Log in
Similar topics
Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests :: 1 BotNone
Most users ever online was 123 on Mon Jun 30, 2008 10:03 pm
Statistics
We have 935 registered usersThe newest registered user is Slogan
Our users have posted a total of 57751 messages in 1698 subjects
Top posters
| Admin (4097) | ||||
| mekganu (3628) | ||||
| Juang (3492) | ||||
| penditaputra (3027) | ||||
| tokkmudim (2844) | ||||
| Kalam (2631) | ||||
| myra_roses (2534) | ||||
| zafran0512 (2315) | ||||
| FeLiSeWoMaN (2310) | ||||
| tajuNM (2159) |
ukhuwah Islamiyyah
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3 • Share •
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
ukhuwah Islamiyyah
Salam..
ada org yg mempertahankan seseorang itu atas alasan kawan..sahabat..dah kenal lama..kenal sejak dulu..dah lama join..hatinya sebenarnya baik dan macam macam lagi.
Apapun Islam itu Addin... Cara Hidup. Digariskan panduan dari bangun tidur sampai tidur balik..tatacara dan adab dalam kehidupan seharian, lengkap dgn munakahat, muamalat, hukum hukum, adab, akhlak dll. Kesemuanya ini bertujuan untuk mendapatkan keredhoaan ALLAH dan Baginda Rasul telah menunjukkan caranya dan dipanjangkan oleh para sahabat baginda r.anhum sehingga mereka mendapat title Radhiallahu anhu yg bermaksud ALLAH Redho akan mereka itu. Maka utk kita mendapat dan mencari redho ALLAH, kita telusuri jalan jalan yg dirintis oleh orang yg ALLAH Redho itu pula..
Maka ada segelintir dari umat ini yang mempertahankan sesuatu apa yang mereka rasakan sebagai persaudaraan islam atau persahabatan, kawan, rakan karib atas dasar dah kenal lama, dulu tak macam ni, sekian sekian. Namun di sana ada garis panduan untuk kita perhalusi yang ditinggalkan oleh baginda Rasul s.a.w. dalam Kitabullah dan Sunnahnya yang mana selama kita berpegang padanya, kita tidak akan sesat selamanya. Mari kita ukur dan lihat akan perkara pokok dan penting ini..yang mana sejarah menyaksikan bagaimana anak bermusuh dgn ayahnya (Abu Ubaidah Al-Jarrah r.a.)atau anak bermusuh dgn ibunya (Mus'ab bin Umair r.a.), isteri dengan suami (Asiah dgn Firaun), suami dgn isteri (Nabi Luth a.s.) dll semuanya kerana satu perkara... Yang Haq tetap Haq, yang bathil tetap Bathil tak kira siapa kamu sekali pun. Mafhum sabdaan Nabi "Katakanlah yang benar itu walaupun pahit.
Ingatlah, Islam yang sampai kepada kita ini adalah hasil pengorbanan, darah dan keringat para sahabat r.anhum dan para syuhada, para Alim Ulama' sehingga menjadi asbab kita dapat mengecap nikmat Iman. Kita ni apalah sangat..korban harta pun kita berat, korban masa pun payah..korban perasaan lagi lah berat. Namun mari kita timbang timbang dengan Kitabullah dan Sunnahnya Nabi kita s.a.w. Sesungguhnya Pengorbanan itu pahit tapi hakikatnya manis apatah lagi sekiranya kerana Dia...
Selesai Muqaddimah ..
Nak kongsi tulisan ustazah rahayu tentang perkara yg menjadi tajuk thread nih. Ada sambungannya nanti insyaALLAH.. Moga bermanfaat kepada mereka yang berkenaan yang ada di sini insyaALLAH.
Ukhuwah fillah (persaudaraan kerana Allah) ialah anugerah Yg Maha Suci, cahaya rabbani dan nikmat Ilahi. Dicampakkan oleh Allah a.w.j. ke lubuk hati org2 yg ikhlas di kalangan hambanya, dan org2 yg bertakwa di kalangan makhluknya. Firman Allah Taala dalam surah al-Anfal:
[size=21]وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآأَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌحَكِيمٌ۬
"Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka." [63]
dan firman Allah Taala dalam surah Ali Imran:
وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعً۬ا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءً۬ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡفَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦۤ إِخۡوَٲنً۬ا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٍ۬مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡہَاۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَـٰتِهِۦلَعَلَّكُمۡ تَہۡتَدُونَ
"Dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dg kurniaNya kamu menjadi bersaudara." [103]
Dan ukhuwah fillah jg adalah kekuatan iman dalam jiwa yg mewariskan perasaan belas kasihan, kasih sayang, saling menghormati dan saling mempercayai. Terhadap mereka yg terikat oleh tali akidah Islamiyah, dan tautan iman dan takwa. Perasaan bersaudara yg benar ini akan melahirkan sejujur2 perasaan dan semurni2 kepekaan.
Dalam menangani perkara2 positif seperti tolong-menolong, mengutamakan yg lain, mengasihi dan menyayangi, memaafkan, menghilangkan kesusahan saat kesempitan, dan saling melindungi saat berasa lemah.
Dan dalam menangani perkara2 negatif seperti menjauhi semua perkara yg boleh memudaratkan orang ramai - nyawa, harta, maruah dan kemuliaan insani mereka.
Oleh kerana itu, ukhuwah fillah ini adalah sikap yg dilazimi oleh keimanan dan diiringi oleh ketakwaan. Lantara tiada persaudaraan tanpa keimanan, dan tiada keimanan tanpa persaudaraan, sebagaimana tiada kasih sayang tanpa ketakwaan, dan tiada ketakwaan tanpa kasih sayang.
Adapun dari aspek 'tiada persaudaraan tanpa keimanan' yg demikian itu telah dinyatakan oleh Allah taala dalam firman-Nya:
"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara." [al-Hujurat].
Manakala dari aspek 'tiada kasih sayang tanpa ketakwaan' yg demikian itu ada dinyatakan oleh Allah taala dalam firman-Nya:
"Teman2 karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yg bertakwa." [az-Zukhruf]
Tidak syak lagi bahawa ukhuwah bila terpisah daripada keimanan akan bertembung dengan kepentingan diri dan peribadi. Dan kasih sayang yg trcabut daripada ketakwaan akan membangkitkan permusuhan dan kebencian seperti mana bermulanya konflik pertama di dunia dan nyatanya pertelingkahan merebut harta dan kepetentingan diri.
Sekiranya wujud dalam diri seorang muslim keimanan dan ketakwaan, akan tetapi tidak ada di sampingnya ukhuwah yg jujur dan kasih sayang yg ikhlas, maka itulah manifestai iman yang lemah dan ketakwaan yg diragui.
Dari aspek 'iman yg lemah' ia sudah dinyatakan oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Manakala dari aspek 'ketakwaan yg diragui' yang demikian itu ada disebut dalam firman Allah taala:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan." [al-Ma'idah]
Sedangkan jiwa kemanusiaan yang terbina atas dasar iman dan bersalut dengan ketakwaan, hanya sekadar bertemu dengan mereka yg sama2 beriman dan bertakwa, sesungguhnya akan merasakan keserasian saat pertama pertemuan dan pandangan pertama perkenalan. Bahkan kedua2 hati itu saling berpadu seolah2 menjadi jiwa yg satu bila mana rasa kasih sayang sudah menyelinap ke seluruh urat saraf, rasa bersaudara menyirap bersama aliran dan rasa cinta bersinar2 pada raut wajah keduanya.
Lantas dipaut tangan saudaranya dalam kelembutan, belas kasihan dan kegembiraan. Supaya mereka sama2 beriringan dalam taman yang bersih, menghirup udara kesetiaan di segenap penjuru dan berteduh di bawah bayangan kasih sayang yg tersebar. Dan setiap seorang membisik2kan ke pendengaran manusia hakikat ini:
"Saya adalah awak
awak adalah saya"
Adapun jiwa yang dinodai kekotoran dan bergelumang dengan kejahatan maka tidak mungkin ia bersepakat dengan jiwa yg beriman dan tenang saat pertama pertemuan kerana ia berlawana pada asalnya, berbeza dasarnya dan bercerai rohnya.
Inilah yang diisyaratkan oleh Nabi s.a.w dalam sabda baginda:
"Manusia itu (fitrahnya) spt emas dan perak. Yang terbaik di kalanangan mereka pd masa jahiliah akan menjadi yg terbaik pd zaman Islam apabila mereka benar2 memahami agama. Dan roh2 itu ibarat tentera2 yg terlatih. Ia jinak dengan yg dikenali, dan berlawan dg yg memusuhi."
Inilah hakikat ukhuwah filah wahai teman2. Ia adalah anugerah Allah yg dicampakkan-Nya ke dalam hati2 yg beriman dan ikhlas.
Ia adalah kekuatan iman yg diikat dg jiwa2 yg dihiasi keimanan dan ketakwaan.
Ia jg yg mendorong orang yg beriman supaya melaksanakan konsep2 kebaikan seperti saling mencintai, berkasih sayang, saling mengutamakan, bantu membantu dan melindungi antara satu sama lain.
Ia adalah tindakan yg dilazimi oleh keimanan dan disertai oleh ketakwaan.
Ia merasa jinak dan serasi dg teman2nya iaitu roh2 yg suci bersih, dan bermusuhan dg lawannya iaitu roh2 yg kotor dan jahat.
Maka sayugialah menjadi kewajipan ke atas kita selepas terang dan nyata hakikat ini di depan mata kita, menyingkap jendela ukhuwah fillah, merialisasikannya di hati kita, menyelaminya, supaya kita menjadi orang2 yg pengasih di kalangan kita, dan menjadi org2 yg kuat di kalangan musuh sebagaimana tauladan para sahabat Rasulullah s.a.w.[/size]

1. APA ITU PERSAUDARAAN KERANA ALLAH (UKHUWAH FILLAH)?

[size=21]إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬..
"Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara." [al-Hujurat].
Manakala dari aspek 'tiada kasih sayang tanpa ketakwaan' yg demikian itu ada dinyatakan oleh Allah taala dalam firman-Nya:
ٱلۡأَخِلَّآءُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَعۡضُهُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ إِلَّا ٱلۡمُتَّقِينَ
"Teman2 karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yg bertakwa." [az-Zukhruf]
Tidak syak lagi bahawa ukhuwah bila terpisah daripada keimanan akan bertembung dengan kepentingan diri dan peribadi. Dan kasih sayang yg trcabut daripada ketakwaan akan membangkitkan permusuhan dan kebencian seperti mana bermulanya konflik pertama di dunia dan nyatanya pertelingkahan merebut harta dan kepetentingan diri.
Sekiranya wujud dalam diri seorang muslim keimanan dan ketakwaan, akan tetapi tidak ada di sampingnya ukhuwah yg jujur dan kasih sayang yg ikhlas, maka itulah manifestai iman yang lemah dan ketakwaan yg diragui.
Dari aspek 'iman yg lemah' ia sudah dinyatakan oleh Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."
Manakala dari aspek 'ketakwaan yg diragui' yang demikian itu ada disebut dalam firman Allah taala:
...وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِۚ..
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan." [al-Ma'idah]
Sedangkan jiwa kemanusiaan yang terbina atas dasar iman dan bersalut dengan ketakwaan, hanya sekadar bertemu dengan mereka yg sama2 beriman dan bertakwa, sesungguhnya akan merasakan keserasian saat pertama pertemuan dan pandangan pertama perkenalan. Bahkan kedua2 hati itu saling berpadu seolah2 menjadi jiwa yg satu bila mana rasa kasih sayang sudah menyelinap ke seluruh urat saraf, rasa bersaudara menyirap bersama aliran dan rasa cinta bersinar2 pada raut wajah keduanya.
Lantas dipaut tangan saudaranya dalam kelembutan, belas kasihan dan kegembiraan. Supaya mereka sama2 beriringan dalam taman yang bersih, menghirup udara kesetiaan di segenap penjuru dan berteduh di bawah bayangan kasih sayang yg tersebar. Dan setiap seorang membisik2kan ke pendengaran manusia hakikat ini:
"Saya adalah awak
awak adalah saya"
Adapun jiwa yang dinodai kekotoran dan bergelumang dengan kejahatan maka tidak mungkin ia bersepakat dengan jiwa yg beriman dan tenang saat pertama pertemuan kerana ia berlawana pada asalnya, berbeza dasarnya dan bercerai rohnya.
Inilah yang diisyaratkan oleh Nabi s.a.w dalam sabda baginda:
"Manusia itu (fitrahnya) spt emas dan perak. Yang terbaik di kalanangan mereka pd masa jahiliah akan menjadi yg terbaik pd zaman Islam apabila mereka benar2 memahami agama. Dan roh2 itu ibarat tentera2 yg terlatih. Ia jinak dengan yg dikenali, dan berlawan dg yg memusuhi."
Inilah hakikat ukhuwah filah wahai teman2. Ia adalah anugerah Allah yg dicampakkan-Nya ke dalam hati2 yg beriman dan ikhlas.
Ia adalah kekuatan iman yg diikat dg jiwa2 yg dihiasi keimanan dan ketakwaan.
Ia jg yg mendorong orang yg beriman supaya melaksanakan konsep2 kebaikan seperti saling mencintai, berkasih sayang, saling mengutamakan, bantu membantu dan melindungi antara satu sama lain.
Ia adalah tindakan yg dilazimi oleh keimanan dan disertai oleh ketakwaan.
Ia merasa jinak dan serasi dg teman2nya iaitu roh2 yg suci bersih, dan bermusuhan dg lawannya iaitu roh2 yg kotor dan jahat.
Maka sayugialah menjadi kewajipan ke atas kita selepas terang dan nyata hakikat ini di depan mata kita, menyingkap jendela ukhuwah fillah, merialisasikannya di hati kita, menyelaminya, supaya kita menjadi orang2 yg pengasih di kalangan kita, dan menjadi org2 yg kuat di kalangan musuh sebagaimana tauladan para sahabat Rasulullah s.a.w.[/size]

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Topik yang best!!!
Thread yang agak menarik untuk ditelusuri, oh! pasal persaudaraan dan berkasih-sayanglah nie yer...ooo macam tu...fahamlah saya...tapi saudara abu_muaz pastekan artikel ustazah Rahayu kan? agaknya statement yang saya quotekan di bawah ini pendapat beliau atau huraian hadith @ tafsir mana2?
Ini dari mana agaknya datang statement ini? dari ilham ustazah Rahayu ker? atau dari tafsir kitab...macam cerita dalam syurga aja...
Romantik sungguh yer...hmm alahai, rasa cam nak pi beradu sekarang...

abu_muaz wrote:Sedangkan jiwa kemanusiaan yang terbina atas dasar iman dan bersalut dengan ketakwaan, hanya sekadar bertemu dengan mereka yg sama2 beriman dan bertakwa, sesungguhnya akan merasakan keserasian saat pertama pertemuan dan pandangan pertama perkenalan. Bahkan kedua2 hati itu saling berpadu seolah2 menjadi jiwa yg satu bila mana rasa kasih sayang sudah menyelinap ke seluruh urat saraf, rasa bersaudara menyirap bersama aliran dan rasa cinta bersinar2 pada raut wajah keduanya.
Lantas dipaut tangan saudaranya dalam kelembutan, belas kasihan dan kegembiraan. Supaya mereka sama2 beriringan dalam taman yang bersih, menghirup udara kesetiaan di segenap penjuru dan berteduh di bawah bayangan kasih sayang yg tersebar. Dan setiap seorang membisik2kan ke pendengaran manusia hakikat ini:
"Saya adalah awak
awak adalah saya"
Adapun jiwa yang dinodai kekotoran dan bergelumang dengan kejahatan maka tidak mungkin ia bersepakat dengan jiwa yg beriman dan tenang saat pertama pertemuan kerana ia berlawana pada asalnya, berbeza dasarnya dan bercerai rohnya.
Ini dari mana agaknya datang statement ini? dari ilham ustazah Rahayu ker? atau dari tafsir kitab...macam cerita dalam syurga aja...
Romantik sungguh yer...hmm alahai, rasa cam nak pi beradu sekarang...

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: ukhuwah Islamiyyah
Itu tulisan dia sendiri dgn bersandarkan ilmu wahyu yang ada padanya..
yg haq tetap haq dan tidak segandingan dgn yang bathil...
.
yg haq tetap haq dan tidak segandingan dgn yang bathil...
.

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Oh, macam tu...
abu_muaz wrote:Itu tulisan dia sendiri dgn bersandarkan ilmu wahyu yang ada padanya..
yg haq tetap haq dan tidak segandingan dgn yang bathil...
.
Ooo, macam tu...genuine betul ilhamnya tu...macam perihal dalam syurga pula...romantiknya...memang romantik...

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: ukhuwah Islamiyyah
Al-Bahr wrote:abu_muaz wrote:Itu tulisan dia sendiri dgn bersandarkan ilmu wahyu yang ada padanya..
yg haq tetap haq dan tidak segandingan dgn yang bathil...
.
Ooo, macam tu...genuine betul ilhamnya tu...macam perihal dalam syurga pula...romantiknya...memang romantik...
Gabungan ilham dan ilmu tu..dia banyak baca kitab. Alim orgnya..
Nanti kita sambung insyaALLAH...

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Re: ukhuwah Islamiyyah
FeLiSeWoMaN wrote:thanks abu muaz..
ada sambungannya insyaALLAH...

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Re: ukhuwah Islamiyyah
abu_muaz wrote:Al-Bahr wrote:abu_muaz wrote:Itu tulisan dia sendiri dgn bersandarkan ilmu wahyu yang ada padanya..
yg haq tetap haq dan tidak segandingan dgn yang bathil...
.
Ooo, macam tu...genuine betul ilhamnya tu...macam perihal dalam syurga pula...romantiknya...memang romantik...
Gabungan ilham dan ilmu tu..dia banyak baca kitab. Alim orgnya..
Nanti kita sambung insyaALLAH...
Oh, begitu...saudara abu_muaz kenal rapat ke dengan beliau? camana tahu beliau alim? spouse saudara agaknya...hikhik... *gurau aja*
Okay, para forumer pun tunggu sambungannya...

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: ukhuwah Islamiyyah
Kenal Ilmunya sahaja..
Muslimat dari Johor..
Sekarang di Sabah ikut suami, juga sahabat saya. Jadi laman sembang lak nih..karang ada yang marah...
kita sambung...insyaALLAH..
Muslimat dari Johor..
Sekarang di Sabah ikut suami, juga sahabat saya. Jadi laman sembang lak nih..karang ada yang marah...
kita sambung...insyaALLAH..

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Re: ukhuwah Islamiyyah
KELEBIHAN-KELEBIHAN UKHUWAH FILLAH.
Oleh kerana ukhuwah fillah itu anugerah Rabbani dan Rahsia Yang Maha Suci; oleh kerana ia merupakan tindakan yang dilazimi oleh keimanan dan disertai oleh ketakwaan; oleh kerana baginya ada kesan-kesan positif dan nilai hubungan kemasyarakatan, maka sesungguhnya Allah taala telah menjadikan baginya kemuliaan dan kelebihan, ketinggian darjat dan ganjaran yang mendorong generasi Islam supaya mencari kemuliaannya, merealisasikannya, bersungguh-sungguh terhadapnya, menyelaminya, berjalan di taman-tamannya dan menghirup wangiannya. Mudah-mudahan mereka menjadi yang paling murni di kalangan orang-orang yang beriman, dan yang paling baik di kalangan orang-orang yang bertakwa.
Jadi marilah kita sama-sama menghayati haruman bunga-bunga pesanan Nabi s.a.w dalam usaha menjelaskan kemuliaan ukhuwah fillah dan ketinggian darjat orang-orang yang bersaudara di sisi Allah taala.
SESUNGGUHNYA WAJAH MEREKA DISINARI CAHAYA
Yang demikian itu ada diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Baginda bersabda:
"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat segolongan manusia yang mana mereka ini bukan para Nabi dan bukan pula syuhada', akan tetapi para anbiya' dan syuhada' bercita-cita untuk mencapai martabat mereka di sisi Allah" Lantas para sahabat bertanya: "Ya Rasulallah, khabarkanlah kepada kami siapakah mereka itu?" Lalu baginda bersabda: "Mereka adalah kaum yang berkasih sayang dengan roh Allah, bukan kerana ikatan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah! Sesungguhnya wajah-wajah mereka disinari cahaya, dan sesungguhnya mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak gentar saat semua manusia ketakutan, dan mereka tidak bersedih saat semua manusia kesedihan."
SESUNGGUHNYA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG DIAMPUNKAN DOSANYA
Yang demikian itu telah diriwayatkan oleh Tobraniy daripada Nabi s.a.w.:
"Sesungguhnya apabila seorang muslim itu bertemu saudaranya lantas dia memaut tangannya (bersalaman); nescaya gugurlah dosa-dosa daripada keduanya sebagaimana gugurnya dedaunan dari pohon yang kering pada hari angin bertiup. Melainkan diampunkan dosa-dosa keduanya walaupun sebanyak buih di lautan."
SESUNGGUHNYA MEREKA BERADA DI BAWAH NAUNGAN ALLAH PADA HARI KIAMAT
Yang demikian itu ada diriwayatkan oleh Muslim daripada Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Baginda bersabda:
"Sesungguhnya Allah taala berfirman pada hari kiamat: Di manakah orang-orang yang berkasih sayang kerana Keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan payungi mereka di bawah naungan-Ku iaitu hari yang tiada lagi naungan melainkan naungan-Ku"
SESUNGGUHNYA MEREKA DI BAWAH LINDUNGAN KASIH SAYANG ALLAH
Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Imam Malik daripada Baginda s.a.w.:
"Firman Allah taala: Wajib mendapatkan kasih sayang-Ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku, orang-orang yang saling menziarahi kerana-Ku, dan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana-Ku."
Begitu juga apa yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Nabi s.a.w.:
"Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di sebuah kampung, maka Allah menyediakan baginya di sepanjang jalan malaikat. Apabila malaikat tersebut mendatanginya lantas ia bertanya: Kamu nak ke mana? Dia menjawab: Aku ingin ke rumah saudaraku di kampung ini. Malaikat itu bertanya lagi: Adakah di sana bagi kamu nikmat yang kamu kejar? Dia menjawab: Tidak ada, melainkan aku mengasihinya kerana Allah. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah mengasihimu sebagaimana kamu mengasihinya."
SESUNGGUHNYA MEREKA BERADA DI SYURGA ALLAH DAN KEREDHAAN-NYA
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tarmiziy daripada Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Baginda bersabda:
"Barangsiapa yang yang melawat orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah nescaya berserulah kepadanya satu seruan: Sesungguhnya kamu telah menempah tempat kamu di syurga."
SESUNGGUHNYA MEREKALAH ORANG-ORANG YANG DAPAT MENGECAP KEMANISAN IMAN
Sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Nabi s.a.w. Sesungguhnya baginda bersabda:
Tiga perkara barangsiapa yang berjaya mencapainya nescaya akan mengecap kemanisan iman:
1. Bahawa dia mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain.
2. Bahawa dia tidak mencintai saudaranya melainkan kerana Allah.
3. Dan dia benci kembali kepada kekufuran setalah diselamatkan oleh Allah sebagaimana dia tak suka dirinya dicampakkan ke neraka."
Demikianlah sahabat-sahabat kelebihan di dunia dan akhirat yang melingkari orang-orang yang meniti di atas titian ukhuwah fillah, dan mereka yang mengerahkan usaha dan upaya untuk menjadi hamba Allah yang bersaudara.
Ternyata sesungguhnya orang-orang yang bersaudara kerana Allah berseri-seri wajah mereka disapa cahaya iman, bertebaran dosa-dosa mereka seperti dedaun yang berterbangan di kala angin bertiup, dinaungi Allah di bawah bayangan arasynya di hari kiamat, dilimpahkan kepada mereka kasih sayang Allah, ditempatkan di laman syurga-Nya, sehingga mereka dapat mengecapi dalam jiwa mereka kemanisan iman dan keindahan Islam.
Alangkah bahagianya saat tangan orang-orang mukmin itu bersalaman dengan penuh kasih sayang, dan jiwa-jiwa mereka bertaut atas ikatan ukhuwah fillah.
Alangkah tinggi martabat mereka di sisi Allah, alangkah mulia kedudukan mereka di kalangan para malaikat; tatkala mereka meniti di titian persaudaraan, pemuafakatan dan kasih sayang.

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Takde yang marahnya...siapa yang marah mike jeles!!!
abu_muaz wrote:Kenal Ilmunya sahaja..
Muslimat dari Johor..
Sekarang di Sabah ikut suami, juga sahabat saya. Jadi laman sembang lak nih..karang ada yang marah...
kita sambung...insyaALLAH..
Ooo, sahabat saudara rupanya...Ler siapa pula yang nak marah? thread nie kan ker saudara yang buat...saudara ler tuan punya topik...lain ler topik orang lain kita mai bersembang...lagipun saya bertanya mengenai topik thread nie juga...bukan pasal politik @ isu semasa...
Hikhik...takut yer...nie berforum gak nie...takperlah saudara bayau tak marah pun...kalau beliau nak marah, moh ler join sekali...jangan marah2 nanti cepat tua...

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: ukhuwah Islamiyyah
deleted
Last edited by abu_muaz on Tue May 19, 2009 4:34 pm; edited 1 time in total

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19

abu_muaz- Pensyarah
- Number of posts: 551
Reputation: 0
Credits: 2081
Registration date: 2008-04-19
Re: ukhuwah Islamiyyah
abu_muaz wrote:deleted
Errr, apa yang dideleted tu saudara abu? tak sempat tengok...
Wau! cutenya anak rimau tu...cam anak kucing pulak...tengok rimau nie teringat lak kat avatar sdr Zahabur...kena pula dengan hadith riwayat Bukhari & Muslim tu...hmm saya sayang kalian berdua!

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: ukhuwah Islamiyyah
saudara yg macam mana tu pak abu , saudara terpilih saje ker.. dulu ada forumer yg suruh jadi kan musuh kepada golongan yg tak satu kepala .. ada dia sertakan hadis jugak kalau tak salah aku .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Re: ukhuwah Islamiyyah
slipar wrote:saudara yg macam mana tu pak abu , saudara terpilih saje ker.. dulu ada forumer yg suruh jadi kan musuh kepada golongan yg tak satu kepala .. ada dia sertakan hadis jugak kalau tak salah aku .
Salam ustaz slipar, ya kah begitu? leh tunjuk tak posting forumer tu kat thread mana?
Err pendapat saya, saudara sesama Islam ler...umat Nabi S.A.W...ustaz slipar umat Nabi S.A.W kan? *wink*

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: ukhuwah Islamiyyah
Salam ustaz slipar, ya kah begitu? leh tunjuk tak posting forumer tu kat thread mana?
Err pendapat saya, saudara sesama Islam ler...umat Nabi S.A.W...ustaz slipar umat Nabi S.A.W kan? *wink*
bukan islam pun sedara kita jugak kan .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Re: ukhuwah Islamiyyah
slipar wrote:Salam ustaz slipar, ya kah begitu? leh tunjuk tak posting forumer tu kat thread mana?
Err pendapat saya, saudara sesama Islam ler...umat Nabi S.A.W...ustaz slipar umat Nabi S.A.W kan? *wink*
bukan islam pun sedara kita jugak kan .
Oh! camtu ker? alahai tak belajar lagi yang ini...itu kira saudara sejagatlah, dari segi kemanusiaan/keinsanan...atau camana tu? bley describe tak ustaz?

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Re: ukhuwah Islamiyyah
ayat aku tu pun bertanya jugak pada sapa2 yg tau .

slipar- Pensyarah
- Number of posts: 733
Reputation: -1
Credits: 1864
Registration date: 2009-04-18
Re: ukhuwah Islamiyyah
slipar wrote:ayat aku tu pun bertanya jugak pada sapa2 yg tau .
Oh, kalau macam tu kita se-level ler camnie, so tak mau panggil 'ustaz' lagilah kat sdr slipar...nak panggil slipar aja...

Al-Bahr- Sarjana Muda
- Number of posts: 310
Location: CLASSIFIED
Reputation: 0
Credits: 1454
Registration date: 2009-04-16
Page 1 of 3 • 1, 2, 3 
Similar topics» ukhuwah Islamiyyah
» Salam Ukhuwah
» Salam Ukhuwah
» Al-Qunut in the Witr Prayer is Sunnah
» The Fiqh of Halaal and Haraam Food
» Salam Ukhuwah
» Salam Ukhuwah
» Al-Qunut in the Witr Prayer is Sunnah
» The Fiqh of Halaal and Haraam Food
e-mindakita :: Minda Umum :: Islam
Page 1 of 3
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum