semakin banyak dia diuji, semakin cepat dia mencapai tahap kematangan.

Dan kematangan akal ini boleh diwaris sebab ibubapa itu mencorakkan anak-anak. Kenapa Nabi Isa mencapai tahap kematangan sejak dalam buaian lagi? Sebab ibunya Mariam seorang yang kuat berfikir dan suci hatinya. Takkanlah ibubapa yang lembab berfikir dan suci hatinya menghasilkan anak-anak yang bijak-bijak dan bersih hatinya?

Sebab itulah kita tengok tahap kebijakan manusia bergantung kepada generasi terdahulu lakukan. Jika generasi terdahulu jenis pemalas berfikir, maka baka yang dihasilkan hanya kaum yang lembab otaknya.

Kenapa orang Barat sekarang bermentaliti tinggi? Sebab generasi terdahulu mereka sanggup belajar dengan kebijaksaan sarjana Islam zaman terdahulu.

Sebab apa umat Islam sekarang bermentaliti rendah sehingga hidup secara lemah dan berpecah-belah? Sebab adanya generasi yang mula berbangga diri dengan status Islamnya sehingga memandang hina kaum yang bukan dilahirkan dari keturunan Islam. Mereka jadi macam kaum Yahudi terdahulu yang perasan mereka sahaja umat terpilih dan dikasihi Allah. Mereka mula malas belajar dan lalai membangunkan pemikiran. Akibatnya generasi kemudian mereka lembab-lembab sahaja otak mereka sehingga susah nak faham Al Quran biarpun Allah sudah beri jaminan Al Quran itu mudah sahaja difahami.

Perasaan bangga diri menyebabkan manusia itu malas belajar, malas berfikir dan suka beragama main pakai suap sahaja. Keluarlah dakwaan-dakwaan dusta dari tok guru mereka mengatakan tidak boleh berfikir dalam beragama. Padahal dalam Al Quran terang-terang suruh berfikir. Di situ sahaja sudah menunjukkan mereka bercanggah dengan ajaran Al Quran. Tidak pernah ada ayat Al Quran suruh manusia jangan berfikir. Macam mana mereka boleh buat ketetapan dusta yang Al Quran tidak tetapkan? Padahal mereka kata mereka ulamak dan mewarisi Nabi. Takkan ajaran orang yang mewarisi Nabi itu setakat melahirkan umat yang lemah dan berpecah-belah?

Pandang-pandanglah realiti umat sebagai penilaian sesuatu ajaran. Orang Yahudi dahulu pun kata mereka ikut ajaran Nabi mereka dan sudah tentu ahli-ahli kitab mereka mengaku jadi pewaris Nabi. Tetapi hasil ajaran mereka setakat memecah-belahkan kaum mereka. Mereka berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Itulah yang Nabi Muhammad lihat sehingga baginda tegur mereka. Tetapi sifat kaum kafir, pantang ditegur biarpun sudah nyata umat mereka lemah dan berpecah-belah. Sebijik perangai kaum penyembah Nabi zaman ini yang terang-terang Allah tunjukkan umat mereka lemah dan berpecah-belah. Masih tak sedar-sedar diri lagi. Betapa hinanya manusia itu biarpun Allah perlihatkan umatnya lemah dan berpecah-belah, tapi masih tak sedar-sedar diri lagi.

Bila kita melihat keadaan umat Islam sekarang persis keadaan kaum kafir terdahulu, sebab itulah golongan beriman hari ini mula meninggalkan ajaran songsang yang mereka ada-adakan atas nama Nabi itu dan kembali kepada asal Islam iaitu ajaran Al Quran. Mereka hanya ikuti apa yang Allah tetapkan dalam Al Quran.

Sudah tentu kalau kita baca dari tulisan orang Islam sekarang, mereka hanya kata ulamak mereka sahaja pewaris Nabi. Mereka bias terhadap kaum lain, macam kaum Yahudi terdahulu memperlekehkan kaum selain mereka. Perangai macam itu jika tidak dikikis, sampai ke mati manusia itu tidak akan memahami isi kandungan Al Quran. Sebab Al Quran itu kitab yang suci. Orang yang berpenyakit hati akan susah nak faham Al Quran macam kaum kafir terdahulu susah nak fikirkan ayat-ayat Al Quran. Sebab itulah bila kita lihat hujah kaum yang kata perlunya riwayat hadis nak fahami Al Quran, kata-kata merka macam orang kafir terdahulu sahaja. Itu menunjukkan riwayat hadis itu bukannya menjadikan mereka orang yang faham Al Quran, malah semakin jauh dari Al Quran.

Bagi golongan beriman, sesiapa juga yang mampu berkata benar mengikut hukum alam, itulah pewaris Nabi, sebab seseorang Nabi tidak mungkin mewariskan ajaran dusta yang tiada hukum alam sebagai bukti. Inilah cara golongan beriman nak selamat dari tipu-daya kaum yang suka-suka guna nama Nabi tanpa mereka mampu bawakan bukti berbentuk hukum alam.

Hukum alam tidak mungkin mampu didustai. Bila Allah letakkan hukum, orang yang berakal diangkat darjatnya, dan orang tak berakal dihina kedudukannya, memang real sekali kita nampak perbandingan nasib umat yang berakal dan tidak berakal. Hukum alam inilah yang tidak mampu didustai oleh kaum musyrikin itu.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by WARIS on Wed Jun 03, 2009 1:40 pm

MasyaAllah kenapa nabi nak disamakan sifat2 keimanan dengan manusia biasa?...

WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1245
Registration date: 2009-05-18

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Juang on Wed Jun 03, 2009 1:54 pm

Laa, Nabi itu semuanya asalnya manusia biasa. Bukankah semua manusia fitrahnya suci? Dengan kata lain, semua manusia dilahirkan di muka bumi ini sama sahaja sifat keimanannya.

Yang membezakan bila mereka sudah dewasa. Ada yang pilih jalan yang benar (kekal dalam keimanan pada Allah) dan ada yang pilih jalan yang sesat (menyekutukan Allah). Nabi dan golongan beriman, mereka semua termasuk dalam golongan yang sama.

Cuba cari ayat Al Quran, ada tak Allah tetapkan Nabi itu sifat keimannya tidak sama dengan golongan beriman yang lain?

Sebab itulah dalam Al Quran, tidak ada sebut sebuah syurga khas untuk para Nabi sahaja dan syurga lain untuk golongan beriman biasa. Di sisi Allah, semua manusia beriman, sama sahaja darjatnya. Cuma kaum penyembah Nabi itu sahaja yang membeza-bezakan darjat Nabi itu dengan golongan beriman yang lain.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by WARIS on Wed Jun 03, 2009 2:24 pm

Sifat2 Nabi dan manusia biasa tetap ada perbezaannya wahai sahabat ku...

Cuba amati Sabda dari Rasulullah saw kpd Aishah "Aku pilih menjadi Nabi dan manusia biasa”


Kata 'Aisyah, RasuluLLah telah bersabda kepadanya: “Hai 'Aisyah, jika aku mahu nescaya buki emas itu berjalan bersamaku. Telah datang kepadaku seorang malaikat,

katanya : “Tuhanmu mengucapkan salah kepadamu dan menawarkan, jika engkau dapat menjadi seorang Nabi dan Raja Diraja atau jika engkahu mahu, engkau tetap menjadi manusia biasa. Dia mengisyaratkan kepada Jibril agar berbuat sesuatu untuk dirimu”. Maka aku jawab : “Aku pilih menjadi Nabi dan manusia biasa”. Sejak itu (kata 'Aisyah) Rasulullah tidak makan bersandar (seperti Raja) tetapi beliau makan seperti manusia biasa.

WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1245
Registration date: 2009-05-18

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by Juang on Wed Jun 03, 2009 6:15 pm

Perumpamaannya macam orang yang ada PhD dengan orang pemalas belajar, sudah pasti ada beza sifatnya. Tetapi orang yang ada PhD dan manusia pemalas belajar itu tetap manusia juga.

Allah cipta hanya ada syurga dan neraka. Nabi dan golongan beriman, tetap sama-sama masuk syurga. Sedangkan kaum kafir masuk neraka.

Melihat dari segi sifat fitrah manusia, Nabi atau tidak, sama sahaja adalah manusia biasa. Masing-masing ada akal dan nafsu. Tetapi dari segi kemuliaan jiwa, Nabi dan golongan beriman, jiwanya mulia, sedangkan golongan kafir, jiwa mereka kotor. Di situlah perbezaan Nabi, golongan beriman dengan orang kafir.

Smile

Juang
Dekan

Number of posts: 3492
State:
Reputation: 6
Credits: 5305
Registration date: 2008-08-26

Back to top Go down

Re: AD-DIN

Post by WARIS on Thu Jun 04, 2009 11:45 am

Dialah (Allah) yang menjadikan kamu (manusia) sebagai para khalifah di bumi. Oleh itu adalah tidak adil kalau nabi dilantik dikalangan jin. Sbb Jin bukan berstatus khalifah dibumi.

MANUSIA SEBAGAI KHALIFAH ALLAH


“Hai
Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka
bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil
dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, karena ia akan menyesatkan
kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan
Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari
perhitungan.
(Q. S. Shaad (38)

Al-Qur’an Surat Al An'aam ayat 165, yang artinya: “Dan
Dia lah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia
meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa
derajat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu.
Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya dan sesungguhnya Dia Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang
.


Namun begitu janganlah kalian samakan sifat2 Nabi dan Rasul dengan manusia biasa. Dimaklumkan bahawa sifat2 nabi dan manusia biasa amat berbeza. Kesalahan yg dilakukan oleh para nabi juga adalah dalam jagaan dan ketentuan Allah swt untuk dijadikan panduan dan tauladan kepada ummat pengikutnya.

WARIS
Ketua Siswa-Siswi

Number of posts: 135
Reputation: 0
Credits: 1245
Registration date: 2009-05-18

Back to top Go down

Page 2 of 2 Previous  1, 2

View previous topic View next topic Back to top


Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum